cerpen sebiji kelapa nan manis

Upload: arivalagan-nadarajan

Post on 06-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    1/15

    1.0 PENGENALAN

    Bagi tugasan ini saya perlu memilih sebuah cerpen terbitan Dewan Pustaka dan

    perlu menganalisis, mengulas dan menghuraikan penggunaan gaya bahasa,

    kesantunan bahasa dan sistam sapaan serta kepentingannya.

    Cerpen di pilih untuk dianalisis kerana cerpen sesuai digunakan sebagai bahan

    bacaan untuk pelajar kerana bahasa yang digunakan penuh dengan deangan siratan

    makna dan alunan rasa imiginatif. Cerpen merupakan karya seni yang lengkap dan

    sempurna. Dalamnya terangkum aspek kata dan bahasa yang indah, nada dan teknik.

    Cerpen yang telah saya pilih untuk dianalisis ialah cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    karya Samsiah Mohd Nor seorang penulis yang berjaya. Setelah menganalisis cerpen

    ini saya dapat mengenalpasti beberapa jenis gaya bahasa seperti simile, personifikasi,

    metafora, hiperbola, inversi dan repetisi. Melalui analisis ini kepentingan kesantuanan

    bahasa dan sistem sapan juga dapat diketahui. Hal ini dapat meningkatkan

    pengetahuan saya dalam bidang sastera.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    2/15

    2.0 BIODATA PENGARANG

    SAMSIAH MOHD NOR

    Dilahirkan pada 21 Setember 1965 di Kuantan,Pahang. Beliau mendapat

    pendidikan menengah pada 1972-1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist,

    Kuantan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1989

    di Universti Sains Malaysia dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1989.

    Beliau memperoleh diploma pendidkan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa,

    Kuala Lumpur. Pada tahun 2001 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera daripada

    Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini bertugas sebagai pegawai pendidikan siswazah.

    Pengalaman kerjayanya dalam bidang pendidikan dan bakat yang terserlah

    dalam penulisan, dan bakat kreatif beliau mengandungkannya melalui cerpen dan novel

    popular yang menjadi pilihan utamanya. Antara novelnya ialah Sindora Berbunga,

    Lalang Kemboja Berguguran, Riana, Koqin Karemo, Tangisan Bulan Madu, Selimut

    Malam, Helang Bebas di Angkasa, Anggerik Kota, Anom Suraya, Maya Pusara,

    Sangkar, Sebening Langit Senja, Tangisan Bulan Madu 2, dan Tangisan Bulan Madu

    3.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    3/15

    3.0 SINOPSIS CERPEN SEBIJI KELAPA NAN MANIS

    Rabiah yang juga digelar sebagai Biah merupakan watak utama dalam cerpen

    ini. Cerpen ini bermula dengan interaksi antara Rabiah dengan neneknya yangbercakap tentang nasihat-nasihat yang disampaikan oleh nenek Rabiah kepadanya.

    Rabiah merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik kepada Datin Seri. Sebahagian

    besar jalan cerita cerpen ini mengambil tempat di hospital kerana Datin Seri, iaitu ibu

    Rabiah terlantar di hospital. Rabiah yang sentiasa menjaga ibunya. Ibu Rabiah sentiasa

    inginkan semua anaknya menjadi pandai. Oleh itu, beliau sentiasa menghantar mereka

    ke kelas tuisyen dan belajar malam. Beliau juga bersembahyang tahajud dan

    sembahyang hajat demi anak-anaknya. Semua anak-anak Datin Seri berjaya dalam

    pelajaran dan berjawatan tinggi dalam bidang pekerjaan. Ada yang merupakan menteri,

    ahli korporat, doktor pakar jantung, ketua polis Negara dan sebagainya kecuali Rabiah

    seorang sahaja yang tidak berpendidikan. Sejak lahir, dia lain daripada yang lain. Datin

