cabaran pembinaan negara bangsa pada masa hadapan di malaysia.docx

Upload: eyta-eta

Post on 04-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    1/15

    CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN

    DI MALAYSIA

    Pengenalan

    Peristiwa 13 Mei 1969 adalah merupakan titik hitam yang akan sering diingati

    oleh negara kita Malaysia. Tragedi yang telah terjadi ini telah mengorbankan banyak

    nyawa yang melibatkan kaum Cina dan Melayu. Pergaduhan yang tercetus akibat

    daripada keputusan Pilihan Raya 1969 yang mana telah dimenangi oleh pihak

    pembangkang. Terdapat pelbagai cerita yang boleh diperolehi berkenaan dengan

    peristiwa hitam ini, ada juga cerita-cerita yang diperolehi ini tidak dapat disahkan

    kesahihannya.

    Jika disingkap dengan lebih lanjut punca terjadinya peristiwa berdarah ini,

    dapat dilihat bahawa peristiwa yang terjadi ini tidak berlaku secara tiba-tiba atau

    disebabkan sebab yang spontan. Terdapat rentetan kepada sebab-sebab yang

    mencetuskan peristiwa pahit ini. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah

    menjadi antara faktor penyumbang kepada terjadinya peristiwa 13 Mei ini. Penjajah

    Inggeris yang telah menjajah negara kita juga telah memberikan kesan kepada

    terjadinya peristiwa ini. Amalan diskrimininasi oleh pihak Inggeris telah menyebabkan

    hubungan antara kaun di Tanah Melayu renggang. Pihak penjajah ini menggunakan

    taktik ini bagi menghalang semua kaum di Tanah Melayu dari bersatu-padu

    menentang penjajahan mereka. Kesan ketara dari penjajahan Inggeris ini dapat

    dilihat dari sudut ekonomi di mana ekonomi dikelaskan mengikut rasa tau etnik.

    Pembinaan negara bangsa adalah sesuatu yang amat penting bagi sesebuahnegara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Kejayaan membina

    negara bangsa yang gemilang adalah bergantung kepada perkongsian nilai serta

    semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting terutamanya di masa kini yang

    mana pada era globalisasi di mana segala maklumat, modal manusia, sistem nilai,

    budaya dan kepercayaan mengalir secara bebas dan pantas dari pelbagai negara di

    setiap pelusuk dunia. Maka adalah sangat penting di era kini agar kita mengukuhkan

    negara bangsa Malaysia agar dapat berdiri dengan kukuh dan kuat agar dapat

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    2/15

    menghadapi segala cabaran yang bakal dihadapi dalam membina negara bangsa di

    masa hadapan.

    membentuk sebuah negara yang bersatu pada serta menyanjung masa

    hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi

    wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati bersama yang sepenuhnya

    berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah bangsa Malaysia

    dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa

    tersebut.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Melangkah Ke Hadapan, 1991)

    Negara bangsa Malaysia dikurniakan dengan masyarakat yang bersatu-padu

    dan saling hormat-menghormati. Mereka mengamalkan konsep penerimaan,

    walaupun mereka berbeza kaum. Namun begitu disebabkan kepelbagaian kaum,

    agama dan budaya ini adakalanya tercetus insiden yang tidak diingini akibat dari

    sikap prejudis dan ketidak-seimbangan sosial dalam negara. Malaysia pernah

    mengalami tragedi hubungan kaum yang hampir menggugat kewibawaanya.

    Peristiwa atau tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 adalah merupakan satu

    sejarah hitam yang telah memberi isyarat jelas kepada kita bahawa wujudnya jurang

    hubungan kaum yang ketara dalam negara ini (Shamsul, 2007).

    Bagi mengenalpasti apakah lagi cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam

    membina negara bangsa Malaysia di masa hadapan perlulah difahami dahulu

    dengan jelas istilah negara dan juga bangsa.Negara ialah sekumpulan manusia yang

    menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah pemerintahan dan

    penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Bangsa

    pula merujuk kepada satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk

    dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi

    bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi

    bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama. Negara

    bangsa mendefinasikan kepada pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan

    bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai

    identiti. Lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik.

