buletin pembimbing anda buletin bil. 124/...

8
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 2013 1. 13 Tanda Konflik Di Tempat Kerja 2. Daya Tahan Diri Dalam Kehidupan Pekerjaan 3. Hubungi Rakan Pembimbing Anda BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013 Konflik sering berlaku di tempat kerja. Hal ini perlu ditangani dengan bijaksana agar tidak menje- jaskan prestasi dan produktiviti organisasi. Berikut adalah 13 tanda yang boleh diperhatikan yang menunjukkan kewujudan konflik di tempat kerja anda. Perhatikan tanda-tanda konflik tersebut dan mula ambil langkah mengatasinya dengan segera sebelum konflik menjadi lebih serius. 1. Tiada keinginan untuk bekerjasama 2. Percanggahan personaliti 3. Perbezaan matlamat 4. Matlamat yang tidak cukup jelas 5. Tiada perbincangan yang baik 6. Kemahiran mendengar yang rendah 7. Penggunaan bahasa yang rendah 8. Mengabaikan perintah ketua jabatan 9. Bersikap kurang terbuka 10. Kurang kerjasama kumpulan 11. Perbezaan pendapat tentang cara kerja 12. Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi yang tidak jelas membawa kepada salah faham Sumbangan : Cik Amni Salma Binti Abu Osman Pelajar Praktikal Universiti Kebangsaan Malaysia

Upload: lythien

Post on 06-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN

BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBER

2013

1. 13 Tanda Konflik

Di Tempat Kerja

2. Daya Tahan Diri

Dalam Kehidupan

Pekerjaan

3. Hubungi Rakan

Pembimbing Anda

BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013

Konflik sering berlaku di tempat kerja. Hal ini perlu ditangani dengan bijaksana agar tidak menje-

jaskan prestasi dan produktiviti organisasi. Berikut adalah 13 tanda yang boleh diperhatikan

yang menunjukkan kewujudan konflik di tempat kerja anda.

Perhatikan tanda-tanda konflik tersebut dan mula ambil langkah mengatasinya dengan segera

sebelum konflik menjadi lebih serius.

1. Tiada keinginan untuk bekerjasama

2. Percanggahan personaliti

3. Perbezaan matlamat

4. Matlamat yang tidak cukup jelas

5. Tiada perbincangan yang baik

6. Kemahiran mendengar yang rendah

7. Penggunaan bahasa yang rendah

8. Mengabaikan perintah ketua jabatan

9. Bersikap kurang terbuka

10. Kurang kerjasama kumpulan

11. Perbezaan pendapat tentang cara kerja

12. Kekaburan tentang tanggungjawab dan

peranan tugas kerja

13. Komunikasi yang tidak jelas membawa

kepada salah faham

Sumbangan : Cik Amni Salma Binti Abu Osman

Pelajar Praktikal Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 2: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

BULET IN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013 Mukasurat 2

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak isu perbincangan dalam kalangan ahli-ahli perkembangan dan pembangunan kerjaya mengenai daya tahan diri pekerja. Jika dilihat dari situasi semasa ianya tidak lagi menghairankan terutamanya pada situasi ekonomi yang semakin mencabar. Tetapi apakah sebenarnya yang dikatakan daya tahan atau ketahanan kerjaya (career resilience)?

Ketahanan dalam bahasa yang mudah adalah keupayaan diri untuk buat perubahan diri daripada tidak bersemangat kepada bersemangat, daripada hampir berputus asa kepada keinginan untuk berusaha. Orang yang mempunyai daya tahan kerjaya adalah orang-orang yang anda sering dengar tentang peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan yang berani menghadapi risiko berjaya membina empayar perniagaannya. Atau pencipta produk sendiri yang telah ditolak berpuluh-puluh kali, tetapi terus menjual sehingga ciptaannya berjaya menghasilkan produk yang bernilai tinggi.

