ciri ciri dan doktrin munafik

Upload: zizothehiro

Post on 07-Mar-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

qqq

TRANSCRIPT

  • Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    28. Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai,sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, merupakan seorang yang sangatberpengaruh di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Perang Bu'astamat penduduk Madinah (nama asalnya Yasrib) sudah sepakat untuk melantik Abdullah binUbai sebagai raja di Madinah, malah mahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinahbersetuju melantik Abdullah bin Ubai menjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yangmenyebabkan dia dihormati dan dimuliakan. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak disana. Kaum Yahudi dikenali sebagai ahli Kitab, orang beragama yang memiliki peradaban yangmulia. Kaum Yahudi juga menguasai bidang ekonomi dan mempunyai kekuatan dalam bidangketenteraan. Kaum Yahudi yang dikenali sebagai ahli agama, ahli ilmu, ahli ekonomi dan ahliketenteraan menyebabkan mereka dipandang tinggi oleh orang Arab Madinah. Orang Arab Madinah memandang kaum Yahudi sebagai manusia yang berjaya dan disegani.Kedudukan kaum Yahudi yang demikian menyebabkan orang Arab Madinah suka meniruperadaban Yahudi tetapi mereka tidak memeluk agama Yahudi. Bagi orang Arab agama Yahudidilihat sebagai khusus untuk orang Yahudi sahaja. Walaupun tidak menerima agama Yahuditetapi banyak daripada nilai-nilai moral Yahudi diterima pakai oleh orang Arab Madinah. Golongan Arab Madinah yang berilmu merupakan orang yang paling banyak mencedukperadaban Yahudi dan meng-Arabkan peradaban tersebut. Di antara mereka adalah Abdullahbin Ubai. Kumpulan Abdullah bin Ubai mempraktikkan nilai-nilai moral yang lebih tinggidaripada orang Arab Madinah yang lain. Oleh kerana itu mereka dipandang tinggi dandihormati. Ketika Perang Bu'as hampir berlaku di antara dua puak terbesar di Madinah,kumpulan Abdullah bin Ubai menentang suku-suku mereka yang mahu berperang itu. Bilapeperangan berlaku juga Abdullah bin Ubai tidak ikut serta dalam peperangan tersebut. Sikapberkecualinya itulah yang menyebabkan dia dicadangkan untuk menjadi raja setelah kedua-duapihak yang berperang itu berdamai. Walaupun menimba dari telaga Yahudi namun ahli fikir Arab Madinah mempertahankanke-Araban mereka. Sikap yang demikian menyebabkan terbentuk aliran pemikiran yang kabur.Ia bukan Yahudi dan bukan juga Arab. Mereka menganggap diri mereka setaraf dengan orangYahudi yang berilmu dan mereka lebih mulia daripada umat Arab yang jahil. Oleh kerana apayang terbentuk dalam aliran pemikiran mereka tidak jelas, maka tidak ada satu bentukkepercayaan atau akidah yang mereka pertahankan. Mereka mempertahankan satu perkarasahaja, iaitu merekalah golongan Arab yang paling pintar dan apa sahaja yang datang daripadaorang Arab yang lain tidak sama dengan apa yang ada dengan mereka. Apabila agama Islamdatang ke Madinah dibawa oleh orang Arab Makkah, kumpulan Abdullah bin Ubai itu sudah adakeputusan sejak awal-awal lagi untuk menolaknya. Mereka menganggap apa yang baharu

