ciri ciri grafik

3
WAN MOHD MAHDI BIN WAN KHALDIN 821201 03 5487 MTE/E [CIRI-CIRI GRAFIK] EDU3105 AKTIVITI MINGGU KE 2. 1. Dengan merujuk kepada nota dan klik video Bahan 2D dan 3D yang telah disediakan, anda dikehendaki menyenaraikan ciri-ciri grafik yang baik dalam proses menyediakan bahan bantu mengajar. Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah : a) Gambar b) Grafik c) Carta d) Peta e) Graf f) Poster g) Kad Imbasan h) Kad Gambar Manakala, Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah : a) Realia b) Model c) Diorama d) Akuarium e) Terrarium f) Boneka g) Topeng 1

Upload: wmmadi

Post on 05-Dec-2014

71 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu3105

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Ciri Grafik

WAN MOHD MAHDI BIN WAN KHALDIN821201 – 03 – 5487MTE/E

[CIRI-CIRI GRAFIK] EDU3105

AKTIVITI MINGGU KE 2.

1. Dengan merujuk kepada nota dan klik video Bahan 2D dan 3D yang telah disediakan,

anda dikehendaki menyenaraikan ciri-ciri grafik yang baik dalam proses menyediakan bahan

bantu mengajar.

Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau

digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Jenis-jenis bahan 2D yang

dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah :

a) Gambar 

b) Grafik 

c) Carta 

d) Peta 

e) Graf 

f) Poster 

g) Kad Imbasan 

h) Kad Gambar

Manakala, Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk

serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang,

lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan

animasi. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. 

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain 

termasuklah : 

a) Realia 

b) Model 

c) Diorama 

d) Akuarium

e) Terrarium 

f) Boneka 

1

Page 2: Ciri Ciri Grafik

WAN MOHD MAHDI BIN WAN KHALDIN821201 – 03 – 5487MTE/E

[CIRI-CIRI GRAFIK] EDU3105

g) Topeng 

Alat Bantu Mengajar yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Visual yang berkualiti juga akan

turut menyemai nilai-nilai estetika dikalangan pelajar dan juga akan mencetuskan satu disiplin

yang positif kepada mereka. Selain daripada itu juga, Alat Bantu Mengajar yang baik

mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru.

Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini

bermakna fungsi utama Alat Bantu Mengajar adalah untuk meningkatkan komunikasi dua

hala antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun

fungsi ini hanya dapat memainkan peranannya, jika sesuatu visual itu mempunyai ciri-ciri

berikut:-

1. Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar semasa proses penyampaian isi pelajaran

disamping memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.

2. Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar tanpa perlu bersusah payah memahami

sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalu senang pula, pelajar mungkin tidak akan

meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,

pelajar akan rasa kecewa dan bosan.

3. Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru dan maksud yang tersirat

terdapat dalam Alat Bantu Mengajar yang digunakan.

4. Membantu memokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam Alat Bantu

Mengajar.

5. Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam menyusun idea

supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akan membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar

mengikuti perkembangan keseluruhan visual.

2

Page 3: Ciri Ciri Grafik

WAN MOHD MAHDI BIN WAN KHALDIN821201 – 03 – 5487MTE/E

[CIRI-CIRI GRAFIK] EDU3105

Rumusannya, suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru

mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan

matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan

dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak selain membantu guru

memudahkan proses penyampaian.

3