catatan refleksi intern

5
Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122) Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011 C ATATAN REFLEKSI PROJEK 1 1. Isu/Perkara yang di fokus: Pelaksanaan Majlis Bertemu Pelanggan & Penyematan Lencana Motivasi UPSR 2. Analsis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan : Hari Bertemu Pelanggan ini diadakan dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ibu bapa/ penjaga dengan pihak sekolah bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik dan sahsiah murid. Dengan cara ini diharapkan kedua-dua pihak dapat mengatasi masalah pembelajaran dan sahsiah anak-anak dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid di bidang akademik. Selain itu, ibu bapa dapat berbincang dengan guru kelas mengenai cara pembelajaran yang sesuai untuk anak mereka. Program Penyematan Lencana Motivasi UPSR ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan khusus untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dapat digunakan sebagai alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan. Lencana yang disematkan ke baju setiap murid dapat memotivasikan dan menyedarkan mereka mengenai tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan mereka untuk mengharumkan nama sekolah. Seterusnya, program ini dapat membuat pendekatan yang terbaik untuk semua pelajar dan khususnya pelajar Tahun 6 ini bersedia bagi menghadapi UPSR nanti agar mereka bukan hanya bergantung dapatan daripada guru di sekolah tetapi para ibubapa dan penjaga turut berkerjasama memastikan anak-anak mereka melakukan persiapan yang betul untuk UPSR dan peperiksaan yang akan

Upload: noor-farrah-wahida-murad

Post on 07-Feb-2016

307 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Catatan Refleksi Intern

Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122) Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011

C ATATAN REFLEKSI PROJEK 1

1. Isu/Perkara yang di fokus:

Pelaksanaan Majlis Bertemu Pelanggan & Penyematan Lencana Motivasi UPSR

2. Analsis isu / perkara yang difokus:

2.1Kekuatan :

Hari Bertemu Pelanggan ini diadakan dapat mewujudkan hubungan

dua hala di antara ibu bapa/ penjaga dengan pihak sekolah bagi

membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik

dan sahsiah murid. Dengan cara ini diharapkan kedua-dua pihak dapat

mengatasi masalah pembelajaran dan sahsiah anak-anak dan

seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid di bidang akademik.

Selain itu, ibu bapa dapat berbincang dengan guru kelas mengenai

cara pembelajaran yang sesuai untuk anak mereka.

Program Penyematan Lencana Motivasi UPSR ini merupakan sebuah

program yang dilaksanakan khusus untuk pelajar Tahun 6 yang bakal

menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dapat

digunakan sebagai alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke

arah kebaikan dan kemajuan. Lencana yang disematkan ke baju setiap

murid dapat memotivasikan dan menyedarkan mereka mengenai tugas

dan peranan yang perlu dilaksanakan mereka untuk mengharumkan

nama sekolah. Seterusnya, program ini dapat membuat pendekatan

yang terbaik untuk semua pelajar dan khususnya pelajar Tahun 6 ini

bersedia bagi menghadapi UPSR nanti agar mereka bukan hanya

bergantung dapatan daripada guru di sekolah tetapi para ibubapa dan

penjaga turut berkerjasama memastikan anak-anak mereka melakukan

persiapan yang betul untuk UPSR dan peperiksaan yang akan datang

nanti. Secara keseluruhan program ini mendapat sambutan daripada

ibubapa dan penjaga.

Page 2: Catatan Refleksi Intern

Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122) Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011

2.2Kelemahan:

Penyediaan tempat yang kurang kondusif semasa Majlis Bertemu

Pelanggan dijalankan. Ini disebabkan oleh terdapat dua kelas yang

digunakan untuk majlis yang dijalankan secara serentak iaitu Majlis

Penyematan Lencana Motivasi UPSR. Terdapat juga beberapa

kekurangan dalam pengurusan majlis di mana, kurangnya komunikasi

di antara Pengerusi Majlis dan Pengurus Murid Tahun 6.

3. Cadangan penambahbaikan:

Sebagai cadangan penambahbaikan, pihak sekolah boleh menjemput

penceramah luar untuk memberikan kata-kata motivasi kepada murid

Tahun 6, iaitu penceramah yang terdiri daripada guru-guru yang

cemerlang dalam UPSR serta pensyarah yang berpengalaman dalam

menyampaikan ceramah motivasi. Selain itu, pengerusi majlis perlu lebih

banyak berkolaborasi dengan guru yang menguruskan murid Tahun 6 dan

raptai penuh harus dilakukan dengan baik dan terancang bagi

mengelakkan kecacatan pada majlis. Diharapkan agar matlamat sekolah

dan pelajar untuk mencapai sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat

direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini demi

mencapai impian untuk menjulangi SK. Kg. Baru, Keningau.

