laporan pertandingan bercerita bahasa melayu tahap 2 -dah diedit

14
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 Laporan Aktiviti Pertandingan Bercerita Tahap 2 Anjuran Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Agama Sibu 2014 Peringkat : Sekolah Nama Sekolah : SK Agama (MIS ) Sibu Tarikh : 19 Februari 2014 Tempat : Kelas 2 Mawar Masa : 1400-1700 petang Penyertaan guru : Semua guru Penyertaan murid : Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6) 1.0 Pengenalan Pertandingan bercerita merupakan salah satu aktiviti anjuran Panitia Bahasa Melayu SK Agama Sibu. Aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid di samping mencari wakil sekolah untuk menyertai pertandingan bercerita peringkat bahagian Sibu untu tahun 2014. 2.0 Rasional SK Agama Sibu 2014 1

Upload: saftuyah-omar

Post on 27-Dec-2015

1.765 views

Category:

Documents


60 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

Laporan Aktiviti Pertandingan Bercerita Tahap 2 Anjuran Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Agama Sibu

2014

Peringkat : Sekolah

Nama Sekolah : SK Agama (MIS ) Sibu

Tarikh : 19 Februari 2014

Tempat : Kelas 2 Mawar

Masa : 1400-1700 petang

Penyertaan guru : Semua guru

Penyertaan murid : Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6)

1.0 Pengenalan

Pertandingan bercerita merupakan salah satu aktiviti anjuran

Panitia Bahasa Melayu SK Agama Sibu. Aktiviti ini bertujuan untuk

mencungkil bakat murid di samping mencari wakil sekolah untuk menyertai

pertandingan bercerita peringkat bahagian Sibu untu tahun 2014.

2.0 Rasional

Pertandingan ini bertujuan untuk mencari pelajar yang berbakat

dalam bidang bercerita dan membuka peluang kepada mereka untuk

menyertai pertandingan seumpama ini. Di samping itu, melalui pertandingan

ini dapat menambah keyakinan murid dalam menyampaikan cerita di

hadapan khalayak ramai.

SK Agama Sibu 2014 1

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

3.0 Objektif

3.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara

bersahaja dan menyakinkan.

3.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya

kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil

karya sendiri.

3.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi

serta berdaya saing dalam kalangan murid.

4.0 Syarat-syarat Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap 2 ( tahun 4, 5, dan 6 )

2 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

(a) buku-buku cerita

(b) cerita-cerita dari majalah

(c) cerita-cerita darpada bahan elektronik

(d) hasil karya sendiri

3 Kualiti cerita :

(a) Isi cerita mestilah mengandungi unsur-ubsur pengajaran dan

nilai-nilai murni yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan

agama.

(b) Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur

murid.

(c) Cerita tersebut perlulah pelbagai jenis dan skopnya tidak

tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

SK Agama Sibu 2014 2

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

4 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang

diperuntukkan. Setiap masa peserta diberi masa untuk bercerita antara

6 minit hingga 8 minit.

5 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke- 8, menandakan masa

persembahan telah tamat.

6 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

7 Unsur puisi, nyayian dan cakap ajuk untuk mengukuhkan penceritaan

tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.

8 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta

perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan

memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan

anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki

hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke

hadapan dan setapak ke belakang.

9 Peserta tidak dibenarkan memakai kostum.

10 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta

membuat persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau

melebihi lapan (08) minit.

11 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

(a) menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan agama.

(b) Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus.

(c) Dibantu oleh orang lain.

(d) Menggunakan ‘props’, “back-drops”, muzik kesan bunyi.

12 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

13 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk

menentukan pemenang :

(a) teknik persembahan

(b) bahasa dan pertuturan

(c) penghayatan cerita

SK Agama Sibu 2014 3

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

14 Keputusan panel hakim adalah muktamad .

14.1 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur,

membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.

14.2 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan,

meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

14.3 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan

meyakinkan.

14.4 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan

berdasarkan bahan rangsangan.

5.0 Ringkasan Aktiviti

Setiap murid yang menyertai pertandingan bercerita ini, terlebih

dahulu diberikan pilihan untuk memilih cerita sendiri lebih awal agar mereka

dapat bersedia dan dapat berlatih menggunakan sebutan serta intonasi yang

betul . Ini juga melatih mereka menunjukkan gaya persembahan yang

menarik dalam pertandingan bercerita.

Semasa pertandingan 3 orang hakim telah dilantik untuk mengadili

pertandingan ini. Aturcara pertandingan telah berjalan dengan lancar. Semua

peserta telah menyampaikan cerita dengan lancar. Walau bagaimanapun

tahap cerita murid tidak mencapai tahap yang memuaskan dan ada di

SK Agama Sibu 2014 4

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

kalangan murid tidak begitu yakin menyampaikan cerita. Aturcara

pertandingan tamat kira-kira jam 5.00 petang.

