cabaran mendidik
DESCRIPTION
noteTRANSCRIPT
-
10/30/13 Cabaran Mendidik
www.smkbj.edu.my/index.php/14-icetheme/icecarousel/36-carousel-item-3 1/6
Search...Contact Us
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan
akal yang suka berfikir.
" Perubahan " " Kebodohan " " Kesederhanaan " " Ilmu "
Written by Super User
Cabaran Mendidik
Cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang cukup terkenal yang berbunyi;
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Segalanya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Sajak ini tentunya sudah biasa kita baca malah sering dideklamasikan setiap kali Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sajak yang dihasilkan
oleh Allahyarham Datuk Usman Awang, pasti membuatkan setiap insan yang bergelar guru terasa dihargai. Namun apakah perasaan guru apabila membaca baris-
baris terakhir sajak yang diambil daripada artikel Pejuang dan Pengisi Kemerdekaan yang ditulis oleh Mohd Yusri Ibrahim ( Majalah Ehwal Pendidikan, Ogos 2007)
yang berbunyi;
Jika hari ini siapa saja perosak bangsa;
Bermula dengan kegagalan guru kita
Cuai mengasuh generasi muda.
Penulis yakin sajak ini bisa menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak terpalit luka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa lantaran dikatakan
gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa. Namun itulah realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru merupakan individu atau kumpulan kecil
masyarakat yang amat dihormati, situasi kini jauh berbeza. Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru
biasa, namun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak menjadi.
Dr Novandri Hasan Basri dalam tulisannya Buli Dan Masalah Sosial Pelajar : Satu Penyelesaian menyatakan bahawa dahulu masyarakat memandang tinggi
terhadap guru-guru sekolah. Guru-guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu, ilmu
pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh
ibubapa. Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi
masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru.
Tegas Dr Novandri lagi, dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi. Ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal
wang. Mereka berjaya bertindak sebagai penyerap kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama,
sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anak-anak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi
dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi.
Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak
ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun
2003). Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata
utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari
kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak
datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan
akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)
Adakah situasi ini berpunca daripada ibu bapa hilang kepercayaan terhadap guru-guru untuk mendidik pelajar-pelajar? Atau ibu bapa sendiri yang terlampau
memanjakan anak? Realiti hari ini pelajar dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid
menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid
Utama Maklumat Sekolah Tinta Pengetua Aktiviti SMKBJ Galeri Lokasi Peperiksaan SKK
Open Panel
-
10/30/13 Cabaran Mendidik
www.smkbj.edu.my/index.php/14-icetheme/icecarousel/36-carousel-item-3 2/6
memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan
akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.
Berdasarkan bancian oleh laman web utusan.com.my terhadap insiden guru menghukum atau mendenda pelajar-pelajar sekolah kerana kesalahan yang kian
mendapat publisiti meluas media, ramai yang mengundi pernyataan Pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan sebagai sebab meningkatnya masalah disiplin di
sekolah.. Undian ini merupakan undian tertinggi daripada lima pilihan. Jumlah undi tersebut adalah sebanyak 57.59% daripada 24084 undi ( data sehingga 30/7/2007).
Hal ini mengambarkan bahawa ramai dalam kalangan masyarakat mengakui bahawa masalah disiplin berkait rapat dengan tindakan ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak mereka.
Jika diamati, pelajar hari ini yang juga terdiri daripada golongan remaja sering dibabitkan dengan pelbagai jenayah dan salah laku, antaranya pergaduhan dan
gengsterisme, merokok, menagih dadah, seks bebas, memusnahkan harta benda awam (vandalisme) dan merompak. Kes yang terbaru ialah sembilan orang pelajar
perempuan yang membelasah seorang rakan mereka dan merakam gambar bogel mangsa. Perlakuan sebegini lazimnya tidak disedari oleh ibu bapa kerana kejadian
tidak berlaku di hadapan mata mereka. Namun apabila nasi sudah menjadi bubur dan hal ini diketahui oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit, mereka bertindak merayu
bapa mangsa supaya menarik balik laporan polis yang dibuat. Mereka seolah-olah takut anak-anak mereka dihukum sedangkan hukuman wajar dijatuhkan terhadap
pelajar-pelajar yang bertindak agresif dan di luar batas kemanusiaan itu.