    1 / 7

  • Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    datang itu lebih rendah daripada apa yang ada dengan mereka. Mereka menjadi golongan yangtidak mempertahankan sebarang kepercayaan dan juga tidak ada satu kepercayaan yangmereka terima. Sebagaimana puak Yahudi yang menganggap semua bangsa di dunia lebihrendah daripada mereka, begitu juga kumpulan Abdullah bin Ubai yang meminum air daripadatelaga Yahudi menganggap semua orang Arab lebih rendah daripada mereka. Merekamemandang rendah apa sahaja yang datang daripada orang Arab yang lain. Mereka adalahpuak yang sudah ada keputusan untuk mengunci mata, telinga dan hati mereka daripadasegala agama yang datang kepada mereka. Arus perkembangan Islam melanda Madinah dengan deras dan menyeluruh. Dalam masakurang daripada satu tahun hampir keseluruhan penduduk Madinah sudah memeluk agamaIslam. Segala aktiviti berpusat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam. KumpulanAbdullah bin Ubai yang memandang diri mereka sebagai lebih mulia itu tidak ada pilihanmelainkan ikut serta di dalam rentak perkembangan Madinah, jika tidak mereka akan tersisih.Penyertaan mereka di dalam arus tersebut juga bertujuan mencari jalan merampas semulakekuasaan di Madinah sebagaimana sebelum kedatangan agama Islam dan Nabi Muhammads.a.w ke sana. Mereka mahu orang-orang Makkah meninggalkan Madinah. Oleh kerana mereka tidak mempunyai satu bentuk kepercayaan yang jelas dan tidak ada satuagama yang mereka pertahankan, maka mereka boleh bergerak cergas dalam apa juga medankepercayaan atau agama. Istilah dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, halal dan haramtidak ada pada mereka. Akhirat tidak ada dalam pandangan mereka. Apabila tidak ada agamayang diperjuangkan dan tidak ada kepercayaan kepada perkara ghaib, kumpulan tersebutmenyertai kegiatan agama orang lain dalam keadaan yang dipanggil munafik. Mereka memakaibaju agama padahal mereka tidak ikhlas berbuat demikian dan tidak merelakannya. Munafik berbeza daripada kafir. Orang kafir tidak percaya kepada agama Islam kerana merekamempunyai kepercayaan sendiri dan mereka pertahankan kepercayaan tersebut. Penentanganmereka terhadap Islam adalah jelas. Orang munafik pula di samping tidak beriman kepadaagama Islam, mereka tidak mendatangkan kepercayaan yang menjadi alternatif dan merekatidak menyebarkan sebarang bentuk kepercayaan. Oleh yang demikian mereka bolehmenyertai kegiatan Islam seolah-olah mereka adalah orang Islam sejati dan mereka bolehmenentang Islam seolah-olah mereka adalah orang kafir tulin. Mereka menganggapkan Islamsebagai baju yang boleh dipakai dan ditanggalkan menurut keadaan yang membawakeuntungan kepada mereka. Al-Quran menceritakan keadaan puak munafik:

    Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah danHari Kemudian". Padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendakmemperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkandiri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allahtambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebabmereka telah berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat

    2 / 7

  • Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    kerosakan di bumi", mereka menjawab: "Kami tidak lain melainkan orang yang membuatkebaikan". Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapimereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah sebagaimana orangyang telah beriman". Mereka berkata, "Apakah harus kami beriman seperti orang-orang bodohitu beriman?" Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui.Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, "Kami telahberiman". Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, "Kami besertakamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman)". ( Ayat 8-14 :Surah al-Baqarah )

    Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu mereka tidak akan kembali. ( Ayat 18 : Surahal-Baqarah )

    Orang munafik sangat berbeza daripada orang kafir. Orang kafir dengan tegas menyatakantidak beriman baik secara terang atau pun secara bersembunyi. Ancaman azab neraka danpujukan nikmat syurga tidak menarik orang kafir kepada iman. Orang munafik pula mengucapdua Kalimah Syahadah dengan lidah mereka dan tidak keberatan menyertai amalan ibadatbersama-sama orang Islam yang lain, tetapi ucapan dan ibadat yang dilakukan itu tidakberbekas pada hati mereka. Mulut mereka mengatakan beriman kepada Allah s.w.t dan hariakhirat tetapi hati mereka kufur. Mereka adalah orang yang Islam pada zahir tetapi kafir padahati. Perbuatan zahir mereka sesuai dengan perbuatan orang yang beriman kerana merekamahu menyembunyikan apa yang ada dalam hati mereka. Ada kepentingan diri yang merekamahu jaga. Puak munafik tidak mengakui kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bagi merekaNabi Muhammad s.a.w hanyalah seorang lelaki Arab yang sama dengan lelaki Arab yang lain,yang tergolong dalam kalangan bangsa Arab yang mereka pandang lebih rendah daripadamereka. Mereka menolak kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mahu agar bagindas.a.w mengikuti kepimpinan mereka. Mereka juga tidak mempunyai perasaan hormat kepadaNabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana mereka menganggapkan Nabi Muhammad s.a.w, makamereka tidak menerima kedudukan wahyu sebagai Kalam Allah s.w.t. Mereka menganggapwahyu hanyalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w yang sama dengan perkataan orang lainyang boleh dihujah dan ditolak. Puak munafik, dengan kerjasama kaum Yahudi, sangat aktif didalam mempertikaikan wahyu dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Tuhan memperingatkan Rasulullah s.a.w supaya berwaspada terhadap puak munafik yangakan mencuba untuk membawa baginda s.a.w tunduk kepada pemimpin mereka. Bagindas.a.w diperingatkan bahawa puak munafik itu tidak suka kepada baginda s.a.w.Wahai Nabi! Berbaktilah kepada Allah dan jangan engkau taat kepada kafir-kafir danmunafik-munafik, sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana. ( Ayat 1 : Surahal-Ahzaab )

