industri elektrik dan elektronik di malaysia.docx

Upload: paahfarhana

Post on 04-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    1/32

    1.0 PENGENALAN

    Industri elektrik & elektronik (E&E) adalah sektor utama dalam sektor perkilangan Malaysia,

    menyumbang sejumlah besar kepada keluaran perkilangan negara (31 peratus), eksport (48.7

    peratus) dan guna tenaga (33.7 peratus). Pada 2010, keluaran kasar industri ini adalah sebanyakRM166.2 bilion (AS$55.8 bilion), eksport sebanyak RM249.8 bilion (AS$83.8 bilion) dan

    menjana peluang-peluang pekerjaan bagi 336,408 orang. Destinasi-destinasi utama eksport

    adalah Amerika Syarikat, China dan Singapura manakala destinasi-destinasi utama import adalah

    Taiwan, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

    E&E Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam bidang semikonduktor dan elektronik

    perindustrian. Hampir setiap syarikat terkemuka dunia, daripada Intel hingga ke Texas

    Instruments, memiliki operasi semikonduktor di Malaysia. Dalam elektronik perindustrian,

    Agilent, sebuah syarikat peneraju global dalam bidang pengujian dan pengukuran, mengeluarkan

    sebahagian besar daripada peralatan pengukuran elektroniknya di Pulau Pinang. Manakala ABB

    pula, peneraju global dalam automasi dan transmisi serta pengedaran, mempunyai ibu pejabat

    serantau untuk pasaran yang semakin meluas (Timur Tengah, Asia Tenggara, Asia Selatan) di

    Lembah Klang. Selain itu, terdapat sektor yang semakin berkembang secara global pada tahap

    lebih daripada 20 % setahun, seperti teknologi solar photovoltaic (solar) dan diod pemancar

    cahaya (LED), di mana Malaysia telah pun mempunyai rangkaian syarikat yang mantap danbersedia untuk menguasai pertumbuhan global dalam kapasiti perkilangan.

    Meskipun demikian, sektor E&E kita menghadapi cabaran hebat dalam mempertahankan

    pertumbuhannya akibat persaingan dari China, Taiwan, Singapura dan negara-negara Asia lain.

    Selama 10 tahun kebelakangan ini, peratusan eksport E&E Malaysia telah menurun. Tambahan

    pula, fokus Malaysia pada E&E secara tradisinya adalah pada pemasangan, bahagian nilai

    tambah lebih rendah dalam industri, sementara negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan

    Singapura telah menguasai aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam penyelidikan dan

    pembangunan (R&D), reka bentuk dan perkilangan.

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    2/32

    2.0 DATA NILAI PELABURAN SEKTOR INDUSTRI ELEKTRONIK 2000 HINGGA 2011.

    Jadual 1. : Data Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik Bagi Tahun 2000 Hingga 2011

    Tahun /

    Jenis Pelaburan

    Pelaburan Domestik

    (RM Juta)

    Pelaburan Asing

    (RM Juta)

    Jumlah

    (RM Juta)

    2000 1 856.5 16 796.5 18 652.9

    2001 918.3 6 060.3 6 978.6

    2002 1645.5 *N/A *N/A

    2003 1 347.7 3 652.3 5 000.0

    2004 1 800.9 6 800.0 8 600.9

    2005 2 474.8 11 318.9 13 793.7

    2006 1 422.2 8 601.5 10 023.7

    2007 1 374.5 13 737.1 15 111.6

    2008 440.9 17 332.1 17 773.0

    2009 770.0 3 975.9 4 745.9

    2010 1 451.3 11 842.3 13 293.6

    2011 1 357. 7 18 703.7 20 061.4

    Jumlah 15 214.8 118 820.6 134 035.3

    (Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, MITI)

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    3/32

    2.1Analisis Nilai Pelaburan Mengikut Tahun

    Rajah 1 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik Tahun 2000 hingga 2011

    Rajah 1 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik pada tahun 2000 hingga

    2011. Jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik menunjukkan pola tidak stabil. Pada

    tahun 2000, pola jumlah pelaburan sektor industri elektronik ialah menurun sehingga pada tahun

    2003. Kemudian, pola tersebut naik pada tahun 2004 seterusnya pada tahun 2005. Pada tahun

    2006 pula, pola jumlah pelaburan sektor industri elektronik kembali menurun. Namun, polanya

    semakin meningkat dari tahun 2007 hingga 2008. Pada tahun 2009, pola jumlah nilai pelaburan

    menurun secara mendadak. Seterusnya pada tahun 2010 dan 2011, pola menunjukkanpeningkatan drastik.

    Rajah 2 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2000, 2001 dan 2003

    0

    5

    10

    15

    20

    2000 2001 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

    Peratus(%

    )

    Tahun

    0

    5

    10

    15

    2000 2001 2003

    Peratus(%)

    Tahun

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    4/32

    Rajah 2 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik tahun 2000, 2001 dan

    2003. Berdasarkan Rajah 2, jumlah pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2000, 2001

    dan 2003 menunjukkan pola menurun. Jumlah pelaburan pada tahun 2000 sebanyak RM 18

    652.9 juta atau 13.9 peratus (%) turun kepada RM 6 978.6 juta 5.2 peratus (%) pada tahun 2001.

    Penurunan sebanyak RM 11 674.3 juta atau 62.6 peratus (%). Pada tahun 2003, jumlah pelaburan

    industri elektronik telah menurun kepada RM 5 000.0 juta atau 3.7 peratus (%). Penurunan

    adalah sebanyak RM 1 978.6 juta atau 28.4 peratus (%). Faktor penurunan jumlah pelaburan

    sektor industri elektronik ini disebabkan punca penurunan jumlah pelaburan kerana banyak

    pelabur memindahkan pelaburan ke negara lain yang mempunyai kos lebih rendah dalam

    industri.

    Rajah 3: Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2004, 2005 dan 2006

    Rajah 3 menunjukkan jumlah nilai pelaburan industri elektronik tahun 2004, 2005 dan 2006.

    Berdasarkan rajah 3, pola jumlah nilai pelaburan industri elektronik tahun 2004, 2005 dan 2006

    ialah tidak stabil iaitu peningkatan dari tahun 2004 ke 2005 kemudian berlaku penurunan pada

    tahun berikutnya iaitu 2006. Pada tahun 2004, jumlah pelaburan industri elektronik meningkat

    sebanyak RM 3 600.9 juta atau 72.0 peratus (%) menjadi RM 8 600.9 juta atau 6.4 peratus (%).Pada tahun 2005, jumlah pelaburan industri elektronik telah meningkat kepada RM 13 793.7 juta

    atau 10.3 peratus (%). Peningkatan adalah sebanyak RM 5 192.8 juta atau 60.4 peratus (%).

