guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum

39
KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini. Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

Upload: anonymous-wsfb0jjdo

Post on 03-Dec-2015

292 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)

Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-

Page 2: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.

Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.”

Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan pendidikan seperti yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka akan mudah bosan.

Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya menarik minat

Page 3: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka.

Pengajaran dan pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luas dan tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik

Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisyen.

Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek yang amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman, dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis, menyatakan bahawa guru perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran semasa mengajar.

Page 4: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku , persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.

Mook Soon Sang dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku pula mengemukakan ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif yang merangkumi hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaan antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari aspek iklim persekolahan yang kondusif, iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik berupaya untuk mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh mengatasi masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-penggunaan teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman dan membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model-model yang hampir sama menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat penglibatan kesuluruhan pelajar.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahan prosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja.Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Orang yang kreatif dan inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani mencuba.

Page 5: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Rujukan:

Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication.

Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 6: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

# Inovasi kurikulum bilk darjah menjadikan guru lebih berinovasi

# Peningkatan tumpuan murid

# Melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik

# Persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru

# Mengatasi masalah kekangan kekurangan bahan pengajaran & Penjimatan tenaga, masa & kos

BAB 6

PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN INOVASI GURU

1.0 PENGENALAN

Kebelakangan ini, slogan Wawasan 2020 seringkali dicanangkan di seluruh pelusuk negara sejak diutarakan oleh YAB Perdana Menteri kita, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada tanggal 28 Februari, 1991. Sembilan cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020 adalah sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara yang terdapat di dalam Rancangan Jangka Panjang Kedua ( RRJP 2 ) - ( 1991 – 2000 ). Dalam bab ini membincangkan mengenai peranan pengurusan kreativiti dan inovasi pendidikan inovasi guru ke arah pembinaan budaya dalam pelajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar. Sebenarnya, usaha dalam pengurusan inovasi adalah bukannya satu usaha yang bermusim: sebaliknya merupakan usaha yang berterusan. Untuk kejayaan sebegini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai tanpa melalui laluan sukar dan panjang serta mencabar. Melalui pelbagai kraativiti dan inovasi yang meluas dan bebas sahaja yang dapat meningkatkan martabat pendidikan. Maka segala cabaran dan rintangan oleh guru akan dapat dihadapi tanpa meletakkan sebarang syarat yang boleh membelenggu daya fikiran, kreativiti dan inovasi kita daripada berkembang. Malaysia memerlukan warga negara yang mempunyai pengetahuan dan

Page 7: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

kemahiran di bidang pelbagai bidang. Kebolehan mengguna dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi terkini memerlukan warga negara yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang berkenaan. Sekurang-kurangnya matlamat mewujudkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran dalam pelbagai mata pelajaran dan profesional (arkitek, jurutera dan lain-lain) pada tahun 2020 dapat dicapai. Namun, masih terdapat kelemahan-kelemahan dalam usaha untuk membudayakan pembelajaran melalui kreativiti dan inovasi dalam pendidikan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar luar bandar. Segala inovasi guru dalam kurikulum dan kokurikulum sistem pendidikan dan pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ramai berpendapat bahawa inovasi itu juga perlu melahirkan pelajar yang pada masa yang sama tetap utuh mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia.

2.0 INOVASI DALAM KURIKULUM

Satu kenyataan yang dikeluarkan merumus bahawa kurikulum sejarah adalah mata pelajaran penting untuk membina jatidiri dan identiti berkenaan. Inovasi dalam mata pelajaran itu seharusnya lebih bersifat kontekstual yang tertumpu ke arah membentuk pemikiran kritis, kreatif dan kemahiran pemikiran sejarah yang selanjutnya dapat pula menanamkan minat pelajar untuk mempelajari subjek sejarah bermula di peringkat prasekolah. Mengenai usul kepemimpinan dan pentadbiran, seminar itu memutuskan pendidikan pelbagai budaya adalah strategi terbaik bagi mengendalikan kepelbagaian yang ujud dalam masyarakat majmuk yang boleh menimbulkan konflik dalam kepimpinan dan pentadbiran sistem pendidikan negara. Bagi menjamin kecemerlangan organisasi sekolah pula, dicadangkan elemen kemanusiaan (hubungan interpersonal, komunikasi, kerja berpasukan dan hubungan luar) dijadikan tunggak kepada kecemerlangan dalam kepimpinan sekolah. Berhubung ICT, peserta berpendapat para pendidik perlu memaksimumkan pengintegrasian ICT dalam penyusunan dan penginovasian pendidikan sejajar dengan kepesatan era teknologi bagi menghasilkan bahan pembelajaran yang berkesan dan meningkatkan pencapaian pelbagai jenis pelajar. Penyelaras ICT Sekolah perlu dilatih supaya mahir dalam aspek pengurusan makmal, penyenggaraan dan penyelenggaraan komputer, di samping Makmal ICT perlu diberikan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melengkapkan segala kemudahan dan sumber.

