cerita awang lutung

11
KARYA KLASIK MELAYU “CERITA AWANG LUTUNG” FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 SEMESTER 1(2008/2009) AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA: AZINATUNNISA BT JAMALUDIN NO.MATRIK: JEA080007 NAMA PENYARAH: DR.AMRAN BIN MUHAMAD SIPNOPSIS CERITA AWANG LUTUNG.

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

3.776 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayuCerita Awang LutungAZINATUNNISA BINTI JAMALUDIN JEA080007

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Awang Lutung

KARYA KLASIK MELAYU

“CERITA AWANG LUTUNG”

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA1104SEMESTER 1(2008/2009)

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

NAMA: AZINATUNNISA BT JAMALUDIN

NO.MATRIK: JEA080007

NAMA PENYARAH: DR.AMRAN BIN

MUHAMAD SIPNOPSIS CERITA AWANG LUTUNG.

Page 2: Cerita Awang Lutung

Cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang bernama Mak Da Miskin. Dia telah

melahirkan anaknya yang merupakan seekor kera lutong. Mak Da Miskin mengandung tanpa

dipinta. Semuanya gara-gara minum air dari tapak gajah di hutan. Mak Da Miskin dihalau dari

negerinya, lalu tinggal di hutan. Setelah lahir anaknya, dia pun peliharalah hingga besar. Apabila

awang Lutung sudah besar dia telah mengembara, hingga terdengar perbualan Puteri Bongsu

yang mahu bersuamikan kera lutung. Maka dia menyuruh ibunya datang melamar Puteri Bongsu.

Puteri Bongsu menyerahkan segalanya kepada ayahdanya. Lalu ayahdanya meminta emas

dua karung, perak dua karung, jambatan emas, jambatan perak dari rumahnya samapi ke rumah

Mak Da sebagai hantaran. Namun segalanya dapat dilakukan oleh Awang Lutung. Lalu mereka

berkahwin. Setelah berkahwin baru dapat tahu tentang penyamaran Awang Lutung. Yang

sebenarnya Awang Lutung mempunyai paras rupa yang tersangat elok. Namun kakak Puteri

Bongsu cemburu dengan Puteri Bongsu kerana dia memiliki suami yang kacak. Lalu pelbagai

helah di buat supaya Awang Lutung membenci kepada Puteri Bongsu.

Hinggalah kepada satu helah yang disuruh oleh Puteri Sulung kepada Puteri Bongsu, dia

menyuruh Puteri Bongsu menghayun pisau kepada Awang Lutung apabila Awang Lutung balik

ke rumah. Akhirnya Awang Lutung lari meninggalkan Puteri Bongsu. Hinggalah mereka

terpisah dengan berapa lamanya. Namun akhirnya mereka tetap bertemu jua.

PENGENALAN

Page 3: Cerita Awang Lutung

Cerita Awang Lutung ialah sebuah cerita rakyat melayu yang telah dituturkan oleh seorang

tukang cerita di Kampung Mentuan, Daerah Bachok , Kelantan. Cerita ini boleh dikategorikan

sebagai cerita rakyat. Cerita rakyatadalah cerita lisan. Ianya hidup daripada satu generasi ke satu

generasi yang lebih muda melaliu jalan lisan. Kadang-kadang cerita itu dituliskan, kerana ada

yang mahu mencatatkanya. Seperti yang berlaku kepada cerita-cerita rakyat Melayu sejak

pertengahan abad kesembilan belas. Tetapi pada hakikatnya cerita-cerita rakyat hidup melalui

jalan lisan, dan kerana itu ia mempunyai jalan bahasa dan konvensi-konvensi seninya tersendiri.

Cerita ini dikekalkan dengan beberapa ciri pemakaian bahasa bercerita gaya lisan, terutama

dari segi pemakaian bahasa loghat daerah, contohnya, ‘kecek’ yang bermaksud ‘bercakap’.

‘kecek’ adalah dalam bahasa Kelantan. Selain itu pemakaian kependekan perkataan. Contohnya,

perkataan ‘tak’, ‘dah’, ‘nak’. Susunan ayat pula tidak rapi jika dibandingkan dengan gaya bahasa

yang tertulis.

Cerita ini lebih kepada bentuk panglipur lara. Mempunyai pengajaran, nilai moral dan

memaparkan sikap-sikap yang selalu ada dalam kehidupan masyarakat. Perasaan prasangka

terhadap seseorang, tuduh menuduh, perasaan iri hati, kasih sayang, materialistik, dendam,

penyabar dan pelbagai lagi sifat-sifat manusia dalam cerita Awang Lutung ini. Cerita ini

mempunyai kaitan dalam nilai masyarakat. Ianya banyak memaparkan nilai hidup manusia,

walaupun ada campuran kisah dongeng sedikit dalam cerita ini. Kisah dongeng merupakan kisah

yang tidak logik. Cerita ini banyak yang tidak logiknya di fikiran manusia.