Di antara kriteria bagi ketahanan kerjaya adalah berani mengambil risiko, kesedaran diri pada tuntutan kerja, penyesuaian diri, membina jaringan hubungan kerjasama, kebolehpasaran dan kesanggupan untuk belajar. Kajian menunjukkan bahawa sesetengah orang mempunyai daya tahan semula jadi dan tingkah laku ini juga boleh dipelajari. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh bantu memupuk daya tahan diri sendiri.

1. Membina Kepercayaan Positif Dalam Kebolehan Diri

Bersikap positif merupakan permulaan kepada kecemerlangan diri. Banyak kajian membuktikan bahawa harga diri memainkan peranan penting dalam membina keyakinan terhadap kebolehan dan potensi diri. Kepercayaan terhadap diri sendiri boleh dijadikan sebagai kayu ukur terhadap daya tahan diri dan seterusnya sebagai penentu kejayaan dalam kehidupan seseorang. Ia merupakan tenaga dalaman yang mampu menjana minda dan penggerak segala tingkah laku usaha untuk mencapai keinginannya. Gantikan kepercayaan negatif kepada positif tentang kebolehan yang ada dalam diri. Kepercayaan positif ini bukan sahaja mampu mengubah ketahanan diri malah mempengaruhi persepsi diri terhadap majikan, rakan sekerja dan tekanan bebanan tugas di tempat kerja.

2. Cari Matlamat Dalam Kehidupan Kerjaya

Menentukan matlamat hidup diri adalah ibarat menentukan prinsip diri. Matlamat yang ingin dicapai perlu seimbang dari aspek kehidupan berkeluarga dan kehidupan kerjaya. Ini dapat memastikan perubahan diri itu menjurus kepada pembangunan diri dan perkembangan kerjaya. Penetapan matlamat harus diiringi dengan strategi pelaksanaan yang jelas supaya menjamin ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Selain itu, penting juga untuk menetapkan matlamat hidup jangka pendek dan jangka panjang dalam perjalanan kareer kerjaya. Keinginan untuk mencapai matlamat inilah yang akan menentukan sama ada kita mempunyai daya tahan yang tinggi atau rendah.

Page 3: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

BULET IN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013 Mukasurat 3

3. Ketahui Sistem Sokongan Diri

Kita semua memerlukan satu sistem sokongan persekitaran sama ada orang signifikan tersebut adalah ahli keluarga, rakan, guru atau rakan sekerja. Mereka merupakan orang yang boleh memahami kita bila memerlukan dan boleh meminta bantuan sokongannya. Tekanan dalam kerjaya sentiasa melibatkan keletihan emosi, fizikal dan mental. Oleh itu, pentingnya untuk kita berkongsi perasaan, menerima galakan, menerima maklum balas positif dan seterusnya membantu kepada penyelesaian masalah. Peningkatan daya tahan dalam menghadapi sesuatu konflik memerlukan sokongan sekeliling yang bukan sahaja memainkan peranan sebagai pekerja di sesebuah organisasi malahan sebagai ahli keluarga dalam rumahtangga.

4. Hayati Perubahan Diri

Fleksibiliti adalah satu perkara yang penting dalam daya tahan diri. Mempelajari bagaimana untuk membuat penyesuaian diri dalam tempoh masa yang pendek membantu diri bersedia untuk bertindak balas apabila berhadapan dengan konflik kehidupan dan kerjaya. Setelah memahami tahap daya tahan diri sendiri, kita boleh menggunakan peluang ini untuk mencuba sesuatu yang baru bagi meneroka potensi diri yang tidak pernah disedari. Tidak dinafikan semua orang pasti mengalami halangan dan kesukaran yang tinggi semasa menjalani proses perubahan diri, namun bagi individu yang konsisten untuk berdaya tahan dalam penyesuaian diri dengan tugasan kerja yang lebih mencabar mampu untuk berkembang maju dalam pencapaian kehidupan dan kerjayanya.

