cerita lebai malang

4
CERITA “LEBAI MALANG” Konon pada masa dahulu di sebuah desa tinggal seorang lelaki yang dipanggil Pak Lebai. Rumah Pak Lebai terletak di tepi sebatang sungai.Pada suatu hari datanglah seorang lelaki ke rumah Pak Lebai. Tujuan lelaki itu ialah untuk menjemput Pak Lebai ke rumahnya untuk majlis kenduri. Rumah lelaki itu terletak di sebuah kampung di hulu sungai itu.Maka berjanji lah Pak Lebai untuk hadir ke majlis tersebut.Tidak berapa lama kemudian datang pula seorang lelaki lain ke rumah Pak Lebai. rupa-rupanya lelaki itu juga ingin menjemput Pak Lebai menghadiri kenduri di rumahnya. Rumah lelaki itu pula terletak di hilir sungai. Selepas kedua-dua lelaki itu berlalu maka Pak Lebai pun memasang strategi bagi membolehkannya hadir di kedua-dua majlis tersebut.Kedua- dua majlis akan diadakan serentak. Pak Lebai akan menggunakan perahu untuk pergi ke kedua-dua majlis.Pak Lebai merancang untuk pergi ke kampung di hulu terlebih dahulu. Selepas makan di situ Pak Lebai akan segera berdayung ke kampung di hilir pula. Pergerakan menghilir akan mempercepatkan perjalanan Pak Lebai. Keesokan harinya, Pak Lebai memberitahu isterinya hajat untuk ke rumah kenduri. Pak Lebai turut berpesan agar tidak menyimpan makanan untuknya kerana dia pasti kenyang setelah hadir di dua kenduri. Sebenarnya Pak Lebai sudah terlewat. Namun Pak Lebai bertekad untuk hadir di kedua-dua majlis. Dia melihat arus sungai dan berfikir sejenak. Jika dia terus ke kampung hilir dia akan sampai tepat pada waktunya. Namun sudah pasti dia tidak akan sempat ke kampung hulu. Sebaliknya jika dia ke kampung hulu, dia akan terlewat sedikit kerana terpaksa berdayung menongkah arus. Namun dia mendapat kelebihan berdayung ke kampung hilir kerana perjalanan menghilir akan lebih lancar. Maka Pak Lebai mengambil keputusan untuk ke kampung hulu terlebih dulu. Ini memberi peluang kepadanya untuk hadir di kedua-dua majlis biarpun terlewat sedikit.

Upload: wahida-salleh

Post on 26-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CERITA lebai malang

CERITA “LEBAI MALANG”

Konon pada masa dahulu di sebuah desa tinggal seorang lelaki yang dipanggil Pak Lebai. Rumah Pak Lebai terletak di tepi sebatang sungai.Pada suatu hari datanglah seorang lelaki ke rumah Pak Lebai. Tujuan lelaki itu ialah untuk menjemput Pak Lebai ke rumahnya untuk majlis kenduri. Rumah lelaki itu terletak di sebuah kampung di hulu sungai itu.Maka berjanji lah Pak Lebai untuk hadir ke majlis tersebut.Tidak berapa lama kemudian datang pula seorang lelaki lain ke rumah Pak Lebai. rupa-rupanya lelaki itu juga ingin menjemput Pak Lebai menghadiri kenduri di rumahnya. Rumah lelaki itu pula terletak di hilir sungai.

Selepas kedua-dua lelaki itu berlalu maka Pak Lebai pun memasang strategi bagi membolehkannya hadir di kedua-dua majlis tersebut.Kedua-dua majlis akan diadakan serentak. Pak Lebai akan menggunakan perahu untuk pergi ke kedua-dua majlis.Pak Lebai merancang untuk pergi ke kampung di hulu terlebih dahulu. Selepas makan di situ Pak Lebai akan segera berdayung ke kampung di hilir pula. Pergerakan menghilir akan mempercepatkan perjalanan Pak Lebai.

Keesokan harinya, Pak Lebai memberitahu isterinya hajat untuk ke rumah kenduri. Pak Lebai turut berpesan agar tidak menyimpan makanan untuknya kerana dia pasti kenyang setelah hadir di dua kenduri.

Sebenarnya Pak Lebai sudah terlewat. Namun Pak Lebai bertekad untuk hadir di kedua-dua majlis. Dia melihat arus sungai dan berfikir sejenak. Jika dia terus ke kampung hilir dia akan sampai tepat pada waktunya. Namun sudah pasti dia tidak akan sempat ke kampung hulu.

Sebaliknya jika dia ke kampung hulu, dia akan terlewat sedikit kerana terpaksa berdayung menongkah arus. Namun dia mendapat kelebihan berdayung ke kampung hilir kerana perjalanan menghilir akan lebih lancar. Maka Pak Lebai mengambil keputusan untuk ke kampung hulu terlebih dulu. Ini memberi peluang kepadanya untuk hadir di kedua-dua majlis biarpun terlewat sedikit.

Ketika Pak Lebai tiba di kampung hulu, majlis telah hampir selesai. Meskipun begitu semua makanan telah habis. Pak Lebai rasa kecewa namun segera bergegas ke kampung hilir pula. Namun sesampainya di sungai arah aliran telah berubah. Fenomena pasang surut laut menyebabkan perjalanannya kali ini juga terpaksa melawan arus. Dengan bersusah payah Pak Lebai berdayung ke kampung hilir. Sekali lagi Pak Lebai bernasib malang kerana majlis telah pun selesai. Tuan rumah meminta maaf kerana semua makanan telah habis.

