cabaran hubungan etnik di malaysia

Upload: shuzeela-md-din

Post on 19-Jul-2015

588 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MAHYUDDIN KHALID

[email protected]

PENGENALANHUBUNGAN ETNIK 2 7.1

Hasil PembelajaranKANDUNGAN BAB 7

7.2

7.3

Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenalpasti cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting dalam konteks cabaran hubungan etnik di Malaysia Menjelaskan faktor-faktor pembinaan dan acuan jati diri rakyat Malaysia

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAHUBUNGAN ETNIK 3

Kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAHUBUNGAN ETNIK 4

Begitu juga dasar pengagihan kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang-undang, amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara secara adil, peluang pendidikan yang sama di antara kaum, kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita.

TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAHUBUNGAN ETNIK 5

Zaman Empayar Zaman Selepas Zaman Melaka Keruntuhan Penjajahan Empayar Melaka Portugis dan Zaman Keemasan Belanda Zaman GelapKurang masalah hubungan etnik kerana majoriti penduduk adalah peribumi

Zaman Penjajahan InggerisWujud polarisasi kaum

Zaman Pendudukan JepunHubungan tegang antara Melayu-Cina

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAHUBUNGAN ETNIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA Zaman Penjajahan Penjajahan meninggalkan kesan terhadap hubungan etnik dan pembangunan politik Malaysia Melalui penjajahan Inggeris, wujud masyarakat perlbagai etnik melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai buruh Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum. Penjajahan Jepun pula mengamalkan dasar pembahagian yang jelas antara kaum menyebabkan meningkatnya perasaan permusuhan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum. HUBUNGAN ETNIK 6

Selepas Perang Hubungan etnik dirumitkan lagi dengan penubuhan Malayan Union yang ditolak oleh Melayu dan diterima oleh kaum Cina dan India terutama berkaitan dengan isu kewarganegaraan.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAZaman Darurat hingga Pembentukan Malaysia Menjadi semakin rumit selepas darurat diisytiharkan terutama antara kaum Melayu dan Cina Semakin teruk selepas British memperkenalkan rancangan penempatan semula yang membataskan pergaulan kaum Melayu yang ditempatkan di kampung Melayu dan Cina di kampung Baru Isu utama politik ketika ini seperti penguasaan ekonomi oleh golongan pendatang, penglibatan Cina dalam politik Tanah Melayu serta perjuangan etnik mempertahankan budaya, bahasa dan pendidikan. Penyatuan etnik dipupuk melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik melalui Perikatan

Hubungan Etnik Masa Kini Pelaksanaan dasar-dasar awam kerajaan berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi bagi mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Antaranya melalui Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1Malaysia, Rancangan-Rancangan Ekonomi dan sebagainya.

HUBUNGAN ETNIK 7

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIASabah Hubungan etnik dicorakkan oleh penempatan penduduk bumiputera dan bukan bumiputera serta Bumiputera bukan Islam dan Bumiputera Islam. Sistem penempatan dibentuk melalui sistem kepercayaan di kalangan penduduk; Bumiputera Islam(Bajau,Idahan,Iranun,Sulu,Bisaya,Melayu-Brunei dan Orang Sungai) dan Bumiputera bukan Islam(Dusun,Murut,Rungus) Mengamalkan hubungan etnik yang harmoni kerana penduduk meletakkan keutamaan kebudayaan dalam urusan kehidupan bermasyarakat berbanding pembezaan keagamaan serta ikatan kekeluargaan yang lebih kuat berbanding agama.

Sarawak Brooke mengamalkan dasar mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan kepada pentadbiran British di Sarawak Perhubungan antara etnik-etnik berasaskan ekonomi. Mengasingkan setiap kumpulan etnik di Sarawak mengikut petempatan dan pekerjaan yang berlainan bagi mengelakkan pertelingkahan dan pertumpahan darah yang membawa kepada pengenalan etnik berdasarkan tempat tinggal. Perhubungan etnik semakin baik melalui perkahwinan campur, toleransi agama, kesedaran melalui pendidikan dan sebagainya

HUBUNGAN ETNIK 8

KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK 9Fitrah kemanusiaan

Elak dari bergantung dengan kuasa luar

Keperluan Hubungan Etnik

Tuntutan keagamaan

Memenuhi keperluan hidup

FAKTOR KONFLIK MASYARAKAT MALAYSIA Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi. Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal. Prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing-masing. Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan. Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama.HUBUNGAN ETNIK 10

CABARAN HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK 11

POLITIK

EKONOMI CABARAN HUBUNGAN ETNIK SOSIAL

AGAMA DAN BUDAYA

POLITIKHUBUNGAN ETNIK 12

Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing. Sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal.

