ceramah psalah guna dadah

20
Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan kerja khusus ini dengan sempurna. Saya Muhammad Aris Farhan Bin Jamaludin (960218-59-5173) diberi peluang dan kesempatan untuk menyiapkan kerja khusus ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terlebih dahulu kepada Puan Mazni binti Mohd Salleh yang telah memberi serba sedikit pengenalan mengenai subjek Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103) dan beliaulah yang telah memberikan tugasan ini. Bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini juga amat dihargai. Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan kelas PPISMP PSV ambilan Jun 2014. Mereka telah banyak memberi maklumat, berkongsi pendapat dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang banyak memberikan semangat dan dorongan serta bantuan dalam melaksanakan tugasan ini. 1

Upload: aris-jamaludin

Post on 23-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Teks Dadah

TRANSCRIPT

Page 1: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan

kerja khusus ini dengan sempurna. Saya Muhammad Aris Farhan Bin Jamaludin (960218-59-

5173) diberi peluang dan kesempatan untuk menyiapkan kerja khusus ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terlebih dahulu

kepada Puan Mazni binti Mohd Salleh yang telah memberi serba sedikit pengenalan mengenai

subjek Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103) dan beliaulah yang telah memberikan tugasan

ini. Bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini juga amat dihargai.

Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan kelas PPISMP PSV ambilan Jun 2014.

Mereka telah banyak memberi maklumat, berkongsi pendapat dan memberi tunjuk ajar dalam

melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga

saya yang banyak memberikan semangat dan dorongan serta bantuan dalam melaksanakan

tugasan ini.

1

Page 2: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

TUGASAN PROJEK

Pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan

bahas Melayu amat penting kepada setiap individu. Setiap pelajar seharusnya memahami,

menguasai, mahir dan dapat menggunkan kemahiran tersebut dengan baik dan berkesan

dalam pelbagai situasi mengikut konteks yang sesuai dengan berkesan.

2

Page 3: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

DADAH MEMBAWA PADAH Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan

Salam Satu Malaysia. Pengetua, guru besar, guru-guru penolong kanan ,guru-guru dan para

pelajar yang dirahmati Allah sekalian. Pada pagi yang indah ini saya akan menyampaikan

cermah yang bertajuk ‘Dadah Membawa Padah’.

Dalam menempuh arus modenisasi kini, negara kesayangan kita Malaysia kerap kali

dihantui dengan kes-kes yang melibatkan dadah. “Duit PTPTN beli dadah”, “Pelajar tingkatan

tiga ditahan bersama dadah” dan “Tidak tahu anak ambil dadah” merupakan tajuk yang sering

disiarkan di dada-dada akhbar, corong-corong radio dan di kaca televisyen. Berita mengenai

dadah tidak asing lagi didengar oleh semua pihak. Lebih teruk lagi, dadah kini kian melular

bagaikan virus dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di sekolah. Perkara ini amat

membimbangkan dan harus diberikan perhatian.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sebelum kita melangkah lebih lanjut, eloklah kiranyta kita mengenali najis masyarakat

ini yakni dadah. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-

jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di

seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai

tujuan.Dadah ialah bahan kimia yang digunakan untuk merawat penyakit dengan mengubah

cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Walaubagaimanapun dadah itu baik, namun

penyalah gunaan dadah itu sendiri memberikan kesan sampingan yang memudaratkan kepada

si pengambilnya.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-

ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan

"use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug".

Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan

dadah. Di samping itu, dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan

yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan

emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat kesan ini, seseorang yang

menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

3

Page 4: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup

anda.

Sebagai contoh, ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu

menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Tidak kurang juga, teh, kopi dan coklat yang

selalu kita ambil ini juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai

"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang

bermasalah kepada individu yang mengambilnya. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan

makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya

kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi

dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta

Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import,

eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti kokain,

ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.

Pengambilan dadah-dadah ini secara berlebiihan juga dikenali sebagai dadah yang

disalahguna.

Guru-guru dan para pelajar yang dihormati.

Seterusnya kita akan mengenalai serba sedikit mengenai ciri-ciri dadah yang ada.

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

Contohnya ialah mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf

tunjang), digunakan bukan untuk tujuan perubatan, diperoleh secara haram, membawa kepada

pergantungan fizikal dan psikologikal juga mendatangkankesan-kesan buruk terhadap tubuh.

Setakat ini, dadah dikategorikan kepada lima bahagian iaitu narkotik atau opait, perangsang

(Stimulants), penekanan (Depressants), Hallucinogen dan Cannabis.

Kita seterusnya pergi kepada dadah yang popular pada masa kini. Salah satunya ialah

Morfin. Morfin dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”,

“Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang

diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin

mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat

dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik

larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

4

Page 5: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Selain itu dadah yan menjadi pilhan masa kini ialah ganja. Ganja dikenali dengan nama

lain sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan

“Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok

kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia

menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-

8%.