    Seterusnya pada tahun 2006, berlaku penurunan pada jumlah pelaburan industri elektronik iaitu

    sebanyak RM 3 770.0 juta atau 27.3 peratus (%) menjadi RM 10 023.7 juta atau 7.5 peratus

    (%).Punca penurunan pelaburan ini ialah pelabur tempatan telah mengambil alih industri itu

    0

    2

    4

    6

    8

    1012

    2004 2005 2006

    Peratus(%)

    Tahun

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    5/32

    daripada pelabur asing. Punca pelaburan tidak stabil ini ialah pelabur asing yang berwaspada

    terhadap dasar kerajaan Malaysia.

    Rajah 4 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2007, 2008 dan 2009

    Rajah 4 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2007, 2008

    dan 2009. Berdasarkan rajah 4, pola jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik juga tidak

    stabil. Pada tahun 2007, pola meningkat ke 2008 namun kembali menurun tetapi secara

    mendadak pada tahun 2009. Pada tahun 2007, jumlah pelaburan industri elektronik meningkat

    kepada RM 15 111.6 juta atau 11.3 peratus (%). Peningkatan adalah sebanyak RM 5 087.9 juta

    atau 50.8 peratus (%). Pada tahun 2008, jumlah pelaburan industri elektronik meningkat lagisebanyak RM 2 661.4 juta atau 17.6 peratus (%) menjadi RM 17 773.0 juta atau 13.3 peratus

    (%). Pada tahun 2009 pula, jumlah pelaburan industri elektronik ialah RM 4 745.9 juta atau 3.5

    peratus (%). Ini menunjukkan berlaku penurunan yang banyak iaitu RM 13 027.1 juta atau 73.3

    peratus (%).

    0

    2

    4

    6

    8

    1012

    14

    2007 2008 2009

    Peratus(%)

    Tahun

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    6/32

    Rajah 5 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2010 dan 2011

    Rajah 5 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2010 dan

    2011. Berdasarkan rajah 5, pola jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2010

    hingga 2011 ialah meningkat. Pada tahun 2010, berlaku peningkatan pada jumlah pelaburan

    industri elektronik iaitu sebanyak RM 8 547.7 juta atau lebih tiga kali ganda berbanding tahun

    2009, menjadi RM 13 293.6 juta atau 9.9 peratus (%). Pada tahun 2011 pula, jumlah pelaburan

    industri elektronik ialah RM 20 061.4 juta atau 15.0 peratus (%) iaitu peningkatan sebanyak RM

    6 767.8 juta atau 50.9 peratus (%).Punca peningkatan pelaburan ini kerana kerajaan Malaysia

    melaksanakan insentif pengecualian cukai kepada pelabur.

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    2010 2011

    Pera

    tus(%)

    Tahun

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    7/32

    2.2Analisis Nilai Pelaburan DomestikJadual 2: Nilai Pelaburan Domestik (RM j)

    Tahun Nilai pelaburan domestik (RM j)

    2000 1856.5

    2001 918.32002 1645.5

    2003 1347.7

    2004 1800.9

    2005 2474.8

    2006 1422.2

    2007 1374.5

    2008 440.9

    2009 770.0

    2010 1451.3

    2011 1357.7

    JUMLAH 16860.3

    Rajah 6: Graf Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2000 Hingga 2011

    0

    500

    1000

    1500

    2000

    2500

    3000

    200020012002200320042005200620072008200920102011

    R

    Mj

    uta

    Tahun

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    8/32

    Rajah 7: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2000 Hingga 2001

    Rajah menunjukkan nilai pelaburan domestik bagi sektor industri elektronik yang diluluskan

    untuk tahun 2000 dan tahun 2001. Jumlah pelaburan bagi kedua tahun tersebut ialah RM2774.8j.

    Berdasarkan data yang ditemui, nilai pelaburan domestik bagi tahun 2000 ialah RM1856.5j yang

    mewakili 11% daripada jumlah keseluruhan dan bagi tahun 2001 ialah RM918.3j. Setelah

    dianalisis, didapati nilai pelaburan domestik bagi kedua-dua tahun tersebut telah menurun

    sebanyak RM938.2j. Ini bermaksud, nilai ini telah berkurang sebanyak 50.5 %.

    Rajah 8: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2001 Hingga 2002

    Berdasarkan rajah di atas, nilai pelaburan domestik bagi sektor industri elektronik telah

    meningkat dari tahun 2001 ke tahun 2002. Pada tahun 2002, nilai pelaburan yang dicatatkan

    36%

    64%

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    2001

    2002

    Jumlah Nilai Pelaburan Domestik RM2563.8j

    0

    500

    1000

    1500

    2000

    2000 2001

    Nilaipelaburandomestik(RMj

    )

    Tahun

    Nilai Pelaburan Domestik (RM j)

    Nilai Pelaburan Domestik (RM j)

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    9/32

    ialah RM1645.5j yang mewakili 64% daripada jumlah pelaburan bagi kedua-dua tahun tersebut

    berbanding tahun 2001 iaitu RM918.3j (36%). Setelah dianalisis, berlaku peningkatan sebanyak

    79.2% atau RM727.2j.

    Rajah 9: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2002 Hingga 2003

    Seterusnya, nilai pelaburan domestik telah menurun semula. Ini dapat dilihat seperti dalam rajah

    di atas. Jumlah pelaburan domestic yang diluluskan bagi kedua-dua tahun tersebut ialah

    RM2993.2j. Pada tahun 2002, nilai pelaburan yang diluluskan ialah RM1645.5 yang mewakili

    55% dan telah menurun kepada RM1347.7 pada tahun 2003. Ini bermaksud penurunan yang

    dicatatkan bernilai 18.1%.

    Rajah 10: Nilai Pelaburan Domestik Bagi Tahun 2003 Hingga 2004

    0

    500

    1000

    1500

    2000

    2002 2003

    Nilaipelabu

    randomestik(RMj

    )

    Tahun

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    0

    500

    1000

    1500

    2000

    2003 2004

    ilaipelaburando

    mestik(RM

    j)

    Tahun

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    10/32

    Walaubagaimanapun, nilai tersebut telah meningkat semula sebanyak pada tahun berikutnya

    iaitu tahun 2004. Berdasarkan rajah 10, nilai pelaburan yang diluluskan pada tahun tersebut ialah

    RM1800.9j. Ini menjadikan nilai pelaburan domestik pada tahun 2004 meningkat sebanyak

    RM453 berbanding tahun 2003 yang mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM1347.7j. Jadi ini

    menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 33.6%.