    Berdasarkan teori yang telah diutarakan oleh Anderson, Abd. RahmanEmbong (2006) menyatakan bangsa ialah suatu komuniti yang diimiginasikan

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    3/15

    berdasarkan asas-asas sesuatu objektif. Konsep bangsa yang diperkatakan ini

    dibahagikan kepada dua aspek iaitu konsep bangsa yang pertama ialah dari sudut

    politik yang berkaitan dengan wilayah dan juga kenegaraan. Manakala konsep kedua

    pula merujuk kepada konsep etnik yang berkaitan dengan salahsilah budaya, adat

    resam dan sejarah sepunya kelompok etnik tersebut.

    Bagi memastikan kejayaan membina negara bangsa Malaysia terdapat

    beberapa aspek asas yang perlu dititik beratkan dan dikaji oleh pemerintahan negara

    dalam mewujudkan negara bangsa yang berjaya dan harmonis di mata dunia. Adat

    resam adalah merupakan suatu peratuan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat

    yang diamalkan oleh suatu masyarakat sejak turun temurun dan perlu dipatuhi

    (Kamus Dewan, 2005). Adat juga merujuk kepada suatu perbuatan yang baik dalam

    sesebuah masyarakat yang mana ia boleh dikaitkan dengan kebudayaan sesuatu

    masyarakat atau bangsa. Pelbagai adat resam yang dapat kita perhatikan dari

    pelbagai kaum di negara kita ini seharusnya dapat diadaptasikan untuk menjadi

    budaya baru yang dapat diterima oleh semua ahli bangsa sebagai budaya nasional.

    Konsep Asas Pembentukan Negara Bangsa

    Selain aspek adat resam, ikatan ketatanegaraan juga adalah sesuatu yang

    penting untuk diambil kira. Aspek ini berkaitan dengan sistem bernegara yang

    diamalkan oleh setiap ahli dalam sesebuah wilayah. Setiap warga dalam sesebuah

    negara terikat dan perlu mematuhi undang-undang yang sama berdasarkan

    kedaulatan undang-undang sepertimana yang telah termaktub di dalam prinsip

    Rukun Negara yang keempat.

    Imiginasi berlandaskan sesuatu matlamat yang hendak dicapai oleh Malaysia

    di masa akan datang juga adalah sesuatu yang sangat penting. Dengan adanya

    matlamat atau objektif yang menjadi tumpuan dan tujuan akan dapat mewujudkan

    perhubungan dan ikatan yang kuat di antara semua lapisan kaum. Objektif yang

    ditetapkan boleh merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, bahasa dan psikologi

    yang sudah pastinya akan dapat mewujudkan ikatan yang kukuh sebagai satu

    bangsa yang hidup dalam satu negara yang sama. Akan lahirlah ketoleransian di

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    4/15

    kalangan semua kaum dan juga di setiap jiwa warganegara yang akan mengekalkan

    keharmonian sesebuah negara.

    Aspek sejarah, budaya dan amalan yang berbeza antara semua kaum perlu

    dicari dan dikaji titik kesinambungannya. Ini adalah kerana keadaan zaman yang

    sentiasa berubah dari masa ke semasa akan juga turut merubah budaya dan amalan

    sesebuah kaum itu. Keupayaan suatu bangsa menangani perubahan akan dapat

    menjamin kemandirian dan kekuatan suatu bangsa itu. Selari dengan aspek yang

    dibincangkan ini pihak kerajaan telah mula mengambil langkah dengan melakukan

    penyusunan semula masyarakat agar rakyat Malaysia dapat membina satu

    masyarakat yang bekerjasama dalam menyahut wawasan 2020.

    Rukun Negara yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan

    Negara adalah hasil setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang telah

    menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Ideologi Rukun Negara

    adalah merupakan konsep satu persamaan tumpuan yang mana membolehkan

    rakyat Malaysia yang berasal dari pelbagai etnik yang berbeza sejarah budaya dan

    juga kepercayaan berfikir mengenai ideologi yang sama. Wujudnya Rukun Negara

    menjadikannya salah satu tumpuan untuk setiap individu di Malaysia kerana

    kandungannya yang meliputi visi dan misi ke arah pembentukan suatu bangsa baru

    berasaskan prinsip-prinsip tertentu yang dapat mereka lakukan. Ideologi ini

    dimanifestasikan sebagai satu ikatan dalam bentuk pemikiran bagi segenap kaun di

    Malaysia.