Warga pendidik perlu menjadikan Facebook sebagai salah satu wadah perbincangan yang seterusnya dapat memartabatkan ICT dan membudayakan e-pembelajaran sebagai satu daripada bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha menggubal dasar ke arah berinovasi khususnya untuk menangani masalah sekularisme dan dualisme dalam falsafah ilmu yang diambil dari Barat terhadap pemikiran dan pendidikan masyarakat Islam, seminar merumuskan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu menerapkan konsep kesepaduan atas paksi kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN) dan semua polisi yang dirangka ke arah inovasi pendidikan negara perlu memastikan graduan yang dihasilkan oleh IPT menjurus kepada pembangunan holistik pelajar, yang mempunyai kemahiran generik/insaniah cemerlang, agar graduan ini mampu memimpin dan bekerja dalam organisasi nasional dan global. Sebarang keperluan dan kepentingan transformasi dan inovasi dalam pendidikan negara perlu menjurus ke arah penghayatan

Page 8: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

belajar seumur hidup, yang mampu menjadikan sistem pendidikan Malaysia beyond excellence, serta mewujud perimbangan antara akhlak dan moral, adab dan disiplin, akademik dan teknikal/vokasional, dan nisbah lelaki dan wanita. Bagi memenuhi keperluan milenium baru dan dunia tanpa sempadan, peserta memutuskan bahawa kurikulum yang kemas dan bersifat futuris perlu diwujudkan bagi sistem pendidikan negara. Satu mekanisme yang mampu menapis unsur-unsur yang negatif dan batil dari falsafah ilmu barat perlu diwujudkan supaya transformasi dan inovasi dalam pendidikan negara tidak mengancam kelangsungan agama rasmi, sistem nilai, kepercayaan dan budaya kita. Menyentuh isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) pula telah dirumuskan bahawa dalam usaha menangani isu sensitif dan kontroversi yang sering terjadi dalam operasi pengurusan SAR dan institusi-institusi pendidikan Islam yang lain, satu Model Penyelarasan Kerjasama (MPK) yang menghimpunkan semua kuasa eksekutif dalam satu kelompok yang mempunyai struktur organisasi tersendiri dan carta alir penurunan, pembahagian dan bidang kuasa masing-masing perlu dibentuk.

3.0 PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN INOVASI

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Proses pendidikan sentiasa sinonim dengan aktiviti perubahan. Teori behaviorism misalnya menekankan perubahan tingkah laku sebagai ukuran keberkesanan pencapaian objektif pembelajaran. Pendirian berkenaan juga disokong oleh sarjana perancangan kurikulum seperti Ornstien yang melihat reka bentuk kurikulum sebagai memenuhi keperluan perubahan.

Di Malaysia, dinamika perubahan dalam dunia pendidikan diberikan pelbagai nama seperti inovasi, reformasi dan transformasi. Hakikatnya, tanpa slogan yang muluk-muluk pun, pendidikan tetap tidak boleh lari daripada momentum perubahan. Namun, manusia memang tertarik dengan susunan kata yang indah seperti cogan kata dan tema tertentu. Syarat penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan status quo. Istilah zon selesa sebenarnya tidak wujud dalam kamus seorang guru inovatif. Segala ikhtiar intervensi ialah bukti betapa kaum guru sentiasa iltizam dengan ikrar keguruan untuk membawa anak bangsa ke mercu kecemerlangan. Bijak pandai mengatakan bahawa harapan ialah roda utama yang menyebabkan manusia terus bergerak. Guru sentiasa menyalakan harapan terhadap sebahagian murid yang berasa rendah diri justeru latar belekang sosioekonomi dan pengalaman hidup mereka yang tidak setara dengan rakan sebaya yang lebih bernasib baik. Dorongan dan kata-kata semangat oleh seorang guru inovatif yang peka terhadap potensi dan fakulti kanak-kanak umpama titisan air yang memulihkan daun-daun yang hampir layu.

Guru bukan lilin yang membakar diri, tetapi umpama matahari yang menyebarkan cahaya harapan dalam kehidupan insan. Kini, kaum guru telah menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran sebagai balasan kepada perkhidmatan yang diberikan. Walaupun agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kerjaya ikhtisas yang lain, kaum guru telah diberi penghargaan yang cukup tinggi. Guru Inovatif adalah

Page 9: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara, dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi.

Usaha melahirkan modal insan yang beriman dan bertakwa bukanlah suatu usaha yang mudah dan boleh di pandang remeh. Usaha tersebut memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Justeru atas tuntutan tersebut, para guru telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa mengenal erti penat lelah dan perasaan jemu bagi memastikan anak-anak didiknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Selain daripada itu juga para guru berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kejahilan dan kecelaruan yang sering kali bermain dibenak fikiran anak-anak didiknya. Dengan berkat kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan maka akhirnya lahirlah mereka yang berjaya dan tersohor di tengah-tengah masyarakat.

3.1 CIRI-CIRI GURU BERINOVASI

Berkualiti menempuh era globalisasi yang diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi.

Mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Fleksibel dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.

Sentiasa memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata.

Mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.

Menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.

Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.

Page 10: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

4.0 LANGKAH PEMANTAPAN BUDAYA INOVASI DI SEKOLAH OLEH KERAJAAN

4.1.1 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN INOVATIF

~ Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan

Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan

murid.

~ Sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran

secara kreatif.

~ Digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara

meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk

berinovasi.

4.1.2 PROGRAM I-THINK

~ Kerjasama KPM dan KPT dengan Agensi Inovasi Malaysia melalui Program i-Think juga

merupakan pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan penaakulan

dalam kalangan murid.

~ Program ini telah dirintis di 10 buah sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara

untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

* dipetik dari petikan akhbar oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin sempena

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Kangsar 2012.