Tidak kurang juga, dadah yang paling popular dalam kalangan penagih-penagih amatur

ialah Kokain. Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok

Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika

Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat dan kemudiannya

merebak ke seluruh negara.

Para hadirin yang dihormati.

Kini kita kupas mengenai punca kenapa masyarakat kini terjebak dalam

penyelahgunaan dadah terutamnya dalam kalangan pelajar. Setelah dikaji secara teliti, antara

sebab utama kenapa pelajar mudah terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah ialah

pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama

dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan

dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat

dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap

rakan mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi

lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

Tidak terlepas juga kurangnya perhatian daripada ibu bapa turut menjadi punca kepada

berlakunya masalah penyalahgunaan dadah dalam kalnagan pelajar. Hal ini memang tidak

dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu

bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan

asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya

diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati

kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa.

Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis

dadah.

5

Page 6: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Bukan itu sahaja, tekanan ataupun depressi dalam diri pelajar-pelajar ini turut

menyebabkan mereka terjebak dalam gejala negatif ini. Kini, remaja bukan hanya

berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh

ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu

tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa

menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan

sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa

yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini

akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa.

Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi

oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

Gejala penyalahgunaan dadah ini juga berpunca daripada kurangnya pendidikan dan

penghayatan ilmu agama. Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan

dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa

tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja

sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.

Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah

dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau

menghindari dari perbuatan yang di anggap hina. Jika tidak dibendung dari awal, bukan sahaja

kes penyalahgunaan dadah yang mereka terlibat, namun gejala-gejala laian seperti pergaulan

bebas dan budaya melepak menjadi juadah harian mereka.

Dalam serba kecanggihan teknologi kini, pengaruh media cetak dan media elektronik

juga tidak ketinggalan menjadi punca berlakunya gejala yang tidak sihat ini. Pada masa kini,

remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana

melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi

disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini

juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku

serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu

betul atau salah.

6

Page 7: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi.

Gejala penyalahgunaan dadah bukan perkara yang dipandang enteng dan kini menjadi

masalah besar yang mengancam perkembangan remaja dan kanak-kanak. Baru-baru ini juga

telah dilaporkan penggunaan gas kebas dalam kalangan pelajar sekolah menengah di ibu kota.

Mereka menhidu gas tersebut dan terus menjadi khayal. Justeru, hal ini bukan lagi hanya

bualan kosong namun harus dicegah secepat mungkin. Apabila membincangkan kesan

pengambilan dadah ini, dadah bukan sahaja memberikan kesan buruk keoada kesihatan tubuh

badan namun memberikan kesan buruk terhadap empat perkara ini iaitu individu, keluarga,

masyarakat dan negara.

Pertama kita pergi kepada kesan kepada individu iaitu penagih itu sendiri. Si penagih

akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan

penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Si pengih ini tidak bertanggungjawab

kepada kerja atau persekolahannya dlam erti kata lainnya mengambil mudah dalam semua

perkara. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada

dalam khayalan. Penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas,

rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah

yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti

pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. Jadi kesan-kesan buruk ini

sudah pastinya tidak diigini oleh setiap orng di muka bumi ini.

Kedua merupkan kesan kepada keluarga iaitu keluarga si penagih. Maruah dan nama

baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi

beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak

untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah

musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara ahli

keluarga mungkin berlaku. Ada juga beberapa kes yang berlaku iaitu sehinnga sanggup

membunuh ahli keluarga sebdiri untuk mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah yang

baharu. Tidak kurang juga tidak dapoat mengawakl emosi sehingga bertindak liar dan kejam

membunuh ahli keluarga sendiri tanpa belas kasihan.

7

Page 8: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Ketiga akibat kepada masyarakat. Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram

kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih–

penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan

penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,

ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan pembangunan dan

kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain

boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. Perkara ini langsung tidak membantu

negara sendiri mencapai wawasan 2020 yang mahu menjadikan rakyat yang hidup dalam

berbilang kaum, agama dan bangsa hidup dalam perpaduan.

Keempat ialah kesan penyalahgunaan dadah terhadap negara. Negara dan masyarakat

terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara

ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata dan kos tidak

nyata. Kos nyata termasuklah kehilangan atau kerugian pengurangan daya pengeluaran

ekonomi, kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih

dadah, kos bagi menyelenggara program-program pencegahan, kos kerana kerugian akibat

daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan kos bagi meneruskan kegiatan

penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara ,

makamah, hospital dan sebagainya. Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar

yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan

yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih

dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah

kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin.

Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65%

adalah terdiri daripada kaum belia yang berumurdiantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan

bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan

nusa dan bangsa . Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan

dan ketahanan negara.Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah

sama ada untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan maruah negara secara langsung

mahupun menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka.

Secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatn negara.

8

Page 9: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Para guru dan pelajar yang dihormati.

Telah terbukti gejala penyalahgunaan dadah memang tidak mendatangkan hasil yang

berfaedah dan hanya merugikan semua pihak. Oleh sebab itu, langkah-lankah yang yang

sewajarnya perlu diambil supaya tidak lagi melular. Antara modus operandi yang bol;eh

dilakukan ialah melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah. Pihak

yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu

penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,

mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini

bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat

terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang

berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan

sebagainya.

Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapalah individu yang dapat

membentuk peribadi anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak umpama sehelai kain

putih,terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada Yahudi,Majusi atau

Nasrani”. Oleh hal yang demikian,ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam

membantu usaha pencegahan penagihan dadah. Langkah ini perlu dilakukan sejak anak-anak

masih kecil lagi persis pepatah Melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dato’ Seri Mohd.

Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia pernah berkata, “Teruskanlah

pengukuhan peranan keluarga sebagai institusi masyarakat yang lalu mengimpikan satu

generasi bebas dadah”. Menurut kata-kata beliau,institusi kekeluargaan perlulah diperkukuh

dan program keluarga sakinah perlulah dilaksanakan pada setiap keluarga. Hal ini adalah

demikian kerana keluarga yang berpecah belah merupakan punca anak-anak mudah

terjerumus ke dalam gejala negatif seperti menghisap dadah. Oleh sebab itu,ibu bapa perlulah

mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal

peribadi anak-anak bagi membantu kerajaan mencegah masalah penagihan dadah.

Selain itu, masyaraakt juga memainkan peranan penting dalam pencegahan penagihan

dadah. Sebagai contoh, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang memantau kawasan-kawasan yang sering

menjadi sarang penagihan dadah seperti di flat-flat terbiar dan kawasan felda. Tugas

masyarakat adalah untuk membuat rondaan dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika

berlaku kes penagihan dadah. Hai ini adalah disebabkan oleh tempat-tempat penagihan dadah

9

Page 10: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

seperti di rumah-rumah kosong perlulah dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku

di tempat yang sama. Hal ini persis pepatah Melayu,seperti pisang berbuah dua kali.

Kebanyakan masyarakat pada era globalisasi ini hanya mengetahui konsep ‘man-to-man

marking’ digunakan pada permainan bola sepak. Namun demikian,konsep ini juga boleh

digunakan sebagai subdaya pencegahan penagihan dadah. Konsep ini diasaskan oleh Claudio

Gentile dan telah berjaya melumpuhkan pergerakan penyerang pihak lawan ketika itu iaitu

Diego Maradona. Konsep ini juga boleh digunakan dalam pencegahan penagihan dadah. Kita

perlulah mendampingi golongan penagih dadah untuk membimbing mereka kembali ke pangkal

jalan. Ironisnya,masyarakat juga turut membantu dalam pencegahan penagihan dadah.

Seterusnya, bahawa pihak sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah.

Impian untuk mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek

rohani,jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi seorang yang berdisiplin dan

tidak mudah terlibat dengan kancah gejala sosial kerana jati diri yang telah dipupuk dalam diri.

Selain itu,penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan

Moral juga turut membantu mencegah amalan penagihan dadah. Tamsilnya,pelajar tidak akan

mendekati najis dadah setelah mengetahui kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di

atas. Hal ini secara tidak langsung dapat merealisasikan misi kerajaan untuk melahirkan

sekolah bebas dadah menjelang tahun

Lazimnya,kita mengetahui rakan merupakan tempat mengadu masalah dan meluahkan

perasaan. Sebagai rakan yang mengambil perhatian,mereka akan membantu rakan mereka

untuk menyelesaikan masalah. Namun di sini,titik mulanya seseorang itu menghisap dadah

ialah apabila rakan mereka yang jahat cuba mengajak mereka terlibat dengan kancah dadah.

Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 54.21 peratus penagih dadah

berpunca daripada pengaruh rakan. Oleh hal yang demikian,seseorang individu perlulah bijak

memilih rakan. Seseorang individu itu juga perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang

kukuh bagi menghadapi arus rintangan yang cuba untuk merobohkan jati diri mereka.

Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri kepada tuhan dapat membantu

meningkatkan jati diri. Oleh hal yang demikian, seseorang individu itu perlulah bijak memilih

rakan bijak untuk memikirkan alasan untuk menolak ajakan untuk melibatkan diri dalam kancah

penagihan dadah. Ingatlah peribahasa Melayu yang mengatakan janganlah sudah terhantuk

baru hendak terngadah yang bermaksud janganlah sudah terlibat dengan gejala dadah baru

hendak menyesal.

