buku inovasi guru 2014

112

Upload: syukri-milieng

Post on 08-Apr-2016

304 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

INOVASI

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Inovasi Guru 2014
Page 2: Buku Inovasi Guru 2014

KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Perutusan Pengarah Pendidikan Sarawak Sempena Pelancaran Buku Inovasi-Inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak

ii

2. Kata-kata Aluan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Sempena Pelancaran Buku Inovasi-Inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak

iii

3. Jawatankuasa Penerbitan dan Koleksi Projek Inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

iv

4. Cahaya Dan Warna oleh Mohammad Bin Ameran, SK Siar Campuran, Lundu

1

5. Kit Masteri (Belajar Sambil Bermain Pecahan, Perpuluhan dan Peratus) oleh Wong Siew Ai, SJK Chung Hua Kim Choo Seng, Padawan

32

6. Kotak Magik-Permainan Bahasa (Bahasa Malaysia) oleh Chin Suk Mei, SJK Chung Hua Kim Choo Seng,Padawan

45

7. Scroller oleh Lydia Wong Han Yii, SMK Kampung Nangka, Sibu 54

8. Set Model Teenachem oleh Choo Yih Teen, SMK Chung Hua Sibu

68

9. SH Device oleh Chai Seng Hiong dan Dew Kee Bee, SJK Chung Hua Batu 15, Padawan

74

10. Pick And Pair oleh Francisca Lau Siew Hsia, Kong Mee Foh, Ling

Ging Sieng, Sii Mee Hung, SMK Methodist,Sibu

82

11. Power Circle oleh Ting Siao Fong, Ling Ngiik Mink, Yii Ling Hung, SMK Sacred Heart, Sibu

93

i

Page 3: Buku Inovasi Guru 2014

PERUTUSAN PENGARAH

ii

Page 4: Buku Inovasi Guru 2014

iii

Kata-kata Aluan

iii

Page 5: Buku Inovasi Guru 2014

Jawatankuasa Penerbitan dan Koleksi

Projek Inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

Penaung : Datu Abdillah Bin Adam

Pengarah Pendidikan Sarawak

Penasihat :

Tuan Haji Abdul Rahman Bin Bolhassan

Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak

Pengerusi : Tuan Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik

Setiausaha I : Encik Law Hieng Huat

Ketua Unit Kajian Kemasyarakatan

Setiausaha II : Encik Edwin Anak Apok

Penolong Pengarah Sejarah

Ahli-ahli : Datin Evelyn Ritikos Jaul, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris

Puan Rahayu Binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Matematik

Encik Zaidil Bin Sruji, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia

Puan Hayati Binti Ismawi, Ketua Penolong Pengarah Sains

Ustaz Ja’afar Bin Haji Belal, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam

Encik Liew Jiew Kiong, Ketua Unit Bahasa Cina

Encik Nur Muhd Aiman Abdullah, Penolong Pengarah Matematik

Cik Tan Bee Sian, Penolong Pengarah Sains

Encik Christopher Cheong, Penolong Pengarah ABM/Data Rendah

Encik Mohammad Bin Ameran

Puan Wong Siew Ai

Cik Chin Suk Mei

Cik Lydia Wong Han Yii

Puan Choo Yih Teen

Puan Francisca Lau Siew Hsia

Puan Kong Mee Foh

Cik Ling Ging Sieng

Puan Sii Mee Hung

Puan Ting Siao Fong

Cik Ling Ngiik Mink

Puan Yii Ling Hung

Encik Chai Seng Hiong

Puan Dew Kee Bee

iv

Page 6: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

1

GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2014

Nama Guru : Mohammad Bin Ameran

Stesen bertugas : SK Siar Campuran, Lundu

1. Anugerah : Johan Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah Rendah

( Prasekolah )

2. Tajuk Inovasi : Cahaya dan Warna

3. Sinopsis Inovasi

Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan

melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu

warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya dengan adanya

cahaya kita dapat mengesan warna.

Idea ini tercetus pada mulanya melalui biasan cahaya matahari daripada cermin pada

dinding prasekolah, yang menghasilkan warna pelangi. Melihat murid suka melihat fenomena

tersebut, saya dan murid menjalankan penyiasatan berkaitan dengan cahaya dan warna di bawah

kemahiran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK): Tunjang Sains dan Teknologi,

Standard Pembelajaran : 5.1.4 Menjalankan aktiviti membentuk pelangi.

Namun begitu, kaedah membentuk pelangi yang sedia ada terlalu rumit dan sukar bagi

murid prasekolah. Justeru itu penambahbaikan telah dilakukan menggunakan bahan dan sumber

cahaya yang boleh dimanipulasi oleh murid. Melalui inovasi ini murid dapat menguji, mencuba,

membanding beza, membuat siasatan dan meneroka sesuatu yang baharu dengan bimbingan

guru.

4. Objektif Inovasi

4.1 Objektif Umum

4.1.1 Bahan Inovasi ini dihasilkan supaya murid dapat mengenal warna yang terdapat di

persekitaran dan memahami konsep pelangi.

4.1.2 Murid lebih yakin terhadap diri sendiri apabila berhadapan dengan masalah.

Page 7: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

2

4.2 Objektif Khusus

4.2.1 Murid dapat mengenal warna asas iaitu merah, biru dan kuning.

4.2.2 Murid dapat mengumpulkan objek mengikut ciri-cirinya iaitu warna.

4.2.3 Murid dapat mengenal warna-warna pelangi.

4.2.4 Murid dapat mengenal perubahan warna.

5 Kumpulan Sasaran

Murid Prasekolah berusia 4+ dan 5+.

6 Latar Belakang

Langkah 1 : Penghasilan Kotak Cahaya.

Murid diperkenalkan dengan “Kotak Cahaya”. “Kotak Cahaya” adalah kotak yang

dibalut dengan kertas warna hitam dan putih untuk melihat pancaran cahaya yang akan diuji.

Murid dibimbing membuat “Kotak Cahaya” sebagai bahan asas dalam projek ini.

Rajah 1: Murid membuat “Kotak Cahaya”

Page 8: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

3

Langkah 2 : Roda Warna.

Murid didedahkan dengan pengetahuan tentang warna primer iaitu merah, biru dan

kuning. Plastik lutsinar digunakan untuk membuat “roda warna”, yang akan menjadi bahan

utama dalam menggubah warna cahaya dalam kajian ini.

Rajah 2: Murid membuat “roda warna”.

Rajah 3 : Bahan kajian yang telah siap.

Bahagian Luar Saku Roda Warna

Saku

Bahagian Dalam

Skrin Lubang Tayangan

Page 9: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

4

Langkah 3 : Teater Pelangi.

Dibuat daripada kertas tebal yang berukuran 34 cm panjang dan 11 cm lebar, sebagai skrin dan

bahagian lantai berukuran 34 cm panjang dan 18 cm lebar.

7 Isu/Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi

Usia empat dan lima tahun adalah masa permulaan untuk anak mengetahui jenis-jenis

warna. Perkara yang paling asas ialah mulakan dengan apa yang dilihat kanak-kanak setiap hari.

Mempelajari warna adalah permulaan yang baik untuk melatih otak anak tentang kebolehan

berfikir. Oleh itu bahan inovasi ini boleh menangani isu-isu berikut di dalam proses

pembelajaran dan pengajaran.

7.1 Kesan Inovasi Kepada Pengajaran Guru

7.1.1 Guru dapat memperbaiki kesalahan murid dengan serta merta semasa aktiviti

dijalankan.

7.1.2 Guru dapat menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih lancar.

7.1.3 Guru dapat menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih

menyeronokkan dan bermakna.

7.1.4 Guru dapat menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan berpusatkan

murid.

7.1.5 Guru juga dapat menjalankan proses pentaksiran ketika proses pembelajaran dan

pengajaran.

Lantai Skrin

Page 10: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

5

7.2 Kesan Inovasi Kepada Murid

7.2.1 Murid dapat mengenal dan menamakan warna di persekitaran.

7.2.2 Murid dapat mengenal bentuk-bentuk di persekitaran.

7.2.3 Murid dapat meneroka fenomena alam.

7.2.4 Murid dapat menjalankan aktiviti membentuk pelangi.

7.2.5 Murid berasa seronok ketika pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.

7.2.6 Murid berasa lebih yakin untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh guru.

8 Huraian Inovasi

8.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan inovasi

SENARAI BAHAN

Kotak

( Kotak Kertas Double A)

Kertas Tebal

(Mounting board )

Kertas Warna

(Kertas pembalut hadiah)

Kertas Hitam

(sugar paper)

Plastik lutsinar (Berwarna)

Pita Pelekat dan Gam

Page 11: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

6

MINGGU 1

ST2.1.1 Memerhati dan mengenal

warna-warna di persekitaran.

(Warna sekunder)

MINGGU 2

ST 2.1.5 Memerhati perubahan warna-

warna di persekitaran.

(Warna perima)

MINGGU 3

ST 5.1.4 Menjalankan aktiviti membentuk pelangi.

(Lampu suluh)

MINGGU 4

ST 2.1.5 Memerhati perubahan warna-

warna di persekitaran.

(Kuasa elektrik)

MINGGU 5

ST 5.1.4 Menjalankan

aktiviti membentuk pelangi.

(Kuasa elektrik)

Double Sided Tape

Lampu Suluh dan Sel Kering

Mentol

Pemegang Mentol dan Wayar

Kertas Mahjung

(Kertas Putih)

8.2 Cara Inovasi Digunakan :

Bahan Inovasi Cahaya Dan Warna boleh diguna dalam proses pembelajaran dan

pengajaran guru selama lima minggu. Cadangan perancangan penggunaan seperti di

bawah;

Jadual 1 : Persediaan Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran menggunakan bahan

Inovasi Cahaya Dan Warna

CAHAYA DAN

WARNA

Page 12: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

7

1. PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN.

TUNJANG Sains dan Teknologi (Awal Sains)

KELAS Prasekolah Nur Kasih

TARIKH 20.03.2013

HARI Rabu

MASA 9.30 – 10.00 PAGI

BIL MURID 23 Orang ( 6 & 5 tahun)

TAJUK Cahaya Dan Warna

STANDARD

PEMBELAJARAN UTAMA

2.1.5 Memerhati perubahan warna-warna di persekitaran.

STANDARD

PEMBELAJARAN YANG

DISEPADUKAN

2.2.7 Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan

sesuai.

OBJEKTIF Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:

Menamakan sekurang-kurangnya 4 daripada 7 warna

pelangi.

Menamakan secara lisan 2 perubahan warna yang dapat

diperhatikan melalui uji kaji yang dijalankan.

PENGETAHUAN SEDIA

ADA MURID

Murid sudah kenal dan boleh menamakan warna yang terdapat di

sekeliling mereka.

KEMAHIRAN BERFIKIR Menjana idea, menghubung kait, membuat inferens, dan

membuat hipotesis.

KECERDASAN PELBAGAI Verbal Linguistik, Visual Ruang

PERNERAPAN NILAI Yakin, Bekerjasama, Sabar

ALATAN /BBM Lampu suluh, roda warna, kotak cahaya

Page 13: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

8

MASA/

LANGKAH

STANDARD

KANDUNGAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

CATATAN/

BBM

SET

INDUKSI

( 5 MINIT )

Menyanyi

dengan sebutan

yang jelas

1.Guru menyanyikan

Lagu,”Pelangi”

1.Murid ikut guru

menyanyi sambil

melakukan gerakan.

2.Murid menyanyi

secara beramai-ramai

dengan bimbingan

guru.

Murid, guru

Carta lagu

LANGKAH

1

( 5 MINIT )

Soal jawab.

1. Guru bersoal

jawab dengan

murid tentang

pelangi.

- Bila pelangi akan

muncul?

- Apakah warna-

warna pelangi?

- Bolehkah kita

melihat pelangi

jika hari tidak

hujan?

1. Murid menjawab

soalan-soalan yang

dikemukakan oleh

guru.

- Selepas hujan turun.

- Pelbagai jawapan

yang diberikan oleh

murid

Gambar

LANGKAH

2

( 5 MINIT )

Pelangi dalam

kelas.

1.Guru membimbing

murid membuat

uji kaji pelangi di

dalam kelas.

1. 1. Murid membuat uji

kaji dalam kumpulan

kecil.

Kumpulan 1 :

Menyiasat perubahan

warna cahaya dengan

menggunakan Roda 1

warna sahaja (merah

atau biru atau kuning).

Kumpulan 2 :

Menyiasat perubahan

warna cahaya dengan

menggunakan Roda

2 warna yang

dicantumkan.

Kotak

cahaya, roda

warna dan

lampu suluh.

Page 14: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

9

MASA/

LANGKAH

STANDARD

KANDUNGAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

CATATAN/

BBM

Kumpulan 3 :

Menyiasat perubahan

warna cahaya dengan

menggunakan Roda 3

warna primer yang

dicantumkan.

Kumpulan 4 :

Menyiasat perubahan

warna cahaya dengan

menggunakan Roda 3

warna primer yang

dicantum secara

bertindih untuk

menghasilkan

warna sekunder.

LANGKAH

3

( 6 MINIT )

Carta Warna

1. Guru mengedarkan

lembaran kerja.

2. Guru meminta murid

melengkapkan carta

perubahan warna

hasil gabungan 2

roda warna.

1.Murid membuat uji

kaji untuk

mendapatkan

jawapan.

2.Murid mewarna

carta warna pelangi

yang terhasil.

Kotak

Cahaya,

Lampu

suluh,

Roda warna.

PENUTUP

(4 MINIT)

Kesimpulan

tentang hasil uji

kaji.

1.Soal jawab.

- Namakan warna

pelangi?

- Jika roda warna

Merah+ Kuning.

Warna apa yang

terhasil?

2. Membuat kesimpulan

hasil kajian.

3. Menyanyikan lagu

“Pelangi”

1. Guru bersoal jawab

dengan murid

tentang uji kaji telah

dijalankan.

2.Murid memberi

jawapan dengan

bimbingan guru.

3. Murid menyanyikan

lagu dengan iringan

muzik.

Gambar,

CD lagu,

Carta Lagu.

Page 15: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

10

8.3 Cara Inovasi Digunakan

Subtema : Mengenal warna.

Murid dibahagi kepada empat kumpulan kecil. Setiap kumpulan secara bergilir-gilir

menjalankan penyiasatan yang berbeza.

Kumpulan 1 : Menyiasat perubahan

warna cahaya dengan menggunakan

Roda 1 warna sahaja (merah atau biru atau

kuning).

Rajah 4 : Roda satu warna

Kumpulan 2 : Menyiasat perubahan warna

cahaya dengan menggunakan Roda 2 warna

yang dicantumkan.

Rajah 5 : Roda dua warna

Kumpulan 3 : Menyiasat perubahan

warna cahaya dengan menggunakan

Roda 3 iaitu warna primer yang

dicantumkan.

Rajah 6 : Roda tiga warna.

Kumpulan 4 : Menyiasat perubahan warna

cahaya dengan menggunakan Roda 3 iatu

warna primer yang dicantum secara bertindih

untuk menghasilkan warna sekunder.

Rajah 7 : Roda 3 warna primer bertindih.

Page 16: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

11

Dapatan Penyiasatan 1

Kumpulan 1 mendapati bahawa mereka hanya

menghasilkan warna primer iaitu merah,

kuning dan biru. Murid-murid hanya melihat

satu warna sahaja mengikut warna pada Roda

Warna tersebut.

Rajah 8 : Kumpulan 1 (Roda satu warna )

Kumpulan 2 mendapati cahaya yang terhasil

campuran dua warna primer seperti warna pada

Roda Warna tersebut.

Rajah 9 : Kumpulan 2 (Roda dua warna )

Kumpulan 3 mendapati cahaya yang terhasil

campuran tiga warna darpada roda warna yang

digunakan.

Rajah 10 : Kumpulan 3 (Roda tiga warna )

Kumpulan 4 pula mendapati warna sekunder

iaitu ungu, hijau dan jingga yang terhasil

daripada gabungan warna-warna primer iaitu

merah, kuning dan biru, yang ditampal secara

bertindih.

Rajah 11 : Kumpulan 4 (Roda tiga warna yang

bertindih )

Kesimpulan Penyiasatan 1 : Cahaya lampu suluh berubah warna apabila dipancar pada

roda- roda warna yang berlainan.

Rajah 12 : Perubahan warna cahaya lampu picit yang dilihat oleh murid.

Page 17: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

12

2. PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN.

TUNJANG Sains dan Teknologi (Awal Sains)

KELAS Prasekolah Nur Kasih

TARIKH 27.03.2013

HARI Rabu

MASA 9.30 – 10.00 PAGI

BIL MURID 23 Orang ( 6 & 5 tahun)

TAJUK Cahaya Dan Warna

STANDARD

PEMBELAJARAN

UTAMA

ST 5.1.4 Menjalankan aktiviti membentuk pelangi

STANDARD

PEMBELAJARAN YANG

DISEPADUKAN

BM2.2.7 Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan

sesuai.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:

Menamakan sekurang-kurangnya 4 daripada 7 warna pelangi.

Mewarna gambar pelangi dengan susunan warna yang betul.

PENGETAHUAN SEDIA

ADA MURID

Murid sudah kenal dan boleh menamakan warna yang terdapat di

sekeliling mereka.

KEMAHIRAN BERFIKIR Menjana idea, menghubung kait, membuat inferens, dan membuat

hipotesis.

KECERDASAN

PELBAGAI

Verbal Linguistik, Visual Ruang

PERNERAPAN NILAI Yakin, Bekerjasama, Sabar,

ALATAN /BBM Lampu suluh, roda warna, kotak cahaya,

Page 18: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

13

MASA/

LANGKAH

STANDARD

KANDUNGAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

CATATAN/

BBM

SET

INDUKSI

(5MINIT)

Menyanyi

dengan sebutan

yang jelas

1. Guru menyanyikan

Lagu,”Pelangi”

1. Murid ikut guru

menyanyi sambil

melakukan gerakan.

