chew mininava - soalan tugasan psk kissm 2009 kpli sr - perintah am

Upload: chew

Post on 30-May-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    1/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009 ________________________________________________________________

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA2009

    BUKU TUGASANPENILAIAN SEPANJANG KURSUS

    KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)DAN

    PISMK OUM

    Arahan Kepada Calon:

    1. Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian:

    Bahagian A: Tugasan Individu : 3 TugasanBahagian B: Tugasan Kumpulan : 4 Tugasan

    2. Anda dikehendaki menjawab mana-mana dua tugasan dalam Bahagian A secaraindividu dan mana-mana dua tugasan dalam Bahagian B secara kumpulan (4-5orang satu kumpulan).

    3. Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya lebih kurang 500patah perkataan bagi tugasan individu dan lebih kurang 750 patah perkataanbagi tugasan kumpulan.

    4. Buku soalan ini akan diberikan pada minggu pertama Kursus Induksi SistemSaraan Malaysia dan dikutip pada akhir minggu kedua sebelum tamat kursus

    1

    Buku Soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak.

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    2/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

    BAHAGIAN A

    TUGASAN INDIVIDU ____________________________________________________________________

    KOMPONEN I

    (Perintah Am)

    Soalan 1A

    Encik Azlim adalah seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasa kerajaanpada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendiri melalui

    Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20 km dari pejabatnya.

    Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasa kerajaan dan

    apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan

    Kerajaan.

    (10 Markah )

    atau

    Soalan 1B

    Encik Sapawi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG48 diarah mengikuti

    kursus pendek 14 hari di Bangkok, Thailand atas kepentingan perkhidmatan.

    Jelaskan jenis elaun yang layak dituntut seperti yang termaktub dalam Pekeliling

    Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 dan Perintah Am Bab B.

    (10 Markah )2

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    3/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

    _________________________________________________________________

    BAHAGIAN A

    TUGASAN INDIVIDU ________________________________________________________________

    KOMPONEN II

    (Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)

    Tugasan 2

    Soalan2A

    Ba

    gai

    mana

    ka

    h penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan

    selaras dengan teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 ?

    ( 10 Markah )

    3

    Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi harus

    mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi

    menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Menyelesaikan masalah secara

    profesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif.

    Untuk itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha untuk

    meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

    Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    4/11

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    5/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

    BAHAGIAN A

    TUGASAN INDIVIDU

    KOMPONEN III

    ( Arahan Perkhidmatan dan Arahan Keselamatan)

    Tugasan 3

    Soalan 3A

    Bilik kebal di sebuah jabatan pelajaran telah diceroboh oleh orang luar. Hasil siasatan

    mendapati tahap keselamatan kawasan tersebut tidak diurus mengikut prosedur yang

    betul sebagaimana yang termaktub dalam Arahan Keselamatan.

    Jelaskan ciri-ciri keselamatan fizikal yang perlu dipatuhi oleh ketua jabatan bagi

    mengelakkan perkara di atas berulang. Huraian anda perlulah beserta dengan contoh-

    contoh yang sesuai .

    ( 10 Markah )atau

    Soalan 3B

    Surat-surat rasmi terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

    i. Surat terperingkat untuk perhatian Ketua Jabatan

    ii. Surat umum yang dialamatkan kepada Ketua Jabatan dan

    iii. Surat untuk perhatian pegawai

    Encik Ali baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir ( Pengurusan Fail ) dan ditugaskan

    mengendalikan urusan surat-menyurat yang diterima. Huraikan langkah-langkah yang

    perlu dipatuhi oleh beliau untuk menguruskan surat-surat rasmi di jabatannya..

    ( 10 Markah )

    5

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    6/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

    BAHAGIAN B

    TUGASAN KUMPULAN

    KOMPONEN I

    (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam )

    Tugasan 1

    Soalan 1A

    Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira

    latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang

    sebaik-baiknya.