FALSAFAH CERITA AWANG LUTUNG.

Page 4: Cerita Awang Lutung

Motif utama cerita Awang Lutung ini ialah penyamaran. Penyamaran Awang Lutung

dalam cerita ini memperlihatkan pandangan orang lain terhadapnya. Misalnya Awang Lutung

sengaja menyuruh ibunya Mak Da Miskin pergi melamar Puteri Sulung dan Puteri Tengah.

Tetapi kedua Puteri itu tidak dapat menerima pinangan daripada Awang Lutung. Hal ini

menunjukkan perbezaan taraf. Kedua Puteri tersebut merasakan Awang Lutung tidak sesuai

dengan dirinya. Kerana mereka adalah Puteri raja, manakala Awang Lutung adalah seekor kera

lutung. Ternyata kedua-dua puteri itu memandang paras rupa dan pangkat. Berbeza dengan

Puteri Bongsu. Semasa Mak Da Miskin datang melamar, Puteri Bongsu melayannya dengan baik

serta sopan. Dia tidak mengira pangkat atau darjat seseorang. Puteri Bongsu memaparkan sifat-

sifat baik, seperti menghormati orang yang lebih tua, tutur katanya sopan. Hal ini dapat dilihat

dalam babak tersebut;

“Awang Lutung suruh hamba mari minta Tuan Puteri Bongsu.”

“ Perkara ni beginilah Mak Da, tak apalah, mari masuk dulu”

Maka Mak Da pun masuklah ke dalam istana. Kemudian Tuan Puteri Bongsu pun mandi

berlimaulah Mak Da tadi hingga menjadi seorang yang colek molek serupa dia muda-muda dulu.

Lepas itu Mak Da pun makan bersama-sama Puteri Bongsu. Sebelum Mak Da turun nak balik,

kata Tuan Puteri bongsu, “ perkara ni beginilah Mak Da, Mak Da pergilah tanya ayahanda

sendiri”

Babak ini menunjukkan sifat Tuan Puteri Bongsu yang begitu baik melayan tetamu tanpa

mengira orang itu siapa. Malah amat menghormati Mak Da sebagai seorang tetamu orang yang

lebih tua darinya. Selain itu Tuan Puteri Bongsu juga menghormati ayahnya. Kerana dia

Page 5: Cerita Awang Lutung

menyerahkan segala keputusan ditangan ayahdanya sebagai ketua keluarga. Sifat ini

menunjukkan nilai-nilai murni dalam diri manusia.

Selain itu terdapat juga unsur-unsur dongeng dalam cerita ini. Perkara ini bukan lagi suatu

yang pelik dalam cerita rakyat. Dalam cerita Awang Lutung ini, sememangnya banyak kisah

dongeng dikaitkan. Misalnya Mak Da boleh melahirkan seekor kera lutung. Dan semasa

melahirkannya, Mak Da Miskin didatangi oleh Mak bidan ketujuh dari kayangan. Kerana bidan

itu mendengar jeritan Mak Da yang kesakitan keseorangan di hutan. Unsur dongeng ini boleh

dikategorikan sebagai unsur tahyul. Pada zaman dahulu kepercayaan terhadap agama islam agak

berkurangan. Maka wujudlah unsur-unsur yang bertentangan dengan agama islam. Pada zaman

dahulu masyarakat percaya tentang kewujudan kerajaan kayangan. Namun sebenarnya unsur

dongeng agak penting dalam cerita klasik melayu, untuk menyedapkan jalan cerita.

Motif penyamaran juga agak kurang jelas dalam cerita ini. Kerana sebenarnya, Awang

Lutung bukanlah seekor kera, tetapi sebaliknya mempunyai paras wajah manusia yang amat

segak dan kacak seperti lelaki yang lain. Segalanya terbongkar selepas dia berkahwin dengan

Tuan Puteri Bongsu. Dia mempunyai sarung kera lutung, apabila keluar dari sarungnya barulah

kelihatan paras rupanya yang kacak itu. Disini memperlihatkan bahawa penyamaran yang

dilakukan oleh Awang Lutung adalah untuk mengaburi mata masyarakat yang hanya

memandang paras rupa dan darjat. Misalnya Puteri Sulung menolak lamarannya kerana rupa dan

darjat, hal ini dapat dilihat dalam babak tersebut;

“Allah Mak Da, Siang sayur tak ukur dengan belanga,

Potong baju tak ukur dengan badan”

Page 6: Cerita Awang Lutung

Ungkapan itu bermaksud yang Awang Lutung tidak sesuai dengan dirinya sebagai seorang

Puteri raja. Dan seoalah lansung tidak padan dengan rupa paras seekor kera lutung dengan Puteri

raja, juga kerana Awang Lutung adalah dari kalangan rakyat biasa saja. Dari sinilah memaparkan

perbezaan darjat tidak boleh bersama.

