konsep teknik bercerita

Upload: hakimisetapa1979

Post on 09-Mar-2016

420 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

Konsep Teknik Bercerita

Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut pandangan Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Mok Soon Sang (2002) pula berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras dengan pendekatan yang digunakan. Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene, 1976). Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaan boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Bercerita menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan pengajaran, pengetahuan serta perkongsian pengalaman. Kaedah bercerita ini sesuai digunakan oleh guru pemulihan untuk dijadikan alat bantu mengajar semasa sesi pemulihan. Hal ini kerana, sedikit sebanyak guru pemulihan akan dapat membantu murid menguasai kemahiran bahasa di samping membantu mereka dalam penguasaan 3M. Teknik berceritamerupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Hal ini akan menjadikan sesuatu cerita itu berguna kepada murid serta masyarakat dan seterusnya bidang pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang mampu membantu dalam pembangunan negara kelak.

Main Peranan

-Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi.-Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.-Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.-Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.-Contoh aktiviti Main PerananContoh situasi:

a) Situasi menziarahi orang sakitb) Situasi di pejabat sekolah.SIMULASI

-Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.-Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid.-Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.-Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah-Contoh aktiviti SimulasiContoh aktiviti :

a) Memandu kapal terbangb) Menerima rawatan di wad kecemasan

TEATER BERCERITA

-Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.-Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.-Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.-Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.MESTAMU

-Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.-Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.-Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.-Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

TEKNIK BERCERITA

DEFINISI BERCERITA-Menurut Kamus Dewan,ceritaialah jalinan dan susunan mengenai kejadian atau hal-hal yang berlaku sama ada betul-betul berlaku atau yang diada-adakan.-Bercerita pula merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa.

TEKNIK BERCERITA-Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran merupakan teknik yang telah lama digunakan.-Teknik ini mudah menarik minat kanak-kanak.-Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka.-Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran dalam keadaan menyeronokkan.-Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.-Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.-Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.-Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.-Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.-Suara memainkan peranan yang penting iaitu suara harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan

TUJUAN BERCERITA

-Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.-Melatih murid menguasai kemahiran mendengar.-Memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita.-Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.-Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.-Menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis karangan.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PERSEDIAAN TEKNIK BERCERITA-Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.-Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.-Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan.-Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.-Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu.-Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain alat bantu mengajar.-Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran seterusnya.

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI BERCERITA

Sebelum bercerita :-Pilih cerita yang sesuai dengan topic pelajaran.-Guru penting menguasai bahagian-bahagian penting cerita secara berulang-ulang.-Sedia alat bantu mengajar.

Semasa bercerita :-Gunakan set induksi yang menarik ketika memulakan cerita.-Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana satu peristiwa dapat dirasakan.-Pastikan setiap murid memberi perhatian.-Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan.

Selepas bercerita :-Uji kefahaman murid secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan.-Adakan perbincangan.

PEMULIHARAAN IN-SITUMengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat asalnya seperti taman negara, hutan simpanan kekal, taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.1.1SinopsisPemuliharaanin situ (in- site)merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya.Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.Strategi pemuliharaan in-situ adalah strategipemuliharaan jangkapanjangdan terbaik.Namunbegitupeningkatanaktivitimanusiabolehmengakibatkan spesieshidupan liarpupusmelaluihakisangenetik,pengeluaran sumber secaraberlebihan,pembiakbakaan yangterhad,perubahanpersekitaran,seranganpenyakit sertapersaingandengan spesieseksotik (spesies invasif). Dalam topik ini,andaakandiberipendedahantentangpopulasi semulajadi dan habitat semulajadi.1.2Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:i. memahami Populasi Semulajadiii. memahami Habitat Semulajadi1.3 Pemuliharaan In-SituPemuliharaanin situ (in- site)merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Taman Negara yang meliputi Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu.1.4Populasi SemulajadiPopulasisemulajadiadalah sekumpulan individuyangsamaspesieshidupdalamruang yang sama padamasatertentudalam ekologi semulajadi mereka.Individu-individu dalampopulasisemulajadisaling berinteraksi satu sama lain danmembiakdi antara sesamamereka. Konsep populasi banyak dipakai dalambidangekologi dan genetik.Para ekologis menyatakan bahawapopulasiadalah satuunsur dariekosistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalahsebahagian dari suatukomuniti.Ahli-ahli genetikmenyatakan bahawapopulasiadalahsebagai wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individudalam populasi tersebut.1.5Habitat SemulajadiHabitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi spesis secara semulajadi. Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan flora. Hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8 000 spesies bunga dan 2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia. Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung dan 140 spesies ular, 165 spesies katak dan 1 000 spesies rama-rama. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain.