Politik Perkauman

EKONOMI Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Menghalang interaksi yang lebih kerap. Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama. Semangat perkauman terus menebal.HUBUNGAN ETNIK 13

Dominasi Sektor Ekonomi

Perbezaan Pekerjaan

SOSIALPemisahan Fizikal HUBUNGAN ETNIK 14 Akibat dasar pecah perintah British. Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi. Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.

Sistem Pendidikan yang Berasingan Setiap etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri Sistem persekolahan yang dipisahkan mengikut bahasa ibunda menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik sendiri sahaja

Polarisasi dalam Kalangan Pelajar Keterasingan di peringkat sekolah rendah, kerenggangan di sekolah menengah serta di Institusi Pengajian Tinggi menyukarkan proses hubungan etnik di Malaysia

Kontrak Sosial Kontrak Sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat Malaysia seringkali di pertikaikan

AGAMA & BUDAYAHUBUNGAN ETNIK 15 Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang berlainan

Mudah terjadinya konflik.

Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup.

FAKTOR KEJAYAAN PEMBINAAN MASYARAKAT MALAYSIAKeazaman politik (Political Will)

Golongan sasaran yang dikenalpasti (Critical Mass)

Kekukuhan Ekonomi MASYARAKAT MALAYSIA Peranan Islam

Wawasan yang dikongsi (Shared Vision)

16Penggunaan Sains dan Teknologi (S&T)

HUBUNGAN ETNIK

POLITICAL WILLHUBUNGAN ETNIK 17

Kesungguhan Politik

Keazaman dan kemantapan politik Pemimpin yang berwibawa Pemimpin ada niat untuk menginstitusikan hubungan etnik. Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik. Dari sini akan tercetus kemahuan serta aktiviti dalam bentuk pelan tindakan yang berkesan.

CRITICAL MASSHUBUNGAN ETNIK 18

Golongan sasaran yang telah dikenalpasti

Adanya badan induk yang menjadi faktor pemangkin kepada semua program hubungan etnik dan integrasi yang melibatkan critical mass seperti Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).

KEKUKUHAN EKONOMIHUBUNGAN ETNIK 19

Ekonomi yang berkembangFaktor ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan hubungan etnik di Malaysia. Pengajarannya ialah peristiwa 13 Mei 1969.

Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival manusia dipenuhi.

PERANAN ISLAMHUBUNGAN ETNIK 20

Islam telah memberi pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan Tamadun Malaysia. Dengan majoriti penduduk beragama Islam, maka sewajar Islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Sebagai agama rasmi, Islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan beragama.

SHARED VISIONWawasan yang jelas, konsisten dan dikongsi bersama HUBUNGAN ETNIK 21

Mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi yang diingini.

Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 harus dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi nasional negara ini.

PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGIHUBUNGAN ETNIK 22

Rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter Kemudahan penerbangan yang lebih murah Air Asia dan Firely Keupayaan memanfaatkan sains dan teknologi dapat menangani masalah hubungan etnik dan integrasi nasional.

Interaksi virtual dengan penggunaan teknologi 3G dan WIMAX

Penggunaan Mykad untuk mengatasi masalah imigresen

PENGUKUHAN Bincangkan EMPAT (4) cabaran hubungan etnik di Malaysia Huraikan TIGA (3) ciri asas untuk mengurangkan masalah polarisasi kaum yang terdapat dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan Bincangkan TIGA (3) kesan pengabaian hubungan antara etnik dalam menjalinkan perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia. TIGA (3) pengajaran akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969. TIGA (3) cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia. Bincangkan EMPAT (4) cabaran hubungan etnik. Huraikan TIGA (3) Dasar Negara dalam menyelesai cabaran hubungan etnik. Jelaskan TIGA (3) pelan tindakan dalam menangani masalah perpaduan di kalangan masyarakat.HUBUNGAN ETNIK 23