cabaran dan isu semasa~ konflik israel dan palestin

24
1.0 Pengenalan Negara Palestin terletak di bahagian barat daya negara Syam yang memanjang ke kawasan persisiran pantai di sebelah Timur Laut Mediterranean. Kedudukan Palestin dianggap strategik kerana ia merupakan tempat perhubungan antara benua Asia dan Afrika dan dijadikan sebagai titik pertemuan antara dunia-dunia negara Islam. Menurut kajian arkeologi yang dikaji oleh para sejarawan, Kota Jericho merupakan kota pertama yang dibina di sebelah Timur Laut Palestin dalam lingkungan masa lebih kurang 8000 tahun S.M. Penduduk yang tinggal menetap di Palestin kebanyakannya terdiri daripada keturunan kabilah Arab seperti Kan an, Umuriah, Palestin, dan kabilah-kabilah Arab yang menetap di Palestin sebelum dan selepas era pembukaan Islam. Penduduk yang berasal daripada keturunan yang berlainan ini bergabung di bawah satu ikatan iaitu agama Islam dan bahasa Arab yang menyatupadukan mereka. Palestin memiliki kedudukan geografi yang sangat strategik, iaitu terletak di kawasan pertengahan negara-negara Arab. Tempat ini merupakan tempat turunnya agama Samawi, tempat peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti dan penyusupan tentera pada era yang berbeza. Oleh itu, Palestin adalah tempat yang istimewa berbanding dengan tempat lain. Lokasi strategik membolehkan negara ini menjadi penghubung pelbagai benua lain di dunia. Selain itu, negara Palestin menjadi pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat negara jiran. Nama Israel berasal daripada kitab Bible Ibrani. Tanah Israel memiliki kawasan agama Yahudi yang paling penting seperti Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja terkenal Yahudi. Oleh hal yang demikian, tanah Israel merupakan sebuah tanah yang penuh dengan keistimewaan. Kehadiran orang-orang Yahudi merosot semasa pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom Byzantine dan Sassanid terhadap mereka akibat pengusiran beramai-ramai dan akibat kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap empayar Rom pada tahun 132 M. Walaubagaimanapun, kedatangan orang-orang Yahudi masih beterusan. Sebahagian penduduk Yahudi berpindah ke Galilea, Mishnah, Talmud dan Jurusalem. Kemudian, selepas mengalahkan empayar Byzantine, Islam menakluk tempat tersebut pada tahun 638 M.Tampuk pemerintahan kawasan ini senantiasa mengalami penukaran sehinggalah menjadi sebahagian empayar Mamluk dan seterusnya sebagai Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517 M. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat keputusan untuk membahagikan daerah mandat British-Palestin. Negara-negara timur tengah dan negara Islam menentang dengan tegas terhadap keputusan ini. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), orang Yahudi berhak mendapatkan 55% daripada seluruh tanah wilayah tersebut manakala Baitulmuaqaddis yang menjadi bandar suci orang Yahudi, Muslim dan Kristian

Upload: yi-ying

Post on 16-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

Cabaran dan Isu Semasa~ Konflik Israel dan Palestin

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanNegara Palestin terletak di bahagian barat daya negara Syam yang memanjang ke kawasan persisiran pantai di sebelah Timur Laut Mediterranean. Kedudukan Palestin dianggap strategik kerana ia merupakan tempat perhubungan antara benua Asia dan Afrika dan dijadikan sebagai titik pertemuan antara dunia-dunia negara Islam. Menurut kajian arkeologi yang dikaji oleh para sejarawan, Kota Jericho merupakan kota pertama yang dibina di sebelah Timur Laut Palestin dalam lingkungan masa lebih kurang 8000 tahun S.M. Penduduk yang tinggal menetap di Palestin kebanyakannya terdiri daripada keturunan kabilah Arab seperti Kanan, Umuriah, Palestin, dan kabilah-kabilah Arab yang menetap di Palestin sebelum dan selepas era pembukaan Islam. Penduduk yang berasal daripada keturunan yang berlainan ini bergabung di bawah satu ikatan iaitu agama Islam dan bahasa Arab yang menyatupadukan mereka. Palestin memiliki kedudukan geografi yang sangat strategik, iaitu terletak di kawasan pertengahan negara-negara Arab. Tempat ini merupakan tempat turunnya agama Samawi, tempat peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti dan penyusupan tentera pada era yang berbeza. Oleh itu, Palestin adalah tempat yang istimewa berbanding dengan tempat lain. Lokasi strategik membolehkan negara ini menjadi penghubung pelbagai benua lain di dunia. Selain itu, negara Palestin menjadi pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat negara jiran. Nama Israel berasal daripada kitab Bible Ibrani. Tanah Israel memiliki kawasan agama Yahudi yang paling penting seperti Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja terkenal Yahudi. Oleh hal yang demikian, tanah Israel merupakan sebuah tanah yang penuh dengan keistimewaan. Kehadiran orang-orang Yahudi merosot semasa pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom Byzantine dan Sassanid terhadap mereka akibat pengusiran beramai-ramai dan akibat kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap empayar Rom pada tahun 132 M. Walaubagaimanapun, kedatangan orang-orang Yahudi masih beterusan. Sebahagian penduduk Yahudi berpindah ke Galilea, Mishnah, Talmud dan Jurusalem. Kemudian, selepas mengalahkan empayar Byzantine, Islam menakluk tempat tersebut pada tahun 638 M.Tampuk pemerintahan kawasan ini senantiasa mengalami penukaran sehinggalah menjadi sebahagian empayar Mamluk dan seterusnya sebagai Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517 M. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat keputusan untuk membahagikan daerah mandat British-Palestin. Negara-negara timur tengah dan negara Islam menentang dengan tegas terhadap keputusan ini. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), orang Yahudi berhak mendapatkan 55% daripada seluruh tanah wilayah tersebut manakala Baitulmuaqaddis yang menjadi bandar suci orang Yahudi, Muslim dan Kristian dijadikan sebagai bandar kebangsaan.Negara Israel telah ditubuhkan pada 14 Mei 1948. Namun demikian, Israel menghadapi serangan yang dilancarkan dari tentera pakatan Lubana, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain selepas sehari pengisytiharan penubuhan. Israel telah mengalahkan tentera bersekutu Arab dan merampas sebanyak 70% wilayah di bawah kekuasaan Palestin. Kekuasaan Israel menjadi lebih kuat dari masa ke masa dan mula bertapak di bumi Arab. Perhubungan antara kedua-dua negara Palestin dan Israel telah wujud sejak zaman kegemilangan Islam dan berterusan sehingga ke hari ini. Isu yang berkaitan dengan Israel sudah wujud pada zaman kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Hubungan Israel dengan Palestin secara langsung melibatkan hubungan dengan negara-negara Arab. Negara Israel dan Palestin menjalinkan hubungan dari segi politik telah menghasilkan berbagai-bagai jenis perjanjian sama ada mengenai ekonomi dan politik. Negara Arab pernah berusaha mencari ikhtiar untuk menangani kekangan ini dengan mencadangkan pendamaian antara kedua-dua intiti politik. Raja Saudi, Raja Fahd telah mengeluarkan cadangan supaya mengadakan satu pendamaian antara kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik ini tetapi telah ditentang oleh Presiden Amerika Syarikat masa itu, Ronald Reagan. Perjanjian Sykes-Picot Agreement yang ditandatangani antara pihak barat dan Israel secara rahsiah tanpa pengetahuan Arab Saudi telah mengetatkan hubungan antara kedua-dua negara. Selain itu, Orang Yahudi mempunyai hubungan agama dan kepercayaan dengan rakyat di Palestin. Punca utama yang mengakibatkan isu konflik berlaku disebabkan perebutan kawasan wilayah. Contohnya, orang Yahudi telah bertindak melancarkan serangan ke atas tempat-tempat suci agama Kristian dan Islam pada tahun 1967. Kawasan seperti Jericho, Qumran, Sungai Jordan, Bethlehem dan Baitulmauqaddis adalah tempat suci umat Kristian yang dikuasai oleh orang Yahudi. Tempat suci umat Islam juga tidak terkecuali dalam penguasaan masyarakat Yahudi yang mencetuskan konflik besar. Misalnya, Masjid Al-Aqsa, Kubah Al-Sakhra dan makam-makam para anbia di Khalil. Rakyat Palestin sebanyak 150 000 menjadi pelarian dari kawasan Tebing Barat ke Jordan kesan daripada serangan peperangan yang berlaku pada tahun 1967. Proses Damai Oslo seperti Perjanjian Kaherah, Perjanjian Toba, Perjanjian Sharm al-Sheikh merupakan bukti-bukti wujudnya hubungan dua intiti politik dalam hal ehwa politik dan ekonomi. Walaubagaimanapun, rundingan dan musyawarah berkenaan tidak berkesan kerana tidak berupaya menyelesaikan konflik yang menjadi serius dari masa ke masa ini. Dalam pada itu, penggabungan ekonomi antara negara Israel dengan Palestin berlaku. Israel berpendapat bahawa dasar-dasar ekonomi mereka di Palestin dapat membantu dalam pembangunan ekonomi. Sebenarnya, Palestin telah diekspoloitasikan oleh Israel kerana mereka telah menjadikan orang Palestin sebagai orang bawahan atau pekerja buruh. Rakyat Palestin diibarat tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri dari aspek ekonomi. Banyak rakyat Palestin telah diambil dari Tebing Barat untuk bekerja dalam sektor pembinaan dan pertanian. Penduduk Palestin terpaksa bergantung kepada ekonomi Israel dalam sektor perindustrian kerana 90 peratus barangan diimport dari Israel dan barangan dari wilayah yang diduduki pula menjadi pasaran eksport kedua terbesar bagi Israel.