    Seri sendiri tidak tahu sebabnya. Apabila Misi Saadiah, iaitu jururawat yang

    bertanggungjawab memerhatikan Datin Seri bertanya tentang anak Datin Seri yang

    ketujuh, beliau hanya mendiamkan diri. Misi Saadiah juga menganggap bahawa Rabiah

    merupakan pembantu Indonesia kepada Datin Seri. Apabila Misi Saadiah bertannya

    kepada Rabiah mengenai anak ketujuh Datin Seri, Rabiah juga tidak mengatakan apa-

    apa malah terus beredar. Tetapi akhirnya, Datin Seri akan memberitahu Misi Saadiah

    tentang anaknya yang ketujuh. Apabila beliau memberitahu bahawa Rabiah merupakan

    anaknya yang ketujuh, Misi Saadiah terkejut dan meminta maaf kerana menganggap

    Rabiah sebagai pembantu rumah. Datin Seri juga menyatakan bahawa beliau baru

    sedar sebab Rabiah tidak seperti adik-beradiknya. Jika Tuhan kabulkan permintaan

    beliau, siapa yang akan temankan beliau dan menjaga beliau selama dua puluh empat

    jam di hospital. Beliau bersyukur kepada Tuhan kerana tidak kabulkan doanya untukRabiah dahulu.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    4/15

    3.1 ANALISIS GAYA BAHASA

    Gaya Bahasa adalah pemakaian kata- kata kiasan dan perbandingan yang tepat

    untuk melukiskan sesuatu maksud. Contoh gaya bahasa yang sering digunakan ialah

    simile, personifikasi, metafora dan hiperbola.

    3.1.1 SIMILE

    Simile adalah perbandingan yang menggunakan perkataan bak, bagai, umpama,

    laksana, seperti dan macam. Sebagai contoh dalam cerpen ini, Biah tak mahu hati

    Biah keras macam batu, macam kerikil, macam batu, merupakan salah satu simile

    kerana perbanding ini menggunakan perkataan macam. Selain itu, atau seumpama

    kapas yang putih bersih, juga merupakan simile kerana menggunakan perkataan

    seumpama. Hati Biah pun biarputih macam langit., Misi Saadiah tekup mulutnya

    apabila dirasakan dadanya bergoncang melihat muka Rabiah yang seperti disimbah

    cahaya entah dari mana, juga salah satu contoh simile kerana adanya penggunaan

    macam dan seperti..

    3.1.2 METAFORA

    Metafora ialah perbandingan yang tidak menggunakan perkataan bak, bagai,

    laksana, seperti, umpama, macam atau perumpamaan secara langsung. Sebagai

    contoh, Alangkah indahnya kalau hati seputih salji atau sehalus dan susuci kapas

    di pokok kapas yang belum jatuh ke tanah.

    3.1.3 PERSONAFIKASI

    Personafikasi adalah memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda atau

    objek. Contohnya, cermin yang tidak pernah berbohong, merupakan personafikasi

    kerana memberikan sifat manusia kepada cermin. Mata Misi Saadiah berlari ke tepi

    katil Datin Seri,dan pandangnya berlari-lari antara Datin Seri dengan pembantu

    Indonesia, juga merupakan contoh personafikasi.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    5/15

    3.1.4 HIPERBOLA

    Hiperbola adalah teknik yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-

    lebihan daripada maksud yang sebenarnya.Sebagai contoh, Misi Saadiah tekup mulutnya

    apabila dirasakan dadanya bergoncang melihat muka Rabiah yang seperti

    disimbah cahaya entah dari mana, merupakan hiperbola. Selain itu, Pandangannya

    jatuh ke muka Rabiah lalu ditelan pula pandanganya itu oleh Misi Saadiah juga

    merupakan hiperbola.

    3.1.5 INVERSI

    Inversi adalah ayat songsang. Dalam cerpen ini pengarang munggunakan teknik

    ini dalam, Di ambang pintu dia tersenyum dengan sebungkus nasi lemak.

    Struktur ayat yang sepatutnya ialah dia tersenyum di ambang pintu dengan

    sebungkus nasi lemak.

