buku skrap kajian tempatan

Click here to load reader

Post on 01-Jul-2015

1.036 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Faktor-faktor mempengaruhi pembinaan rumah.Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembinaan sesebuah rumah.Faktor-faktor ini yang telah mencetus pelbagai reka bentuk rumah seperti mana yang telah dapat dilihat pada masa kini. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan sesebuah rumah ialah: a)Faktor sejarah:Dari segi faktor sejarah,kita mendapati keadaan manusia berubah dari masa ke semsa.Jika kita melihat pertempatan awal manusia,manusia pada zaman dahulu lebih banyak tertumpu di kawasan yang berhampiran sungai.Namun,pada zaman awal manusia iaitu zaman paleolitik manusia hidup didalam gua.Apabila zaman berubah,gua tidak lagi menjadi tempat tinggal manusia sebaliknya kawasan di lembah sungai atau tasik menjadi tumpuan manusia untuk mendirikan tempat tinggal. Malah,faktor sejarah juga mempengaruhi reka bentuk rumah bagi sesetengah kelompok manusia.Sebagai contoh,rumah orang minangkabau mempunyai bentuk bumbung sperti kerbau.Ini ad kaitannya dengan sejarah perlawanan kerbau oleh kaum mereka pada suatu masa dahulu. b)Ciri-ciri fizikal:Ciri-ciri fizikal kebiasaannya menjadi faktor penting dalam pembinaan rumah.Sebagai contoh,rumah masyarakat bajau laut di atas bot lantaran mereka hidup di atas laut.Bagi masyarakat petani pula rumah mereka di bina di atas tanah. c)Keselamatan:Dari segi keselamatan pula,masyarakat terdahulu tinggal di dalam gua.Ini kerana mereka tidak tahu untuk membina rumah sendiri.Selain itu,gua juga menjamin keselamatan mereka dari ancaman binatang buas.Jika dilihat masyarakat didalam hutan seperti orang asli contohnya,mereka membina rumah mereka tinggi dari lantai bumi.Ini bertujuan untuk mengelakkan binatang liar seperti babi hutan memasuki rumah mereka.Malah,keadaan rumah yang tinggi juga membolehkan mereka menghindari ancaman dari bintang liar yang lain. d)Bentuk:Dari segi reka bentuk pula,boleh dilihat keadaan rumah di setiap negara adalah berlainan.Sebagai contoh,negara-negara Eropah mempinyai bumbung berbentuk tirus manakala di kawasan yang panas seperti negara-negara Arab mampunyai bumbung yang rata.Bentuk-bentuk sebegini di bina mempunyai tujuannya yang tertentu.Bumbung tirus seperti yang dibina di Eropah adalah untuk mengelakkan salji terkumpul di atas rumah apabila musim sejuk tiba.Malah kita biasa melihat terdapat cerobong asap di bumbung mereka.Ini kerana mereka akan membakar kayu untuk memanaskan rumah mereka seandainya mereka tidak menggunakan pemanas rumah yang lebih canggih.Di negara-negara Arab,keadaan bumbung yang rata membolehkan mereka menyidai pakaian diatas rumah mereka.Tambahan pula keadaan iklim panas yanag kurang hujan membolehkan bahagian bumbung mereka digunakan untuk kegunaan mereka sendiri.

