cadangan kurikulum matematik kbsr kurun ke 21

Upload: cahaya-hidayah

Post on 03-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    1/23

    Cadangan Kurikulum Matematik KBSR kurun ke 21

    1.0 PENGENALAN

    Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami

    perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan

    kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat

    pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada

    semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

    Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting

    dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang

    pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai

    untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita

    dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).

    Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang

    mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan

    ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Penggubal kurikulum

    matematik sentiasa berhasrat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

    pembelajaran matematik. Penggubalan sesuatu kurikulum matematik adalah

    berdasarkan, antara lain kepada pertimbangan falsafah dan kandungan matematik,bagaimana ilmu ini boleh disampaikan dengan berkesan kepada kumpulan sasaran,

    dan apakah faktor psikologi pembelajaran matematik yang boleh mempengaruhi

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kertas kerja ini mencadangkan bentuk kurikulum matematik yang sesuai

    digunakan di Malaysia bagi kurun ke-21. Adalah diharapkan pengetahuan dan

    kemahiran yang diberikan akan membolehkan pelajar meneroka ilmu, membuat

    adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menangani perubahan dan cabaran masa

    depan. Pembaharuan yang dibuat

    adalah dari aspek pernyataan matlamat, objektif Pendidikan Matematik, organisasi

    kandungan dan pertimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    2/23

    2.0 MATLAMAT

    Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid

    dalam:

    1) Membekalkan konsep dan kemahiran matematik yang perlu dalam menjalanikehidupan harian dan untuk melanjutkan pengajian matematik dalam bidang-bidang

    tertentu.

    2) Mengembangkan pemikiran matematik dan kemahiran penyelesaian masalah dan

    seterusnya menggunakan kemahiran ini dalam proses menyelesaikan masalah.

    3) Mengenalpasti dan membuat perhubungan antara idea-idea matematik samada

    dalam bidang matematik itu sendiri atau bidang yang lain.

    4) Meningkatkan sikap positif terhadap matematik.

    5) Menggunakan peralatan matematik (termasuk peralatan ICT) secara efektif dalam

    pembelajaran dan aplikasi matematik.

    6) Melahirkan hasil kerja yang imaginative dan kreatif melalui idea-ide matematik.

    7) Meningkat keupayaan untuk berfikir secara logik, berkomunikasi secara matematik

    dan belajar secara koperatif dan berdikari.

    3.0 OBJEKTIF

    Objektif program matematik sekolah rendah adalah bagi membolehkan murid untuk;

    3.1 Meningkatkan kefahaman konsep matematik dalam,

    -nombor dan algebra

    -bentuk-bentuk geometri

    -statistik

    -menggunakan unit sistem metrik

    -menggunakan bahasa matematik, simbol dan gambar rajah untuk mewakilkan idea2

    matematik.

    -menjalankan sebarang operasi yang berkaitan dengan nombor, pecahan,

    perpuluhan.

    - menjalankan manipulasi algebra asas

    -meningkatkan keupayaan untuk membuat pengiraan secara congak

    -meningkatkan keupayaan untuk memberikan sebab kepada sebarang keputusan

    atau jawapan.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    3/23

    -mewakilkan dan menerangkan sebarang maklumat secara bertulis, grafik, gambar

    rajah dan dalam bentuk jadual.

    -menggunakan konsep matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan

    masalah

    -menggunakan heuristik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.

    -Mengaplikasikan matematik dalam masalah kehidupan harian.

    -Berfikir secara logik untuk menghasilkan kesimpulan secara deduktif

    -Meningkatkan inkuiri penemuan melalui aktiviti penyiasatan.

    3.0 Rasional

    Matematik merupakan satu asas kuat dalam pembangunan dan

    penambahbaikan kepada tahap keintelektualan seseorang dalam penaakulan secara

    logik, visualisasi spatial, analisa dan pemikiran abstrak. Perkembangan ini bukan

    sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah dalam kehidupan seharian dan

    dunia pekerjaan. Penekanan kepada pendidikan matematik akan dapat memastikan

    setiap individu dapat meningkatkan daya saing dalam pasaran kerja yang akan

    dihadapi menjelang kurun ke-21.

    Maka rasional perubahan kurikulum matematik ini adalah berasaskan kepada:

    1. Melahirkan rakyat Malaysia yang berfikiran matematik, berkemahiran tinggi dan

    berjaya

    kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi.

    2. Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan

    pembangunan

    ekonomi dan sosial kurun ke-21

    3. Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan

    4. Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21

    5. Memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran yang boleh

    digunapakai

    dalam pasaran kerja di peringkat global dengan ;

    Meningkatkan pencapaian pelajar

    Meningkatkan piawaian nasional dengan menanda aras (benchmarking) dengan

    piawaian antarabangsa

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    4/23

    Meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

    Menawarkan kepada pelajar peluang untuk bekerja secra kreatif dan

    menyeronokkan.

    4.0 ORGANISASI KANDUNGAN

    Sukatan pelajaran ini menyenaraikan kandungan yang perlu dikuti oleh murid

    di peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah berdasarkan tema

    Mathematical thinking. Ianya merangkumi empat bidang utama iaitu Nombor dan

    Algebra, Ukuran, Geometri dan Statistik.

    Bagi setiap bidang, tajuk-tajuk disusun berdasarkan keutamaan daripada yang

    paling asas kepada abstrak yang mana memerlukan murid berfikir secara terbuka

    dan mampu menjana idea-idea yang berkaitan dengan matematik secara global.