    Dan jangan engkau tunduk kepada orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan biarkanlahgangguan mereka. Dan berserah dirilah kepada Allah kerana cukuplah Allah sebagaiPengawal. ( Ayat 48 : Surah al-Ahzaab )

    3 / 7

  • Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah kepadaRasul-Nya", kamu melihat orang munafik berpaling daripadamu sungguh-sungguh. (ayat 61 :Surah an-Nisaa' )

    Dan dari kalangan mereka ada yang menyakiti Nabi dan mereka berkata, "Dia itu pendengar!"(Maksudnya mengiyakan sahaja apa yang orang lain kata). Katakanlah: "Dia memangpendengar kebaikan kamu, dia beriman kepada Allah dan dia percaya kepada mereka yangberiman, dan jadi rahmat bagi orang yang beriman di antara kamu". Dan mereka yangmenyakiti Rasul Allah bagi mereka azab yang pedih. ( Ayat 61 : Surah at-Taubah ) Sangat sukar menangani puak munafik kerana secara terangnya mereka mengaku berimanwalaupun hati mereka menolak. Mereka juga sanggup bersumpah bagi menegakkan benangbasah.Mereka akan bersumpah dengan Nama Allah kepada kamu untuk menyenangkan kamu,padahal Allah dan Rasul-Nya yang lebih patut mereka sukakan jika adalah mereka orang yangberiman. ( Ayat 62 : Surah at-Taubah ) Oleh kerana puak munafik hidup dalam kepura-puraan mereka sangat takut jika rahsia merekadiketahui oleh orang lain.Amat takut orang munafik itu bahawa akan diturunkan atas mereka suatu surah yangmengkhabarkan kepada mereka apa yang ada dalam hati mereka. Katakanlah:"Perolok-olokkanlah! Sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takutkan itu". (Ayat 64 : Surah at-Taubah )

    Apabila tembelang mereka pecah puak munafik itu akan berdalih secara selamba dan mudah.Bila bertembung dengan kebenaran yang tidak dapat dielakkan puak munafik tidak akanmempertahankan kesesatan dan kebohongan yang mereka telah lakukan.Dan jika engkau tanyakan kepada mereka tentu mereka akan berkata, "Kami ini hanyabergurau senda dan bermain-main". Katakanlah: "Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya dan(dengan) Rasul-Nya kamu hendak berolok-olok?" ( Ayat 65 : Surah at-Taubah ) Puak munafik menyebarkan ajaran yang menyalahi syariat Islam. Apabila syariat meletakkanperaturan amal makruf dan mencegah yang munkar, puak munafik akan menilai yang makrufsebagai keuntungan duniawi dan yang munkar pula sebagai kerugiannya. Mereka menganggapzakat dan sedekah sebagai bukan amal makruf kerana ia merugikan dari segi keduniaan.Laki-laki munafik dan perempuan munafik yang sebahagian mereka adalah dari yangsebahagian, mereka menyuruh yang munkar dan melarang dari yang makruf dan merekagenggamkan tangan mereka (bakhil). Mereka telah melupakan Allah dan Allah pun melupakanmereka. Sesungguhnya orang munafik itu adalah orang yang fasik (melewati batas). ( Ayat 67 :Surah at-Taubah )

    Puak munafik pandai berdolak-dalih. Mereka berani menggunakan nama Allah bagi menutup

