penyalahgunaan dadah

18
PENYALAHGUNAAN DADAH

Upload: zulfahmi

Post on 18-Jun-2015

1.243 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: penyalahgunaan dadah

PENYALAHGUNAAN DADAHPENYALAHGUNAAN DADAH

Page 2: penyalahgunaan dadah

PENDAHULUANPENDAHULUAN

Dewasa ini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat di negara kita amat membimbangkan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani.Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat khususnya para remaja yang bakal mentadbir tampuk pemerintahan negara. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah mendatangkan satu masalah besar kepada negara. Oleh itu, dadah dapat didefinasikan sebagai apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap, atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Di samping itu,terdapat pelbagai faktor penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Page 3: penyalahgunaan dadah

Contoh Pelbagai Jenis Dadah

PIL ECSTACY

Page 4: penyalahgunaan dadah
Page 5: penyalahgunaan dadah

SYABU

Page 6: penyalahgunaan dadah

PIL KUDA

Page 7: penyalahgunaan dadah

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN

DADAH

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN

DADAH

Page 8: penyalahgunaan dadah

1) Terpengaruh dengan rakan sebaya.- Anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya seperti merokok, ponteng sekolah, membuli, dan sebagainya.- Gejala pengambilan dadah selalunya bermula daripada amalan merokok.- Diri selalu dipengaruhi oleh rakan-rakan yang lain kerana hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

2) Tidak menggunakan masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.- Masa terbuang begitu sahaja dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat-pusat membeli-belah.- Kesannya, diri akan terdedah dengan rasa ingin tahu tentang dadah dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.- Tambahan lagi, diri sendiri tidak mengetahui dengan sebenar-benarnya bahaya penggunaan dadah.

Page 9: penyalahgunaan dadah

3) Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan masalah kehidupan.- Menganggap dadah dapat menghilangkan kerungsingan dan kesusahan yang dideritainya.- Selain itu, dadah dapat menghilngkan kerungsingan oleh desakan ibu bapa.- Fikiran sentiasa tidak tenteram kerana tidak dapat mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah yang timbul.- Pengambilan dadah akan mendatangkan kesan negatif untuk menghilangkan kerungsingan seperti rasa khayal dan seronok, hilang kawalan diri, dan pemikiran yang bercelaru.

4) Kurangnya didikan agama.-Anak-anak kurang didikan agama daripada ibu bapa.-Ibu bapa tidak menitikberatkan didikan agama sejak kecil.-Ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah agama menyebabkan mereka terjebak dengan dadah.

Page 10: penyalahgunaan dadah

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN

DADAH

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN

DADAH

Page 11: penyalahgunaan dadah

Kesan dadah kepada fizikal:

-Dadah mempengaruhi sistem penting pada tubuh badan manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot.-Keadaan diri seseorang penagih dadah adalah tidak terurus.-Proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal.-Kadar pernafasan akan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung akan berkurangan, dan tubuh akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. -Terdedah kepada penyakit AIDS, Hepatatis B dan C, dan kerosakan paru-paru dan hati.

Kesan dadah kepada mental:

-Dadah akan mendatangkan rasa seronok, khayal, hilang kawalan diri, dan mendatangkan fikiran yang tidak waras.-Penagih akan tidak segan silu melakukan perkara yang memalukan seperti merompak, mencuri, dan membunuh serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab.-Sekiranya bekalan dadah tidak dapat diperoleh, mereka akan berasa keluh-kesah dan gian.-Penagih dadah akan cenderung untuk membunuh diri sendiri kerana emosi yang tidak stabil.

Page 12: penyalahgunaan dadah

Kesan dadah kepada sosial:

-Penagih dadah akan hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga, serta masyarakat sekeliling.-Prestasi dan disiplin kerja akan merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang dilakukan sebelum ini.-Penagih dadah akan tersisih daripada masyarakat, perpecahan dalam kalangan keluarga, dan sebagainya.-Kadar jenayah akan meningkat kerana penagih dadah cenderung untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bekalan dadah.

Page 13: penyalahgunaan dadah

LANGKAH-LANGKAH

MEMERANGI PENYALAHGUNAAN

DADAH

LANGKAH-LANGKAH

MEMERANGI PENYALAHGUNAAN

DADAH

Page 14: penyalahgunaan dadah

Peranan Ibu Bapa

-Mendidik anak-anak supaya membenci dadah.-Menerangkan kepada anak-anak bahawa penggunaaan dadah adalah berbahaya dan melanggar undang-undang.-Sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak – memberikan galakan supaya anak-anak melakukan perkara berfaedah,membina keyakinan diri anak-anak, dan memberi didikan agama serta moral.-Sentiasa mengambil tahu dan mengawasi aktiviti anak-anak.-Menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.

Page 15: penyalahgunaan dadah

Peranan Guru

-Menjalankan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah yang meliputi segala aktiviti yang bertujuan untuk memperkembangkan intelek, emosi, rohani, dan jasmani para pelajar.-Guru-guru perlu memberi tumpuan kepada usaha-usaha menyedarkan pelajar- pelajar tentang masalah penggunaan dadah.-Melibatkan para pelajar dalam segala aktiviti bagi mencegah penggunaan dadah.-Guru harus sedia dalam memberi maklumat yang berfaedah kepada pelajar iaitu: * Gemar berbincang dan berkongsi pendapat perihal dadah.-Memberi nasihat atau kaunseling. * Memberikan jalan penyelesaian agar dapat mengurangkan masalah yang tidak dapat diatasi.-Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan masalah atau tekanan hidup.

Page 16: penyalahgunaan dadah

Peranan Diri Sendiri

-Mematuhi dan mengetahui akibat penyalahgunaan dadah.-Menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti menyertai aktiviti kokurikulum dan memperkembangkan minat dan hobi.-Mewujudkan hubungan yang sihat antara ahli keluarga.-Berhati-hati dalam pergaulan – elak bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.-Mendapatkan nasihat dan kaunseling untuk menyelesaikan masalah.

Page 17: penyalahgunaan dadah

PENUTUPPENUTUP Intihannya, penyalahgunaan dadah perlu ditangani dari semasa kesemasa kerana dadah mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada fizikal,mental, mahupun kehidupan sosial masyarakat sekeliling.Para remaja khasnyaperlu membina jati diri kerana merupakan “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.Sesungguhnya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan berganding bahu secara efektif dan kolektif untuk mengatasi masalah Penyalahgunaan dadah agar dapat melahirkan warganegara Malaysia yang bebas dadah pada tahun 2015 kelak.

Page 18: penyalahgunaan dadah

TERIMA KASIH…