analisis berdasarkan si tuasi tertentu: ke s kemiski nan

22
Analisis Berdasarkan Situasi Tertentu: Kes Kemiskinan Di Bandar OLEH WIKI IMPACT TEAM | December 2020 Artikel ini masih dalam proses penyiapan. Kesemua statistik dan fakta yang disebut adalah berdasarkan kajian yang sedia ada. Artikel ini akan dikemaskini dengan setiap penyelidikan yang baru. Kini berada di Tahap 1: Tahap 1: Penyelidikan kendiri sekunder (desk research) dan pemeriksaan fakta oleh 1 individu. Tahap 2: Pengkemaskinian dengan maklumat daripada kajian sekunder yang baru dan pemeriksaan fakta oleh 2 individu. Tahap 3: Sumbangan info daripada pengkaji akademik atau pengamal akademik dengan sumber yang boleh dipercayai. Tahap 4: Artikel disemak semula berdasarkan dapatan kajian primer oleh Wiki Impact dan diperiksa oleh 2 individu.

Upload: others

Post on 09-Nov-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

Analisis Berdasarkan Situasi Tertentu: Kes Kemiskinan Di Bandar  OLEH WIKI IMPACT TEAM | December 2020  

Artikel ini masih dalam proses penyiapan. Kesemua statistik dan fakta yang disebut adalah berdasarkan kajian yang sedia ada. Artikel ini akan dikemaskini dengan setiap penyelidikan yang baru.  

 

 

Kini berada di Tahap 1:  Tahap 1: Penyelidikan kendiri sekunder (desk research) dan pemeriksaan fakta oleh 1 individu.  Tahap 2: Pengkemaskinian dengan maklumat daripada kajian sekunder yang baru dan pemeriksaan fakta   oleh 2 individu.  Tahap 3: Sumbangan info daripada pengkaji akademik atau pengamal akademik dengan sumber yang    boleh dipercayai.  Tahap 4: Artikel disemak semula berdasarkan dapatan kajian primer oleh Wiki Impact dan diperiksa oleh   2 individu. 

 

Page 2: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Syukur nikmat dengan adanya sumber semula jadi, Malaysia mempunyai sedikit kekangan apabila 

ia berkait rapat dengan pembangunan bandar dan mercu tanda. Perkembangan pesat yang berlaku 

dalam negara ini telah menghasilkan 76.61% daripada jumlah penduduk Malaysia yang tinggal 

dalam kawasan bandar[1]. Hal ini telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang paling 

urban di Asia Timur, membelakangi negara Jepun, Korea Selatan dan Singapora [2].Tambahan pula, 

Malaysia merupakan salah satu negara yang maju dalam aspek perkembangan bandar di dunia. 

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan dalam satu kajian terkini bahawa 

penduduk bandar di Malaysia masih meningkat. Bermula dari 62% pada tahun 2000, populasi 

penduduk bandar di negara ini dijangka meningkat dengan lebih banyak [3]. 

 

Berdasarkan bancian seluruh negara pada tahun 2020, Jabatan Perangkaan 

Malaysia telah mencatatkan bahawa kadar pembandaran adalah 76.6% pada tahun 

2020. Ia diunjurkan meningkat sebanyak 88% pada tahun 2050 [4]. 

Mengapakah Urbanisasi Semakin Meningkat? 

 

Source: Free Malaysia Today  

Page 3: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Antara penyumbang utama ialah penghijrahan penduduk luar bandar ke ibu kota berkembang 

pesat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar akan lebih cenderung untuk berhijrah ke 

ibu kota bagi mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, mempunyai keadaan kehidupan yang lebih 

baik serta mempunyai masa depan yang lebih cerah. 

  

Selain itu, pembandaran pesat boleh mengubah susunan ekonomi, sosial dan sistem politik sesuatu 

negara atau wilayah. Kesan tersebut turut mempengaruhi semua lapisan masyarakat. Sehubungan 

itu, kadar penghijrahan yang tinggi dari kawasan luar bandar ke ibu kota sering berlaku pada kadar 

perubahan tertentu dimana ia boleh menyebabkan kegawatan ekonomi negara. Cuba anda 

bayangkan terdapat sebahagian kemasukan orang yang sedang mencari perkerjaan yang 

mempunyai kadar pendapatan yang sama secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, kadar 

pengangguran dijangka meningkat juga. Dengan ini, jelaslah bahawa hal ini merupakan kes klasik 

yang bergantung kepada permintaan yang terlalu banyak tetapi pada masa yang sama, sumber 

bekalan yang terlalu sikit (atau peluang). Dengan adanya bantuan dan faedah daripada pihak 

kerajaan, beginilah cara demografi baharu yang dikenali sebagai kemiskinan dalam bandar yang 

diwujudkan. 

 

Kertas ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana cara kehidupan di ibu kota utama dan 

mengalami kemiskinan yang berpanjangan boleh mempengaruhi kehidupan mereka yang terkesan. 