    Aspek yang seterusnya adalah semangat nasionalisme yakni semangat

    cintakan bangsa dan negara. Semangat nasionalisme ini adalah sangat penting

    dalam diri setiap individu. Individu yang mempunyai rasa saying kepada negara

    tempat tumpah darahnya akan mengenepikan kepentingan peribadi demi negara

    (David Storey, 2001). Perasaan ini bermula dari individu, keluarga dan seterusnya

    berkembang kepada masyarakat. Semangat ini dapat dilahirkan menerusi nyanyian

    lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan apa yang paling penting adalah apabila

    seseorang itu bangga mengakui diri bangsanya dengan nama negara berbanding

    mengenalkan diri bangsanya berdasarkan nama etnik. Akan wujud keseragaman

    melalui simbol negara yang diwujudkan dalam sesebuah bangsa. Contoh yang

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    5/15

    ketara dapat dilihat apabila penyokong bola sepak kebangsaan tanpa mengira faktor

    etnik akan memakai pakaian berwarna tertentu yang sama sebagai tanda sokongan.

    Dalam membentuk negara bangsa Malaysia, semua etnik harus mempunyai

    perasaan sebangsa dengan nama yang sama iaitu bangsa Malaysia. Bermula dari

    perasaan sebangsa ini akan wujud kesudian untuk berkongsi wilayah, ekonomi,

    budaya dan harapan yang sama seterusnya perasaan kesetiaan akan mekar di hati

    setiap warga bangsa Malaysia. Nasionalisme diperingkat etnik seharusnya diganti

    dengan nasionalisme Malaysia yang lebih luas lagi. Adalah menjadi lumrah bagi

    seseorang individu untuk mempunyai perasaan nasionalisme di peringkat etnik.

    Namun begitu sikap atau pegangan ini boleh beransur-ansur digantikan dengan

    perasaan nasionalisme Malaysia. Mungkin ia akan memakan masa yang agak lama

    bagi membiasakan diri dengan sikap nasionalisme Malaysia, tetapi lama kelamaan ia

    akan menjadi satu pegangan hingga ke generasi muda akan datang.

    Aspek terakhir sekali adalah keikhlasan yang mana ia adalah merupakan asas

    dalam mencapai kejayaan dalam membina bangsa Malaysia. Setiap bangsa di

    Malaysia harus bersedia menerima kehadiran etnik lain di dalam komuniti. Setiap

    individu harus mempunyai kerelaan dan menganggap ia adalah satu realiti yang

    harus dilalui pada era politik zaman moden ini (David Storey, 2001). Sikap yang

    ikhlas akan mewujudkan keharmonian di dalam menjalani kehidupan harian yang

    merangkumi pelbagai etnik dan kaum. Sifat ikhlas ini juga akan membersihkan jiwa

    kita dari perasaan hasad dengki sesame kaum yang berbeza.

    Dari apa yang telah dibincangkan terdapat lapan aspek yang harus diambil

    kira dalam membantu kita dalam membina negara bangsa Malaysia dengan jayanya.

    Setiap aspek yang telah dibincangkan ini perlu dipantau dan juga disematkan di

    dada setiap individu yang menjadi warga Malaysia agar mereka dapat bersama-

    sama bekerjasama dalam membina negara bangsa Malaysia yang diharapkan. Bagi

    menjayakan dan memastikan kejayaan dalam menerapkan semua aspek yang

    dibincangkan ini memerlukan semua pihak dan bukan sahaja kita mengharapkan

    pihak kerajaan dalam menjalankan pelbagai dasar bagi mencapai negara bangsa

    Malaysia yang diingini.

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    6/15

    Cabaran Dalam Membina Negara Bangsa Malaysia

    Sejarah merupakan salah satu cabaran utama dalam kita membina negara

    bangsa. Etnik pribumi iaitu Melayu dan Bumiputera adalah merupakan penduduk

    asal wilayah ini sejak sebelum kerajaan Melaka lagi. Manakala etnik pendatangseperti etnik Cina, India dan lain-lain pula dibawa masuk oleh penjajah Inggeris pada

    abad ke 19. Kemasukan etnik-etnik pendatang ini oleh penjajah Inggeris adalah

    untuk tujuan ekonomi. Perbezaan sejarah ini merupakan faktor utama yang menjadi

    penghalang kepada penyatuan bangsa dalam membina negara bangsa Malaysia.

    Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, pihak penjajah menggunakan taktik

    diskriminasi ini bagi mengelakkan perpaduan di kalangan semua kaum dalam

    menentang penjajahan mereka. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan olehpihak penjajah sangat berkesan sehingga dapat dilihat sehingga kini. Wujudnya

    jurang antara kaum yang mana menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat

    bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Kegiatan ekonomi

    yang dijalankan oleh kaum India serta Melayu dapat dilihat sebagi bercorak sara diri

    berbanding dengan kaum Cina yang memiliki aset yang tinggi.