Pemeliharaan IN-situ dan Ex-situPengenalanStrategi Pemuliharaan in situ merupakan salah satu cara pemulihan masa jangka panjang dan semulajadi. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini, agak sukar dijalankan kerana keadaan habitat dan ekosistem yang semakin hari kian mengalami perubahan dan pembangunan oleh manusia. Strategi ini adalah untuk membendung peningkatan aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesis hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesis sksokita (spesis invasif). Pemuliharaan in-situ ini bertujuan mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat dengan penubuhan tempat konversi seperti taman negara, hutan kekal simpan taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.Kepentingan Pemuliharaan In-situKebanyakan spesis kini kian terancam akibat kekurangan habitat yang telah dimusnahkan oleh aktiviti manusia selain daripada kerosakan secara semulajadi. Pemuliharaan in-situ mempunyai kepentingan terhadap kesemulajadian pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. Hal ini disebabkan kerana, in-situ mengekalkan cara pembiakan dan interaksi spesis di tempat asal yang sedia ada. Setiap kawasan dan persekitaran mempunyai ciri fizikal dan jenis kepelbagaian tumbuhan tersendiri. Contohnya ada hutan yang mempunyai perbezaan jenis kayu-kayan walaupun iklim sama namun dibezakan oleh tanih. tanih yang terdapat pada disteropkrap atas dan bawah tidak sama dengan disteropkrap bawah walaupun terdapat jenis kayu yang boleh mengadaptasi dan tumbuh seperti cengal, meranti, cengal, keruing dan lain-lain. Perbezaan ketara yang dapat dilihat tumbuhan yang berada ditempat tinggi dan rendah. Mana-mana tumbuhan hanya boleh meneruskan pertumbuhan dengan subur melalui kesesuaian tanih dan proses persaingan.Pemuliharaan habitat asal tumbuhan atau haiwan dapat hidup tanpa perlu mengadaptasi persekitaran baru dan perubahan ciri untuk menjalani penyesuaian di tempat baharu. Selain itu, spesis dapat menerapkan ciri dan cara pengadaptasi semulajadi untuk terus bertumbuh dan membiak. Walaupun dikatakan cara pemuliharaan secara ex-situ sangat berkesan bagi memulihara spesis flora dan fauna namun hal demikian berkemungkinan tinggi untuk menjejaskan ciri dan sistem pembesaran secara semulajadi.In situ, pemuliharaan yang memperuntukkan habitat asal bagi tujuan pemuliharaan spesis yang terancam. Taman negara dan hutan simpan khasnya akan disediakan dan dijaga untuk spesis yang terancam membiak secara semulajadi.Kemudian spesis yang hidup di habitat asal lebih berkualiti dan mempunyai pembiakan dan pertumbuhan yang lebih baik. Kebanyakan spesis berkenaan sama ada akuatik dan darat mempunyai kesesuaian deria yang terhad untuk terus hidup. Pemuliharaan secara in-situ ini bagi mengelakkan spesis kadangkala tidak dapat mengadaptasi persekitaran yang dipengaruhi oleh faktor suhu, iklim dan jenis tanihnya. Jika ex-situ kerap dilakukan walaupun in-situ masih boleh digunakan ianya membimbangkan akan menghilangkan ciri asli yang terdapat pada spesis tersebut.Perbezaan In-Situ dan Ex-situSecara proeses pelaksanaan, pemuliharaan In-situ dan Ex-situ ini memang berbeza. In-situ adalah proses memulihara spesis yang terancam untuk pupus di habitat asalnya. Contohnya, badak sumatera yang terdapat di sabah akan terus dibiakkan pada hutan yang menjadi tumpuan spesis ini. Manakala, Ex-situ pula proses apabila kepupusan terhadap spesis terancam kemudian ianya membawa spesis tersebut keluar dari kawasan ditemui dan mencipta suatu ekosistem baharu yang hampir sama fungsinya. Pengendalian permanian beradas atau eksprimen di makmal juga satu langkah pemuliharaan ex-situ.Secara lokasi, pemuliharaan in-situ kebiasaanya menggunakan mana-mana kawasan hutan yang masih terpelihara dan terdapat spesis terancam didalamnya. Kawasan berkenaan akan dikuatkuasakan sebagai hutan simpan dan kawasan konservasi pemeliharaan dan pemuliharaan. Namun, pemuliharaan ex-situ kebiasaanya ialah dengan pembuatan suatu ekosistem baharu yang menyerupai habitat asal. Contohnya , taman negara, garden botanial dan zoo yang akan mengumpulkan dan membiakkan spesis yang terpilih bagi tujuan memulihkan kadar kepupusan spesis tersebut. Contohnya, gajah pygmy yang kini di bawa ke zoo selain mengekalkan jenis ini pada populasi asalnya di hutan.

