chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim

23
CTU 101 CTU 101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Upload: fazd-alias

Post on 18-Dec-2014

1.631 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

CTU 101CTU 101PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAMPRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

BAB 3SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Page 2: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Firman Allah SWT:

“Pada keseluruhannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad SAW dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama, maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)”

(Al-Jathiah: 18)

PENDAHULUAN

Page 3: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Bahasa: Jalan yang lurus, sumber air.

Istilah: “Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada berbentuk halal atau haram, makruh atau sunat. Ia disampaikan oleh rasulNya yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith serta dalil-dalil pecahan daripadanya seperti al-qiyas serta dalil-dalil lain” (Al-Qardhawi).

PENGERTIAN

Syariah

Page 4: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

“Arahan tuhan” (khitab Allah) yang berkait dengan perbuatan mukallaf yang diperolehi terus daripada nas-nas al-Quran atau al-Sunnah.

Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan.

Hukum

Undang-Undang Islam

Page 5: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Bahasa: Kefahaman, memahami tujuan atau maksud percakapan seseorang.

Istilah: Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah Islam berbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yang terperinci.

Hukum praktikal yang diistinbatkan oleh ulama mujtahid daripada dalil-dalil yang juz’i atau pecahan, terhadap sifat perbuatan manusia iaitu wajib, haram, sunat, harus dan makruh.

Fiqh

Page 6: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besar proses pensyariatannya.

Merupakan objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi kepentingan manusia. Elemen-elemennya spt:

Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh

badan manusia. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal. Menjamin kehormatan dan maruah diri. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta.

MAQASID SYARI’AH

Page 7: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Memelihara Kesucian dan Kepercayaan Beragama

Manusia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran dan al-Sunnah kerana akal fikiran manusia yang terbatas.

Hal ini adalah untuk mempertahankan agama, maruah diri dan menyebarkan dakwah bagi memelihara hak kebebasan beribadat dan beragama.

Contohnya: Hukuman bunuh terhadap orang murtad serta kewajipan berjihad terhadap golongan kafir harbi yang menceroboh.

Page 8: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Menjamin Kehormatan dan Maruah Diri

Allah SWT telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara pembentukan keluarga yang sempurna.

Keingkaran manusia kepada syarak telah mengakibatkan kelahiran anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran bayi yang merosakkan kehormatan dan keturunan.

Contohnya: Pengharaman Zina, liwat, lesbian, homoseksual dll.

Page 9: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Menjamin Keselamatan Nyawa dan Anggota Tubuh Badan Manusia

Nyawa manusia adalah milik mutlak Allah. Sebarang tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang lain adalah berdosa besar dan haram sama sekali.

Sebarang tindakan yang dapat mencederakan fizikal juga adalah ditegah.

Contohnya: Hukuman Qisas terhadap pembunuhan sengaja atau mencederakan anggota orang lain.

Page 10: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Menjamin Kemurnian Fikiran dan Kewarasan Akal

Akal menentukan hakikat kemanusiaan. Allah mengiktiraf akal manusia dalam ibadat dan hal-hal lain bergantung kepada kemampuan akal manusia.

Jenayah akan disabitkan oleh Syarak jika ia dilakukan dalam keadaan sedar dan waras akal fikirannya.

Contohnya: Pengharaman arak kerana ia boleh merosakkan kewarasan akal fikiran manusia.

Page 11: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta

Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Mencari rezeki yang halal wajib hukumnya sama ada untuk diri sendiri atau nafkah bagi keluarga.

Islam melarang pencerobohan hak harta orang lain, apatah lagi jika disertai dengan kekerasan, penggunaan senjata dan mencederakan mangsa.

Contohnya: Pengharaman mencuri dan merompak.

Page 12: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

1) Hubungan Manusia dengan Allah

Ketaatan manusia kepada perintah dan larangan Allah.

Beribadat kepada Allah dan menegakkan syariat Allah dalam semua aspek.

2) Hubungan Manusia dengan Manusia

Merangkumi perhubungan dan interaksi yang luas. Meliputi bidang sosial, ekonomi, politik,

perkahwinan, pendidikan, perniagaan, pengurusan dll.

SKOP SYARIAH

Page 13: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

3) Hubungan Manusia dengan Alam

Alam dunia adalah alat atau medan ibadat, bukan matlamat pencapaian manusia.

Alam diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk membina tamadun dan memakmurkannya.

Alam perlu diurus secara amanah, tanggungjawab dan syukur.

Alam merupakan bukti kewujudan dan keagungan Allah.