2. Murid menyanyi

secara beramai-ramai

dengan bimbingan guru.

Murid, guru

Carta lagu

LANGKAH

1

( 5 MINIT)

Soal jawab.

1.Guru bersoal jawab

dengan murid tentang

pelangi.

- Bila pelangi akan

muncul?

- Apakah warna-warna

pelangi?

- Bolehkah kita melihat

pelangi jika hari tidak

hujan?

1.Murid menjawab soalan-

soalan yang

dikemukakan oleh guru.

- Selepas hujan turun.

- Pelbagai jawapan

yang diberikan oleh

murid.

Gambar

LANGKAH

2

(5 MINIT)

Pelangi dalam

kelas.

1. Guru membimbing

murid membuat uji

kaji pelangi di dalam

kelas.

1. Murid diminta

menyusun roda warna

(biru,merah dan kuning)

berselang-seli.

2. Susunan roda warna

disusunkan di Teater

Pelangi di dalam ruang

gelap.

3. Murid diminta

menyalakan lampu suluh

dan memerhati hasil

kajian pada skrin teater.

Roda warna

Lampu suluh

Ruang gelap

LANGKAH

3

(6 MINIT)

Warna- warna

pelangi.

1. Guru mengedarkan

lembaran kerja.

2.Guru meminta murid

melengkapkan

susunan warna-

warna pelangi.

1.Murid membuat

uji kaji untuk

mendapatkan jawapan

2.Murid mewarna

carta warna pelangi

yang terhasil.

Kotak Cahaya

Lampu suluh

Roda warna.

Page 19: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

14

MASA/

LANGKAH

STANDARD

KANDUNGAN

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN

/ BBM

PENUTUP

(4 MINIT)

Kesimpulan

tentang hasil uji

kaji.

1. Soal jawab.

- Namakan warna

Pelangi mengikut

susunan?

2.Menyanyikan lagu

“Pelangi”

1.Guru bersoaljawab

dengan murid tentang

uji kaji telah dijalankan.

2. Murid memberi

jawapan dengan

bimbingan guru.

3. Murid menyanyikan

lagu dengan iringan

muzik.

Gambar,

CD lagu,

Carta Lagu.

8.4 Cara Inovasi Digunakan

Subtema : Membentuk pelangi.

Guru membimbing murid menghasilkan pelangi menggunakan beberapa roda warna.

Siasatan ini dilakukan di dalam ruang yang gelap bagi melihat kesan pantulan cahaya berwarna

dengan lebih jelas.

Rajah 13 : Ruang gelap yang disediakan dalam kelas.

Dalam penyiasatan ini warna lutsinar iaitu merah, biru dan kuning dan 3 lampu suluh

digunakan. Murid diminta membuat perbandingan ke atas warna cahaya yang terhasil dengan

menggunakan satu warna, dua warna dan tiga warna. Melalui pantulan ketiga-tiga siasatan

tersebut, terdapat perbezaan cahaya warna yang terhasil.

Page 20: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

15

Rajah 14 : Murid membuat penyiasatan dalam ruang gelap.

Rajah 15 : Gabungan pancaran 3 warna primer, menghasilkan warna sekunder.

Dapatan Penyiasatan :

Hasil pantulan tiga warna akan menghasilkan warna hijau, jingga dan unggu,

seperti warna pada pelangi.

Kesimpulan Penyiasatan :

Warna cahaya akan bertambah jika menggunakan roda warna yang banyak dan

warna yang terhasil bertambah cantik. Semakin banyak roda warna digunakan semakin

banyak warna yang terhasil.

Page 21: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

16

3. PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN.

TUNJANG Fizikal dan Estetika (Pendidikan Seni)

KELAS Prasekolah Nur Kasih

TARIKH 27.03.2013

HARI Rabu

MASA 9.30 – 10.00 PAGI

BIL MURID 23 Orang ( 6 & 5 tahun)

TAJUK Cahaya Dan Warna

STANDARD

PEMBELAJARAN

UTAMA

PFK 1.1.15 Menggunting menghasilkan satu bentuk.

STANDARD

PEMBELAJARAN YANG

DISEPADUKAN

BM 2.2.7 Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan

sesuai.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:

Menamakan sekurang-kurangnya 4 daripada 7 warna pelangi.

Mewarna gambar pelangi dengan susunan warna yang betul.

PENGETAHUAN SEDIA

ADA MURID

Murid sudah kenal dan boleh menamakan warna yang terdapat di

sekeliling mereka.

KEMAHIRAN BERFIKIR Menjana idea, menghubung kait, membuat inferens, dan membuat

hipotesis.

KECERDASAN

PELBAGAI

Verbal Linguistik, Visual Ruang

PERNERAPAN NILAI Yakin, Bekerjasama, Sabar,

ALATAN /BBM Lampu suluh, roda warna, kotak cahaya,

Page 22: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

17

MASA/

LANGKAH

STANDARD

KANDUNGAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

CATATAN/

BBM

SET

INDUKSI

(5MINIT)

Menyanyi

dengan sebutan

yang jelas

1.Guru menyanyikan

Lagu,”Tanglung

Tahun Baru”.

1.Murid ikut guru

menyanyi sambil

melakukan gerakan.

2.Murid menyanyi

secara beramai-ramai

dengan bimbingan

guru.

Murid, guru

Carta lagu

LANGKAH

1

( 5 MINIT)

Soal jawab.

1.Guru mempamerkan

gambar tanglung.

2.Sesi soal jawab.

Soalan :

-Namakan apa yang

kamu lihat dalam

gambar ini?

-Tanglung dibuat

daripada apa?

-Apakah kegunaan

tanglung?

1.Murid menjawab

soalan guru.

-Tanglung

-kertas warna

-hiasan

Gambar

LANGKAH

2

(5 MINIT)

Bahan membina

tanglung.

1.Guru memberitahu

murid, hari ini

mereka akan belajar

membuat tanglung.

2.Guru mempamerkan

bahan-bahan untuk

membuat tanglung.

1. Murid duduk dalam

satu bulatan besar.

2. Mendengar dan

melihat tunjuk cara

oleh guru dengan

penuh minat.

Kertas manila,

plastik lutsinar

pelbagai

warna,

gunting, gam

dan Double

Sided Tap

LANGKAH

3

(10 MINIT)

Membina

tanglung.

1.Guru membimbing

murid membina

tanglung.

1.Murid membina

tanglung dengan

bimbingan guru

LANGKAH

4

(5 MINIT)

Penutup

1.Guru merumus

kemahiran dan

aktiviti yang

dimuridi hari ini

secara ringkas.

1. Murid menyanyikan

lagu, “Tanglung Tahun

baru” bersama-sama.

Page 23: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

18

Rajah 16 : Hasil kerja seni Warna Dan Cahaya.

Page 24: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

19

8.5 Kos Bagi Menghasilkan Inovasi

Bahan Harga

Seunit (RM)

Kuantiti yang

diperlukan

Kos 5 unit

(RM)

Kotak ( Kotak Kertas Double A) - 4 -

Kertas Warna (pembalut hadiah) 1.00 4 4.00

Kertas Hitam (suger paper) 1.00 4 4.00

Kertas Tebal (Mounting Board) 4.50 2 9.00

Plastik lutsinar (Berwarna) 0.80 3 2.40

Stationery Tape 2.00 1 2.00

Double Sided Tape 2.50 1 2.50

Gam 1.50 4 6.00

Lampu Suluh 15.00 4 60.00

Sel kering 2.00 4 8.00

Mentol 14.50 1 14.50

Pemegang mentol 4.50 1 4.50

Wayar 0.80 1 meter 0.80

Plak tiga pin 8.00 1 8.00

Jumlah 57.50 125.70

8.6 Keberkesanan Inovasi Kepada Pembelajaran Dan Pengajaran (Sertakan Bukti)

Keberkesanan Inovasi Kepada Pengajaran Guru

8.6.1 Guru menggunakan kaedah penerangan dan gambar sebelum ini, menyebabkan murid

berasa bosan tetapi dengan bahan inovasi ini pembelajaran dan pengajaran lebih

bermakna.

8.6.2 Pembelajaran dan pengajaran guru tidak melibatkan murid sebelum ini. Melalui bahan

inovasi ini murid boleh meneroka sendiri dengan bimbingan guru.

Page 25: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

20

8.6.3 Guru susah menjalankan pentaksiran terhadap setiap murid, melalui bahan inovasi ini,

perlakuan dan pemahaman murid dapat diperhatikan.

8.6.4 Guru susah hendak menerangkan proses perubahan warna dalam pembentukan pelangi,

melalui bahan inovasi ini proses dapat difahami oleh murid dengan mudah.

8.6.5 Guru dapat memberitahu sifat cahaya, sumber cahaya dan bahaya bekalan elektrik kepada

murid secara tidak langsung.

Rajah 17 : Pembelajaran dan pengajaran guru menarik minat murid.

8.7 Keberkesanan Inovasi Kepada Pembelajaran Murid

8.7.1 Murid tahu mengenal warna di persekitaran dan secara tidak langsung tahu warna

sekunder dan primer.

8.7.2 Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

8.7.3 Murid tidak berasa bosan ketika guru menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.

8.7.4 Murid semakin berminat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.

8.7.5 Keyakinan murid akan meningkat kerana diberi kebebasan untuk meneroka dan

melakukan kajian sendiri.

8.7.6 Pengetahuan murid tentang sifat cahaya, sumber tenaga dan bahayanya bekalan elektrik

akan bercambah.

Page 26: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

21

Rajah 19 : Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti Pengajaran

dan Pembelajaran.

9. Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain

Bahan inovasi Cahaya Dan Warna amat berpotensi untuk disebar luas kepada guru-guru

prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak swasta dan guru-guru sains di sekolah

rendah mahu pun sekolah menengah rendah. Bahan inovasi ini telah dicuba di dua buah kelas

pendidikan awal kanak-kanak, iaitu di SK Lebai Mentali, Lundu dan Kelas Tadika Kemas

Kampung Sekambal, Lundu. Maklum balas daripada dua buah kelas tersebut amat positif dan

murid amat berminat serta dapat mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan baik.

Bahan inovasi Cahaya Dan Warna adalah bahan bantu mengajar yang;

Merupakan bahan yang sangat mudah untuk digunakan.

Menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih aktif kerana ia berpusatkan murid.

Bahan bantu mengajar ini juga direka khas untuk memudahkan murid memahami konsep

pelangi.

Murid bebas meneroka, menarik perhatian dan minat murid untuk belajar.

Sebagai asas melahirkan insan yang kreatif dan inovatif.

Page 27: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

22

Rajah 20: Kanak-kanak Tadika Kemas

Rajah21: Murid Prasekolah SK. Lebai Mentali, Lundu.

Page 28: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

23

Rajah 22 : Pameran Projek Inovasi

Murid telah berkongsi hasil Projek Cahaya Dan Warna dengan ibu bapa, adik beradik,

guru-guru dan penggunjung yang datang melawat pameran. Mereka diberi peluang menerangkan

bagaimana mereka melaksanakan projek ini, bermula dari fasa pertama hingga fasa ketiga.

Projek ini akan lebih besar impaknya jika diberi peluang untuk dikongsi bersama lebih banyak

murid dari sekolah lain.

10. Keterangan lain yang berkaitan.

Bahan bantu mengajar Cahaya dan Warna telah dikongsikan di Konvensyen Amalan

Terbaik Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Prasekolah Peringkat Kebangsaan 2013, berpusat

di Negeri Selangor.

Page 29: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

24

Rajah 23 : Pameran Konvensyen Amalan Terbaik Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Prasekolah

.

Page 30: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

25

Tunjang Sains Dan Teknologi

Nama : …………………………………………………. Tarikh : ………............

ST 5.1.4 Menjalankan aktiviti membentuk pelangi.

Arahan : Buat kajian dan nyatakan hasilnya.

LEMBARAN KERJA

Page 31: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

26

Tunjang Sains Dan Teknologi

Nama : …………………………………………………… Tarikh : ………………………

ST 2.1.1 Memerhati dan mengenal warna-warna di persekitaran.

Arahan : Namakan warna-warna pelangi di bawah ini.

LEMBARAN KERJA

Page 32: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

27

LEMBARAN KERJA

Page 33: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

28

BORANG RUMUSAN PENCAPAIAN MURID

PRASEKOLAH NUR KASIH

SK. SIAR CAMPURAN, LUNDU.

Tunjang :

Kemahiran :

BIL NAMA JENIS WARNA JUMLAH BETUL

%

MERAH KUNING JINGGA BIRU HIJAU INDIGO UNGGU

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Page 34: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

29

BORANG RUMUSAN PENCAPAIAN MURID

PRASEKOLAH NUR KASIH

SK. SIAR CAMPURAN, LUNDU.

Tunjang :

Kemahiran :

BIL NAMA JENIS WARNA JUMLAH

BETUL

%

1 2 3 4 5 6

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Page 35: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

30

Arahan : Warnakan objek di bawah dengan betul.

LEMBARAN KERJA

Page 37: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

32

GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2014

Nama Guru : Wong Siew Ai

Stesen bertugas : SJK Chung Hua Kim Choo Seng, Padawan

1. Anugerah : Naib Johan Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah Rendah

2. Tajuk Inovasi : Belajar Sambil Bermain – Pecahan, Perpuluhan dan Peratus

3. Sinopsis Inovasi

Inovasi yang dihasilkan berfokus kepada peningkatan keberkesanan dalam proses

pembelajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Matematik untuk topik Pecahan, Perpuluhan

dan Peratus. Melalui inovasi ini, murid-murid dapat memahami konsep pecahan, perpuluhan dan

peratus dengan lebih mudah berpandukan kad yang dilukis seratus petak segi empat sama dan

kertas lutsinar khas. Inovasi ini juga membolehkan murid-murid membuat hubung kait di antara

pecahan, perpuluhan dan peratus.

4. Objektif Inovasi

Objektif inovasi ini adalah untuk membantu murid-murid memahami konsep dan

menguasai ilmu pecahan, perpuluhan dan peratus dengan objek maujud secara berkesan.

5. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran inovasi ini ialah semua murid sekolah rendah dan prasekolah.

6. Latar Belakang

Pada tahun 2013, saya mengajar Matematik kelas Tahun 5. Murid-murid Tahun 5 saya

terdiri daripada 17 orang murid. Semasa mengajar, didapati murid-murid saya kurang

memahami konsep pecahan, perpuluhan dan peratus. Mereka keliru dan menghadapi masalah

menjawab soalan yang berkaitan dengan pecahan, perpuluhan dan peratus. Mereka juga tidak

dapat menghubungkaitkan pecahan dengan perpuluhan dan peratus.

Pada suatu hari, apabila murid-murid membuat latihan peratus, saya terlihat salah seorang

murid melukis petak-petak di atas kertas untuk mencari jawapan berkaitan peratus tersebut.

Lantas, terlintas dalam fikiran saya, iaitu bahan bantu belajar yang berbentuk konkrit atau objek

maujud akan dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik dengan lebih

berkesan. Dengan adanya ilham itu, maka terhasillah projek inovasi ini.

Page 38: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

33

Sebelum inovasi dihasilkan, saya telah menggunakan masa yang panjang untuk

membantu murid-murid memahami konsep pecahan, perpuluhan dan peratus dan

menghubungkaitkan ketiga-tiga ilmu Matematik tersebut. Dengan adanya inovasi ini, saya yakin

murid-murid dapat memahami konsep Matematik dan menguasai kemahiran dengan lebih cepat

dan mudah.

Pada peringkat awal inovasi ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Saya melukis

seratus petak di atas kad manila, seterusnya saya mencari bahan yang sesuai digunakan untuk

mengatur nilai peratus. Bahan yang saya gunakan mudah didapati., Akhirnya, penutup botol

digunakan untuk mewakili nilai peratus di atas petak dan kertas lutsinar yang berlorek untuk

mewakili pecahan. Salah satu kelemahan membuat lorekan di atas kertas lutsinar, warnanya

mudah hilang dari garisan dan kesannya kurang memuaskan. Akhirnya, pelekat bergambar

digunakan untuk menggantikan lorekan. Pelekat bergambar yang berwarna-warni dan

mempunyai muka senyuman dipilih untuk menarik perhatian murid dengan harapan mereka

berasa seronok semasa menggunakan inovasi ini.

Kemudian, inovasi ini ditambah baik selepas mendapat komen daripada rakan. Kini

inovasi ini dapat digunakan sebagai landasan untuk mewujudkan komunikasi dalam membina

pengetahuan, berinteraksi antara satu sama lain dan belajar melalui perkongsian pengalaman

sebenar murid.

Pendekatan inovasi ini ialah amalan pembelajaran berpusatkan murid. Sebagai

penambahbaikan kepada bahan bantu belajar yang berbentuk konkrit, tercetus pula idea

menggunakan pendekatan berkumpulan melalui aktiviti kontruktivisme dalam inovasi ini. Ia

dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik melalui interaksi dan penglibatan

aktif sesama murid.

7. Isu / Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi

Dengan adanya inovasi ini, murid-murid dapat mengenal pasti pelbagai pecahan. Murid-

murid juga dapat memahami pecahan setara. Apabila kertas lutsinar diletak ke atas kad manila,

murid-murid dapat melihat bahagian-bahagian yang ditunjukkan mengikut pecahan dengan jelas.

Murid-murid juga dapat memahami nilai tempat perseratus dalam perpuluhan melalui kad

yang dilukis seratus petak. Dengan meletakkan penutup botol ke atas kad seratus petak, murid-

murid akan mengenal pasti nilai peratus yang diwakili dengan mengira penutup botol yang

diletakkan. Penutup botol ini juga dapat diganti dengan kertas lutsinar yang dilekat dengan

pelekat-pelekat bergambar pelbagai warna.