5. Bersikap optimis

Kekal optimis semasa tempoh konflik boleh menjadi sukar dan tertekan, tetapi untuk mengekalkan pandangan yang positif dalam situasi tersebut adalah sesuatu perkara yang mencabar daya tahan diri sendiri. Pemikiran yang positif tidak bermakna mengabaikan masalah untuk memberi tumpuan kepada hasil yang positif. Kita perlu memulakan langkah dalam mengenalpasti kemahiran dan kebolehan mengurus konflik yang dijadikan sebagai kekuatan diri dalam mengatasi cabaran yang kita hadapi. Kesukaran dan halangan yang berlaku merupakan satu proses pembelajaran yang mampu menjadikan kita lebih matang dan lebih memahami diri sendiri.

6. Memupuk Diri Sendiri

Semasa menghadapi tekanan, tanpa sedar kita menjadi terlalu mudah untuk mengabaikan keperluan sendiri. Kehilangan selera makan, mengabaikan senaman dan tidak mendapat tidur yang cukup adalah satu tindak balas yang biasa dalam menghadapi konflik diri. Jangan berada terlalu lama dalam lingkungan konflik tersebut, kita perlu memberi tumpuan kepada cara untuk cepat bangkit dari situasi yang semakin melemahkan diri. Gunakan kemahiran diri seperti mengenalpasti punca, memahami situasi sekeliling yang berlaku dan mula mengambil tindakan wajar untuk mengatasinya. Luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang digemari supaya tekanan tersebut boleh dikurangkan secara perlahan-lahan. Melalui penjagaan keperluan diri sendiri, ia boleh meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan mempunyai daya tahan yang mantap untuk menghadapi cabaran hidup yang seterusnya.

Page 4: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

Indra Khairil bin Bahrain

(Kabinet)

[email protected]

Burhan bin Mat Sum (MKN)

[email protected]

Norhisam bin Mistar (BHEUU)

No-

[email protected]

Juliana binti Ramli (Perangkaan)

[email protected]

Norhaliza binti Yunus (Akaun)

[email protected]

Muhamad Asri bin Remeli (JIM)

[email protected]

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam

Negara)

[email protected]

Kamariah binti Sapie (PICC)

[email protected]

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

[email protected]

Nurul Akmalina binti Shamsud-

din (JPNIN)

[email protected]

Mohamad Fadhli bin Mohd

Adzmi (JIM)

[email protected]

Huzairi bin Zainal Abidin (pejabat

PM)

[email protected]

Mohamad Roszuan bin Abd

Jalil (JIM)

[email protected]

Ahmad Syazwan bin Ahmad

Nordin (BHEPMM)

[email protected]

Zaiton binti Mahmood (LPKP)

[email protected]

Faris bin Mamat (JIM)

[email protected]

Azian Binti Mohamed Kassim

(JIM)

[email protected]

Abang Saifulhadi bin Abg. Hj.

Ibrahim (Perangkaan)

[email protected]

Ruhana Abdullah (Parlimen)

[email protected]

Amseveani a/p Subramaniam

(JIM)

Am-

seaveani.subramaniam@insolvensi.

gov.my

Sabariah binti Amin (JPM)

[email protected]

Nicholas Joseph Anak Kibong

(JIM)

Nicho-

[email protected]

Ruzita binti Ramli (JKSM)

[email protected]

Mohd Said bin Omar (JBG)

[email protected]

Zarina binti Mohamed (JPM)

[email protected]

Yusman bin Abd Rasjid (JBG)

[email protected]

Mohd Redzuan bin Haji Ruzali

(KPKK)

[email protected]

Hasan Hafizi Bin Hanapi (JAWHAR)

[email protected]

Che Norliza bt Yahaya

(Perangkaan)

[email protected]

Zulfikri bin Yasoa (BHEUU)

[email protected]

[email protected]

Abdul Wahab bin Abdul Aziz

(SPRM)

[email protected]

Azmi bin Muhamad (BPH)

[email protected]

Azmi Ibrahim (Pejabat

Penasihat Undang-Undang

Negeri Perak)

[email protected]

Zakaria bin Mohd Radzi

(ISTIADAT)

[email protected]

Fauziyah binti Awang (UPP)

[email protected]

Salleh bin Hassan (JPN)

[email protected]

Hauriah bt. Panjang Ahmad

(Audit Dalam JPM)

[email protected]

Mohd Gunawan bin Che Ab.