Dengan menganalisa pelbagai cabaran yang dihadapi oleh faktor demografik yang berkenaan, 

kertas kerja ini bertujuan untuk menekankan faktor-faktor penyumbang disebalik corak tingkah 

laku masyarakat ini. 

  

Siapakah Golongan Miskin Bandar?  

Sebelum menganalisa sifat-sifat dan cabaran bagi komuniti miskin bandar, kita perlu memahami 

mereka yang tergolong dalam kategori ini. Secara keseluruhan, semua penduduk bandar yang 

berada dalam kategori pendapatan 40% bawah juga lebih dikenali sebagai B40 serta dianggap 

sebagai golongan miskin bandar.

Page 4: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 Source: Eleven Media Group  

 

Istilah “Miskin Bandar” adalah penjelasan yang tidak jelas bagi mereka yang hidup di kawasan 

bandar yang menghadapi pelbagai cabaran seperti pendapatan isi rumah yang rendah, modal 

insaniah, sosial dan kewangan yang rendah. Masyarakat berkenaan juga menghadapi kesengsaraan 

dan kekurangan dari segi aspek-aspek yang lain seperti perumahan dan pekerjaan yang tidak 

selamat, kekurangan tenaga kerja dan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan, perlindungan 

keselamatan sosial yang tidak mencukupi, serta kekurangan kemudahan untuk ke tempat rawatan 

kesihatan, pendidikan dan keselamatan diri. 

 

Antara golongan yang terkesan adalah ibu tunggal, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU). 

Walaupun kemiskinan bandar amat berbeza di antara daerah, mereka lebih cenderung untuk 

menghadapi beberapa perihal kekurangan yang sama, serta mempengaruhi kehidupan harian 

mereka. 

Page 5: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 Source: Conceptual Framework of Urban Poverty Reduction (Science Direct) [5]. Image by Wiki Impact.  

  Berdasarkan perspektif etnik, demografik ini sebahagian besarnya terdiri daripada keluarga 

Melayu dan India. Satu kajian telah mengenal pasti bahawa terdapat 4 daripada 9 kejiranan Melayu 

adalah majoriti manakala India pula adalah majoriti untuk kejiranan tiga yang lain. Berbaki dua 

kejiranan yang berikutnya mempunyai jumlah yang sama bagi orang Melayu dan India. Sudah tentu, 

statistic berikut berbeza mengikut perbezaan bahagian Malaysia dimana ia bergantung terhadap 

faktor demografik etnik. Walau bagaimanapun, tumpuan penduduk miskin bandar dalam kalangan 

etnik Melayu dan India tetap tinggi[6]. 

 

Benarlah juga mengenai mereka yang tinggal di kawasan miskin bandar akan mendapati bahawa 

diri mereka berada dalam kehidupan yang berisiko tinggi persekitarannya seperti kawasan yang 

lebih cenderung kepada jenayah, keganasan serta persekitaran yang tidak selesa [6]. 

Kawasan-kawasan ini biasanya dihindari oleh orang ramai kerana tidak selamat. Sebahagian besar 

daripada kawasan kejiranan ini berada di pinggir kota yang padat dan mereka sering terlepas 

pandang seperti perumpamaan Bahasa Inggeris, “Out of sight, out of mind”. 

 

Page 6: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Masyarakat miskin bandar masih sebahagian daripada komuniti kemasyarakatan. Mereka 

membentuk populasi Malaysia, malahan menambah kepelbagaian dan turut menyumbang kepada 

faktor ekonomi secara kecil-kecilan. Hal ini penting untuk kita mengetahui masyarakat kita dan 

orang kita untuk membentuk negara kita supaya kita tidak akan membuat stigma sendiri dan label 

kepada golongan masing-masing berdasarkan anggapan atau khabar angin kita. 

 

Marilah kita lihat kepada kehidupan dan cara kehidupan bagi kebanyakan golongan miskin bandar 

di Malaysia. Apakah yang perlu dilakukan oleh keluarga miskin bandar untuk bertahan atau terus 

hidup di bandar? 

#1: Keluarga lima orang di rumah kecil daripada gelanggang badminton   Keadaan perumahan bagi golongan penduduk bandar miskin amat sederhana. Pada masa dahulu, 

terdapat beberapa kawasan setinggan yang tersembunyi di pelbagai bahagian kawasan bandar, 

namun begitu, pihak kerajaan Malaysia telah meningkatkan jumlah projek perumahan kos murah 

serta memperbaiki pilihan perumahan bagi golongan keluarga yang berpendapatan rendah. 

Kebanyakan projek perumahan ini dibina dalam bentuk rumah flat tinggi yang dikenali sebagai 

Program Perumahan Rakyat (PPR). 