2.0 Konflik Israel dan PalestinKonflik Israel dan Palestin merujuk kepada satu persengketaan yang masih berlaku dan belangsung sehingga tidak kehabis-habisan antara kedua-dua negara timur tengah, iaitu Israel dan Palestin yang merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang terbesar di seantero dunia. Secara umumnya, pertelingkahan yang berlaku pada masa kini merujuk kepada pertikaian antara dua kumpulan politik yang mempunyai ideologi yang berlainan dalam tuntutan ke atas kawasan tanah yang sama. Pelbagai usaha dan kaedah telah digunakan serta diterapkan ke dalam usaha penyelesaian masalah pertikaian yang berlaku serius di negara timur tengah ini. Menurut tinjauan pendapat dari pelbagai pihak masyarakat, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik dan berkesan untuk menghentikan konflik yang melanda dunia ini. Konflik ini merangkumi berbagai-bagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, dan agama. Rundingan pernah berlaku di antara kedua-dua pihak negara tetapi tidak membawa kesan yang positif. Oleh itu, masalah ini masih belum mencapai jalan penyelesaian yang berkesan. Konflik yang melanda kedua-dua negara ini menjadi lebih serius apabila kuasa-kuasa barat masuk campur tangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pertikaian yang berlaku di Israel dan Palestin melibatkan kuasa secara langsung dan tidak langsung daripada antarabangsa. Misalnya, negara barat yang terbabit dan masuk campur tangan ialah negara Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain lagi. Kuasa barat mempunyai muslihak yang tersembunyi ibarat ada udang di sebalik batu. Mereka mempunyai matlamat tersendiri dalam konflik Israel-Palestin dan bukannya sekadar-kadar untuk menghulurkan bantuan pertolongan dan memberi belas kasihan kepada kedua-dua negara sahaja.

3.0 Faktor-Faktor Berlakunya Konflik antara Israel dan Palestin3.1 Faktor AgamaSalah satu sebab yang membangkitkan isu antara Israel dan Palestin ialah faktor keagamaan. Golongan Israel telah menubuhkan satu gerakan yang bernama gerakan Zionisme sebagai satu gerakan keagamaan yang dijalankan oleh orang Yahudi. Keadaan ini menyebabkan mereka berusaha dengan penuh kesungguhan dalam mendapatkan negara atau kawasan untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran agama mereka. Kawasan Palestin dipilih untuk dijadikan pusat penyebaran agama mereka kerana Palestin merupakan tempat diturunnya kitab Injil dan berlakunya kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Musa A.S. Konflik kedua-dua negara tersebut mula berlaku selepas Israel menyertai diri dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi cadangan supaya 100 000 rakyat Palestin dimasukkan dan dijadikan sebagai warganegara Israel dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada kekangan pelarian yang terdiri daripada golongan Tahudi. Walaubagaimanapun, cadangan ini telah ditentang dan ditolak mentah-mentah oleh orang Yahudi kerana mereka inginkan negara Israel dihuni oleh orang yang beragama Yamahudi sahaja. Golongan lain terutamanya golongan yang beragama Islam tidak diterima dan disukai oleh mereka. Isu perebutan tanah yang berlaku di Palestin telah mencetuskan konflik antara Israel dan Palestin. Tanah di Palestin diangga tanah suci bagi orang Yahudi dan mempunyai segala hak ke atas tanah tersebut. Hal ini telah mencetuskan perselisihan faham antara kedua-dua negara dan akhirnya berlaku peperangan secara tidak berhenti-hentian.