Page 39: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

34

Selain itu, murid-murid juga dapat menghubungkaitkan pecahan dengan perpuluhan dan

peratus dengan inovasi ini. Ini dapat dilakukan oleh murid-murid dengan meletakkan kertas

lutsinar yang mewakili sesuatu pecahan ke atas kad seratus petak. Pertindihan kertas lutsinar

pelbagai pecahan ke atas kad seratus petak tersebut membolehkan murid melihat bilangan petak

yang terkandung dalam bahagian-bahagian pecahan itu. Seterusnya, murid-murid juga boleh

menukarkan peratus kepada pecahan perseratus, pecahan kepada peratus dan perpuluhan kepada

pecahan dengan memerhatikan bahagian pecahan di atas kertas lutsinar dan kad seratus petak itu

dalam masa yang singkat.

Dengan penggunaan inovasi ini, konsep Pecahan, Perpuluhan dan Peratus dapat

diterangkan berbantukan bahan-bahan konkrit, iaitu petak-petak di atas kad seratus petak, kertas

lutsinar yang menunjukkan bahagian-bahagian pecahan, penutup botol dan pelekat bergambar

yang dapat mewakili nilai peratus dan perpuluhan.

Ini bermakna, inovasi ini telah menangani masalah murid untuk memahami dan

menguasai konsep Pecahan, Perpuluhan dan Peratus yang agak abstrak serta membuat hubung

kait di antara ketiga-tiga konsep tersebut. Ini secara langsung juga dapat menjimatkan masa

guru-guru yang terpaksa mengulang beberapa kali untuk mengajar murid konsep tersebut.

8. Huraian Inovasi

8.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Inovasi

Berikut ialah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi:

o Kad manila

o Pelekat bergambar pelbagai warna

o Pen marker

o Kertas lutsinar

o Penutup botol

o Pensil

8.2 Cara Inovasi Digunakan

Guru Prasekolah, Tahun Satu menggunakan inovasi ini untuk mengajar nombor bulat dan

membezakan dua nombor. Kanak-kanak prasekolah dapat mengatur penutup botol di atas kad

seratus petak untuk mengenal nombor, membezakan dua nombor dan konsep tambah dan tolak.

Guru Tahun Dua dapat menggunakan inovasi ini untuk mengajar pecahan, murid-murid

dapat mengenal pasti pecahan dengan meletakkan kertas lutsinar ke atas kad manila. Guru juga

dapat menggunakan inovasi ini untuk membuat pentaksiran dan penilaian untuk menguji sama

ada murid faham konsep pecahan. Murid-murid akan meletakkan penutup botol ke atas kad

manila mengikut soalan yang dikemukakan oleh guru.

Page 40: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

35

Guru-guru Tahun 3 hingga 6 dapat menggunakan inovasi ini untuk mengajar ketiga-tiga

konsep Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Setelah tunjuk cara dan penerangan, murid-murid

boleh dilibatkan secara aktif dalam aktiviti kumpulan, perbandingan pecahan, perpuluhan dan

peratus. Hubung kait antara pecahan, perpuluhan dan peratus dapat diperhatikan dengan jelas

melalui inovasi ini. Bagi tujuan penilaian guru mengemukakan soalan-soalan pecahan,

perpuluhan atau peratus kepada murid dan murid dapat menggunakan inovasi ini (susunan

penutup botol di kertas lutsinar) untuk menjawab.

Secara amnya, murid-murid dapat memperhatikan bahagian-bahagian yang ditunjukkan

dan memahami konsep pecahan dan pecahan setara dengan meletakkan kertas lutsinar yang

mewakili pecahan ke atas kad segiempat seratus petak. Kad kecil yang dituliskan dengan

pelbagai pecahan, perpuluhan dan peratus juga digunakan dalam inovasi ini.

Dalam aktiviti berkumpulan, ketua kumpulan memilih kad pecahan, kad perpuluhan atau

kad peratus dan ditunjukkan kepada ahli kumpulannya. Ahli kumpulan akan memilih kertas

lutsinar yang sesuai serta menggunakan kreativiti sendiri untuk menyusun penutup botol

mengikut nilai dalam kad pecahan, perpuluhan atau peratus di atas kad segiempat seratus petak.

Aktiviti ini akan diulang sehingga semua ahli kumpulan dapat mempelajari cara untuk mendapat

jawapan yang betul.

Pertandingan antara kumpulan juga dapat diadakan. Antara aktiviti yang pernah

dilakukan ialah guru akan memilih salah satu kad pecahan, perpuluhan atau peratus, ahli

kumpulan yang paling cepat menyusun kertas lutsinar dan penutup botol ke atas kad segiempat

berpetak berdasarkan soalan pada kad ialah pemenang. Dalam saringan menguji kreativiti murid,

aktiviti seperti memberi contoh pecahan setara yang paling banyak diiktiraf sebagai pemenang.

8.3 Kos Bagi Menghasilkan Inovasi

Kos bagi menghasilkan bahan inovasi adalah seperti berikut:

Manila kad : RM1.00

Kertas Lutsinar : RM4.00

Pelekat Bergambar : RM2.00

Jumlah : RM7.00

Page 41: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

36

8.4 Keberkesanan Inovasi Kepada Pembelajaran Dan Pengajaran

Strategi pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam inovasi ini ialah strategi

konstruktivisme. Menurut teori konstuktivisme, pengetahuan adalah produk minda yang dibina

(konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil

persepsi.

Inovasi ini telah meningkatkan penguasaan murid-murid dalam topik pecahan,

perpuluhan dan peratus. Melalui inovasi ini, murid-murid dapat berkomunikasi dan berinteraksi

dengan rakan sebaya semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Aktiviti berkomunikasi telah

membantu murid berfikir secara kreatif dalam proses memperoleh pengetahuan matematik. Ini

adalah selari dengan pendekatan dan teori pembelajaran konstruktivisme.

Mengikut Blumer (1969) dan Bauersfeld (1988), peluang-peluang bagi kanak-kanak

membina pengetahuan matematik wujud apabila mereka berinteraksi dengan guru dan rakan

sebayanya. Inovasi ini membolehkan murid-murid berinteraksi dalam aktiviti kumpulan dan

pertandingan.

Merujuk teori perkembangan kognitif oleh Piaget, kanak-kanak mempunyai tahap

pemikiran konkrit. Pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih berkesan jika sesuatu

pengetahuan, kemahiran ataupun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentuk yang konkrit

dan bersifat kurang abstrak. Sehubungan itu bahan inovasi ini yang bersifat konkrit dapat

membantu murid belajar dengan lebih baik lagi.

Mengikut teori psikologi, kanak-kanak mempunyai sifat yang aktif dan suka bergaul,

serta mendorong kanak-kanak berkomunikasi dengan orang lain. Dengan berkomunikasi, kanak-

kanak berpeluang menjelaskan pemikiran dan mempertajamkan pemikiran mereka.

Cobb (in press) (dalam Cobb, Wood & Yackel, 1990) pula mengatakan dalam

komunikasi berciri matematik, makna-makna dirundingcarakan. Peranan komunikasi melalui

interaksi sosial dalam pembinaan dan memperkembangkan pengetahuan matematik murid juga

dikemukakan oleh Davidson (1990) dalam menyatakan cara-cara bagaimana pembelajaran

koperatif kumpulan kecil boleh membantu mengatasi masalah murid seperti perasaan kecewa,

takut kepada matematik. Inovasi saya memenuhi ciri-ciri seperti yang dinyatakan oleh Cobb dan

Davidson dan ia mempunyai kelebihan seperti berikut:

memberi sokongan sosial untuk mempelajari matematik dalam aktiviti berkumpulan

kecil,

bantu membantu antara ahli kumpulan dalam mempelajari konsep dan strategi

penyelesaian masalah Matematik melalui aktiviti berinteraksi, bercakap, mendengar,

bertukar pandangan, berkongsi idea, dan melakukan proses berfikir secara bersendirian

dan juga bersama-sama orang lain mengatasi masalah yang mencabar yang mungkin di

luar keupayaan individu.

Page 42: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

37

Dalam proses menghubungkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang lama atau

sedia ada, inovasi ini membantu murid-murid menghubungkaitkan pecahan dengan perpuluhan

dan peratus. Aktiviti mudah seperti meletak penutup botol di atas petak-petak merangsang murid

bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti dalam suasana yang menyokong pembelajaran dan

menerima bimbingan yang berpatutan dari guru.

Inovasi ini menekankan aspek interaksi dengan rakan sebaya dan guru sebagai

pembimbing. Aktiviti kumpulan yang melibatkan bercakap, mendengar dan menghubungkaitkan

pecahan dengan perpuluhan dan peratus adalah antara elemen yang menjadi ciri utama inovasi.

Semasa murid belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan (intelek),

memupuk nilai-nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan

kemahiran berkomunikasi (sosial).

Sebelum ini, saya mengambil masa yang panjang untuk mengajar tajuk pecahan,

perpuluhan dan peratus, namun, ramai murid masih keliru dengan konsep matematik ini.

Dengan adanya inovasi ini, ia telah memudahkan pembelajaran dan pengajaran, murid-murid

dapat menguasai konsep dan kemahiran dalam masa yang lebih pendek dan berasa seronok

dalam aktiviti berkumpulan.

Guru-guru Matematik yang lain juga dapat menggunakan bahan inovasi ini untuk

menjalankan pembelajaran dan pengajaran. Mereka berasa gembira kerana ada bahan bantu

mengajar yang dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran mereka. Guru-guru

dari sekolah lain juga telah menggunakan bahan inovasi ini semasa menjalankan pembelajaran

dan pengajaran Matematik.

Praujian dan pasca ujian telah diadakan sebelum dan selepas inovasi ini digunakan di

dalam kelas. Peningkatan prestasi murid dalam pasca ujian dapat dilihat selepas inovasi ini

digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Page 43: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

38

Keputusan Praujian dan Pasca ujian adalah seperti berikut:

Topik: Pecahan, Perpuluhan, Peratus Praujian Pasca Ujian

Bahagian A

Tuliskan dalam bentuk perpuluhan dan peratus

berdasarkan lorekan.

59% 88%

Bahagian B

Penukaran perpuluhan kepada pecahan peseratus.

65% 94%

Bahagian C

Penukaran pecahan perseratus kepada perpuluhan.

59% 88%

Bahagian D

Lengkapkan jadual (perpuluhan, pecahan

perseratus dan peratus)

47% 82%

Bahagian E

Penukaran pecahan kepada peratus

41% 82%

Bahagian F

Menghasilkan circle map I-Think bagi nilai setara

41% 82%

Page 44: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

39

9. Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain

Bahan inovasi ini dapat digunakan oleh semua guru Matematik semasa mengajar tajuk

nombor bulat (murid Prasekolah dan Tahun 1), pecahan (murid Tahun 2 hingga 6), perpuluhan

(murid Tahun 3 hingga 6) dan peratus (murid Tahun 3 hingga 6). Bahan inovasi ini telah semua

guru Matematik di SJK Chung Hua Kim Choo Seng.

Guru Matematik Tahun 2 telah menggunakan inovasi ini dalam pembelajaran dan

pengajaran tajuk Pecahan. Aktiviti kumpulan telah dijalankan dalam pembelajaran dan

pengajaran. Murid-murid berasa seronok dalam aktiviti kumpulan.

Guru-guru prasekolah dan kelas lain juga telah menggunakan bahan inovasi saya dalam

proses pembelajaran dan pengajaran. Inovasi ini telah dikongsi dengan rakan-rakan guru di

sekolah lain, mereka juga memberi maklum balas yang positif. Jika ada peluang, saya bersedia

untuk membuat perkongsian dengan rakan-rakan guru lain di sekolah lain.

Oleh kerana kos menghasilkan bahan inovasi ini rendah dan mudah, saya percaya guru-

guru di sekolah rendah dan prasekolah mampu untuk menghasilkan dan menggunakan inovasi

ini.

10. Keunikan / Keistimewaan Inovasi

Bahan-bahan untuk membuat inovasi ini adalah seperti penutup botol, pen marker, kertas

lutsinar, kad manila dan pelekat bergambar. Penutup botol merupakan bahan kitar semula dan

mudah didapati di mana-mana. Kertas lutsinar, kad manila dan pelekat bergambar juga mudah

didapati seperti di kedai buku.

Penutup botol, pen marker, kertas lutsinar, kad manila dan pelekat bergambar bukan

sahaja mudah didapati malah ianya juga sangat murah dari segi kosnya. Kos untuk menghasilkan

satu set bahan inovasi ini hanya tujuh ringgit.

Bahan inovasi ini mudah dihasilkan, murid-murid pun dapat menghasilkannya di rumah.

Murid-murid hanya perlu melukis petak segiempat sama di atas kad manila dan melekatkan

pelekat di atas kertas lutsinar untuk mewakili pelbagai pecahan. Inovasi ini tidak melibatkan apa-

apa prosedur kompleks, jadi ia boleh digunakan oleh murid-murid dengan mudah tanpa

bimbingan guru secara berterusan.

Inovasi ini membolehkan murid bermain sambil belajar. Ia dapat menarik minat dan

perhatian murid dalam pembelajaran dan pengajaran. Semasa pembelajaran dan pengajaran,

murid-murid mampu menyusun nilai pecahan, perpuluhan dan peratus dalam peta-peta i-Think.

Ia juga dapat melatih murid dalam menguasai dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT) dengan memikirkan pelbagai cara untuk menjalankan aktiviti/permainan dengan bahan

inovasi ini.

Page 45: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

40

Bahan inovasi ini boleh memupuk daya kreativiti murid di mana mereka perlu

memikirkan pelbagai susunan dan bentuk-bentuk yang berlainan di atas kertas seratus petak yang

mewakili peratus. Guru-guru dapat menggunakan bahan inovasi ini untuk membuat pentaksiran

dan penilaian bagi menguji kefahaman murid-murid dalam tajuk nombor bulat, pecahan,

perpuluhan dan peratus. Guru pemulihan pula boleh menggunakan bahan inovasi ini untuk

pembelajaran dan pengajaran bagi tajuk nombor bulat, tambah dan tolak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat berguna kepada guru-guru Matematik untuk

meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid-murid dalam konsep Pecahan, Perpuluhan dan

Peratus, seterusnya memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran guru-guru tercapai.

Saya amat berharap inovasi ini dapat digunakan secara meluas oleh semua guru di

prasekolah dan sekolah rendah. Saya juga berharap dengan inovasi ini, murid-murid juga dapat

dimotivasi dan dirangsang untuk menggunakan daya kreativiti masing-masing bagi

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi terutamanya pembelajaran Matematik pada

masa-masa akan datang.

Page 46: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

41

Praujian Lampiran 1

Topik: Pecahan, Perpuluhan, Peratus

Nama: ________________________

Bahagian A: Tuliskan dalam bentuk perpuluhan dan peratus berdasarkan lorekan.

Peratus : ____________ Peratus : ____________

Perpuluhan :____________ Perpuluhan :____________

Bahagian B: Penukaran perpuluhan kepada pecahan peseratus.

1) 0.03=__________ 3) 0.05=__________

2) 0.07=__________ 4) 0.70=__________

Bahagian C: Penukaran pecahan perseratus kepada perpuluhan.

1) 100

2 = 2)

100

9 = 3)

100

40 =

4) 100

25 = 5)

100

75 = 6)

100

30 =

Page 47: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

42

Bahagian D

Lengkapkan jadual berikut:

Perpuluhan Pecahan

Perseratus

Peratus

0.07

95%

100

23

Bahagian E: Penukaran pecahan kepada peratus.

1) 4

1 = 2)

2

1 = 3)

10

7 =

4) 10

5 = 5)

5

4 = 6)

5

3 =

Bahagian F: Pembinaan ‘Circle Map’ bagi pecahan, pecahan peseratus, perpuluhan dan peratus yang

setara nilainya.

2

1

4

1

5

2

10

3

Page 48: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

43

Pasca Ujian Lampiran 2

Topik: Pecahan, Perpuluhan, Peratus

Nama: ________________________

Bahagian A: Tuliskan dalam bentuk perpuluhan dan peratus berdasarkan lorekan.

Peratus : ____________ Peratus : ____________

Perpuluhan :____________ Perpuluhan :____________

Bahagian B: Penukaran perpuluhan kepada pecahan peseratus.

1) 0.12= __________ 3) 0.36= __________

2) 0.02= __________ 4) 0.48= __________

Bahagian C: Penukaran pecahan perseratus kepada perpuluhan.

1) 100

18 = 2)

100

5 = 3)

100

27 =

4) 100

88 = 5)

100

65 = 6)

100

34 =

Page 49: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

44

Bahagian D

Lengkapkan jadual berikut:

Perpuluhan Pecahan

Perseratus

Peratus

0.08

72%

100

32

Bahagian E: Penukaran pecahan kepada peratus.

1) 4

3 = 2)

5

1 = 3)

10

3 =

4) 5

2 = 5 )

10

1 = 6)

10

7 =

Bahagian F: Pembinaan ‘Circle Map’ bagi pecahan, pecahan peseratus, perpuluhan dan peratus yang

setara nilainya.

5

3

4

2

10

2

10

9

Page 50: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

45

GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2014

Nama Guru : Chin Suk Mei

Stesen bertugas : SJK Chung Hua Kim Choo Seng, Padawan

1. Anugerah : Tempat Ketiga Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah

Rendah

2. Tajuk Inovasi : KOTAK MAGIK- Permainan Bahasa (Bahasa Malaysia)

3. Sinopsis Inovasi

Proses mendidik murid-murid bertambah kompleks dalam arus moden ini. Kaedah

pengajaran seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini (Mahasan

Mahmood, 2003). Justeru, guru perlu memberanikan diri untuk berubah daripada pemikiran yang

jumud dan perlu berinisiatif untuk mengaplikasikan proses pembelajaran dan pengajaran yang

lebih kreatif dan inovatif.

Sehubungan itu, inovasi ini sesuai untuk murid-murid belajar dalam keadaan yang lebih

relaks dan tanpa berasa tertekan. Inovasi ini dihasilkan berasaskan masalah pembelajaran murid

yang mungkin menjejaskan pencapaian mereka dalam akademik dan juga pencapaian mereka.

