ciri guru alaf 21

4
Ciri-ciri seorang guru alaf 21 Pendidikan adalah merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bergantung kepada seorang guru yang berwibawa dan berdedikasi. Ciri-ciri seorang guru akan menentukan kejayaan sistem pendidikan sesebuah Negara. Dalam menentukan pendidikan berkualiti tersebut dapat direalisasikan, maka para pendidik dan guru-guru alaf 21, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru haruslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik. Ciri-ciri guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru alaf 21, haruslah memiliki sifat- sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan

Upload: guna-ufc-ufc

Post on 21-Nov-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Ciri-ciri seorang guru alaf 21Pendidikan adalah merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bergantung kepada seorang guru yang berwibawa dan berdedikasi. Ciri-ciri seorang guru akan menentukan kejayaan sistem pendidikan sesebuah Negara.Dalam menentukan pendidikan berkualiti tersebut dapat direalisasikan, maka para pendidik dan guru-guru alaf 21, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru haruslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.Ciri-ciri guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru alaf 21, haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era alaf 21, pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.Guru alaf 21 harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru alaf 21 seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.Selain itu, seorang guru alaf 21 juga perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang profesional berlaf 21 juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Guru alaf 21 hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan pendidikan dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan kepada guru alaf 21. Guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Oleh itu, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru alaf 21 seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.