3.2 Faktor EkonomiTerusan Suez merupakan sebuah terusan buatan manusia yang terbesar terletak antara Mesir dan Semenanjung Sinai dengan kepanjangan 163 kilometer dan kelebaran 300m. Ia berfungsi antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah. Terusan Suez berfungsi membenarkan laluan air secara dua hala serta menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa mengelilingi benua Afrika. Ia menggabungkan bahagian Utara dan Selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga ke Teluk Suez di Laut Merah. Tindakan Mesir memiliknegarakan Terusan Suez melalui ucapan Gamal Abdul Naseer pada ketika itu mengakibatkan ketidakpuasaan beberapa pihak yang memiliki kepentingan masing-masing. Kesan daripada itu, Israel melancarkan peperangan ke atas Mesir dan seterusnya menyebabkan konflik antara kedua-dua negara ini menjadi lebih sengit dan ketat. Keadaan ditambah buruk lagi apabila pihak lain turut mengambil kesempatan dalam hal tersebut. Negara Israel mempunyai kepentingan dari segi ekonomi terhadap Terusan Suez, iaitu menjadi laluan utama bagi mengangkat bahan-bahan senjata perang yang diimport dari Perancis. Hal ini menjadi faktor utama dalam usaha untuk menyekat dan menghalang pengaruh Mesir di kawasan tersebut dan secara tidak langsung menjadikan hubungan antara kedua-dua kuasa semakin rumit dan tercabar.

3.3 Faktor Ideologi ZionismeSeorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang berasal dari Austria membawa ideologi Zionisme dalam agenda dunia pada akhir abad ke-19. Herzl dan rakannya berpendapat bahawa keyahudian adalah sebagai sebuah nama ras dan bukannya sebuah masyarakat beriman. Menurut Theodor, orang-orang Yahudi dijadikan sebagai sebuah ras terpisah dari bangsa Eropah dan menyebabkan mereka tidak dapat hidup bersama-sama antara satu sama lain. Oleh itu, pembinaan dan pembangunan tanah air sendiri amat penting dan bermakna bagi mereka. Uganda dicadangkan oleh Theodor Herzl untuk dijadikan sebagai tempat atau negara golongan Yahudi pada awalnya tetapi kemudiannya beliau telah membuat keputusan supaya Palestin dijadikan negara bagi orang Yahudi. Beliau mengambil tindakan ini kerana Palestin dianggap sebagai tanah air bersejarah bagi orang Yahudi. Dalam pada itu, ideologi Zionisme mengatakan bahawa keamanan dan kesentosaan antara bangsa-bangsa lain tidak wujud. Keadaan ini mengakibatkan konflik antara Palestin dan Israel berlangsung sehingga mencapai satu masa yang agak panjang dan menjadikan keadaan di negara Palestin senantiasa berada dalam keadaan kucar-kacir dan huru-hara.

3.4 Faktor SejarahSalah satu faktor yang mencetuskan konflik perebutan tanah antara negara Palestin dan Israel secara tidak berhenti-hentian adalah dari aspek sejarah. Kejadian pemerintahan ke atas kawasan Palestin oleh golongan Bani Israel pada masa sebelumnya menjadi dorongan utama kepada mereka untuk mendapatkan kembali tanah Palestin. Bani Israel telah memberi hujah bahawa mereka mempunyai kelayakan yang sepenuhnya dalam memerintah tanah Palestin kerana mereka lebih lama bertapak dan bersinggah di Palestin. Namun demikian, satu kajian sejarah pula menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel ke atas kawasan Palestin begitu singkat bagi tempoh masanya, iaitu tidak melebihi 4 kurun tetapi kerajaan Islam telah memerintah Palestin selama 12 kurun. Golongan Israel yang majoritinya terdiri daripada orang Yahudi telah pun keluar dari tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin selama 18 kurun. Walaubagaimanapun, golongan Israel yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Yahudi datang kembali untuk menuntut hak mereka ke atas tanah Palestin dan memberi kenyataan bahawa tanah itu adalah hak milik mereka sejak awal lagi seterusnya mengusir keluar penduduk yang menetap di Palestin dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun 1948. Keadaan ini menjadi penyebab berlakunya konflik antara Israel dan Palestin sehingga berlaku isu-isu ketidakamanan seperti kekacauan dan peperangan berpanjangan.

3.5 Faktor Perebutan TanahIsu perebutan tanah antara kedua-dua negara Israel dan Palestin berlaku disebabkan kepercayaan yang dipegang oleh golongan Zionis yang khususnya terdiri daripada orang Israel percaya bahawa tanah Palestin, khususnya Jurusalem, merupakan sebuah tempat suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah tersebut. Orang Yahudi menekankan prinsip kebebasan beragama dan tidak ada anasir paksaan dalam menganuti agama. Namun demikian, orang Yahudi sendirilah yang tidak memegang dan mematuhi prinsip-prinsip agama tersebut serta melakukan kezaliman dan kekerasan ke atas penduduk Palestin. Tamsilnya, kejadian pengusiran secara paksaan, rampasan tanah, harta, dan lain-lain kezaliman yang mereka lakukan. Pandangan golongan Islam berbeza dengan golongan Yahudi Israel yang menafikan hak dan tuntutan orang Yahudi terhadap kawasan Palestin. Masyarakat Islam mengatakan bahawa tanah Palestin terutamanya kawasan Jurusalem merupakan tempat suci bagi umat Islam. Ia merupakan kiblat pertama bagi umat beragama Islam dalam menjalankan ibadat solat. Sejajar dengan itu, tempat ini dipercayai tempat terjadinya mukjizat terbesar yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Isra Mikraj, perjalanan malam dari Masjid Haram di Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem, kenaikannya ke langit, dan kembali lagi ke Masjid haram.

