ciri-ciri bahasa ilmu silde fariz

Upload: farizyusoff

Post on 10-Jul-2015

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI BAHASA ILMU

Menurut Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007): 1) KEINTELEKTUALAN BAHASA2) KESEMPURNAAN BAHASA

1) KEINTELEKTUALAN BAHASATAKRIFAN: keupayaan untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkap kesinambungan dan kerumitan fikiran. keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa

saintifik yakni mempunyai kosa kata dalam bidang atau laras-laras tertentu.

pengembangan perbendaharaan kata iaitu menambahkan istilah-istilah baharu yang mempunyai sifat khusus yang mungkin sukar

difahami oleh penutur-penutur biasa. Antara penggunaannya ialah:

UNDANG-UNDANG

Hal ehwal darurat ada terkandung dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Fasal 1 perkara itu, apa yang dimaksudkan dengan darurat adalah satu darurat besar yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagian.

PERUBATAN

Bakteria laktobasilus adalah bacteria bersifat gram positif, tidak berbentuk spora dan berkembang biak EKONOMI

Aliran pertalian antara organisasi perniagaan dengan pasaran ini disebut system pemasaran.

KOMPUTER

Pangkalan Data Microsoft Acces, Memulakan Sistem. KEJURUTERAAN

Ada tiga sistem koordinat yang berlainan yang biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan zarah dalam ruang.

2) KESEMPURNAAN BAHASATAKRIFAN: Kesempurnaan bahasa bermaksud sifat-sifat yang menjadikan sesuatu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi dan konteks penggunaannya. Kesempurnaan bahasa mempunyai sifat-sifat

kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.

KESTABILAN BAHASA Sesuatu bahasa itu harus mempunyai peraturanperaturan atau system seperti sebutan, peraturan pemakaian imbuhan, ayat dan frasa. Contohnya, di dalam bahasa Melayu, perkataan

rumah akan disebut rumah dan tidak ruhma atau mahru.

Kestabilan bahasa perlulah berdasarkan kepada

rumus atau peraturan tatabahasa terutamananya dari aspek ejaan, sebutan dan sebagainya. KELENTURAN BAHASA Kelenturan pula, bahasa sepatutnya mempunyai kesesuaian dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat bahasa tersebut. university telah menjadi universiti dalam bahasa Melayu dengan mngikut bunyi fonemnya.

KEPELBAGAIAN kepelbagaian yakni berfokuskan kepada sesuatu bahasa itu mempunyai kepelbagaian dalam aspek penyampaiannya. barkait rapat dengan aspek intonasi, jeda dan sebagainya.

KEBERKESANAN keberkesanan pula merujuk kepada bahasa yang sempurna adalah bahasa yang tidak mempunyai kekeliruan maksud atau erti. setiap penyampai yang menggunakan bahasa tersebut haruslah jelas maknanya dan mesej yang ingin disampaikan.

KEINDAHAN BAHASA Bahasa melayu mempunyai bahasa yang indah dan lembut dalam segenap hal perbincangan. Contohnya, untuk menegur seseorang, kita boleh menggunakan bahasa yang halus dan penuh hemah tanpa menyakiti hati invidu yang ditegur.