cabaran isu semasa

8
CABARAN ISU SEMASA KRISIS EKONOMI DI LIBYA DAN IRAN a)di Libya -Secara keseluruhannya,ekonomi Libya lebih bergantung dengan hasil minyak mentah. -Melalui hasil minyak inilah pembangunan di Libya nampak begitu pesat. -Pada era pemimpinan Muammar Gaddafi,ekonomi Libya nampak mengalami peningkatan. -Namun selepas penggulingan Gaddafi,rakyat Libya harus

Upload: pantherspefitness

Post on 18-Aug-2015

31 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran isu semasa

CABARAN ISU SEMASA

KRISIS EKONOMI DI LIBYA DAN IRAN

a)di Libya

-Secara keseluruhannya,ekonomi Libya lebih bergantung dengan hasil minyak mentah.

-Melalui hasil minyak inilah pembangunan di Libya nampak begitu pesat.

-Pada era pemimpinan Muammar Gaddafi,ekonomi Libya nampak mengalami peningkatan.

-Namun selepas penggulingan Gaddafi,rakyat Libya harus membayar mahal atas revolusi yang mereka wujudkan.

-Menurut media,pada hari-hari terakhir perang hampir semua infrastruktur dan bangunan di Libya terutamanya di Tripoli terjejas teruk.

Page 2: Cabaran isu semasa

-Dalam istilah ekonomi,situasi ekonomi di negara tersebut dalam keadaan genting.

-Semua projek pembangunan yang dilakukan semasa perang terpaksa ditangguhkan.

-Para pelabur asing banyak yang meninggalkan Libya dan tanpa prospek kembali pada masa yang akan datang.

-Selain itu,pengeboman terhadap ladang minyak juga merupakan faktor kemerosotan ekonomi Libya.

-Sebelum konflik di Libya,negara tersebut menghasilkan antara 4.5 juta tong perhari.

-Namun menurut laporan Opec selepas konflik,penghasilan minyak di Libya menurun sebanyak hampir 27%.

Page 3: Cabaran isu semasa

-Ini menjejaskan ekonomi Libya kerana minyak merupakan sumber ekonomi utama di negara tersebut.

-Krisis politik di Libya akan memberi kesan secara global, terutama bagi bekalan tenaga minyak dan gas dunia.

-Krisis ini secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia.

-Minyak dan gas Libya sangat penting terutamanya bagi negara barat dan Kesatuan Eropah yang industri mereka sangat bergantung kepada minyak.

b)Krisis ekonomi di Iran

Page 4: Cabaran isu semasa

-Pengangguran, kemiskinan dan inflasi mengubah sepenuhnya hidup banyak warga Iran

-Negara harus berjuang lawan inflasi yang dramatis, dan semakin terbenam dalam krisis ekonomi.

- Badan statistik Iran menyatakan secara rasmi, kenaikan inflasi selama setahun --mulai dari akhir Mac 2012-- mencapai 30%.

-Sejak embargo minyak dari Uni Eropa mulai berlaku pertengahan 2012, mata wang Iran,Rial, kehilangan nilai.

-Para pedagang di ibukota Teheran melaporkan kemampuan beli warga Iran berkurang dengan drastik.

Page 5: Cabaran isu semasa

-Ketidakstabilan nilai rial menyebabkan peniaga sukar meletakkan harga barangan.

-Demonstrasi dan tunjuk perasaan kerap berlaku di Iran dan puncanya ialah ketidakstabilan nilai mata wang rial.

-Selain itu,minyak juga mempunyai kaitan dengan ekonomi Iran.

- Perdagangan minyak menjadi tulang belakang ekonomi Iran.

Pada tahun 70an, Iran merupakan pengeluar petroleum ke-empat terbesar dunia.

- Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran melancarkan projek pemeliharaan minyak dengan mengurangkan pengeluarannya.

Page 6: Cabaran isu semasa

-Namun Iran telah dikenakan sekatan ekonomi kerana isu nuklear.

-Antara negara yang mengenakan sekatan tersbut ialah negara Amerika serta negara Kesatuan Eropah (EU).