kelemahan dan kelebihan dasar pendidikan serta cadangan ke arah perpaduan

37
Kelemahan dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke arah Perpaduan PENGENALAN Elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial ialah sistem pendidikan iaitu melalui sistem persekolahan. Sistem persekolahan merupakan saluran yang penting bagi menyampaikan wadah perjuangan negara dan menyerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun hidup berdekatan, mereka masih berpegang teguh kepada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri serta terpisah dalam sistem politik yang sama. Sebenarnaya masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja iaitu sejak sebelum merdeka. Dasar liberal Inggeris pada pertengahan abad ke-19, telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu ekoran penghijrahan masuk secara beramai-ramai kaum cina dan india ke Tanah Melayu. Sejak dari itu, Tanah Melayu telah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Lantaran kepelbagaian kaum ini, dasar pendidikan negara mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum ini, satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan telah diwujudkan oleh British iaitu Rancangan Cheesmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Usaha mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan diteruskan selepas merdeka antaranya Penyata Razak (1956 ), Laporan Rahman Talib (1960 ), Akta Pelajaran ( 1961 ) dan lain-lain lagi. Walaupun dasar pendidikan ini berubah-ubah namum tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan kaum di Malaysia. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA Pada zaman sebelum kemerdekaan Malaysia, penjajah British telah mendominasi pendidikan di negara kita dengan mengatur segala sistem pendidikan mengikut kehendak mereka. Dalam sistem pendidikan itu, rakyat terpaksa mengekalkan taat setia kepada pendatang negara asal mereka dan rakyat tidak dibenarkan untuk membangkitkan semangat pembangunan rakyat tempatan. Selain itu, mereka juga telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata

Upload: anonymous-vtpvulb

Post on 06-Feb-2016

1.913 views

Category:

Documents


79 download

DESCRIPTION

K

TRANSCRIPT

Page 1: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Kelemahan dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke arah Perpaduan

PENGENALAN Elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial ialah sistem pendidikan iaitu melalui sistem persekolahan. Sistem persekolahan merupakan saluran yang penting bagi menyampaikan wadah perjuangan negara dan menyerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun hidup berdekatan, mereka masih berpegang teguh kepada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri serta terpisah dalam sistem politik yang sama. Sebenarnaya masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja iaitu sejak sebelum merdeka. Dasar liberal Inggeris pada pertengahan abad ke-19, telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu ekoran penghijrahan masuk secara beramai-ramai kaum cina dan india ke Tanah Melayu. Sejak dari itu, Tanah Melayu telah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Lantaran kepelbagaian kaum ini, dasar pendidikan negara mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum ini, satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan telah diwujudkan oleh British iaitu Rancangan Cheesmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. 

Usaha mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan diteruskan selepas merdeka antaranya Penyata Razak (1956 ), Laporan Rahman Talib (1960 ), Akta Pelajaran ( 1961 ) dan lain-lain lagi. Walaupun dasar pendidikan ini berubah-ubah namum tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan kaum di Malaysia. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. 

SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA Pada zaman sebelum kemerdekaan Malaysia, penjajah British telah mendominasi pendidikan di negara kita dengan mengatur segala sistem pendidikan mengikut kehendak mereka. Dalam sistem pendidikan itu, rakyat terpaksa mengekalkan taat setia kepada pendatang negara asal mereka dan rakyat tidak dibenarkan untuk membangkitkan semangat pembangunan rakyat tempatan. 

Selain itu, mereka juga telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal demikian memberi cabaran dan halangan terhadap kaum Melayu ketika itu kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini kerana, penjajah tidak menggalakkan rakyat tempatan terutamanya kaum Melayu untuk mendapat pendidikan yang tinggi. 