Page 14: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan peringkat individu iaitu perintah khusus dalam konteks hubungan manusia dengan Allah seperti solat, puasa dll.

Pelaksanaan dalam bentuk kolektif atau secara berjemaah seperti melakukan dakwah, jihad, amar makruf & nahi mungkar dll.

Pelaksanaan yang menjadi kewajipan kepada pemerintah seperti melaksanakan hudud, qisas dan takzir.

PELAKSANAAN SYARIAH

Page 15: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Dikuatkuasakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seperti polis, mahkamah dan penjara.

Kesedaran umat Islam tentang kewujudan Allah dan sifat Allah yang Maha Melihat dan keyakinan bahawa setiap perlakuan manusia direkodkan oleh malaikat yang mengiringinya.

Keyakinan dan kesedaran ini yang akan menjauhkan diri seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat.

PENGUATKUASAAN SYARIAH

Page 16: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

TAUHIDMeyakini bahawa Allah hanya Tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan laranganNya.

RUBUBIYAHAllah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan alam seluruhnya.

KHILAFAHManusia sebagai pemegang amanah Allah dalam bidang politik, ekonomi, akhlak juga prinsip-prinsip pengaturan masyarakat.

TAZKIYAHPertumbuhan dan perkembangan ke arah kesempurnaan melalui penyucian sikap dan hubungan.

AL-FALAHPembangunan yang dilakukan memenuhi maksud al-falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat.

PENDEKATAN PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM

Page 17: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

PEMBANGUNAN UMMAH

INDIVIDU

MASYARAKAT

NEGARA

Page 18: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

FIZIKAL

Pembangunan yg diperlukan oleh jasad manusia merangkumi kediaman, kesihatan, komunikasi, pengangkutan dll.

PEMBANGUNAN INDIVIDU

KOGNITIF

Pengisian pelbagai jenis ilmu spt ilmu agama (tauhid, feqah dll) dan ilmu sosial (sains, geografi dll)

EMOSI

Kesihatan ruhiyyah merujuk kepada kestabilan emosi, perwatakan serta nilai dan konsep diri.

SPIRITUAL

Pengisian jiwa insan dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul melahirkan jiwa yang bertaqwa.

Page 19: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Islam menuntut keadilan dan prinsip persamaan bagi semua manusia. Ia menyeru ke arah kebajikan, kejiranan yang baik, kejujuran, pembelaan terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim dll.

PEMBANGUNAN NEGARA

Hak-hak manusia dilindungi dengan adil oleh undang-undang tanpa mengira bangsa dan fahaman agama. Model pentadbiran dan pemerintahan negara berdasarkan al-Quran dan praktik Rasulullah SAW.

Page 20: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

MENDIDIK MANUSIA

Menanamkan nilai-nilai Islam dalam diri serta mencari keredhaan Allah SWT dan menyematkan kebencian terhadap perlakuan keji dan mungkar.

MEMELIHARA 5 ASAS

Memelihara kesucian agama, pemikiran manusia (akal), maruah dan kehormatan manusia, keselamatan tubuh badan manusia dan harta benda.

MENEGAKKAN KEADILAN

1) Perundangan Islam ialah sesuatu yang dapat dilaksanakan oleh manusia dan tidak menyusahkan mereka.

2) Pengharaman sesuatu yang boleh merosakkan akidah, syara’, akhlak, akal, tubuh badan, keturunan dan harta benda.

3) Pelaksanaan syariah Islam dilakukan secara beransur-ansur.

4) Wujud persamaan dalam mentaklifkan fardhu ain.

SYARIAT ISLAM SEBAGAI PEMACU PEMBANGUNAN UMMAH

Page 21: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

Syariah memelihara hak-hak manusia secara sah dan menegakkan keadilan di kalangan manusia serta pemilikan.

Syariah menetapkan peraturan-peraturan berkaitan ibadah, munakahah, muamalah dan jinayah.

Syariah menetapkan kewajipan berjihad untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Syariah Islam merupakan satu cara kehidupan yang lengkap dan menyeluruh.

Syariah sebagai panduan dan pembimbing manusia ke jalan yang benar.

KEPERLUAN MANUSIA KEPADA SYARIAH

Page 22: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

PENGABAIAN SYARIAT ALLAH

Hawa nafsu m

enguasai

diri

Gejala sosial dan

keruntuhan akhlak

Dihimpit pelbagai masalah

dalam hidup Tidak mendapat

keredhaan Allah

Page 23: Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslim

DISEDIAKAN OLEH:

USTAZ MOHAMAD ZAKI RAZALY