Aziz (pj menteri di JPM)

[email protected]

Mohamed Noor bin Mohamed

Alias (insolvensi)

[email protected]

[email protected]

Normah binti Zakaria (SPP)

Kalibaskaran a/l Muniandy

(MAMPU)

[email protected]

Roslah bt. Adnan (EPU)

[email protected]

Siti bt Bahuddin (KPKK)

[email protected]

Zurina Binti Razali (JBG)

[email protected]

Menghubungi Rakan Pembimbing

Mukasurat 6 BULET IN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013

Page 5: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

Rohana binti Sapie (SPRM)

[email protected]

Janudin bin Jantan (Parlimen)

[email protected]

Sahida bin Harun

Jubaidah bte Mohd Ali

(Mahkamah)

[email protected]

Akhmarliyna Binti Ramli

[email protected]

Anny Lee Chiao Chen (SUP Sara-

wak)

[email protected]

Hafizah binti Abdul Ra-

zak(Mahkamah

Majistret,Selangor)

[email protected]

Zanariah Binti Che Pa (SPAD)

[email protected]

Mohd Bahari bin Mohd Hana-

piah (JAKIM)

[email protected]

Khairolnizam bin Hassan

(Perangkaan, Kedah)

[email protected]

Clare Nelly Ungah (SUP SABAH)

[email protected]

Fazlin Binti Naiman (SPP)

[email protected]

Che Hazwani binti Che Mansor

(BHEPMM)

[email protected]

Zaliha binti Yusoff (UPE)

[email protected]

Sulaiman bin Ameed (SPRM)

[email protected]

Norwahidahbinti Baharuddin

(UPP)

[email protected]

Mini Panggi (BHEUU)

[email protected]

Norzaini@Norzani bin Abdul Rah-

man (BHEUU)

[email protected]

Hafiza Binti Hussain (KPKK)

[email protected]

Rohaizan binti Mohd Yusof

[email protected]

Naziah binti Mohamed (BHEUU)

[email protected]

Julia Binti Mohd Khairuzin

[email protected]

Rokiah binti Yusoh (insolvensi)

[email protected]

Anida binti Ahmed (PMO)

[email protected]

Mahazan bin Muhammad

(BHEUU)

Maha-

[email protected]

Khairiah binti Dollah (JIM)

Khair-

[email protected]

Noorhayati binti Ahmad

(kehakiman)

[email protected]

Siti Wardiah binti Bahari (BPH)

[email protected]

Rohani binti Manan (JIM)

Ro-

[email protected]

y

Johaniza binti Juhari (JIM)

Johani-

[email protected]

Shahrani bin Hussain (JIM)

Shah-

[email protected]

Mohd Helmi bin Udin (ILIM)

[email protected]

Fatimah binti A.Rahman (JIM)

Fati-

[email protected]

y

Rozaida binti Othman (JIM)

rozaida

[email protected]

Zakaria bin Satung (JIM)

[email protected]

Nik Mohd Fitri bin Nik Yahaya

(BHEUU)

[email protected]

Nor Azian binti Mahmud (BHEUU)

[email protected]

Latiffah binti Ujang (BHEUU)

[email protected]

Abdul Ghafar bin Ismail (BHEUU)

[email protected]

Mardiana binti Baharuddin

(Perangkaan)

[email protected]

Inthrani a/p Narayanasamy(jbg)

[email protected]

.my

Noriah binti Zakaria (BHEUU)

[email protected]

Mohd Ruwaidi bin Ghani (jbg)

[email protected]

Faizah binti Kassim

[email protected]

BULET IN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013 Mukasurat 7

Page 6: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-

Haji Zakaria bin Zawawi Mohammed Kamal bin Hj.Mohamed Yusoff

(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )

03-8872 3488 03-8872 1906

[email protected] [email protected]

Haji Ahmad Azam bin Hj Hassan Nor Kamaliati Binti Khamis (Pegawai Psikologi) (Pegawai Psikologi Kanan) 03-8872 5673 03-8872 3499

[email protected] [email protected]

Suhainiza Saibani (Pen.Pegawai Psikologi) Zarina binti Mohamed (Pembantu Tadbir)

03-8872 3496 03-8872 1907

[email protected] [email protected]

Sidek bin Ahmad (UPP)

[email protected]

Siti Zaleha binti Ismail (Bhgn.