Perkembangan terbaru kes ini ialah kesembilan pelajar ini telah memohon maaf daripada mangsa dan menyatakan penyesalan. Adakah dengan meminta maaf dan
menangis, perbuatan yang mereka lakukan mudah dilupakan dan dimaafkan?. Apakah tidak mustahil mereka ini akan mengulangi perbuatan mereka terhadap orang
lain? Mungkinkah segala-galanya hanya lakonan dan tindakan kepura-puraan sekadar untuk mengelak dikenakan hukuman yang berat? Apakah yang akan dilakukan
oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit seandainya anak-anak mereka dihukum dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak? Adakah mungkin ibu bapa menganggap
bahawa hukuman tersebut adalah tidak adil? Bagaimana pula sekiranya yang menjadi mangsa adalah guru perempuan yang didendami oleh kumpulan pelajar ini yang
mungkin cuba mendisiplinkan mereka?
Segalanya tidak mustahil berlaku kerana sesuatu yang tidak terduga oleh akal boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar zaman ini. Berita penangkapan kanak-kanak
berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilirmenjadi buktinya ( Buletin
1.30,TV3, 5 Ogos 2007). Tentunya kejadian ini mengejutkan kita dan pasti menerbitkan rasa bimbang di hati para guru akan keselamatan diri. Masakan tidak, pelajar-
pelajar zaman ini sudah berani melakukan apa sahaja tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.
Norhayati Md Said dalam tulisannya Kekurangan Guru Lelaki Amat Dirasai yang disiarkan di Berita Minggu , turut mengakui bahawa masalah disiplin ketika ini
bukan boleh dibandingkan dengan zaman dulu. Masalah yang menghambat anak zaman sekarang terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok,
samseng, pergaulan bebas lelaki wanita dan pelbagai masalah yang tidak terfikir akal boleh dilakukan anak zaman ini.Inilah cabaran hebat yang perlu ditanggung oleh
guru ( Ahad, 29 Julai 2007). Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh mematahkan semangat guru.Guru sering berada dalam keadaan
dilema sama ada mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri.
Kebimbangan guru ada rasionalnya. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan
menghadapi risiko. Pelajar yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam dengan cara mencederakan guru atau merosakkan harta benda guru seeprti mencalar
kereta guru atau membocorkan tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil tindakan terhadap guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di
sekolah. Buktinya,terdapat banyak kes pelajar melawan guru, mengugut guru , menumbuk guru, malah ada juga pelajar yang memukul guru walaupun hanya berumur
12 tahun.
Satu kes pernah dilaporkan oleh akhbar Harian Metro berkaitan seorang murid darjah enam yang membelasah gurunya dengan penyodok sampah pada 18 April 2006
kerana tidak puas hati dengan hukuman guru terbabit terhadapnya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah.Dalam kejadian tersebut , murid itu dimarahi oleh guru
dan disuruh menyiapkan kerja rumah sambil berdiri. ( Harian Metro, 26 April 2006) Terdapat juga dua kes dalam tempoh satu bulan yang dilaporkan di Kedah .Kes-kes
tersebut membabitkan kes pelajar memukul guru. Kes pertama , seorang guru perempuan di sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh
seorang pealjar tingkatan empat kerana menegur disiplin pelajar terbabit di perhimpunan pagi sekolah. Kes kedua pula,melibatkan seorang guru disiplin lelaki sekolah
di Lebuhraya Sultranah Bahiyah. Guru tersebut dipercayai cedera di muka dan rusuk akibat tendangan ala kungfu oleh dua orang pelajar.Sebelum kejadian, guru
yang berusia 39 tahun itu dikatakan menegur kedua-dua pelajar tingkatan lima yang terbabit yang dipercayai enggan menjalani pemeriksaan dan cuba melarikan diri
(Harian Metro, 17 April 2006).
