cara merapatkan hubungan antara kaum di malaysia

6
CARA-CARA MERAPATKAN HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, cabaran utama yang terpaksa digalas oleh para pemimpin negara ialah mengekalkan hubungan baik antara penduduk. Walaupun pada umumnya selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia selalu dikatakan sebagai sebuah negara yang aman dan masyarakatnya bersatu padu, tetapi gambaran ini musnah akibat tercetusnya peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini tercetus ekoran daripada senario pilihan raya umum 1969 yang berlangsung dalam suasana yang penuh ketegangan. Tarikh tersebut merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara dan sudah pasti kita selaku rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seumpama ini berlaku semula. Pelbagai cara perlu dimanifestasikan supaya tali perpaduan antara kaum di Malaysia ini tersimpul mati dan untuk tujuan tersebut semua pihak perlu memainkan peranan bermula daripada peringkat kerajaan sehinggalah ke peringkat akar umbi iaitu rakyat. Kerajaan yang merupakan komponen utama dalam melaksanakan usaha-usaha merapatkan hubungan kaum perlulah mengambil tindakan yang proaktif supaya hubungan antara kaum yang telah rapat dapat dieratkan lagi. Setiap anggota sesuatu kelompok masyarakat seharusnya diberi peluang untuk mengenali cara hidup, keadaan hidup dan masalah-masalah hidup kaum lain supaya tahap persefahaman antara satu sama lain dapat ditingkatkan. Justeru kerajaan disarankan untuk melakukan usaha pemasyarakatan semula penduduk di Malaysia supaya mereka tidak lagi hanya tertumpu kepada budaya sendiri sahaja. Kerajaan perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan interaksi antara kaum seperti program rumah terbuka semasa perayaan dan program Rukun Tetangga. Program-program sebegini selain membolehkan masyarakat saling bertemu, mereka juga berpeluang untuk memahami budaya masyarakat lain dan mereka juga dapat memupuk

Upload: raja-yong-raja

Post on 16-Jan-2016

573 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: CARA Merapatkan Hubungan Antara Kaum Di Malaysia

CARA-CARA MERAPATKAN HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, cabaran utama yang

terpaksa digalas oleh para pemimpin negara ialah mengekalkan hubungan baik antara

penduduk. Walaupun pada umumnya selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia selalu

dikatakan sebagai sebuah negara yang aman dan masyarakatnya bersatu padu, tetapi

gambaran ini musnah akibat tercetusnya peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini

tercetus ekoran daripada senario pilihan raya umum 1969 yang berlangsung dalam suasana

yang penuh ketegangan. Tarikh tersebut merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara

dan sudah pasti kita selaku rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seumpama ini berlaku

semula. Pelbagai cara perlu dimanifestasikan supaya tali perpaduan antara kaum di

Malaysia ini tersimpul mati dan untuk tujuan tersebut semua pihak perlu memainkan

peranan bermula daripada peringkat kerajaan sehinggalah ke peringkat akar umbi iaitu

rakyat.

Kerajaan yang merupakan komponen utama dalam melaksanakan usaha-usaha

merapatkan hubungan kaum perlulah mengambil tindakan yang proaktif supaya hubungan

antara kaum yang telah rapat dapat dieratkan lagi. Setiap anggota sesuatu kelompok

masyarakat seharusnya diberi peluang untuk mengenali cara hidup, keadaan hidup dan

masalah-masalah hidup kaum lain supaya tahap persefahaman antara satu sama lain dapat

ditingkatkan. Justeru kerajaan disarankan untuk melakukan usaha pemasyarakatan semula

penduduk di Malaysia supaya mereka tidak lagi hanya tertumpu kepada budaya sendiri

sahaja. Kerajaan perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan interaksi

antara kaum seperti program rumah terbuka semasa perayaan dan program Rukun

Tetangga. Program-program sebegini selain membolehkan masyarakat saling bertemu,

mereka juga berpeluang untuk memahami budaya masyarakat lain dan mereka juga dapat

memupuk semangat kekitaan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi

hubungan antara kaum di Malaysia.

Menggunakan sistem pendidikan sebagai satu medium untuk merapatkan hubungan

antara kaum di Malaysia juga merupakan salah satu inisiatif yang wajar dijelmakan kerajaan.

Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam

membina kerakyatan yang tungal sebenarnya telah lama disedari. Hal ini demikian kerana,

menerusi pendidikan rakyat boleh dididik supaya mempunyai satu ideologi yang sama selain

penerapan nilai-nilai murni yang dapat mengukuhkan perpaduan juga dapat diterapkan

dalam diri pelajar. Hubungan antara kaum dapat dieratkan menerusi pendidikan dengan

cara melaksanakan satu sistem persekolahan dan kurikulum yang sama serta sukatan

pelajaran yang seragam bagi kesemua masyarakat. Tindakan ini membolehkan setiap

Page 2: CARA Merapatkan Hubungan Antara Kaum Di Malaysia

pelajar mempunyai matlamat pendidikan yang hampir sama selain dapat meningkatkan

tahap kefahaman antara masyarakat. Penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah juga dapat membantu merapatkan lagi

hubungan antara kaum. Tindakan ini membolehkan setiap kaum berkomunikasi antara satu

sama lain dan seterusnya menimbulkan rasa persefahaman antara mereka. Dalam konteks

masa sekarang, kerajaan perlu mengukuhkan lagi sistem pendidikan yang ada supaya

perpaduan dapat dididik dalam diri rakyat sejak di bangku sekolah lagi.

Kebudayaan adalah merupakan satu sistem atau corak hidup yang merangkumi

agama, kepercayaan, adat resam, bahasa, ekonomi dan politik sesebuah masyarakat.

Elemen kebudayaan ini sangat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai

masyarakat majmuk. Justeru, kerajaan telah mengambil langkah untuk menggubal Dasar

Kebudayaan Kebangsaan bagi mengekalkan perpaduan menerusi kebudayaan. Dasar ini

dapat dijadikan sebagai satu garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta

mengekalkan identiti dan perpaduan dalam kalangan lapisan masyarakat. Di bawah dasar

ini, pelbagai aktiviti kebudayaan seperti seni muzik, drama, teater dan puisi dapat

dilaksanakan. Penyertaan masyarakat dalam program-program sebegini dapat memberikan

mereka ruang dan peluang untuk saling berinteraksi dan memahami budaya-budaya kaum

lain. Pelaksanaan dasar ini juga telah menggalakkkan masyarakat untuk mengamalkan nilai-

nilai murni dalam kehidupan seharian seperti nilai kesederhanaan, toleransi dan saling

menghormati. Pengamalan nilai-nilai ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia seterusnya dapat menjamin keselamatan dan kemanan negara. Namun begitu,

hasrat dasar ini hanya mampu tercapai dengan kerjasama semua kaum selain mereka juga

perlulah sentiasa mengutamakan kepentingan nasional lebih dari kepentingan sesuatu

golongan etnik.

Selain itu, hubungan antara kaum juga dapat dieratkan melalui bidang sukan.

Kenyataan ini dapat dibuktikan kerana setiap kali Malaysia bertarung di medan

antarabangsa, rakyat pelbagai bangsa bersatu memberi sokongan padu kepada atlet

negara yang berjuang di gelanggang sukan. Individu-individu yang terlibat secara langsung

dalam bidang sukan ini pula dapat dieratkan hubungan mereka menerusi sikap kerjasama,

saling menolong dan semangat berjuang yang ditonjolkan semasa bermain. Cara ini

sebenarnya adalah lebih mudah dan berkesan kerana mereka tidak perlu komunikasi secara

berlebih-lebih untuk menjadi rapat tetapi sudah memadai dengan sikap saling memahami

keperluan masing-masing. Jadi, jelas sekali sukan merupakan salah satu wadah yang efektif

dalam usaha mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Page 3: CARA Merapatkan Hubungan Antara Kaum Di Malaysia

`Kementerian pendidikan telah melaksanakan satu tindakan bijak apabila

memperkenalkan subjek Sejarah di peringkat sekolah rendah untuk pelajar tahap dua selain

turut menjadikan subjek Sejarah sebagai salah satu subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran

Malaysia. Hal ini demikian kerana, melalui subjek Sejarah kita dapat memupuk perpaduan

antara kaum dari peringkat awal lagi. Kita dapat mendidik masyarakat supaya menghayati

sejarah negara agar mereka bersyukur dengan nikmat yang dimiliki sekarang. Penghayatan

sejarah ini akan menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menghormati antara satu sama

lain, membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain dan perlunya perasaan cinta akan

negara dalam diri masing-masing. Peristiwa hitam seperti kejatuhan Melaka terhadap

Portugis dan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 seharusnya menjadi iktibar kepada semua

warganegara Malaysia. Keadaan ini secara tidak langsung menggalakkan seluruh rakyat

untuk hidup dengan harmoni dan seterusnya hubungan antara kaum dapat dieratkan.