Cabaran Pemuliharaan In-situ

Walaupun pemuliharaan In-situ mempunyai kelebihan bagi memastikan spesis dapat mengadaptasi persekitaran dengan baik kerana ekosistemnya yang lebih sesuai dengan kemandiriannya namun ianya mempunyai cabaran pada masa akan datang.Kekurangan habitat semulajadi antara satu cabaran bagi meneruskan pemuliharaan dan pemeliharaan secara In-situ. Ketika ini, hutan di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya semakin berkurangan kerana kesan dari pembalakan dan manipulasi aktiviti manusia secara terlarang. Hal ini menjejaskan habitat-habitat bagi semua spesis hidupan flora dan fauna. Malaysia merupakan negara yang mencatatkan rekod kemusnahan hutan tertinggi dikalangan negara-negara Hutan Tropika. Walaupun malaysia masih diiktiraf sebagai negara yang mempunyai litupan hutan banyak iaitu 59% namun statistik daripada Food and Agriculture of the United Nations (FAO) menunjukkan Malaysia 86% kadar kemusnahan hutan pada tahun 1990-2000 dan 2000-2005.

Hal ini berlanjutan dengan imbasan imej satelit yang menunjukkan malaysia mempunyai kadar 3 kali lebih cepat kemusnahan di asia. Hutan-hutan tersebut digantikan dengan penanaman ladang kelapa sawit dan dibiarkan gondol. Cabaran pemuliharaan In-Situ adalah habitat yang semakin kurang dan Ex-Situ dapat digunakan bagi memastikan penjagaan spesis terancam daripada pupus. Selain itu, kepupusan spesis secara semulajadi juga akan memebri kekangan. Kesan daripada habitat berkurang, terdapat spesis sama ada flora dan fauna akan pupus. Contohnya, gajah pygmy jantan yang telah mati dan hanya tinggal dua ekor gajah betina maka jika pemuliharaan in-situ sahaja digunakan pasti pembiakan populasi tidak akan berubah. Badak tersebut terpaksa dipulihara dengan cara permanian beradas (makmal) dan penggunaan gajah dari hutan lain untuk dipindahkan bagi tujuan pembiakan dan menambahkan populasinya.