 

Apartmen kos rendah ini direka untuk menyediakan perumahan asas tempat berlindung tanpa 

tambahan. Berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan 

Kerajaan Tempatan, hartanah yang berada di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak boleh 

lebih kecil daripada 700 kaki persegi.[8]. Setiap keluasan biasanya dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 

satu ruang tamu, satu dapur dan 2 bilik air. Biasanya terdapat pelbagai kemudahan asas yang lain 

seperti surau, tadika, taman permainan dan tempat makan yang berdekatan. 

 

Page 7: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 Source: Malay Mail 

 

Dengan mempunyai semua ini dengan harga RM124 sebulan, kedengarannya 

sangat mengagumkan, namun begitu , keluasan unit ini selalunya lebih kecil 

daripada 800 kaki persegi (81.75 meter persegi) dari keluasan gelanggang 

badminton[9].  

 

Secara purata, isi rumah Malaysia mempunyai 5 orang ahli keluarga (ibu bapa dan 3 orang anak) 

tidak termasuk keluarga besar. Dengan seluruh keluarga yang berkongsi dalam apartmen yang 

mempunyai keluasan sebanyak 700 kaki persegi di samping kesibukan bandar - kehidupan 

kadang-kala boleh menjadi sedikit merimaskan. 

  

Di samping itu, untuk memastikan kos rendah sebaik mungkin, bangunan-bangunan ini biasanya 

tidak mempunyai pengurusan perkhidmatan yang baik dan pembinaan bangunan yang kurang 

sempurna dengan mempunyai banyak kerosakan yang kelihatan. Pada jangka masa yang lama, 

terdapat kerosakan fizikal infrastruktur yang amat ketara dan memberi kesan kepada kehidupan 

masyarakat yang tinggal di situ. Antara kelaziman kerosakan yang biasa berlaku termasuk 

Page 8: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

kebocoran atap, lantai yang tidak rata, sistem perpaipan air dan bekalan elektrik yang tidak 

berkualiti serta sistem pengudaraan yang tidak sempurna. Perihal ini merupakan sesuatu perkara 

yang biasa dipraktikkan walaupun bangunan tersebut mempunyai banyak kerosakan dan 

kecacatan, namun begitu Sijil Layak Menduduki atau lebih dikenali sebagai “Certificate of Fitness” 

masih dikeluarkan kepada penduduk selepas pemeriksaan telah dijalankan. 

 

#2: Tidak semua orang mempunyai peluang pekerjaan 

 Source: Malay Mail  

 

Apabila berpindah ke bandar besar, tidak semua orang bersedia untuk berjaya dalam persekitaran 

yang baharu. Apa yang mencukupi di kawasan luar bandar, mungkin tidak menyentuh permukaan 

yang diperlukan untuk hidup di bandar. Di bandar, segalanya adalah satu persaingan. 

Hasil kerja portfolio untuk bekerja di bandar adalah khas untuk mereka yang ingin bekerja sambil 

memakai baju kemeja putih, dimana mereka sekurang-kurangnya perlu memiliki kelayakan Sijil 

Page 9: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat kerja tersebut. Malangnya, faktor besar yang 

menyumbang kepada kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan golongan miskin bandar 

adalah disebabkan kekurangan kelayakan yang tinggi serta kekurangan kemahiran insaniah dan 

kecekapan dalam penggunaan bahasa yang diperlukan. Sehubungan itu, bagi mereka yang 

mempunyai pekerjaan perlu mendapatkannya dengan kadar upah yang minimum dan tidak mampu 

meminta gaji yang lebih tinggi. 

 

Pihak UNICEF telah menjalankan satu kajian mengenai 17 kawasan perumahan 

kos rendah dan mereka mendapati bahawa sembilan daripadanya kebiasaannya 

terdiri daripada golongan pencari nafkah yang mempunyai pekerjaan separuh 

mahir atau pekerjaan yang berkemahiran rendah.  

 

Hal ini terbukti semasa lawatan Perdana Menteri ke Projek Perumahan Rumah (PPR) Setapak, 

dimana beliau menyatakan bahawa terdapat banyak golongan miskin bandar, yang bekerja sebagai 

pemandu teksi dan lori serta mereka yang bekerja sendiri terpaksa menghadapi pelbagai cabaran 

untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Bagi mendapat pendapatan yang mencukupi untuk 

keluarga mereka, salah satu penyelesaiannya adalah dengan bekerja lebihan masa. 

 

Terdapat laporan lain daripada pihak UNICEF mengenai kemiskinan kanak-kanak yang tinggal di 

bandar telah merungkaikan bahawa ketua isi rumah bekerja 48 jam seminggu berbanding dengan 

purata kebangsaan, iaitu 47 jam. Bagi mereka yang bekerja 48 jam, mereka hanya memperolehi 

RM9 sejam berbanding RM12 sejam selama 47 jam [11].  

 

Bukan sahaja mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, satu 

per tiga tidak mempunyai jaringan keselamatan sosial yang boleh menyebabkan 

mereka terdedah kepada kejutan ekonomi. 

