cadangan ke arah pembentukan malaysia

10
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Upload: imie-evo

Post on 19-Jun-2015

1.369 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

CADANGAN KE ARAH

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Page 2: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

1887, Lord Brassey iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara mencadangkan Kerajaan British menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri Melayu dan

Negeri-Negeri Selat .

1948, Sir Malcoim MacDonald,Gabenor Jeneral Asia Tenggara mencadangkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

1956, Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana suatu masa nanti British akan menggabungkan

Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 3: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

Terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura ,Lim Yew Hock diukuti oleh David Marshall pada 1955.

1959,Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.

Walau bagaimanapun Tunku tidak bersetuju kerana berlaku ketidakseimbangan penduduk.

27 Mei 1961, Tunku Abdu Rahman menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar

Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau menyuarakan harapan:- Negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan. Pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.

Page 4: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Page 5: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN

MALAYSIA

POLITIK

KESELAMATAN

KEMEDAKAAN

DEKOLONISASI

EKONOMI

KERJASAMA EKONOMI

SOSIAL

KEPENDUDUKAN

Page 6: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

FAKTOR POLITIK

1. KESELAMATAN

• Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961.

• Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lew Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP) pada masa depan.

• Perkembangan ini bimbang akan menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura kerana Barisan Sosialis dianggap oleh Lee KuanYew sebagai gerakan berhaluan kiri.

• Lee KuanYew telah mendesak British supaya menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi mengelak ancaman komunis.

• Tambahan pula Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya(PKM) iaitu sepanjang tempoh darurat dari 1948-1960.

• Clandestine Communist Organization(CCO) turut mengancam Sarawak dengan matlamat ingin menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.

• Dengan itu penggabungan negeri-negeri terbabit dapat menyekat ancaman komunis.

Page 7: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

2. KEMERDEKAAN

• Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana mereka belum mampu berkerajaan sendiri.

• Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.

• Mereka juga dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

3. DEKOLONISASI

• Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.

• Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Pada masa ini hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan.

• Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.

• British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo serta memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutamanya pangkalan mereka di Singapura.

Page 8: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

FAKTOR EKONOMI

KERJASAMA EKONOMI

• Dapat mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.

• Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah pula mempunyai sumber balak,manakala Brunei kaya sumber minyak.

• Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negari-negeri.

Page 9: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

FAKTOR SOSIAL

KEPENDUDUKAN

• Untuk mengimbangkan jumlah kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei ke dalam gabungan itu.

• Pembentukkan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.

Page 10: Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

SELESAI..