Kes yang berlaku di Negeri Sembilan pula melibatkan sembilan pelajar dan bekas pelajar yang cuba membakar sekolah. Tindakan pelajar-pelajar berkenaan dikatakan
berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atas mereka. ( Utusan Malaysia. 23 Mei 2006). Semua itu hanya sebahagian
kecil daripada kes-kes yang dilaporkan melibatkan risiko yang terpaksa ditanggung oleh guru kerana cuba mendisiplinkan pelajar.Akibatnya kini, guru sering berada di
dalam dilema dalam membuat keputusan yang bersangkut paut dengan disiplin pelajar.Guru tidak mempunyai lagi kuasa veto untuk menghukum pelajar. Andai
diteruskan bentuk hukuman yang sama seperti zaman dulu iaitu dengan merotan, pasti akan dipertikaikan biarpun yang melaksanakan hukuman itu guru besar atau
guru disiplin sekalipun.
Bukan sahaja dibimbangi reaksi negatif pelajar atas hukuman yang dikenakan ke atas mereka tetapi respon daripada ibu bapa sering membatasi guru dalam
menjatuhkan hukuman.. Terdapat ibu bapa yang lebih sedia menyalahkan guru daripada menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah melanggar disiplin sekolah.
Mereka tidak percaya anak mereka telah melakukan kesalahan serius di sekolah. Faktor campur tangan ibu bapa turut mendorong ada guru mengambil sikap
mendiamkan diri terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.
Kes guru memukul pelajar sering menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi
media massa Pihak ibu bapa hari ini acapkali mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar
berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru.
Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak media sebagai tempat mengadu hal sedangkan jalan terbaik ialah ibu bapa mendapat
keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah
mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Keadaan ini pasti sering membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan
dendam ibu bapa itu sendiri. Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. kerana ada sesetengah
-
10/30/13 Cabaran Mendidik
www.smkbj.edu.my/index.php/14-icetheme/icecarousel/36-carousel-item-3 3/6
media massa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa mengutamakan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka
tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah cedera. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid sedangkan tidak diberi difokuskan kepada
sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul.
Kes terbaru ialah kes pelajar mencekik guru. Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi yang telah mencekik seorang guru wanita selepas
dimarahi, telahpun dikenakan hukuman buang sekolah. Bapa pelajar tersebut berasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan ke atas anaknya yang disifatnya tidak
wajar kerana anaknya tidak berpeluang untuk membela diri bagi menceritakan hal sebenar. Bapa pelajar itu menuntut agar pihak PPD menyiasat dengan terperinci
dan tidak menyalahkan satu pihak. (Metro Ahad,29 Julai 2007). Saranan bapa pelajar itu supaya anaknya dan guru terbabit dipanggil untuk diberi keterangan memang
ada asasnya. Malah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar sudah mengarahkan agar pihak PPD memanggil pelajar, guru yang menjadi mangsa, Persatuan ibu
bapa dan Guru (PIBG) selain polis untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya pihak yang terlibat bermuzakarah untk menyelesaikan masalah.( Berita
Minggu, Ahad, 29 Julai 2007)
Walau bagaimanapun, tindakan bapa pelajar menggunakan media massa sebagai saluran untuk menegakkan keadilan adalah satu tindakan yang tidak wajar.Bapa
pelajar itu cuba membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah. Dalam kes ini,biarpun tindakan pelajar itu mungkin berpunca daripada kesilapan guru wanita itu yang
mungkin terlalu emosi dan menggunakan kaedah hukuman yang boleh dipertikaikan kebolehlaksanaannya namun mengasari guru tetap merupakan satu kesalahan
yang serius dan pelajar itu wajar dihukum. Sewajarnya, bapa pelajar itu bertindak bertemu dengan pihak pentadbir sekolah atau pihak PPD untuk berbincang.
bukannya mengadu nasib kepada pihak media.