Keselamatan Negara)

[email protected]

Wan Mohd Shahrulnizam bin

Wan Mohd Najuri

(PERANGKAAN, KL)

[email protected]

Kamala binti Kamaruddin

(PMO)

[email protected]

Mashitah Binti Ahmad Fuad

(EPU)

[email protected]

Mazura Binti Rabu (EPU)

[email protected]

Priscilla Ulau Deng (JBG)

[email protected]

Fatimah binti Moham-

ad@Yousof (JPM)

[email protected]

Muhabir bin Ibrahim

[email protected]

[email protected]

Md Jazli bin Bosri (EPU)

[email protected]

Mohad Zaimi bin Ab Rahman

(JPM)

[email protected]

Saripah binti Samsuri

(mahkamah)

[email protected]

y

Raja Nurul Hafliza Raja Mo-

hamed (JKSM)

[email protected]

Latifah binti Zakria(BPH)

[email protected]

Hazlinda S binti Mohd Isa (JIM)

[email protected]

Mohd Najib Surip (KPKK)

[email protected]

Samsiah binti Sharif (BPH)

[email protected]

Masitah binti Basro (JBG)

[email protected]

Saadi binti Nasir (BPH)

[email protected]

Mohd Zaini bin Maarof (JPM)

[email protected]

Suzana binti Haji Abu Bakar

(Perangkaan)

[email protected]

Mohd Sazali bin Mohd Saad

(Audit)

[email protected]

Mohd Zulfahmi bin Othman

(kabinet)

Najibah Binti Mohamad Nor

(pejabat PM)

[email protected]

Mukasurat 8 BULET IN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013

Page 7: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

Sulaiman bin Hj Moham-

ad(APMM)

[email protected]

Ramli bin Ismail (APMM)

[email protected]

Nazarudin bin Ali (APMM)

[email protected]

Noor Aimi Binti Jamaluddin

(JKSM)

[email protected]

Rosnani binti Harun (Mahkamah

Sesyen Kuantan)

[email protected]

Norhidayah binti Jusoh

[email protected]

Yuhanis binti Yusop (JKSM)

[email protected]

Mohamad bin Hassan(SPRM)

[email protected]

Maslinda Sherliza binti Ma’aris

(Bhg Penyelidikan)

[email protected]

Jaleha binti Abdul Karim (JKSM)

[email protected]

Noralifah binti Ismail (ILIM)

[email protected]

Md Yazit bin Hashim

(Akademi Audit Negara)

[email protected]

Mohamed Nordin bin Ab Rauf

(ILKAP)

deanrauf@ilkap .gov.my

Mathew Anyan Anak Jawa (SUP

Sarawak)

[email protected]

Faridah binti Khatib (AGC)

[email protected]

Zainudin bin Ali Chia (JPNIN)

[email protected]

Noor Aqidah Binti Taiyib (APMM)

[email protected]

Norhakimah binti Md Nor (SPP)

[email protected]

Mohd Zuhairy bin Muhamad

(MKN)

[email protected]

Azziana binti Azman JAKIM)

[email protected]

Siti Norhafidzanariah binti Azizan

(JAKIM)

[email protected]

Rosli bin Zabidi (APMM)

[email protected]

Norfaezah Binti Hassim (APMM)

[email protected]

Mohd Azmi bin Mohd Hasan

(JBG)

[email protected]

Ahmad Kamal Ihsan bin Anuar

(MKN)

[email protected]

Amendran a/l Rajaratnam (BPH)

[email protected]

Asrul Nizwan bin Mohamad (BPA)

[email protected]

Zariena binti Abdullah

(penyelidikan)

[email protected]

Azwani Binti Mamat(BPH)

[email protected]