    Identiti juga merupakan punca yang melambatkan dan melengahkan proses

    mewujudkan identiti bangsa Malaysia. Individu warga Malaysia lebih gemar dan

    cenderung memperkenalkan dirinya dari etnik tertentu berbanding menyatakan saya

    bangsa Malaysia di peringkat antarabangsa. Jika dibandingkan dengan individu dari

    peringkat antarabangsa tidak timbul perkara ini kerana mereka kelihatan mempunyai

    semangat kebangsaan berbanding semangat etnik sepertimana warga Malaysia.

    Nilai-nilai asal etnik masih kuat dipegang oleh kebanyakkan rakyat negara ini.

    Individu yang berasal dari Malaysia lebih gemar dan berasa lebih bangga

    memperkenalkan diri dengan menyatakan etnik kerana di peringkat antarabangsa

    etnik dilihat lebih besar pengaruhnya dan lebih mudah dikenali. Manakala jika

    mereka memperkenalkan diri dengan menyatakan mereka sebagai bangsa Malaysia

    boleh dikatakan tidak banyak negara yang mengenali negara membangun dari Asia

    ini. Maka mereka memilih untuk memperkenalkan diri dengan menggunakan identiti

    etnik berbanding identiti bangsa Malaysia.

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    7/15

    Perkembangan pesat ekonomi di masa kini yang lebih menumpukan kepada

    perindustrian dan juga kebendaan telah menyebabkan wujudnya sikap pentingkan

    diri sendiri. Mereka lebih mengutamakan kepentingan sendiri dalam kehidupan

    mereka berbanding keutamaan kepentingan masyarakat dan negara. Mereka tidak

    akan menghiraukan apa yang terbaik untuk negara sekiranya tidak melibatkan

    kepentingan mereka. Perkara ini dapat juga kita lihat terutamanya kini semasa

    negara sedang sibuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55. Tidak

    ramai individu yang mahu meraikan atau merayakan hari yang penuh bersejarah ini

    dengan mempamerkan bendera di premis-premis mereka atau di kenderaan mereka.

    Ini adalah kerana perkara yang boleh mereka lakukan ini tidak memberikan sebarang

    kepentingan kepada mereka. Sifat bantu-membantu juga dilihat semakin kurang

    dengan wujudnya sifat pentingkan diri sendiri, seringkali kita dapat melihat di jalan-

    jalan atau di mana-mana tempat di negara kita mereka yang memerlukan

    pertolongan tidak dipedulikan atau diendahkan. Golongan-golongan tua yang

    memerlukan bantuan tidak dibantu oleh generasi muda yang kuat dan mempunyai

    kudrat. Nilai yang tidak bermoral inilah yang akan menjadi teladan untuk generasi

    muda di masa hadapan kelak. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu merubah

    pandangan pentingkan diri sendiri dengan lebih menitik beratkan kepentingan

    masyarakat, bangsa dan negara. Hanya dengan adanya sifat pentingkan orang lain

    akan mewujudkan perasaan muhibah di hati setiap warga Malaysia.

    Kepelbagaian etnik di negara kita telah melahirkan pengamalan bahasa

    pertuturan, budaya dan adat resam yang kurang difahami oleh etnik lain. Kadangkala

    bukan sahaja melibatkan etnik yang berbeza tetapi juga individu sebangsa yang

    berbeza negeri kelahirannya. Dialek-dialek yang berbeza antara beberapa negeri

    juga telah mewujudkan jurang dalam membina negara bangsa. Setiap etnik yang

    berbeza ini menganggap apa yang mereka miliki adalah lebih baik berbanding apa

    yang dimiliki oleh etnik yang lain. Mereka juga berasa amat kurang selesa dan tidak

    bersedia untuk menerima budaya daripada etnik lain. Keadaan yang wujud ini telah

    menyukarkan pengasimilasian budaya dan pembentukan sebuah budaya

    kebangsaan yang akan diterima oleh seluruh etnik yang menjadi ahli bangsa

    Malaysia. Tiada kaum atau agama yang mengajar pengikutnya untuk berkelakuan

    tidak baik dan tidak menghormati sesama manusia maka sememangnya amalan

    yang diterapkan oleh setiap agama adalah merupakan amalan murni.Terdapatpelbagai amalan-amalan yang murni yang memang seharusnya dimalkan oleh setiap