 

Walaupun mereka telah bekerja lebih lama dan berusaha gigih, mereka masih memperolehi 

pendapatan yang lebih rendah daripada pekerja biasa [12]. Tambahan pula, satu daripada tiga ketua 

isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,000 pada setiap bulan. 

 

Page 10: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Bagi perumahan di mana perempuan adalah ketua isi rumah, mendapatkan pekerjaan yang dijamin 

merupakan cabaran yang besar bagi mereka. Malahan, terdapat segelintir daripada mereka yang 

masih menganggap sebagai tanggungjawab kerana mereka tidak sesuai untuk pekerjaan yang 

manual serta memiliki kelayakan pendidikan yang rendah. Tambahan pula, para wanita lebih 

berpotensi untuk mendapat pekerjaan dengan produktiviti yang rendah, gaji minimum serta 

keselamatan sosial yang tidak terjamin. 

 

#3: Kos Hidup di Kawasan Bandar Amat Mahal 

Pendapatan yang rendah tidak menjadi masalah besar jika perbelanjaan sara hidup anda tidak 

begitu tinggi. Pada hakikatnya, kebanyakan isi rumah yang berpendapatan rendah terdiri daripada 

satu atau dua individu, natijahnya, perbelanjaan isi rumah tersebut meningkat dengan ketara. Apa 

yang mungkin cukup untuk memperolehi di kawasan luar bandar, adalah tidak ada tempat yang 

cukup dekat untuk bertahan di kawasan persekitaran yang bahaya. 

 

Tinjauan Perbelanjaan Rumah Tangga Nasional 2019 mengenal pasti bahawa 

bulanan perbelanjaan komuniti bandar berkisar antara RM4,402 hingga RM4,916 

sebulan [13]. Hal ini jauh lebih tinggi daripada perbelanjaan isi rumah masyarakat 

luar bandar yang membelanjakan kira-kira RM2,725 hingga RM3,038.  

 

Perkara yang dipilih oleh pelbagai komuniti untuk menghabiskan wang mereka juga adalah berbeza 

sekali. Isi rumah di kawasan bandar telah merekodkan peratusan perbelanjaan yang tertinggi dalam 

hal-hal perumahan, bekalan air, elektrik, gas serta bahan api pada 24%. Sehubungan itu, 

perbelanjaan isi rumah yang tertinggi di kawasan luar bandar adalah lebih kepada kumpulan 

perbelanjaan makanan dan minuman yang tidak beralkohol (24.4%). 

 

Tabiat biasa seperti makan di luar juga akan memberi kesan pada perbelanjaan bulanan. Corak 

perbelanjaan berdasarkan kumpulan makanan dan minuman tidak beralkohol telah menunjukkan 

bahawa isi rumah pendapatan di kawasan luar bandar adalah lebih cenderung kepada persediaan 

untuk menyediakan makanan di rumah berbanding isi rumah pendapatan di kawasan perbandaran. 

10 

Page 11: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 Source: The Edge Markets 

 

Pihak UNICEF mendapati bahawa 97% isi rumah miskin bandar mengatakan 

bahawa harga makanan yang tinggi telah mengelakkan mereka daripada 

menyediakan makanan yang sihat untuk anak-anak mereka [12].  

 

Akibat wabak pandermik ini, isi rumah ini semakin tertekan dari segi bajet. Malahan, terdapat 

laporan sama yang mencatatkan bahawa 77% isi rumah tidak mempunyai duit simpanan untuk hari 

hujan - dan akibatnya, mereka tidak mampu untuk membeli makanan. 

 

#4: Pendidikan Dalam Kalangan Penduduk Miskin Bandar Masih Belum Diutamakan.   

Apabila kehidupan anda bergantung kepada gaji anda yang seterusnya, segala yang lain akan 

kelihatan seperti melewati anda. Selain itu, keluarga yang terperangkap dalam kemiskinan dan 

fokus untuk bertahan hidup namun mereka lebih cenderung untuk tidak menitikberatkan terhadap 

kad “bebas dari penjara”, iaitu pendidikan. 

11 

Page 12: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 

Source: The Edge Markets 

 

60% ketua isi rumah mempunyai tahap pendidikan rendah. Hanya sebanyak 60% 

yang berjaya menamatkan sesi persekolahan pada peringkat Menengah[12].   

 

Sebahagian besar daripada mereka hanya mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk kerjaya 

peringkat kemasukan atau separa mahir. Pekerjaan seperti pemburuh, pemandu teksi, kerani dan 

penjual makanan adalah contoh pekerjaan yang mereka boleh lakukan. Malahan, kebanyakan ketua 

isi rumah mempunyai anak-anak – Hal ini adalah tidak biasa untuk mentaliti yang sama bagi 

menyampaikan kepada generasi yang seterusnya. 

 

51% menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun tidak bersekolah di prasekolah [12].   

 Undang-undang Malaysia hanya mewajibkan kehadiran sekolah rendah untuk semua warganegara. 