6.0 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan

Pengerusi : Puan Saftuyah binti Omar

Naib Pengerusi : Puan Norlija binti Tomi

AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Hakim Tahap 2

Hakim Bahasa : Encik Razali bin Arifin (Ketua)

Hakim Gaya Persembahan : Puan Mimmunah binti Ali

Hakim Sebutan dan Intonasi : Cik Hazlila

AJK Perakam & Dokumentasi : Puan Norlija binti Tomi

Juruacara Majlis : Encik Yazid bin Junaidi

AJK Bacaan Doa : Ustaz Mohd Jamri bin Jemati

AJK PA Sistem : Encik Haji Mohd Mahren bin Ismail

Penjaga masa : Puan Mastura binti Sahar

AJK Hadiah dan Sijil : Puan Anita binti Saar

Puan Saftuyah binti Omar

SK Agama Sibu 2014 5

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

7.0 Aturcara Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

Tarikh : 19 Februari 2014

Tempat : Kelas2 Mawar

Masa : 2.00 petang (Rabu)

TENTATIF PROGRAM

1.45 petang : Kehadiran para peserta.

1.55 petang : Kehadiran para jemputan

2.00 petang : Majlis bermula

i. Ucapan pengerusi majlis

ii. Ucapan perasmian Guru besar

2.10 petang : Pertandingan bercerita bermula

4.50 petang : Tamat pertandingan /bersurai

* (Tertakluk kepada pindaan)

SK Agama Sibu 2014 6

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

8.0 Senarai peserta pertandingan.

Pertandingan Berserita Bahasa Melayu Tahap 2Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu 2014

Bil. Nama Peserta Kelas Tajuk Cerita1 Muhd Fariduddin Thamin 4K  2 Mohd Firdaus Idham 4M  3 Mohd Haziq 5D Tujuh Tuan Puteri4 Ahmad Fazrul Haziq 5M Serigala dengan Pengembala Biri-biri5 Azlina bt Azizee 6D Pak Mamat Naik Kapal terbang6 Anuar bin Omar 6T Si Camba7 Mohd Aidil Haziq 5K Pak Usup Tukang Rumah8 Rabiatul Adawiyah 6T Peeriuk Bubur Ajaib9 Dayang Haziqah binti Abang Kiprawi 6M Tanggang Anak Derhaka10 Nuraisha binti Kassim 4M Periuk Ajaib11 Norisawati binti Darwish 4T Puteri Raja dan katak yang hodoh12 Nurul Nadia 5K Saya Tak Hodoh13 Ahmad Haiqal Nur Hazeem 4D Si Pengail Ikan14 Amirah Fatin binti Aljian 4D Raja Bersiung15 Zamir Arif bin Rissamudin 6K Bunga Nasi16 Ameera Nazirah binti Zakwan 5M Akibat Berangan17 Nur Syafiqah binti Salman 4K  18 Nur Allya Nuha 5T Puteri Duyung19 Sofea Nurhafliana 5D Tujuh Tuan Puteri20 Mohd Syahrizan binti Mustafa 6D Pkak Pandir dengan Putera Raja21 Mohd Fitri bin Syamsul 6M Periuk Bubur Ajaib22 Nurul Azia Syafiqa 5T Hadiah daripada Ahli Silap Mata23 Amirul Fikri bin Hassim 4T Hud-hud yang Setia24 Nurul Hazlinda binti Isman 6K Periuk Bubur Ajaib

SK Agama Sibu 2014 7

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

9.0 Keputusan Pertandingan Bahasa Melayu Tahap 2

Kedudukan Nama pemenang MarkahPertama Sofea Nurhafliana bt Wahaf 80Kedua Dayang Haziqah binti Abang Kiprawi 74Ketiga Ahmad Haiqal Nur Hazeem 67

Keempat Amirah Fatin bin Aljian 65Kelima Ahmad Fazrul Haziq 59

10.0 Suasana Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 22014

SK Agama Sibu 2014 8

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

10.0 Penutup

Pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan. Peserta yang mendapat

tempat yang pertama akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita

Bahasa Melayu Tahap 2 ke peringkat bahagian Sibu.

SK Agama Sibu 2014 9

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2

Laporan disediakan oleh;

........................................(SAFTUYAH BT OMAR) Penyelaras , Pertandingan Bercerita BM Tahap 2. .

Disahkan oleh;

...............................(YACOB BIN HAJI PON )Ketua Panitia, Panitia Bahasa MelayuSK Agama Sibu

Disemak oleh;

................................ (SHARKAWI BIN HAMDAN) Guru Besar, SK Agama Sibu.

SK Agama Sibu 2014 10