    Dengan susunan yang direka sedemikian rupa, diharapkan guru-guru dapat

    bertindak sebagai fasilitator yang sentiasa berfikiran terbuka dan membantu murid

    mengembangkan pemikiran berkaitan dengan matematik. Dengan ini juga

    diharapkan guru dapat membuat tinjauan secara menyeluruh dalam membuat

    persediaan dan perancangan yang rapi mengikut tahap pencapaian murid.

    Penjanaan idea oleh murid adalah amat digalakkan dalam setiap topik.

    5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik perlu merangkumi kelima-lima

    penekanan:

    Penyelesaian Masalah

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    5/23

    Komunikasi

    Penaakulan

    Perkaitan

    Penggunaan Teknologi

    Penyelesaian masalah merupakan aspek yang terpenting dalam matematik dan

    perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia

    merupakan kemahiran berfikir yang menjana cetusan pemikiran yang sistematik dan

    logik serta boleh dijadikan sebagai satu pendekatan. Pendekatan penyelesaian

    masalah memberi penekanan terhadap perkembangan pemikiran matematik dan

    keupayaan manaakul yang dilakukan melalui aktiviti yang konkrit dan berfikrah.

    Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah akan membolehkan murid

    mengaplikasikan dan mengadaptasikan berbagai strategi yang sesuai untuk

    menyelesaikan dan masalah baru. Kejayaan dalam penyelesaiana masalah

    bergantung kepada pengalaman. Dalam proses untuk menyelesaikan masalah, satu

    atau lebih starategi boleh digunakan untuk memulakan penyelesaian masalah

    adalah:

    Cuba kes yang lebih mudah

    Cuba jaya dan membuat peambahbaikkan

    Melukis gambar rajah

    Mengenal corak dan sequences

    Membuat jadual, carta atau senarai yang sistematik

    Simulasi

    Membuat analogi

    Membuat penyelesaian ke belakang working backwards

    Komunikasi dalam matematik. Cara-cara berikut boleh melahirkan satu suasana

    komunikasi yang berkesan:

    Mengenalpasti konteks yang relevan yang boleh disesuaikan dengan kehidupan

    seharian murid.

    Mengenalpasti minat murid.

    Mengenalpasti Bahan Bantu Mengajar.

    Memastikan pembelajaran yang aktif.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    6/23

    Menggerakkan kemahiran meta-kognitif.

    Menerapkan sikap-sikap yang positif

    Mereka satu suasana pembelajaran yang kodusif

    Komunikasi lisan adalah satu proses yang mengabungkan aktiviti sepertimendengar, membaca dan meneliti. Ianya adalah interaksi dua-hala antara guru dan

    murid, murid dan murid dan murid dengan objek. Berikut adalah teknik komunikasi

    lisan yang efektif dan bermakna:

    Bercerita, soal jawab menggunakan percetan sendiri

    Bertanya dan menjawab soalan

    Temu janji yang berstruktur dan tidak berstruktur

    Perbincangan semasa forum, seminar, debat dan sesi brain-storming

    Persembahan penemuan assignmen

    Komunikasi bertulis adalah proses di mana idea matematik dan maklumat dapat

    dikongsi dengan orang laian melalui tulisan. Beberapa contoh aktiviti komunikasi

    bertulis adalah:

    Membuat latihan

    Menyimpan buku skrap

    Menyimpan folio

    Menyediakan projek

    Membuat ujian bertulis

    Penaakulan. Penaakulan logic atau pemikiran adalah asas untuk memahami dan

    menyelesaikan masalah matematik. Murid digalakkan untuk membuat ramalan dan

    membuat tekaan dalam proses mencari penyelesaian.

    Membuat perkaitan. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat perkaitanmestilah dihasilkan supaya murid dapat menghubungkan pengetahuan konseptual

    ke pengetahuan prosidural dan mengaitkan topik dalam matematik dengan skop

    pembelajaran secara umum. Kurikulum matematik terdiri daripada beberapa skop

    seperti arimetik, geometri, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa ada kaitan

    di antara skop-skop ini, murid perlu belajar dan menghafal terlalu banyak konsep dan

    kemahiran secara berasingan. Dengan membuat kaitan, murid dapat melihat

    matematik sebagai satu yang berhubungkait daripada sebagai idea yang bercelarutanpa kaitan. Guru boleh membuat perkaitan dalam suasana bilik darjah dengan

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    7/23

    menggalakakkan murid untuk berkomunikasi, member pendapat dan mempamerkan

    pemikiran mereka. Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan kehidupan seharian

    murid dan kurikulum, murid akan lebih sedar terhadap aplikasinya dalam matematik.

    Penggunaan teknologi. Dalam bidang pendidikan, wacana tentang teknologi

    difahamkan sebagai teknologi pengajaran (instructional technology). Teknologi

    dikategorikan seperti berikut:

    Conventional (alat bantu p&p seperti : alat tulis, OHP, bahan manipulatif).

    Diperingkat asas dalam kurikulum matematik, bahan manipulative yang disarankan

    ialah pembilang, cuissenares.

    Handheld (kebanyakan kalkulator- umum, saintifik,grafik)

    ICT (perkakasan dan perisian komputer. Perisian mempunyai kategori tersendiri-

    pakej aplikasi umum, perisian spesifik, perisian kursus)

    Pendekatan dalm pengajaran dan pembelajaran

    Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu mengandungi elemen

    diagnostic-kendiri supaya murid dapat tahu sejauh mana mereka telah memahami

    kemahiran dan konsep.