    Rajah 11: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2004 Hingga 2005

    Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2005, nilai pelaburan yang dicatatkan terus meningkat.

    Jumlah nilai pelaburan yang diluluskan bagi tahun 2004 dan 2005 ialah RM4275.7j. Berbanding

    tahun 2004, nilai pelaburan domestik yang dicatatkan pada tahun 2005 ialah RM2474.8j

    berbanding tahun 2004 yang hanya mencatat nilai pelaburan domestik sebanyak RM1800.9j.Setelah dianalisis, nilai tersebut telah meningkat sebanyak 37%.

    Rajah 12: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2005 Hingga 2006

    0

    1000

    2000

    3000

    2004 2005

    Nilaipelaburandomestik

    (RMj

    )

    Tahun

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    0

    500

    1000

    1500

    2000

    2500

    3000

    2005 2006

    Nilaipelaburandomestik(RMj

    )

    Tahun

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

    Nilai pelaburan domestik (RM j)

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    11/32

    Walau bagaimanapun, berdasarkan data tersebut, graf tidak mengekalkan pola menaik seperti

    tahun 2003 hingga tahun 2005. Hal ini demikian kerana, nilai pelaburan pada tahun 2006 telah

    menurun sebanyak 42.5% atau RM1052.6j berbanding yang dicatatkan pada tahun 2005 iaitu

    sebanyak RM2474.8j. Oleh itu, hanya sebanyak RM1422.2j pelaburan yang diluluskan di

    Malaysia untuk sektor industri elektronik.

    Rajah 13: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2006 Dan 2007

    Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik

    (E&E) di Malaysia bagi tahun 2006 dan 2007. Pada tahun 2006 jumlah nilai pelaburan domestik

    sektor industri E&E ialah sebanyak RM 1422.2 juta iaitu bersamaan dengan 8.4 peratus.

    Manakala pada tahun 2007 jumlah pelaburan domestik telah menurun kepada RM 1374.5 juta

    iaitu bersamaan dengan 8.2 peratus. Jumlah ini mengalami sedikit penurunan iaitu sebanyak RM

    47.7 juta yang mewakili -3.35 peratus.

    Rajah 14: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2007 Dan 2008

    1340

    1360

    1380

    1400

    1420

    1440

    2006 2007

    NilaiPelaburan(RMJ

    uta)

    Tahun

    Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2006 dan 2007

    nilai pelaburan domestik-3.35%

    0

    500

    1000

    1500

    2007 2008laiPelaburanDomestik

    (RMJ

    uta)

    Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2007 Dan

    2008

    -

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    12/32

    Rajah 14 menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik (E&E)

    di Malaysia bagi tahun 2007 dan 2008. Pada tahun 2007 jumlah nilai pelaburan domestik sektor

    industri E&E ialah sebanyak RM 1374.5 juta iaitu bersamaan dengan 8.3 peratus. Manakala pada

    tahun 2008 jumlah pelaburan domestik telah menurun kepada RM 440.9 juta iaitu bersamaan

    dengan 2.6 peratus. Jumlah ini mengalami penurunan yang drastik iaitu sebanyak RM 933.6 juta

    yang mewakili -67.9 peratus.

    Rajah 15: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2008 Dan 2009

    Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik

    (E&E) di Malaysia bagi tahun 2008 dan 2009. Pada tahun 2008 jumlah nilai pelaburan domestik

    sektor industri E&E ialah sebanyak RM 440.9 juta iaitu bersamaan dengan 2.6 peratus. Manakala

    pada tahun 2009 jumlah pelaburan domestik telah meningkat kepada RM 770.0 juta iaitu

    bersamaan dengan 4.6 peratus. Jumlah ini mengalami peningkatan iaitu sebanyak RM 329.1 juta

    yang mewakili 74.6 peratus.

    0

    200

    400

    600

    800

    2008 2009

    NilaiPelaburanDomestik(RMJ

    uta)

    Tahun

    Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2008 dan 2009

    Nilai Pelaburan Domestik

    74.6%

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    13/32

    Rajah 16: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2009 Dan 2010

    Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik(E&E) di Malaysia bagi tahun 2009 dan 2010. Pada tahun 2009 jumlah nilai pelaburan domestik

    sektor industri E&E ialah sebanyak RM 770.0 juta iaitu bersamaan dengan 4.6 peratus. Manakala

    pada tahun 2010 jumlah pelaburan domestik telah meningkat kepada RM 1451.3 juta iaitu

    bersamaan dengan 8.6 peratus. Jumlah ini mengalami peningkatan iaitu sebanyak RM 681.3 juta

    yang mewakili 74.6 peratus.

    Rajah 17: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2010 Dan 2011

    Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik

    (E&E) di Malaysia bagi tahun 2010 dan 2011. Pada tahun 2010 jumlah nilai pelaburan domestik

    sektor industri E&E ialah sebanyak RM 1451.3 juta iaitu bersamaan dengan 8.6 peratus.

    0

    200

    400

    600

    800

    1000

    1200

    1400

    1600

    2009 2010Nilaipelaburandomestik(RM

    Juta)

    Tahun

    Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2009 dan 2010

    Nilai Pelaburan Domestik88.5%

    1300

    1350

    1400

    1450

    1500

    2010 2011

    Nilaipelaburandomestik(RM

    Juta)

    Tahun

    Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2010 dan

    2011

    Nilai Pelaburan Domestik

    -6.4%

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    14/32

    Manakala pada tahun 2011 jumlah pelaburan domestik telah menurun kepada RM 1357.7 juta

    iaitu bersamaan dengan 8.0 peratus. Jumlah ini mengalami sedikit penurunan iaitu sebanyak RM

    93.6 juta yang mewakili -6.4 peratus.