Penulis berpendapat bahawa hukuman buang sekolah adalah tindakan yang wajar.Kewajarannya boleh dilihat berdasarkan penjelasan Bekas Ketua Pengarah
Pelajaran ,Tan Sri Murad Mohd Nor .Menurutnya, jika pendekatan nasihat dan hukuman gagal, pelajar akan menimbulkan masalah lebih besar di sekolah. Apabila
keadaan ini berlaku,lebih baik pelajar terbabit ditarik keluar ke tempat lain kerana jika kekal di situ, dia akan mempengaruhi pelajar lain. Tegasnya lagi, apabila pelajar
dihantar keluar, ibu bapa merayu supaya anaknya diberi peluang. Tan Sri bersetuju dalam hal ini namun beliau juga mempersoalkan bagaimana pula dengan peluang
anak orang lain yang mahu belajar? (Berita Minggu, Ahad 29 Julai 2007)
Perihal isu guru sendiri yang menimbulkan kontroversi, Tan Sri Murad Mohd Nor ketika membincangkan isu guru besar menampar murid dan warden menghukum
pelajar berendam dalam kolam menegaskan bahawa kita patut sedar guru pada hari ini menghadapi banyak cabaran, terutama faktor luaran yang menekan
mereka.Sebagai contoh, sikap ibu bapa terhadap guru. Walaupun 100 peratus tidak bersetuju dalam kes guru merendam pelajar-pelajarnya seperti yang berlaku di
Sarawak, beliau meminta supaya masyarakat memikirkan niat baik guru berkenaan.Meskipun cara guru tersebut mendisiplinkan pelajar boleh dipertikaikan namun
yang pasti pelajar yang melanggar disiplin sekolah adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan tegas beliau, kelakuan ini harus dibenteras ketika di sekolah lagi.
Kejadian-kejadian yang berlaku dan mendapat liputan meluas ini merupakan satu cabaran yang besar buat guru. Pastinya juga hal ini mampu membuatkan guru-guru
berada dalam keadaan dilema. Niat untuk mendidik dan mendisiplin pelajar-pelajar dikekang oleh pelbagai faktor. Bagi guru yang pernah mengalami pengalaman
buruk akibat cuba mendisiplinkan pelajar, berkemungkinan sudah serik atau trauma seperti yang terjadi kepada guru wanita yang dicekik oleh pelajarnya. Akhirnya
berkemungkinan guru lebih berminat meneruskan pengajaran tanpa menghiraukan hal ehwal disiplin pelajar dan mengambil jalan keluar dengan tidak berbuat apa-apa
apabila pelajar melanggar disiplin.
Penulis sendiri pernah melihat bagaimana seorang guru wanita masuk ke dalam kelas dan terus menulis sesuatu di papan putih tanpa menghiraukan pelajar-
pelajarnya yang masih belum bersedia untuk belajar. Ada yang sedang berbual-bual di luar kelas, ada yang masih leka bermain di dalam kelas. Malah yang lebih
menghairankan , ada pelajar kelas lain yang berada di dalam kelas tersebut tetapi masih meneruskan aktiviti mereka. Mereka tidak mempedulikan kehadiran guru.
Hanya selepas lebih kurang 10 minit kemudian, dengan sendirinya pelajar-pelajar tersebut duduk di tempat masing-masing dan mengeluarkan buku dan membuat
catatan. Walau bagaimanapun, masih ada pelajar yang tidak berbuat apa-apa tetapi hanya bersembang sahaja di dalam kelas.