    3.1.6 REPETISI

    Repetisi adalah gaya bahasa penegasan dengan mengulang sepatah kata

    berkali-kali. Contoh yang dipetik dari cerpen ini ialah, Ibu, ampunkan Rabiah. Rabiah

    tertidur, ampunkan Rabiah.Perkataan ampunkan Rabiah digunakan secara berulang.

    Di samping itu, Biah tak mahu hati Biah keras macam batu, macam kerikil, macam

    batu perkataan macamjuga digunakan berulang kali, menunjukkan tekinik inverse

    digunakan dalam ayat ini.

    3.1.7 SINKOF

    Sinkof merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan yang digunakan untuk

    memudahkan penggunaan sesuatu ayat. Sinkof juga bertujuan untuk menunjukkan

    dialog lebih realistik dan tidak terlalu formal. Antara unsur sinkof yang dapat dikesan

    dalam cerpen ini ialah, Datin Seri sebut pasal anak ketujuhnya tapi taksempat cerita.

    Tak digunakan untuk menggantikan perkataan tidak. Selain itu, Pembantunya, orang

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    6/15

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    7/15

    Penulis telah menerapkan beberapa ungkapan yang menunjukkan kesantunan

    bahasa di dalam cerpen beliau. Contohnya, Ya Allah, ya Tuhanku, apa salahku?

    Apakah dosaku sehingga anakku yang ketujuh ini betul-betul Kauujinya. Dia tidak

    dapat belajar. Otaknya tak dapat terima. Apa dia akan jadi apabila besar kelak? Ya

    Allah, ya Tuhanku bantulah aku, tunjukkan aku jalannya agar anakku itu beroleh

    kejayaan seperti abang-abang, kakak dan adiknya. Melalui ungkapan ini, penulis

    cuba menunjukkan sifat rendah diri Datin Seri sebagai seorang insan yang lemah

    dengan berserah diri kepada Tuhan yang lebih berkuasa ketika mengalami masalah.

    Contoh kedua dapat dilihat apabila Rabiah menasihati ibunya apabila beliau

    mengatakan bahawa beliau sedih, Ibu tak payah sedih. Tak elok untuk kesihatan.

    Penulis menunjukkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat Rabiah terhadap

    ibunya yang sedang terlantar di hospital.

    Selain itu, kesantunan bahasa juga dapat dilihat apabila Misi Saadiah

    berkomunikasi dengan Datin Seri. Sebagai contoh. Ambil darah, Datin Seri, ujarnya

    lembut sambil menyapu lengan Datin Seri dengan kapas. Misi Saadiah juga bercakap

    dengan sopan semasa mengingatkan Datin Seri untuk mengambil sarapannya,

    Jangan lupa sarapan, ya Datin Seri. Hal ini menunjukkan rasa hormat dan prihatin

    seorang jurarawat terhadap pesakitnya.

    Seterusnya ialah dari segi non-verbai iaitu melalui pergerakan tubuh badan.

    Kesantunan bahasa secara non verbal sangat penting semasa berkomunikasi.

    Contohnya, apabila seseorang berjalan di hadapan seseorang, dia akan menundukkan

    sedikit badannya. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu hormat kepada orang

    yang lebih tua.

    Contoh yang boleh di ambil daripada cerpen ini ialah apabila Rabiah sapu air

    mata neneknya yang mengalir seperti Rabiah sapu air mata ibunya yang tiba-tiba juga

    berjurai sewaktu Rabiah mencium tangan ibunya. Di sini menunjukkan kasih sayang

    seorang anak terhadap nenek dan ibunya. Contoh yang kedua ialah, apabila Datin Seri

    berasa sedih, Rabiah memujuk ibunya sambil dibelai sampai tidur. Jelas di sini bahawa