Pihak British bimbang jika pelajar-pelajar kaum Melayu mendapat pendidikan yang tinggi, kemungkinan besar kedudukan mereka di Tanah Melayu akan tergugat. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah membuat penyekatan bagi kemasukan pelajar-pelajar melayu ke sekolah-sekolah Inggeris. Akibatnya, kaum Melayu telah ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaum yang lain. Pihak British juga telah membuat perubahan yang besar dalam menghalang penyatuan kaum iaitu dengan menubuhkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular itu terdiri daripada sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil yang mempunyai kelebihan tersendiri. Atas perubahan itu, pada Ogos 1950, Penyata Barnes telah dibuat yang diketuai oleh L.J.Barnes dan diikuti dengan Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), dan Akta Pelajaran (1961).  

KELEMAHAN DASAR DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1. Sistem Persekolahan Vernakular Telah di jelas dalam penyataan di atas, sistem persekolahan di Malaysia dari sebelum merdeka hingga sekarang telah mempunyai sistem persekolahan yang pelbagai aliran atau lebih dikenali sebagai persekolahan vernukular. Sistem

Page 2: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

pendidikan di Malaysia kini bergerak seiring dengan perubahan arus permodenan dan globalisasi serta seiring dengan keperluan semasa masyarakat. Namun perubahan itu tidak tertakluk dalam perubahan sistem persekolahan yang masih mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Banyak isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan sistem persekolahan ini. Namun selepas segala perbincangan dan perdebatan yang dibuat keputusan hanya berakhir dengan tiada jalan penyelesaian bagi mengubah sistem itu kepada sistem yang lebih baik. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Pengaruh politik tanah air telah menyekat sebarang keputusan yang telah dibuat sehinggakan keputusan yang dipersetujui tidak dapat dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. 

Dari aspek perpaduan kaum, sepatutnya kita harus membuat didikan awal dalam menerapkan aspek perpaduan kaum iaitu melalui pelajar-pelajar dari peringkat rendah lagi. Melalui persekolahan, mereka dapat menjadikan tempat itu sebagai asas permulaan dalam memupuk hubungan yang baik antara kaum yang lain. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Mereka juga dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim. Sebaliknya, nilai-nilai itu tidak dapat diwujudkan dengan adanya sekolah pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan seterusnya memudarkan sikap itu daripada terjalin. 

Jika kita ingin mengekalkan hubungan antara masyarakat di Malaysia, kerajaan perlu membuat sedikit perubahan terutama dalam sukatan pelajaran sistem persekolahan vernakular ini. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mewujudkan satu dasar baru iaitu Sistem Persekolahan Satu Aliran. Idea menubuhkan sistem persekolahan satu aliran perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan dasar baru tersebut dengan mengambil kira kehendak rakyat bagi mengelakkan masalah perbalahan yang mungkin akan timbul sehingga memberi kesan buruk terutama dalam perpaduan kaum. Melalui penubuhan sekolah satu aliran tidak mungkin menjejaskan hak-hak antara kaum, malahan dengan adanya dasar tersebut, masyarakat dapat menyemai semangat perpaduan antara kaum yang kukuh. Namun sehingga sekarang, dasar tersebut masih belum mendapat persetujuan antara masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Bagi mereka, penggunaan bahasa ibunda mereka perlu dijaga dan hak-hak mereka perlu dijamin terutamanya bagi masyarakat Cina dan India. 

Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Faktor utama masalah dan wujud jurang pendidikan antara masyarakat ini disebabkan oleh penggunaan bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Contohnya di sekolah kebangsaan, pengunaan bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan, manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini masih berlanjutan sehingga kini. Ini menujukkan sistem persekolahan vernakular yang dilaksanakan sekarang mempunyai kekurangan seterusnya menunjukkan kelemahan yang ketara dalam dasar dan falsafah pendidikan negara. 

2. Berorentasikan Peperiksaan Dan Pencapaian Akademik Dari segi budaya, kelemahan dalam sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Bagi ibu bapa, perkara ini amat diambil berat dan mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Pendidikan yang menumpuan semata-mata dalam pencapaian akademik telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan elaman-elaman adab dan sopan. Aspek budi bahasa, sopan santun, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mengurangkan peperiksaan dan ujian dalam sistem pendidikan sekarang. Melalui pemantauan, didapati sistem yang terlalu mementingkan peperiksaan dianggap tidak praktikal dan tidak sesuai lagi untuk menguji kemampuan sebenar pelajar, sekali gus membebankan guru dan pelajar sendiri. 