10

Page 11: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Guru-guru dan murid-murid yang dirahmati sekalian.

Sebelum saya menamatkan ceramah pada hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah

berkolaborasi dengan pihak kerajaan persis pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing untuk

mencegah penagihan dadah. Cuba bayangkan jikalau negara kita mengandungi ramai penagih

dadah, sudah pasti negara akan porak peranda. Banyak kes kecurian berlaku dan institusi

keluarga sakinah pasti tidak akan wujud lagi. Hal ini berlaku kerana dadah memerlukan wang

untuk dibeli dan seorang penagih sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mencuri untuk

mendapatkan wang bagi membeli dadah. Oleh sebab itu, langkah yang efisien dan pantas perlu

dilakukan mulai sekarang bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai negara bebas

dadah pada tahun 2015.

Sekian, terima kasih.

11

Page 12: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

REFLEKSI“Sejauh manakah tugasan/aktiviti yang dijalankan dapat meberi impak kepada anda dalam

merealisasikan program Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia”

Bahasa cerminan budaya dan bangsa. Apabila bercerita menenai bahasa, bnyak yang

boleh kita kaitkan. Namun pada masa kini Bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu seharusnya

menjadi keutamaan. Seperti semua maklum, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Perkara ini amat

jelas terpahat dalam Perkara 152. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasa Melayu seperti

kedudukannya dalam Perlembagaan mesti sentiasa berterusan.

Berdasarkan tugasan pertama, saya telah memilih cermah untuk dijadikan penulisan.

Saya juga telah memilih tajuk ‘Dadah Membawa Padah’ kerana tajuk ini masih hangat

dibualkan sehingga kini. Apa yang boleh dikaitkan dengan program Memartabatkan Bahasa

Melayu di Malaysia ialah penggunaan bahasa Melayu yang sebenar. Saya mengelakkan diri

untuk menngunkan bahas-bahasa pasar yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Perkara ini amat penting kerana bahasa ini bukan perkara yang boleh diambil mudah. Jika

diteruskan dengan bahas-bahasa pasar, kemungkinan besar akan rosak bahas Melayu itu

sendiri. Oleh sebab itu, program Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia tidak dapat

direalisasikan.

Bagi tugasan berkumpulan, kumpulan saya telah memilih untuk mengadakan simulasi

forum. Tajuk yang menjadi pilihan ialah ‘Masalah Disiplin dalam Kalangan Peljar dan Kes

Merookok’. Melalui aktiviti ini, saya telah melatih diri saya ini untuk bercakap menggunkan

bahasa Melayu baku yang mudah untuk difahami. Pertuturan dan penggunaan perkataan yang

menepati tatabahasa Melayu itu sendiri dapat melatih diri unuk menngunkan Bahasa melayu

dengan betul dan tepat. Pengolahan ayat dan kata-kata yang beradab dan sopan juga

menunjukkan kesantunan dalam Bahasa melyu itu sendiri.

Bagi pendapat saya, aktiviti seperti ini amat penting untuk dijalankan. Bukan hanya

untuk warga Melayu sahaja yang wajib mempelajarinya, bangsa-bangsa lain sepertiu Cina dan

India juga tidak turut terlepas daripada aktiviti ini. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mngasah ilmu

mengarang, aktiviti ini turut melatih sesorang individu itu senbdiri untuk mengunkan bahas

Melayu dengan betul.

12

Page 13: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan amat bergantung kepada kesedaran hakiki

dalam sanubari setiap ahli masyarakat kerana kasih mereka terhadap negara walau siapa pun

mereka. Menghormati, mengguna dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan mesti

dilakukan setiap individu tanpa menunggu sebarang bentuk paksaan atau menanti sebarang

bentuk pulangan. Perkara ini adalah tanggungjawab hakiki setiap individu terhadap negaranya

supaya program Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia dapat direalisasikan.

13

Page 14: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

BIBILIOGRAFIKamaruddib Husin. (1990) . Pengajaran Lisan, Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah Shamsudin, Abd. Rahim Ismali & Maria Mansur. (2012). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

RUJUKANhttps://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/jenis-dadah/

http://hemajoo95.blogspot.sg/2013/10/isl-isu-pengambilan-dadah-dalam.html

http://krgnbm4sc1.blogspot.sg/2011/03/langkah-langkah-mengatasi.html

https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/

http://www.myhealth.gov.my/index.php/remaja/perubahan-tingkah-laku/penyalahgunaan-dadah

https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/punca-penyalahgunaan-dadah/

https://zanas.wordpress.com/memartabatkan-bahasa-kebangsaan-dengan-rela/

14

Page 15: Ceramah PSalah Guna Dadah

Bahasa Melayu Kontekstual – GBM 1103

LAMPIRAN

15