5.0 ASPEK STRATEGI PENGURUSAN INOVASI

* Merancang, menggubal dan melaksanakan program latihan dalam bidang pengurusan kualiti pendidikan.

Page 11: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

* Memantau pencapaian pengurusan kualiti.

* Menerbitkan bahan penulisan dalam bidang pengurusan kualiti pendidikan.

* Menjadi kumpulan pemikir dalam bidang pengurusan kualiti pendidikan.

* Merancang dan mengurus belanjawan pelaksanaan program di peringkat jabatan.

* Menjalin hubungan dan kerjasama dengan agensi luar berkaitan dengan pengurusan inovasi.

5.1.1 CONTOH INSTITUSI PENDIDIKAN :

INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS

- Amalan TQM dan MS ISO 9000

- Sistem Pengurusan Pencapaian IAB

- Program Khas Peningkatan Kualiti IAB

- Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

- Anugerah Kualiti

- Audit

5.1.2 SEKOLAH, INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PELAJARAN, JABATAN PELAJARAN

- Pembinaan laman web

- Pertandingan Guru atau Jabatan Inovatif

- Anugerah Guru Inovatif Hari Guru

- Anugerah Inovasi Jabatan

- Kerjasama antara institusi pendidikan dengan agensi luar, syarikat korporat,

jabatan kerajaan dan lain-lain.

- Pencapaian prestasi melalui KPI di dalam NKRA yang ketiga.

5.1.3 SKOP PELAKSANAAN INOVASI

A. ASPEK PERKHIDMATAN AWAM

Page 12: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Inovasi Tadbir Urus

Inovasi Jaringan Keselamatan Sosial

Inovasi Pengangkutan

Inovasi dalam Kemasyarakatan

Inovasi Bandar

Inovasi Penjagaan Kesihatan

Inovasi Penjenamaan

Inovasi Desa

Inovasi Korporat

Inovasi Industri

B. ASPEK PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pengurusan Pelanggan

Pengurusan Budaya Kerja

Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi

Pengurusan Projek Pembangunan

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Teknologi dan Maklumat

Pengurusan Kewangan dan Aset

5.1.4 KRONOLOGI INOVASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1980-an

Page 13: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

KBSR KBSM

Siaran rancangan pendidikan SK dan SM melalui Radio dan TV Pendidikan

KPM membekalkan alatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projektor

Projek pendidikan berasaskan ICT dan pembekalan komputer

1990-an

Projek Rintis Sekolah Bestari

Projek KIA 2M

Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster

2000 - Alaf Baru

Smart School Qualification Standards untuk Sekolah Bestari

KSSR

Projek LINUS

Projek 1BestariNet

RMK 10

5.1.5 PERUBAHAN PENDIDIKAN

ISU

Perlu diramal supaya organisasi bersedia terhadap kemungkinan positif atau negatif

Bergantung kepada kehendak kepimpinan organisasi pendidikan, teknologi, kemanusiaan

Berlaku atas dasar kepercayaan dan falsafah politik semasa

Melibatkan kos yang tinggi dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan

OBJEKTIF

Mengurangkan Konflik.

Mewujudkan kolaborasi,hubungan baik dan kerjasama bagi kepentingan organisasi.

Meningkatkan Keberkesanan.

Page 14: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Melalui pencapaian, matlamat, objektif dan misi hasil gabungan usaha dan bakat ahli.

Meningkatkan Kecekapan.

Hasil yang diperoleh kesan dari penambahbaikan amalan dan ilmu pengetahuan ahli.

FAKTOR

1) Dalaman

Peristiwa atau sesuatu masalah

Pelantikan pengetua atau guru besar baru

Prestasi sekolah dalam akademik, kurikulum dan kokurikulum

2) Luaran

Perkembangan :

- Politik

- Sosial

- Ekonomi

KEKANGAN

Sesuatu yang tidak dapat dielakkan

Mempunyai faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi

Memerlukan kajian yang terperinci dalam skop yang global

Wujud penentangan atas 4 faktor (Leigh, 1988)

- - Budaya

- - Sosial

- - Organisasi

- - Psikologikal

6.0 PERANAN GURU DALAM MELONJAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Page 15: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu.

Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang.

Page 16: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

7.0 KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH OLEH GURU

Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini. Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui. Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)

Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.

Page 17: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.” Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan pendidikan seperti yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka akan mudah bosan. Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka. Pengajaran dan pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luas dan tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik

Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang

Page 18: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

efisyen. Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek yang amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman, dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis, menyatakan bahawa guru perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran semasa mengajar.

Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku , persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Mook Soon Sang dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku pula mengemukakan ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif yang merangkumi hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaan antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari aspek iklim persekolahan yang kondusif, iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik berupaya untuk mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh mengatasi masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-penggunaan teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman dan membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model-model yang hampir sama menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat penglibatan kesuluruhan pelajar.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahan prosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja.Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Orang yang kreatif dan inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani mencuba.

Page 19: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

8.0 KESIMPULAN

Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk merealisaskani cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020. Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara maju pada abad ke-21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi peluang dan kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan sains dan teknologi. Hal ini sejajar dengan pendapat Peter F. Druker dalam Post Capitalist Society, iaitu yang menyatakan masa hadapan perkembangan ekonomi perindustrian dan perdagangan sesebuah negara ditentukan oleh para pekerjanya yang menggunakan kekuatan mental dan bukannya kemahiran tenaga semata-mata. Oleh itu, setiap tenaga pekerja yang dihasilkan perlulah berilmu dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan sains dan teknologi. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pendidikan menjadi dalam proses perindustrian tinggi.