Dalam penulisan Bahasa Malaysia Bahagian C bagi sekolah Jenis Kebangsaan Cina, murid-

murid perlu membuat ulasan berdasarkan petikan yang diberi dengan tidak melebihi 40 patah

perkataan. Dalam ulasan ini, murid-murid perlu menyatakan empat pengajaran atau nilai murni

serta memberi contoh berdasarkan nilai yang didapati di dalam petikan tersebut. Markah penuh

yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 %.

Kajian telah dibuat setelah analisis dan Post-Moterm dijalankan ke atas pencapaian murid

dalam Ujian Penggal II dalam bulan Oktober 2013. Tinjauan menunjukkan seramai 6 orang

murid mendapat markah yang amat rendah dalam bahagian ini. Untuk mengatasi masalah ini,

inovasi ini telah dibina untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran penulisan dalam

Bahagian C. Inovasi ini berbantukan bahan bantu belajar dan juga berdasarkan teori

pembelajaran seperti Teori Pemprosesan Maklumat, Teori Behaviorisme, Teori Kontruktivisme

dan Teori Humanisme. Pendekatan yang digunakan adalah seperti Pendekatan Induktif, Kaedah

Komunikatif, Pendekatan Main Sambil Belajar, Teknik Bercerita, Teknik Latih Tubi dan juga

Teknik Bersoal Jawab. Inovasi ini telah diaplikasikan sebanyak lima kali.

4. Objektif Inovasi

4.1 Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.

4.2 Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

4.3 Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan Bahasa

Melayu-Kertas 2 (012) Tahun 4, 5, dan 6.

Page 51: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

46

5. Kumpulan Sasaran

Kajian ini tertumpu kepada semua murid Tahun 5 tetapi lebih memberi tumpuan kepada

6 orang murid yang lemah di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Kim Choo Seng. Program

ini melibatkan 6 orang murid di dalam kelas biasa.

6. Latar Belakang

Murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza. Murid-muird yang lebih

lambat atau lemah memerlukan program khas untuk menguasai sesuatu kemahiran atau

pengetahuan yang belum dikuasai. Inovasi ini disesuaikan dengan pelbagai aktiviti yang dapat

menarik perhatian murid yang kurang memberi tumpuan dalam kelas. Murid-murid diberi lebih

banyak peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi sesama kawan apabila aktiviti pembelajaran

dan pengajaran diadakan.

Inovasi ini telah mengambil kira murid-murid yang tidak dapat mengikut pembelajaran

dan pengajaran yang sering diaplikasi di dalam kelas. Ia juga dapat dijadikan sebagai aktiviti

pengayaan bagi murid yang telah menguasai kebanyakan nilai murni dalam Tahap II. Pelbagai

kaedah pengajaran serta teori pembelajaran diterapkan untuk memastikan murid-murid dapat

menguasai sesuatu pengetahuan secara keseluruhan. Murid-murid dapat belajar dengan seronok

tanpa berasa tertekan.

Semua murid Tahun 5 (kelas yang terpilih untuk menjalankan aktivitii inovasi) dapat

menulis format karangan bahagaian C iaitu format ulasan setelah murid dibimbing dengan teknik

nemonik.Walau bahaimanapun, nilai dan contoh yang disertakan adalah tidak betul atau tidak

sesuai dengan petikan yang diberikan. Masalah murid-murid tersebut ialah mereka tidak dapat

mengenal pasti kata kunci yang akan menjelma kepada nilai daripada petikan tersebut. Masalah

mereka sama dengan masalah yang dihadapi oleh kelas Tahun 4 dan Tahun 6.

7. Isu/Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi

Sebelum pembelajaran dan pengajaran dijalankan, praujian telah diadakan untuk

mengenal pasti tahap penguasaan murid dan juga mengenasl pasti nilai murni yang masih belum

dikuasai oleh kebanyakan murid yang terlibat dalam program ini. Guru mendapati murid-murid

tidak dapat mengaplikasikan banyak nilai murni dengan baik. Mereka tidak dapat memberi nilai

atau pengajaran yang betul serta memberi contoh yang tepat berdasarkan petikan apabila

membuat ulasan.

Inovasi ini telah berjaya mengatasi masalah pembelajaran seperti bosan, tiada minat, rasa

tertekan, tidak dapat mengingati fakta atau pengetahuan, rendah diri, diam, tidak mahu

menglibatkan diri, kurang tumpuan dalam kalangan murid. Murid-murid kelihatan ceria apabila

bermain sambil belajar. Mereka kelihatan lebih yakin berbantukan bahan inovasi ini. Murid-

murid juga dapat bermain dan belajar daripada kesilapan dan juga berkomunikasi dalam Bahasa

Malaysia dengan lebih yakin. Murid-murid juga dapat menyelesaikan latihan yang diberi dalam

masa yang ditetapkan.

Page 52: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

47

8. Huraian Inovasi

8.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Inovasi

Kad Manila

Pen Marker

Stapel

Kertas warna (boleh diabaikan)

Kertas lutsinar

Gunting

Buah catur yang dilekat

dengan gambar muka murid

Pita pelekat/Gam/Silikon

Botol plastik terpakai

Bahan permainan kanak-kanak

terpakai

Cakera padat terpakai

8.2 Cara Inovasi Digunakan

Gambar 1

Gambar 2

Buka

Gambar 3 --Kotak dibuka

Permainan 1 (P1)

K

ajian ini

tertumpu

kepada

semua

murid

tahun 5

tetapi

lebih

memberi

tumpuan

kepada 6

orang

murid

yang

lemah di

Sekolah

Permainan 2 (P2)

Permainan 3 (P3)

P3 Permainan

menyerupai

catur ular

Page 53: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

48

Untuk tujuan pemulihan bagi kumpulan yang belum menguasai sesuatu kemahiran dan

pengetahuan,

Contohnya belum menguasai suatu nilai bersama dengan situasinya, murid-murid boleh

mulakan aktiviti iaitu P1 hingga P3 tanpa mengikut urutan.

Seorang murid dilantik sebagai penguji P1/P2/P3 melalui cabutan bertuah.

Penguji diberi set jawapan sebagai rujukan.

Penguji perlu mencatat markah yang diperoleh murid yang bermain ke dalam buku yang

dibawa bersama murid tersebut.

Murid yang lain boleh bermain secara bergilir-gilir.

Masa ditetapkan untuk setiap permainan.

2 markah diperuntukkan bagi setiap jawapan yang betul.

Untuk jawapan yang salah, penguji perlu memberi jawapan iaitu nilai atau situasi yang

betul, murid perlu membaca nilai dan situasi tersebut supaya dapat belajar walaupun

membuat silap.

Guru menetapkan masa untuk setiap permainan mengikut kebolehan kebanyakan murid-

murid dalam kelas tersebut atau

Masa yang ditetapkan bolehlah sama untuk setiap aktiviti. Murid akan diberi markah

dengan menjawab soalan sekadar yang mampu,

Guru pula akan menjadi pemerhati dan penjaga masa dan boleh meniup wisel apabila

masa telah tiba, murid pula akan tukar ke permainan yang seterusnya.

Huraian P1 (Permainan 1)

Dalam P1, murid diberi kad situasi (hijau) dan kad nilai (merah jambu). Murid

dikehendaki mengelaskan situasi berdasarkan nilainya.

Sebanyak 16 markah yang boleh dikumpul jika murid mampu memberi semua jawapan yang

betul.

Gambar 4: P1 (Permainan 1)

P1

Page 54: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

49

Huraian P2 (Permainan 2)

Gambar 5: (Permainan 2)

Dalam P2, murid dikehendaki memutar cakera padat.

Murid dikehendaki menjawab soalan yang kena pada anak panah merah tersebut.

Murid diberi 5 minit untuk bahagian ini. Murid akan diberi markah berdasarkan jumlah

soalan yang mampu dijawab dalam masa yang ditetapkan.

Guru boleh meletakkan jawapan di sebelah untuk memudahkan murid.

Huraian P3 (Permainan 3)

Gambar 6

Untuk P3, pemain dikehendaki memutar “tangan” “television manual” tersebut dan

padankan gambar yang betul berdasarkan nilai yang diberikan.

“Tangan” pertama digunakan untuk memutar gambar ke atas manakala yang kedua akan

memutar gambar ke bawah.

Aktiviti ini perlu dijalankan beberapa kali supaya murid dapat menguasai pengetahuan

dan disimpan sebagai ingatan jangka panjang.

Ikhlas

as

Page 55: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

50

Murid-murid juga boleh menjalankan aktiviti tanpa bantuan guru. Ia juga dapat

dijalankan secara berpasangan iaitu seorang akan menjadi penguji dan seorang lagi

bermain.

Untuk aktiviti pengayaan dan pengukuhan bagi kumpulan yang telah menguasai

kemahiran dan pengetahuan, murid boleh bermula dari catur yang menyerupai ular catur

seperti gambar 7 di bawah.

Putar ayak dan gerakkan catur. Apabila catur mengena nombor yang ada tertulis P1/P2/P,

murid kena menjalani ujian atau latihan yang juga berbentuk permainan.

Jika catur terkena nombor yang ada tertulis “lagu 1/2/3”, murid perlu menyanyi lagu yang

diubah suai dengan menggunakan situasi dan nilai yang dilekat bersama kertas catur di

sebelah nombor tersebut. (Guru boleh tulis di atas kad manila)

Gambar 7

Buah Catur Yang dilekat gambar muka murid

Page 56: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

51

8.3 Kos Bagi Menghasilkan Inovasi

Inovasi ini melibatkan kos yang sangat rendah. Bahan kitar semula seperti botol plastik

terpakai, bahan permainan kanak-kanak terpakai, cakera padat terpakai, botol terpakai telah

digunakan. Bahan seperti kertas warna boleh diabaikan untuk menghasilkan inovasi ini.

Kos bahan wajib bagi menghasilkan inovasi adalah seperti berikut:

Manila kad : RM1.00

Kertas Lutsinar : RM1.00

Pen Marker : RM2.00

Gunting : RM1.50

Buah catur dan ayak : RM1.20

Silikon : RM2.00

Jumlah : RM8.70

8.4 Keberkesanan Inovasi Kepada Pembelajaran Dan Pengajaran

Semua murid yang terlibat telah lulus Ujian Pasca yang mengandungi soalan 35 jenis

nilai murni selepas aktiviti ini dijalankan sebanyak lima kali. Semua murid telah mencapai

peningkatan setelah pembelajaran dan pengajaran menggunakan inovasi ini. Keputusan daripada

ujian t test, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual . Peningkatan murid juga boleh dibezakan

daripada statistik yang dipaparkan dalam Jadual 1, perbezaan min dan sisihan piawai antara

Praujian dengan ujian Pasca juga ditunjukkan di jadual 2 di bawah iaitu:

Min skor ujian selepas program inovasi (M = 57.66667) adalah lebih tinggi berbanding

program sebelum ini ( M = 21) dengan sisihan piawai 5.89915 dan 7.52773.

Jadual 1: Keputusan Praujian (sebelum menjalankan aktiviti inovasi) dan

Pasca Ujian (selepas program inovasi)

No Nama Jantina Praujian Pasca Ujian Peningkatan/Penurunan

1 Bong Siaw Hui P 20 60 + 40

2 Cindy Bong P 16 50 + 34

3 Kuan Pui Fong P 32 68 + 36

4 Chai Bui Hua L 20 62 + 42

5 Lai Wan Sian L 16 48 + 32

6 Chai Cheng Fatt L 22 58 + 36

Page 57: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

52

Jadual 2: Min dan sisihan piawai skor Praujian (sebelum menjalankan aktiviti

pemulihan) dan Pasca Ujian (selepas pemulihan)

Min N Standard Deviation Sd Error.Mean

Pra 21 6 5.89915 2.4083

Pasca 57.66667 6 7.52773 3.0732

Bagi mengenal pasti jika markah murid sebelum dan selepas aktiviti inovasi adalah

ketara secara statistik, Independent sampel T test digunakan untuk menganalisis markah ujian

murid sebelum dan selepas program. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual, min skor sebelum

dan selepas program ini adalah -0.665 dan t = 135.0571, df = 5 , p = -0.0001<.05 , yang

menunjukkan perbezaan di antara keputusan ujian sebelum dan selepas aktiviti inovasi.

Dalam pemerhatian dan temu bual yang dijalankan, guru subjek matematik telah

mengatakan bahawa kebanyakan murid yang telah menjalankan aktiviti inovasi ini

memperlihatkan sikap yang lebih positif dalam kelas. Mereka memberi respon dan menunjukkan

minat dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru muzik juga menyatakan 2 orang murid iaitu

Cindy dan Siaw Hui memujuknya supaya mengizinkan mereka berdiri di barisan hadapan

semasa bertanding dalam Action Song di sekolah.

Ini menunjukkan Inovasi ini bukan sahaja telah meningkatkan pencapaian mereka dalam

Bahagian C penulisan nilai murni Bahasa Malaysia bahkan juga dapat menyemai sikap yakin

dalam diri murid. Daripada pemerhatian kelas, analisis data dan temu bual dengan guru subjek

dan guru kelas, penulis mendapati murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam

pencapaian akademik mahupun sikap dan minat terhadap pelajaran. Kaedah teknik dan teori

serta falsafah yang diaplikasikan dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara

kritis dan kreatif dan seterusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.

Sehubungan itu, Roselan (2003) menyatakan bahawa, interaksi lisan sebagai alat pembelajaran

dan pengajaran yang dimiliki secara semula jadi, guru seharusnya memanfaatkannya secara

berkesan.

Walau bagaimanapun, melalui penggunaan inovasi ini, ia mampu menyemai sikap dan

nilai seperti yakin, mempunyai daya kepimpinan dalam diri mereka dan nilai inilah yang akan

membawa kejayaan mereka pada masa yang akan datang.

9. Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain

Inovasi ini sesuai digunakan untuk pengajaran guru Tahun 4,5, dan 6 bahkan juga kelas

KSSR kerana terdapat aspek nilai murni dalam sukatan pelajaran Kelas KSSR Bahasa Malaysia

contohnya Tahun 3. Teknik pembelajaran dan pengajaran ini sesuai digunakan oleh guru yang

mengajar dari pendidikan awal mahupun peringkat menengah. Maklumat, lukisan yang

berbentuk softcopy seperti latihan dan permainan yang menyerupai catur ular boleh disebarkan

secara meluas melalui internet.

Page 58: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

53

10. Keunikan/Keistimewaan Inovasi

Inovasi ini amat unik kerana belum ada produk yang serupa ini dihasilkan sebelum ini.

Selain itu, ia juga tidak susah dibina, berkos rendah dan boleh diaplikasikan ke dalam subjek

yang lain. Ia juga dibina berdasarkan keperluan murid dari segi psikologi, mental dan fizikal. Ia

juga mampu untuk melahirkan murid yang aktif, bekeyakinan, bermaya, mempunyai daya

kepimpinan dan dapat bersosial, berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dan guru. Murid-

murid juga boleh menggunakan inovasi ini semasa ketiadaan guru contohnya pada waktu rehat

kerana murid yang menjadi penguji boleh menguji dan mencatat markah yang diperolehi oleh

kawan.

Kesimpulan

Pembelajaran dan pengajaran yang berdasarkan kaedah dan teknik mengajar yang kreatif

dan berkesan melalui penggunaan bahan bantu belajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan

Interaksi akan merangsang murid untuk belajar. Guru yang bersifat positif akan menerima

perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion mereka. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa

berusaha untuk memajukan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah dengan merancang

teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Rajesvari, (2008) juga

mengatakan dalam kajiannya bahawa dalam konsep pemulihan, strategi pengajaran diubah suai

mengikut keperluan murid-murid. Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan

murid yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza untuk memudahkan murid memahami

pengajaran guru . Sehubungan itu, murid yang lemah mesti diberi pemulihan seperti mana yang

dinyatakan oleh Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk

membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selepas tinjauan dijalankan,

inovasi ini bukan sahaja dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam

pembelajaran, ia juga boleh dijadikan aktiviti pengukuhan dan pengayaan bagi murid yang telah

menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran.

Page 59: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

54

GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2014

Nama Guru : Lydia Wong Han Yii

Stesen bertugas : SMK Kampung Nangka, Sibu

1. Anugerah : Naib Johan Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah

Menengah

2. Tajuk Inovasi : SCROLLER

3. Sinopsis Inovasi

SCROLLER merupakan bahan bantu mengajar untuk membantu murid menguasai

kemahiran membina ayat Bahasa Inggeris yang asas dengan menggunakan tatabahasa yang

betul seperti Subject-verb agreement, singular and plural (noun and verbs), tenses (e.g. past,

present, future, past continuous, etc), verb-to-be, nouns (proper, common) dan lain-lain.

SCROLLER dibahagikan kepada empat bahagian dan setiap bahagian boleh diputar untuk

membina pelbagai jenis struktur ayat. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada enam slot.

Bahagian keempat SCROLLER boleh dipanjangkan untuk membina ayat yang lebih panjang

dan kompleks. Selain itu, SCROLLER menyerupai papan putih yang boleh ditulis dengan

whiteboard marker dan dipadamkam. SCROLLER juga direka khas untuk mengajar pelbagai

jenis struktur ayat atau tatabahasa dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dan sepanjang

tahun. Ia ringan dan boleh dikurangkan saiznya. SCROLLER juga merupakan alat bantu

mengajar mudah alih dan mudah dikendalikan untuk pembelajaran visual, auditori dan

kinestetik. Murid turut boleh melakukan ‘hands-on’ dalam proses pembelajaran.

4. Objektif Inovasi

Objektif utama SCROLLER ialah untuk:

a. membantu murid menguasai tatabahasa Bahasa Inggeris.

b. membantu murid menguasai kemahiran membina struktur ayat Bahasa Inggeris yang

asas.

c. membantu murid menguasai pelbagai struktur ayat Bahasa Inggeris.

d. mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik, unik, dan seronok untuk murid.

e. memastikan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan melalui model

pembelajaran VAK (visual, auditory dan kinesthetic)

f. memudahkan dan menjimatkan masa pengajaran para guru.