Falsafah Pendidikan Negara dengan jelas menyatakan pendidikan di Malaysia ingin mewujudkan insan yang

Page 3: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

seimbang dan harmonis. Sejauh manakah kefahaman pelajar kita tentang falsafah ini? Sesungguhnya, fenomena pengangguran di kalangan siswazah sekarang menunjukan bukti kelemahan sistem yang mengutamakan pencapaian akademik sehingga wujud insan yang tidak seimbang. Bagi mereka ilmu yang pelajari adalah semata-mata untuk sekadar lulus dalam peperiksaan sahaja tetapi tidak tahu memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh melahirkan modal insan berfikir. Terlalu ghairah mahu keputusan yang baik, ibu bapa sanggup mengorbankan wang ringgit menghantar anak-anak pergi ke kelas tuisyen sehingga mengabaikan aktiviti-aktiviti riadah dan aktiviti kemasyarakatan untuk anak-anak mereka. Masyarakat pula berpandangan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat “A” sahaja pelajar yang cemerlang, tetapi pelajar yang gagal dalam peperiksaan dianggap gagal dalam segala-galanya. Hal ini menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehingga hilang keseronokan untuk belajar.  

KELEBIHAN DASAR DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA  

1. Memupuk Perpaduan Pendidikan adalah satu proses utama dalam membentuk kendiri untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan di Malaysia juga adalah satu alat sistem sosial untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Dasar Pendidikan Negara yang diwujudkan oleh pihak British mahupun kerajaan sebelum merdeka dan selepas merdeka pada asasnya adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum. Ini merupakan satu kelebihan sistem pendidikan negara dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. 

Penyata Razak (1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib telah menggariskan dengan jelas dasar pendidikan yang berkaitkan dengan perpaduan antara kaum. Mari kita lihat kepada Penyata Razak (perenggan 12), secara ringkas kita dapat simpulkan tujuan dasar pelajaran adalah menyatukan kanak-kanak daripada semua bangsa dengan menggunakan satu peraturan pelajaran meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta. Di sini menjelaskan bahawa perpaduan negara dan nilai perpaduan menjadi teras menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Aspirasi ini telah digariskan dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam sistem pendidikan ini telah memberi kelebihan dan penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Manakala subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan subjek wajib bagi semua sekolah. Selain itu juga sistem ini turut mengekalkan penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan (SJK). 

2. Integrasi Nasional Dalam KBSR Dan KBSM Integrasi Nasional antara kaum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil perhatian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) merupakan susulan perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Maka segala perubahan dalam kurikulum, cita-cita Falsafah Pendidikan Negara dan pendekatan yang ditekankan kesepaduan dalam kurikulum perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Pelaksanaan kurikulum baru ini adalah satu usaha untuk menangani cabaran perkambangan semasa di mana nilai murni dan kerohanian telah mula diabaikan dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu. 

Kelebihan dasar pendidikan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM dapat kita lihat kepada objektif yang ingin dicapai. Selain penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan membina sikap nilai-nilai kemanusiaan berlandaskan RUKUN NEGARA, murid juga dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Semangat kerjasama dan toleransi ini diterapkan dalam aktiviti gerak kerja kokurikulum. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM seperti kelab, persatuan serta sukan dan permainan, pelajar berpeluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya lain, berdikari dan mendisiplinkan diri, serta mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dalam kumpulan. Penerapan nilai-nilai murni ini amat penting untuk memupuk individu ke arah integrasi nasional. Integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM juga dicapai melalui aktiviti ‘Budaya Sekolah’. 

