ciri ciri kbkk

Upload: rainis

Post on 13-Oct-2015

188 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kbkk

TRANSCRIPT

Ciri-ciri Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)KBKK = Pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

KBKK

KB secara KreatifKecekapan menggunakan minda untuk menjanadan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai,dan bernilaisama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna ,pemahamandan penyelesaian masalah seacara inovatif.KB secara Kritiskecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahandan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dankelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

KB secara Kritis

Huraian

Membanding danMembezakemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspektertentu.Contohnya:antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani.

Membuat KategoriAktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan.

Meneliti Bahagian-bahagian Kecil dan KeseluruhanKemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.

Membuat Sekuen / UrutanMenyusun benda-benda atau peristiwa atau idea-idea mengikut satu susunan tertentu berdasarkansesuatu kriteria.Contoh: menyusun nama dan buku alamat. Tujuan: mudah mencari. Kriteria: susunan adalah dalam bentuk abjad.

Menerangkan Sebab

Melibatkan kemahiran menjana idea mengenai kemungkinansebab-sebab berlakunya sesuatu perkara, memberikan kemungkinan-kemungkinanbukti yang menjelaskan sebab berlaku sesuatu perkara, menyatakan bukti-buktisebenar yang mengukuhkan kemungkinan bukti yang dikemukakan tadi dan akhirnyamembuat keputusan untuk menentukan sebab sebenar berdasarkan bukti.

Membuat Ramalankemahiran berfikir yang membolehkan anda membuat jangkaanterhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datangberdasarkan bukti dan maklumat tertentu.

Mengusul Periksa Andaianmemeriksa sesuatu andaian yang kita buatsebelum bertindak berdasarkan andaian tersebut. Kemahiran ini dapat memandukita mempersoal dan mencari ketepatan sesuatu andaian yang dibuat sebelumsesuatu tindakan atau keputusan diambil.

Membuat Inferensberlaku apabila anda tahu fakta-fakta atau kebenaran yang ada dan andaberminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut yang boleh diperolehimelangkaui fakta-fakta yang ada itu.

Mengesahkan Sumber Maklumatmemerlukan individu untuk menilai kredibiliti, ketepatan dan keboleh percayaan sumber yang diperolehi (samada secara langsung ataupun tidaklangsung).Set-set soalan yang sistematik perlu digunakan untuk menguji elemen-elemen yang bolehmenentukan kesahihan sumber.

KB secara Kreatif

Huraian

Mencipta AnalogiAdalah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu.Biasanya analogi menggunakan kata bandingan seperti, bagai, dan umpama untuk membandingkan suatu perkara dengan perkara atau objek yang lain bagi menyatkanmaksud tertentu.Analog dapat dibahagi kepada dua:1.Analogi berdasarkan kata bandingan. Contohnya:Badannyakurus macam lidi2.Analogi berdasarkan pasangan kata. Contohnya:Kapalterbang Pramugari

Mencipta MetaforaSejenis bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Dengan kata lain kita melihat sesuatu perkara itu sebagai sesuatu perkara yang lain.Contoh: Tikus itu telah lari apabila melihat pengurusnya telah datang. Tikus orang yang takut akan ketuanya

Sumber : http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm#banding_beza