Kita tidak dapat menafikan bahawa guru berperanan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat. Para guru berganding dengan ulama’ dan umara’ terus menerus tanpa putus asa, menggerakkan usaha membangun modal insan terbilang. Ini termasuklah membangun minda anak-anak melalui ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sehinggalah kepada ilmu-ilmu kehidupan, termasuklah ilmu sains dan teknologi. Guru bukan hanya sekadar mengajar, malah guru turut mendidik dan membentuk akhlak-akhlak terpuji. Manakala para pelajar yang ingin dilahirkan pula bukan sahaja hebat inteleknya, malah beradab dan berintegriti. Itulah antara perkara yang ingin dicapai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan bertepatan dengan maksud hadith Nabi SAW:

“Apabila seorang anak Nabi Adam AS meninggal dunia maka terputuslah (pahala) amalannya kecuali dari (pahala) tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu (yang dicurahkan) yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan (rahmat dan keampunan) untuknya.” (Riwayat Muslim)

Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum. Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai.Secara umumnya, penglibatan guru dalam proses pelaksanaan inovasi adalah berbcza-beza.Para pengkaji dalam bidang perkembangan kurikulum (seperti Badaraco & Ellsworth, 1989;Fullan, 1992; Pratt, 1994) telah

Page 20: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

mengenal pasti beberapa isu yang menjadi halangan danrintangan dalam pelaksanaan inovasi kurikulum yang berkesan. Antara halangan tersebutadalah sikap sesetengah guru yang sememangnya suka berkonfrontasi dengan pihak sekolahwalaupun kemudahan yang diperlukan telah pun dipenuhi oleh pihak pcntadbiran sekolah(Badaraco & Ellsworth, 1989).Sementara itu, Fullan dan Miles (1992) berpendapat antara masalah dalam pelaksanaan inovasi adalah kewujudan perasaan bimbang, konflik, rasa tidak tenteram dankesukaran guru untuk menukar amalan sedia ada kepada amalan yang baru. Slavin (1990) pula mendapati faktoryang menjadi halangan adalah dari segi psikologi sepertiketidakyakinan dalam penggunaan alat-alat yang canggih termasuk alatan clektronik dan jugateknologi komputer dan telekomunikasi.Dembo dan Gibson (1985) dalam dapatan kajian mereka merumuskan bahawakomitmen guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi di bilik darjah banyak dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap inovasi itu sendiri. Persepsi tersebut mempengaruhi sikap dantingkah laku mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian Akinyemi(1986) pula memaparkankewujudan perasaan kebimbangan dan ketakutan terhadap perubahan kurikulum yangmelibatkan penggunaan teknologi yang diistilahkan sebagai technophobia.

Akinyemimcndapati dalam kajiannya bahawa technophobia di kalangan guruguru sekolah di Nigeriaadalah disebabkan tiga faktor iaitu: (a) ketakutan kepada media teknologi, (b) ketakutankepada peralatan elektronik, dan (c) takut peranan guru diambil oleh media.Walaupun terdapat permasalahan dalam pelaksanaan inovasi, sebagai sebuah negarayang sedang pesat membangun dan mempunyai wawasan ke arah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia, negara ini terus memperkenalkan beberapa inovasi kurikulum di sekolah bagimencapai matlamat tersebut. Antara lain adalah pengajaran Sains dan Maternatik dalam bahasa Inggeris, Sekolah Bestari, Smart Lab, Projek Sekolah Vista, Projek Sekolah Net dansebagainya. Namun begitu, banyak rintangan perlu dilalui dari segi pelaksanaannya terutamauntuk mendapatkan sokongan dan komitmen guru. Dalam konteks ini Ross (1998)merumuskan bahawa guru-guru tidak selesa dengan perubahan kerana berpendapat sebaranginovasi yang diperkenalkan terutama yang melibatkan pengajaran akan mengubah perananmereka dalam kelas.

Isu-Isu dalam Pelaksanaan Inovasi Kurikulum

Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi di sekolah bagi pelaksanaan inovasikurikulum yang berkesan. Latar belakang demografi guru yang berbeza, lokasi sekolah,keupayaan dan kemampuan guru dari segi motivasi, sikap, pengetahuan dan kemahiranmenentukan tahap kesediaan guru melaksanakan inovasi itu sendiri.

Motivasi Guru

Motivasi guru merupakan pembolehubah yang menjadi isu penting dalam pelaksanaaninovasi di sekolah. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa motivasi guru mempunyaihubungan yang signifikan dengan tingkahlaku mereka dalam pelaksanaan inovasi dan tugas-tugas guru secara umumnya. Antara lain adalah kajian oleh Hargreaves (1994), Heneman(1998), dan Hurst (1983).Hargreaves (1994) dalam rumusan kajiannya mencadangkan sekiranya gurumempunyai tahap motivasi yang tinggi, basil kerja mereka akan meningkat, pelaksanaantugas menjadi cekap dan mereka bertindakbalas secara berkesan dalam melakukan tugas-tugas yang diamanahkanSementara itu Jaafar