Dalam cerita ini juga wujud sifat iri hati dan cemburu di kalangan Puteri Sulung dan

Puteri Tengah. Mereka telah menghasut Puteri Bongsu membuat pelbagai perkara yang boleh

membuatkan Awang Lutung membenci dan meninggalkan Puteri Bongsu. Hinggalah kepada

tahap yang membuatkan Awang Lutung lari meninggalkan Puteri Bongsu. Hal ini dapat dilihat

semasa Puteri Sulung menyuruh Puteri Bongsu melakukan sesuatu yang kononnya Awang

Lutung akan lebih menyayanginya. Cerita ini dapat dilihat dalam babak tersebut;

“Hei adik! Kalau mu nak suruh abang kasih ke mu, mu gantunglah pisau ini dimuka pintu. Jadi

apabila abang mu balik gak, mu hayunlah pisau itu arah ke dia.”

Jadi sedang molek Awang Lutung sampai ke muka pintu rumah, maka Tuan Puteri Bongsu pun

hayunlah mata pisau dan terkenalahdahi Awang Lutung hingga berdarahlah, kata Awang Lutung

“Adik duduklah di sini! Abang nak pergi dah”

Babak ini menunjukkan yang Puteri Sulung berjaya meracuni fikiran adiknya Puteri Bongsu

untuk membuatkan Awang Lutung tinggalkannya. Sebenarnya, Puteri Sulung mencemburui

adiknya dapat jodoh yang baik serta mempunyai paras rupa yang amat kacak serta mempunyai

beberapa kelebihan yang unik. Perasaan iri hati ini adalah salah satu sifat lazim manusia yang

tidak boleh melihat kesenangan dan kebahagiaan seseorang dalam kehidupannya. Perkara ini

selalu dilihat dalam kehidupan masyarakat kita.

Page 7: Cerita Awang Lutung

Sebab itulah ia dikaitkan dalam cerita rakyat. Ianya bertujuan memaparkan nilai hidup

masyarakat. Perasaan iri hati, dengki antara satu sama lain sering berlaku dala kehidupan

seharian manusia.

Namun dalam cerita rakyat ianya telah di kaitkan dengan unsur-unsur dongeng dan

jenaka bagi menyedapkan jalan cerita tersebut, walaupun adakalanya tidak masuk akal. Nilai-

nilai manusia yang diselitkan dalam cerita ini memberi pengajaran kepada masyarakat dalam

menjalani kehidupan seharian. Misalnya sifat iri hati, bongkak, dan pemarah haruslah dielakkan

dalam masyarakat kita. Supaya hidup tidak akan kucar-kacir. Sifat seperti penyayang , penyabar,

hormat-menghormati, ikhlas dan jujur perlu diterapkan dalam diri manusia bagi menjamin

kehidupan yang lebih sejahtera.

Sebagai kesimpulan hasil daripada cerita Awang Lutung, dapat memaparkan dengan

jelas bahawa bagaimana rupa samaran seseorang itu menyembunyikan hakikat kebesarannya

yang sebenar, dan cuma mereka yang tajam penglihatannya sahaja yang dapat menembusi

penyamaran itu. Pelbagai sifat dalam diri manusia dipaparkan. Pencerita itu sebenarnya

mempunyai ilmu yang tinggi dalam menghuraikan sifat manusia ketika zaman itu dalam bentuk

cerita. Manusia akan lebih memahami apabila betul-betul menghayati cerita ini dan pada masa

yang sama turut belajar dari pengajaran dan nilai moral dalam cerita ini. Oleh demikian, ternyata

cerita klasik melayu banyak kaitan dalam kehidupan sebenar manusia.

SEKIAN.

Page 8: Cerita Awang Lutung

BIBLIOGRAFI

1. Prof. Mohd Taib Osman Ph.D dan Abu Hasan Sham M.A (1978) Warisan Prosa Klasik.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran

Malaysia.

2. Awang Sariyan(2007) Falsafah dan Logika Melayu. Selangor. Synergymate Sdn. Bhd .