Page 3: Catatan Refleksi Intern

Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122) Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011

CATATAN REFLEKSI PROJEK 2

1. Isu/Perkara yang di fokus:

Melaksanakan Pertandingan Sudoku Tahap 2

2. Analsis isu / perkara yang difokus:

2.1Kekuatan :

Aktiviti ini merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan

kemahiran berfikir murid secara kritikal seperti menyelesaikan

masalah. Ini juga menuju ke arah penggalakkan dan pendedahan

pemikiran aras tinggi kepada murid. Selain itu, murid dapat melibatkan

diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum dalam masa yang sama.

Ini dapat mengembangkan dan menyeimbangkan potensi murid dalam

bidang matematik dan permainan.

2.2Kelemahan:

Pemilihan tempat yang kurang sesuai menyebabkan fokus murid agak

terganggu dengan bunyi bising daripada persekitaran. Selain itu,

tempat yang sempit, tidak dapat menampung kapasiti peserta

menyebabkan kemudahtadbiran dan kebolehpercayaan pertandingan

agak menurun sedikit kerana potensi mereka meniru rakan adalah

tinggi.

3. Cadangan penambahbaikan:

Pemilihan tempat yang kondusif seperti di dalam kelas yang luas dapat

meningkatkan kemudahtadbiran dan kebolehpercayaan pertandingan tersebut.

Pemilihan tempat yang baik juga dapat mengawal disiplin murid semasa

pertandingan dijalankan. Saya harus membuat perancangan lebih teliti untuk

membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan

lebih baik dan disiapkan pada tempat yang sesuai dan masa yang ditetapkan.

Page 4: Catatan Refleksi Intern

Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122) Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011

CATATAN REFLEKSI PROJEK 3

1. Isu/Perkara yang di fokus:Melaksanakan Projek Sempena Bulan Kemerdekaan

2. Analsis isu / perkara yang difokus:

a. Kekuatan :

Antara kekuatan projek yang dijalankan adalah aktiviti atau pertandingan

yang dijalankan melibatkan semua pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti yang

dianjurkan ini, mereka akan terlibat secara di samping menanam semangat

patriotisme dan cintakan negara. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan juga dapat

mencungkil bakat pelajar seperti pertandingan mereka cipta. Melalui inovasi

dan kreativiti yang dilakukan oleh pelajar dalam menghasilkan replika

bangunan, semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat diwujudkan. Di

samping itu, murid-murid juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan

kemahiran berfikir aras tinggi.

b. Kelemahan:

Antara kelemahan yang dikenalpasti melalui projek ini adalah kekangan

tempat dan waktu. Kawasan yang digunakan untuk pertandingan kurang

sesuai. Sebagai contoh, semasa pertandingan teka silang kata dijalankan.

Murid duduk terlalu rapat dengan murid yang lain semasa pertandingan ini

dijalankan. Hal ini menyebabkan kemungkinan murid meniru semasa

pertandingan di jalankan adalah tinggi.

Selain itu, saringan peserta nyanyian juga tidak dijalankan terlebih dahulu.

Hal ini menyebabkan pertandingan akhir yang dijalankan mengambil masa

yang lama dan pemilihan pemenang menjadi sukar. Seterusnya, semasa

pertandingan melukis dilaksanakan, pihak pengelola tidak mengingatkan

pelajar tentang ciri-ciri yang akan dinilai di samping bahan-bahan yang boleh

digunakan juga tidak dinyatakan dengan jelas.

Page 5: Catatan Refleksi Intern

Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122) Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011

3. Cadangan penambahbaikan:

Kami telah menggariskan beberapa cadangan penambahbaikkan bagi projek ini

pada masa akan datang iaitu :

i) Menyediakan lokasi pertandingan yang lebih selesa dan luas.

ii) Menjalankan fasa saringan bagi pertandingan nyanyian lagu patriotik.

iii) Menyatakan bahan-bahan dan aspek-aspek yang akan dinilai dalam melukis

poster.

iv) Menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan seperti sajak

kemerdekaan, koir, pidato kemerdekaan, pertandingan kelas berhias dan

perarakan merdeka.