Page 21: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Muhamed dan rakan-rakan (2001) menyatakan motivasi adalahfaktor utama untuk menggerakkan seseorang kakitangan untuk melaksanakan danmenyempurnakan tugas dengan berkesan. Kakitangan bermotivasi dikatakan lebih berdayasaing, kreatif, positif, komi ted terhadap tugas dan menumpukan perhatian terhadap pencapaian matlamat. Selain itu, kakitangan bermotivasi tinggi ada1ah pendorong yangmemungkinkan mereka dapat menghasilkan idea bemas dan sentiasa bersedia membantuorganisasi mereka,Persoalannya, adakah guru-guru mempunyai tahap motivasi yang membanggakan?Pandangan umum memperihalkan kebanyakan guru berasa kurang selesa terhadap pengenalan sesuatu inovasi di sekolah kerana bimbang bahawa perubahan itu akanmengganggu keselesaan dan mcnjejaskan tugas serta peranan mereka sarna ada secaralangsung atau tidak langsung terutama berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran.Menurut McCormick dan James (1983), pertambahan tugas gum ekoran pengenalansesuatu inovasi akan membangkitkan tekanan emosi di kalangan guru. Gangguan emosi dantahap tekanan yang tinggi di sebabkan ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas perkara tersebut. Beliau berpendapat sekiranya tekanan berlaku secara berterusan motivasikerja gum terjejas dan kemungkinan hubungan guru dengan murid dan sesama guru akanmenjadi renggang, Ini mungkin menjejaskan tahap perkembangan diri gum itu dankeberkesanan guru dalam melaksanakan tugas.Di samping itu, Klein (1976) berpandangan guru yang rendah tahap motivasinya akanmenentang sesuatu inovasi disebabkan perasaan rendah diri dan rasa tersisih di sekolah,Keadaan sedemikian antara lain berpunca daripada sikap pihak pentadbir sekolah sendiriyang seringkali mengabaikan mereka dan tidak pemah meminta pandangan guru berkaitan pelaksanaan sesuatu inovasi.Dalam erti kata lain, bagi memastikan pelaksanaan inovasi yang berkesan, motivasidikatakan sebagai "pusatkawalan" kepada emosi dan dorongan seseorang guru untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Tahap motivasi guru mempengaruhiketekunan dan komitmen mereka dan menentukan kebolehan guru untuk menyumbangsecara berkesan dalam pelaksanaan inovasi.

Sikap Guru

Isu kedua yang mencorakkan pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah melibatkan sikapguru. Omar Hashim (1991) dalarn mengulas sikap guru dalam pelaksanaan inovasi merumuskan beberapa faktor yang menghalang penglibatan guru secaraaktif:

Faktor

inersia:

Guru-guru sudah berasa selesa dan berpuashati dengan apa yang sedangdialami, justeru itu mereka tidak ingin berubah.

Rasa terancam: Setiap kali perubahan berlaku, individu guru berasa terancam dankurang selamat. Perkara ini biasanya timbul kerana sikap guru yang tidak yakin untuk melakukan sesuatu yang baru.

Page 22: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Masa dan kemudahan: Ramai guru yang berselindung di sebalik rungutan bahawamereka tidak cukup masa dan tiada kemudahan bagi menjustifikasikan alasan merekauntuk mengelakkan diri dari terlibat dalam pelaksanaan sesuatu inovasi.Banyak kajian yang memperj elaskan wujuclnya perkaitan antara sikap guru dengan amalanmereka dalam pelaksanaan inovasi dan juga dalam pelaksanaan tugastugas rutin. Antara lainkajian oleh Liberman dan Miller (1999) dan Moriarty et al. (2001), di mana clapatan kajianmereka secara umumnya mencadangkan sikap guru dikatakan menjadi asas pertimbanganoleh kebanyakan guru dalam menyaring dan mentafsirkan segala bentuk inovasi terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Richardson (1996) dalammengulas fenomena sikap guru tersebut menyatakan secaraumumnya guru hanya akan menerima inovasi sekiranya perkara terse but serasi denganepistemologi sikap mereka. lni kerana guru mempunyai sikap dan kepercayaan tersendiriterhadap amalan yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seperti yangdiungkapkan oleh Johnson (1992) dan juga Ghaith dan Yaghi (1997), kebiasaannya guru-guru akan membuat refleksi dan "menoleh ke belakang" sekiranya terdapat idea ataucadangan untuk memperkenalkan sesuatu inovasi di sekolah kerana mereka menimbang pengalaman-pengalaman yang telah dilalui.Tobin dan McRobbie (1996) berpendapat sikap guru perlu dikenal pasti dan dianalisis bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi. Menurut beliau, sebagai seorangmanusia kebiasaannya guru akan memberi reaksi tertentu terhadap sesuatu perkara baru berdasarkan tanggapan dan pandangan dunia

(world view)

yang berbeza-beza. Justeru itu apa bentuk reaksi tersebut akan memberi implikasi tersendiri terhadap proses pelaksanaaninovasi. Little (1990) pula menyatakan bahawa guru yang bersikap positifterhadap tugas akanmempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu inovasi. Pada pendapat Little, sikap positif akan mendorong kesediaan guru untuk mempelajari perkara baru berkaitan inovasi tersebut.Sebaliknya jika guru bersikap negatif, pelaksanaan inovasi akan tersekat dan menjejaskanmatlamat yang ditentukan. Sebagai kesimpulan, sikap guru terhadap inovasi ada1ah asas renting bagi membuat justifikasi dan juga penghakiman sarna ada mereka dapat menerima atau tidak sesuatuinovasi. Kesan yang mungkin lebih ketara adalah sikap yang menjadi pegangan guru akanmenjadi suatu metos yang sukar untuk diubah. Seandainya ini berlaku, ia akan memberikesan yang besar dalam keberkesanan pelaksanaan dan juga pencapaian matlamat-matlamatkurikulum.