4.0 Kesan Konflik Antara Israel dan Palestin4.1 Kesan Terhadap PendidikanMenurut kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hasil laporan telah menunjukkan bahawa hampir 40 000 kanak-kanak Palestin di kawasan Gaza tidak mempunyai sekolah untuk menuntut pelajaran. Hal ini berlaku atas sekatan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin yang kini sudah memasuki tahun kelima. Kesan daripada pertelingkahan antara Israel dengan Palestin di Gaza, hampir 82 peratus sekolah kerajaan terpaksa beroperasi dalam dua sesi persekolahan,iaitu dari awal pagi hingga ke petang malam untuk menampung jumlah pelajar yang banyak atas kekurangan sekolah. Dalam pada itu, sebanyak 250 pelajar dan 15 orang guru telah terbunuh semasa sesi pembelajaran dijalankan dalam serangan Israel terhadap Palestin. Bagi kanak-kanak yang hidup dalam serangan tersebut, mereka telah manghadapi masalah yang serius seperti kehilangan ahli keluarga lain, rumah tempat tinggal mereka sudah dibom dan diroboh, dan berkemungkinan besar menghadapi penyakit trauma. Laporan daripada Bank Dunia menunjukkan bahawa sebanyak 80 peratus pelajar Palestin di Gaza gagal dalam peperiksaan Matematik manakala sejumlah 40 peratus pelajar sekolah gagal dalam subjek bahasa ibunda mereka sendiri, iaitu bahasa Arab. Pelbagai sekolah di Gaza telah musnah dan roboh termasuklah 18 buah yang musnah teruk. Sekatan dikenakan untuk mengelakkan aktiviti pembinaan sekolah baharu dijalankan oleh Palestin. Israel tidak membenarkan bahan binaan seperti simen dan keluli dibawa masuk ke Gaza atas alasan ia boleh digunakan oleh puak Hamas untuk membina terowong. Sejajar dengan itu, sekolah di bawah kelolaan Agensi Pemulihan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) dan dua sekolah kerajaan musnah akibat dibedil oleh pasukan tentera Israel. Bedilan peluru Israel mengenai pintu pagar sekolah UNRWA di Rafah menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk wanita dan kanak-kanak maut dan 45 lagi menghadapi kecederaan yang serius. Selain itu, Israel melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah di Jabalia dan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang termasuk empat kanak-kanak mati dalam serangan tersebut. Ekoran daripada itu, pembangunan semula dalam sektor pendidikan negara Palestin menghadapi cabaran yang besar. Penutupan sekolah telah meningkatkan kadar keciciran dan seterusnya menganggu proses pembelajaran. Selain sekolah kerajaan, pendidikan tinggi, iaitu universiti juga terpaksa ditutupkan atas kekurangan prasarana pembelajaran. Kebanyakan kawasan di Al-Atatra musnah dalam peperangan. Kebanyakan pelajar kehilangan ahli keluarga atau rumah mereka. Mereka cuba menghindari kematian dan kemusnahan dengan datang ke sekolah, tetapi mereka terkejut apabila mendapati sekolah mereka juga musnah. Di samping itu, kebanyakan pelajar tidak dapat menumpukan konsentrasi yang secukupnya kepada pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai contoh, terdapat sekurang-kurangnya 35 pelajar dalam setiap kelas. Ini memberi kesan besar kepada pelajar, iaitu menyebabkan prestasi mereka lemah dan tidak aktif dalam perbincangan. Kebanyakan daripada mereka mengalami trauma serta senantiasa panik dan hilang tumpuan semasa guru sedang mengajar di depan bilik darjah. Hal ini demikian kerana mereka takut akan serangan pasukan tentera Israel yang kejam dan keras.

4.2 Kesan Terhadap ManusiaPeperangan yang kerap berlaku di kawasan timur tengah telah mengorbankan nyawa manusia yang tidak bersoda di merata-rata tempat. Mereka hanyalah orang biasa sahaja dan tidak mempunyai sebarang senjata. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak, wanita, dan orang tua dibunuh tanpa dedikasi dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Mangsa peperangan mengalami penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang bagi mereka seperti ahli keluarga ekoran daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak penceroboh. Sesetengah penduduk yang tidak terbunuh diseksa dengan teruk dan kejam oleh pasukan tentera penceroboh sehingga mengalami kecacatan yang kekal. Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan keadaan. Mereka melancarkan serangan terhadap sekolah-sekolah kerajaan dengan sesuka hati sahaja dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar yang tidak berdosa. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan kawasan yang mempunyai komuniti masyarakat padat. Salah seorang doktor dari Norway telah ditugaskan untuk merawat mangsa di Gaza. Beliau telah mengatakan bahawa pasukan tentera Israel menggunakan sejenis senjata yang mengandungi unsur yang boleh membunuh seseorang dengan kadar perlahan dalam lingkungan masa 6 bulan pesakit terkena serangan tersebut.

4.3 Kesan Terhadap EkonomiNegara yang terbabit dalam peperangan secara langsung akan menjejaskan ekonomi negaranya sehingga menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Penduduk tempatan terpaksa melepaskan pekerjaan mereka yang sedia ada semata-mata untuk beperang dalam memelihara keamanan negara. Kesannya, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain-lain lagi tidak dapat berjalan dengan lancar. Pelabur asing akan menarik semula semua dana yang telah disuntik dan dilabuh ke dalam ekonomi negara Israel dan Palestin. Kebanyakan pemilik firma telah membuat keputusan untuk memberhentikan operasi firma dan kembali pulang ke negara asal mereka kerana tidak berkeupayaan menanggung kos operasi. Ini akan menyebabkan negara yang terbabit mengalami kerugian yang agak besar. Kadar penggangguran dalam kalangan penduduk mengalami peningkatan dari semasa ke semasa seterusnya menyebabkan pembangunan negara terganggu.

4.4 Kesan Terhadap Harta BendaPeperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda awam manusia. Tempat tinggal orang awam yang tidak berdosa dihancurkan oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa semasa peperangan berlaku. Jambatan dan bangunan pencakar langit yang dibina berjuta ringgit diroboh dalam masa sekelip mata akibat peperangan. Hal ini telah menyebabkan kerajaan dan para penduduk menghadapi kerugian yang besar. Menurut laporan, sebanyak 1.5 juta penduduk yang tinggal di rumah kediaman mereka sendiri menghadapi masalah kekurangan belakan air. Laporan OCHA mengatakan bahawa penduduk di Gaza hanya mendapat dua jam bekalan elektrik sahaja pada setiap hari. Peperangan antara Israel dan Palestin telah membawa banyak implikasi yang serius terutamanya kemusnahan dari segi bahan binaan. Sebanyak 141 sekolah dan lima hospital dimusnahkan dan terpaksa ditutup atas kerosakan yang berat sejak serangan Israel ke atas kawasan Gaza. Dalam pada itu, 10 690 rumah musnah dengan keadaan yang teruk manakala 5435 rumah menghadapi kerosakan sederhaan dan masih lagi boleh didiami oleh penduduk Palestin. Kanak-kanak berlumba-lumba berulang alih dari rumah ke sekolah setiap hari kerana takut menjadi mangsa pada bila-bila masa sahaja.

4.5 Kesan Dari Segi Bahan KimiaKesihatan penduduk terjejas kesan daripada penggunaan senjata yang mengandungi bahan-bahan kimia dan biologi dalam peperangan antara negara Israel dan Palestin. Orang Tua dan kanak-kanak merupakan orang yang paling berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut. Kesihatan penduduk setempat akan mengalami masalah yang besar dan semakin merosot dan seterusnya menjejaskan pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, kebakaran yang berlaku atas letupan bom dari pihak penceroboh akan mengakibatkan pencemaran udara yang serius serta membawa berbagai-bagai kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Pelepasan bahan-bahan yang mengandungi unsur radioaktif akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi yang akan datang. Bahan kimia yang terkandung dalam senjata pasukan tentera telah membimbangkan masyarakat wanita yang menetap di kawasan peperangan. Hal ini demikian kerana doktor-doktor yang ditugaskan di bandar Gaza telah melaporkan bahawa kecacatan dalam kelahiran bayi telah mengalami peningkatan secara mendadak. Tamsilnya, seorang wanita Gaza yang bernama Dalal Al-Agh didapati melahirkan bayi yang tidak sempurna di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza City. Bayi itu sukar bernafas, tangannya pendek, kaki dan hidungnya rata. Kecacatan kelahiran bayi itu adalah kesan langsung daripada pendedahan kepada bahan kimia yang dilepaskan menerusi senjata-senjata peperangan.