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    8/15

    kaum mengikut agama yang mereka anuti, maka amalan-amalan yang baik ini boleh

    diasimilasikan bersama-sama agar dapat membentuk satu amalan yang akan dapat

    diikuti oleh setiap warga Malaysia. Kita seharusnya bangga dan juga bersyukur

    dengan kepelbagaian etnik yang kita warisi dari generasi dahulu, tiada negara di

    dunia ini yang mempunyai kepelbagaian etnik yang dapat hidup bersama-sama dan

    dapat mengamalkan amalan-amalan murni dari etnik yang berbeza. Kita perlu

    menyedarkan setiap warga Malaysia ini betapa bertuahnya kita dapat memiliki jiran-

    jiran, sahabat-sahabat dan juga adakalanya ahli keluarga yang berlainan etnik.

    Membina persefahaman dan permuafakatan antara kaum juga adalah

    merupakan cabaran yang sangat sukar untuk diselesaikan. Walaupun terdapat

    perpaduan dikalangan rakyat negara ini, namun begitu terdapat tanda-tanda

    wujudnya masalah dalam membina persefahaman antara semua kaum. Perpaduan

    yang dilihat sebenarnya adalah bersifat sementara dan bersifat lahiriah sahaja.

    Perpaduan yang hakiki yang diingini masih belum terjadi kerana asasnya hanyalah

    toleransi sahaja, manakala bagi mewujudkan perpaduan hakiki adalah berdasarkan

    sifat saling hormat-menghormati dan penerimaan yang pelbagai oleh setiap kaum.

    Perpaduan perlu disemai di dalam jiwa warga Malaysia sejak dari di bangku sekolah

    lagi dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti berfaedah yang melibatkan

    pelbagai kaum. Dari kerjasama yang dilakukan menerusi aktiviti-aktiviti ini akan dapat

    mewujudkan perpaduan yang akan dibawa hingga mereka dewasa. Pertelingkahan

    yang sering berlaku antar kaum adalah disebabkan mereka tidak mengenali dengan

    lanjut sesebuah kaum itu dan juga mereka tidak ingin untuk cuba mengenali

    sesebuah kaum itu dengan lebih teliti. Persefahaman dan permuafakatan akan dapat

    kita capai sekiranya semua pihak atau semua kaum cuba untuk lebih mengenali

    kaum-kaum lain yang sebumbung dengan mereka di negara Malaysia ini.

    Generasi muda kini yang mendiami negara kita Malaysia mempunyai tahap

    kesedaran perpaduan yang sering dipersoalkan. Hubungan antara kaum di kalangan

    generasi muda juga tidak sekuat hubungan antara kaum oleh generasi awal

    merdeka. Dapat dilihat mereka tidak peka kepada sensitiviti kaum lain yang

    seterusnya menyebabkan berlaku jurang pemisah sosial antara mereka. Terdapat

    beberapa insiden yang telah berlaku sebagai menyokong cabaran yang diperkatakan

    ini. Insiden yang berlaku di Kampung Medan pada 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selamalima hari adalah antara insiden yang digeruni. Pertelingkahan antara kaum India dan

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    9/15

    Melayu yang telah membawa kepada pergaduhan di beberapa kawasan di sekitar

    Selangor. Berlaku kehilangan nyawa sewaktu berlangsungnya insiden ini, sikap

    generasi muda yang tidak menghormati acara yang dilangsungkan oleh kedua-dua

    kaum yang terlibat telah membawa kepada bencana ini. Selain dari insiden di

    Kampung Medan, insiden yang melibatkan wira Everest Malaysia juga dapat dilihat

    sebagai contoh cabaran yang telah berlaku. Moorthy atau nama Islam beliau

    Mohamad Abdullah yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya telah

    menyebabkan berlaku perebutan antara pihak keluarganya dan juga pihak JAIS

    sewatu kematian beliau. Perkara ini telah berlanjutan sehingga ke peringkat

    Mahkamah Tertinggi Malaysia. Mungkin terdapat beberapa lagi contoh insiden yang

    telah berlaku di Malaysia tetapi tidak didedahkan secara meluas. Jelas daripada dua

    contoh yang telah diberikan tahap kesedaran generasi muda terhadap sensitiviti

    kaum lain adalah sangat rendah.