    2.3Analisis Nilai Pelaburan AsingJadual 3: Nilai Pelaburan Domestik

    Tahun Nilai pelaburan asing (RM j)

    2000 16796.5

    2001 6060.3

    2002 *N/A

    2003 3652.3

    2004 6800.0

    2005 11318.9

    2006 8601.52007 13737.1

    2008 17332.1

    2009 3975.9

    2010 11842.3

    2011 18703.7

    JUMLAH 118820.6

    Rajah 17: Graf Nilai Pelaburan Asing Dalam Sektor Industri Eletronik Tahun 2000 hingga 2011

    0

    5000

    10000

    15000

    20000

    2000 2001 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

    NIlaiPelaburanasing(RMj

    )

    Tahun

    Nilai pelaburan asing (RM j)

    Nilai pelaburan asing (RM j)

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    15/32

    Rajah 18: Nilai Pelaburan Asing Dalam Sektor Industri Eletronik Antara Tahun 2000 Dan 2001

    Berdasarkan rajah 18, nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik pada tahun 2000

    adalah sebanyak RM 16796.5 juta yang mewakili 14.1 peratus. Manakala pada tahun 2001, nilai

    pelaburan asing dalam sektor yang sama adalah sebanyak RM 6060.3 juta atau mewakili 5.1

    peratus. Ini menunjukkan nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik pada tahun 2000

    adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun 2001 dan begitu juga dengan peratusanya. Dengan

    kata lain adanya peningkatan yang berlaku dari tahun 2000 ke tahun 2001 yang mana perbezaan

    peningkatan nilai pelaburan asing dan peratusanya pada kedua-dua tahun tersebut adalah

    sebanyak RM 10736.2 juta atau 9 peratus.

    0

    5000

    10000

    15000

    20000

    2000 2001Nilaipelaburanasing(RMj

    uta)

    Tahun

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    16/32

    Rajah 19: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2001 Dan 2003

    Rajah 19 menunjukkan pada tahun 2001 nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik

    adalah tinggi nilainya iaitu sebanyak RM 6060.3 juta manakala peratusanya ialah 5.1 berbanding

    tahun 2003. Namun begitu, nilai tersebut telah mengalami penurunan pada tahun 2003 dimana

    nilai pelaburan asing pada tahun itu adalah sebanyak RM 3652.3 juta atau mewakili 3.1 peratus.

    Perbezaan penurunan nilai pelaburan asing tersebut berlaku sebanyak RM 2408 juta antara tahun

    2001 dan 2003. Manakala perbezaan peratusanya turut mengalami keadaan yang sama iaitu

    menurun sebanyak 2 peratus.

    Rajah 20: Nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik antara tahun 2003 dan 2004

    0

    20004000

    6000

    8000

    2001 2003

    Nilaipelaburanasing

    (RMj

    uta)

    Tahun

    0

    2000

    4000

    6000

    8000

    2003 2004Nilaip

    elaburanasing(RM

    juta)

    Tahun

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    17/32

    Berdasarkan rajah 20 jelas menunjukkan bahawa nilai pelaburan asing dalam sektor industri

    elektronik pada tahun 2003 adalah lebih rendah berbanding tahun 2004, yang mana nilai tersebut

    adalah sebanyak RM 3652.3 juta atau mewakili 3.1 peratus. Walaupun begitu, telah berlaku

    peningkatan yang mana nilai pada tahun 2004 adalah tinggi iaitu sebanyak RM 6800 juta

    manakala peratusnya 5.7. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan nilai dari tahun 2003 dan

    2004 yang mana perbezaan peningkatan nilai dan peratusan adalah sebanyak RM 3147.7 juta

    atau 2.6 peratus.

    Rajah 21: Nilai Pelaburan Asing Dalam Sektor Industri Elektronik Pada Tahun 2004 Dan 2005

    Rajah 21 menunjukkan tahun 2004 adalah lebih rendah nilai pelaburan asingnya dalam sektor

    industri elektronik berbanding tahun 2005 iaitu sebanyak adalah RM 6800 juta manakala

    peratusan adalah 5.7. Pada tahun 2005 pula, nilai pelaburan asing dalam sektor industri

    elektronik adalah sebanyak RM 11318.9 juta yang mewakili 9.5 peratus. Walaupun nilai

    pelaburan asing pada tahun 2004 adalah rendah namun adanya peningkatan pada tahun 2005.

    Perbezaan peningkatan peratusan bagi kedua-dua tahun tersebut adalah 3.8 peratus manakala

    perbezaan pertambahan nilai pelaburan asingnya adalah sebanyak RM 4518.9 juta

    0

    2000

    4000

    6000

    8000

    10000

    12000

    2004 2005Nilaipelaburanasing(RMju

    ta)

    Tahun

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    18/32

    Rajah 22: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2006 Dan 2007

    Rajah diatas menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2006 dan 2007. Jumlah keseluruhan

    nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 22,338.6j. Pada tahun 2006, nilai

    pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM8601.5j yang mewakili 38.5%

    daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2007 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan

    sebanyak RM13737.1j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 61.5%

    daripada jumlah keseluruhan. Tambahan pula, perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan

    peningkatan yang agak ketara iaitu meningkat sebanyak RM5135.6j pada tahun 2007 daripada

    jumlah pada tahun 2006 iaitu yang mewakili 23%.

    Rajah 23: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2007 Dan 2008

    0

    2000

    4000

    6000

    8000

    10000

    12000

    14000

    16000

    2006 2007

    Nilai Pelaburan Asing (RMj)

    Nilai Pelaburan Asing (RMj)

    0

    5000

    10000

    15000

    20000

    2007 2008

    Nilai pelaburan Asing (RMj)

    Nilai pelaburan Asing (RMj)

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    19/32

    Rajah 23 menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2007 dan 2008. Jumlah keseluruhan

    nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 31,069.2j. Pada tahun 2007, nilai

    pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM13737.1j yang mewakili 44.2%

    daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2008 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan

    sebanyak RM17332.1j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 55.8%

    daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu

    meningkat sebanyak RM3595.0j pada tahun 2008 daripada jumlah pada tahun 2007 iaitu yang

    mewakili 11.6%.

    Rajah 24: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2008 Dan 2009

    Rajah diatas menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2008 dan 2009. Jumlah keseluruhan

    nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 21308.0j. Pada tahun 2008, nilai

    pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM17332.1j yang mewakili 81.34%

    daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2009 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan

    sebanyak RM3975.9j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 18.66%

    daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan penurunan yang agak

    ketara iaitu berkurang sebanyak RM13356.2j daripada 2009 daripada jumlah pada tahun 2008

    iaitu yang mewakili 62.68%.