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    8/15

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    9/15

    5.0 KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM

    SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

    5.0.1 GAYA BAHASA

    Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam karya sastera.Gaya

    bahasa merupakan salah satu cara untuk penulis bagi menyampaikan buah fikiran dan

    pandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Pengunaan gaya

    bahasa mampu memberikan impak yang lebih berkesan kepada para pembaca. Melalui

    penggunaan gaya bahasa, penulis dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat

    mengenai sesuatu perkara atau peristiwa. Sebagai contoh, dengan menggunakan

    hiperbola seperti, mari kita kumpulkan tenaga rasaksa, penulis memberi nasihat

    supaya bersatu padu. Selain pada itu penulis juga boleh menerapkan unsur-unsur

    kebaikan dengan menggunakan simile. Sebagai contoh simile, baik seperti nabi, rajin

    seperti semut, dan bermuafakat seperti aur dengan tebing. Gaya bahasa juga mampu

    mengindahkan karya dan menjadikan bunyinya sedap didengar oleh pembaca. Oleh itu,

    hal ini akan merangsang pembaca untuk meneruskan pembacaan sesuatu karya. Di

    samping itu, gaya bahasa juga dapat meningkatkan atau memperkaya bahasaseseorang kerana merangkumi tanda baca, rima, tona, dan sebagainya yang juga ada

    kaitan dengan linguistik dan semantik bahasa.

    5.0.2 KESANTUNAN BAHASA

    Kesantunan bahasa juga boleh digunakan oleh penulis dalam hasil karya

    mereka. Penulis boleh menggunakan dialog-dialog yang sesuai dalam hasil tulisan

    mereka. Sebagai contoh, Selamat pagi Datin Seri, menunjukkan sifat berhemah Misi

    Saadiah terhadap Datin Seri. Di samping itu, gambaran akhlak-akhlak yang baik juga

    dapat digambarkan oleh penulis. Contoh yang boleh saya ambil dalam cerpen diatas,

    Rabiah sentiasa berada di sisi ibunya di hospital dan menjaganya sepanjang dua puluh

    empat jam. Rabiah sentiasa temankan ibunya untuk suapkan makanan dan

    memandikan ibunya. Jelas disini bahawa penulis mampu menerapkan nilai kasih

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    10/15

    sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya dalam cerpen ini. Selain itu,

    setiap kali Misi Saadiah berinteraksi denagan Datin Seri, Misi Saadiah sentiasa

    menggunakan bahasa yang sopan dan nada yang lembut. Hal ini menunjukkan nilai-

    nilai moral seperti sopan-santun dan hormat-menghormati. Dapat saya simpulkan di sini

    bahawa penulis-penulis karya haruslah berusaha keras dalam menghasilkan karya-

    karya yang mampu membentuk jiwa dan memurnikan akhlak masyarakat zaman

    sekarang.

    5.0.3 SISTEM SAPAAN

    Sistem sapaan menunjukkan adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. Sistem

    sapaan adalah penting dalam sesebuah karya penulisan. Hal ini kerana, cara

    berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara

    langsung mahupun tidak langsung. Sebagai contoh, pak cik, boleh saya masuk?

    penggunaan kata ganti nama pak cik menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua.

    Secara tidak langsung ini mendidik pembaca tentang adab-adab berkomunikasi yang

    betul dengan orang yang lebih tua.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    11/15

    6.0 FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GENERASI

    MUDA

    Kesantunan bahasa merujuk penggunaan bahasa yang halus, beradab sopan,

    lemah lembut serta tidak menyinggung perasaan pendengar. Kesantunan dapat dilihatdari berbagai-bagai segi dalam pergaulan seharian.. Namun, kebelakangan ini

    generasi muda didapati lebih menggunakan strategi ketidaksantunan dalam perbualan

    mereka. Remaja melayu yang dahulunya terkenal dengan baik budi bahasanya, lembut

    tutur katanya, dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal sejarah. Kebanyakan remaja

    sekarang amat kasar bahasanya. Orang yang lebih tua tidak lagi dihormati. Mereka

    tidak lagi mengamalkan adat yang tua dihormati yang muda disayangi. Bagi mereka

    semua adalah sama.