e)Keselesaan:Jika dilihat pada keselesaan pula,kebanyakan rumah kini di bina mengikut kepada pendapatan seseorang itu dan reka bentuk yang diingini pemilik tersebut.Ada juga sesetengah bahan binaan yang mereka gunakan memberi keselesaan kepada orang yang tinggal di dalam rumah itu sendiri. Sebagai contoh,negara-negara Arab rumah mereka di bina menggunakan tanah.Ini membeiri keselesaan kepada mereka kerana rumah mereka tidak berada di dalam keadaan panas.Manakala di kawasan kutub pula,orang-orang Eskimo tinggal di dalam rumah susunan bongkah ais yang di kenali sebagai igloo.Rumah yang di perbuat dari ais ini sebenarnya panas di kawasan dalamnya membolehkan orang yang tinggal di dalamnya terhindar daripada kesejukan melampau di kutub. f)Kepadatan penduduk:Pembinaan rumah juga bergantung kepada kepadatan setempat.Sebagai contoh,kawasan bandar kebanyakan rumah di kawasan ini dibina dalam bentuk perumahan.Ini kerana masyarakat di kawasan bandar memerlukan rumah.Oleh itu,bagi menampung kehendak ini,perumahan dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat dalam memiliki rumah sendiri di kawasan bandar.Sebaliknya kawasan luar bandar rumah yang dibina kebiasaan jauh antara satu sama lain.ini kerana kurangnya kepadatan penduduk dikawasan tersebut.

GUAPada zaman dahulu,masyarakat zaman awal telah menjadikan gua sebagai tempat tinggal mereka.Masyarakat awal manusia iaitu zaman Paleolitik telah menjadikan gua sebagai tempat tinggal kerana mereka masih tidak tahu untuk membina petempatan mereka sendiri.Namun apabila mereka sudah semakin maju dan telah berada di zaman Logam,mereka sudah mampu mencipta alatan dan telah mula membina rumah mereka sendiri.

Gua Niah: Salah satu daripada tempat tinggal awal manusia pada zaman Paleolitik.

Jika dilihat pada faktor yang telah di nyatakan,terdapat beberapa faktor yang menjadikan Gua Niah sebagai tempat tinggal awal manusia. Faktor Sejarah. Manusia zaman dahulu masih tidak tahu membina rumah mereka sendiri.Oleh itu,gua telah di jadikan sebagai tempat tinggal mereka memandangkan gua menyediakan tempat mereka berlindung. Faktor keselamatan. Manusia zaman dahulu berlindung daripada ancaman binatang liar dan perubahan cuaca telah menjadikan gua sebagai tempat mereka berlindung.

Peninggalan penghuni Niah di Gua Kain Hitam Lukisan dinding dan perahu mayat.

PondokPondok ialah kecil tanpa bilik yang dibina dari bahan asli seperti papan, jerami atau tanah. Biasanya pondok dibina di tengah sawah atau hutan, sebagai tempat sementara untuk berehat. Pondok bukanlah rumah yang tetap. Oleh itu bahan binaan cukup mudah seperti 4 tiang, bertangga kecil, atap nipah dan tidak berbilik. Pondok kebiasaannya tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang.Namun pondok juga turut dijadikan tempat tinggal terutama bagi penduduk di kawasan pedalaman.

Pondok di Amazonia,Brazil, dibuat dari jerami dan dibina di atas kaki bajang.

Beberapa faktor yang menjadikan pondok sebagai tempat tinggal.Faktor-faktor ini menjadikan manusia memilih pondok sebagai pilihan mereka untuk tinggal. Faktor Ciri-ciri Fizikal muka bumi. Keadaan kawasan mereka yang jauh di dalam hutan tidak membolehkan mereka untuk mendapatkan bahan-bahan seperti batu-bata untuk membina rumah.Oleh itu,bahan-bahan seperti kayu atau daun-daun digunakan untuk membina rumah.Keadaan mereka yang sering berpindahrandah juga menyebabkan mereka tidak memilih untuk tinggal di dalam rumah yang besar. Faktor bentuk. Keadaan mereka yangsering berpindah-randah membuatkan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman memmilih untuk tinggal di dalam pondok.Tambahan pula mereka tidak mempunyai bahan yang seperti di kawasan bandar untuk membina rumah yang besar.Oleh itu,bahan-bahan di sekeliling mereka sahaja yang digunakan untuk membina sebuah tempat untuk didiami.