Bagi para ibu bapa yang tidak mempunyai masa atau kemampuan duit untuk menggunakannya 

pada peringkat awal pendidikan untuk anak-anak mereka akan mengelak pada keperluan ini. 

12 

Page 13: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Malangnya, trend ini akan berterusan sepanjang tahun kanak-kanak tersebut membesar. 2% 

daripada mereka yang berumur dalam lingkungan usia 7 hingga 17 tahun didapati tidak 

bersekolah[12].Realitinya, jika pendidikan asas tidak diutamakan untuk generasi yang akan datang, 

mereka akan lebih cenderung untuk terjebak dalam masa yang lama, pendapatan yang rendah, 

serta kitaran kemiskinan yang sama. 

 

Tambahan pula, kebanyakan isi rumah tidak mempunyai duit yang berlebihan untuk membeli 

mainan untuk anak-anak mereka atau buku-buku untuk mereka membaca. Walaupun mainan dan 

buku mungkin tidak penting berbanding dengan pendidikan yang lengkap, kanak-kanak miskin 

bandar tidak mempunyai peluang untuk menghasilkan kreativiti, inovasi serta penjanaan minda 

yang baik. 

 

#5:Masyarakat Miskin Bandar yang terdedah kepada Penderaan  

Keganasan domestik adalah isu global yang mendalam dimana ia melebihi kategori dari segi 

sosio-ekonomi, perbezaan budaya, kaum dan kelas. Justeru itu, masih belum ada satu kumpulan 

yang secara khususnya mempunyai perilaku ini, namun begitu, kes-kes ini sering dikaitkan dengan 

mereka yang mendiami di kawasan miskin bandar yang utama. 

 

Walau bagaimanapun, mitos ini telah dibongkar oleh satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 

2017 oleh pihak UNICEF [14]. Kajian ini telah mengambil kira aspek penderaan domestik secara 

fizikal dan lisan kepada para remaja di kawasan bandar dan luar bandar. Kedua-duanya 

menunjukkan sedikit perbezaan antara lokasi tersebut, tetapi kebanyakan kes kejadian ini berlaku 

dari kawasan luar bandar, berbanding bandar. 

13 

Page 14: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 Source: Open University Malaysia 

 

Kes-kes kadar penderaan lisan juga dilaporkan pada 43.2% untuk semua remaja di 

kawasan kediaman. Malahan hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak 

perempuan lebih kerap mengalami penderaan lisan berbanding kanak-kanak 

lelaki, iaitu 49.2% berbanding 37.2% dan kes ini turut menunjukkan bahawa 

masih belum ada perbezaan yang ketara antara bandar dan luar bandar[14]. 

 

Kesimpulannya, walaupun berlakunya penderaan fizikal dan lisan, hal ini tidak semestinya 

diabaikan, namun hal ini seharusnya tidak bergantung pada satu komuniti sahaja, ini juga adalah 

masalah kebangsaan negara. Walaupun begitu, hal ini benar untuk menganggap bahawa 

kemiskinan amat memainkan peranan penting dalam perihal ini. 

 

   

14 

Page 15: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

#6: Masyarakat Miskin Bandar Lebih Cenderung untuk Jatuh ke Lembah Maksiat  Walaupun terdapat sebahagian besar daripada masyarakat miskin bandar yang bekerja keras, 

menjadi anggota masyarakat yang teladan, disebabkan persekitaran dan pergaulan mereka, mereka 

dianggap sebagai menyusahkan dan sebahagian daripada populasi berisiko tinggi yang mudah 

terdedah kepada jenayah, keganasan, dan tingkah laku yang anti-sosial. 

 

 Source: MIMS Today 

 

Sejujurnya, mereka yang berhidup di rumah pangsapuri kos rendah tidak sewajarnya dianggap 

sebagai perkara yang romantik. Individu yang bekerja lebih dari satu pekerjaan tidak sepatutnya 

dianggap sebagai normal. Tidak makan untuk menyimpan duit, menangguhkan pembayaran bil dan 

rumah sewa merupakan masalah kritikal yang perlu ditangani dengan betul. Sejak bandar tidak 

dapat menyediakan keperluan yang sepatutnya untuk mereka, kebanyakannya terpaksa 

menggunakan kaedah yang tidak beretika untuk memenuhi keperluan mereka. 

  

15 

Page 16: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Seks, dadah, alkohol dan aktiviti jenayah adalah antara kebiasaan aktiviti yang kita semua tahu 

bahawa perbuatan itu adalah tidak bermoral, namun, ini merupakan gaya hidup drastik yang boleh 

menjadi tiket emas untuk hidup dengan senang bagi mereka yang hidup dalam kemiskinan. Beban 

kewangan yang ditanggung oleh ketua isi rumah boleh merugikan mereka[15].  