Aktiviti budaya sekolah telah menjadi perkara rutin setiap sekolah hingga masa kini. Ini merangkumi aktiviti seperti

Page 4: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama-sama dalam perhimpunan sekolah, bacaan ikrar dalam acara rasmi sekolah seperti sukan dan mengibarkan bendera kebangsaan setiap persekolahan. Jelaslah dan tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti budaya sekolah untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan yang dilaksanakan melalui KBSR dan KBSM dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional secara menyeluruh dan bersepadu di kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. 

CADANGAN MEPERTINGKATKAN KESEFAHAMAN, TOLERANSI DAN PERPADUAN ANTARA KAUM Mengikut kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib (1960) telah menjelaskan bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan kaum. Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum amat penting. Ini dapat membantu menimbulkan perpaduan serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Selain menitikberatkan aspek-aspek pendidikan harmonis, nilai-nilai budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek yang diajar. Maka dengan itu, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum yang sedia ada untuk membentuk keperibadian dan moral para pelajar. Berikut adalah cadangan yang boleh kita teruskan dalam pendidikan sekarang demi mencapai perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat kita. 

Pertama, pengunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar. Seperti yang kita tahu, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Sesuai dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara telah termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Dalam dasar pendidikan kebangsaan, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian. Oleh sebab itu, pengajian Bahasa Melayu telah menjadi subjek pengajian yang wajib diambil setiap pelajar. Ini amat bersesuaian dengan kehidupan kita dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas juga merupakan cara untuk menyatupadukan hubungan dan mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. 

Pelajar-pelajar merupakan medium yang penting dalam melaksanakan perubahan ini kerana mereka mudah memahami sistem Bahasa Melayu dan bukan sahaja dapat menguasai bahasa tersebut, malah mampu mengungkapkan segala fungsinya dalam bahasa perpaduan rakyat. Maka, secara tidak langsung, dapat memupuk pelajar terhadap kepekaan variasi Bahasa Melayu di dalam pelbagai keadaan yang penting. Pendidikan Bahasa Melayu juga menekankan pelajar-pelajar tentang pentingnya semangat cinta akan tanah air dan juga semangat perpaduan antara rakyat. Jika pendidikan ini diambil berat, masalah perpaduan di negara kita akan berkurangan dengan adanya toleransi dan kesefahaman antara kaum. 

Sebagai contoh, hal ini dapat dibuktikan dengan perpaduan antara masyarakat di negara Jepun. Jepun merupakan sebuah negara yang memartabatkan dan menggunakan hanya satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Jepun. Ini membuatkan perpaduan di negara matahari terbit itu tidak menjadi penghalang kemajuan dan kemakmuran negara mereka. Nyatalah pengunaan satu bahasa akan menyumbang negara kita ke arah negara yang maju mengikut acuan sendiri. Semua itu tidak akan wujud sekiranya para pelajar tidak berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan kaum. Dalam usaha meningkatkan kesefahaman, toleransi dan perpaduan kaum, aktiviti seperti menubuhkan kelab atau persatuan Bahasa Melayu dan mengadakan minggu Bahasa Melayu telah dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah. Semua aktiviti ini tidak akan terlaksana jika tiada penglibatan pelajar daripada bangsa dan kaum yang berbeza. 

Dalam konteks sistem persekolahan vernakular, penghapusan sistem ini bukanlah satu cadangan yang baik kerana penghapusan sistem ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum terutama masyarakat Cina dan India. Cukuplah sekali tercetusnya ‘Peristiwa 13 Mei’. Biarlah ia menjadi sejarah negara kita sahaja. Oleh itu, untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendekatan memperkasakan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan India perlu diwujudkan. Manakala untuk menarik bangsa lain bersekolah di sekolah kebangsaan pula ialah dengan menjadikan subjek bahasa ibunda seperti Bahasa Cina, Bahasa India, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban sebagai subjek yang juga diajar di sekolah kebangsaan oleh guru yang bertauliah tentang bahasa tersebut. Oleh yang demikian, jika perubahan ini wujud dan dilaksanakan dalam sistem persekolahan vernakular, semua ibu bapa tidak akan bersusah payah untuk menghantar anak mereka jauh ke bandar semata-mata

Page 5: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

mencari sekolah mengikut bangsa mereka sahaja. Ini kerana mereka tahu semua sekolah akan mengajar bahasa ibunda mereka tidak kira sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Maka, wujudlah perpaduan di kalangan semua pelajar sekolah-sekolah vernakular. 