4.6 Kesan terhadap EmosiPeperangan yang berlaku akan mengundang kepada gangguan emosi yang teruk terhadap orang awam yang tidak berdosa terumanya terhadap kanak-kanak yang sedang mengalami proses pembesaran ke tahap remaja. Ganggaung emosi akan dihadapi oleh kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan yang kucar-kacir sekiranya tidak mendapat rawatan yang berkesan. Hal ini demikian kerana mereka telah mendedah kepada anasir-anasir yang negatif seperti kekejaman yang dilakukan oleh pasukan tentera penceroboh terhadap ahli keluarga tersayang mereka dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kebanyakan kanak-kanak yang masih hidup berkemungkinan besar menghadapi masalah kecacatan dari segi mental dan fizikal. Peristiwa hitam sebegini pasti memberi kesan yang mendalam dalam ingatan dan sanubari mereka untuk selamanya. Ketua Program Psikologi Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza, Fadel Abu Hayyin mengatakan bahawa lebih daripada 100 000 kanak-kanak di Palestin menghadapi masalah dari segi psikologi akibat peperangan yang melanda mereka. Beliau juga memberi hujah bahawa kesan masalah ini lebih besar daripada kapasiti perkhidmatan, dan institusi khusus lainnya di kawasan persisiran. Beberapa gejala mula berlaku dalam kalangan kanak-kanak negara Palestin. Mereka tidak dapat menumpukan konsentrasi yang secukupnya dalam pembelajaran di sekolah, prestasi peperiksaan mereka merosot, enggan pergi ke sekolah sejak pasukan tentera Israel mengadakan sekatan-sekatan jalan.Sebilangan besar kanak-kanak di Gaza didapati kekurangan gizi makanan yang seimbang kerana pengepungan tentera Israel yang berterusan tanpa berhenti-hentian.

5.0 Langkah-Langkah Untuk Membebaskan Palestin5.1 Kepentingan Palestin dan Baitul Maqdis diterapkanUmat Islam digalakkan supaya sedar bahawa Baitul Maqdis dan kawasan Palestin adalah penting dan bermakna kepada agama Islam. Umat Islam wajarlah menghargai kedua-dua kawasan yang dianggap suci. Hal ini demikian kerana Baitul Maqdis merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj, iaitu tempat Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Allah s.w.t. Baitul Maqdis menjadi tanah perantaraan dalam peristiwa itu. Ketibaan Nabi Muhammad s.a.w di Baitul Maqdis memberi implikasi yang cukup besar terhadap umat Islam dan secara tidak langsung membuktikan bahawa ia merupakan satu rantau yang penting dalam masyarakat Islam. Menurut Al-Qaradawi, Allah s.w.t telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai persinggahan terakhir Nabi Muhammad s.a.w di bumi sebelum baginda menjalani fasa yang kedua, iaitu Mikraj. Tempat pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmatan li al-alamin terletak di Baitul Maqdis, di mana baginda menjadi iman solat terhadap seluruh para anbiya yang membuktikan bahawa bagindalah merupakan Nabi yang terakhir melalui kontek Islam. Dalam pada itu, Baitul Maqdis merupakan kawasan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Nabi mengadap wajah semasa menjalankan solat selama 16 hingga 17 bulan selepas peristiwa Israk dan Mikraj berlaku. Baitul Maqdis juga merupakan tempat Qibla yang pertama dalam Islam. Oleh itu, peristiwa-peristiwa yang berlaku telah membuktikan bahawa betapa pentingnya Baitul Maqdis dan Palestin terhadap umat Islam. Orang Islam tidak boleh memandang remeh soal Baitul Maqdis dan Palestin ini kerana ia bukan isu masyarakat Arab semata-mata, tetapi ia merupakan isu bagi seluruh umat Islam di seantero dunia. Pemerintahan Islam ke atas Palestin ketika zaman Saidina Umar al-Khattab, dan juga ketika Salahuddin al-Ayyubi, rantau tersebut kembali kepada suasana yang aman dan sentosa. Selain itu, Baitul Maqdis pada ketika itu terus didiami oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dan agama Kristian pula menjadi penduduk majoriti. Kejadian ini telah membuktikan sikap toleransi Islam terhadap agama lain, dan sikap hidup bersama secara aman para pemimpin yang berpegang kepada ajaran Islam. Mereka juga diberikan jaminan keselamatan dalam dokumen yang dikenali sebagai al-Uhda al-Umariyyah, iaitu jaminan Umar terhadap keselamatan penduduk Baitul Maqdis pada masa itu. Tuntasnya, kesedaran tentang kepentingan Palestin harus dipupuk dan dilahirkan pada sanubari masyarakat Islam di dunia agar mereka dapat merasai pemilikan tanah bersejarah itu merupakan hak milik umat Islam.

5.2 Ketidakgantungan Kepada Amerika Syarikat dan SekutuAmerika Syarikat dan sekutunya merupakan antara kuasa yang terbesar dalam menguasai dunia pada globalisasi ini. Pelancaran perang ke atas pengganas merupakan strategik atau dikatakan muslihak mereka untuk melumpuhkan Islam di dunia. Bak kata pepatah, ada udang di sebalik batu. Kuasa besar Barat tidak mahu sesebuah negara kembali kepada corak pemerintahan dan pentadbiran berasaskan agama Islam. Hal ini demikian kerana mereka bimbang kejadian ini mampu menjejaskan barat itu sendiri. Pergolakan antara negara Israel dengan Palestin turut dikesan kerana kuasa barat berminat besar dalam mengungguli kawasan Timur Tengah yang kaya dengan pelbagai hasil petroleum. Sehubungan dengan itu, Amerika Syarikat turut membenarkan negara Israel membina nuklear. Tindakan ini jelas dilihat dan sudah bercanggih dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang ingin menjadikan kawasan Timur Tengah bebas daripada sebarang serangan nuklear. Kedamaian dan keamanan tidak akan tercapai atas sikap double-standard yang ditunjukkan. Penyelesaian konflik Israel dan Palestin tidak harus melibatkan kuasa-kuasa dunia lain yang mempunyai banyak kepentingan peribadi ke atas negara itu sendiri, melainkan sekiranya mereka betul-betul ikhlas mahu mencari ikhtiar untuk membebaskan negara Israel dan Palestin daripada pertelingkahan.

