buku skrap

7
SEJARAH KADAZAN DUSUN Kadazandusun merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan perkembangan sosio-ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih kebidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" . Nunuk bermaksud Pokok Ara manakala Ragang bermaksud Merah. Menurut kepercayaannya, di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk dipenuhi dengan lembaga hidup yang kelihatan kemerahan- merahan. Warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Pada dasarnya bangsa Kadazandusun bertutur bahasa Kadazandusun yang disandarkan pada dialek Bunduliwan dan diperkayakan dengan dialek-dialek etnik yang lain. Bahasa Kadazandusun boleh dibahagikan kepada empat kumpulan dialek iaitu Dialek Kadazandusun Pantai Barat, Dialek Kadazandusun Pantai Timur, DialekKadazandusun Utara dan Dialek Kadazandusun Pedalaman. Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun terdiri daripada empat puluh satu etnik seperti berikut; · Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana,

Upload: blurrmie

Post on 21-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Skrap

SEJARAH KADAZAN DUSUN

Kadazandusun merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan perkembangan sosio-ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih kebidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" . Nunuk bermaksud Pokok Ara manakala Ragang bermaksud Merah. Menurut kepercayaannya, di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk dipenuhi dengan lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan. Warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang.

Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Pada dasarnya bangsa Kadazandusun bertutur bahasa Kadazandusun yang disandarkan pada dialek Bunduliwan dan diperkayakan dengan dialek-dialek etnik yang lain. Bahasa Kadazandusun boleh dibahagikan kepada empat kumpulan dialek iaitu Dialek Kadazandusun Pantai Barat, Dialek Kadazandusun Pantai Timur, DialekKadazandusun Utara dan Dialek Kadazandusun Pedalaman. Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun terdiri daripada empat puluh satu etnik seperti berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau,

Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon,

Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun. Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan

"Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965). Teori

Page 2: Buku Skrap

ADAT RESAM

Asal usul makanan

        Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun.

       Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

       Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot.

- Upacara Momohizan

- Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'

- Humabot

- Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.

Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca 

ADAT RESAM

Asal usul makanan

        Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun. Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya. Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot.

Upacara Momohizan

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'

Upacara Humabot

- Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.  Moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara menghormati rumah baru ini

Page 3: Buku Skrap

HINAVA

     Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

NOONSOM

         Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun.Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau. Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

PINAASAKAN

      Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering

SUP MANUK LIHING

      Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum

Page 4: Buku Skrap

GONG

SOMPOTON (Erofon)

KULINTANGAN (Idiofon)

TOGUNGGAK (Idiofon)

BUNGKAU

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-

bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau

seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat

lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada

kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut

dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada

giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah,

dikelaskan kepada ;

Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)

Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon

(kompang,gendang atau tontog).

Page 5: Buku Skrap

Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya. Kebanyakan daripada mereka masih mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain. Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan.

Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.

Page 6: Buku Skrap

  

PESTA KEAMATAN

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman

berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan

Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai

Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu

mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan

seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang

selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan

kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Page 7: Buku Skrap