    Ada juga di kalangan masyarakat Malaysia yang berasa sangsi dengan

    pengertian atau takrifan bangsa Malaysia. Ada dikalangan masyarakat melihatnya

    sebagai persamaan dengan takrifan yang dibuat oleh mantan perdana menteri

    Singapura iaitu Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia yang telah diasaskan

    oleh PAP (Peoples Action Party) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew

    memperjuangkan hak kesamarataan antara kaum secara liberal. Terdapat

    perbezaan pandangan oleh masyarakat Malaysia jika mereka melihat tafsiran negara

    bangsa Malaysia seperti mana takrifan Malaysian Malaysia. Masyarakat asal atau

    peribumi di Malaysia akan memberikan tanggapan negatif terhadap konsep ini,

    manakala masyarakat pendatang akan menerima dengan positif. Masyarakat

    pendatang berasakan ia akan menjamin kedudukan mereka di dalam negara bangsa

    Malaysia dan masyarakat peribumi pula akan berasa ditindas dengan kelebihan

    masyarakat pendatang ini.

    Negara Malaysia yang terkenal sebagai negara majmuk ini memerlukan

    dasar-dasar yang mengarah kepada penyatuan semua kaum. Jika dilihat kini dasar-

    dasar yang sedia ada, pendekatan dan pelaksanaannya dilihat tidak selaras dengan

    semangat dasar tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan timbul masalah kepada

    penyatuan kerana terdapat pihak yang berasa diketepikan atau dipinggirkan.

    Kerajaan perlu segera memikirkan langkah-langkah atau dasar-dasar yang dapatdibuat bagi menyatukan semua kaum dengan lebih rapat dan teguh. Aktiviti-aktiviti

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    10/15

    yang lebih menjurus kepada penerangan dan juga pendedahan mengenai sesebuah

    kaum perlu dijalankan. Ini akan dapat membantu mereka melihat dengan jelas adat-

    resam dan juga amalan-amalan murni yang sering dijalankan oleh kaum-kaum yang

    berbeza ini. Sekiranya pihak kerajaan telah menganjurkan aktiviti-aktiviti ini maka kita

    seharusnya mengambil peluang yang ditawarkan ini agar kita dapat memahami

    dengan lebih jelas sesebuah kaum itu. Tanpa adanya penyertaan dari orang ramai

    terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini, segala tujuan dan impian yang ingin

    dicapai akan hanya terkubur.

    Di dalam dunia global yang pesat dengan capaian maklumat tanpa had ini

    juga telah memberi pengaruh luaran. Isu-isu hak asasi manusia, hak etnik minoriti,

    keadilan dan kesejahteraan telah diperdebatkan secara terbuka tanpa rasa hormat

    kepada sensitiviti etnik tertentu. Keadaan telah menambahkan lagi perasaan

    prasangka yang sememangnya masih menebal. Sikap enggan bertolak ansur yang

    masih ada dalam diri individu akan menyebabkan tercetusnya konflik perkauman.

    Pengaruh luaran yang sering diperolehi menerusi teknologi ICT yang merupakan

    salah satu saluran maklumat yang sangat berguna dan kadangkala sangat

    berbahaya jika tidak ditapis maklumat darinya. Maklumat-maklumat yang diperolehi

    dari teknologi terkini ini adakalanya tidak benar dan adalah merupakan rekaan tanpa

    bukti yang sah. Isu-isu sensitif yang melibatkan isu perkauman sering kali

    diputarbelitkan dengan menggunakan teknologi moden ini. Apa sahaja yang tidak

    benar adalah mungkin untuk menjadikannya kelihatan benar dengan adanya

    professional dalam bidang teknologi ini. Maka kita seharusnya perlu memikirkan

    dengan sedalam-dalamnya dan perlu mempertimbangkan dengan jelas segala

    maklumat yang diperolehi. Perlu kita semak dan kaji dengan jelas kesahihan sesuatu

    maklumat yang diperolehi terutamanya melibatkan perkara yang melibatkan isu-isu

    atau maklumat yang berbaur perkauman.

    Faktor pemisahan wilayah juga merupakan cabaran kepada terbentuknya

    negara bangsa Malaysia. Pemisahan wilayah maju dan kurang maju yang mana

    kawasan bandar atau wilayah maju didiami oleh etnik pendatang manakala kawasan

    luar bandar atau wilayah yang kurang maju didiami oleh etnik peribumi. Keadaan ini

    telah menyebabkan wujudnya perasaan dengki antara kaum yang berbeza di antara

    kedua-dua wilayah ini. Jika dilihat wilayah di luar bandar seperti Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak masih menampakkan kadar kemiskinan

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    11/15

    yang tinggi. Manakala wilayah bandar makin pesat membangun tidak kira dari segi

    ekonomi, sosial dan juga infrastrukturnya. Pihak kerajaan perlu menyeimbangkan

    faktor pemisahan wilayah ini agar tidak berlanjutan hingga ke masa hadpan.