5.3 Desakan Israel Untuk Mematuhi Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan banyak resolusi terhadap Israel, tetapi Israel bersifat angkuh, serta tidak mahu tunduk kepala dan mengikuti apa yang diputuskan di peringkat antarabangsa. Tamsilnya, Israel tidak mematuhi kehendak Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 487 (1981) yang berbunyi: Calls upon Israel to place its nuclear facilities under the safeguard of the UNs International Atomic Energy Agency. Mereka terus menunjukkan keangkuhan tidak mahu tunduk kepada apa yang telah diputuskan di peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian, umat Islam akan terus berjuang dengan penuh kegigihan menentang kezaliman Israel untuk mengembalikan keamanan seperti yang telah dikecapi semasa pemerintahan Islam. Inilah yang dilakukan oleh Hamas, Hizbullah dan lain-lain kumpulan dalam usaha untuk memperjuangkan dan memelihara nasib umat Islam Palestin.

5.4 Bebaskan Penganut Agama Yahudi Daripada Fahaman ZionisPenubuhan kumpulan Zionis bermatlamat untuk mendirikan sebuah kerajaan Israel Raya. Mereka yang berfahaman Nasionalis Sekular merupakan golongan yang menyokong konsep Zionis. Oleh itu, segelintir masyarakat Yahudi mengatakan bahawa fahaman Zionis adalah untuk menubuhkan negara Israel Raya tidak ada mengena dengan agama mereka. Hal ini telah menyebabkan masyarakat dari Rabbi Yahudi berdiri menentang kewujudan negara Israel itu sendiri. Daripada perspektif yang berlainan, pihak sekularis Yahudi pula mempunyai pandangan yang berbeza. Masyarakat sekularis Yahudi berasa rendah diri, serta merasakan mereka dihina atas ketidakwujudan sebuah negara yang merdeka bagi mereka. Sehubungan dengan itu, mereka juga ditindas di negara barat dan dibuhuh oleh Ardolf Hitler, pemerintah negara German semasa zaman perang dunia kedua. Sesetengah pemimpin mereka telah memilih kawasan Palestin sebagai sebuah tempat untuk dijadikan sebuah negara sekular Yahudi atas peristiwa hitam itu. Fahaman ini telah mendominasikan seluruh bangsa Yahudi sehinggakan konsep Zionisme telah mewarnai kehidupan agama mereka. Fahaman ini telah mempengaruhi pemikiran bangsa Yahudi sehinggakan mereka menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara atau the ends justify the means untuk melakukan kejadian yang dikira keras dan kejam, seperti membunuh rakyat biasa Palestin, menghalau dan merampas harta benda orang awam dan menjadikannya milik orang Yahudi. Konklusinya, fahaman sekular harus dihapuskan dalam pemahaman masyarakat Yahudi kerana ia telah mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif terhadap manusia. Idea sonsang dan fahaman Zionisme mengakibatkan kucar-kacir berlaku khasnya di negara timur tengah pada zaman globalisasi yang moden ini.

5.5 Pemerkasaan Badan-badan Setempat dan Internasional Terdapat pertubuhan yang berfungsi mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang isu yang melanda negara Palestin dan Israel di rantau Nusantara. Sesetengah pertubuhan bersifat kepada unsur politik dan turut membincangkan soal yang berkaitan dengan konflik Israel-Palestin yang menjadi lebih serius pada masa sekarang, manakala terdapat pertubuhan yang bersifat badan bukan kerajaan (NGO). Sebagai seorang yang rasional, kita haruslah mengelakkan diri daripada dijadikan sebagai alat untuk sesuatu agenda politik pihak-pihak tertentu yang akan merugikan idealisme perjuangan Islam.

Kita perlu bersikap hat-hati terhadap pihak-pihak yang berkepentingan kepada aspek politik untuk mengelakkan mereka daripada bertindak lebih kritikal. Oleh hal yang demikian, kita akan menjadi lebih bebas dalam melakukan analisis dan pentaksiran secara berkesan terhadap sesuatu gagasan dan seterusnya bertindak. Badan-badan yang sedia ada harus melihat setiap perkara dengan menggunakan pendekatan bird eyes, iaitu menilai elemen positif dan negatif bagi setiap pihak yang terbabit dalam konflik ini. Sudah tentu jika pemerkasaan badan-badan tempatan dan internasional dijalankan secara berterusan dan digembleng dengan baik, ia akan menambah kekuatan umat Islam dalam mengatasi isu-isu global yang menyentuh hati dan perasaan umat Islam seantero dunia.

6.0 Tindakan Yang Diambil Untuk Mengatasi Masalah Ini6.1 Kerajaan MalaysiaNota bantahan terhadap konflik Israel dan Palestin telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Kim Moon oleh kerajaan Malaysia, dalam usaha untuk mengecam kezaliman Israel terhadap penduduk yang tinggal menetap di kawasan Gaza yang menyebabkan hampir 376 rakyat Palestin terkorban dalam keadaan yang keras pada Januari 2009 yang lalu. Dalam pada itu, nota bantahan yang sama juga dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleeza Rice untuk meminta serangan dan peperangan antara kedua-dua negara dihentikan dengan serta-merta. Sejajar dengan itu, Sidang Parlimen khas mengenai isu Palestin diadakan pada 12 Januari 2009 bersamaan 15 Muharam 1430H oleh kerajaan Malaysia dengan segera untuk menangani masalah yang serius ini. Persidangan ini telah diadakan dua kali oleh pihak kerajaan Malaysia sejak tahun 1965. Persidangan ini bertujuan mengeluarkan langkah-langkah penyelesaian masalah dengan kadar segera serta menggesa pelbagai pihak dari seantero dunia agar kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin ditamatkan dengan segera. Kerajaan Malaysia telah mengumpul dan menyumbangkan dana kewangan sebanyak US$1 Juta dalam usaha untuk membantu penduduk Palestin yang terbabit dalam konflik Israel-Palestin sejak belakangan ini. Wang itu disalurkan menerusi Mercy Malaysia bagi menyediakan bantuan berkenaan seperti bekalan makanan dan minuman yang diperlukan oleh mangsa-mangsa peperangan. Kelengkapan seperti peralatan dan barangan akan dibeli di Mesir untuk dibawa ke Gaza melalui pintu sempadan di Rafah dengan menggunakan bantuan dana tersebut.

6.2 Non-Goverment Organisations (NGO)6.2.1 Malaysian Medical Relief Society (MERCY)Pertubuhan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1999. Pertubuhan ini memberi konsentrasi dalam memberi pertolongan kemanusiaan. Segala aktiviti atau tindakan yang dilakukan oleh Mercy Malaysia adalah mengikut piawaian antarabangsa. Ia berfungsi sebagai satu badan bantuan kemanusiaan. Organisasi ini bertujuan menghulurkan bantuan atau pertolongan semasa berlakunya krisis dan bencana dalam jangka masa 48 hingga 72 jam. Mercy Malaysia telah bertindak menghantar pasukan pertama di sempadan Gaza dalam isu serangan Israel ke atas penduduk tetap Palestin yang berlaku pada 27 Disember untuk menepati mandat tempoh yang telah ditetapkan.