 

Apabila seseorang memerlukannya, mereka akan mendapati diri mereka berada di kawasan laluan 

pelacuran untuk membuat keuntungan pada setiap jam. Satu kajian menunjukkan bahawa seorang 

ibu tunggal dan gadis-gadis merupakan antara yang banyak terdedah kepada pekerjaan ini. Hal ini 

bahaya kerana ia boleh mendatangkan masalah kesihatan dan pendidikan yang rendah. Oleh itu, 

mereka berusaha untuk mencari pekerjaan dan bekerja dengan pendapatan yang kecil. 

 

 Source: Malay Mail  

  

Seorang wanita mengaku telah memperolehi duit dengan melacurkan dirinya untuk 

menyara keperluan anak-anaknya[6].Penglibatan dalam industri seks boleh menjana 

pendapatan dari RM50 - RM500 sejam [16]. Tawaran yang tidak dapat ditolak bagi 

mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan keperluan seperti  

  makanan.  

 

16 

Page 17: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Kadar jenayah menunjukkan lebih tinggi bagi kawasan kejiranan yang miskin serta kawasan 

berpenduduk tinggi yang padat , keadaan hidup yang merosot dan masalah pengangguran[17]. 

Walaupun terdapat hubung kait antara kemiskinan dan jenayah, penyebabnya tidak dapat dikenal 

pasti kerana terdapat penyumbang faktor lain seperti kepadatan bandar, penurunan moral dan 

penyalahgunaan bahan. 

 

Walau bagaimanapun, statistik Malaysia menunjukkan bahawa majoriti yang ditahan berasal 

daripada golongan yang berpendapatan rendah berdasarkan jenis jenayah (pencurian harta) yang 

dilakukan. 

 

Hal ini telah diperhatikan bahawa kemiskinan di luar bandar mempunyai peluang 

yang lebih tipis untuk terjebak dalam aktiviti jenayah berbanding dengan 

kemiskinan bandar kerana sistem sokongan yang tidak mencukupi untuk golongan 

yang berpendapatan rendah di bandar [17].  

 

Penyakit sosial lain seperti penyalahgunaan bahan tidak semestinya disebabkan oleh kemiskinan. 

Perkara ini boleh berkait rapat dengan persekitaran dan pengaruh yang buruk. Penggunaan alkohol 

dan dadah secara umumnya bermula dengan eksperimen . Ketagihan yang disebabkan oleh 

perasaan ingin tahu didorong dengan masa lapang seseorang individu tersebut. Oleh kerana ramai 

tidak bersekolah dan peluang pekerjaan yang tipis, hal ini akan menyebabkan mereka mula 

berlepak di sekitar bandar. 

 

Berbeza dengan kepercayaan yang popular seperti dadah dan alkohol tidak begitu mahal dan sukar 

untuk diperolehi, dan bukan semuanya bertentangan dengan undang-undang.  

 

Pelbagai bahan yang pengguna dapat memperolehi 'khalayan' seperti Gam Dunlop 

atau Gam Kasut. Harga produk ini semurah RM2 dan boleh menyebabkan ketagihan 

secara serta merta[18]. Pengguna dadah termuda yang tercatat adalah kanak-kanak  

berusia 7 tahun[19]. 

 

17 

Page 18: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

Tindakan : Melibatkan dan Memperkasakan Orang Miskin Bandar  

Setelah mengkaji semula taraf hidup masyarakat miskin bandar kini dan menganalisa potensi risiko 

dan implikasi yang mereka hadapi, seruan untuk berubah sewajarnya diambil tindakan dengan 

terperinci. Dengan ini, perbincangan dan kesedaran mengenai perpaduan nasional perlulah 

dilaksanakan di kawasan bandar. Masyarakat dulu yang berasal dari ladang, perkampungan dan 

kampung baru kini dipaksa untuk memasuki ke blok yang padat. Keadaan kehidupan ini bukan 

sahaja terhad tetapi terdapat juga beberapa kes yang bahaya. 

 

Hal ini juga dikhabarkan bahawa pihak kerajaan perlu menjauhi dari menangani masalah tentang 

keperluan asas dan meningkatkan perspektif pendapatan kepada penyelesaian secara keseluruhan. 

Keseluruhan jawapan terletak kepada reka bentuk, keselamatan dan penyelenggaraan tempat 

tinggal penduduk miskin (flat), sistem penjagaan anak, sistem pengangkutan yang lebih baik dan 

perancangan keluarga dari segi pendidikan dan pendidikan kesihatan untuk golongan ibu muda. 

 

Terdapat penyelesaian lain terletak pada kerjasama antara agensi yang lebih baik dimana pihak 

kerajaan boleh melibatkan NGO untuk mengenali pasti masalah dan penyelesaian, menangani 

penyalahgunaan bahan dan meningkatkan kesepaduan sosial. 