    Nilai-nilai murni boleh diterapkan melalui konteks yang sesuai. Sebagai contoh,

    pembelajaran atau aktiviti dalam kumpulan dapat membangtu murid meningkatkan

    kemahiran social, merangsangkan kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri

    dalam matematik. Di antara pendekatan yang boleh diberi perhatian adalah:

    Pembelajaran yang menarik yang berpusatkan murid

    Kemahiran pembelajaran dan gaya pembelajaran

    Penggunaan bahan bantu mengajar yang relevan, sesuai dan efektif

    Penilaian formatif untuk menentukan pencapaian pengajaran dan pembelajaran

    Pemilihan pendekatan yang sesuai boleh merangsang pengajaran dan pembelajaran

    dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Pendekatan yang sesuai termasuk :

    Pembelajaran secara Masteri

    Pembelajaran secara konstruktivisme

    Inkuiri Penemuan

    Pembelajaran kontekstual

    Kajian masa depan

    Pembelajarn koperatif

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    8/23

    6.0 Isi Kandungan

    Bahagian berikut ini menerangkan secara ringkas tentang kepentingan setiap bidangpembelajaran.

    1.0 NOMBOR DAN ALGEBRANombor merupakan satu bidang asas pembelajaran yang penting dan perlu dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah. Asas penguasaan konsepnombor perlu mengandungi kesinambungan antara arithmetik dan algebra. Ini adalahkerana kedua-dua elemen asas ini amat penting dalam penguasaan konsep danseterusnya aplikasi dalam penyelesaian masalah.Penekanan terhadap kaedah pengajaran adalah sangat di utamakan untukmemenuhi sukatan pelajaran. Kaedah pengajaran mesti diperluas kepada beberapa

    kaedah. Antara kaedah yang perlu digunakan ialah kaedah perhitungan mental dankaedah bertulis dalam matematik. Skop bagi bidang nombor yang perlu dipelajarioleh murid ialah nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus, dan wang.1.1 NOMBOR BULATIsi kandungan yang diajar adalah mengikut sukatan yang sedia ada. Kaedahpengajaran yang di ajar di buat khusus untuk mencapai matlamat isi kandungan.

    a. Perbandingan kuantitii. Kumpulan banyak atau kumpulan sedikit sedikit.ii. Kumpulan sama banyak atau kumpulan tidak sama.iii. Kumpulan lebih atau kumpulan kurang.

    b. Nombor bulat hingga tujuh digit.c. Penganggaran dan pembudaran.

    d. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan nombor bulat danalgebra.e. Gabungan dua operasi termasuk tanda kurung.f. Mencari nilai yang diwakili oleh sesuatu kotak kosong atau anu.

    Kaedah pengajaran:

    a. Kaedah Perhitungan Mental dan Kaedah Bertulis.i. Menekankan kepada hubungan dengan operasi matematik. Kaedah inimenggambarkan kepelbagaian kaedah perhitungan bagi operasi matematik. Kaedahini menekankan kepada bagaimana pelajar berfikir, pelajar di galakkan memberijawapan secara spontan atau lisan. Kaedah seterusnya selepas pelajar dapatmenghayati kaedah mental ialah kaedah bertulis dalam matematik.

    Contoh : Kira 59 + 47Guru diminta membimbing pelajar dengan memberi jawapan seperti di

    bawah:a) 50+40+9+7b) 59+40+7

    c) 59+7+40d) 59+1+46

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    9/23

    e) 60+50-1-3dan banyak lagi.

    ii. Kira 24 X 6Guru diminta membimbing pelajar dengan memberi jawapan

    seperti di

    bawah:a) (20 X 6) + (4 X 6)b) (25 X 6) (1 X 6)dan banyak lagi.

    b. Kaedah Bertulisi. Kaedah Bridging

    Kira 46 + 25

    1.2 Pecahan, Perpuluhan dan Peratus.a. Pengenalan pecahan dan perpuluhan

    b. Penukaran pecahan kepada nombor perpuluhan.c. Operasi tambah dan tolak pecahan dan nombor perpuluhan.d. Operasi darab dan bahagi pecahan dan nombor perpuluhan.e. Penukaran pecahan dan nombor perpuluhan kepada peratus

    dansebaliknya.

    f. Penyelesaian masalah melibatkan pecahan dan nomborperpuluhan.

    Kaedah pengajaran:a. Kaedah Perhitungan Mental dan Kaedah Bertulis.

    i. Menekankan kepada hubungan antara pecahan, nombor perpuluhan dan peratus.Kaedah ini menggambarkan kepelbagaian kaedah perhitungan bagi pecahan,nombor perpuluhan dan peratus. Kaedah ini menekankan kepada bagaimana pelajarberfikir, pelajar di galakkan memberi jawapan secara spontan atau lisan. Kaedahseterusnya selepas pelajar dapat menghayati kaedah mental ialah kaedah bertulisdalam matematik.

    Contoh :i. Kira 2.3 X 0.2

    Guru diminta membimbing pelajar dengan memberi jawapan seperti di bawah:a) (23 10) (2 10)

    = 23 2 100= 46 100= 0.46

    ii. Kira 2.48 0.4Guru diminta membimbing pelajar dengan memberi jawapan

    seperti dibawah:

    1.3 Wang

    a. Pengenalan mata wangb. Penentuan nilai wang.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    10/23

    c. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan wang.Kaedah pengajaran:

    a. Kaedah Perhitungan Mental dan Kaedah Bertulis.i. Menekankan kepada pengalaman dalam kehidupan . Kaedah ini menggambarkan

    kepelbagaian kaedah perhitungan dalam penggunaan wang. Penggunaan alat

    bantuan seperti wang contoh dan barang-barang keperluan harian. Kaedah inimenekankan kepada bagaimana pelajar berfikir, pelajar di galakkan memberijawapan secara spontan atau lisan. Kaedah seterusnya selepas pelajar dapatmenghayati kaedah mental ialah kaedah bertulis dalam matematik.

    Contoh :i. Suasana di pasar malam.