Erma Marlina Binti Hamsan

(JAWHAR)

[email protected]

Jawiah Binti Hashim (cgso)

[email protected]

Maheda Binti Salehuddin

(SPAD)

[email protected]

Mellisa Clarice Lee (APMM)

[email protected]

Mohd Faizal bin Harun (MAMPU)

[email protected]

Muhamad Razali bin Razak

(Parlimen)

[email protected]

Muhammd Jimmy bin Muham-

mad Azlin (JKSM)

[email protected]

Muzazila Binti Mustari(SJAWHAR)

[email protected]

Priyashini a/p Poongavanam

(SPP)

[email protected]

Noor Suriyani Binti Hanafiah

(PAJPM)

[email protected]

Norfadhilah Binti Abdullah

(JAWHAR)

[email protected]

Rohaizit bin Abdul Rashid

(JAWHAR)

[email protected]

Rohayu Binti Che Ya (JPM)

[email protected]

Roslan bin Ngah (insolvensi)

[email protected]

Suhaida Binti Sutim (SPAD)

[email protected]

BULET IN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013 Mukasurat 9

Page 8: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 124/ SEPTEMBERrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin... · Kekaburan tentang tanggungjawab dan peranan tugas kerja 13. Komunikasi

BULET IN BIL. 124/ SEPTEMBER 2013 Mukasurat 10

7. Mantapkan Kemahiran Penyelesaian Masalah.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang dapat mengenalpasti cara penyelesaian masalah lebih mampu untuk menghadapi masalah daripada orang-orang yang sebaliknya. Setiap kali menghadapi cabaran yang baru, kita perlu membuat senarai semak cara-cara yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Penggunaan pelbagai cara alternatif dan percubaan strategi yang berbeza dapat memberi satu pengalaman yang baik kepada diri untuk memantapkan lagi kemahiran penyelesaian masalah yang sama dan berbeza. Amalan ini boleh menjadikan kita sentiasa lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih serius pada masa akan datang.

8. Menetapkan Matlamat

Berhadapan dengan setiap masalah yang berlaku boleh meningkatkan kerisauan diri dan ia dilihat seperti masalah tersebut tidak dapat diatasi. Individu yang berdaya tahan tinggi sebenarnya mampu melihat sesuatu situasi itu dengan cara yang lebih realistik dan kemudiannya mula menetapkan matlamat yang munasabah untuk menangani masalah tersebut. Matlamat yang jelas mampu membantu diri untuk membuat keputusan yang baik dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah secara berkesan.

9. Tingkatkan Kemahiran Diri.

Ketahanan diri setiap individu adalah berbeza dan mempunyai cara pelaksanaan yang berbeza. Oleh itu, jangan mudah kecewa sekiranya masih menghadapi kesukaran untuk mengatasi masalah tersebut secara lebih berkesan. Menurut Dr Russ Newman menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa daya tahan bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa tetapi agak biasa dan ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Daya tahan psikologi perlu di latih bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi di samping memiliki ciri-ciri persaingan yang diperlukan dalam kerjaya.

10. Ambil Langkah untuk Menyelesaikan Masalah

Di dalam dunia pekerjaan, gabungan kemahiran dan pengetahuan berorientasikan pekerjaan sahaja tidak mencukupi dalam usaha pembangunan kerjaya. Tidak kira masalah tersebut adalah kecil atau besar , ia tetap memerlukan tindakan penyelesaian. Disinilah ia menguji daya ketahanan diri kita dalam langkah melaksanakan penyelesaian masalah di tempat kerja. Disebabkan itu pentingnya mempunyai cara dan proses yang tersusun supaya menjimatkan waktu dan akan memudahkan urusan kerja yang lain pula. Namun begitu, penyelesaian masalah yang berkesan dan terbaik adalah menyelesaikannya tanpa memberi banyak tekanan supaya mempunyai keseimbangan dalam kesejahteraan kehidupan dan kerjaya.

Sumbangan : Cik Amni Salma Binti Abu Osman

Pelajar Praktikal Universiti Kebangsaan Malaysia