cerita nabi sulaiman - pertandingan bercerita

Upload: isfayuni-zulkifli

Post on 17-Oct-2015

115 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Cerita Nabi Sulaiman - Pertandingan Bercerita

    1/4

    Tajuk : Nabi Sulaiman dan Keistimewaannya

    Bismillahir Rahmanir Rahim.

    Assalamu `alaikum W.B.T.

    Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang dihormati

    barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,

    rakan-rakan, hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat yangdi Rahmati Allah S.W.T. sekalian.

    Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang

    bertajuk Nabi Sulaiman dan keistimewaannya.

    Kawan-kawan nak tahu? Nabi Sulaiman bin Daud merupakan

    satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan daripadaAllah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia

    boleh berbicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh

    memahami bahasa semut.

    Di dalam Al-Quran, dalam surah an-Naml ayat 16 ada

    menceritakan keistimewaan Nabi yang sangat kaya-raya ini.

    Yang maksudnya :

    Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, Hai

    manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung

    dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini

    benar-benar suatu kurnia yang nyata.

  • 5/27/2018 Cerita Nabi Sulaiman - Pertandingan Bercerita

    2/4

    Hah! Bagaimana kawan-kawan? Bukankah hebat sekali

    keistimewaan Nabi Sulaiman ini. Mampu memahami bahasa

    binatang. Malah, kalau kawan semua hendak tahu, Nabi

    Sulaiman itu itu tenteranya daripada golongan jin, manusia

    dan burung.

    Ada satu ketika berlaku peristiwa di mana Nabi Allah

    Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas

    Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini

    hendak hidup di atas batu yang kering di tengahtengahpadang pasir yang tandus.

    Lalu berkatalah Nabi Sulaiman kepada semut tersebut

    Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk

    kamu?

    Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya

    rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di

    padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

    Lantas, bertanya lagi Nabi Sulaiman kepada semut tersebut

    Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah

    yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makandalam sebulan?"

    Lalu semut menjawab Aku makan hanya sekadar sebiji

    gandum sebulan".

    Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi

    hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas NabiSulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada

  • 5/27/2018 Cerita Nabi Sulaiman - Pertandingan Bercerita

    3/4

    aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan,

    ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

    Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong,kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga

    banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana

    makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya

    daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

    Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,

    rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya

    kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja

    supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

    MasyaAllah. Cuba kawan-kawan semua fikirkan betapa

    tingginya iman semut ini. Walaupun semut merupakan haiwan

    yang berbadan kecil tetapi betapa imannya besar melebihisaiznya. Astaghfirullahalazim.. Sama-samalah kita

    bermuhasabah dengan diri kita agar kita juga mampu

    membina iman yang tinggi.

    Malah, semut yang kecil juga pandai untuk mengamalkan

    sifat berjimat cermat, kerana sesungguhnya berjimat-cermat itu merupakan suatu amalan yang mulia. Hidup kita

    ini umpama roda. Kadang-kadang Allah SWT sentiasa

    mengurniakan kesenangan dan kenikmatan yang lebih

    daripada orang lain, namun ada ketikanya Allah S.W.T.

    menguji kita untuk merasai kesusahan.

  • 5/27/2018 Cerita Nabi Sulaiman - Pertandingan Bercerita

    4/4

    Dengan mengamalkan sifat berjimat-cermat, ia akan melatih

    diri kita untuk sentiasa berwaspada dan bersedia

    menghadapi saat-saat kesusahan, dan sentiasa bersyukur

    dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T. Bak kata orang

    Beringat-ingat sebelum kena.

    Hah, kawan-kawan semua. Nak tahu lagi keistimewaan Nabi

    Sulaiman? Betapa besarnya kerajaan Nabi Sulaiman

    sehinggakan angin menjadi kenderaannya, manusia dan jin

    sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-

    teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai

    buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya. Semua yang

    Nabi Sulaiman perolehi ini, adalah satu kurniaan daripada

    Allah S.W.T. atas doa yang dipohon olehnya sendiri. Namun,ini bukan bermakna Nabi Sulaiman seorang yang gilakan

    kuasa dan cintakan dunia. Tetapi, semua ini dipinta adalah

    semata-mata untuk memudahkan usaha penyebaran dakwah

    di atas muka bumi ini dan menentang kezaliman serta

    kemungkaran yang dilakukan oleh umat manusia