    4 / 7

  • Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    kesesatan dan kekufuran mereka. Tuhan memerintahkan Nabi s.a.w agar berjihad memerangiorang munafik kerana mereka adalah orang yang kufur.Wahai Nabi! Berjihadlah terhadap kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadapmereka. Tempat kembali mereka adalah jahanam dan itulah yang seburuk-buruk kesudahan.Mereka akan bersumpah dengan Nama Allah bahawa mereka tidak pernah berkata, padahalmereka pernah mengatakan kalimat kufur dan mereka telah kafir sesudah Islam dan merekasangat mengingini apa yang tidak dapat mereka capai. Dan tidaklah kebencian mereka itumelainkan kerana Allah dan Rasul-Nya telah memperkayakan orang yang beriman dengankurnia-Nya. Tetapi jika mereka bertaubat adalah baik bagi mereka dan jika mereka berpaling,Allah akan azabkan mereka dengan satu azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan tidak adabagi mereka pembantu di bumi dan tidak ada penolong. ( Ayat 73 - 74 : Surah at-Taubah ) Al-Quran memberi peringatan tentang ancaman puak munafik terhadap keselamatan dankepercayaan orang yang beriman. Tuhan menamakan satu surah al-Quran dengan nama surahal-Munafiqun, bagi menyedarkan kaum Muslimin betapa bahayanya kehadiran puak munafik didalam masyarakat kaum Muslimin. Tuhan menggesa Nabi Muhammad s.a.w dan kaumMuslimin semua zaman agar berwaspada terhadap tipu daya dan fitnah yang datang daripadapuak munafik.Apabila orang munafik datang kepada kamu mereka akan berkata, "Kami mengakuibahawasanya kamu Rasul Allah," padahal Allah mengetahui bahawasanya engkaupesuruh-Nya dan Allah menyaksikan bahawasanya kaum munafik itu adalah orang yangberdusta. Mereka jadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perlindungan, lalu mereka halangimanusia dari jalan Allah. Sesungguhnya jelek apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian(adalah) lantaran beriman kemudian mereka kufur, lalu dimetrai atas hati mereka; oleh itumereka tidak dapat memahami. ( Ayat 1 - 3 : Surah al-Munafiquun )Dan apabila engkau lihat mereka, menghairankan kamu tubuh-tubuh mereka; dan jika merekaberkata-kata, engkau dengarkan perkataan mereka. Mereka seolah-olah kayu yangdisandarkan. Tiap-tiap teriakan mereka sangka buat membahayakan mereka. Mereka adalahmusuh; maka hendaklah engkau awasi mereka. Allah laknati mereka! Ke manakah merekadipalingkan? ( Ayat 4 : Surah al-Munafiquun ) Tuhan memperingatkan sungguh-sungguh kepada Nabi s.a.w dan kaum Muslimin sekaliannyapada semua zaman, supaya jangan membiarkan racun yang ditabur oleh golongan munafikmemusnahkan umat. Sekali lagi Tuhan memberi peringatan!Wahai Nabi! Berjihadlah menentang kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadapmereka dan tempat kembali mereka itu adalah jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempatkembali. ( Ayat 9 : Surah at-Tahrim ) Tuhan memberi peringatan kepada kaum Muslimin, sekiranya kegiatan puak munafik yangmencampur adukkan kesesatan dan kekufuran ke dalam akidah Islam tidak dibendung,nescaya umat Islam akan menemui kehancuran. Setiap umat Islam mestilah berwaspadaterhadap orang munafik yang berada di tengah-tengah mereka. Tanda munafik mudah dikenal

    5 / 7

  • Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    melalui keengganan mereka berjuang pada jalan Allah s.w.t.Dan supaya dibuktikan-Nya pula keadaan orang-orang munafik. Dikatakan kepada mereka:"Marilah berperang pada jalan Allah atau pertahankanlah." Mereka menjawab, "Kalau kami tahuberperang nescaya kami ikut kamu (berperang)." Mereka itu pada hari tersebut lebih hampirkepada kufur daripada kepada iman. Mereka berkata dengan mulut mereka apa yang tidak adadalam hati mereka. Dan Allah lebih Mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan. (Adalah)mereka yang berkata kepada saudara-saudara mereka sambil mundur, "Kalau mereka ikutkami tentu mereka tidak terbunuh." Katakanlah: "Kalau begitu tolakkanlah kematian daripadakamu jika memang kamu orang yang benar." ( Ayat 167 - 168 : Surah a-Li Imraan ) Kemunafikan lebih ketara melalui amalan yang mereka lakukan sambil lewa sahaja,semata-mata sebagai pameran.Orang munafik menipu Allah dan Allah pun (balas) menipu mereka. Dan apabila mereka berdirikepada sembahyang mereka berdiri dalam keadaan malas. Mereka menunjuk-nunjuk kepadamanusia dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit. Keadaan mereka terumbangambing di antara yang demikian itu, tidak kepada mereka itu, tidak kepada mereka ini; keranabarangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan engkau dapat satu jalan (keselamatan)baginya. ( Ayat 142 - 143 : Surah an-Nisaa' ) Tuhan memberi amaran yang keras kepada orang munafik:Sesungguhnya jika tidak berhenti juga orang munafik itu dan orang yang dalam hatinya adapenyakit dan pengacau-pengacau di Madinah, nescaya Kami akan kerahkan engkau terhadapmereka. Kemudian itu tidaklah mereka akan bertetangga lagi dengan engkau di situ kecualibagi masa yang singkat. Mereka di dalam keadaan terkutuk di mana sahaja mereka dijumpaidan mereka akan dibunuh sampai semusnah-musnahnya. Sunah Allah yang telah berlaku padaorang-orang yang terdahulu. Dan sekali-kali tidak akan didapati bagi Sunnatullah itu satupengganti. ( Ayat 60 -62 : Surah al-Ahzaab ) Al-Quran telah memberi gambaran yang jelas tentang orang munafik. Rasulullah s.a.w dankaum Muslimin mengenali puak munafik yang ada di dalam masyarakat mereka. Mereka dapatmenunjukkan dengan jelas bahawa Abdullah bin Ubai adalah pemimpin puak munafik.Keterangan yang telah diberikan oleh al-Quran memberi manfaat bagi kaum Muslimin dalammengawasi pergerakan puak munafik agar perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan kaumMuslimin dapat dipelihara. Umat Islam yang datang kemudian mestilah memerhatikan petunjukdaripada al-Quran bagi mengenali musuh-musuh mereka. Abdullah bin Ubai telah pun mati. Markas puak munafik, sebuah masjid yang dibina di ZuAwan, sudah pun dibakar oleh kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w. Tetapi kaumMuslimin perlu berwaspada kerana racun munafik masih berjalan hingga ke hari ini. Puak munafik terdiri daripada orang-orang yang sangat licik. Mereka hidup bersama-samaorang Islam, mengaku sebagai orang Islam dan melibatkan diri dalam kegiatan kaum Muslimin,malah mereka merasakan yang mereka lebih Islam daripada orang-orang Islam yang lain.