Pengetahuan dan Kemahiran Guru

Menurut Brown dan McIntyre (1993), aspek pengetahuan dan kemahiran adalah pentingdalam memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi. Ini disebabkan penguasaan gurudalam aspek tersebut memandu mereka untuk melaksanakan tugas dengan berkesan. Wilesdan Bondi (1998) pula berpandangan tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mencukupiakan menjejaskan tahap kesediaan guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi. Sehubungandengan itu be1iau meneadangkan guru perlu memiliki dan menguasai kedua-dua aspek tersebut terutama dari segi pemahaman ilmu yangjelas; keupayaan menterjemahkan ilmu pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan

Page 23: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

kesungguhan untuk bertindak seeara proaktifberasaskan pengetahuan dan kemahiran; dan keupayaan untuk memanifestasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk tingkahlaku bagi membolehkanguru mempraktikkannya da1am bilik darjah.Bagi perlaksanaan inovasi yang berkesan juga, guru perlu mengetahui kemah irantertentu yang berkaitan kemahiran profesional (Brown & Mclntyre, 1993), kemah iran dan juga pengetahuan berkaitan amalan pengajaran (Carter, 1990), kemahiran dalam pelbagaistrategi pengajaran (Van Driel et al., 1999) dan juga pengetahuan berkaitan aspek kandungan bagi mata pelajaran yang diajar (Cochran et al., 1993). Pengetahuan dan kemahiran yangdimiliki seseorang guru menjadi salah satu faktor penting dalam membuat justifikasiterhadap keupayaan dan kemampuannya melaksanakan inovasi serta menangani eabaran-cabaran tugas yang berkaitan dengannya.

Tumpuan Guru

Isu keempat adalah berkaitan dengan aspek tumpuan guru. Isu ini memberi pengertian bahawa sese orang guru mempunyai tahap tumpuan yang berbezabeza dalam menerima danmelaksanakan inovasi kurikulum. Dalam konteks ini, teori-teori yang berkaitan dengannyamengandaikan seseorang guru mempunyai tahap perkembangan diri yang berlainan dan perbezaan tersebut memberikan implikasi kepada kesediaan mereka melaksanakan inovasiitu sendiri (Fuller, 1975; Hall & Loucks, 1978). Fuller (1975) yang dianggap sebagai "pelopor" da1am teori tahap perkembangan gurute1ah mengklasifikasikan urutan tumpuan kepada tiga peringkat iaitu: (a) Tahap TumpuanPeribadi (b) Tahap Tumpuan Tugas dan (c) Tahap Tumpuan Kesan. Dalam perinciannya,Fuller memperjelaskan setiap tahap tumpuan tersebut sebagai berikut:

• Tahap Tumpuan Peribadi

Tahap ini dikenal pasti sebagai tahap

survival.

Menurut Fuller, guru pada tahap turnpuan inisentiasa merasakan diri mereka terancam dan kurang selamat kerana merasakan diri merekamempunyai kelemahan dan kekurangan terutama dari segi keyakinan diri, kemahiran dan juga pengetahuan. Persoalan yang selalu difikirkan adalah berkaitan bentuk penampilan guruyang dapat diterima mudd dalam kelas dan juga bagaimana untuk mengetahui kchcndak dankeperluan pihak pentadbiran sekolah. Justeru itu, pada tahap ini, agak sukar bagi guru untuk menerima dan melaksanakan sesuatau inovasi kerana keadaan psiko1ogi mereka yang"kurang stabil",

• Tahap Tumpuan Tugas

Fuller rnenyatakan, pada tahap ini guru agak stabi1 dari segi emosi, j usteru itu, mereka berfikir bagaimana untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan baik seperti penyediaan bahan pengajaran, bekerjasama dengan rakan setugas dan agak bersedia menerima dan jugamempe1ajari mak1umat baru berkaitan tugas mereka. Pada tahap ini, guru agak bersediauntuk melaksanakan sesuatu inovasi sekiranya diperlukan.

Page 24: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

• Tahap Tumpuan Kesan

Pada tahap ini guru memikirkan apakah implikasi pengajaran dan juga inovasi yangdilaksanakan terhadap pelajar mereka. Guru prihatin mengenai kewajaran mengap1ikasikanapa yang diajar dalam kelas dari segi manfaatnya kcpada pclajar, guru sendiri danmasyarakat. Ini bermakna guru pada tahap tumpuan ini lebih kritis dalam melihat rasional disebalik pe1aksanaan sesuatau inovasi terse but.Sementara itu, Hall dan Loucks (1978) te1ah mengaplikasikan model MengatasiRintangan Perubahan bagi menentukan bagaimanakah po1a tumpuan guru terhadap pelaksanaan inovasi. Model terse but mengandaikan guru mesti berubah terlebih dahulusebelum sesuatu inovasi di1aksanakan. Hall dan Loucks. telah mengklasifikasikan tumpuan guru kepada empat kategori iaitu: (a) Tumpuan TiadaBerkaitan (b) Tumpuan Berkaitan Peribadi (c) Tumpuan Berkaitan Tugas dan (d) TumpuanBerkaitan Kesan. Perincian bagi setiap kategori tersebut oleh Hall dan Loucks adalah seperti berikut:

• Tumpuan Tiada Berkaitan

Guru pada tahap tumpuan ini tidak mcmberikan tumpuan sewajamya terhadap pelaksanaaninovasi kerana kemungkinan kurang mendapat maklumat yang berkaitan. Inovasi dianggaptidak membawa apa-apa makna kepada diri mereka justeru itu mereka bersikap tidak mahumengambil tahu.