6.2.2 Organisation of The Islamic Conference (OIC) Menurut kajian, peranan OIC dalam isu mempertahankan masjid al-Aqsa dikatakan berada pada tahap yang tidak memuaskan. Masjid al-Aqsa mashi berada dalam lingkungan kawalan Zionis. Hanya merekalah yang berkuasa menentukan orang-orang yang dibenarkan memasuki masjid al-Quds. Hal ini demikian kerana golongan remaja dan belia rakyat Palestin dilarang mendirikan solat di dalam masjid manakala golongan lelaki tua dan golongan kurang berupaya sahaja dibenarkan masuk ke masjid untuk melakukan solat. Tambahan pula, berpuluh-puluhan pasukan tentera Israel bertidak mengawasi kawasan masjid diiringi dengan senapang mereka masing-masing semasa umat Islam menunaikan solat Jumaat.Zionis mempunyai kebebasan dalam keluar masuk ke kawasan lingkungan Baitul Maqdis serta mencetuskan beberapa serangan ke atas masjid-masjid yang dibina di kawasan Palestin. Organisation of The Islamic Conference (OIC) mengambil tindakan dengan mengadakan mesyuarat eksekutif OIC. Berbagai-bagai persetujuan telah disepakati bagi menyelesaikan isu yang melanda Palestin dan Israel melalui perbincangan mesyuarat ini. Tamsilnya, Tabung Kemanusiaan dianjurkan untuk membantu mangsa di Gaza, pembentukan kumpulan pengaman di kawasan lingkungan Gaza, pemberhentian peperangan antara Israel dan Palestin dan beberapa resolusi lain. Namun demikian, pertubuhan OIC sebenarnya tidak mempunyai kekuasaan secara fizikal seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) . OIC hanya merupakan satu organisasi Majlis Negara-Negara Islam sahaja dan tidak mempunyai sebuah perlembagaan eksekutif yang berkesan dalam membolehkannya berkuasa dari aspek ketenteraan bagi melaksanakan misi pengaman yang ditekankan dan diutamakan oleh mereka.

6.2.3 Aman PalestinAman Palestin telah ditubuhkan pada 3 Januari 2006 secara rasmi. Ia merupakan sebuah pertubuhan yang bukan mementingkan dan mengutamakan keuntungan, tetapi memberi konsentrasi kepada pertolongan bagi membantu rakyat Palestin yang terbabit dan terhina dalam konflik Israel-Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan berkesan. Syarikat ini telah menghulurkan bantuan kebajikan dan sumbangan daripada orang ramai untuk mengurangkan penderitaan yang ditimpa dan dihadapi oleh rakyat Palestin dalam konflik Israel-Palestin.

6.3 Masyarakat IslamSecara umumnya, masyarakat Islam di seantero dunia memainkan peranan dengan memboikot barangan buatan Israel dan Amerika Syarikat untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin yang ditimpa kesusahan. Selain itu, pemboikotan diwujudkan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap negara-negara seperti Israel yang banyak menyebabkan banyak nyawa terkorban dalam isu Israel-Palestin. Pemboikotan produk dan perkhidmatan mereka dapat melumpuhkan ekonomi negara-negara musuh sekiranya semua masyarakat Islam melakukannya dengan konsisten serta berterusan dalam jangka masa panjang. Misalnya, Kleenex, Kotex, Hush Puppies, Revlon dan Timberland merupakan antara produk dan perkhidmatan yang diboikot.

Rumusan Negara Palestin terletak di bahagian barat daya negara Syam yang memanjang ke kawasan persisiran pantai di sebelah Timur Laut Mediterranean. Kedudukan Palestin dianggap strategik kerana ia merupakan tempat perhubungan antara benua Asia dan Afrika dan dijadikan sebagai titik pertemuan antara dunia-dunia negara Islam. Tanah Israel merupakan tanah yang istimewa kerana memiliki kawasan agama Yahudi yang paling penting seperti Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja terkenal Yahudi. Perhubungan antara kedua-dua negara Palestin dan Israel telah wujud sejak zaman kegemilangan Islam dan berterusan sehingga ke hari ini. Isu yang berkaitan dengan Israel sudah wujud pada zaman kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Konflik yang melanda negara Israel dengan Palestin bukanlah sesuatu yang baharu bagi masyarakat dunia. Serangan-serangan serta peperangan yang tidak kehabis-habisan antara kedua-dua pihak pasukan tentera telah mengakibatkan implikasi yang agak serius seperti mengorbankan ramai penduduk yang tidak berdosa dan meruntuhkan bangunan-bangunan pencakar langit. Mereka yang terbunuh dalam konflik ini kebanyakannya terdiri daripada penduduk biasa sahaja dan tidak memakai sebarang senjata pun. Penduduk yang menetap di kawasan peperangan hidup dalam keadaan yang tidak sentosa dan senantiasa risau dan takut akan pasukan tentera pihak sebelah yang akan melancarkan serangan ke atas mereka pada bila-bila masa. Kanak-kanak hidup dalam suasana yang agak teruk dan tidak sihat menyebabkan emosi dan psikologikal mereka terjejas. Mereka yang masih hidup dalam serangan teraksa menghadapi kecacatan dari segi mental dan fizikal. Penggunaan senjata yang mengandungi bahan-bahan kimia telah menjejaskan kesihatan para penduduk kedua-dua negara ini. Orang Tua dan kanak-kanak merupakan orang yang paling berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut. Pembangunan negara tersekat dan terjejas akibat daripada keruntuhan dari segi ekonomi dan sosial. Salah satu sebab yang membangkitkan isu antara Israel dan Palestin ialah faktor keagamaan. Faktor-faktor lain seperti faktor ekonomi, ideologi Zionisme, dan unsur sejarah juga menjadi penyebab kepada konflik Palestin-Israel. Pelbagai pihak telah bertungkus rumus dalam mencari ikhtiar penyelesaian masalah ini. Misalnya, Malaysian Medical Relief Society (MERCY), Organisation of The Islamic Conference (OIC), Aman Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memghulurkan pertolongan terhadap mangsa-mangsa perang dengan membekalkan bahan makanan, minuman dan keperluan harian kepada mereka. Berbagai-bagai musyawarah dan rundingan juga diadakan di merata-rata tempat oleh persatuan-persatuan berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini dan mencari pendamaian bagi kedua-dua negara ini. Dalam pada itu, negara Malaysia juga tidak terkecuali dalam memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa khasnya di negara Palestin. Kerajaan Malaysia telah mengumpul dan menyumbangkan dana kewangan sebanyak US$1 Juta dalam usaha untuk membantu penduduk Palestin yang terbabit dalam konflik Israel-Palestin sejak belakangan ini. Secara umumnya, kajian menunjukkan bahawa umat Islam hanya memainkan peranan yang umum dan masih lagi belum memenuhi matlamat umat Islam di Palestin. Hal ini demikian kerana pertolongan yang diberi hanyalah dari segi sumbangan dan bantuan kemanusiaan sahaja. Walaubagaimanapun, bantuan yang diberi masih tidak berupaya untuk memberhentikan konflik antara kedua-dua negara itu. Selain itu, meskipun pertubuhan seperti OIC dan Liga Arab bersusah-payah mengutamakan pendamaian, mereka masih lagi berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat.