    Sumber: Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia

    Berdasarkan petikan di atas, huraikan tindakan Kementerian Pelajaran untuk

    merealisasikan iltizam tersebut dalam usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan

    seperti dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

    6

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    7/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009atau

    Soalan 1B

    Analisis pencapaian prestasi UPSR yang telah dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan

    prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merosot. Ketua Panitia Bahasa

    Melayu bercadang untuk memperbaiki prestasi mata pelajaran tersebut denganmenjalankan satu proses penambahbaikan mutu pengajaran pembelajaran melalui

    Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

    Bagaimanakah kaedah Plan, Do, Check, Action (P.D.C.A.) dalam KMK dapatmembantu meningkatkan prestasi murid dalam situasi di atas?

    (10 markah)

    7

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    8/11

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    9/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

    BAHAGIAN B

    TUGASAN KUMPULAN _______________________________________________________________________

    KOMPONEN III( Pengurusan Am)

    Tugasan 3

    Soalan 3A

    Semasa mesyuarat akhir tahun lepas, guru besar sekolah anda telah membentangkan

    hasil laporan tahunan sekolah. Setelah dianalisis, didapati beberapa program dan aktiviti

    yang telah dilaksanakan tidak mencapai objektif. Sehubungan itu, anda telah diberi

    tanggungjawab oleh pihak pengurusan sekolah supaya melaksanakan beberapa aktivitipenting pada tahun ini.

    Merujuk laporan di atas, jelaskan pertimbangan yang perlu diambil kira untuk

    menghasilkan satu perancangan aktiviti yang baik dan berkesan bagi mempastikan

    segala matlamat yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya.

    9

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    10/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009atau

    Soalan 3B

    Sumber : Model Komunikasi Shannon & Weaver

    Model komunikasi di atas menunjukkan situasi aliran mesyuarat yang sering diadakan

    di sekolah. Adakalanya maklumat yang ingin disampaikan oleh guru besar tidak dapat

    difahami oleh guru-guru dengan baik. Natijahnya, guru-guru sebagai pelaksana tidak

    dapat melaksanakan sesuatu program yang dipertanggungjawab dengan berkesan.

    Berdasarkan model di atas, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini

    berlaku.

    (10 markah)

    10

    MesyuaratStaf

    Guru Besar HalanganKomunikasi

    GuruTindakan

    Perutusan Isyarat di terima

    Maklumbalas

  • 8/14/2019 Chew mininava - soalan Tugasan Psk Kissm 2009 Kpli Sr - Perintah Am

    11/11

    Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

    BAHAGIAN B

    TUGASAN KUMPULAN _______________________________________________________________________

    KOMPONEN IV

    (Pengurusan Kewangan)

    Tugasan 4

    Soalan 4A

    Jabatan-jabatan Kerajaan sering menerima pembayaran daripada orang awam dalam

    bentuk wang tunai, cek, kiriman wang pos dan sebagainya. Juruwang jabatan A telah

    mengeluarkan resit sementara sebagai bukti bayaran diterima daripada pembayar,manakala Daftar Pungutan Pembayaran dan Senarai Pungutan dibukukan oleh juruwang

    yang sama.

    Jelaskan tatacara mengeluarkan resit rasmi di jabatan kerajaan mengikut Arahan

    Perbendaharaan Bab B Prosedur Perakaunan Bahagian II.

    atauSoalan 4B

    Encik Baha dan Encik Chua, pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan di Melaka.

    Mereka dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa di jabatan tersebut dengan tujuan

    melupuskan barang-barang yang telah rosak dan tidak ekonomik digunakan lagi

    mengikut Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor.

    Huraikan syor-syor yang perlu dikemukakan oleh mereka kepada LembagaPemeriksa tentang cara pelupusan barang-barang yang tidak boleh digunakan dan

    tidak ekonomik.

    (10 Markah)

    Hak Cipta Terpelihara 2008Kerajaan Malaysia

    11