Guru tersebut tidak boleh disalahkan kerana beliau pernah keguguran lantaran terlalu stress dan menghadapi trauma akibat perbuatan pelajarnya yang degil dan
melawannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal itu berlaku ketika beliau cuba untuk mendisiplinkan pelajar-pelajarnya. Selepas peristiwa itu, guru
tersebut mengambil langkah yang lebih selamat iaitu dengan tidak terlalu emosi dalam menegur tingkah laku pelajar, sebaliknya membiarkan pelajar dengan hal
sendiri.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar tidak menafikan bahawa kadang kala ada guru yang bertindak keterlaluan tetapi kebiasaannya setiap tindakan itu
berpunca daripada perbuatan pelajar itu sendiri ( Berita Utara, 25 Julai,2007). Baru-baru ini berlaku kes seorang guru telah menumbuk pelajar perempuan.Menurut
laporan akhbar, hal ini dikatakan berpunca daripada kata-kata kasar yang diucapkan oleh pelajar tersebut kepada gurunya. Malah pelajar mencabar guru tersebut
untuk mengambil tindakan menumbuknya. Provokasi yang dilakukan oleh pelajar itu telah menghilangkan kesabaran guru itu.Pastinya guru tersebut terasa
keegoaannya dan kredibilitinya sebagai guru tercabar dan diperkotak-katikkan oleh pelajarnya sendiri.
Pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan mereka dan membantu guru-guru agar dapat menumpuh cabaran dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar.
Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal, guru-guru baru dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang besar
dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar seperti menjadi guru disiplin atau warden. Kes merendam pelajar yang berlaku di Sarawak merupakan satu contoh yang
boleh dijadikan iktibar oleh pentadbir sekolah.Guru yang berumur baru 27 tahun telah diberi tugas sebagai warden asrama. Tanggungjawab yang diberikan kepada
guru muda ini tentunya amat berat.
Kemungkinan guru tersebut menghadapi tekanan dan akhirnya mengambil tindakan mengikut emosi.Mungkin tindakan merendam pelajar tidak berlaku sekiranya yang
menangani masalah ialah guru yang lebih berpengalaman.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Murad Mohd Nor dalam kes tersebut bahawa perbezaan umur
antara warden dan pelajar tidaklah besar. Sarannya, biarlah warden yang menangani masalah pelajar membuang tuala wanita ke dalam tandas itu seseorang yang
lebih berumur dan boleh bertindak sebagai ibu. Dalam hal ini, seharusnya pihak pentadbir sekolah memberi peluang kepada guru-guru baru untuk menimba
pengalaman daripada guru-guru yang telah lama bertugas, terutamanya dalam hal-hal berkaitan cara dan kaedah menangani pelajar bermasalah dan tindakan yang
wajar dalam mendisiplin pelajar. Biarlah mereka menjalankan tugas sebagai penolong atau AJK bukannya ketua dalam sesuatu tugas yang berat seperti tugas
sebagai guru disiplin atau warden asrama.
Selain itu, dalam usaha mempertingkatkan kualiti guru dan menyediakan guru dengan pelbagai ilmu pengajaran , perhatian juga harus diberi terhadap faktor rohani
guru. Perkembangan staff untuk para guru dan wajib diadakan di sekolah hendaklah diisi juga dengan kursus-kursus motivasi. Bukan pelajar sahaja harus dimotivasi
tetapi para guru pun perlu diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang mendidik anak bangsa dengan niat yang ikhlas. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada
-
10/30/13 Cabaran Mendidik
www.smkbj.edu.my/index.php/14-icetheme/icecarousel/36-carousel-item-3 4/6
era globalisasi ini amat besar . Guru perlu dimotivasi supaya rasa cinta akan profesion mereka akan terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh .
Melalui cara ini, para guru akan lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang.
Dalam pada itu, kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress
menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar.Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar
dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah
disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos
2007)
Jesteru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau
batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang
membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-
guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teori-teori psikologi
kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu
mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan
guru-guru baru.