RefleksiSaya berasa syukur ke atas Tuhan dan ingin berterima kasih kepadaNya kerana akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Semua ini tidak akan berlaku tanpa galakan dan dorongan yang diberi oleh ahli keluarga serta pensyarah saya untuk menyiapkan kerja ini. Ketika proses penyiapan tugasan kerja ini, pelbagai masalah dan kekangan telah saya hadapi dalam menyempurnakan tugasan ini. Saya agak keliru terhadap kehendak soalan apabila menerima tajuk tugasan ini. Hai ini disebabkan inilah kali pertama saya dikehendaki untuk menghasilkan tugasan sebegini. Saya berasa bimbang dan tercabar untuk menyelesaikan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang subjek ini amatlah terhad. Sepanjang menyiapkan tugasan ini kami telah banyak menerima pengalaman baharu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walau bagaimanapun, cabaran dan halangan tidak mematahkan semangat saya. Saya tetap berani dan bertungkus rumus untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu,saya menghadapi masalah dalam pencarian sumber rujukan untuk membantu saya dalam penghasilan tugasan ini. Buku-buku dan bahan bacaan yang diperolehi dari perpustakaan institut agak terhad. Tambahan pula, tidak ada satu pun perpustakaan berdekatan dengan tempat tinggal saya. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan cara melayari internet dan mencantumkan sedikit-sedikit fakta yang saya perolehi serta sedikit sebanyak maklumat dari buku-buku yang saya perolehi. Sehubungan dengan itu, kesuntikan masa merupakan masalah yang saya hadapi dalam proses penyediaan tugasan ini. Masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan ini amat terhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Tambahan pula, saya juga menerima tugasan-tugasan mata pelajaran lain pada masa yang sama. Saya terpaksa meluangkan masa tidur beberapa hari malam untuk memastikan semua tugasan dapat disempurnakan dan dihantar dalam masa yang ditetapkan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan telah saya pelajari terutamanya dalam bidang isu semasa. Saya menyedari bahawa betapa ceteknya ilmu pengetahuan saya. Saya perlu meningkatkan usaha lagi dan berazam untuk menambah ilmu pengetahuan saya bagi memudahkan saya pada masa akan datang. Tugasan ini telah membolehkan saya lebih memahami tentang isu-isu dan cabaran semasa yang berlaku di seantero dunia. Untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, kita perlukan perancangan dan persiapan rapi. Melalui tugasan ini, saya dapat belajar bagaimana cara untuk menghasilkan satu tugasan dan membuat perancangan untuk menghasilkannya dengan sempurna. Tugasan akan saya jadikan sebagai rujukan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah apabila saya menjadi seorang guru pada suatu hari kemudian. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin dari masa ke masa sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan pada masa akan datang. Tugasan ini secara tidak langsung dapat mengumpul dan menyimpan maklumat yang boleh dijadikan sebagai bahan simpanan dan rujukan saya untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tuntasnya, segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan dengan maksimumnya untuk diaplikasikan di sekolah. Nilai kerjasama dan saling membantu juga saya pelajari semasa menyelesaikan tugasan ini. Saya dan rakan sekelas saya telah bekerjasama sesama lain dalam usaha untuk menghasilkan tugasan ini. Kami mencari bahan-bahan yang berkenaan dengan tajuk tugasan ini serta berkongsi maklumat yang dicari bersamas-sama. Perbincangan dan pertukaran pendapat juga kami lakukan supaya tugasan ini dapat dihasil dengan baik. Rakan-rakan saya akan menghulurkan tangan serta memberi pertolongan semasa saya menghadapi sebarang masalah dalam penyiapan tugasan ini. Mereka akan memberi nasihat dan membetulkan kesilapan saya dengan murah hati. Sehubungan dengan itu, selepas menyelesaikan kerja tugasan ini, saya memahami bahawa nilai saling menghormati antara satu sama lain amat penting dalam kehidupan seharian. Melalui kejadian konflik Israel dengan Palestin, saya berpendapat bahawa sikap bertolak ansur, sabar dan toleransi harus diterapkan ke dalam sanubari setiap orang untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham kerap berlaku. Misalnya, peperangan tidak akan berlaku jika kedua-dua pihak mengamalkan pendamaian serta bermusyawarah sesama lain dalam menyelesaikan kekangan ini. Penduduk yang tidak berdosa pula pasti tidak akan mengalami maut dengan tindakan yang kejam oleh pasukan tentera pihak lain. Akhir kata, semoga pengalaman dan ilmu yang saya perolehi sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini dapat saya aplikasikan ketika berdepan dengan realiti sebenar. Hal ini demikian kerana guru harus mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam isu semasa dunia untuk bergelar sebagai seorang guru yang serba boleh. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Encik Abdul Salis yang telah banyak membantu serta memberi pandangan kepada saya mengenai tugasan ini. Tugasan ini tidak akan dihasilkan dengan jayanya tanpa bantuan dan tunjuk ajar Encik.

Rujukan Rujukan Internethttp://khairulnaimsblog.blogspot.com/2008/05/cabaran-dalam-dialog-antara-agama.htmldiakses pada 10 Ogos 2014

http://eprints.um.edu.my/2004/1/05_Bil_5_Konflik_Palestin_dan_Harapan_Masa_Depan_Dr_Roslan.pdf diakses pada 10 Ogos 2014

http://sila-silagerasibansa.blogspot.com/2009/04/konflik-israel-dan-palestin.html diakses pada 13 Ogos 2014

http://eprints.utm.my/10272/1/Noor%E2%80%99_Amirah_Bte_Abd_Ghaffar.pdf diakses pada 14 Ogos 2014

http://cikemiau.blogspot.com/2011/07/tajuk-halangan-dan-cabaran-dalam.html diakses pada 16 Ogos 2014

Lampiran

Peta Israel

Bendera Palestin

Pasukan tentera melancarkan serangan

Isu pengeboman berlaku di kawasan Gaza