5. Kumpulan Sasaran

a. murid yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris secara am.

b. murid yang lemah dalam penguasaan tatabahasa.

c. murid yang lemah dalam pembinaan struktur ayat Bahasa Inggeris.

d. murid yang memiliki kecenderungan untuk belajar secara kinestetik.

Page 60: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

55

6. Latar belakang

Terdapat ramai murid menengah atas yang masih belum menguasai asas dalam

penulisan Bahasa Inggeris dan masih keliru dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Ingges.

Murid yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris mendapat gred E dalam peperiksaan

peringkat sekolah.

Antara penyebab utama murid tidak dapat skor dalam peperiksaan adalah disebabkan

oleh kelemahan dalam penulisan esei Bahasa Inggeris. Walaupun mereka telah mempelajari

Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, tetapi masih tidak mencapai standard sekolah

menengah. Selain itu, terdapat juga ramai murid sekolah menengah atas yang masih belum

menguasai asas penulisan Bahasa Inggeris dan masih keliru dalam penggunaan tatabahasa

Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan mereka menghadapi tekanan dan masalah ketika

menjawab soalan penulisan Bahasa Inggeris. Kadang-kala idea mereka tidak dapat

disampaikan dengan struktur ayat dan tatabahasa yang betul. Ini menyebabkan mereka gagal

dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Tambahan pula, sesetengah murid merupakan murid

yang memiliki kecenderungan untuk belajar secara kinestetik. Alat bantu mengajar yang

mudah alih dapat melibatkan para murid secara ‘hands-on’ dan membantu murid untuk

memahami Bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Memandangkan penulisan Bahasa Inggeris

amatlah penting, adalah perlu mewujudkan alat bantu mengajar dan belajar sebegini untuk

menangani masalah ini.

Pada peringkat permulaan, pendekatannya ialah menggunakan Scroller (2 atau 3

bahagian) untuk membina ayat-ayat yang mudah dengan tatabahasa yang betul. Pada

peringkat kedua, Scroller ditambah baik dengan menambahkan 1 bahagian menjadi 4

bahagian untuk membolehkan pembinaan struktur ayat yang lebih panjang dan pelbagai.

Scroller yang berupa papan putih dapat dipadam dan pelbagai perkataan baru boleh

ditambahkan. Ini membolehkan Scroller dipakai semula bila-bila masa. Selain itu, murid

boleh menggunakannya dalam aktiviti individu atau berkumpulan.

7. Isu / Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi

Sebelum ini pengajaran guru tidak dapat menarik perhatian murid. Dengan inovasi

ini, penglibatan murid adalah sangat aktif. Suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif.

Terdapat ramai murid boleh menggunakan tatabahasa Bahasa Inggeris dengan betul dalam

pembinaan ayat yang ringkas.

Murid yang lemah juga dapat membina ayat yang betul walaupun sebelum ini

mendapat gred E dalam peperiksaan peringkat sekolah. Ada murid mampu membina

berpuluh-puluh ayat mudah dengan putar memutar keempat-empat bahagian scroller. Murid

yang lebih pandai boleh membina struktur ayat yang lebih kompleks. Dengan campuran frasa

ayat betul dengan ayat kesilapan tatabahasa pada scroller, murid memutar-mutar bahagian-

bahagian scroller untuk mencari frasa-frasa ayat yang betul dan frasa-frasa ayat yang silap.

Page 61: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

56

Sebelum ini sukar bagi kebanyakan murid menyebut satu dua ayat dari mulut mereka.

Dengan inovasi ini, murid berebut-rebut menyebut ayat lengkap dengan hanya memutar

bahagian-bahagian scroller. Dengan hanya memutar satu bahagian, satu ayat baru telah

dibina.

Untuk melatih murid menulis ayat dengan tatabahasa yang betul, misalnya subject

and verb agreement with pronoun ‘he’ or ‘she’, semua kata kerja yang berkaitan dengan

‘he’ and ‘she’ ditambah dengan ‘s’ atau ‘es’. Setiap kali diputar, bahagian kata kerja yang

muncul ada ‘s’ atau ‘es’.

8. Huraian Inovasi

8.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi.

Jadual 1: Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat SCROLLER.

Bil Bahan Ukuran

1 2 tin Pringles 24.5cm x 7.5cm

26.0 cm x 7.0 cm

2 2 keping kertas glossy A4 A4

3 Pita papan putih warna kuning 210 cm

4 Pita papan putih warna merah 220 cm

5 Pita double-sided (putih) 1 gulung

6 Pita double-sided (hitam) 31 cm

7 Kertas A4 kuning A4

8 Pembalut buku 24.0 cm x 8.4 cm

24.0 cm x 4.8 cm

24.0 cm x 10.8 cm

22.0 cm x 21.0cm

9 1 span 23.0 cm x 3.6 cm x 0.2 cm

10 Pisau -

11 Pembaris -

12 Pensel -

13 Gunting -

14 Pita selofan -

Page 62: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

57

Langkah 1: Sediakan 2 tin Pringles (Tin A

24.5cm x 7.5cm dan Tin B 26.0cm x 7.0cm), 2

kertas glossy bersaiz A4, kertas A4 kuning, kertas

pembalut buku, pensel, pembaris, gunting, pisau,

pita selofan, pita papan putih warna merah dan

kuning, pita double-sided (hitam dan putih) dan

span.

Langkah 2: Balutkan bahagian luar setiap tin

Pringles dengan menggunakan kertas glossy A4

mengikut panjang dan saiz lilitan masing-masing

dengan menggunakan pita double-sided (putih).

Langkah 3: Ukur dan guntingkan saiz plastik

pembalut buku 24.0 cm x 8.4 cm (A), 24.0 cm x

4.8 cm (B), 24.0 cm x 10.8 cm (C) dan 22.0 cm x

21.0cm (D). Lekatkan hujung plastik pembalut

buku A dengan menggunakan pita double-sided

(putih) dan lilitkan A pada Tin 1 dari hujung tin.

Lilitkan B dan C seterusnya. Kemudian, lilitkan D

pada Tin 2.

Langkah 4: Bahagikan setiap lilitan Tin 1 kepada

enam bahagian yang seragam, dan lekatkan garis

pemisah dengan pita papan putih warna merah.

Kemudian, bahagikan setiap lilitan Tin 2 kepada

lima bahagian yang seragam, dan lekatkan garis

pemisah dengan pita papan putih warna merah.

Page 63: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

58

Langkah 5: Potongkan span mengikut ukuran

23.0 cm x 3.6 cm x 0.2 cm dan lilitkan pada

hujung bahagian pembuka Tin 2 dengan

menggunakan pita double-sided (putih).

Langkah 6: Kemudian, lilitkan pita papan putih

berwarna kuning di tepinya.

Langkah 7: Pada Tin 1, lilitan pita papan kuning

di hujung tin lebih kurang 1.2 cm, menjadi

pemegang SCROLLER. Kemudian, lilitkan sekali

pada kedua-dua hujung Tin 1 dan Tin 2 dengan

pita papan putih warna merah.

Langkah 8: Cetakkan label pada kertas kuning

dan lekatkannya pada kedua-dua hujung Tin A

dan Tin B menggunakan pita double-sided.

Page 64: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

59

Langkah 9: Akhir sekali, masukkan hujung

pembuka Tin B (yang mempunyai span) ke hujung

pembuka Tin A.

Rajah 1: Rupa bentuk SCROLLER yang telah

disiapkan.

8.2 Cara Inovasi Digunakan.

1.Pegangkan SCROLLER seperti yang

ditunjukkan.

2. Tuliskan perkataan-perkataan tatabahasa

yang diingini dalam setiap ruangan.

3. Putarkan SCROLLER untuk mengajar

penggunaan tatabahasa yang berbeza.

4. Panjangkan SCROLLER untuk membina

ayat baru yang lebih panjang.

Page 65: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

60

Rajah 2: Cara menggunakan alat bantu mengajar SCROLLER.

Berikut ialah senarai tatabahasa asas yang boleh diajar menggunakan SCROLLER*:

a) Subject-verb agreement (e.g. he is, we are, he walks, we walk)

b) Verbs and adverbs (e.g. walks happily)

c) Verb” to be” (be, is, are, was, were)

d) Adjectives (e.g. ...a big car, ...with the long hair)

e) Comparative and Superlative Adjectives (e.g. big, bigger, biggest)

f) Prepositional phrases (e.g. ...on the table, ...under the sea)

g) Tenses (Past, Present, Future, Continuous, Perfect etc.)

h) Nouns (common nouns, proper nouns, direct-indirect, subjects etc.)

i) Pronouns (possessive forms, singular and plural etc.)

j) Dan sebagainya*.

*Guru-guru boleh mengajar tatabahasa selain yang disenaraikan di atas, cara membina

ayat yang lebih panjang dan struktur ayat mengikut kesesuaian kelas masing-masing.

Page 66: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

61

8.3.Kos Bagi Menghasilkan Inovasi

Jadual 2: Senarai bahan dan kos untuk membuat seunit SCROLLER.

8.4.Keberkesanan Inovasi Kepada Pembelajaran dan Pengajaran

8.4.1 Penggunaan SCROLLER dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam

kelas.

Bil Bahan Harga

seunit

(RM)

Bilangan/Ukuran Jumlah

harga (RM)

1 2 tin kosong Pringles - 2 -

2 2 keping kertas glossy A4 0.30 2 0.60

3 Pita papan putih warna kuning 5.50 210 cm 0.39

4 Pita papan putih warna merah 5.50 220 cm 0.40

5 Pita double-sided (putih) 1.50 1 1.50

6 Pita double-sided (hitam) 5.00 31 cm 0.20

7 Kertas A4 kuning 0.20 1 0.20

8 Pembalut buku 1.50 20% 0.38

9 1 span 2.00 Sebahagian kecil 0.10

JUMLAH 3.77

Pe-test dijalankan

Page 67: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

62

Post-test dijalankan

Proses pembelajaran dan pengajaran

Page 68: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

63

8.4.2 Keberkesanan SCROLLER dalam proses pembelajaran dan pengajaran kelas 3E

(contoh).

Pre-test Post-test

Page 69: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

64

8.4.3 Keberkesanan SCROLLER dalam proses pembelajaran dan pengajaran kelas 3D

(contoh).

Pre-test Post-test

Page 70: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

65

Berdasarkan contoh-contoh Pre-test dan Post-test yang dijalankan, didapati 100%

murid kelas 3D dan 3E mencatatkan peningkatan markah dalam pembinaan ayat yang

ringkas. 98% daripada murid kelas 3D dan 3E memahami proses pengajaran tentang

pembinaan ayat yang lebih panjang. Semua murid inginkan guru terus menerus

menggunakan SCROLLER dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang seterusnya.

Page 71: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

66

Sebab utamanya ialah mereka menyatakan bahawa apa yang diajar senang difahami dan

merasakan pembinaan ayat sebenarnya tidaklah susah.

Hasil daripada maklum balas yang diterima menunjukkan penggunaan

SCROLLER dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan berkesan

di dalam bilik darjah.

9. Potensi Untuk Disebar Luas Kepada Pihak Lain

a. Kos penghasilan rendah

b. Senang dibuat

c. Menyerupai papan putih yang boleh dipadamkan dan dituliskan semula

d. Senang digunakan, ringan dan boleh dibawa ke mana-mana

e. Sesuai untuk sekolah rendah dan menengah

f. Boleh mengajar pelbagai tatabahasa dan struktur ayat Bahasa Inggeris

g. Boleh menjimatkan masa dan tenaga guru serta menjadikan proses pembelajaran dan

pemgajaran lebih seronok dan efektif

h. Membolehkan para guru mengajar dengan lebih kreatif

i. Membantu menangani isu murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris yang dihadapi oleh

setiap sekolah rendah atau menengah.

Kini pendekatan SCROLLER telah dikongsi bersama guru-guru bahasa Inggeris

termasuk guru-guru lain di SMK Kampung Nangka, Sibu. Perkongsian dengan beberapa orang

guru dari sekolah berdekatan juga telah dibuat dan maklum balas yang sangat positif telah

diterima.

Inovasi ini juga sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran yang lain

seperti Sejarah, Geografi, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

Perkongsian projek inovasi

Page 72: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

67

Perkongsian projek inovasi

10.Keterangan Lain Yang Berkaitan

SCROLLER boleh diperkembangkan lagi potensinya. Jika diterima baik oleh semua

pihak, saya akan berusaha untuk menjadikannya lebih dinamik dan efektif.

Page 73: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

68

GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2014

Nama Guru : Choo Yih Teen

Stesen bertugas : SMK Chung Hua, Sibu

1. Anugerah : Tempat Ketiga Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah

Menengah

2. Tajuk Inovasi : SET MODEL ATOM TEENACHEM

3. Sinopsis Inovasi

Penghasilan Set Model Atom TeenaChem adalah berasaskan pendekatan penyelesaian

masalah yang berfokus kepada pembinaan atom yang ringkas, penghibridan orbital dan geometri

molekul. Peningkatan tahap motivasi intrinsik dan keyakinan murid untuk mengatasi fenomena

“kerisauan ujian” dan menyumbang kepada kejayaan mereka atas keupayaan sendiri juga

dititikberatkan. Di samping peningkatan penguasaan Teori Penolakan Pasangan Elektron

(VSEPR), hubungan murid yang lebih mesra, kerjasama dan saling membantu dapat dipupuk

melalui proses pembelajaran dan pengajaran ini.

Murid akan lebih memahami konsep dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan

ikatan kimia dalam molekul dengan bahan-bahan maujud (Set Model Atom Teenachem). Tiga

cara proses pembelajaran dan pengajaran dicadangkan dengan menggunakan Set Model Atom

TeenaChem ini. Pertama, jika guru ingin memaparkan kesemua jenis pengikatan atom dalam

kelas, sebanyak 12 set molekul diperlukan. Cadangan kedua, untuk kegunaan demonstrasi guru

dalam kelas, hanya satu set molekul dengan 1 atom (25mm) dan 6 atom (19 mm) diperlukan.

Cadangan ketiga, murid dibahagikan kepada enam kumpulan sambil membina model atom

mereka sendiri semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ujian sumatif

disyorkan untuk memantau tahap penguasaan murid dalam topik ini.

4. Objektif Inovasi

4.1 Objektif Umum:

Murid-murid didedahkan dengan pencetusan idea semasa membina model atom supaya

mereka dapat menguasai skop mata pelajaran secara menyeluruh dan dapat mentafsir pengikatan

kimia, penghibridan orbital dan geometri molekul dengan tepat.

4.2 Objektif Khusus:

a. Murid-murid dapat merumuskan semua fakta penting dalam pengikatan kimia mengikut

Teori Penolakan Pasangan Elektron (VSEPR).

b. Murid-murid dapat menerangkan pengikatan kimia, penghibridan orbital dan seterusnya

geometri molekul dengan jelas dan tepat.

Page 74: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

69

5. Kumpulan Sasaran

Murid Tingkatan Enam Rendah Aliran Sains

Calon Peperiksaan Kimia STPM Kertas 1 (Kod:962/1)

Calon Peperiksaan A-level Kolej Swasta

Murid Matrikulasi Aliran Sains

6. Latar Belakang

Pembinaan model atom secara “hands-on” merupakan strategi terbaik dalam

mengaplikasikan Teori Penolakan Pasangan Elektron (VSEPR) dalam pengikatan kimia. Murid

dapat menguasai pengikatan atom dalam molekul dengan menentukan jenis penghibridan orbital

dan seterusnya geometri molekul dengan menggunakan bahan maujud. Maka, pembinaan model

atom dengan pelbagai bahan telah dimulakan sejak lima tahun kebelakangan ini. Atom yang

pernah digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas adalah gula-gula

(bergelatin) dan plastisin. Tangan murid menjadi melekit dan kotor dengan gula-gula manakala

model atom terlalu berat jika menggunakan plastisin. Akhirnya, bola polisterena digunakan.

Dengan ini, segala masalah dapat diatasi, model atom dapat dibina dan disimpan lama.

Pembelajaran lebih berkesan berlaku kerana murid dapat menggambarkan bentuk struktur

molekul dengan lebih mendalam melalui pelbagai rangsangan deria.

7. Isu / Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi

a. Penglibatan murid menjadi aktif atas pengaruh rakan sebaya.

b. Kecuaian semasa menyelesaikan masalah dapat dikurangkan.

c. Miskonsepsi murid dapat dikesan dengan cepat dan pembetulan dapat dilakukan dengan

pantas melalui model atom yang dibina oleh murid.

d. Murid faham tentang jenis pengikatan kimia, cara penghibridan orbital dan seterusnya

geometri molekul yang terbentuk melalui bahan maujud (gambar 3D).

e. Minat, motivasi intrinsik, dan gerak balas murid dapat dirangsangkan.

f. Kepuasan belajar dan keyakinan murid dapat ditingkatkan.

8. Huraian Inovasi

8.1 Bahan Yang Digunakan

Bahan yang digunakan dalam Set Model Atom TeenaChem ialah bola polisterena (19

mm dan 25 mm), pin tekan (Thumb Tac) dan pencungkil gigi (tooth pick). Gambar model atom

ditunjukkan seperti Gambar 1 berikut:

Page 75: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

70

Gambar 1

Set Model Atom TeenaChem dapat digunakan secara individu atau berkumpulan oleh guru atau

murid-murid sendiri. Cara penggunaan adalah disenaraikan seperti berikut:

a. Ketua kumpulan / fasilitator / guru memaparkan senarai molekul dengan formula kimia

mengikut Teori Penolakan Pasangan Elektron (VSEPR).

b. Murid-murid memulakan pembinaan molekul dengan Set Model Atom TeenaChem dari

mudah hingga mencabar.

c. Kumpulan / individu yang berjaya menyelesaikan semua masalah yang diberikan dengan

cepat dan tepat dikira sebagai menang.

d. Model atom yang dibina dengan kemas dan tepat dipamerkan. Pembentangan murid juga

dicadangkan untuk diadakan dalam kelas supaya sifat perkongsian idea dan berani

bersuara murid juga dipupuk.

e. Ujian sumatif dicadangkan diadakan supaya dapat memantau tahap penguasaan murid

selepas proses pembelajaran dan pengajaran.