Media massa juga merupakan medium penting dalam usaha untuk mengeratkan

hubungan antara kaum. Hal ini demikian kerana media massa berfungsi sebagai alat untuk

mendekatkkan lagi perhubungan antara pelbagai kumpulan etnik dan wilayah mahupun dari

segi fizikal atau kerohanian. Liputan berkenaan sesuatu kaum atau berkaitan dengan

kepentingan mewujudkan perpaduan yang disebar luas menerusi rancangan seperti berita

atau dokumentari sudah pasti dapat meningkatkan pengetahuan seseorang terhadap

sesuatu kaum. Kefahaman ini seterusnya dapat mengukuhkan lagi perpaduan negara.

Media massa juga boleh memainkan peranannya menerusi paparan iklan yang berkaitan

dengan hubungan antara kaum di Malaysia. Musim kemerdekaan misalnya, syarikat

Petronas pasti akan memaparkan iklan-iklan yang kreatif serta mampu menyentuh hati

individu yang menontonnya. Tindakan sebegini mampu untuk menggerakkan hati rakyat

supaya sentiasa hidup bersatu padu.

Individu itu sendiri juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk merapatkan

hubungan antara kaum. Bagi tujuan tersebut, kita perlulah saling bergaul dan memupuk

persefahaman antara satu sama lain. Kenyataan ini bermaksud kita tidak boleh hidup

bersendirian seperti kera sumbang dan mementingkan diri sendiri kerana perlakuan sebegini

tidak disukai oleh orang selain tindakan ini juga akan menyebabkan perpaduan sukar untuk

dicapai. Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh seseorang itu bagi menggalakkan

pergaulan dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain adalah melalui amalan

ziarah-menziarahi. Amalan ini boleh dilakukan apabila terdapatnya sambutan perayaan atau

berlangsungnya majlis kenduri. Kita dapat berkongsi kegembiraan bersama selain dapat

belajar tentang adat-adat masyarakat lain menerusi tindakan ini. Kepercayaan dan pantang

larang sesuatu agama juga dapat dipelajari apabila kita menziarahi seseorang yang

berlainan agama. Pengetahuan tersebut membolehkan seseorang itu menghormati cara

Page 4: CARA Merapatkan Hubungan Antara Kaum Di Malaysia

hidup masyarakat lain dan tidak akan membangkitkan isu-isu sensitif. Misalnya, berkenaan

makanan halal dan haram untuk orang Muslim dan adat budaya masyarakat Cina serta

India. Keadaan ini akhirnya berupaya mengeratkan lagi antara kaum kerana mereka

masing-masing sudah saling memahami dan sentiasa bertolak ansur apabila berlaku

seseuatu perselisihan faham.

Dalam usaha untuk merapatkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia, kita selaku

penduduk di negara ini haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain

tanpa mengira perbezaan warna kulit, kaum atau agama. Andainya, seseorang yang

berlaianan bangsa daripada kita berada dalam kesusahan, kita sewajarnya menghulurkan

bantuan agar beban yang ditanggung dapat diringankan. Baru-baru ini, tersebar luas di

laman sosial tentang berita bagaimana dua orang anak muda Melayu sanggup membantu

seorang pemuda Cina yang mengalami kerosakan kenderaan di jalan raya. Sikap

sebeginilah yang kita mahukan kerana sekecil-kecil bantuan yang dihulurkan tetapi kalau

bantuan itu ikhlas, individu yang dibantu itu akan sentiasa mengenang jasa tersebut.

Tindakan ini juga akan menjadi teladan kepada masyarakat sekeliling yang melihat situasi

tersebut. Ringkasnya, hubungan antara kaum dapat diutuhkan apabila setiap anggota

masyarakat mengamalkan sikap tolong-menolong dalam kehidupan seharian.

Pelbagai tindakan yang boleh kita implementasikan dalam usaha untuk mengeratkan

hubungan antara kaum ini, tetapi setiap pihak perlulah memainkan peranan masing-masing

bagi memastikan usaha yang dijalankan itu berkesan. Hubungan antara kaum adalah

merupakan elemen penting yang kita perlu kukuhkan bagi memastikan negara tercinta ini

dapat terus hidup dalam keadaan aman dan damai.