Lazimnya, guru-guru yang berpengalaman sedar bahawa penguatkuasaan peraturan sekolah perlu dilaksanakan dengan cara yang berhemah. Pelajar-pelajar sekarang
mudah menentang sekiranya pendekatan yang digunakan guru bertentangan dengan jiwa mereka. Mereka tidak sanggup menerima hukuman secara membuta tuli
dan akan bertindak menentang. Sebagai contohnya, kes guru dicekik pelajar . Pelajar tersebut melaporkan kepada akhbar bahawa dia dan kawan-kawannya disuruh
oleh guru supaya melakukan tekan tubi di kawasan laluan air tandas yang kotor. Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, tentunya tindakan pelajar melarikan diri
daripada hukuman itu merupakan sesuatu tindakan yang rasional dan logik.Masakan mereka sanggup melakukan tekan tubi di kawasan laluan air kotor. Bukan
sahaja menjijikkan malah mungkin akan menjejaskan kesihatan.
Dalam hal ini, saranan Dr. Rubiah K. Hamzah, elemen perasaan dalam perlaksananaan peraturan seharusnya diambil perhatian oleh para guru. Menurutnya, untuk
mewujudkan keserasian antara guru-pelajar, peraturan sekolah mestilah ada elemen perasaan.Peraturan saling berkait dengan emosi manusia, jadi perlu ada
cetusan emosi di dalamnya.( Harian Metro, 6 Ogos 2007). Dalam erti kata lain, guru-guru perlu memasukkan elemen perasaan dalam melaksanakan atau
menguatkuasakan sesuatu peraturan supaya pelajar akur.Ledakan perasaan yang mencetuskan masalah disiplin yang lebih besar dapat dielakkan.
Guru seharusnya diberi peluang untuk bernafas. Cabaran mendidik dan mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah. Masyarakat tidak seharusnya hanya
menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar. Kebimbangan Ruhaiza Rusmin yang dinyatakan dalam tulisannya Guru
Emosi, Pelajar Melenting,ada benarnya. Beliau bimbang semangat berkobar-kobar guru akan merundum. Ditakuti sikap kurang ajar pelajar akan mencantas dedikasi
guru memberi ilmu dan hal ini tentunya merugikan pelbagai pihak terutamanya ketika negara menuju Wawasan 2020.( Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007).
Sesungguhnya tugas mendidik dan mendisiplin pelajar tidak harus hanya dihadapi oleh golongan guru dan pentadbir sekolah sahaja. Ibu bapa perlu menaruh
kepercayaan kepada guru-guru tetapi tidak bersikap lepas tangan. Tanggungjawab mereka memberi kasih sayang dan didikan agama kepada anak-anak mereka
harus dijadikan agenda utama dalam membentuk keluarga yang bahagia. Apabila anak-anak diasuh dengan baik dan diberi perhatian, usaha guru membudayakan
ilmu lebih mudah dilaksanakan. Tentunya masalah disiplin pelajar tidak timbul malah misi disiplin sifar akan lebih mudah dicapai.
Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohamed Zakaria Mohd Noor ketika hadir majlis perasmian Siri Jelajah Kempen Menangani Gejala Displin Murid Di Sekolah turut
menegaskan bahawa ibu bapa atau penjaga harus memainkan peranan penting dan tidak harus terlalu bergantung kepada sekolah dalam menangani masalah disiplin
yang berlaku dalam kalangan pelajar. Menururt beliau lagi, ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan mengambil berat terhadap segala aktiviti yang disertai
anak mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah ( Berita Harian, 19 Disember 2006). Yusri Abdul Malek juga mempunyai pendapat yang sama. Beliau
menegaskan bahawa masalah disiplin ini bermula dari rumah, jika ibu bapa sentiasa mengambil berat, pasti anak mereka menjadi orang yang boleh diharapkan pada
masa depan. Sarannya lagi, ibu bapa hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak terbabit melakukan salah laku.Jika ibu bapa
mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti anak mereka akan berdispilin di sekolah atau di luar rumah.(Harian Metro, 25 Mei 2006)
Siti Aishah Mahamad dalam tulisannya Pendekatan Mendidik Lebih Sesuai Atasi Masalah Remaja pula menekankan peri pentingnya pelbagai pihak memainkan
peranan masing-masing dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Institusi dalam masyarakat seperti masjid atau surau boleh berfungsi dengan luas sebagai pusat
pendidikan Islam bagi seluruh lapisan masyarakat terutamanya untuk menarik remaja mengikut cita rasa golongan itu seperti penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi. Kelab Rukun Tetangga yang dibentuk di kawasan perumahan perlu mengenal pasti masalah dan membuat perancangan aktiviti berbentuk kebajikan atau
mencegah kemungkaran seperti masalah remaja melepak lelaki perempuan dan melakukan perbuatan sumbang.Pihak KRT perlu menggunakan pendekatan mendidik
sebelum menghukum atau memberikan hukuman yang membina.