    Sekiranya keadaan ini berlanjutan ia akan menjadi lebih meruncing dana akan

    menyebabkannya sukar untuk dibendung. Penaiktarafan semua wilayah menjadi

    wilayah yang lebih moden dan juga lengkap dengan infrastruktur adalah perlu bagi

    mengelakkan wujudnya perasaan dengki-mendengki. Ia juga adalah untuk

    mengelakkan penghijrahan penduduk di kawasan yang kurang maju ke kawasan

    maju, sekiranya ia berlaku maka kawasan yang kurang maju ini akan lebih

    ketinggalan kerana kurangnya tenaga penggerak di kawasan tersebut. Langkah yang

    drastic perlu segera diambil bagi mengelakkan keadaan ini berlanjutan.

    Parti-parti politik yang lebih berteraskan kumpulan etnik yang wujud dilihat

    lebih menjaga kepentingan kumpulan etnik masing-masing. Walaupun secara

    umumnya parti-parti politik ini bergabung, namun begitu seringkali juga muncul

    konflik di kalangan parti-parti komponen yang mungkin akan menggugat kestabilan

    politik dan seterusnya hubungan antara kaum. Sudah ada sejarah hitam yang telah

    berlaku semenjak dari tahun-tahun lalu berkaitan dengan parti-parti politik. Jika dilihat

    dari sejarah lalu kita perbalahan antara PAP atau Parti Tindakan Rakyat yang mana

    mewakili kaum Cina dan parti UMNO yang mewakili kaum Melayu memang tegang.

    Kedua-dua parti ini mula bertelagah ketika pilihan raya tahun 1964. Parti PAP ingin

    memansuhkan hak istimewa orang Melayu yang telah diwarisi sejak dahulu lagi. Ini

    telah menimbulkan kemarahan orang Melayu kerana mereka merupakan kaum

    peribumi di Malaysia ini.

    Masalah sosial yang sering melanda negara kita juga turut memberi kesan

    dan juga menjadi cabaran dalam membentuk negara bangsa yang diingini.

    Sekiranya permasalahan sosial ini tidak dibendung pastinya ia akan membebankan

    negara dan akan memberikan kesan negatif dalam pembinaan bangsa Malaysia

    yang dinamik dan bermoral. Antara masalah sosial yang dapat dilihat adalah

    penduduk setinggan, pendatang asing, penjenayahan, pengambilan dadah,

    penderaan dan pelbagai lagi. Kebanyakan masalah sosial yang terjadi ini melibatkan

    golongan muda yang akan menjadi tunggak negara di masa hadapan. Sekiranya

    masalah sosial yang kebanyakkannya melibatkan moraliti ia akan menyebabkankemusnahan dan kegagalan pembinaan negara bangsa yang diimpikan. Masalah

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    12/15

    sosial yang jika dilihat kini semakin meruncing adalah sangat membimbangkan

    tampuk pemerintahan. Jika ia berlanjutan generasi yang akan menjadi tonggak

    negara di masa hadapan akan musnah dan tidak dapat membantu dalam

    menjayakan wawasan kita dalam membentuk negara bangsa Malaysia.

    Kerajaan juga turut berhadapan dengan cabaran untuk memperkasakan

    bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Terdapat kecenderungan dan

    kelaziman penggunaan bahas rojak, bahasa sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga

    bahasa sembang di internet yang sering digunakan oleh generasi muda kini.

    tindakan kerajaan untuk mewujudkan bahasa rasmi adalah untuk menyatukan

    semua bangsa yang dapat mempunyai satu kesamaan iaitu bahasa pertuturan yang

    sama. Terdapat pihak-pihak yang berasa malu untuk menggunakan bahasa rasmi ini

    dalam urusan dan majlis rasmi seperti mesyuarat dan seumpanya dan mereka

    memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Ini telah merendahkan martabat

    bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi yang kita ingini. Jika

    dilihat diperingkat sekolah terrdapat pelajar-pelajar dari kaum bukan Melayu yang

    tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu sedangkan bahasa ini adalah merupakan

    bahasa rasmi dan juga bahasa harian di Malaysia. Keadaan ini terjadi berpunca dari

    sikap ibu bapa yang tidak mahu menerapkan penggunaan bahasa rasmi ini sebagai

    bahasa pengantar mereka di rumah. Jika pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan

    penggunaan bahasa ini di rumah maka sudah pastilah mereka tidak akan mengalami

    kesulitan dalam menggunakannya di sekolah.

    Melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan

    diri juga adalah merupakan cabaran dalam membina negara bangsa. Sekiranya

    masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan berkeyakinan dapat dilahirkan maka

    sudah pasti apa sahaja cabaran yang datang sudah pasti akan dapat diatasi. Ini

    adalah kerana dengan mempunyai masyarakat yang berkeyakinan teguh dan tinggi,

    mereka akan menjadi lebih peka kepada persekitaran yang penuh dengan pengaruh

    dan juga dunia yang sering berubah ini. Sekiranya masyarakat Malaysia ini teguh

    dan berkeyakinan tidak ada sebarang anasir luar yang akan dapat mengganggu

    gugat keharmonian negara bangsa Malaysia.

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    13/15

    Kesimpulan

    Daripada apa yang telah dibincangkan ini dapat disimpulkan bahawa masih

    banyak langkah yang pelu diambil dalam membina negara bangsa yang diimpikan.

    Terdapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki oleh pemerintahan negara jika inginmembina negara bangsa Malaysia. Jika dilihat dari apa yang berlaku sekarang

    kepincangan atau cabaran yang diperkatakan tidak ditangani dengan baik,

    contohnya adalah dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan di negara kita adalah

    berbeza mengikut kaum. Setiap kaum mempunyai sekolah yang berbeza dengan

    menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Bagaimanakah negara kita akan

    berjaya untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

    sekiranya sistem pendidikan ini masih berterusan. Walaupun sukatan yangdigunakan oleh setiap sekolah adalah sama namun begitu secara fizikal mereka

    tetap berasingan.

    Selain dari sistem pendidikan diskriminasi dalam iklan pekerjaan dan juga

    mencari peluang pekerjaaan juga adalah merupakan masalah yang masih berlaku.

    Dapat dilihat pada iklan-iklan di surat khabar atau di dalam majalah yang

    memperincikan keutamaan kepada kaum-kaum tertentu. Mereka lebih

    mengutamakan kepada penggunaan bahasa berdasarkan kaum seperti Bahasa

    Mandarin atau Bahasa Tamil. Ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa bahasa

    rasmi negara iaitu Bahasa Melayu tidak membawa sebarang makna kepada

    masyarakat Malaysia.

    Kejadian 13 Mei 1969 yang merupakan titik perubahan kepada bibit-bibit

    perpaduan kaum di Malaysia telah menjalar kesannya sehingga kini. Peristiwa

    berdarah itu akan sentiasa tersemat di dalam hati kaum Cina dan juga kaum Melayu

    yang akan menjadi duri dalam usaha negara mewujudkan negara bangsa.

    Perbezaan ekonomi yang kini semakin ketara perbezaaannya juga telah turut

    menyemarakkan lagi perasaan dengki dan juga perasaan bongkak dan sombong di

    dalam hati kaum-kaum di Malaysia. Jika ia tidak diseimbangkan maka keadaan ini

    akan terus berlanjutan dan kaum yang ketinggalan akan terus keciciran dan

    seterusnya dilupakan. Seharusnya kaum-kaum yang berbeza di bawah bumbung

    negar Malaysia ini harus saling bantu-membantu dan seterusnya bekerjasama dan

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    14/15

    mengembleng tenaga dalam mewujudkan negara bangsa. Negara bangsa yang ingin

    dibina ini bukan hanya milik sesebuah kaum tetapi adalah merupakan milik semua

    warga Malaysia tidak kira dari suku kaum apa datangnya mereka itu.

    Adalah perlu untuk setiap ahli masyarakat bersama-sama dalam membantu

    dan juga menyemarakkan lagi usaha kerajaan dalam membina negara bangsa untuk

    generasi akan datang. Mahukah kita melihat negara Malaysia yang sangat kita cintai

    terkubur di mata dunia di masa hadapan kelak. Maka pelabagai usaha dan juga

    langkah yang drastik adalah pelu dilakukan.

  • 8/14/2019 CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA.docx

    15/15

    Rujukan :

    1. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    2. Marzudi Bin Md. Yunus. 2009. BangsaKonsep Pembinaan dan Cabaran. Bangi :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.