    6 / 7

  • Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik

    Memang sukar untuk mengenali hati yang munafik, sedangkan mulutnya mengucapkan duaKalimah Syahadah dan anggotanya melakukan ibadat bersama-sama kaum Muslimin yang lain.Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, sebagai orang Islam danmenggunakan ajaran Islam. Orang munafik melakukan apa yang sudah dibuat oleh kaumYahudi dan Nasrani, iaitu mengubah maksud kitab Allah dan meminda syariat Islam. Merekamengadakan tafsiran al-Quran menurut cara mereka sendiri. Puak munafik adalah ilmuan yangmengeluarkan al-Quran tiruan dan Hadis palsu, terutamanya dalam soal yang bersangkutandengan akidah dan kebatinan. Daripada puak yang demikianlah muncul istilah kebudayaanIslam yang ditampalkan kepada kegiatan maksiat yang berlawanan dengan syariat Tuhan. Lahirpula persatuan Islam pada nama tetapi bergiat memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Adapula istilah seni bina Islam diletakkan pada bangunan yang digunakan sebagai sarangperjudian dan pelacuran. Lebih buruk lagi timbul akidah syirik yang dikatakan sebagai akidahIslam yang sebenarnya. Racun yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Ubai dan kawan-kawannyasudah meresap ke dalam darah daging umat Islam di seluruh dunia pada masa kini. Hanyabimbingan daripada Allah s.w.t dapat menyelamatkan umat Islam daripada fitnah puak munafikitu. Orang munafik tidak mempunyai kepercayaan dan pegangan yang jelas. Mereka sendiri tidakpasti apakah yang mereka pegang dan imankan. Mereka bergerak berlandaskan kepercayaandan pegangan orang lain dengan mengadakan perubahan kepada yang asli, tetapi merekatetap menggunakan label yang asli, seperti lembu yang mati di tepi jalan diletakkan label halal.Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, bercakap pasal Islam, tetapi apayang mereka bawa adalah perkara yang sudah diselewengkan. Orang yang berilmu dapatmelihat penyelewengan tersebut tetapi orang jahil akan keliru kerana si munafik bercakaptentang Allah s.w.t dan agama Islam. Lebih-lebih lagi si munafik itu pandai menggunakan hujahkeagamaan, terutamanya secara usul yang tidak ada kesudahan. Mereka suka menggunakancara berteka teki yang sukar dimengerti. Lebih mengelirukan lagi apabila si munafik berhujahdengan menyandarkan kepada Hadis Nabi s.a.w, perkataan sahabat dan wali-wali yang merekagubah sendiri, yang tidak diketahui oleh orang jahil. Si munafik boleh bersumpah bohongdengan menggunakan nama Allah bagi memerangkap orang yang jahil. Orang Islam yang jahilmudah terperangkap dengan ajaran sesat orang munafik. Kegiatan orang munafik menjadi lebihmudah setelah berlaku proses asimilasi agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Keristianke dalam agama Islam. Setiap kaum Muslimin yang insaf berkewajipan menyelak setiap hamparan dan membongkarsetiap tutupan bagi mencari racun munafik yang bersembunyi di dalam kalangan umat Islam.Racun tersebut mestilah dikeluarkan. Inilah jihad kaum Muslimin zaman ini!

    7 / 7