Pinggiran sungai atau tasikPada masa dahulu,rumah-rumah dibina di kawasan yang berhampiran sungai atau tasik.Rumah ini dibina dikawasan berhampiran sungai atau tasik bagi memudah mereka untuk mendapat bekalan air serta sumber makanan untuk kehidupan seharian mereka.Mereka turut menjadikan sungai atau tasik ini sebagai laluan perhubungan antara satu kawasan ke satu kawasan yang lain.Sebagai contoh,kawasan di Tonle Sap.Masyarakat yang mendiami kawasan ini kebiasaannya menjadi nelayan bagi perikanan air tawar kerana Tasik Tonle Sap mengandungi pelbagai jenis ikan air tawar.

Rumah terapung dan masyarakat nelayan di Kampuchea Terdapat sekelompok manusia yang memilih kawasan pinggiran sungai dan tasik sebagai kawasan kediaman atas beberapa faktor. Faktor ciri fizikal muka bumi. Keadaan Kampuchea yang mempunyai tasik yang luas menyebabkan masyarakat di Kampuchea memilih untuk tinggal di dalam rumah terapung di Kampuchea.Mereka memilih untuk tinggal di tasik kerana tasik menjadi tumpuan utama sumber kehidupan mereka seharian. Faktor Sejarah. Jika dilihat pada sejarah,sejak dari zaman dahulu lagi masyarakat Kampuchea telah menjadikan kawasan tasik Tonle Sap sebagai tempat tinggal mereka.Maka tidak hairanlah mereka menjadikan tasik Tonle Sap sebagai kawasan tempat tinggal mereka.

Rumah InggerisRumah Inggeris merupakan rumah yang telah dibina oleh pihak Inggeris semasa kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk menjajah Tanah Melayu.Rumah ini mempunyai rekaan seakan-akan sama seperti rekaan rumah orang-orang Eropah.Rumah ini menempatkan residen-residen Inggeris yang bertugas untuk menasihati sultan dalam hal pentadbiran negeri.

Rumah Inggeris dibina atas beberapa faktor.Banyak faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah Inggeris di negara kita. Faktor Sejarah. Kedatangan Inggeris untuk menjajah negara telah meninggalkan rumah yang telah menjadi kediaman bagi residen Inggeris di Tanah Melayu. Faktor Keselesaan. Rumah Inggeris yang dibina di kawasan tanah tinggi mempunyai cerobong asap diatas rumah mereka.Asap akan keluar melaluinya apabila kayu di bakar untuk memanaskan rumah.

Rumah KutaiReka bentuk rumah Kutai di Perak sama seperti rumah di Aceh dan Makasar (yang terletak dalam lingkungan dunia Bugis), Indonesia. Menurut sejarah, orang Bugis dan Aceh pernah menetap di Perak. Dikatakan rumah ini menerima pengaruh Bugis.Ada juga yang berpendapat bahawa rumah ini sebenarnya adalah rekaan yang di bawa dari Acheh.Kedatangan orang Bugis dan Aceh telah mempengaruhi seni bina rumah di Perak masa masa dahulu.

Ini adalah replika sebuah rumah Kutai yang terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak

Jika dilihat rumah kutai mempunyai faktornya yang tersendiri yang telah mempengaruhi rumah tersebut.Seni bina dan rekaan rumah ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut. Faktor sejarah. Kedatangan orang-orang Bugis dan Aceh telah banyak mempengaruhi rekaan rumah kutai.Mereka yang datang dari kepulauan Indonesia telah membawa pengaruh budaya dan diterima oleh masyarakat setempat. Faktor Keselesaan. Rumah kutai yang dibina menggunakan kayu sesuai dengan keadaan iklim di Tanah Melayu yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Rumah MinangkabauRumah gadang (bahasa minangkabau: 'rumah besar') adalah rumah adat Minagkabau. Gaya seni bina, pembinaan, hiasan bahagian dalam dan luar, dan fungsi rumah mencerminkan kebudayaan dan nilai Minangkabau. Sebuah rumah gadang berkhidmat sebag