 

Beberapa penyelesaian lain yang berkaitan termasuklah: 

● Meningkatkan kemudahan awam dan kemudahan kepada hak asasi: 

Terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pengurusan kemudahan 

bersama sambil menghilangkan kekeliruan tanggungjawab agensi dalam menjalankan 

kemudahan ini. Panggilan untuk memulakan projek yang berskala kecil untuk membantu 

masyarakat miskin bandar, bekerja dengan persatuan penduduk dan Jaringan Rakyat 

Tertindas (JERIT), antara lain NGO lain yang menjaga masalah golongan miskin bandar. 

Fokus utama adalah untuk meningkatkan perkhidmatan secara fizikal, kerana kebanyakan 

penduduk miskin bandar tidak mempertimbangkan hak asasi manusia kerana itu bukan 

keutamaan mereka. 

18 

Page 19: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 Source: Lost Food Project  

 

 

● Meningkatkan peluang pekerjaan: 

Terdapat keperluan yang mendesak apabila melihat peluang bagi mereka yang miskin 

bandar, mewujudkan pekerjaan atau menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka serta 

meningkatkan tahap pendapatan mereka. Majikan sering beralih kepada pekerja migran 

kerana kos atau kekurangan perhatian sosial-ekonomi sebagai pendatang asing boleh 

bekerja lebih lama. Oleh itu, kita perlu memastikan perlindungan pekerjaan disediakan 

untuk penduduk tempatan. 

 

● Menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan untuk meningkatkan kualiti 

kehidupan:  

Masalah kekurangan pendidikan atau kemahiran dapat diperbaiki sekiranya mereka diberi 

latihan dalam bidang tertentu di mana mereka boleh segera untuk menjana pendapatan 

yang lebih baik. Misalnya, latihan Informasi Teknologi (IT) atau kemahiran pemasaran. 

Dengan mengamalkan latihan dan kemahiran yang betul untuk memenuhi permintaan 

pekerjaan di kawasan bandar atau mengembangkan perniagaan kecil, terdapat ramai dari 

golongan miskin bandar boleh berdiri dengan dua kaki sendiri. Saraswathy dan Sarena 

adalah contoh yang hebat dari ini. 

19 

Page 20: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

 

● Penjagaan masyarakat yang mudah terdedah kepada penyakit: 

Masalah penyakit sosial, seperti penyalahgunaan dadah, alkoholisme, dan keperluan untuk 

memasuki bidang pelacuran, perlu ditangani dengan lebih dekat. Individu yang impulsif 

dengan keterikatan sosial yang lemah kepada orang lain, atau mereka yang terlalu letih 

untuk terus berjuang dengan kemiskinan yang tidak dapat dielakkan, adalah cenderung 

untuk menghadapi masalah dengan lebih banyak. Walaupun menghukum individu-individu 

ini dengan hukuman penjara yang berlanjutan, namun begitu, mereka telah membiasakan 

diri untuk meneruskan tabiat mereka selepas menerima hukuman, individu tersebut 

perlulah mendapatkan pertolongan yang sewajarnya. 

 

Selain mengecam komuniti yang terdedah dengan catatan jenayah, serta menghancurkan 

mana-mana peluang kerjaya yang layak, pada konteks ini, keperluan kaunseling dan pemulihan 

perlu disediakan. Tempat terpenting untuk perangi dadah ini adalah di rumah, dengan 

menggunakan kebaikan, belas kasihan dan keadilan. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa pihak 

sekolah haruslah menangani masalah penyalahgunaan dadah. Walaupun pihak sekolah telah 

memperkenalkan pendidikan penyalahgunaan dadah, hal ini mesti disokong oleh mesej anti-ubat 

yang sangat kuat di rumah. Malahan, hal ini juga serupa dengan pelbagai penyakit sosial juga. 

 

Malaysia bakal menjadi salah satu negara yang dapat menjana pendapatan tinggi apabila menjelang 

tahun 2025 malah hal ini dapat mendatangkan banyak kelebihan kelak. Namun begitu, kemiskinan 

bandar mestilah diatasi sebelum isu ini dilupuskan. Tambahan pula, hal ini turut mendapati bahawa 

masih ramai yang masih bekerja untuk menuju ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan 

Penang bagi mencapai impian mereka. Kita sewajarnya bekerjasama sebagai satu pasukan bagi 

memastikan jalan untuk menuju kejayaan bukanlah sekadar khayalan semata-mata. 

 

   

20 

Page 21: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

REFERENCES:  1. H. Plecher, (2020). Urbanisation in Malaysia 2019. Retrieved from: 

https://www.statista.com/statistics/455880/urbanization-in-malaysia 2. A. Hakim, (2020). Bye- Bye Kampung? Malaysia is Leading the Urbanisation Race in East Asia. The Rakyat 

Post. Retrieved from: https://www.therakyatpost.com/2020/01/24/bye-bye-kampung-malaysia-is-leading-the-urbanisation-race-in-east-asia 

3. S. Vaithilingam, (2020). Do Urban-Poor Communities have the necessary skills to sustain themselves in the Information Economy? Monash University. Retrieved from: https://www.monash.edu.my/research/researchers-say/do-urban-poor-communities-have-the-necessary-skills-to-sustain-themselves-in-the-information-economy  