Kedua, kurikulum bersepadu seperti KBSR dan KBSM masih boleh diteruskan dan diperbaiki lagi kerana terdapat pelaksanaannya yang memupuk perpaduan kaum terutama dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan di sekolah adalah seperti sukan, permainan, kelab dan persatuan. Kini, Kementerian Pelajaran telah merancang program Satu Murid Satu Sukan (1M1S) dan telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 antara yang dimasukkan dalam aktiviti kokurikulum. Program ini meminta setiap pelajar memilih satu bidang sukan yang mereka minati seterusnya mempelajari kemahiran bidang itu sehingga mereka berjaya seterusnya terpilih menjadi wakil dari sekolah mereka sehingga di peringkat yang tinggi. 

Selain itu juga, pelajar boleh diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti di luar akademik terutama dalam aktiviti melibatkan pelbagai kaum seperti program anak angkat, badan beruniform atau Persatuan Belia & Beliawanis. Salah satu contoh aktiviti di luar akademik yang telah dilaksanakan ialah Program perkhemahan Integrasi yang dianjurkan oleh Pusat KoKurikulum tidak kira peringkat negeri ataupun kebangsaan. Program ini telah terbukti dapat memupuk perpaduan kaum bukan saja di kalangan pelajar malah di kalangan guru-guru dan jurulatih program. Program ini memberi kesan yang mendalam kepada pelajar sehingga mengenali apakah ertinya persahabatan dan perpaduan. Situasi inilah yang perlu kita semaikan dalam jiwa pelajar kita demi kesejahteraan, kesetiaan dan keamanan bangsa dan negara. Di samping itu juga, program seperti dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi kurikulum dan kokurikulum. Perlu diingatkan “Kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum”. Ini bermakna, tidak lengkap seseorang itu jika dia hanya mengutamakan pencapaian akademik sahaja. 

Ketiga, menambah dan memperbanyakkan lagi sekolah di bawah program Sekolah Wawasan. Pelaksanaan program Sekolah Wawasan yang dirancang oleh kementerian Pendidikan bukan bermaksud hendak menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular tetapi sebaliknya ingin mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda yang bakal memimpin negara pada masa depan. Walaupun pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak, namum kerajaan masih meneruskan usaha bagi mencapai matlamat program ini terutama untuk mewujudkan perpaduan dan memupuk semangat integrasi antara pelajar yang berbilang kaum, aliran dan fahaman agama. Antara lain, matlamat program ini juga ingin melahirkan generasi yang bertoleransi dan saling memahami. Di samping itu juga semua warga sekolah digalakkan berinteraksi secara maksimum dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan perkongsian kemudahan yang terdapat di sekolah. 

Demi mencapai matlamat ini, pelaksanaan sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama di satu kawasan atau di bawah satu bumbung yang sama. Maksud konsep belajar bersama ini ialah sebanyak dua atau tiga buah sekolah (SK/SJK/SJKT) yang berlainan aliran dan juga pentadbiran dibina di dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berkongsi bersama semua kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Dengan perkongsian ini, berkemungkinan dapat memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum serta nilai-nilai masyarakat majmuk dapat diserapkan di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi. 

Dalam ucapan umum bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, khasnya dalam menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Beliau membuat kenyataan seperti berikut: 

[…] membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, maka bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, serta menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan. Membentuk sebuah bangsa Malaysia mestilah dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut (Mahathir Mohamad, 1991). 