    Guru membimbing pelajar mengimbas kembali suasana di pasar malam ditempatmasing-masing. Guru mendorong pelajar merenung aktiviti jual beli di pasar malam.Segala barang-barang yang dibeli di pasar malam di bincangkan secara perhitunganmental dan kaedah bertulis.Guru menjalankan aktiviti jual beli didalam kelas.

    2.0 UKURANUkuran merupakan satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian. Penekananterhadap kaedah pengajaran adalah sangat di utamakan untuk memenuhi sukatanpelajaran. Kaedah pengajaran mesti diperluas kepada beberapa kaedah. Antarakaedah yang perlu digunakan ialah kaedah perhitungan mental dan kaedah bertulisdalam matematik. Skop bagi bidang nombor yang perlu dipelajari oleh murid ialahmasa dan waktu, panjang, berat dan isipadu cecair.2.1 Masa dan WaktuIsi kandungan yang diajar adalah mengikut sukatan yang sedia ada. Kaedahpengajaran yang di ajar di buat khusus untuk mencapai matlamat isi kandungan.

    Kaedah pengajaran:a. Kaedah Perhitungan Mental dan Kaedah Bertulis.

    i. Menekankan kepada pengalaman dalam kehidupan . Kaedah ini menggambarkankepelbagaian kaedah perhitungan dalam penggunaan masa. Penggunaan alatbantuan seperti jam contoh dan jadual harian seperti jadual TV. Kaedah inimenekankan kepada bagaimana pelajar berfikir, pelajar di galakkan memberijawapan secara spontan atau lisan. Kaedah seterusnya selepas pelajar dapatmenghayati kaedah mental ialah kaedah bertulis dalam matematik.

    Contoh :

    i. Aktiviti harian pelajar.Guru membimbing pelajar mengimbas kembali aktiviti harian pelajar bermula daribangun pagi sampai pelajar tidur pada malam. Guru mendorong pelajar merenungaktiviti harian mereka. Segala aktiviti harian di bincangkan secara perhitunganmental dan kaedah bertulis.

    Guru membuat demostrasi aktiviti harian di dalam kelas.

    2.2 PanjangIsi kandungan yang diajar adalah mengikut sukatan yang sedia ada. Kaedahpengajaran yang di ajar di buat khusus untuk mencapai matlamat isi kandungan.

    Kaedah pengajaran:

    a. Kaedah Perhitungan Mental dan Kaedah Bertulis.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    11/23

    i. Menekankan kepada pengalaman dalam kehidupan . Kaedah ini menggambarkankepelbagaian kaedah perhitungan dalam penggunaan panjang. Penggunaan alatbantuan seperti pita pengukur. Kaedah ini menekankan kepada bagaimana pelajarberfikir, pelajar di galakkan memberi jawapan secara spontan atau lisan. Kaedahseterusnya selepas pelajar dapat menghayati kaedah mental ialah kaedah bertulis

    dalam matematik.Contoh :

    i. Aktiviti harian pelajar.Guru membimbing pelajar mengimbas kembali aktiviti pelajar yang melibatkanukuran panjang. Guru mendorong pelajar merenung aktiviti harian mereka. Segalaaktiviti harian di bincangkan secara perhitungan mental dan kaedah bertulis.Guru membuat demostrasi aktiviti yang melibatkan ukuran panjang seperti mengukurpanjang peralatan di dalam kelas dengan pita pengukur.2.3 BeratIsi kandungan yang diajar adalah mengikut sukatan yang sedia ada. Kaedahpengajaran yang di ajar di buat khusus untuk mencapai matlamat isi kandungan.

    Kaedah pengajaran:a. Kaedah Perhitungan Mental dan Kaedah Bertulis.

    i. Menekankan kepada pengalaman dalam kehidupan . Kaedah ini menggambarkankepelbagaian kaedah perhitungan dalam penggunaan berat. Penggunaan alatbantuan seperti penimbang. Kaedah ini menekankan kepada bagaimana pelajarberfikir, pelajar di galakkan memberi jawapan secara spontan atau lisan. Kaedahseterusnya selepas pelajar dapat menghayati kaedah mental ialah kaedah bertulisdalam matematik.

    Contoh :i. Aktiviti harian pelajar.

    Guru membimbing pelajar mengimbas kembali aktiviti pelajar yang melibatkan berat.Guru mendorong pelajar merenung aktiviti harian mereka. Segala aktiviti harian dibincangkan secara perhitungan mental dan kaedah bertulis.Guru membuat demostrasi aktiviti yang melibatkan ukuran berat seperti mengukurberat sesuatu benda di dalam kelas dengan penimbang.2.4 Isipadu CecairIsi kandungan yang diajar adalah mengikut sukatan yang sedia ada. Kaedahpengajaran yang di ajar di buat khusus untuk mencapai matlamat isi kandungan.

    Kaedah pengajaran:a. Kaedah Perhitungan Mental dan Kaedah Bertulis.

    i. Menekankan kepada pengalaman dalam kehidupan . Kaedah ini menggambarkan

    kepelbagaian kaedah perhitungan dalam penggunaan isipadu cecair. Penggunaanalat bantuan seperti penyukat. Kaedah ini menekankan kepada bagaimana pelajarberfikir, pelajar di galakkan memberi jawapan secara spontan atau lisan. Kaedahseterusnya selepas pelajar dapat menghayati kaedah mental ialah kaedah bertulisdalam matematik.

    Contoh :i. Aktiviti harian pelajar.