    17332.1

    3975.9

    Nilai Pelaburan Asing (RMj)

    2008

    2009

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    20/32

    Rajah 25: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2009 Dan 2010

    Rajah diatas menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2009 dan 2010. Jumlah keseluruhan

    nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 15818.2j. Pada tahun 2009, nilai

    pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM3975.9j yang mewakili 25.13%

    daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2010 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan

    sebanyak RM11842.3j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 74.87%

    daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan peningkatan yang

    baik iaitu meningkat sebanyak RM7866.4j daripada 2010 daripada jumlah pada tahun 2009 iaituyang mewakili 49.74%.

    Rajah 26: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2010 Dan 2011

    0

    2000

    4000

    6000

    8000

    10000

    12000

    14000

    2009 2010

    Nilai Pelaburan Asing (RMj)

    Nilai Pelaburan Asing (RMj)

    11842.3

    18703.7

    Nilai Pelaburan Asing (RMj)

    2010

    2011

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    21/32

    Rajah 26 menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2011 dan 2011. Jumlah keseluruhan

    nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 30546.0j. Pada tahun 2010, nilai

    pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM11842.3j yang mewakili 38.77%

    daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2011 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan

    sebanyak RM18703.7j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 61.23%

    daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu

    meningkat sebanyak RM6861.4j pada tahun 2011 daripada jumlah pada tahun 2010 iaitu yang

    mewakili 49.74%.

    3.0 FAKTOR DAN KESAN KETIDAKSTABILAN NILAI PELABURAN INDUSTRI

    ELEKTRONIK

    3.1 Fasa Pertama (2000-2005)

    Merujuk kepada fasa satu iaitu antara tahun 2000 hingga 2005, menerusi Rancangan Malaysia

    ke-9, sumbangan industri Elektrik dan Elektronik (E&E) adalah sebanyak 28.0% daripada

    jumlah keseluruhan sumbangan industri bukan berasaskan sumber iaitu sebanyak 54.2%.

    Walaupun mengalami kadar pertumbuhan yang negatif pada kadar 24.8% pada tahun 2001,

    namun industri ini mencatat pertumbuhan pada kadar purata 3.0% setahun. Pencapaian tersebut

    terutamanya adalah berikutan permintaan yang berterusan terhadap barangan semikonduktor dan

    komponen elektrik yang lain khususnya daripada negara Amerika Syarikat dan negara Asia

    Pasifik. Dalam tempoh rancangan ini, beberapa langkah dasar dan insentif telah diperkenalkan

    untuk meningkatkan iklim perniagaan dan pelaburan. Langkah ini termasuk kelonggaran syarat

    ekuiti dalam sektor pembuatan dengan syarikat asing dibenarkan memegang 100% ekuiti dalam

    projek baru serta untuk pembesaran dan pelbagaian projek. Kerajaan juga meliberalisasikan

    dasar ke atas pengambilan pegawai dagang dan memperkenal insentif prapakej yang khusus

    untuk menarik projek berkualiti dalam bidang yang strategik.

    Peningkatan dalam pelaburan juga telah mewujudkan perkembangan yang pesat dalam

    sektor E&E negara. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kejayaan lokasi

    perindustrian dalam menarik pelaburan dan seterusnya perkembangan sektor industri

    terutamanya bagi industri E&E. Antaranya ialah Malaysia mempunyai tapak pengeluaran yang

    berdaya saing daripada segi kemudahan infrastruktur yang baik, tenaga buruh yang terlatih dan

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    22/32

    berpendidikan, insentif fiskal yang menarik, kestabilan politik dan ekonomi serta dasar kerajaan

    yang pro pelaburan asing. Kerajaan juga telah berjaya mengenal pasti dan bertindak membantu

    pengusaha tempatan untuk mengambil peluang yang diwujudkan oleh syarikat multinasional di

    lokasi lokasi perindustrian yang wujud di negara ini. Kehadiran syarikat multinasional yang

    banyak di negara ini adalah kerana penawaran tapak pengeluaran yang sangat strategik yang

    dipengaruhi oleh kesediaadaan tapak kilang yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur

    yang baik dan mencukupi, kedudukan lokasi yang sesuai iaitu hampir dengan kemudahan jalan

    pengangkutan sama ada jalan udara, keretapi mahupun jalan laut. Selain itu, kesediaadaan

    sumber buruh yang mencukupi dan terlatih terutamanya dalam industri E&E dan dasar kerajaan

    yang menggalakkan pelaburan asing dengan menyediakan pelbagai insentif pelaburan yang

    menarik dan kompetitif.

    Di samping peningkatan yang positif dalam pelaburan terhadap industri E&E negara,

    pelaburan dalam bidang ini juga turut mengalami kemerosotan. Masalah kekurangan sumber

    buruh dan kenaikan upah telah menghakis kelebihan bandingan sesetengah pusat perindustrian

    sebagai lokasi industri E&E. Dalam persekitaran pelaburan yang semakin perlahan dan

    persaingan yang sengit, usaha perlu ditingkatkan dari segi perundangan, infrastruktur dan juga

    sumber manusia untuk menarik pelaburan yang diingini dan mengekalkan momentum

    pertumbuhan ekonomi tempatan. Masalah kekurangan buruh boleh menyebabkan kejatuhan

    produktiviti buruh. Keadaan ini juga memberi kesan terhadap usaha meningkatkan gred industri

    sektor E&E dalam rantaian nilai pengeluaran.

    Pelaburan dalam industri E&E ini juga telah mewujudkan kesan terhadap positif

    mahupun negatif terhadap negara. Kehadiran syarikat syarikat multinasinal ini telah membuka

    peluang kepada negara untuk membangunkan keupayaan bertaraf dunia kerana amalan ini

    penting untuk syarikat syarikat ini terus berdaya saing dalam pasaran global. Hal ini

    membolehkan mereka terus mencapai tahap kelas dunia dari segi kos, kualiti dan masa

    pengeluaran, walaupun kurang terlibat dalam aktiviti pembangunan produk baru atau inovasi

    (Nooriah, 2006). Ia juga penting bagi mengukuhkan kedudukan negara dalam persaingan global

    terutamanya dalam sektor E&E.