Gambar 2, 3 dan 4 berikut menunjukkan cara inovasi digunakan.

Page 76: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

71

Gambar 2: Pembinaan model atom dari mudah hingga mencabar.

Gambar 3: Pembinaan model atom Karbon dalam Ikatan Kovalen Raksasa

Gambar 4: Pembentangan murid dalam kelas.

8.2 Keunikan / Keistimewaan Inovasi

Kos rendah, model atom kuat dan ringan, senang dibawa, boleh digunakan di mana-mana

tempat dan bila-bila masa, tahap penyelesaian yang mencabar, dan berkesan untuk mengulang

kaji keseluruhan pengikatan kimia mengikut Teori Penolakan Pasangan Elektron (VSEPR).

Page 77: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

72

8.3 Kos Penghasilan Inovasi

Perbelanjaan dalam menghasilkan projek inovasi, Set Model Atom TeenaChem adalah

sebanyak RM21.80. Sebanyak 12 jenis pengikatan yang berlainan dalam pelbagai molekul

mengikut Teori Penolakan Pasangan Elektron dapat dibina.

Gambar 5: Perbelanjaan Penghasilan Inovasi

8.4 Keberkesanan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Seramai 25 murid kelas 6RS telah terlibat dalam mengkaji keberkesanan inovasi ini.

Proses pembelajaran dan pengajaran dengan buku teks dan persembahan power point dilakukan

dalam kelas. Praujian diadakan sehari selepas topik tersebut dilakukan. Pemulihan dan

pengayaan dilakukan dengan menggunakan Set Model Atom TeenaChem. Murid dibahagikan

dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah yang diberikan di bawah pemantauan guru dalam

kelas. Pembentangan model atom murid dalam kelas dilakukan selepas semua tugas

dilaksanakan dengan berjaya. Akhirnya, Pasca Ujian diadakan. Dapatan dianalisis dan

dirumuskan dalam Jadual 1 dan Graf 1 berikut.

Jadual 1: Perbandingan keputusan praujian dan pasca ujian murid.

Page 78: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

73

Graf 1: Perbandingan pencapaian gred murid dalam praujian dan pasca ujian.

Daripada dapatan analisis pencapaian murid dalam praujian dan pasca ujian, kelulusan

murid meningkat dari 16.0% ke 96.0%. Terdapat 24.0% murid dari kelas 6RS telah berjaya

meningkatkan prestasi pencapaian mereka ke Gred A kecuali seorang murid. Latih tubi dan

bimbingan berterusan dilakukan. Kesimpulannya, Set Model Atom TeenaChem dianggap

berjaya dalam mencapai objektif yang ditentukan.

9. Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain

Set Model Atom TeenaChem boleh digunakan sebagai rujukan kepada mata pelajaran

lain yang memerlukan gambaran maujud. Set ini juga boleh digunakan dalam pameran Sains.

Page 79: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

74

GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2014

Nama Guru : Chai Seng Hiong / Dew Kee Bee

Stesen bertugas : SJK Chung Hua Batu 15, Padawan

1. Anugerah : Johan Anugerah Guru Inovatif Kategori Kumpulan Sekolah Rendah (Di bawah Program MOSTI 2013)

2. Tajuk Inovasi : SH Device

3. Sinopsis Inovasi

SH Device adalah satu alat istimewa yang mempunyai pelbagai fungsi untuk tujuan

pembelajaran dan pengajaran Sains atau mata pelajaran lain di sekolah rendah atau

menengah. Terdapat pengesan konduktor elektrik yang unik dipasang pada pembaris untuk

mengesan bahan konduktor elektrik yang lemah dan sukar dikesan dengan cara biasa (mentol

dan bateri). Selain daripada itu, terdapat tali/pita pengukur untuk mengukur panjang

lengkung. Magnet, kompas dan ‘level meter’ dipasang pada pembaris tersebut untuk

kegunaan tambahan bagi pembelajaran dan pengajaran Sains atau mata pelajaran lain.

4. Objektif Inovasi

a. Mereka satu alat bersepadu dan serbaguna untuk pembelajaran dan pengajaran guru.

b. Menjadikan pembelajaran dan pengajaran Sains lebih berkesan dan menarik.

c. Menjadi konduktor elektrik lemah boleh dikesan.

d. Memudahkan guru Sains menjalankan aktiviti Sains di sekolah rendah.

e. Mengurangkan penggunaan ruang menyimpan alat Sains.

f. Mengurangkan kos pembelian alat Sains.

g. Menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pita/Tali

Pengukur

Meter

‘Level Meter’ ‘Buzzer’(PengesanKonduktor)

Magnet

Skala Pembaris

Kompas

Dawai

SuisPilihanon/

off

L (LED

Hijaubernyala)

H (LED

Merahbernyala)

LED Pilihan pengesan hijau /

merah

LED ( Berkelip menunjuk bahan adalah

konduktor elektrik).

Page 80: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

75

4. Kumpulan Sasaran

Murid sekolah rendah Tahap 1 dan Tahap 2.

KBSR Sains Tahun 5

Topik 2 Tenaga Elektrik

Sukatan pelajaran: 2.3 Keselamatan semasa menggunakan alat elektrik.

KSSR Sains Tahun 4

Standard Kandungan 6.1 Ukuran

6.1.5 Mengukur panjang dengan menggunakan alat dan unit piawai yang sesuai dengan

kaedah yang betul.

Standard Kandungan 7.2 Sifat Bahan

7.2.4 Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan elektrik iaitu konduktor atau

penebat elektrik dengan menjalankan aktiviti.

KBSR SAINS Tahun 3

Standard Kandungan 5.1 Magnet

5.1.2 Menjalankan eksperimen untuk mengenal pasti tindak balas bahan terhadap magnet.

6. Latar belakang

6.1 Masalah Pembelajaran Murid

a. Suasana pembelajaran murid adalah pasif. Penglibatan murid dalam aktiviti sains

adalah kurang memberansangkan.

b. Soalan murid tentang air sebagai kondukor elektrik yang lemah tidak terjawab kerana

bahan bantu belajar yang sedia ada (bateri dan mentol) dalam bilik sains tidak dapat

mengesannya. Murid terhad dengan mendengar konsep sains sahaja.

c. Alat pengesan konduktor elektrik (bateri dan mentol) yang dicadangkan dalam buku

teks sentiasa tidak dapat berfungsi kerana kelonggaran pada dawai,bateri yang lemah

atau mentol yang rosak sering berlaku. Murid amat kecewa.

Page 81: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

76

d. Murid susah hendak membawa alat pengesan konduktor elektrik yang sedia ada

(bateri dan mentol) ke tempat di mana mereka ingin menjalankan kajian mereka

kerana bateri dan mentol sering tidak berfungsi baik. Keadaan ini telah menghadkan

tempat pembelajaran mereka.

e. Semasa murid mengukur panjang dan luas bilik darjah, murid perlu membuat ukuran

menggunakan pembaris secara berulang kali. Murid sering lupa kiraan bilangan

ukuran panjang yang sudah dikira dan terpaksa mengulang dari permulaan.

6.2 Masalah Pengajaran Guru

a. Bahan bantu belajar yang sedia ada (bateri dan mentol) kurang berkesan.

b. Guru tidak dapat menunjukkan kepada murid konduktor lemah seperti air dan badan

manusia dengan menggunakan mentol dan bateri.

c. Murid hanya mendapat rangsangan visual sahaja iaitu nyalaan mentol sepertimana

cadangan di dalam buku teks (bateri dan mentol).

d. Aktiviti kajian hanya dapat dijalankan di dalam bilik sains sahaja kerana banyak

bahan dan alat diperlukan. Guru menggunakan banyak masa ketika membawa alat

dan bahan ke tempat lain.

e. Beban guru bertambah kerana terpaksa menyediakan bahan dan alat yang banyak

untuk menjalankan sesuatu aktiviti kajian.

f. Alat sains yang mahal tidak mampu dimiliki, khasnya sekolah di kawasan

pendalaman.

g. Guru perlu berkongsi ruang penyimpanan bahan dan alat sains dengan mata pelajaran

lain.

7. Masalah / Isu Yang Ditangani Oleh Inovasi

1. SH Device menjadikan konduktor elektrik lemah boleh dikesan.

2. Menjadikan pembelajaran dan pengajaran yang pasif kepada aktif.

3. Menjadikan satu alat satu fungsi kepada satu alat lima fungsi (mengesan konduktor elektrik

yang lemah, megukur panjang, mengesan bahan magnet, mencari kutub utara bumi dan

menentukan kerataan satu permukaan).

4. Menjadikan kajian yang menggunakan bateri dan mentol kepada kaedah yang lebih ringkas

dan mudah dikendalikan dengan SH Device.

5. Menjadikan kajian ‘visual’ sahaja kepada ‘visual’ dan ‘audio’.

6. Sesuai diguna untuk pembelajaran dan pengajaran murid berkeperluan khas;

a. Murid berkeperluan khas masalah pendengaran boleh melihat lampu LED (Visual).

b. Murid berkeperluan khas masalah penglihatan boleh mendengar bunyi ‘Buzzer’

(Audio).

Page 82: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

77

7. Membantu guru melaksanakan pengajaran Sains melalui;

a. Model Inkuiri Penemuan di mana murid menjalankan aktiviti-aktiviti sendiri

dengan cara memerhati, mencuba dan menguji untuk mendapat kesimpulan.

Murid telah diberi cabaran untuk membentuk dan menguji hipotesis mereka.

b. Model Pembelajaran Berasaskan Projek yang melibatkan murid dalam

menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugasan lain yang bermakna. Murid dapat

membina pengetahuan sendiri.

8. Membantu murid menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS);

a. Memerhati

Murid memerhati LED dan bunyi ‘buzzer’ untuk menentukan konduktor

elektrik atau penebat elektrik.

Murid memerhati magnet untuk menentukan bahan magnet atau bukan

magnet.

b. Mengelas

Murid menggunakan SH Device untuk mengelas bahan dalam kelas

kepada konduktor elektrik atau penebat elektrik.

c. Mengukur dan menggunakan nombor

Murid berlatih mengukur kawasan yang luas seperti gelanggang bola

keranjang menggunakan tali dan pembaris pada SH Device dan

menggunakan nombor untuk membuat rekod.

d. Berkomunikasi

Murid berkongsi hasil kajian mereka menggunakan SH Device dengan

rakan lain.

Murid juga membuat laporan hasil kajian mereka secara lisan kepada

guru.

Page 83: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

78

8. Huraian Inovasi

8.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Inovasi

Pembaris

Tali/pita pengukur

Magnet bulat kecil

Kompas

‘Level meter’

Bateri 12V

Komponen-komponen elektrik

Dawai

8.2 Cara Inovasi Digunakan

(a) Pengesan konduktor elektrik dan penebat elektrik ( bersamaan penggunaan mentol dan

bateri);

Pasang suis elektrik ke ‘L’.

Sentuh dua penghujung dawai kepada bahan yang hendak diuji.

Sekiranya bahan yang diuji ialah konduktor elektrik, LED akan menyala dan “buzzer”

akan berbunyi. Keadaan sebaliknya berlaku apabila bahan yang diuji merupakan penebat

elektrik.

(b) Pengesan konduktor elektrik yang lemah

Pasang suis elektrik ke ‘H’.

Sentuh dua penghujung dawai pada bahan /cecair yang hendak diuji.

Sekiranya bahan yang diuji ialah konduktor elektrik lemah LED akan menyala dan

“buzzer” akan berbunyi.

Murid juga dapat membuktikan bahawa air dan badan manusia ialah konduktor elektrik

lemah melalui cara yang sama.

(c) Mengukur panjang

Tarik keluar pita.

Ukuran panjang dapat dilihat dengan jelas pada pita pengukur.

8.3 Kos Bagi Penghasilan Inovasi

Kira-kira RM19.00 sekiranya dibuat sendiri.

Page 84: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

79

8.4 Keberkesanan Inovasi Kepada Pembelajaran Dan Pengajaran

8.4.1 Dari Segi Pengajaran Guru

1. SH Device membantu guru melaksanakan pengajaran Sains melalui;

i. Model Ikuiri Penemuan

ii. Model Pembelajaran Berasaskan Projek

2. Guru dapat menunjukkan kepada murid bahawa air dan badan manusia ialah konduktor

elektrik yang lemah menggunakan SH Device. Murid bukan sekadar mengetahui konsep

sains tetapi menghayati keunikan dunia sains.

3. Guru dapat menunjukkan bahawa campuran garam atau asid yang dimasukkan ke dalam

air menjadikannya konduktor elektrik yang lebih kuat.

4. Guru Sains lain menjadi berminat menggunakan SH Device dalam pembelajaran dan

pengajaran mereka terutama Sains Tahun 3 yang melibatkan topik: Magnet.

5. Guru mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dan Matematik

juga boleh menggunakan SH Device untuk pembelajaran dan pengajaran. Ukuran

panjang dalam mata pelajaran Matematik diajar dari Tahun 2 hingga Tahun 6.

6. Guru dapat menjalankan aktiviti pemulihan dan pengukuhan topik sains dengan

menggunakan SH Device.

7. Guru dapat menjalankan aktiviti ulang kaji bagi Kumpulan Galus UPSR menggunakan

SH Device.

8. Setelah berkongsi pengalaman di sekolah lain, guru-guru memberi respon positif tentang

penggunaan SH Device dalam pengajaran mereka kerana SH Device merupakan satu alat

serbaguna dan sangat menarik perhatian murid.

8.4.2 Dari Segi Pembelajaran Murid

1. Murid tertarik dengan ‘visual’ dan ‘audio’ yang dihasilkan oleh SH Device semasa

membuat kajian.

2. Murid boleh belajar secara “hands- on”. Murid menjadi aktif dan ingin mengkaji

hipotesis mereka.

3. Murid boleh menggunakan SH Device untuk mengukur panjang dan lebar bilik kelas,

pintu, papan hitam, papan notis dan sebagainya.

4. SH Device menggalakkan pembelajaran kendiri murid.

5. Post Test yang dijalankan menunjukkan peningkatan minat dalam topik sifat bahan dan

ukuran panjang.

Page 85: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

80

6. Membantu murid menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS);

i. Memerhati

ii. Mengelas

iii. Mengukur dan menggunakan nombor

iv. Berkomunikasi

v. Meramal

vi. Membuat hipotesis

8.4.3 Bukti Kejayaan SH Device

ANALISIS KEBERKESANAN PDP PENGGUNAAN SH DEVICE

SEBAGAI PENGESAN KONDUKTOR

60%68%

100% 100%

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Tahun 4 Kumpulan Galus Tahun 6

Pe

ratu

san

Mu

rid

Kumpulan Murid

Pre Test

Post Test

Bilangan Murid Tahun 4 : 33 orang

Bilangan Kumpulan Galus Tahun 6 : 16 orang

Page 86: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

81

9. Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain

a. Perkongsian dengan sekolah lain sejak tahun (1998 di SJK Sg. Menyan)

b. Perkongsian di SJK Chung Hua Batu 29 (1999 – 2007) daerah Serian pada tahun 2005

c. Perkongsian di SJK Chung Hua Batu 15 (2008 – 2014)

d. Perkongsian di JPN sempena Karnival Kreativiti dan Inovasi JPN Sarawak pada tahun

2013.

e. Perkongsian dengan 26 buah sekolah SJK daerah Padawan pada tahun 2013.

f. Perkongsian dengan pegawai KPM pada tahun 2013.

Sesi Perkongsian

Perkongsian di JPN

sempena Karnival Kreativiti dan

Inovasi 2013.

Perkongsian dengan 26 buah sekolah

SJK Padawan pada 2013

Perkongsian dengan semua guru dan guru pelatih di SJK Chung Hua Batu 15 tahun 2014

Page 87: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

82

Nama Guru : Francisca Lau Siew Hsia, Kong Mee Foh, Ling Ging Sieng,

Sii Mee Hung

Stesen bertugas : SMK Methodist, Sibu

1. Anugerah : Naib Johan Anugerah Guru Inovatif Kategori Kumpulan Sekolah

Menengah

2. Tajuk Inovasi : “ Pick and Pair”

3. Sinopsis

Inovasi Pick and Pair merupakan satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran melalui

permainan yang menggunakan kad. Ia direka khas untuk membantu murid memahami

pembentukan formula kimia untuk sebatian ion. Penggunaan kaedah inovasi ini tidak terhad

kepada permainan sahaja. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, bahan bantu mengajar atau

bahan bantu belajar. Kaedah inovasi ini boleh dijalankan untuk meningkatkan minat dan

perhatian murid-murid supaya lebih aktif dalam pembelajaran dan pengajaran.

4. Objektif Inovasi

Menarik minat dan perhatian murid.

Membantu murid mengingat dan memahami formula ion dan nama ion dengan cara yang

menarik.

Menulis formula Kimia dengan betul.

Menulis simbol ion dengan betul

Memupuk pembelajaran koperatif antara murid yang cemerlang dan lemah.

5. Kumpulan Sasaran

Murid Tingkatan 4 (Aliran sains)

6. Latar Belakang

6.1 Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan

Kelemahan dan kesukaran murid-murid dalam memahami pembentukan formula kimia

untuk sebatian ion. Keadaan ini mengakibatkan murid-murid tidak mendapatkan keputusan yang

baik. Seterusnya menyebabkan murid-murid kurang berminat dalam topik-topik yang sukar dan

seterusnya dalam mata pelajaran Kimia.

Dari pandangan guru pula, murid menghadapi kesukaran dalam menghafal formula ion.

Dengan ini, inovasi “Pick and Pair” telah diperkenalkan. “Pick and Pair” merupakan bahan

bantu belajar yang senang dibuat serta tidak memerlukan kos yang banyak.