KemudiAN, Pemuliharaan In-Situ tidak dapat melindungi spesis-spesis tersebut daripada penyakit dan bencana alam semulajadi sperti gempa bumi, dan rekahan bumi yang merosakkan landskap bumi kerana ianya hanya mengekalkan kemandirian spesis haiwan dan tumbuhan tersebut serta melindunginya daripada yang disebabkan melalui penubuhan Hutan simpan dan pusat koservasi sahaja. Menurut David Murell, [pakar ekologi dari unversity College London 300 jenis penyakit baharu telah muncul dan sebanyak haiwan 60% daripada penyakit tersebut adalah jangkitan yang dilaporkan telah turun kepada manusia daripada haiwan. daripada 60% jangkitan tersebut 70% adalah haiwan liar. Ianya susulan daripada perubahan cuaca dunia yang telah mengakibatkan berbagai-bagai penyakit baharu yang berpunca daripada haiwan menjangkiti manusia. Contohnya, Penyakit HIVberpunca daripada chimpanzee di Afrika Baat. oleh itu, Ex-situ juga perlu diterapkan bagi memastikan haiwan yang dijaga dapat dibendung risiko jangkitan penyakit dan menjangkiti pada manusia. Tumbuhan juga pasti akan dapat dijaga daripada gangguan penyakit melalui parasit Tetranychus dan Thrips Palmi karnya.

KesimpulanStrategi terbaik bagi melindungi biodeversiti adalah dengan memelihara dan memulihara populasi secara semulajadi dan komuniti semulajadi di dalam habitat tersendiri dikenali in-situ. walaubagaimanapun, bagi haiwan yang tidak ada pilihan untuk dipulihara pada habitatnya. Cara yang terbaik dilakukan adalah dengan menghasilkan habitat baru yang mempunyai sama keadaan seperti habitat semulajadi haiwan tersebut. Maka pemuliharaan tersebut dipanggil ex-situ. Pemuliharaan in-situ dilihat lebih baik untuk hidupan liar kerana ianya dibiarkan hidup di habitat masing-masing.http://insanklasih.blogspot.com/2012/12/pemeliharaan-in-situ-dan-ex-situ_7.html03/9/13

PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL DI MEJA MAKANDefinisi Protokol dan Etika SosialProtokol merupakan perkataan yang berasal dari Yunani iaituprotokollenyang menggabungkan dua perkataan iaituprotosyang membawa maksud yang pertama dan perkataankoilyang bermaksud pelekat.Protokol bermaksud etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara- upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang.Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaituethosyang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang.Etika sosial yang hendak disampaikan adalah merupakan satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya kita lakukan ketika berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.

Etika di Meja MakanPerkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya kita tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan terutama dalam majlis rasmi.Kita hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan kerusi ke belakang. Duduklah dengan bahagian belakang badan rapat kerusi dan kaki rata di atas lantai.Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau di rumah orang kenamaan.a) Tertib di meja makanBiasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan terpandang-pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke majlis tertunggu-tunggu untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan.Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringan sebelum jamuan. Lazimnya minuman dari jenis jus akan dihidangkan. Elakkan meminta minuman kegemaran seperti susu atau lain-lain minuman yang tidak dihidangkan oleh tuan rumah.Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan paksa diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan jika anda tidak mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman lebih dari dua gelas.Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana sedap sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letakkan gelas di atas meja-meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada pelayan.