    Guru membimbing pelajar mengimbas kembali aktiviti pelajar yang melibatkanisipadu cecair. Guru mendorong pelajar merenung aktiviti harian mereka. Segalaaktiviti harian di bincangkan secara perhitungan mental dan kaedah bertulis.Guru membuat demostrasi aktiviti yang melibatkan isipadu cecair seperti mengukur

    isipadu cecair di dalam kelas dengan penyukat.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    12/23

    3.0 Geometri

    Bentuk Dua Matra

    a) Jenis bentuk 2 matra

    b) Ciri-ciri bentuk 2 matra

    c) Lukisan bentuk 2 matra

    d) Perimeter

    e) Luas

    Bentuk 3 matra

    a) Jenis bentuk 3 matra

    b) ciri-ciri bentuk 3 matra

    c) Lukisan bentuk 3 matra

    d) Isipadu

    4.0 Statistik

    Purata

    a) Pengenalan

    b) Pengiraan

    Perwakilan Data

    a) Pungutan data

    b) Piktograf dan carta palang

    c) Maklumat

    d) Pembinaan piktograf dan carta palang

    Kaedah Pengajaran & Pembelajaaran Yang Dicadangkan :

    Kaedah Inkuiri Penemuan (contoh rancangan pelajaran bagi bentuk 2 matra)

    Topik : Bentuk dan Ruang

    Bidang Pembelajaran : BentukDua matra

    Masa : 1 jam

    A : Objektif

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    13/23

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan konsep

    perimeter.

    B. Kandungan

    Memahami konsep perimeter bagi bentuk 2 matra.

    C. Kaedah

    Pembelajaran berasakan masalah dan inkuiri penemuan

    D. Bahan pengajaran

    Bentuk konkrit , Semi konkrit Slide show , benang bulu kambing, pembaris,jadual

    dan lembaran kerja.

    Set induksi

    Imbas kembali pengetahuan sedia ada murid berkaitan nama dan ciri-ciri bagi bentuk

    2 matra.

    Aktiviti : Mengukur perimeter bentuk 2 matra

    1. Murid dibahagikan kepada beberpa kumpulan kecil.

    2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa bentuk 2 matra,pembaris , benang

    bulu kambing dan jadual.

    3. Murid mengukur dengan menggunakan benang

    4. Benang yang telah digunakan itu diukur pada pembaris untuk

    mendapatkan ukuran sebenar.

    5. Merekod perimeter bentuk yang dibekalkan ke dalam jadual.

    6. Setiap kumpulan membentang hasil kerja kumpulan masing-masing.

    7. Perbincangan hasil jawapan bagi setiap kumpulan.

    8. Diakhir perbincangan , guru menyoal murid nama bagi ukuran keliling yang dibuat itu,

    kemungkinan terdapat murid yang dapat menyatakan istilah tersebut jika tidak guru

    terpaksalah memberitahu istilah tersebut.

    9. Sebagai pengukuhan, guru menayangkan slide beberapa bentuk 2 matra dan minta

    murid menyatakan perimeter bagi bentuk tersebut.

    10. Akhir sekali minta murid dalam kumpulan tuliskan definisi perimeter berdasarkan

    pengalaman yang dilalui.

    11. Guru minta seorang murid membaca definisi yang telah mereka tulis dan disemak

    bersama-sama murid-murid lain.

    12. Murid membuat latihan di dalam lembaran kerja.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    14/23

    Kaedah Konsruktivisme (contoh rancangan pelajaran bagi bentuk 2 matra)

    Topik : Bentuk dan Ruang

    Bidang Pembelajaran : Dua matra

    Masa : 1 jam

    A : Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:

    a) murid dapat mengira perimeter dengan cara yang betul.

    b)murid dapat membina bentuk 2 matra bagi jumlah perimeter yang diberikan.

    B. Kandungan

    Mengukur dan merekod panjang perimeter bagi bentuk 2 matra

    C. Kaedah

    Pembelajaran berasaskan konsruktivisme,membuat latihan dan bersoal jawab.

    D. Bahan pengajaran

    Bentuk konkrit , Semi konkrit bentuk 2 matra , pembaris,jadual, slide show, lembaran

    kerja, Pen Marker dan kertas mahjung.

    E. Nilai nilai murni

    Kerjasama

    Mengikut arahan

    Menepati masa

    Set induksi

    Imbas kembali pengetahuan sedia ada murid berkaitan nama dan ciri-ciri bagi segi

    empat sama dan segi empat tepat dengan menggunakan permainan kotak rahsia.

    Aktiviti : Mengukur dan mencari perimeter bentuk 2 matra

    1. Guru bersoal jawab tentang konsep perimeter.

    2. Guru menerangkan bagaimana cara mencari perimeter dengan menggunakan

    paparan power point.

    3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

    4. Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat yang mengandungi jumlah

    panjang perimeter.

    5. Murid bekerjasama membina bentuk-bentuk 2 matra dan melabelkan setiap sisi.

    6. Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan.

    7. Guru dan murid bersama-sama menyemak jawapan.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    15/23

    8. Permainan kotak beracun bagi membina bentuk 2 matra berdasarkan jumlah panjang

    perimeter .

    9. Murid diberikan lembaran kerja dan perlu diselesaikan dalam masa 10 minit.

    Kaedah Kontekstual (contoh rancangan pelajaran bagi bentuk 2 matra)

    Topik : Bentuk dan Ruang

    Bidang Pembelajaran : BentukDua matra

    Masa : 1 jam

    A : Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengira perimeter dengan

    cara yang betul dan membina pelbagai bentuk 2 matra.

    B. Kandungan

    Mengukur dan merekod panjang perimeter bagi bentuk 2 matra dan membina

    bentuk 2 matra.

    C. Kaedah

    Pembelajaran berasaskan kontekstual dan membuat tangram berasaskan bentuk 2

    matra.

    D. Bahan pengajaran

    Kertas A4 pelbagai warna, gunting dan alat tulis.