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    23/32

    3.2 Fasa Kedua (20062010)

    Bagi fasa kedua iaitu tahun 2006 hingga 2010, terdapat peningkatan sebanyak RM 3269.9 juta

    bagi jumlah keseluruhan pelaburan bagi sektor E&E negara kita. Terdapat beberapa faktor yang

    menjadi tunggak kepada peningkatan dan kemerosotan pelaburan bagi sektor ini. Dalam usaha

    untuk mengembangkan pelbagai keluaran dan perkakasan baru dalam industri, penekanan yang

    lebih diberikan kepada penggunaan dan aplikasi bahan baru dan termaju. Penyelidikan tempatan

    serta keupayaan dan kemampuan reka bentuk akan terus diperluas dengan tujuan untuk

    membangun komponen baru dan menambah baik komponen dalam nanoelektrik dan

    nanobahanuntuk peranti mikroelektrik dan pelbagai aplikasi industri lain.

    Satu bidang yang mempunyai prospek pertumbuhan yang memberangsangkan ialah

    industri pembuatan dan perkhidmatan berkaitan ICT yang bertumpu kepada kreativiti dan

    pembangunan kandungan digital. Bidang tersebut termasuk animasi komputer, permainan digital,

    aplikasi dan perkhidmatan mudah alih, televisyen interaktif dan pengarkiban digital. Sehubungan

    ini, pelbagai insentif akan dipertimbang bagi merangsang dan mempelbagai reka bentuk,

    kegunaan serta pengeluaran penyelesaian dan aplikasi talian tetap dan mudah alih yang berkesan

    dari segi kos untuk pasaran tempatan dan global.

    Tumpuan kerajaan dalam menggalakkan perbelanjaan tempatan telah meningkatkan

    penggunaan domestik yang menyumbang kepada aliran tunai yang lebih baik. Pemulihan

    terhadap persekitaran ekonomi global telah memberi impak yang positif kepada sektor

    pembuatan di Malaysia memandangkan ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport. Nilai

    eksport bagi subsektor Elektrik dan Elektronik (E&E) meningkat sebanyak 8.6% sejajar dengan

    permintaan untuk peralatan semikonduktor, audio visual dan peralatan komunikasi serta jentera

    elektrik. Peningkatan perbelanjaan global ke atas peralatan elektronik, khususnya produk

    produk terkini seperti telefon pintar, computer tablet dan aplikasi automotif telah menyumbang

    kepada pertumbuhan 17.9% dalam sub-sektor peralatan semikonduktor. Peralatan penjimatantenaga seperti diod pemancar cahaya (LED) dan suria fotovolton menyumbang kepada prestasi

    kukuh industry semikonduktor. Peningkatan nilai eksport sebanyak RM4.9 bilion mencerminkan

    jualan kukuh semikonduktor global. Jualan global melonjak 31.8% dengan pemulihan

    menyeluruh dalam permintaan kebanyakan kategori produk semikonduktor.

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    24/32

    Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bagi E&E telah menyenaraikan lima sub-

    sektor yang berpotensi menjana penambahan RM50 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar

    (PNK) dan menyediakan 157 000 peluang poekerjaan menjelang 2020. NKEA bagi E&E

    memberi tumpuan kepada seb-sektor semikonduktor, solar, LED, elektronik perindustrian dan

    perkakasan elektrik rumah. Liberalisasi menyeluruh pasaran automotif ASEAN yang telah

    dilaksanakan bermula 1 Januari 2010 telah memberi peluang kepada Malaysia untuk muncul

    sebagai hab industri automotif serantau dengan memberi fokus kepada bidang bidang khusus.

    Dengan bantuan MAI, pengeluar komponen dan alat ganti automotif tempatan akan berupaya

    menembusi pasaran eksport baru. Kestabilan guna tenaga dan impak marginal akibat kenaikan

    kadar faedah akan membantu perkembangan pasaran automotif Malaysia pada 2011.

    Selain itu, pelaksanaan kenderaan hibrid dan elektrik turut meningkatkan pelaburan

    dalam bidang E&E negara. Hal ini adalah melalui pengecualian sepenuhnya ke atas duti import

    dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012 bagi kereta hibrid dan motosikal hibrid.

    Hal ini akan menggalakkan pelaburan dalam elektrik dan elektronik bagi bidang automotif.

    Kejayaan Malaysia untuk terus menarik sejumlah besar pelabur asing juga adalah

    disebabkan oleh beberapa faktor penting iaitu polisi pelaburan yang liberal, berdaya saing dari

    segi kos sebagai lokasi pelaburan, kemajuan dalam infrastruktur, industri sokongan yang kukuh,

    tenaga kerja produktif dan kemudahan sedia ada seperti sektor perbankan dan insurans yang

    kukuh, efisien dan tidak luntur. Kerajaan juga melaksanakan langkah langkah proaktif lain

    dengan membuat penambahbaikan yang berterusan dalam sistem penyampaian negara. Hal ini

    turut menjadi faktor positif yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan pilihan.

    Pelaburan ini juga telah mendatangkan kesan kepada ekonomi dan pembangunan negara.

    Antara kesan dalam peningkatan kadar pelaburan ialah :

    i. Wujudnya projek baruWalaupun terdapat persaingan global yang sengit terhadap pelaburan asing,

    Malaysia terus menjadi lokasi yang kompetitif dari segi kos bagi pelaburan baru. Daripada 919 projek yang diluluskan, 548 merupakan projek baru yang

    melibatkan pelaburan sebanyak RM42.0 bilion atau 70.0 peratus daripada jumlah

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    25/32

    pelaburan. Pelaburan asing dalam projek-projek ini adalah sebanyak RM34.2

    bilion atau 54.5 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.

    ii. Pembesaran dan PelbagaianSeterusnya, syarikat asing wujud juga terus menunjukkan keyakinan mereka

    terhadap Malaysia sebagai lokasi pesisir pantai bagi pelaburan mereka dengan

    melakukan pelaburan semula menerusi aktiviti pembesaran dan pelbagaian.

    Pelaburan asing dalam aktiviti ini berjumlah RM11.9 bilion. Syarikat tempatan

    juga telah banyak melaksanakan aktiviti pembesaran dan pelbagaian terutamanya

    dalam industri logam asas yang menarik pelaburan berjumlah RM4.0 bilion.

    iii. Peluang pekerjaanPelaksanaan sepenuhnya projek ini pada tahun 2008 akan mewujudkan peluang

    pekerjaan bagi 101,173 pekerjaan mahir seperti jurutera elektronik, jurutera

    kimia, jurutera mekanikal, ahli bioteknologi, ahli mikrobiologi, ahli farmasi dan

    jurutera perisian. Impak projek ini bukan sahaja akan memudahkan pertumbuhan

    dan pembangunan keseluruhan sumber manusia Malaysia, ia juga akan

    mewujudkan lebih banyak faedah sampingan dalam negara. Pelaburan dalam

    bidang ini juga telah mewujudkan peralihan tenaga kerja dalam sektor pembuatan

    dengan peningkatan kadar guna tenaga bagi pekerjaan berkemahiran tinggi.