Berikut adalah beberapa panduan bagi kita apabila beada di meja makan :i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja walaupun cantik.ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti menghina tuan rumah.iv. Elakkan menggunakan tangan untuk makan.v. Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.vi. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.vii. Jika perlu meninggalkan meja, letakkan napkin di atas kerusi menandakan anda akan kembali semula. Jika napkin diletakkan di atas meja, menandakan anda akan terus balik.viii. Letakkan sudu dan garpu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan.ix. Letakkan sudu dan garpu bersilang sekiranya belum selesai makan.x. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring, sudu boleh ditinggalkan di dalam bekasnya bila selesai makan. Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas berkaki yang berlapik, sudu hendaklah diletakkan di atas piring pelapik di sebelah kanan.

http://protokoldanetikasosial.blogspot.com/

Tertib di meja makanPeraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang. Terdapat tetamu dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan santun tetapi tidak faham akan peraturan menggunakan peralatan makan dengan betul. Terdapat juga tetamu yang melihat di antara satu sama lain bagi memulakan sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil. Akhirnya masing-masing menunggu orang lain untuk memulakan kerana bimbang tersalah ambil. Jika orang yang memulakan tersalah ambil atau tersalah cara, tetamu lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil. Ini akan menjadikan semua tetamu akan makan dengan cara yang tidak sesuai.Minum sebelum makanMinum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. Jangan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang tidak dihidangkan.Cara keluar masukMasuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk.NapkinSetelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkin ialah dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikitBerbualApabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahajaHidanganMengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri.Minuman (air sejuk) akan dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi hidangan.Kedudukan peralatanSudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau kecil untuk mentega diletakkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan.Makanan pembuka seleraMakanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang apabila selesai makan.SupGunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu mentega seperti burger.Hidangan ikanJika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan. Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan, pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam keadaan terlentang.SorbetSelepas hidangan ikan, sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan bukannya dessert. Sorbet dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan sebelum menikmati makanan lain.Hidangan utama (steak)Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain. Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu.DessertDessert dihidangkan setelah selesai makan makanan utama. Dessert adalah seperti aiskrim, puding dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan.KopiKopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula pula.MerokokElakkan daripada merokok di meja makan.BerjenakaJangan berjenaka semasa makanMeninggalkan tempat dudukApabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan.Cara keluarKeluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnyaMencungkil gigiMencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup

http://www.upak.sarawak.gov.my/modules/web/page.php?id=71&menu_id=0&sub_id=101Tatahias dan Hemah Diri dalam Menghadiri Majlis RasmiMaksud Tatahias / Hemah Diri Satu aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang kekemasan, Kesempurnaan dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi di majlis Aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri iaitu dari segi perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkanKepentingan TatahiasMenjaga Imej Imej Organisasi Imej PeribadiAnda hendaklah sentiasa peka tentang hiasan diri kerana ia merupakan mesej pertama yang dipamerkan apabila bertemu dengan orang lain. Dengan berpakian yang sesuai dan serba kemas keselesaan pertemuan dapat diwujudkan dan tanggapan negatif dapat diatasiKepentingan Hemah DiriHemah diri adalah : Pakian Rohani dan Jasmani seseorang individu yang dinyatakan melalui tingkah laku dan gerak-geriLayananLayanan mesra dan bersopan adalah amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang seperti : Memberi salam petemuan dan perpisahan Bertutur dengan jelas Tertib dan berbudi bahasa Pamerkan imej yang baik dan disenangiKesihatan / Kebersihan dan KekemasanAspek ini amat penting keranan ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada dirinya :Bahagian kepala dan muka Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga Make up secara sederhana (Natural Look) Gigi sentiasa bersih Pernafasan tidak berbauBahagian badan dan tangan Badan tidak berbau Baju bergosok Baju tercarik dan kelihatan kotor Kuku jari tidak kelihatan panjang Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisikBahagian punggung dan kaki Seluar / kain tidak bergosok Memakai stokin berwarna terang dan berbunga Kasut kelihatan kelabu Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah terhakisTips Tatahias untuk Wanita Tahu memilih pakaian dari segi warna / fesyen Pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk tubuh badan masing-masing Wanita berbadan gemuk / besar sesuai memakai pakaian yang berwarna gelap / hitam. Tidak sesuai memakai pakaian yang berbunga besar atau terang Wanita yang berbadan kecil boleh memakai baju yang berwarna lembut cerah Pakaian hendaklah tidak melebihi daripada empat warna pada satu masa Memakai tudung tida menghalang untuk bergaya Selendang biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi dan formal Pakaian tidak perlu mahal asalkan pandai memilih dan menggayakannya 5 elemen untuk menambah keterampilan dan keceriaan : Gaya, Warna, Jenis Kain, reka Bentuk, VTO (Place, Time, Occasion)Kekemasan Diri Wanita Elakkan memakai pakaian berkilat / berkilau di siang hari Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krimas Corak fabrik tidak lebih dari empat warna Penggunaan alat solek tidak keterlaluan Hindarkan memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng jangan memakai skirt yang singkat. Skirt labuh dibenarkan (paras lutut) Jauhi daripada memakai baju yang ropol ( frills) atau berbunga besar Pastikan anda harmonis dalam berpakaian Elakkn daripada memakai selipar / sandal Solekan muka hendaklah kelihatan natural Perhiasan hendaklah yang minima dan tidak menjolok mata Jangan memakai jam dan gelang tangan di tangan yang samaKesesuaian Pakaian Lelaki Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar) Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang Sesuaikan warna tali leher dengan baju Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak Jangan memakai pakaian berjalur keseluruhan Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat Stokin putih tidak sesuai dalam majlis Gunakan ''cologne'' dan deodoran yang lembut Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ''cologne'' di kedua belah bahu Seluar dan busjaket hendaklah sama warna dan bahan dipakai pada siang hari sahajaKesopanan oleh tetamu amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis adalah juga bergantung kepada ketertiban dan kerjasam tetamuTanggungjawab apabila menerima kad jemputan Baca segera Teliti jemputan Teliti tarikh, hari dan masa Teliti tempat majlis diadakan Teliti pakaian yang dikehendaki Buat keputusan segera Jawab dengan kad jawapan jika adaPersiapan bagi menghadiri majlis Tempat majlis hendaklah diketahui Kenderaan dalam keadaan sempurnaKetibaan di tempat majlis Pelekat diletakkan di tempat sewajarnya Arahan pihak lalu lintas hendakla dipatuhi Masa ketibaan mengikut masa yang ditetapkan Kad jemputan dibawa jika dikehendaki Penyanbut tetamu : patuhi arahannyaDalam majlis perasmian Sambutan oleh penyambut tetamu : elakkan bertengkar jika tak puas hati Mencari tempat duduk : bertanggungjawab jika ada masalah Meneliti program jika ada Berbual dengan sopan Berminat dengan majlis yang dihadiri Keluar masuk : elakkann kecuali dalam keadaan perlu sahajaMajlis Jamuan Minum sebelum makan : tidak gelojoh Mengambil tempat duduk : pastikan tempat duduk yang betul Menggunakan peralatan dengan betul Berbual dengan sopan dan tajuk yang dibenarkan Makan sup dengan tidak berbunyi Berjenaka berpatutan Tidak dibenarkan merokok Elakkan mencungkil dan menggaru Meninggalkan majlis apabila selesai majlis Majlis selesai : elakkan berebut-rebut, tunggu orang kenamaan dahulu Barang kenangan : jangan diambilMajlis Tamat Tetamu utama meniggalkan majlis Cara berdiri : menghadap tetamu utama Barang kenangan : elakkan daripada mengambilnya Kesopanan meninggalkan majlis : mengikut giliranKecacatan majlis disebabkan oleh tetamu Tidak memberi jawapan kehadiran Memberi jawapan lewat Menjawab hadir tetapi tidak hadir Menjawab tidak hadir tetapi hadir Menjawab hadir bersama isteri tetapi hadir seorang Menjawab hadir tanpa isteri tetapi hadir bersama isteri Tetamu hadir membawa jemputan yang tidak dijemput Hadir lewat dari masa yang ditetapkan Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai