ciri-ciri bahasa bru

Upload: ain-adnan

Post on 29-May-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    1/11

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    2/11

    Bahasa Sebagai Satu Simbol

    Tarif: Perkataan yang terdapat dalam suatu bahasa dinamakan lambang atau simbol.

    Ahli logik dan kaji makna menggolongkan lambang sebagai satu kod pada kumpulan

    objek yang dinamakan isyarat.

    Tiga jenis lambang: a. Indeks

    b. Ikon

    c. Konvensi

    Indeks

    Terbahagi kepada dua jenis:

    Manusia

    contoh:Tangis ( Lambang Sedih )

    Bukan Manusia

    contoh: Jalan raya basah ( Lambang hujan )

    Ikon

    Melambangkan sifat yang ada pada dirinya sendiri.

    contoh: bunyi-bunyi anomopeik seperti gedebum, miau

    Konvensi

    Takrif tidak ada ikatan antara simbol itu dan benda rujukannya.

    Lambang jenis inilah yang disebut simbol

    Simbol konvensional adalah bukan bahasa, contoh: Tolak (-) dan Darab (x) dalam

    bidang ilmu hisab.

    Simbol Dalam Konteks

    Terdapat pelbagai jenis simbol dan konteks dimana simbol itu hadir iaitu:

    Konteks Tepat

    Sesuatu simbol yang digunakan untuk merujuk objek atau benda yang ada didalam

    persekitaran terdekat.

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    3/11

    Konteks Teralih

    Dalamkonteks ini orang atau objek yang menjadi rujukan tidak ada sewaktu ia

    disebut.konteks yang sering ditemui dan digunakan untuk menyebut benda dan orang

    yang tidak ada dalam sekitaran terdekat kita.

    Konteks Terpindah

    Simbol sebagai alat untuk memindahkan kegunaannya dari satu kumpulan objek atau

    situasi kepada kumpulan yang setaraf.

    Contoh: Gadis itu manis tetapi mukannya masam.

    -manis dan masam biasanya merujuk kepada

    sifat benda tertentu seperti gula atau buah,

    tetapi ciri wajah manusia boleh diterangkan

    dengan istilah tersebut.

    Pendekatan Saintifik Dalam Kajian Makna

    Teori Imej Mental

    Makna sesuatu perkataan itu sama dengan imej mental yang berkaitan dengan

    simbolnya.

    Kelemahan

    Tidak dapat menjelaskan beberapa masalah pokok mengenai makna.

    contoh : Tiga segi yang ideal, sebab banyak bentuk boleh disebut segi tiga.

    Teori BehaviorismeGolongan behavioris mengemukakan teori mereka berdasarkan ransang dan tindak

    balas.

    Kelemahan

    Ia tidak dapat menerangkan perkataan linguistik.

    contoh: jenis kata sendi

    Teori Logik Simbolik

    Dikenal dengan nama analisis logik @ analisis linguistik

    Terdapat tiga kajian makna:

    -Semantik-Sintaksis

    -Pragmatik

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    4/11

    Semantik

    Mengkaji hubungan antara lambang dengan rujukan, biasanya ditafsirkan sebagai

    makna perkataan.

    Untuk membuat asas penilaian dan jangkaan proses pergolongan perlu dibuat

    antaranya:Pembahagian :

    Dengan memebezakan sifat am sesuatu benda atau

    perkara.

    Sintaksis

    Mengkaji hubungan yang terdapat antara satu lambang dengan lambang lain.

    Bermaksud, sesuatu ayat bergantung kepada susunan dan tingkatan lambang itu.

    Contoh: unsur orang dan kaya-menghasilkan dua makna yang berbeza iaitu

    orang kaya dan orangkaya.

    Perbezaan makna antara keduanya ialah tidak semua orang kaya itu kaya.

    Pragmatik

    Mengkaji hubungan antara lambangdan perlakuan.

    Unsur ini mendapat perhatian daripada para pengkaji makna kerana dalam proses

    komunikasi makna sesuatu maklumat dinilai dari sudut adakah ia sampai kepada

    penerimanya atau tidak.

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    5/11

    Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

    Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikanoleh penutur kepada pendengar.

    Komunikasi dalam masyarakat:

    Penghasilan maklumat

    Orang yang menghasilkan maklumat

    contoh:pakar perubatan, para pengarang pakar sains

    dan sebagainya.

    Penyampai MaklumatOrang yang menyebarkan maklumat.

    contoh: Wartawan, juru hebah, guru dan pembawa cerita.

    Penapis Maklumat

    Orang yang menyekat sesuatu maklumat daripada disebarkan.

    contoh: ahli politik, golongan tua, ahli agama, pegawai kerajaan dan para pengembang

    agama.

    Penerima Maklumatorang yang menerima maklumat.

    contoh: kanak-kanak, orang awam dan golongan yang hanya menerima sahaja

    maklumat umpamanya orang yang terlalu tua atau cacat.

    Seseorang akan mengubah bahasanya sesuai dengan peranan yang dimainkan pada

    masa atau keadaan tertentu.

    Faktor Yang Mengubah Bahasanya

    .

    a.Pendengar: orang yang dilawan bercakap.

    ciri-ciri hubungan antaranya dengan pendengar menentukan bahasa yang digunakan.

    b. Tempat: situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah

    benda- benda yang berada di sekitarnya.

    c.Butir Pertuturan: Tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada

    terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    6/11

    Komunikasi berlaku dalam tiga arah:

    Komunikasi setaraf: antara ahli-ahli kelompok yang setaraf kedudukannya.

    Contoh: antara dua orang sahabat baik, rakan sejawatan, antara angota sesuatu

    kelab sukan.

    Komunikasi dari atas ke bawah:Terjadi antara pekerja dan majikan ibu bapa kepada

    anak, antara anggota polis kepada penjenayah.

    Komunikasi dari bawah keatas:

    Terjadi antara anak murid kepada guru, rakyat

    kepada menteri, adik kepada abang.

    Tiga Peranan Bahasa Sebagai Alat Komunikasi.

    -Menyimpan maklumat

    -Menyatakan perasaan

    -Menyatakan suruhan atau larangan

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    7/11

    BAHASA BERSIFAT VARIASI

    TAKRIF :

    KAMUS DEWAN BAHASA EDISI KE-4

    PENYIMPANGAN / SESUATU YANG MENYIMPANG DARIPADA KEADAAN

    ( SIFAT/ CIRI-CIRI ) YANG LAZIMNYA STANDARD

    ( SIFAT/ CIRI-CIRI ) YANG LAZIMNYA STANDARD

    BENTUK DAN LAIN-LAIN YANG TIDAK SERAGAM / BERBEZA KELAINAN /

    PELBAGAIAN.

    PENYIMPANGAN PADA CIRI-CIRI ORGANISMA DARIPADA YANG BIASA BAGI

    KUMPULANNYA.

    DALAM RANGKA SEMENANJUNG MALAYSIA PELBAGAI DIALEK

    KELANTAN

    TERENGGANU

    N. SEMBILAN

    PAHANG

    MELAKA

    JOHOR

    KELAINAN ANTARA INDIVIDU-INDIVIDU - IDIOLEK VARIASI BAHASASESEORANG

    SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA VARIASI:

    SIFAT FISIOLOGI / ALAT PERTUTURAN INDIVIDU:

    ALAT PERTUTURAN KURANG SEMPURNA SEHINGGA MENGHASILKAN

    PENYENGAUAN BUNYI YANG SEPATUTNYA TIADA

    TABIAT-TABIAT PERTUTURAN :

    TERLALU CEPAT / TERLALU LAMBAT, GAGAP, TERTAHAN-TAHAN

    FAKTOR-FAKTOR SOSIAL:LATAR BELAKANG PENDIDIKAN, JENIS PEKERJAAN, DAN KEDUDUKAN

    SOSIOEKONOMI PENUTUR YANG BERBEZA

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    8/11

    BAHASA BERSIFAT ARBITARI

    Dalam sistem perhubungan manusia,pertalian sesuatu bentuk bahasa dengan

    maknanya didapati hanya arbitrari.

    Misalnya bunyi perkataan rumah itu merupakan bentuk suatu unsur dalam

    bahasa melayu.

    Bntuk itu boleh diberi lambang bertulis dan maknanya ialah rumah

    Pertalian bentuk dengan makna itu hanyalah secara kebetulan sahaja iaiatu

    ditentukan oleh kebudayaan.

    Kalau anggota dalam masyarakat itu bersetuju semuanya untuk menukar bentuk

    itu dengan sesuatu bentuk lain,itu terpulanglah kepada anggota masyarakat itu

    sendiri.

    Jadi bentuk (bunyi)perkataan itu akan berubah tapi orang atau maksudnya masih

    sama.

    Ini menunjukkan bahawa hubungan di antara bentuk dan mkna itu hanya

    arbitrari,ditentukan menurut persetujuan anggota masyarakat itu.

    Dalam sistem perhubungan binatang,pertalian ini tidak arbitrari.panggilan rusa jantan dalam musim bunga memang bermaksud untuk mencari pasangan

    betina.Ini adalah tetap dan tidak akan berubah.

    Ketetapan wujud sejak binatang itu mula lahir dan ia tetap serupa bagi semua

    binatang jenis itu.

    Bentuk panggilan itu tidak mungkin akan berubah

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    9/11

    BAHASA BERSIFAT SEJAGAT

    Benjamin L.Whorf (1976) yang telah banyak mengkaji bahasa bahasa orang

    asli telah berkata bahawa ada suatu kesejagatan dalam bahasa asli manusia

    walaupun pada zahirnya terdapat banyak perbezaan.

    Persamaan Bahasa

    Semua bahasa manusia menggunakan tiga jenis bunyi yang umum iaitu

    vokal,konsonan dan diftong.

    Perbezaan Bahasa

    Julat bunyi-bunyi vokal ,konsonan dan diftong yang digunakan itu berbeza-beza.

    Bunyi-bunyi bukan segmental iaitu kepanjangan,tekanan , nada dan intonasi juga

    berbeza.

    Dari segi binaan perkataan pula semua bahasa manusia mempunyai unsur asas

    perkataan yang terdiri daripada morfem.

    Morfem-morfem itu dua jenis pula iaitu:

    1) Morfem bebas yang secara langsung boleh menjadi perkataan.

    2) Morfem terikat yang harus bergabung dengan morfem yang

    lain untuk membentuk perkataan.

    Perkataan pula ialah unsur terkecil bagi ayat.

    Ayat pula merupakan bentuk bahasa minimum yang lengkap dari segi ucapan dan

    juga makna.

    Ayat mempunyai dua komponen binaan

    iaitu komponen diterangkan atau subjek dan komponen menerangkan iaitu predikat.

    Kedua-dua komponen itu boleh dibentuk oleh satu perkataan sahaja atau sederetan

    perkataan.

    Sederetan perkataan terdiri daripada frasa.

    Frasa terdiri daripada beberapa perkataan yang hanya dapat membentuk satu

    komponen sahaja dalam ayat.

    Demikianlah unsur dan komponen yang sejagat yang ada dalam bahasa-bahasa asli

    manusia..

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    10/11

    BAHASA BERSIFAT UNIK

    Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu iaitu binaan ayat,

    susunan huruf dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.

    Bahasa merupakan sesuatu yang kita belajar secara tidak langsung daripada

    ibubapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

    Analogi perbandingan bahasa manusia dan bahasa yang digunakan oleh haiwan

    Lisan dengaran, penyebaran dan saluran, pendengaran yang berterusan,

    peranan silih berganti, maklumat balik, pengkhususan, semantik, arbitari, kreatif,

    penyampaian, produktiviti dan pembelajaran

  • 8/9/2019 Ciri-ciri Bahasa Bru

    11/11

    BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM

    Mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau ditulis, bersifat

    berperaturan.

    Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan yang tertentu, iaitu dalam bentuk bunyi

    perkataan, susunan perkataan, nahu atau struktur sintaksis.

    Bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain

    dalam ayat adalah secara teratur.

    Bahasa mempunyai sistem, bunyi dan lambing serta mempunyai beberapa

    bentuk dan pola yang berbeza satu bahasa dengan bahasa yang lain.