    Projek projek pelaburan yang telah diluluskan dijangka menjana sebanyak 97

    319 peluang pekerjaan, di mana 72 221 (74.2%) adalah dari kategori pengurusan,

    teknikal, penyeliaan dan tenaga kerja mahir.

    iv. Subsektor utamaIndustri elektronik dan elektrik menarik pelaburan sebanyak RM17.8 bilion.

    Projek utama yang diluluskan adalah bagi rekabentuk, pembangunan dan

    pengilangan wafer photovoltaic silikon, sel dan ingot, pemacu cakera keras dan

    komponen, sel dan modul solar, papan litar bercetak dan wafer fabrikasi bagi light

    emitting diodes (LED).

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    26/32

    Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pula merupakan agenda ekonomi

    kerajaan sebagai menyahut cabaran cabaran persekitaran global yang semakin berkembang.

    Pelaburan dan peluang perniagaan yang banyak telah diwujudkan dan akan menyumbang kea rah

    pembentukan ekonomi berasaskan perkhidmatan dengan meningkatkan pertumbuhan dalam

    sektor perkhidmatan. Projek projek yang wujud daripada pelaburan tersebut juga akan

    mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat dan akan menjana Pendapatan

    Negara Kasar (PNK) berjumlah RM1.63 trilion menjelang 2020.

    4.0 DASAR DAN STRATEGI UNTUK MEMPROMOSI E&E DI MALAYSIA

    Pada tahun 1960an, dasar perindustrian negara lebih berciri pandang ke dalam, dengan memberi

    tumpuan kepada penggantian import dan industri berintensif buruh bagi menangani kadar

    pengangguran yang tinggi. Di samping itu, projek perindustrian juga digalakkan untukditempatkan di kawasan kurang membangun bagi mengatasi ketidakseimbangan pembangunan

    wilayah. Ini dipermudah dengan Ordinan Industri Perintis (Pelepasan Cukai Pendapatan), 1958

    dan Akta Penggalakan Pelaburan, 1968 yang menyediakan pelepasan cukai atau taraf perintis

    kepada pelabur. Bagaimanapun, pembangunan perindustrian dibatasi oleh pasaran domestik yang

    kecil dan modal yang terhad serta kadar pengangguran yang kekal tinggi.

    Dengan mengenal pasti batasan yang ada pada dasar pandang ke dalam, proses

    perindustrian telah beranjak secara strategik ke arah industri berorientasi eksport pada tahun

    1970an. Anjakan ini telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan melalui industri

    berintensif buruh dan eksport seperti elektrik dan tekstil. Menyedari usaha penempatan semula

    syarikat multinasional (MNC) untuk mengurangkan kos operasi, pelbagai insentif dan

    kemudahan telah disediakan bagi menarik syarikat tersebut ke Malaysia. Ini termasuk

    pembangunan estet perindustrian, zon perdagangan bebas dan gudang pembuatan tempatan.

    Antara insentif cukai yang disediakan ialah pelepasan cukai import bahan mentah dan Elaun

    Pelaburan Semula. Hasilnya, terdapat pengaliran masuk ketara pelaburan langsung asing (FDI),terutamanya dalam industri E&E dengan pembinaan kilang semikonduktor yang pertama di

    Pulau Pinang pada tahun 1972. Industri E&E semakin berkembang dengan pembentukan kluster

    di Pulau Pinang dan Lembah Klang, seterusnya ke Melaka, Kulim dan Johor Bahru. Pada

    penghujung 2006, lebih daripada 1,600 syarikat telah beroperasi dan menyediakan pekerjaan

    kepada lebih daripada 433,800 orang.

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    27/32

    Rancangan Malaysia Kesembil an

    Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) Industri E&E, khususnya elektronik,

    telah disasarkan sebagai salah satu industri utama untuk meningkat ke arah penerimaan teknologi

    dan menghasilkan output bernilai tambah yang lebih tinggi. Sehubungan itu, kluster E&E di

    Wilayah Ekonomi Koridor Utara merangkumi Pulau Pinang dan Taman Teknologi Tinggi Kulim

    (KHTP) akan terus dibangunkan. Satu hab elektronik berteknologi tinggi yang diterajui oleh

    sektor swasta diwujudkan untuk melengkapi KHTP.

    Kehadiran MNC dalam industri ini akan kekal signifikan. Bagaimanapun, pengeluar

    tempatan telah membangunkan kepakaran dan kemahiran bagi menyokong keperluan MNC

    untuk peralatan dan komponen. Pengeluar tempatan digalak bergerak ke arah rantaian nilai lebih

    tinggi melalui peningkatan keupayaan reka bentuk dan pembangunan produk tempatan untuk

    memenuhi permintaan produk bernilai tinggi dan canggih. Dalam persekitaran antarabangsa

    yang kompetitif, pengeluar tempatan juga perlu menjalin permuafakatan antara sesama mereka,

    institusi penyelidikan dan MNC bagi meningkatkan keupayaan inovasi untuk bergerak ke aktiviti

    bernilai tinggi dalam rantaian nilai E&E.

    Pelan I nduk Peri ndustri an Ketiga

    Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) menyediakan pelan tindakan yang jelas bagi

    menggerakkan industri E&E ke rantaian nilai yang lebih tinggi. Antara strateginya adalah:

    Memperkukuh dan memperdalam subsegmen semikonduktor Memperdalam dan memperluas pembangunan rantaian nilai teknologi maklumat dan

    komunikasi (ICT)

    Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta reka bentuk Mempromosi dan mengaplikasikan teknologi baru muncul Mengintegrasikan syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan serantau dan dunia Menyediakan sumber tenaga mahir

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    28/32

    Pelaburan Dalam Industri E& E

    Malaysia merupakan salah satu daripada negara pengeluar utama dalam pasaran E&E yang

    berkembang pesat di rantau Asia Pasifik. Selama tiga dekad, Malaysia telah berjaya menarik

    beberapa syarikat elektronik terkemuka dunia. Sumbangan FDI kepada industri E&E (Jadual 3)

    telah meningkat kukuh daripada 46.0% pada tahun 1985 kepada 85.8% pada tahun 2006.