4. Mohamad Shukor Mat Lazim. (2020). Household Expenditure Survey Report. Evolution of Migration for Urban and Rural. Department of Statistics Malaysia (DOSM). Retrieved from: https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_BPPD_4-2020_Series-62.pdf   

5. N. H. Chamhuri, H. A Karim, H. Hamdan, (2012). Conceptual Framework of Urban Poverty Reduction: A Review of Literature. Retrieved from: https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042812057515  

6. S. N. A. Mayan, R. M. Nor, (2020). The Resistance of the Urban Poor in Selangor, Malaysia to Get Out of the Shackles of Poverty. Retrieved from: https://hrmars.com/papers_submitted/7837/the-resistance-of-the-urban-poor-in-selangor-malaysia-to-get-out-of-the-shackles-of-poverty.pdf   

7. D. Jayasooria, (2016). Inclusive Development for Urban Poor and Bottom 40% Communities in Malaysia. Retrieved from: https://www.ohchr.org/Documents/Issues/Poverty/VisitsContributions/Malaysia/Malaysian_CSO_SDG_Alliance_Annex2.pdf  

8. Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara. (2021). Program Perumahan Rakyat. Retrieved from: https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/133

9. Badminton Bites. (2020). What are the Dimensions of a Badminton Court? Retrieved from: https://www.dlgsc.wa.gov.au/sport-and-recreation/sports-dimensions-guide/badminton#:~:text=The%20badminton%20court%20is%2013.4,The%20lines%20are%2040mm%20wide 

10. A. F. Othman, (2020). After visit to Setapak PPR, PM calls for more assistance for urban poor. New Straits Times. Retrieved from: https://www.nst.com.my/news/nation/2020/08/619373/after-visit-setapak-ppr-pm-calls-more-assistance-urban-poor  

11. S. N. Z. Miscon & S. S. A. Hamid, (2018). 'Make available more job opportunities for urban poor'. New Straits Times. Retrieved from: https://www.nst.com.my/news/nation/2018/11/429310/make-available-more-job-opportunites-urban-poor  

12. UNICEF, (2018). Children Without: A study or urban child poverty and deprivation in low cost flats in Kuala Lumpur. Retrieved from: https://www.unicef.org/malaysia/sites/unicef.org.malaysia/files/2019-04/UNICEF-ChildrenWithout-EnglishVersion-Final%2026.2.18_0.pdf  

13. Household Expenditure Survey Report 2019, Department of Statistics Malaysia. Retrieved from: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=323&bul_id=c3JpRzRqeTNP

21 

Page 22: Analisis Berdasarkan Si tuasi Tertentu: Ke s Kemiski nan

 

 

 

amMxL1FpTkNBNUVBQT09&menu_id=amVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09#:~:text=In%20terms%20of%20value%2C%20the,%2C402%20to%20RM4%2C916.  

14. UNICEF, (2020). Situation Analysis of Women and Children in Malaysia. Retrieved from: https://www.unicef.org/malaysia/media/1526/file/Situation%20Analysis%20of%20Women%20&%20Children%20in%20Malaysia%202020.pdf  

15. H. B. A. Hamid, (2019). Overview of Sex Trafficking in Malaysia: Re-positioning the trafficked 'victim'. Retrieved from: https://www.researchgate.net/publication/331344181_Overview_of_Sex_Trafficking_in_Malaysia_Re-positioning_the_trafficked_'victim'  

16. The Star, (2019). Prostitutes with degrees charge up to RM500 an hour. Retrieved from: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/26/educated-hookers-cost-more-prostitutes-with-degrees-charge-up-to-rm500-an-hour  

17. M. C. Soh, (2012). Crime and urbanisation: Revisited Malaysian Case. Retrieved from: https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042812010750  

18. A. Z. Amran, (2018). Hidu Gam Sampai Berkhayal Buat Seks Dan Pergi ke Bulan, Parahnya Anak Remaja Kita. Sos Cili. Retrieved from: https://soscili.my/hidu-gam-sampai-berkhayal-buat-seks-dan-pergi-ke-bulan-kenapa-gejala-ni-tak-dihalang-undang-undang/  

19. A. Satar, (2019). Fighting Drugs on the Home Front. New Straits Times. Retrieved from: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/06/494328/fighting-drugs-home-front  

 

 

 

 

 

 

ABOUT WIKI IMPACT 

Wiki Impact is an open research platform for the changemaker in all of us. We are a collaborative                                   platform to make evidence-based research readily available to changemakers to drive greater                       social impact in Malaysia. We believe that significant and sustainable change can happen when                           paired with comprehensive, clear, and compelling data.  

This whitepaper was put together based on a few shorts that we have written on our website. If                                   you have additional data related to this topic or other social issues in Malaysia, please get in                                 touch with us. For more facts and stories, visit www.wikiimpact.com. 

22