ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan

4
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan boleh antara lain menunjukkan sifat-sifat seperti berikut : i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada situasi baru. iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap. iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan tanpa berfikir. v. Lemah koordinasi motor mata-tangan. vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am. vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini. viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif. ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat. x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada situasi yang lain. xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya. xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran. xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja. xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama. xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya. xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti. Strategi mengatasi masalah pengamatan

Upload: lyndadarling

Post on 05-May-2017

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan boleh antara lain

menunjukkan sifat-sifat seperti berikut :

i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti

mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya.

ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang

diketahuinya kepada situasi baru.

iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.

iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan

tanpa berfikir.

v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.

vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.

vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta

kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini.

viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.

ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.

x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi

kepada situasi yang lain.

xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang

dilakukannya.

xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.

xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.

xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.

xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.

xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

Page 2: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

Strategi mengatasi masalah pengamatan

Strategi mengatasi

masalah pengamatanMaksud Huraian

1) Latih tubi

latihan (ajaran, tunjuk ajar,

dsb) yg diulang-ulangi (utk

menjadikan orang yg

diajar atau dibimbing itu

benar-benar mahir)

Sesuatu kemahiran itu

diajar berulang sebagai

latih tubi supaya murid

benar-benar mahir dan

cekap dalam kemahiran

tersebut.

Contoh, dalam kemahiran

“KVKV”, guru dapat

melakukan latih tubi

dengan pelbagaikan

aktiviti seperti nyanyian,

cerita, main, seni, dll.

2) Terapi

rawatan sesuatu penyakit

fizikal atau mental secara

proses pemulihan tanpa

penggunaan ubat atau

pembedahan

Contoh:

Terapi pergerakan tangan,

terapi penglihatan, terapi

pendengaran dan terapi

pertuturan

3) Ulangan

sesuatu yg dilakukan

sekali lagi atau sesuatu yg

diulang

Contoh :

Murid diberi ulang kaji

sebelum memulakan

sesuatu tajuk/kemahiran

yang baru (sebagai

pengukuhan)

4) Modelling

seseorang atau sesuatu

yg dapat dijadikan contoh

(utk ditiru atau diteladani)

Contoh :

Dapat dilakukan oleh

seseorang individu seperti

guru/rakan

Strategi Mengatasi Masalah Pengamatan (Teknik Pengulangan)

Page 3: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

Teknik Pengulangan

Sesuatu pengetahuan atau kemahiran , setelah dipelajari hendaklah diulang-ulang

bagi menjamin kekekalan pembelajaran. Dengan itu, konsep –konsep yang dipelajari

haruslah diulang kaji dari semasa ke semasa.

Penggunaan Teknik Dalam Bilik Darjah

Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna,

guru hendaklah menyediakan pelbagai sumber pengajaran-pembelajaran

yang menarik serta mengagumkan agar pembelajaran akan berlaku.

Pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna

seseorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru. Bagi

menjimatkan masa, guru bolehlah memberikan bimbingan yang sewajarnya.

Konsep hukum kesediaan boleh diluaskan untuk diguna di dalam bilik darjah.

Seseorang murid hendaklah bersedia dari segi mental, minat, sikap dan

psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku.

Latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Selain itu, ia boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid-murid.

Kesan pembelajaran yang menyeronokan akan terus mendorong murid ke

arah pencapaian yang lebih baik. Dengan itu, guru hendaklah menyediakan

pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid-murid.

Ringkasnya, motivasi amat penting bagi meningkatkan keberkesanan

pembelajaran.

Page 4: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

Guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid-murid menikmati

kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar. Pastikan tugasan yang

diberi tidak terlalu tinggi aras kesukarannya terutama terhadap murid-murid

yang mengalami masalah pengamatan. Kejayaan menyelesaikan sesuatu

projek menimbulkan perasaan puas hati yang akan bertindak sebagai

pendorong kepada murid-murid.