Page 88: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

83

6.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi

Masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam tajuk

pembentukan formula kimia dengan menggunakan kaedah tradisional ialah:

a. Murid-murid tidak dapat menghafal formula ion dan nama ion.

b. Murid-murid keliru dengan cas ion.

c. Murid-murid tidak dapat menulis formula Kimia dengan betul.

d. Murid-murid tidak dapat menulis simbol ion dengan betul.

e. Guru menghadapi kekangan masa untuk menjalankan aktiviti pemulihan dan

pengayaan dalam topik pembentukan formula kimia dengan menggunakan kaedah

tradisional .

7. Tarikh Mula Dan Tarikh Siap Pelaksanaan

“Pick and Pair” ini direka pada awal bulan Februari 2013 dan siap dibina pada hujung

bulan Februari 2014. Ia telah diperkenal dan dimainkan dalam kelas Tingkatan 4 Sains sejak

bulan Mac 2013 dan dimain secara meluas pada waktu rehat atau waktu luar sekolah sejak bulan

Mac 2013.

8. Bahan Inovasi

8.1 Bentuk Bahan

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan “ Pick and Pair” ialah seperti berikut dalam

Jadual 1.

Bahan Kuantiti

Kertas tebal kotak 6

Kotak kertas tisu 2

Pen marker 2

Jadual 1

Page 89: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

84

Gambarajah berikut menunjukkan cara-cara menyediakan “Pick and Pair”.

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Page 90: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

85

8.2 Pengendalian

Keterangan di bawah adalah berkaitan dengan “Pick and Pair”.

(a) Permainan dalam kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada tiga hingga lima orang murid. Salah seorang murid

akan dilantik sebagai ketua.

(b) Peranan Ketua Kumpulan

Ketua kumpulan terdiri daripada murid yang telah menguasai topik menulis formula

kimia. Ketua kumpulan akan mengambil bahan-bahan diperlukan daripada guru. Dia

akan membaca peraturan bermain kepada ahli-ahli kumpulannya. Dia juga mencatat

markah atau skor kumpulan. Ketua kumpulan juga bertanggungjawab untuk memastikan

permainan dijalankan dengan lancar, adil dan saksama. Ini dapat memupuk sifat

kepimpinan murid.

(c) Setiap kumpulan terdiri daripada murid pelbagai kecerdasan.

8.3 Peraturan-Peraturan Bermain

(i) Peringkat Beginner (Murid sangat lemah)

Ketua kumpulan

mengambil kad dari

kotak kation / anion

Murid 1 dan murid 2

menulis nama atau

formula kation /

anion dalam kertas

Ketua kumpulan

menyemak

jawapan

Ketua memberi

bimbingan

Page 91: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

86

(ii) Peringkat Junior (Murid lemah)

(iii) Peringkat Senior (Murid sederhana)

Murid 1 mengambil

satu kad dari kotak

kation

Murid 2 mengambil

satu kad dari kotak

anion

Murid 1 dan 2

membentuk formula

kimia dan menulis

nama sebatian ion di

atas kertas.

Ketua kumpulan

menyemak jawapan

Murid 1 mengambil

satu kad dari kotak

kation

Murid 2 mengambil

satu kad dari kotak

anion

Murid 1 dan 2

membentuk formula

kimia dan menulis

nama sebatian ion di

atas kertas.

Murid 1

mengembalikan kad

kation dan kad

murid 2 tidak akan

dikembalikan

Murid 1 mengambil

satu kad baru dari

kotak kation

Murid 2 mengambil

satu kad baru dari

kotak anion

Murid menulis

formula kimia dan

nama sebatian ion

di atas kertas

Ketua kumpulan

menyemak jawapan

Ketua memberi

bimbingan

Ketua memberi

bimbingan

Page 92: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

87

(iv) Peringkat Excellent (murid cemerlang)

“Pick and Pair” yang berpusat kepada murid. Pengalaman menunjukkan bahawa

permainan ini menjadi lebih memberangsangkan dan menyeronokkan apabila ia dijadikan

pertandingan antara kumpulan. Murid-murid dapat berperanan sebagai ketua dan membimbing

rakan-rakan yang kurang menguasai teknik pembentukan formula ion. Murid-murid akan

berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bersaing dengan penuh semangat untuk mendapat

skor yang tinggi.

“Pick and Pair” seperti ini bukan sahaja menjana modal insan dari segi intelek tetapi

juga dari segi amalan kerjasama antara rakan sebaya. Maka, ia dapat melahirkan modal insan

yang lebih menyeluruh seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

8.4 Pelaksanaan “Pick and Pair”.

“Pick and Pair” diperkenalkan khususnya untuk mengukuhkan tahap pemahaman

dan penguasaan konsep pembentukan formula kimia. Kaedah inovasi ini boleh dijalankan untuk

meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid-murid tentang tajuk pembentukan formula

kimia. Untuk meningkatkan minat dan perhatian murid-murid supaya lebih aktif dalam

pembelajaran dan pengajaran.

Penggunaan inovasi ini tidak terhad kepada permainan sahaja. Ia boleh digunakan

sebagai set induksi, bahan bantu mengajar atau bahan bantu belajar apabila kita hendak mengajar

topik 3 dan 8.

Di samping itu, hasil inovasi ini boleh dijadikan sumber bahan pembelajaran dan

pengajaran yang baik. Misalnya amalan nilai-nilai seperti saling membantu dan bekerjasama

antara guru-guru untuk menghasilkan inovasi ini, sikap keterbukaan dan bertolak ansur dengan

pandangan rakan-rakan dan sebagainya.

Masa yang diperlukan untuk bermain “Pick and Pair” adalah lebih kurang 20 minit.

Sebelum permainan bermula, prasyaratnya ialah murid-murid telah belajar formula ion. Dalam

sepanjang permainan ini dimainkan, penghafalan, pemahaman dan kemahiran murid menulis

formula kimia diuji, diperkukuh, diulangi, diyakinkan, dan dipertingkatkan lagi tahap

penguasaan meraka dalam proses pembelajaran.

Murid 1 mendapat

3-5 kad dari kotak

kation

Murid 2 mendapat

3-5 kad dari kotak

anion

Murid diberi masa 3

minit untuk menulis

seberapa banyak

formula ion dan

nama sebatian ion di

atas kertas

Ketua kumpulan

menyemak jawapan

Ketua memberi

bimbingan

Page 93: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

88

8.5 Kos Inovasi

Kos untuk pembinaan satu set “Pick and Pair” adalah sangat rendah. Pengiraan kos

setiap set adalah seperti dalam Jadual 2 berikut:

Bahan Unit Kos per unit Jumlah Kos (RM)

Kertas tebal kotak 4 0.00 0.00

Kotak kertas tisu 2 0.00 0.00

Pen marker 2 3.00 3.00

Jumlah 3.00

Jadual 2

Set permainan ini adalah kos efektif, senang dibina dan merupakan satu langkah

pengukuhan dan pengayaan yang inovatif dalam proses pembelajaran dan pengajaran sama ada

dalam waktu kelas atau di luar waktu sekolah.

9. Bentuk Kejayaan

9.1 Peningkatan Keberkesanaan Pembelajaran dan Pengajaran

Untuk melihat keberkesanan penggunaan inovasi “Pick and Pair” dalam proses

pembelajaran dan pengajaran, satu ujian diagnostik pada bulan Februari 2013 terhadap kelas 4

Galileo and 4 Fleming yang terdiri daripada beberapa tahap pencapaian akademik yang berbeza.

Jumlah murid-murid yang terpilih dalam penyelidikan ini ialah 48 orang.

Murid-murid ini telah dibahagikan kepada kategori cemerlang, baik dan lemah

berdasarkan keputusan ujian Diagnostik.

Kategori Pencapaian Murid-murid Markah Ujian Diagnostik bagi tajuk

pembentukan formula kimia dengan

menggunakan kaedah inovasi

Cemerlang 12 - 15

Baik 8 - 11

Lemah 0 - 7

Page 94: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

89

Jadual berikut adalah ringkasan pencapaian bagi murid-murid sebelum dan selepas

inovasi dilaksanakan:

Kategori Pencapaian

Murid-murid Sebelum Inovasi Selepas Inovasi

Cemerlang 11 35

Baik 13 13

Lemah 24 0

Perbezaan pencapaian keputusan ujian Diagnostik I (sebelum inovasi) dan ujian

Diagnostik II (selepas inovasi) bagi murid-murid 4 Galileo dan 4 Fleming dari kategori

pencapaian murid-murid yang berbeza diwakili melalui carta bar seperti berikut:

Rajah 1: Pencapaian Keputusan Murid-murid Sebelum dan Selepas Inovasi

9.2 Kategori Pencapaian Murid

Statistik di atas memberi kesimpulan bahawa “Pick and Pair” memberi impak positif

yang besar secara keseluruhan, khasnya bagi murid-murid kategori baik dan lemah. Lantaran ini,

pada tahun 2014 kami akan memperluaskan “Pick and Pair” kepada jumlah murid yang lebih

besar merangkumi semua murid yang mengambil mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dan

Tingkatan 5 yang masih belum lagi menguasai konsep pembentukan formula kimia.

Lemah Baik Cemerlang

24

1311

0

13

35

Perbandingan Sebelum Inovasi dan Selepas Inovasi

Sebelum inovasi Selepas inovasi

Page 95: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

90

9.3 Peningkatan dalam Tahap Kepuasan Hati Guru / Murid

9.3.1 Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru

Keinginan dan keseronokan dalam melihat kemajuan pencapaian murid merupakan

suatu kepuasan kepada guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dari proses

penghasilan idea, perancangan, pemilihan bahan yang sesuai serta membuat penilaian

keberkesanan merupakan suatu cabaran utama bagi guru dalam penghasilan projek “Pick

and Pair”.

Daripada keputusan pencapaian murid yang terdiri daripada kategori murid yang

berbeza, terbukti “Pick and Pair” memang memberi kesan yang positif dan

memberangsangkan dalam penghasilan pendidikan yang berkualiti. Ia bukan sahaja suatu

pendekatan yang inovatif, malah ia adalah praktikal, kos rendah dan senang dibuat. Ia

sememangnya boleh diperluaskan dan disebar luas lagi untuk manfaat murid-murid sekolah

menengah yang lain.

9.3.2 Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Murid

Berikut adalah antara komen secara bertulis daripada murid mengenai “Pick and

Pair” yang telah kami cuba. (Sila rujuk Lampiran 2)

9.3.3 Pengurangan Kos Operasi

Inovasi ini boleh dikaji dan digunakan semula. Disebabkan inovasi ini boleh

digunakan pada bila-bila masa di dalam kelas ataupun di rumah menjadikannya suatu alat

yang berkesan dan efektif. Oleh itu, kos operasi seperti mencetak soalan yang banyak untuk

murid yang memerlukan kos yang tinggi dapat dikurangkan.

9.3.4 Penjimatan Masa

“Pick and Pair” amat menjimat masa kerana ia merupakan salah satu

pembelajaran kendiri (self-learning) yang efektif. Pada masa yang sama ia merupakan

langkah mengulang kaji dan pengayaan yang berkesan dan menyeronokkan.

9.3.5 Faedah-faedah Lain

Selain daripada dapat mengasah fikiran dan kemahiran, nilai-nilai murni seperti

kepimpinan, jujur, bekerjasama, sistematik dan adil dapat diterapkan dalam kalangan

murid, inovasi ini dapat mengisi masa lapang murid dengan lebih bermakna dan

konstruktif.

10. Keterangan Lain Yang Berkaitan

Kami juga akan terus berusaha untuk mengaplikasikan budaya kreatif dan inovatif

dalam pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran Kimia agar dapat meningkatkan

kualiti dan kuantiti pencapaian murid serta kualiti dalam profesionalisme keguruan.

Page 96: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

91

Lampiran 1

Maklum balas daripada murid-murid selepas menggunakan “Pick and Pair” dalam

membentuk formula kimia.

1. Saya pernah berasa topik formula kimia sangat susah . Tetapi, pandangan saya telah

berubah sejak penggunaan “Pick and Pair”.

FRANKLIN JOEL ANAK BAGE

2. “Pick and Pair” menarik perhatian dan memberangsangkan minat saya dalam topik

pembentukan formula kimia.

CHRISTINE LO YUH KING

3. Saya mendapat keputusan yang lebih baik selepas pengenalan “Pick and Pair”

NUR AMIRAH BINTI MOHMAD FAUZI

4. “Pick and Pair” memudahkan saya mengingati formula ion dan nama ion dengan cepat dan

tidak bosan.

BENNY LAU KIENG YI

5. “Pick and Pair” membolehkan saya belajar dengan rakan –rakan saya dengan lebih seronok.

JOEL WONG CHING JUE

Page 97: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

92

Lampiran 2

Semasa menjalankan ”Pick and Pair”

Semasa menjalankan ”Pick and Pair”

Page 98: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

93

Nama Guru : Ting Siao Fong, Ling Ngiik Mink, Yii Ling Hung

Stesen bertugas : SMK Sacred Heart, Sibu

1. Anugerah : Tempat Ketiga Anugerah Guru Inovatif Kategori Kumpulan Sekolah

Menengah

2. Tajuk Inovasi : “ Power Circle”

3. Sinopsis

Inovasi ini bertujuan membantu murid Tingkatan 4 yang lemah dalam tajuk

Trigonometry II untuk menguasai konsep sukuan dan sudut dalam bulatan unit, mengenal pasti

nilai sin , kos dan tan dalam sukuan I bagi bulatan unit, menentukan nilai sudut dalam

sukuan I yang sepadan dengan nilai bagi sudut dalam sukuan lain. Power circle telah diubah suai

daripada Power Circle generasi pertama yang mana ianya boleh digunakan untuk membantu

murid memahami konsep nilai sin , kos dan tan dalam sukuan yang berlainan.

Power Circle telah dicuba guna dalam kumpulan murid yang lemah dalam Matematik

Tingkatan 4. Kelas 5A4 tahun 2014 telah dipilih untuk mempelajari konsep nilai sin , kos dan

tan dalam sukuan. Praujian dan pasca ujian telah dilaksanakan dan keputusan murid

menunjukkan peningkatan dalam pasca ujian. Power Circle juga boleh digunakan untuk

membantu murid melukis bulatan dengan licin untuk topik Plan and Elevation, mencari imej dan

titik putaran dalam tajuk Transformasi Putaran serta Bearing Matematik Tingkatan 5.

4. Objektif Inovasi

Menguasai konsep sukuan dan sudut dalam bulatan unit.

Memahami cara mendapatkan nilai sin , kos dan tan dalam bulatan unit adalah merujuk

kepada koordinat y, x dan nisbah y/x.

Mengenal pasti nilai positif atau negatif bagi sin , kos dan tan dalam sukuan I, II, III dan

IV bagi bulatan unit.

Menentukan nilai sudut tirus dalam sukuan I yang sepadan dengan nilai sudut dalam sukuan

lain.

Menyatakan hubungan antara nilai sin , kos dan tan dalam sukuan II, III dan IV dengan

nilai bagi sudut yang sepadan dalam sukuan I.

Menentukan nilai sudut trigonometri yang sepadan dalam sukuan lain apabila diberi nilai

sudut tirus (positif / negatif).

5. Kumpulan Sasaran

Murid Tingkatan 5 yang lemah dalam Matematik iaitu kelas 5A4 dan 5A6 telah dipilih dalam

proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan Power circle.

Page 99: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

94

6. Latar Belakang

Berdasarkan kajian semula tentang bulatan unit yang diberikan dalam buku teks, didapati

murid belum menguasai konsep sin , kos dan tan kerana keliru dengan singkatan yang

banyak, seperti OPP, HYP, ADJ dan tidak dapat membezakan sudut-sudut yang terkandung

dalam sukuan I, II, III dan IV. Mereka tidak dapat mengaitkan cara mencari nilai trigonometri

yang sepadan dengan nilai trigonometri dalam sukuan pertama.

Justeru power circle yang direka pada tahun 2012 diubah suai menjadi satu alat pengganti

bagi bulatan unit untuk membantu murid melihat bulatan unit dan sudut yang terkandung dalam

sukuan I, II, III dan IV.

Hasil daripada pengubahsuaian Power Circle generasi 2 adalah seperti dalam Gambar I.

Gambar I – Power Circle yang diubah suai daripada Power Circle yang mana ianya

mempunyai penggunaan yang lebih spesifik dalam membantu murid menguasai konsep

Trigonometri dengan menvisualisasikan konsep tersebut.

7. Isu Dan Masalah Yang Ditangani Oleh Inovasi

7.1 Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan

Sebelum Power Circle digunakan, murid tidak dapat menguasai konsep “sisi

bersebelahan”, “sisi bertentangan” dan “sisi hypotenuse”. Murid yang lemah dalam

Matematik tidak dapat membezakan sisi-sisi dalam sebuah segitiga sudut tepat. Oleh itu,

mereka tidak dapat menyatakan nilai sin , kos dan tan dalam sukuan I. Tambahan pula,

murid tidak dapat memahami konsep nilai positif dan negatif bagi sin , kos dan tan

dalam sukuan yang lain. Mereka juga tidak dapat memahami konsep menentukan nilai sudut

dalam sukuan I yang sepadan dengan nilai sudut dalam sukuan lain.

Page 100: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

95

7.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi

Murid tidak boleh membayangkan konsep nilai trigonometri kerana terlalu abstrak.

Terlalu banyak langkah yang perlu diikuti untuk mencari nilai sin , kos dan tan

dalam sukuan I, II, III dan IV. Murid yang lemah tidak dapat mengingati langkah yang

panjang.

Murid tidak dapat menentukan nilai positif dan negatif bagi sin , kos dan tan dalam

sukuan yang berlainan. Ini menyebabkan mereka kurang keyakinan dalam pembelajaran.

