chapter 2 akidah teras pembangunan muslim

15
PowerpointFree.Com CTU 101 CTU 101 PRINSIP-PRINSIP ASAS PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM ISLAM BAB 2 AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM

Upload: fazd-alias

Post on 14-Dec-2014

801 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

PowerpointFree.Com

CTU 101CTU 101PRINSIP-PRINSIP ASAS PRINSIP-PRINSIP ASAS

ISLAMISLAM

BAB 2AKIDAH TERAS

PEMBANGUNAN MUSLIM

BAB 2AKIDAH TERAS

PEMBANGUNAN MUSLIM

Page 2: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

Pengenalan

Sabda Rasulullah SAW

“Sesungguhnya dalam satu jasad itu ada seketul daging, apabila elok daging itu, maka eloklah seluruh jasad, sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah ia adalah hati”

(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Page 3: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

PengertianAkidah Bahasa: Ikatan atau simpulan Istilah: Keimanan kepada Allah SWT yakni mengakui

kewujudanNya.

Iman Bahasa: aman, percaya atau membenarkan. Istilah: Membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan

lidah dan mengamalkannya dengan anggota badan.

Tauhid Bahasa: Menjadikan sesuatu itu satu Istilah: Iktiqad terhadap kewujudan dan keesaan Allah yang

membezakanNya dari seluruh makhluk.

Page 4: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

Asas-Asas Akidah1) Kepercayaan kepada Allah

Beriman kepada Allah meliputi keimanan kepada kewujudanNya, keesaanNya, ketuhananNya, nama-namaNya yang baik dan sifat-sifatNya yang agung yang mencerminkan kesempurnaan dari seluruh sifat kekurangan dan kelemahan.

Beriman dengan Rububiyyah Allah ialah mempercayai kewujudan Allah dan kekuasaanNya mentadbir semua makhluk di alam ini.

Beriman dengan Uluhiyyah Allah ialah mempercayai bahawa Allah itu Esa pada zatNya dan sifat-sifatNya. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah Taala.

Page 5: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

Beriman dengan asma dan sifat-sifat Allah ialah mempercayai bahawa Allah SWT memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang hanya ada padaNya, yang mempunyai segala sifat kekurangan dan suci dari sifat-sifat kekurangan.

2) Kepercayaan kepada Malaikat

Iktiqad yang jazam bahawa Allah menciptakan malaikat daripada cahaya.

Malaikat tidak pernah menderhaka kepada Allah dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah kepadanya.

Page 6: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

Antara peranan dan tanggungjawab malaikat ialah:

Jibril: Menjadi duta dan utusan di antara Allah dengan para Rasul.

Mikail: Menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan.

Israfil: Meniupkan sangkakala pada hari kiamat. Izrail: Mengambil nyawa. Munkar dan Nakir: Menyoal orang mati di dalam kubur. Kiramul-Katibun: Mencatatkan semua amal perbuatan

manusia. Zabaniah: Menjaga neraka dan mengazab penghuninya. Ridwan: Menjaga perbendaharaan dan isi syurga.

Page 7: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

3) Kepercayaan kepada Kitab

Mempercayai bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para Nabi dan Rasul.

Antaranya: Taurat: Nabi Musa AS Zabur: Nabi Daud AS Injil: Nabi Isa AS Al-Quran: Nabi Muhammad SAW

Beriman kepada Kitab termasuk:

1) Membaca dan berusaha menghafalnya.

2) Membaca dengan tartil dan mengikut tajwid yang betul.

3) Memahami kandungan ayat yang dibaca.

4) Diajar dan disebarkan seluas-luasnya.

5) Mengamalkan isi kandungan al-Quran.

Page 8: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

4) Kepercayaan kepada Rasul Membenarkan dengan jazam bahawa Allah telah

mengutuskan Rasul kepada setiap umat, menyeru mereka beribadat kepada Allah SWT.

Semua Rasul adalah benar, baik, cerdik, mulia, taqwa, amanah dan disertakan dengan bukti-bukti yang nyata.

Mereka menyampaikan risalah Allah SWT, dan tidak menyembunyikan serta mengubah risalah itu.

Rasul-rasul diutuskan bertujuan:

1) Menyampaikan wahyu-wahyu Allah, memberi petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang beriman.

2) Membawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan sebaliknya kepada orang-orang kafir.

3) Membersihkan amalan syirik dan maksiat.

4) Mengeluarkan manusia dari kekufuran kpd keimanan.

Page 9: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

Sifat wajib bagi Rasul:

1) Siddiq: Benar dalam perkataan dan perbuatan.

2) Amanah: Jujur dan dipercayai.

3) Tabligh: Menyebarkan wahyu yang diterima oleh Allah.

4) Fatanah: Kecerdikan dan kebijaksanaan.

5) Kepercayaan kepada Hari Akhirat Mempercayai kehidupan di dunia tidak kekal dan manusia

akan dihidupkan semula untuk dihisab amalan mereka. Wajib mempercayai kewujudan syurga yang disediakan bagi

orang-orang yang beriman dan kewujudan neraka bagi orang-orang kafir dan mendustai Allah.

Page 10: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

6) Kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar Mempercayai ketetapan dan ketentuan Allah SWT terhadap

semua perkara yang wujud di alam ini. Meyakini Qada’ dan Qadar sangat penting kerana: Mengelakkan manusia daripada berdukacita apabila mereka

ditimpa musibah dan bencana. Mereka yang diberi kurnia oleh Allah akan bersyukur

kepadaNya dan tidak sombong dengan nikmat Allah. Mengingatkan manusia bahawa semua perkara itu adalah

milik Allah dan akan kembali kepadaNya jua.

Page 11: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

PEMBINAAN DAN

PENGUKUHAN AKIDAH

Ilmu Mengelak diri dari dosa dan jahiliyah

DoaIltizam

meninggalkan yang haram

Iltizam melakukan ibadatTaubat

Mujahadah al-nafs dan muhasabah diri

Page 12: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

FAKTOR YANG MEMBATALKAN AKIDAH

Percakapan Memperolokkan nama-nama dan sifat-sifat Allah. Mempermainkan amaran, peringatan dan janji-janji Allah.

Perbuatan Sujud kepada berhala atau makhluk lain selain Allah. Sesuatu yang menyamakan makhluk dengan Allah.

Keyakinan / Iktiqad Tidak percaya akan kewujudan Allah dan rukun-rukun Iman. Tidak percaya sifat-sifat wajib yang ada pada Allah. Menafikan perkara yang dihukum wajib spt solat, puasa dll.

Page 13: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

Kriteria keperluan manusia dalam kehidupan:

1) Dharuriah: Perkara yang sangat penting bagi kebahagiaan dunia dan akhirat, meliputi pemeliharaan 5 hak iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda.

2) Hajiah: Pemuasan terhadap keperluan asas manusia seperti menghilangkan kesulitan hidup dan mempermudahkan pelaksanaan ibadah umum.

3) Tahsiniah: Kesempurnaan diri untuk mengembangkan potensi diri, sumbangan kepada masyarakat, analisis perhubungan, memperolehi pengetahuan dll.

Page 14: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

Melahirkan Ummah yang tunduk dan patuh pada ajaran Allah dan Rasul.

Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup yang jelas.

Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian yang unggul.

Membangun ekonomi ummah secara komprehensif.

Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis.

Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil.

Page 15: Chapter 2   akidah teras pembangunan muslim

DISEDIAKAN OLEH:

USTAZ MOHAMAD ZAKI

BIN RAZALY