    E. Nilai nilai murni

    Kerjasama

    Mengikut arahan

    Menepati masa

    Set induksi

    Imbas kembali pengetahuan sedia ada murid berkaitan nama dan ciri-ciri bagi bentuk

    2 matra.

    Aktiviti : Membina bentuk 2 matra dan mencari perimeter.

    1.Guru bersoal jawab tentang konsep perimeter.

    2.Guru menunjukkan contoh cara memotong tangram.

    3.Murid dibekalkan beberapa contoh tangram yang telah siap untuk disuaikan.

    4. Murid cuba membina sendiri tangram mereka mengikut kreativiti masing-masing.

    5.Daripada hasilan tangram itu murid cuba mencari perimeter.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    16/23

    Kaedah Pembelajaran Masteri (contoh rancangan pelajaran bagi bentuk 2 matra)

    Topik : Bentuk dan Ruang

    Bidang Pembelajaran : Dua matra

    Masa : 1 jam

    A : Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengira perimeter dengan

    cara yang betul.

    B. Kandungan

    Mengukur dan merekod panjang perimeter bagi bentuk 2 matra

    C. Kaedah

    Pembelajaran berasaskan masteri,membuat latihan dan bersoal jawab.

    D. Bahan pengajaran

    Bentuk konkrit , Semi konkrit bentuk 2 matra , pembaris,jadual, slide show dan

    lembaran kerja.

    E. Nilai nilai murni

    Kerjasama

    Mengikut arahan

    Menepati masa

    Set induksi

    Imbas kembali pengetahuan sedia ada murid berkaitan nama dan ciri-ciri bagi segi

    empat sama dan segi empat tepat dengan menggunakan permainan kotak rahsia.

    Aktiviti : Mengukur dan mencari perimeter bentuk 2 matra

    1. Guru bersoal jawab tentang konsep perimeter.

    2. Guru menerangkan bagaimana cara mencari perimeter dengan menggunakan

    paparan power point.

    3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

    4. Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat yang mengandungi bentuk

    bentuk dua matra.

    5. Murid bekerjasama mengukur dan mencari perimeter.

    6. Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    17/23

    7. Guru dan murid bersama-sama menyemak jawapan yang betul.

    8. Murid diberikan lembaran kerja dan perlu diselesaikan dalam masa 10 minit.

    9. Menyemak jawapan yang betul.

    10. Murid yang menguasai diberikan pengayaan manakala murid yang belum

    menguasai diberikan pemulihan.

    7.0 PENILAIAN

    7.1 Definisi penilaian

    Penilaian adalah satu isu kritikal di dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran matematik dan memerlukan pertimbangan yang teliti oleh warga

    pendidik. Pengalaman penilaian bagi kebanyakkan murid-murid di dalam kelas pada

    masa kini adalah berdasarkan pendekatan tingkah laku di mana fakta dan kemahiran

    diuji di mana sistem pengkelasan dan kedudukan adalah menjadi objektif utama

    (Niss, 1993).

    Kilpatrick mencadangkan agar satu visi alternatif diperkenalkan pada hari ini

    bagi menggantikan pendekatan penilaian yang ada. Cabaran pada abad ke-21

    seperti mana yang diketahui oleh tenaga pengajar matematik adalah bagi

    menghasilkan satu kaedah penilaian yang bukan sekadar mengukur minda

    seseorang dan seterusnya memberikan rawatan sewajarnya. Keperluan memahami

    pemikiran seseorang perlu diterokai dari aspek kebudayaan dan penggunaan

    matematik di dalam pelbagai latarbelakang sosial. Selain itu, cara penghasilan

    arahan matematik yang mampu membantu individu menggunakan matematik

    dengan lebih bermakna (Kilpatrick, 1993).

    Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang

    meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tenatng strategi pengajaran dan

    pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil

    tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    selanjutnya dengan lebih berkesan.

    7.2 Ciri-ciri penilaian yang dicadangkan pada abad ke-21

    Keperluan untuk mengubah amalan penilaian perlu dilihat dalam konteks yang

    lebih luas. Matematik kini bukan sekadar dilihat sebagai kemahiran asas aritmetik

    semata-mata tetapi dilihat sebagai satu proses umum, cara pemikiran dan

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    18/23

    pembuktian (NCTM,1989) dan sebagai satu bentuk komunikasi (DES,1982) dan juga

    corak sains (AEC,1991).

    Kaedah penilaian yang dicadangkan pada abad ke-21 adalah berdasarkan

    kelemahan yang terdapat di dalam kaedah penilaian pada abad ke-20. Pada masa

    kini, penilaian di sekolah rendah banyak melihat kepada keputusan dan penilaian

    terhadap keputusan peperiksaan ujian bersifat sumatif semata-mata. Teori-teori

    pembelajaran matematik masa kini telah mencadangkan bahawa murid-murid bukan

    sekadar penerima pengetahuan yang pasif tetapi aktif dalam pembinaan

    pengetahuan berlatarbelakangkan aspek sosial dan budaya (Von Glaserfeld,1991).

    Strategi pengajaran matematik perlu diubah. Pendekatan penilaian perlu melibatkan

    pendedahan guru secara menyeluruh disamping amalan murid, amalan pengajaran

    moden yang melibatkan strategi seperti penyelesaian masalah, penyiasatan, aktiviti

    berpusatkan murid, kerja kumpulan dan aplkasi teknologi yang relevan

    (NCTM,1989).

    Terdapat dua kategori penilaian yang utama iaitu penilaian secara summatif

    dan formatif. Pada masa kini, sistem pendidikan banyak melihat kepada penilaian

    sumatif sahaja. Di sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi

    platform utama bagi mengukur pencapaian seseorang murid itu. Keadaan ini

    menjadikan sistem pendidikan Malaysia kini berorientasikan peperiksaan semata-

    mata.