• Tumpuan Berkaitan Peribadi

Pada tahap ini guru memikirkan mengenai kemampuan dan kcsediaan diri untuk melaksanakan sesuatu inovasi. Pertimbangan mereka tertumpu kepada persoalan apakahmereka berkemampuan dari segi kemahiran, kecekapan, pengetahuan dan pengalaman. Jugadifokuskan persoalan berkaitan "zon keselesaan" yang mungkin akan menjejaskan merekaseperti soal penggunaan masa, persoalan keluarga, waktu untuk kesenggangan diri danseumpamanya. Dalam erti kata lain, tumpuan guru adalah terhadap

selfsurvival.

• Tumpuan Berkaitan Tugas

Tumpuan guru pada kategori ini adalah bagaimana untuk melaksanakan suatu inovasi denganlebih cekap. Guru memberi tumpuan kepada usaha penambahbaikan dari segi kecekapan pengajaran, termasuk aspek berkaitan penyediaan bahan kurikulum yang lebih menarik, penggunaan media pengajaran yang inovatif dan kreatif, berusaha untuk menarik minat pelajar dan rnewujudkan hubungan interpersonal yang efektif dan harmonis di kalanganrakan setugas.

Tumpuan Berkaitan Kesan

Bagi Hall dan Loucks, pada kategori tumpuan ini, guru sudah mempunyai tahapkeyakinan tinggi dalam pelaksanaan tugas. Pertimbangan guru lebih berfokus kepada persoalan bagaimanakah sesuatu inovasi dapat memberikan impakyang lebihjelaskepada pelajar. Merekamemikirkn apakah yangpelajar peroleh hasil pelaksanaaninovasi itu sendiri dari segi kebolehlaksanaannya dalam kehidupan sebenar di luar bilik

Page 25: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

darjah.Pada pendapat Hall dan Loucks, untuk pelaksanaan inovasi kurikulum yang berkesan,seseorang guru perlu berada sekurang-kurangnya pada kategori tumpuan kedua iaituTumpuan Berkaitan Peribadi. Jika guru masih pada tahap Tumpuan Tiada Berkaitan, pelaksanaan inovasi akan menghadapi masalah kerana guru akan melaksanakannyamengikut persepsi dan pentafsiran mereka sendiri,

Perbincangan dan Kesimpulan

Kesediaan guru untuk melaksanakan inovasi adalah persoalan penting yang perludipertimbangkan oleh pihak perancangan pendidikan supaya wujudnya keharmonian antara pihak pelaksana inovasi (guru) dan perancang inovasi itu sendiri, Pelaksanaan inovasitersekat jikalau pihak berkuasa pendidikan menganggap inovasi kurikulum sebagai satukemestian, sedangkan guru melihatnya pada sudut pandangan sebaliknya.Pada pendapat Evans (2004), dua persoalan perlu dipcrhalusi dalam inovasikurikulum. Pertama, perubahan tidak dapat diclakkan masa kini. Ianya terus berlaku secarameluas dan bentuknya pula semakin canggih, teknikal dan kompleks. Kedua, guru-gurukurang kecekapan untuk melaksanakan perubahan secara berkesan di peringkat sekolahmasing-masing. Kedua-dua persoalan tersebut menurut Evans menyebabkan proses pelaksanaan perubahan kehilangan fokus dari aspek penekanan. Ini kerana akan timbul persoalan apakah aspek yang seharusnya diutamakan. Evans berpendapat kcbiasaannya proses pelaksanaan perubahan hanya menumpukan aspek teknikal seperti penyediaan alatandan juga latihan. Aspek berkaitan tingkahlaku guru, norma, sikap, dan perubahan budayasekolah kurang diberi penekanan.Fullan (1989) pula berpendapat bahawa proses pelaksanaan inovasi me lib atkan tigaaspek utama iaitu: (a) bahan-bahan kurikulum (b) pendekatan pengajaran dan (c)kepercayaan. Menurutnya, aspek berkaitan kurikulum dan pendekatan pengajaran mudahdilaksanakan melalui peruntukan kewangan dan enyediaan modul latihan. Pihak berkuasa pendidikan juga boleh mengenakan pelbagai bentuk tekanan dan paksaan terhadap guru jika perlu. Disebaliknya, aspek kepercayaan guruagak sukar diatasi kerana me lib atkan psikologi dalaman guru, motivasi, sikap, persepsi,tanggapan,

world view

serta pengalaman mereka.Menurut Sarason (1991), walau apa pun reaksi guru terhadap inovasi kurikulum,namun perubahan akan terus berlaku, malah sukar untuk dibendung. Dalam hal ini RahimahHj. Ahmad (1999) mengungkapkan bahawa kita seharusnya mempunyai visi dan pandangandunia tcrsendiri supaya dasar-dasar yang digubal mencapai sasarannya, Sekolah harus bersedia untuk berubah mengikut zaman. Trend perubahan di Malaysia yang cukup pesat pacta satu dekad terakhir ini semestinya akan berterusan. Malah mengikut FalsafahPendidikan Kebangsaan, pendidikan adalah agen tumbesaran generasi masa depan dcngantujuan mcngembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk individu yang berkemampuan menangani cabaran globalisasi tetapi mengekalkanciri-ciri ala Malaysia.