    Antara faktor perdana yang mempengaruhi fenomena ini adalah penggunaan

    bahasa rojak secara meluas dalam kalangan generasi muda. Bahasa rojak bermaksud

    percampurbauran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak

    bersistem atau tidak teratur, pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata,

    frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang.Unsur

    bahasa asing yang lazimnya dicampurbaurkan dengan bahasa Melayu ialah bahasa

    Inggeris dan juga bahasa ibunda oleh sesuatu kaum. Penggunaan bahasa rojak ini

    berlaku ababila generasi hari ini terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris atau

    tayangan di televisyen oleh masyarakat barat.

    Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi

    dengan sahabat serta teman-teman mereka. Bahasa singkat ini telah banyak

    mempengaruhi penulisan di dalam esei atau karangan yang mereka tulis disekolah.

    Mereka memendekkan ejaan seperti aku ditulis sebagai aq, banyaksebagai byk,

    kerana sebagai krn dan bermacam-macam lagi. Pemendekkan ejaan ini bermulaapabila remaja mula menggunakan telefon bimbit sebagai alat untuk mereka

    berkomunikasi bersama teman-teman mereka. Ada sesetengahnya mengatakan

    bahawa mereka terpaksa memendekkan ejaan untuk menjimatkan ruang.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    12/15

    Media massa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kesantunan

    bahasa.Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama,

    filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya,

    remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian mereka. Melalui media massa juga

    generasi hari ini belajar menggunakan Bahasa Inggeris, bercakap bahasa rojak,

    bercakap kasar dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, setiap rancangan yang disiarkan

    haruslah ditapis terlebih dahulu. Penapisan bahan penyiaran haruslah seiring dengan

    kehendak kesantunan bahasa dan masyarakat. Kita harus tegaskan bahawa

    kesantunan bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kerana

    bahasa menunjukan bangsa.

    Selain itu, ibu bapa juga merupakan salah satu punca berlakunya fenomena

    kesantunan bahasa dalam kalangan generasi muda. Semasa pembesaran remaja,

    didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh

    menyumbang kepada permasalahan ini. Ibu bapa yang tidak berinteraksi secara

    berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap

    dengan anak-anak mereka boleh mendorong anak-anak mereka menjadi seperti

    mereka. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung

    untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh

    yang tidak baik kepada anak-anak.

    Kesantunan bahasa yang kian runtuh adalah dari pengaruh sekeliling. Ibu bapa

    adalah orang yang pertama yang harus bertanggungjawab mendidik anak untuk

    bersopan santun ketika berbicara. Media massa seperti televisyen memainkan peranan

    penting dalam membentuk budaya berbahasa dalam kalangan generasi muda hari ini.

    Mereka mengaplikasikan apa yang mereka lihat dan dengar. Sahabat-sahabat di

    sekolah, yang berperangai buruk dan tidak tahu akan kesantunan berbahasa juga dapat

    merosakkan kesantunan bahasa anak-anak. Generasi hari ini haruslah di didik

    menggunakan bahasa yang betul apabila berbicara terutamanya dengan orang tua.

    Mereka sepatutnya belajar menguasai bahasa dan menghormati orang tua apabila

    berbahasa seperti menggunakan panggilan pak cik, mak cik dan sebagainya.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    13/15

    7.0 KONSEP GAYA BAHASA

    Kejayaan sesebuah karya banyak bergantung pada kekuatan dan keindahan

    bahasa yang digunakan oleh pengarang. Bahasa menjadi alat yang penting untuk

    pengarang meyampaikan cerita, idea, pemikiran dan sebagainya. Gaya bahasamemainkan peranan yang sangat penting dalam setiap karya penulisan samada puisi,

    cerpen mahupun novel.

    Gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata, frasa dan ayat yang digunakan

    oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya. Gaya bahasa melibatkan tanda baca,

    rima tona, pengulangan dan sebagainya. Gaya bahasa merupakan salah satu cara

    untuk penulis bagi menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka terhadap

    sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Pengunaan gaya bahasa mampu memberikan

    impak yang lebih berkesan kepada para pembaca.

