ciri ciri dewan taihe forbidden city

Upload: ninaamirahm

Post on 09-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ciri ciri bangunan bersejarah

TRANSCRIPT

Ciri Ciri Dewan Taihe Forbidden City, ChinaDewan Taihe yang dibina setinggi kira-kira 40 meter merupakan bangunan yang paling megah dan tinggi di Kota Larangan Beijing. Didalam dewan tersebut terdapat takhta maharaja yang disadur dengan emas dan 13 ribu buah pahatan naga iaitu yang lambang maharaja. Lapangan di hadapan dewan Taihe mempunyai keluasan seluas 30 ribu meter persegi.Dasar Dewan Taihe adalah setinggi 8 meter yang dibina dengan menggunakan batu putih dan mempunyai fungsi menyekat kelembapan tanah. Terdapat banyak pahatan ukiran yang terdapat didalam dewan ini diantaranya adalah kepala naga pada batu putih yang menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut adalah merupakan kemudahan bagi penyaluran air. Apabila berlakunya hujan lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut akan meluahkan air secara serentak.