Ucapan ini sekali lagi diluahkan beliau dalam ucapan perasmian ‘Wawasan 2020’. Jelaslah bahawa perkongsian bersama-sama dapat menyatupadukan kaum di Malaysia. Maka, program Sekolah Wawasan adalah satu cadangan yang baik untuk ke arah memupuk perpaduan pelbagai kaum di negara ini. 

Page 6: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Keempat, sistem penyampaian. Kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk lanskap masyarakat Malaysia, terutama dalam membentuk kesefahaman, toleransi dan perpaduan rakyat. Oleh sebab itu, kerajaan perlu menggunakan segala keperluan dan kebebasan dalam menjadi medium penyampaian yang berguna terhadap rakyat terutama dalam menyampaikan maklumat yang penting serta bertepatan dengan keperluan rakyat dalam memupuk perpaduan. Maklumat yang disampaikan mestilah tepat dan berinformasi terhadap rakyat dan tidak mementingkan kepada satu pihak saja. 

Seperti yang kita tahu, sistem penyampaian yang biasa digunakan ialah melalui media-media dan juga agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Penerangan dan Komunikasi. Mereka bertanggungjawab dalam menyampaikan dasar-dasar yang penting bagi rakyat mengetahuinya terutama dalam dasar-dasar yang dapat menyatupadukan masyarakat kita. Penggunaan sepenuhnya peranan media, sama ada media cetak mahupun elektronik, sebagai medium utama dengan menayangkan iklan-iklan bertemakan perpaduan dengan lebih kerap lagi dan ruang papan kenyataan yang mempromosikan keunikan masyarakat Malaysia. Selain daripada itu, melalui sistem penyampaian juga, masyarakat dapat mengetahui dasar-dasar kerajaan terutamanya masyarakat dari luar bandar. 

Dalam menjayakan usaha tersebut, kerajaan telah membuat pelbagai rancangan TV yang mengandungi rancangan-rancangan yang berbeza bahasa mengikut kaum di negara kita. Malah, agensi-agensi bukan kerajaan juga turut menyumbangkan idea-idea mereka dalam memupuk perpaduan antara kaum. Contohnya, mereka telah membuat lagu-lagu yang bertemakan perpaduan kaum serta menganjurkan pelbagai realiti TV yang dapat disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga kaum. 

KESIMPULAN Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Melalui proses penyatupadukan masyarakat Malaysia, dasar pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan telah menampakkan hasilnya walaupun masih mempunyai kelemahan dalam membentuk satu dasar yang boleh diterima oleh semua kaum. Dasar pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kestabilan dan kemajuan negara kita. Pendidikan merupakan alat membentuk perpaduan kaum yang wajib diambil berat dalam dunia yang kian pesat membangun. Aspek nilai murni amat ditekankan dalam pendidikan dan nilai-nilai ini perlu ada dalam diri setiap rakyat sebagai sebuah masyarakat majmuk. 

Kerajaan sentiasa berusaha mencari pendekatan untuk masyarakat dalam memupuk semangat kesefahaman, toleransi dan perpaduan dalam kemakmurkan negara kita. Dari sebelum merdeka sehingga hari kini, kerajaan sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk perpaduan masyarakat tanpa memilih kaum, walaupun usaha itu selalu dimanipulasi oleh pihak pembangkang. Sebagai rakyat Malaysia, “Dasar Pandang Ke Timur” yang disarankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad patut kita renungkan semula. Perpaduan masyarakat Jepun merupakan contoh terbaik untuk kita ikuti. Kemajuan dan kemakmuran negara Jepun lebih dahulu ke hadapan berbanding kita. Kemajuan nagara kita yang dikecapi sekarang ini tidak akan tercapai dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya tiada kerjasama antara kaum. 

Peristiwa 13 Mei 1969, sepatutnya menjadi ikhtibar bagi kita dan menghalang peristiwa tersebut berulang kembali. Pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu dan kelemahan pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni. Sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus, maka semua usaha untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional tidak akan berjaya. Tugas ini bukan saja disandarkan kepada individu tertentu, malahan usaha ini haruslah dilakukan oleh seluruh masyarakat negara kita demi kejayaan dan kemakmuran negara yang tercinta dan merealisasikan Wawasan 2020.