    Pada abad ke 21, disarankan penilaian formatif diguna pakai seiring dengan

    penilaian sumatif dengan soalan-soalan yang digubal perlu bersifat menjana

    pemikiran murid-murid dan bukan sekadar menguji hafalan semata-mata. Penilaian

    formatif mampu menguji pemahaman murid-murid dengan lebih telus. Cara

    pemikiran mereka dapat dibaca oleh guru-guru melalui penilaian semasa di samping

    guru-guru dapat menyesuaikan keadah pengajaran dengan keperluan murid-murid.

    Penilaian menjadi bersifat formatif apabila hasil penilaian tersebut digunakan untuk

    menyesuaikan kaedah pengajaran guru-guru terhadap keperluan murid (Black &

    William, 1998). Ujian formatif mampu menterjemahkan matlamat sesuatu

    pembelajaran dan membentuk model pembelajaran murid yang menepati kriteria

    yang dikehendaki. Apabila murid-murid mengetahui apa dan bagaimana mereka

    belajar, maka mereka akan menjadi lebih bermotivasi. Aktiviti pembelajaran mereka

    menjadi lebih bermakna. Penilaian bukan untuk pembelajaran, tetapi penilaianterhadap pembelajaran (Stiggins and Chappuis, 2006; Quellmalz and Kozma, 2003).

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    19/23

    Penilaian mestilah dilihat sebagai alat pengajaran untuk digunakan semasa aktiviti

    pembelajaran (formatif) dan sebagai alat pengesahan penentuan sama ada aktivti

    pembelajaran berlaku atau sebaliknya (sumatif).

    Kedua-dua kaedah penilaian sumatif dan formatif perlu diseimbangkan

    penggunaannya. Masing-masing dapat mengoptimumkan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran dengan lebih baik. Satu contoh kaedah penilaian yang baik telah

    dilaksanakan oleh Wisconsin Department of Public Instructions Balanced

    Assessment System. Penilaian dibahagikan kepada tiga iaitu penilaian formatif yang

    digunakan di dalam waktu pengajaran sebagai langkah untuk para pendidik

    menentukan langkah pengajaran seterusnya. Kedua, penilaian yang bersifat

    sementara (interim benchmark assessment) digunakan di dalam sessi pengajaran

    bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan sesuatu aktiviti pengajaran dan

    kurikulum. Ketiga, penilaian sumatif gunakan untuk menilai pencapaian keseluruhan

    murid disamping menilai progress sesuatu pentadbiran sekolah daerah dan negeri.

    7.3 Rekabentuk Penilaian Abad ke-21

    Pada dasarnya, intipati Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) yang

    ada kini telah disuntik dengan elemen-elemen yang penilaian yang baik. Namun, di

    peringkat pelaksanaannya tidak dibuat seperti yang dicadangkan. Satu cadangan

    rekabentuk penilaian di peringkat sekolah rendah disarankan berdasarkan hasil

    kajian dan penelitian terhadap kurikulum yang digubal oleh negara-negara maju yang

    mempunyai hasil penilaian yang baik. Selain itu, kurikulum ini juga dicadangkan

    berdasarkan teori-teori yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh ilmuan yang telah diiktiraf

    kesarjanaan mereka.

    Matlamat penilaian yang utama dalam pengajaran matematik adalah

    mencungkil pemikiran matematik murid-murid berlandaskan pengetahuan sedia ada

    dalam pelbagai strategi penilaian. Penilaian tidak menfokuskan gagal atau lulus

    seseorang individu sebaliknya menfokuskan kepada kemahiran dan pengetahuan

    yang diperolehi. Beberapa objektif penilaian dicadangkan bagi mencapai matlamat

    penilaian tersebut. Terdapat empat objektif utama penilaian dicadangkan.

    Pertama, menilai kefahaman murid terhadap sesuatu topik matematik yang

    telah diajar bagi membantu guru menilai hasil pengajaran yang telah dijalankan dan

    seterusnya membina strategi pengajaran dan penilaian yang sesuai berlandaskanhasil penilaian awal. Sebagai contoh, guru memberikan satu ujian topikal bagi topik

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    20/23

    penambahan. Hasil penilaian menunjukkan, sebilangan murid menghadapi

    kesukaran menjawab soalan penambahan melibatkan mengumpul semula. Guru

    bertanggungjawab mengajar topik tersebut dengan kaedah pengajaran yang

    bersesuaian dengan murid itu. Selepas itu, murid-murid tersebut diuji sekali lagi

    pengetahuan mereka tentang topik itu.

    Kedua, menilai pengetahuan dan kemahiran berfikir murid secara

    keseluruhan di akhir penggal persekolahan tahunan. Ujian sumatif ini dilaksanakan

    bagi melihat perkembangan pemikiran murid-murid sepanjang aktiviti pembelajaran

    dan pengajaran sepanjang tahun itu. Ujian ini termaktub seperti yang digariskan di

    dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah.

    Ketiga, menilai perkembangan pengetahuan dan kepelbagaian kemahiran

    berfikir murid secara menyeluruh dalam matematik sepanjang aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran. Penilaian ini dilakukan secara berterusan bagi melihat secara

    keseluruhan tentang perkembangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid

    sepanjang sesi persekolahanan. Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang

    diguna pakai di universiti akan diaplikasikan di peringkat sekolah rendah.

    Keempat, mencungkil kemahiran berfikir murid-murid secara kreatif dan kritis

    dalam matematik disamping menanamkan sifat menghargai keindahan matematik.