Dengan perut yang lapar Pak Lebai berkayuh pulang ke rumah. Dia berharap dapat makan di rumah. Malang sungguh apabila isterinya telah membuang semua makanan kerana itulah pesan Pak Lebai sebelum keluar tadi.

Selama ini masyarakat lebih gemar melihat nasib malang tersebut berpunca dari ketamakan seorang ‘lebai’. Bagi Demang itu bukan tafsiran tetapi tuduhan melulu. Demang sudah sebutkan dalam tulisan sebelum ini bahawa tinggalan nenek moyang kita tidak boleh dilihat selapis sahaja.

Page 2: CERITA lebai malang

Tuduhan bahawa Pak Lebai seorang yang tamak adalah tidak adil malah bersifat prejudis. Demang rasa dalam versi asal Lebai Malang, beliau tidak begitu. Silapnya Pak Lebai ialah kerana cuba memenuhi harapan semua orang dan tidak mahu menghampakan harapan orang.‘Lebai’ dalam masyarakat Melayu berbeza dengan ‘haji’. ‘Pak Lebai’ dilihat lebih warak, jujur dan suka menolong orang. Biarpun ilmu mereka tidak sehebat ulama’ atau ustaz, namun mereka terkenal sebagai ahli abid (ahli ibadat).

Lazimnya golongan lebai tidak kaya. Jika kaya mereka akan mampu menunaikan haji dan gelaran ‘lebai’ akan diganti dengan ‘haji’. Namun mereka amat dihormati masyarakat dan dianggap serba boleh. Seorang ‘lebai’ biasanya boleh menggantikan imam, siak, bilal, dan macam-macam lagi sebaliknya imam, siak, bilal dan lain-lain itu tidak semestinya seorang ‘lebai’.

Dalam kisah di atas, watak si malang dikaitkan dengan seorang lebai. Kenapa?Pada taakulan Demang, watak ‘lebai’ digunakan bagi menunjukkan seorang yang warak, jujur dan sentiasa berniat baik akhirnya ‘kecundang’ kerana silap perkiraan.Ada pendapat yang menganggap kisah ini bikinan penjajah atau musuh Islam bagi memburukkan imej Pak Lebai. Demang tidak fikir begitu.

Jika watak antagonis (watak jahat) digunakan untuk digandingkan dengan nasib malang maka ia adalah sesuatu yang biasa dan membawa kesan lain pula kepada audien. Dengan kata lain, mesej sebenar yang ingin dibawa oleh pengarangnya tidak akan kesampaian.Sebagai contoh, pengarang tersebut membawa kisah Pencuri Malang, Penipu Malang, Pembunuh Malang dan sebagainya.

Bagi Demang, Si Lebai Malang adalah tipa (type) segelintir masyarakat sejak dulu hingga kini. Si Lebai Malang mencerminkan hasrat murni dan cita-cita kudus masyarakat yang mendambakan sebuah negarabangsa yang ideal dan sempurna.Lihat semula Pak Lebai tadi. Dia menyangka yang dia dapat memenuhi harapan semua orang. Dia rasa tidak patut menghampakan harapan orang yang sanggup datang dari jauh untuk menjemputnya.Lihat semula cerita di atas. Adakah kenduri tersebut sebuah majlis yang besar sehingga dijemput penduduk dari kampung lain?Kalau kenduri besar seperti kenduri kahwin, Pak Lebai tidak akan terlewat sebab atur cara jamuannya lebih panjang. Demang berpendapat kenduri tersebut hanyalah kenduri kecil seperti kenduri arwah.

Itulah sebabnya Pak Lebai begitu beriya-iya untuk memenuhi kedua-dua jemputan. Jemputan ke atas Pak Lebai mungkin memintanya mengetuai bacaan doa dan tahlil. Tanpa kehadiran Pak Lebai barangkali majlis tersebut tidak sempurna.

Itulah kesilapan Pak Lebai yakni menyangka tanpa penyertaan beliau majlis tidak dapat dijalankan. Sepatutnya Pak Lebai akur bahawa dia tidak mampu berada di dua tempat dalam satu masa. Adalah bijak jika Pak Lebai hanya menerima satu jemputan dan menolak jemputan kedua.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Page 3: CERITA lebai malang

Kembali ke alam nyata, adakah dunia ini ideal dan sempurna? Ya, itulah yang kita harapkan. Secara jujur mari kita bertanya pada diri sendiri: adakah aku sempurna? Adakah aku LAYAK dilayan dengan sempurna? Adakah aku BERHAK dilayan dengan sempurna? Adakah semua orang di sekelilingku perlu sempurna sedangkan aku sendiri tidak sempurna?

Inilah yang sering kita terlepas pandang. Dalam hubungan suami-isteri misalnya. Si suami mengharapkan isterinya sempurna begitu juga sebaliknya. Kita sering mengharap: 'sepatutnya begini, sepatutnya begitu.'Adakah kita juga bertanya pada diri sendiri soalan yang sama?Bagaimana pula hubungan rakyat dengan pemimpin?Terdapat segelintir rakyat yang percaya bahawa pemimpin tidak boleh membuat kesilapan. Rakyat boleh buat silap sebab mereka hanya rakyat biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan.Rakyat boleh menerima rasuah atau memberi rasuah, contohnya bagi mengelakkan kena saman. Mereka sedar perbuatan itu salah tetapi sering berharap mereka dimaafkan.

Dalam membina negara terutamanya seperti Malaysia yang berbilang kaum ini kita perlu realistik dan bukannya idealistik. Kita mesti berusaha mencapai yang terbaik namun harus sentiasa sedar bahawa tiada yang sempurna.