Page 7: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.                  Keberkesanan kurikululum di sekolah

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran

maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau

porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv

banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma

mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan

berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.

Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena

negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia

terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai

perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan

sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum

untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya

saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

 

2.                  Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam

perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan

pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia

terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan.

Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan

pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:

1. Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat keputusan.

Page 8: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.

4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti

laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.

6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.

7. Penempatan pelajar dalam kelas.

8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.

9. Pembinaan jadual waktu guru.

10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.

11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang

dikendalikan pentadbir dan guru.

 

3.            Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi

kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi

dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang

kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai

elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka

menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan

kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

Page 9: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang

sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar

membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru

apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti

idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan

guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna

penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap

pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak

memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran

seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti

berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum

di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:

a) kewangan

b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama

berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja

secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan

kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

4. Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar

Page 10: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Pembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting dalam

pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju. Pemerintah

berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana melalui

pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi pembangunan

insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Melalui pendidikanlah akan lahir warga yang berilmu dan ientelektual bagi memacu Negara

kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara berperanan dalam

pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa pendidikan merupakan

asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang sentiasa berusaha

memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar

demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan pemerintah yang

pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk mengekalkan

suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan cuba diganggu gugat

oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan kepada

warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri

dipengaruhi oleh pihak tertentu demi kepentingan individu. Mereka tidak segan sanggup

memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun apa yang jelas

suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem politik sedia ada hasrat

pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah ditentukan dari saban tahun yang dikaji dan digubal

demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita masih kabur tentang

bawaan suasana baru sistem politik yang akan mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi

cabaran yang besar untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri

tidak tahu kesannya.

5.            Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik

Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan.

Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus kemajuan dunia

pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan

segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang

gangguan. Sebagai pedoman, kita lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya Negara –

Page 11: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

negara yang bergolak pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila

suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya kekacauan,

pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal ini apa yang

Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang terpaksa ditangung.kita lihat Negara kita hari

ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan segara demi msasa

depan pendidikan Negara.

6.            Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi

Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat

membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahan

pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan –banguan yang selesa, dan

sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang untuk

kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007, apabila berlaku krisis ekonomi,

banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak peruntukan

perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik balik. Ini akan

menganggu kemajuan sektor pendidikan.

 

7.                  Cabaran Menangani Isu Sosial

Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan

dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi

pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah

sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah,

merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada

sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif.

Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak

bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh

Page 12: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada

hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi

isu hangat disekolah seperti juga diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.

8.            Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa

. Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat

melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai

alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji

sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak

1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk

menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai

matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal

di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan

kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan

mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid – murid disana masih ketinggalan dari segi

kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurang pendidikan antara desa dan

Bandar masih ketara.

9.            Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum

. Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting

dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu

perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya

kerengangan hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama

mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat

Page 13: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang

dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang

bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa

pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-

aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan

pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan

maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian

dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa

ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar,

menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang

berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau

agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan

pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti

padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang

boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan

penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi

peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi

secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk

mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar

belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk

melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi

mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

 

10.           Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Page 14: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi

diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan suasana

Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan

Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral

yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta

membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan

menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP).

11. Cabaran Alaf Baru

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik

itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat

dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan

tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba

canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik,

ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997

yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang

berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk

masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui

sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan

masyarakat.

a. Pembinaan Budaya Ilmu

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan

serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir

tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama

Page 15: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk

kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu

bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik

secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap

kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di

peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut

beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu

pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat,

bangsa dan negara.

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang

penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan

generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri,

ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan

komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan

generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat

berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang

perkembangan dan perubahan masa kini.

b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika

tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan

kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks

bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana.

Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara

komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk

membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

 

Peranan Pendidik

Page 16: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan

Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti

hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan

ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)

kekuatan minda (krestif dan proaktif)

nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)

semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka

para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

menguasai subjek (kandungan kurikulum)

mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

memiliki kemahiran kaunseling

menggunakan teknologi terkini

dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Page 17: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah

Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan

yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran.

Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd.

Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan

bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. "

Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya

bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan

menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa,

sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus

memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk

mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

 

1.      Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan

perkembangan semasa, seperti:

aTeknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk

melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia

menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan

menjadi mekanisme urusan harian.

bKemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk

melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual

Page 18: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga

terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

c.Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain

teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental

mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning.

Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa

berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang

hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:

@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)

@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)

@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

dMenerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak

nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam

hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha

pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

e.      Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri

melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara.

Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang

kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan keadaan

perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya

merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan

jauh ke hadapan.

Page 19: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

 

f.        Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat

membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan

kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha

mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-

tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Kurikulum

dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan

membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara

mesti diberi perhatian:

o Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan

perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat

o Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar

dan teknologi

o Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang

dan bukan nafsu atau kepentingan individu

o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap

dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan,

mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik,

berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang

cemerlang.

 

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

A.     Sistem persekolahan Pelbagai Aliran

Page 20: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia

bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut

berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini,

Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama

dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina,

dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan

system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada

jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem

persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang

sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan

sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat

yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.

Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang

telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman

penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa

memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi

sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah

yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah

dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat

menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik

sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul,

bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan

hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai

aliran – seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan

Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah

tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan,

maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar.

Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula

masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling

Page 21: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,

mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya

satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia

bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan

dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak

mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini,

masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu

sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu

menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga

bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan

kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk.

Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan

identity kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan

yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan

semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka,

walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis

kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika

dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang

yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini

disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil

yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat.

Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan;

manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan

bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering

berlanjutan sehingga kini.

B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI)

Page 22: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir

Mohamad, suatu dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran

Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan

ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa

Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun 2009,

Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan

dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-

masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang

telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa

Inggeris.

Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana

mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara

sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1)

ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu

memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu

terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya

guru yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa

Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atau Non

Governmental Organization yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi. Ada sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7

tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya sejajar

dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada

pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka?

Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan

keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih lagi

ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar

bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI

dilaksanakan kerana bimbang

dengan masa depan.

Page 23: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum

Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian

dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada

perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980).

Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif

kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya

pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat,

maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud

kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi

yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah

kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai

subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak

mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara.

Mukriz Mahathir (2008) memberi pandangan supaya satu sistem

persekolahan sahaja diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan

Tamil sebagai subjek yang wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India

(kenyataan dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my, 2/12/2008).

Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai

salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan dapat

menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat merapatkan

jurang pendidikan antara kaum.

Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan

sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara

Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang

bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR

(Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan

Page 24: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk

menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan

penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzuki et al., 1995:110-126).

D. Merealisasikan Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia,

Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang

tahun 2020. Reformasi yang telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah

langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi merealisasikan

Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai

perpaduan Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama.

Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi

pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan

masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat

dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai

Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya

10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia menjadi

negara maju.

Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul

persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan

masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih

wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan masyarakat. Sistem

persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat

supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi,

masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana

ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia

ada, manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan.

Page 25: Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan

perpaduan negara diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak

bumiputra dan bukan bumiputra; (2) Jurang pencapaian pendidikan orang

Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; (3)

Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4) Hubungan

yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya

pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama

selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak

memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam

sesuatu kaum.

 

PENUTUP

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa

industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai

gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah

hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan

anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di

institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai

kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang

semakin sengit.

Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri

amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak

perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan

komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek

tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan

pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.