Siti Aishah juga tidak mengenepikan peranan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tegasnya, NGO juga boleh membantu golongan remaja bermasalah ini. NGO boleh
melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat. Tuntasnya, jaya atau gagalnya
usaha mendidik dan mendisiplinkan pelajar sepatutnya ditanggung bersama oleh semua pihak bukan terletak di bahu guru semata-mata.Dengan memastikan tugas
mendidik dan mendisiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama, masalah disiplin pelajar dan cara sekolah menanganinya tidak lagi menjadi isu dan tidak
menimbulkan kesan negatif kepada guru , pelajar mahupun ibu bapa . Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak, pasti para guru lebih mudah menempuh cabaran
yang mendatang berbekalkan semangat juang yang tinggi. Akan terlerailah konflik dalaman yang dihadapi oleh para guru dan akan lebih mudahlah para guru berusaha
menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan perjuangan dan memikul amanah Allah sebagai pendidik anak bangsa . Maka akan lahirlah modal insan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai pewaris negara.
Artikel sumbangan : Cik Sriminangwati Bt. Zainulis
MAKLUMAT
B&K
-
10/30/13 Cabaran Mendidik
www.smkbj.edu.my/index.php/14-icetheme/icecarousel/36-carousel-item-3 5/6
PSS SMKBJ
Tabung 1 JAMBULian
Artikel
Komen Pelawat
Komen Pelawat
Pengetua
Selamat Datang ke Laman Web SMKBJ yang baru.Saya mengalu-alukan sebarang pandangan atau aduan dari semua pihak khususnya pandangan yang
membina.Sekolah Unggul Pelajar TerbilangTerima kasih.
Tuesday , 28 August 2012 07:58
Statistik Pengunjung
2011 by GPIUTMD
Pengunjung
We have 5 guests and no members online
Berita Terkini
Cuti Bergilir SPM 2013
Bagi melancarkan perjalanan para pelajar tingkatan
Jadual Waktu SPM 013
KPMKementerian Pelajaran Malaysia
JPNJabatan Pelajaran Pulau Pinang
PPDTLPejb. Pelj. Daerah Timur Laut
BTNPPBahagian Teknologi Pendidikan
PKG GELUGORPusat Kegiatan Guru
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )
APLIKASI ONLINE
MUAT TURUN
-
10/30/13 Cabaran Mendidik
www.smkbj.edu.my/index.php/14-icetheme/icecarousel/36-carousel-item-3 6/6
Sekolah Kluster Kecemerlangan
http://cikguadura.files.wordpress.com/2013/07/jadu
Restu Ilmu SPM 2013
Makluman kepada semua calon SPM 2013, Satu Majl
Copyright 2013 SMK Bukit Jambul. All Rights Reserved. Terms of UseCopyrightPrivacy & Policy
Petua "Be Smart"
Kini telah masuk ke tahun 2013 dan
kini masanya untuk kita menyusun
strategi unt
Read More
Success Of Life...
What can we do to become
more successful? How can
Read More
Teknik Mengingat
Jenis-Jenis Teknik
MengingatSepanjang hidup, saya telah
melihat beberapa teknik
Read More
Tips Belajar
Ramai yang menyalahkan buku
dengan mengatakan ianya bosan. Ada
juga antara ki
Read More