    Gambaran yang ingin disampaikan oleh penulis dapat ditafsir dengan jelas oleh

    pembaca melaui penggunaan gaya bahasa. Selain pada itu, gaya bahasa mampu

    memberikan pembaca peluang untuk berimaginasi sebagai contoh penggunaan

    hiperbola seperti cintaku kepadanya cinta jutaan bunga-bunga. Di samping itu, gaya

    bahasa juga mampu membuat sesuatu karya itu nampak lebih menarik sekaligus

    menarik minat para pembaca untuk meneruskan bacaan mereka.

    Gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang merupakan itu sendiri

    sehingga memebezakannya daripada pengarang yang lain.

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    14/15

    8.0 REFLEKSI

    Tugasan Bahasa Melayu Komunikatif 1 pada semester ini adalah memilih

    sebuah cerpen terbitan Dewan Pustaka dan Bahasa dan berdasarkan cerpen tersebut,

    saya perlu menganalisis, mengulas, dan menghuraikan aspek-aspek sepertipenggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan serta menghuraikan

    kepentingannya. Selain itu, saya juga perlu menjelaskan fenomena berbahasa dalam

    kalangan generasi muda dan faktor-faktornya.

    Pada mulanya setelah diberi tahu tentang kehendak soalan, saya berasa

    bahawa tugasan ini agak berat kerana tugasan ini memerlukan pengetahuan yang luas

    dan mendalam dalam bidang bahasa Melayu terutamamya sastera. Saya berasa amat

    susah kerana saya sebagai pelajar pengaajian Bahasa Inggeris sudah lama tidak

    membuat tugasan seperti ini.

    Tetapi, saya tidak berputus asa. Saya pergi ke perpustakaan dan meminjam

    beberapa buku yang berkaitan dan boleh membantu saya untuk membuat tugasan ini.

    Saya juga berbincang dengan rakan-rakan dan kami berkongsi pendapat. Selain itu,

    saya juga meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya yang mengambil

    kursus Bahasa Melayu. Pensyarah saya juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara

    membuat tugasan ini. Dengan bantuan mereka semua, saya dapat menyiapkan

    tugasan saya dalam tempoh masa yang diberikan. Setelah menyiapkan tugasan ini

    saya sedar saya dapat manambahkan pengetahuan saya tentang cara menganalisis

    sesuatu karya. Sekarang saya berasa lebih yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu

    dalam penulisan dan juga percakapan. Saya dapat mengusai Bahasa Melayu dengan

    lebih baik setelah membuat tugasan ini.

    Dalam konteks pengajaran dan pengajaran pula, saya sebagai seorang bakal

    guru perlu mengamalkan kesantuan bahasa dalam diri saya. Hal ini kerana

    kebanyakkan pelajar akan menjadikan guru mereka sebagai role model. Selain itu,

    minat membaca yang kurang dalam diri murid-murid juga mendorong kepada masalah

    kesantunan berbahasa dalam diri murid-murid. Oleh itu amat penting bagi saya untuk

    menunjukkan kesantunan bahasa kepada murid-murid. Guru wajar memberikan

  • 8/2/2019 Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

    15/15

    penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan

    yang terdapat dalam bahan pengajaran yang digunakan untuk mengajar. Hal ini perlu

    diterapkan secara menarik dan berkesan, dan bukan secara paksaan.

    Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran merupakan antara

    langkah yang boleh dilakukan supaya pelajar belajar kesantunan bahasa.

    Ibu bapa dan guru khususnya terlalu menumpukan kepada cara untuk

    memastikan pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian daripada menerapkan

    kesantunan bahasa itu sendiri dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian.Hal

    ini telah menyebabkan lahirnya pelajar yang hebat dari segi intelektualnya tapi tidak

    pandai berbudi bahasa. Oleh itu, saya sebagai guru perlu menerapkan nilai kesantunan

    berbahasa dalam kalangan murid-murid bagi melahirkan generasi yang beraklak mulia.