    Kemahiran ini dinilai berdasarkan projek, portfolio atau amali yang ditugaskan

    kepada murid-murid.

    Rekabentuk Penilaian Matematik Sekolah Rendah Abad ke-21

    Tahap Konsep Instrumen Penilaian Strategi Penilaian

    Tahap 1

    (Tahun 1 hingga

    3)

    Penilaian

    secara

    berterusan

    berdasarkan

    aktiviti di dalam

    kelas.

    (Fun learning)

    Formatif (100%) Pemerhatian (rekod

    anekdot kognitif),

    scaffolding dan

    teknik penyoalan

    secara terbuka

    (open-ended

    question).

    Tahap 2

    (Tahun 4 hingga

    6)

    Penilaian

    menyeluruh

    (Sistem PNGK)

    Formatif (40%) Pelbagai strategi

    penilaian semasa.

    Summatif (30%) Soalan-soalan

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    21/23

    subjektif tanpa ada

    skema yang khusus

    (open-ended

    question)

    Penilaian Alternatif

    (30%)

    Individu (15%)

    Kumpulan (15%)

    Portfolio,amali atau

    pemerhatian (rekod

    anekdot kognitif)

    Berdasarkan rekabentuk penilaian yang dicadangkan di atas, sistem Purata

    Nilai Gred Kumulatif digunakan sebagai asas penilaian keseluruhan seseorang murid

    itu sehingga tamat persekolahannya. Namun, bagi tahap 1, penilaian murid-murid

    tidak melibatkan sistem PNGK. Penilaian pada tahap ini hanya dibuat untuk melihat

    perkembangan kognitif murid-murid ini disamping kemahiran yang dibina oleh

    mereka. Rasionalnya, tahap pemikiran kanak-kanak pada usia ini masih belum

    diterokai sepenuhnya. Maka, adalah tidak adil jika penilaian dilakukan pada tahap ini.

    Pada tahap 2, terdapat 3 instrumen penilaian yang akan digunapakai iaitu

    penilaian formatif, sumatif dan alternatif. Setiap instrumen ini dipecahkan agihan

    markah penilaian iaitu 40 peratus formatif, 30 peratus sumatif dan 30 peratus

    alternatif. Penilaian formatif dilaksanakan oleh guru semasa aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran di dalam bilik darjah.

    Penilaian sumatif dilaksanakan pada setiap penghujung tahun persekolahan.

    Soalan-soalan yang dibentuk adalah bersifat subjektif. Ianya dibentuk melibatkan

    komponen soalan yang menguji pemikiran murid-murid serta pengaplikasian dalam

    kehidupan seharian. Jawapan yang diberikan oleh setiap murid dinilai bukan kepada

    satu-satu skema jawapan sahaja namun ia dinilai kepada tahap penyampaian

    jawapan yang diberikan. Sebagai contoh, satu soalan penyelesaian masalah

    dikemukakan. Murid boleh menjawap soalan tersebut dari pelbagai cara sama ada

    secara pengiraan bentuk lazim atau pun melalui gambar rajah. Tahap soalan boleh

    dibina berdasarkan penggunaan model Taksonomi Bloom. Model ini bina melibatkan

    aras kemahiran pemikiran rendah hingga tinggi.

    Penilaian alternatif pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu projek yang

    dilakukan secara individu dan berkumpulan. Projek individu dapat mengasah idea-

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    22/23

    idea pemikiran yang kreatif dan bernas seperti pembinaan teselasi dan tangram

    menggunakan pemikiran geometri. Manakala projek berkumpulan dilaksanakan bagi

    membolehkan murid-murid belajar untuk bekerjasama di dalam sebuah kumpulan

    dan melahirkan sifat-sifat kepimpinan serta pengurusan. Rekod anekdot digunakan

    bagi merekodkan perkembangan murid-murid tersebut sepanjang pelaksanaan

    projek mereka.

    Sebelum pelaksanaan sistem penilaian yang dicadangkan pada abad ke-21,

    satu kajian rintis perlu dilaksanakan agar keberkesanan penilaian ini dapat dibuat

    dengan sempurna disamping penambaikkan juga dibuat. Latihan penilaian perlu

    diberikan kepada tenaga pengajar secara intensif bagi memastikan penilaian dapat

    dibuat secara telus dan berintegriti.

  • 7/28/2019 Cadangan Kurikulum Matematik KBSR Kurun Ke 21

    23/23

    Rujukan

    1) Leder, G. (1992). Assessment And Learning of Mathematics. Australia : ACER.

    2) Lesh, R. A., Hamilton, E., Kaput, J.J. (2007). Foundations for the Future in

    MathematicsEducation. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates Inc. Publishers.

    3) Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessmentin

    Education

    4) Sang, M.S. (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.

    Bhd.

    5) 21st Century Skills Assessment: A Partnership for 21st Century Skills e-paper;http://www.p21.org/route21/images/stories/epapers/r21_assessment_epaper.pdf

    Posted by ZALIFAH BINTI NOOR at12:15 AM

    Email This BlogThis! Share to Twitter Share to FacebookShare to

    Google Buzz

    0 comments:

    Post a Comment

    http://zalifahnoor73.blogspot.com/2010/10/cadangan-kurikulum-matematik-kbsr-kurun.htmlhttp://zalifahnoor73.blogspot.com/2010/10/cadangan-kurikulum-matematik-kbsr-kurun.htmlhttp://zalifahnoor73.blogspot.com/2010/10/cadangan-kurikulum-matematik-kbsr-kurun.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=buzzhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=buzzhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=buzzhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=buzzhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=158048669334547362&postID=5550919470909524762&target=emailhttp://zalifahnoor73.blogspot.com/2010/10/cadangan-kurikulum-matematik-kbsr-kurun.html