8. Huraian Inovasi

8.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Inovasi Dan Kos

Bil. Bahan Harga

1 1 helai Kertas Transperansi RM0.50

2. 1 batang gunting (bahan sedia ada)

3. 2 batang marker pen (bahan sedia ada)

4. 1 batang jangka lukis (bahan sedia ada)

5. 1 batang pisau (bahan sedia ada)

6. 1 batang pembaris (bahan sedia ada)

Jumlah perbelanjaan RM0.50

8.2 Bentuk Bahan

Draf Power Circle telah diubah suai dengan menggunakan perisian komputer.

Sehelai kertas transparensi digunting dalam bentuk bulatan.

Kertas transperasi tersebut mempunyai skala unit pada bahagian palang.

Manakala pada bahagian bulatan, skala sudut darjah (o) telah digunakan.

Pada setiap 0.1 unit di bahagian palang telah ditumbuk dengan lubang kecil.

8.3 Cara Inovasi digunakan

Praujian

Murid diberi ulangkaji semula tentang konsep nilai sin , kos dan tan dalam

sukuan I, II, III dan IV dalam bulatan unit mengikut buku teks. Murid diminta menyatakan

nilai positif atau nilai negatif bagi sin , kos dan tan bagi sudut yang tetentu. Murid juga

diminta mencari sudut yang sepadan dengan sudut dalam sukuan lain. Murid diberi masa 10

minit untuk menjalankan praujian.

Page 101: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

96

Menguasai konsep sukuan dan sudut dalam bulatan unit

Pada mulanya murid diminta menggunakan Power Circle yang telah dicetak dan

melabelkan sukuan I, II, III dan IV dalam kertas tersebut. Murid diminta mengenal pasti

paksi x dan paksi y dalam kertas edaran yang mengandungi Power Circle. Mereka juga

diminta mengenal nilai positif dan negatif pada paksi x dan paksi y.

Memahami cara mendapatkan nilai sin , kos dan tan dalam bulatan unit

adalah merujuk kepada koordinat y, x dan nisbah y/x.

Murid didedahkan tentang nilai sin = koordinat y, kos = koordinat x dan tan

= y/x . (mereka menulis sendiri dalam kertas edaran pada tempat yang sesuai)

x -x

y

-y

-y

-x

x

y

x

A(x, y)

y

A(x, y)

x

y

Page 102: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

97

Murid diminta mencari nilai sin , kos dan tan dalam sukuan I, II, III dan IV.

Menentukan nilai sudut tirus dalam sukuan I yang sepadan dengan nilai sudut

dalam sukuan lain.

Murid diminta menentukan nilai sudut tirus dalam sukuan I yang sepadan dengan

sin , kos dan tan dalam sukuan II, III dan IV dengan menggunakan Power Circle.

Murid mencatatkan nilai positif atau negatif pada sukuan yang berkenaan.

Contoh : Tentukan sudut berikut adalah positif atau negatif.

( a ) sin 1340 = _______

Jawapan : positif

-y

-x x

y

x

Sin = y = + Cos 𝜃 = 𝑥 =+

Tan = 𝑦

𝑥 = +

Sin = y = + Cos 𝜃 = 𝑥 = −

Tan = 𝑦

−𝑥=

Sin = 𝑦 = − Cos 𝜃 = 𝑥 =−

Tan = −𝑦

−𝑥=

+

Sin = 𝑦 = − Cos 𝜃 = 𝑥 = +

Tan = −𝑦

𝑥=

-y

-x

x

y Sin = y = +

Cos 𝜃 = 𝑥 = +

Tan = 𝑦

𝑥 = +

Sin = y = +

Cos 𝜃 = 𝑥 = −

Tan = 𝑦

−𝑥= −

Sin = 𝑦 = −

Cos 𝜃 = 𝑥 = −

Tan = −𝑦

−𝑥= +

Sin = 𝑦 = −

Cos 𝜃 = 𝑥 = +

Tan = −𝑦

𝑥= −

Page 103: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

98

Menentukan nilai sudut tirus dalam sukuan I yang sepadan dengan nilai sudut

dalam sukuan lain.

Murid diminta mencari nilai sudut dalam sukuan I yang sepadan dengan nilai

sudut dalam sukuan lain dan membuat catatan dalam sukuan yang berkenaan dengan

Power Circle.

Contoh: Nyatakan sudut tirus yang sepadan dalam sukuan 1.

(a) 100o

Jawapan:

800

Menyatakan hubungan antara nilai sin , kos dan tan dalam sukuan II, III dan

IV dengan nilai bagi sudut sepadan dalam sukuan I.

Murid diajar tentang konsep mencari hubungan nilai sin , kos dan tan dalam

sukuan lain dengan Power Circle.

Contoh:

Tentukan positif atau negatif dan sudut tirus untuk setiap soalan berikut:

( a ) sin 1100 =

Jawapan : __+__ sin __70o___

-y

-x

x

y

Sin = y = +

Cos 𝜃 = 𝑥 = +

Tan = 𝑦

𝑥 = +

Sin = y = +

Cos 𝜃 = 𝑥 = −

Tan = 𝑦

−𝑥= −

Sin = 𝑦 = −

Cos 𝜃 = 𝑥 = −

Tan = −𝑦

−𝑥= +

Sin = 𝑦 = −

Cos 𝜃 = 𝑥 = +

Tan = −𝑦

𝑥= −

Page 104: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

99

Menentukan nilai sudut trigonometri yang sepadan dalam sukuan lain apabila

diberi nilai sudut tirus (positif / negatif)

Murid diajar tentang cara menentukan nilai sudut trigonometri yang sepadan

dalam sukuan lain apabila diberi nilai sudut tirus (positif / negatif) dengan Power Circle.

Contoh soalan: Jika 0𝑜 ≤ 𝜃 ≤ 360𝑜 , cari nilai .

( a ) ) ̶ sin 600 = sin ____ , sin _____

Jawapan : sin 240o, sin 300o

Selepas pengajaran selesai, murid diberi Pasca Ujian yang hampir serupa dengan

soalan dalam Praujian.

8.4 Kegunaan Lain

8.4.1. Untuk Melukis Bulatan

Tandakan pusat bulatan dahulu.

Tentukan jejari bulatan dan letakkan pensel ke dalam lubang bertanda 0 dan sebatang

pembaris lagi pada lubang mengikut panjang jejari yang dikehendaki.

Pusingkan Power Circle dengan menetapkan pusat bulatan dengan pensel.

8.4.2. Untuk Melukis Segiempat Tepat

Letakkan Power Circle pada kertas putih dan tandakan pada lubang mengikut ukuran

yang dikehendaki.

Sambungkan tanda-tanda dengan garisan.

-y

-x

x

y

Sin = y = +

Cos 𝜃 = 𝑥 = +

Tan = 𝑦

𝑥 = +

Sin = y = +

Cos 𝜃 = 𝑥 = −

Tan = 𝑦

−𝑥= −

Sin = 𝑦 = −

Cos 𝜃 = 𝑥 = −

Tan = −𝑦

−𝑥= +

Sin = 𝑦 = −

Cos 𝜃 = 𝑥 = +

Tan = −𝑦

𝑥= −

Page 105: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

100

8.4.3. Untuk Melukis Segitiga Kaki Sama

Tandakan satu titik sebagai satu bucu bagi segitiga.

Tandakan titik kedua mengikut jarak yang dikehendaki dengan membuat ukuran

menggunakan Power Circle.

Tandakan titik ketiga mengikut jarak yang sama menggunakan Power Circle.

Sambung ketiga-tiga titik dengan pembaris untuk membentuk sebuah segitiga

kaki sama.

8.4.4. Melukis Bearing

Lukiskan garisan menegak dan tandakan arah utara pada hujung garisan tersebut.

Letakkan Power Circle dan ukurkan sudut bearing yang dikehendaki dan

tandakannya.

Lukiskan garisan menyambungkan pusat bearing kepada tandaan tadi.

9. Keberkesanan Inovasi Kepada Pembelajaran Dan Pengajaran

9.1 Peningkatan Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran

Daripada keputusan Praujian dan Pasca Ujian, didapati keputusan Pasca Ujian

adalah amat menggalakkan. Perbezaan yang amat ketara antara min bagi Praujian dan

Pasca Ujian membuktikan bahawa Power Circle sesuai dalam membina konsep

trignometri khasnya untuk murid yang lemah dalam Matematik.

Jadual 1 : Jumlah Markah yang diperolehi mengikut bilangan murid dalam Praujian.

Marks Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid .00 3 7.0 7.0 7.0

1.00 2 4.7 4.7 11.6

2.00 10 23.3 23.3 34.9

3.00 3 7.0 7.0 41.9

4.00 25 58.1 58.1 100.0

Total 43 100.0 100.0

# Markah maksimum Praujian ialah 25.

Page 106: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

101

Daripada keputuan Praujian, didapati murid hanya mendapat 4 markah daripda 25

markah. Ini adalah kerana kebanyakan mereka tidak dapat menjawab kesemua soalan

dalam ujian tersebut. Antara puncanya ialah langkah penyelesaian yang terlalu panjang.

Jadual 2: Jumlah markah yang diperoleh mengikut bilangan murid dalam Pasca Ujian

Marks Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid 11.00 1 2.3 2.3 2.3

14.00 2 4.7 4.7 7.0

16.00 1 2.3 2.3 9.3

19.00 1 2.3 2.3 11.6

20.00 3 7.0 7.0 18.6

21.00 4 9.3 9.3 27.9

22.00 3 7.0 7.0 34.9

23.00 8 18.6 18.6 53.5

24.00 3 7.0 7.0 60.5

25.00 17 39.5 39.5 100.0

Total 43 100.0 100.0

# Markah maksimum Pasca Ujian ialah 25.

Dalam Jadual 2, didapati hanya seorang (2.3%) murid yang mendapat 11 markah

dalam Pasca Ujian. Semua murid lain telah memperoleh 14 markah dan ke atas dalam

Pasca Ujian. Ini membuktikan bahawa murid telah menunjukkan peningkatan pencapaian

selepas menggunakan Power Circle untuk memahami konsep trigonometri.

Page 107: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

102

Jadual 3: Nilai Min yang diperoleh dalam Praujian dan Pasca Ujian.

KELAS PRAUJIAN PASCA UJIAN

5A4 Mean 3.2083 23.3750

N 24 24

Std. Deviation 1.41357 2.28059

5A6 Mean 2.8421 21.2632

N 19 19

Std. Deviation 1.11869 4.13444

Total Mean 3.0465 22.4419

N 43 43

Std. Deviation 1.29014 3.36156

Dalam Jadual 3, didapati kelas 5A4 mempunyai nilai min markah 3.2083 dalam

Praujian. Manakala min markah dalam Pasca Ujian bagi kelas 5A4 telah meningkat

kepada 23.375 markah. Ini memberikan satu gambaran bahawa Power Circle telah

berjaya membantu murid Kelas 5A4 dalam memahami konsep trigonometri.

Bagi kelas 5A6, didapati min markah ialah 2.8421 dalam Praujian. Manakala min

markah dalam Pasca Ujian telah meningkat kepada 21.2632. Peningkatan keputusan bagi

kedua-dua kelas memberikan keyakinan kepada pengkaji bahawa Power Circle adalah

amat berkesan dalam membantu murid memahami konsep trigonometri.

9.1 Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru / Murid

9.1.1 Tahap Kepuasan Hati Guru

Daripada keputusan Pasca Ujian, guru Matematik berasa amat berpuas hati

dengan Power Circle kerana ianya berjaya membantu murid memahami konsep

trigonometri. Dengan itu, murid boleh memahami cara mendapatkan nilai sin , kos

dan tan dalam sukuan I. Murid boleh menjawab soalan seperti mencari nilai sudut tirus

bagi sin , kos dan tan yang sepadan dalam sukuan lain. Murid kurang bergantung

kepada kalkulator. Mereka boleh melihat konsep trigonometri dengan Power Circle.

Tambahan pula, murid hanya perlu mengikuti langkah pendek untuk mendapatkan

jawapan.

9.1.2 Tahap Kepuasan Murid

Power Circle adalah kecil dan senang dibawa. Murid boleh menyimpan Power

Circle dalam buku teks mereka. Dengan ini mereka tidak perlu bimbang akan lupa

membawa Power Circle ke sekolah. Power Circle juga membantu murid melihat konsep

secara konkrit. Murid tidak perlu menghafal formula yang banyak untuk mendapat

jawapan.

Page 108: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

103

9.1.3 Penjimatan Masa

Boleh melukis pelan dan dongakan dalam masa yang singkat (kurang daripada 2

minit).

Menghasilkan lukisan yang lebih licin dan tepat dari segi ukuran.

Boleh mencari imej putaran dengan satu langkah sahaja.

Boleh menentukan pusat putaran dengan langkah mudah.

9.2 Potensi Untuk Disebar Luas Kepada Pihak Lain:

Power Circle boleh diperluaskan dari segi penggunaan dalam tajuk “Plan and

Elevation” Matematik Tingkatan 5.

Power Cirlce boleh digunakan untuk tajuk Transformasi III Matematik Tingkatan 5

khasnya untuk putaran.

Power Circle boleh digunakan untuk tajuk Bulatan (melukis 2 tangen pada satu

bulatan apabila diberi satu titik di luar lukisan) Matematik Tingkatan 4

Power Circle boleh digunakan untuk topik Bearing Matematik Tingkatan 5.

Sesuai digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terutamanya melukis

benda berbentuk bulat.

Sesuai diajar untuk tajuk Lokus bulatan dalam Matematik Tingkatan 2.

Mengukur bearing sesuatu titik dalam pelan kedudukan Geografi.

9.3 Pengurangan Kos Operasi

Murid boleh menghasilkan Power Circle sendiri untuk menggantikan set alat geometri. Ianya

merupakan pengganti bagi jangka lukis, protraktor dan sesiku.

9.3.1 Faedah-faedah Lain

Mudah dibawa kerana ketebalannya sehelai kertas, maka adalah disyorkan kepada

murid supaya meletakkan Power Circle dalam buku teks Matematik.

Lebih mudah dikendalikan.

Bahan ini tidak berkarat

Lebih selamat kerana tidak melibatkan alat yang tajam.

9.3.2 Penambahbaikan Bahan Inovasi

Bahan bagi Power Circle boleh dibina dengan menggunakan bahan plastik seperti

bahan pembaris plastik yang lebih ringan kerana mempunyai tanda ukuran yang lebih

halus, jitu dan sisi yang lebih licin. Skala yang lebih tepat diperlukan untuk tujuan lukisan

bulatan.

Page 109: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

104

9.3.3 Tarikh Mula Dan Tarikh Tamat

Tempoh proses penyediaan bahan inovasi ini telah berlangsung mulai April 2012

hingga Februari 2014. Dalam tempoh penyediaan ini, percubaan menggunakan bahan

inovasi ini telah dijalankan dengan tujuan memurnikan lagi penggunaannya.

Page 110: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

105

Lampiran 1 : Lembaran Praujian

Pretest Inovasi “ POWER CIRCLE ”

Chapter 9 : Trigonometry II

Name : _______________________ Class : ______________

1. Determine if the following is positive or negative.

( a ) sin 1340 ( _________________ ) ( b ) tan 3400 ( ___________________ )

( c ) cos 2980 ( __________________ ) ( d ) sin 2230 ( ___________________ )

2. Name the corresponding acute angle in the first quadrant for each angle below.

( a ) 1000 = ( b ) 2200 =

( c ) 3300 = ( d ) 1900 =

3. Complete the following.

( a ) sin 1100 = sin (b) cos 2100 = cos

( c ) tan 3200 = tan (d) cos 2900 = cos

4. If 00 ≤ ≤ 3600, find the value of .

( a ) sin 300 = sin

( b ) tan 500 = tan

( c ) cos 800 = cos

( d ) ̶ sin 600 = sin , sin

( e ) ̶ tan 400 = tan , tan

( f ) ̶ cos 700 = cos , cos

Page 111: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

106

Lampiran 2 : Lembaran Pasca Ujian

Posttest Inovasi “ POWER CIRCLE ”

Chapter 9 : Trigonometry II

Name : _______________________ Class : ______________

1. Determine if the following is positive or negative.

( a ) sin 3340 ( _________________ ) ( b ) tan 1400 ( ___________________ )

( c ) cos 3980 ( __________________ ) ( d ) sin 2370 ( ___________________ )

2. Name the corresponding acute angle in the first quadrant for each angle below.

( a ) 3000 = ( b ) 1600 =

( c ) 2300 = ( d ) 1100 =

3. Complete the following.

( a ) sin 2200 = sin (b) cos 3100 = cos

( c ) tan 1200 = tan (d) tan 2600 = cos

4. If 00 ≤ ≤ 3600, find the value of .

( a ) sin 400 = sin

( b ) tan 600 = tan

( c ) cos 700 = cos

( d ) ̶ sin 500 = sin , sin

( e ) ̶ tan 800 = tan , tan

( f ) ̶ cos 300 = cos , cos

Page 112: Buku Inovasi Guru 2014

Inovasi-inovasi Guru Menjulang Pendidikan Sarawak 2014

107

Lampiran 3 : Lembaran Kerja

Worksheet

Chapter 9 : Trigonometry II

Name : _______________________ Class : ______________

1. Determine if the following is positive or negative.

( a ) sin 3340 ( _________________ ) ( b ) tan 2400 ( ___________________ )

( c ) cos 1980 ( __________________ ) ( d ) sin 1370 ( ___________________ )

2. Name the corresponding acute angle in the first quadrant for each angle below.

( a ) 1100 = ( b ) 2400 =

( c ) 3400 = ( d ) 1900 =

3. Complete the following.

( a ) sin 1000 = sin (b) cos 2200 = cos

( c ) tan 3300 = tan (d) cos 2900 = cos

4. If 00 ≤ ≤ 3600, find the value of .

( a ) sin 300 = sin

( b ) tan 500 = tan

( c ) cos 800 = cos

( d ) ̶ sin 600 = sin , sin

( e ) ̶ tan 400 = tan , tan

( f ) ̶ cos 700 = cos , cos