    Pertumbuhan FDI yang mantap, terutamanya dalam industri E&E, mencerminkan keyakinan

    pelabur berikutan persekitaran pelaburan yang menarik; infrastruktur, kerangka perundangan dan

    peraturan yang baik; serta tenaga kerja mahir yang mampu menguasai pelbagai bahasa.

    Industri E&E terus mengembang dan melabur semula untuk beralih kepada rantaian nilai

    yang lebih tinggi dengan membawa masuk proses dan teknologi baru. Ini dicerminkan oleh

    jumlah pelaburan yang diluluskan dan peningkatan kadar pelaburan modal bagi setiap pekerja

    (CIPE). IMP3 mensasarkan industri ini tumbuh pada kadar 7.2% atau RM5.5 bilion setahun,

    dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM82.4 bilion pada tahun 2020. Malaysia

    berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran IMP3, berdasarkan jumlah pelaburan yang

    diluluskan bagi industri ini telah mencecah RM8.5 bilion dalam tempoh separuh pertama 2007.

    Pertumbuhan pelaburan yang pesat meningkatkan lagi import barangan modal yang

    menyumbang 13.2% (RM31.5 bilion) kepada jumlah import, manakala barangan pengantara

    menyumbang 71.5% (RM171.2 bilion). Bahagian import barangan pengantara yang tinggi

    menunjukkan terdapat potensi besar bagi pengeluar tempatan untuk menambah baik dan

    menghasilkan produk bernilai tambah tinggi bagi memenuhi permintaan barangan pengantara

    tempatan.

    Industri E&E di Malaysia boleh dikategorikan kepada empat subsektor:

    a) Barang- Barang Elektronik Pengguna

    Subsektor ini termasuk pengilangan penerima televisyen LED, produk-produk dengar

    pandang seperti pemain/rekoder cakera blue-ray, sistem panggung rumah digital, cakera

    mini, konsol permainan elektronik dan kamera digital. Sektor ini diwakili oleh banyak

    syarikat-syarikat terkemuka Jepun dan Korea yang telah menyumbang dengan ketara kepada

    pertumbuhan rancak sektor ini. Syarikat-syarikat utama kini menjalankan aktiviti-aktiviti

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    29/32

    R&D di negara ini bagi menyokong pasaran-pasaran global dan Asia mereka. Eksport

    produk-produk elektronik pengguna pada 2010 berjumlah RM25.8 bilion (AS$8.7 bilion).

    b) Komponen Elektronik

    Produk-produk/aktiviti-aktiviti yang tergolong dalam subsektor ini termasuk peranti

    semikonduktor, komponen pasif, litar bercetak dan komponen lain seperti media, substrat,

    dan penyambung. Komponen-komponen elektronik adalah subsektor terpenting dan

    menyumbang sebanyak 44.6 peratus kepada jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor ini

    pada 2010.

    Subsektor ini kebanyakannya dikuasai oleh penggiat-penggiat semikonduktor

    terutamanya syarikat-syarikat multinasional, yang sebahagian besarnya menjalankan

    aktiviti-aktiviti pemasangan dan ujian. Bagaimanapun, pembangunan kluster semikonduktor

    menunjukkan peningkatan beransur-ansur sepanjang beberapa tahun lalu. Lebih banyak

    syarikat mengembangkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, reka cipta dan pembangunan dalam

    operasi-operasi mereka dan mengurangkan tumpuan terhadap pengilangan produk-produk

    bawahan. Permintaan yang bertambah bagi peranti-peranti yang lebih kecil dan berprestasi

    tinggi bagi aplikasi-aplikasi mudah alih, automotif dan hijau, telah merangsangkan lagi

    perkembangan aktiviti penyumberan luar dalam industri semikonduktor.

    Produk-produk semikonduktor menghasilkan nilai eksport sebanyak RM97,856.5 juta

    (AS$32,837.75 juta). Ia menyumbang 92.7 peratus kepada jumlah eksport komponen-

    komponen elektronik atau 43.6 peratus kepada jumlah eksport barang-barang elektronik

    pada 2010.

    c) Barang-Barang Elektronik Industri

    Subsektor ini terdiri daripada produk-produk teknologi maklumat seperti komputer, perisian

    komputer, produk telekomunikasi dan kelengkapan pejabat. Subsektor barang-barang

    elektronik industri ini mewakili 24 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan dalam

    sektor elektronik pada 2010. Pada 2010, kebanyakan daripada pelaburan diluluskan yang

    berjumlah RM2.6 bilion adalah daripada syarikat-syarikat Perkhidmatan Pengilangan

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    30/32

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    31/32

    bentuk dan pembangunan produk dalam rantaian nilai. Tambahan lagi, usaha meningkatkan

    rantaian nilai akan memberi peluang dan meningkatkan potensi untuk mewujudkan hubungan

    secara mendatar dan menegak di kalangan industri E&E dan industri lain. Dalam jangka masa

    panjang, penglibatan dalam aktiviti nilai tambah lebih tinggi dalam rantaian nilai industri E&E.

    Usaha-usaha ini akan membolehkan Malaysia mencipta jenama antarabangsa dan dapat

    dihubungkan dengan rantaian bekalan dunia.

  • 8/14/2019 industri elektrik dan elektronik di Malaysia.docx

    32/32

    6.0 RUJUKAN

    http://www.mida.gov.my/bm/index.php?page=elektrik-elektronik

    Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia 2010. Kementerian Perdagangan

    Antarabangsa dan Industri Malaysia.

    Mempergiatkan Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan Berkaitan. Rancangan Malaysia

    Kesembilan, 20062010.

    Nooriah Yusof, (2006). Kualiti Buruh dan Kelebihan Daya Saing Zon Perindustrian Bayan

    Lepas, Pulau Pinang : Kajian Kes Sektor Industri Barangan Elektrik dan Elektronik.

    Unpublished PhD diss., Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Nooriah Yusof, (2011). Pelaburan Langsung Asing dan Pembangunan Industri Barangan Elektrik

    dan Elektronik di Negeri Pulau Pinang, 1970 2007. University Sains Malaysia. Jurnal

    KEMANUSIAAN Vol. 18, No. 2, (2011), 43-74.

    Teks Ucapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Tan Sri Dato Muhyiddin

    Yassin dalam Sidang Media Tahunan MIDA Mengenai Prestasi Sektor Perkilangan dan

    Perkhidmatan pada Tahun 2008, 10 Februari 2009.

    http://www.mida.gov.my/bm/index.php?page=elektrik-elektronikhttp://www.mida.gov.my/bm/index.php?page=elektrik-elektronik