Rujukan

Akinyemi, K. (1986). A study oftechnophobia among primary school teachers in Nigeria.

Page 26: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Programmed Learning and Educational Technology,

5(1),263-269.Badaraco, J. J., & Ellsworth, R. (1989).

Leadership and the quest for integrity.

Boston: Harvard Business School Press.Brown, S., & McIntyre, D. (1993).

Making sense ofteaching.

Buckingham: OpenUniversity Press.Carter, K. (1990). Teachers' knowledge and learning to teach. Dalam W. R.Huston (Ed.),

Handbook of research on teacher education

(pp. 291-309). New York:Macmillan.Cochran, K. F., DeRuiter, J. A., & King, R. A. (1993). Pedagogical contentknowing: An integrative model tor teacher preparation.

Journal of Teacher Education,

44, 263-272.Dembo, M., & Gibson, S. (1985). Teachers' sense of efficacy: An important factor in school achievement.

The Elementary School Journal.

86, 173-184.Evans, R. (2004).

The human side of school change.

San Francisco: JosseyBass.Fullan, M., & Miles, M. (1992). Getting reform right: What works and whatdoesn't.

Phi Delta Kappan,

73( 10), 744-752.Fullan, M., & Park, P. (1989).

Curriculum implementation.

Ontario: Ministryof Education.Fuller, F. F. (1975). Concerns of teachers: A development conceptualization.

American Educational Research Journal,

6, 207-226.

Ghaith, G., & Yaghi, H. (1997). Relationships among experience, teacher efficacyand attitude toward the implementation of instructional innovation.

Teacher and Teacher Education.

Page 27: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

13(4),451-458.Hall, G., & Loucks, S. (1978). Teachers concerns as a basis for facilitating and personalizing staff development.

Teachers College Record.

9, 36-53.Hargreaves, A. (1994).

Changing teachers. changing times.

New York: Teachers CollegePress.Heneman, H. G. (1998). Assessment of the motivational reactions of teachers to a school- based performance award program.

Journal of Personnel Evaluation in Education,

12(1),43-59.Hurst, P. (1983).

Implementing educational change: A critical review of the literature.

EDCOccasional papers, No.5. London: University of London, Institute of Education.Jaafar Muhamed, Mohd Hizam Hanafiah, & Zafir Mohd. Makbul. (2001).

Pengantar pengurusan.

Kuala Lumpur: Leeds.Johnson, S. (1992). Images: A way of understanding the practical knowledge of studentteachers.

Teaching and Teacher Education,

18, 1213-1326.Klein, D. (1976). Some notes on the dynamics of resistance to change: The defender role.Dalam W G. Bennis, K. Benne, & R. Chin (Ed.), The planning of change (ms.1l7-l24). New York: Holt.Liberman, A., & Miller, 1. (1999). Teacher development in professional practice schools.

Teachers College Record.

92(1), 105-122.Little, 1. W (1990). The emotional contours and career trajectories of reform enthusiasts.

Cambridge Journal of Education.

22, 345-359.McCormick, R., & James, M. (1983).

Curriculum evaluation in schools.

London:Routledge.Moriarty, V, Edmunds, S., Blatchford, P., & Marlin, C. (2001). Teaching young children:Perceived satisfaction and stress.

Educational Research,

43(1), 3346.Omar Mohd. Hashim. (1991).

Page 28: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

Pengisian misi pendidikan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Pratt, D. (1994).

Curriculum planning: A handbook/or professionals.

New York:Harcourt.Rahimah Hj. Ahmad. (1999).

Pembangunan pendidikan ke arah kecemerlangan pada alaf baru.

Seminar Kebangsaan Pembangunan Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UniversitiMalaya,Richardson, V (1996). The role of attitude and belief in learning to teach. Dalam 1. Sikula(Ed.),

Handbook of Research on Teacher Education.

15,333-349.Ross, 1. (1998). The antecedents and consequences of teacher efficacy.

Advances in Research on Teaching,

7,49-74.

Sarason, S. B. (1991).

The predictable failure of educational reform: Can we change coursebefore it s too late.

San Francisco: Jossey-Bass,Slavin, R. (1990). Research on cooperative learning: Consensus and controversy.

Educational Leadership,

47(4),52-54.Tobin, K, & McRobbie, C. 1. (1996). Cultural myths as constraints to the enacted sciencecurriculum.

Science Education, 80,223-241.

Van Driel,

J.,

Verloop, N., & De Vos, W (1999). Developing science teachers' pedagogicalcontent knowledge,

Journal ofResearch in Science Technology,

35(6),673-695.Wiles, 1.

w.,

& Bondi, 1. C. (1998).

Curriculum development: A guide to practice.

Page 29: Guru Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Pelaksanaan Sesuatu Inovasi Kurikulum

New Jersey: Prentice-Hall.