buku skrap khb yan

Click here to load reader

Post on 24-Jul-2015

114 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Nutrien adalah bahan kimia yang terkandung di dalam semua bahan makanan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Air dan selulosa bukanlah nutrien tetapi ia sangat perlu dalam sistem pemakanan manusia. Pengambilan nutrien dalam kadar dan kuantiti tertentu dinamakan diet. Nutrien perlu diambil dalam keadaan diet seimbang. Nutrien terhasil dari gabungan elemen karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Nutrien dicerna dan diproses melalui tindak balas kimia dipanggil metabolisma. Metabolisme bertindak dalam dua cara iaitu;

1. Penguraian molekul-molekul besar hasil pencernaan seperti glukosa,gliserol,asid lemak dan asid amino kepada unit-unit yang halus iaitu atom. Tindak balas ini dinamakan katabolisme dan menghasilkan tenaga. Tindak balas ini juga berlaku dalam hati oleh enzim-enzim yang terdapat di dalamnya.

2. Pembinaan unit dari dalam sel daripada molekul molekul ringkas kepada struktur yang lebih kompleks seperti glikogen, trigiserid(lemak) dan protien. Tindak balas ini dinamakan anabolisme dan menggunakan tenaga.

Setiap nutrien mempunyai komposisi, sumber, fungsi serta kesan kelebihan pengambilan dan kekurangan pengambilan nutrien. Kumpulan nutrien mengikut fungsi dalam tubuh boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu nutrien untuk tenaga contohnya lemak, karbohidrat dan protein, nutrien untuk tumbesaran contohnya protein dan garam mineral dan nutrien untuk mengawal proses tubuh contohnya vitamin, garam mineral dan protein. Sesetengah nutrien boleh melakukan lebih daripada satu fungsi dalam tubuh.

1

2

1) PROTEIN

Protein mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H), oksigen (0) dan nitrogen (N). Fungsi utama protein adalah untuk membina sel tubuh untuk tumbesaran. la juga membekalkan tenaga dan haba jika kekurangan karbohidrat dan lemak dalam badan. Unit asas bagi protein ialah asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino penting yang diperlukan untuk mensintesis protein. Protien haiwan mengandungi mengandungi asid amino penting yang tidak boleh dibina dalam tubuh badan manusia misalnya protien haiwan yang boleh didapati di dalam daging tanpa lemak, ikan, telur, susu dan keju. Manakala protien kelas tumbuhan pula mengandungi asid amino penting yang boleh dibina dalam badan misalnya protien sayur-sayuran yang boleh didapati di dalam kacang, minyak kelapa sawit, biji-bijian padi, gandum dan barli.

ASID AMINO

Protien mengandungi 22 jenis asid amino dalam plbagai jumlah dan kombinasi. Kesemuanya terdapat 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa untuk tujuan tumbesaran dan untuk memperbaiki tisu. Kanak-kanak pula memerlukan 10 jenis asid amino untuk tujuan pembesaran. Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa ialah: 1. Leusina 3. Lisin 5. Fenilalanina 7. Triptofan 2. Isoleusina 4. Metionina 6. Treonina 8. Vanila

Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh kanak-kanak pula ialah:

1. Hestidina

2. Arginina

3

2) FUNGSI UTAMA PROTEIN

1. Membina sel-sel baru

2. Memperbaiki tisu-tisu yang rosak

FUNGSI UTAMA PROTEIN

3. Membina enzim dan hormon

4. Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.

5. Mengelakkan dihinggapi penyakit kwasyiorkor.

4

3) SUMBER MAKANAN ( PROTEIN )

DAGING DAGING

IKAN

IKAN

5

4) KESAN PENGAMBILAN PROTEIN SECARA BERLEBIHAN Asid amino yang berlebihan dipecahkan kepada nitrogen dan karbon. Unsur karbon yang berlebihan ditukar kepada lemak dan menjadi tisu adipos di bawah kulit. Nitrogen yang berlebihan akan ditukar kepada urea dan dikeluarkan melalui air kencing. Jika terlalu berlebihan akan menjadi asid uric dan berkumpul di sendi tubuh.

5) KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN PROTEIN Pengambilan protien yang kurang di dalam diet seharian boleh menimbulkan beberapa masalah kepada tubuh badan antaranya ialah: Menyebabkan penyakit marasmus dan edema Merosakkan seluruh sel badan dan mengurangkan daya tahan terhadap penyakit. Tumbesaran kanak-kanak menjadi terbantut. Menyebabkan terencat akal ( mental retardation ) serta kecacatan otak yang berkekalan. Menyebabkan tekanan darah rendah, pengaliran darah yang tidak sempurna dan biasanya mengidap anemia. Luka lambat sembuh, pandangan menjadi kabur dan berlakunya penyakit sembelit.

6

7

1) KARBOHIDRAT

Karbohidrat mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (0). la merupakan pembekal sumber tenaga dan haba untuk semua aktiviti tubuh. Unit asas bagi karbohidrat ialah glukosa. Semua karbohidrat mengandungi gula. Karbohidrat boleh dikelaskan kepada monosakarida, disakarida dan polisakarida.

Pengkelasan Karbohidrat

1. Monosakarida

2.Disakarida

3.Polisakarida

KARBOHIDRAT JENIS GULA RINGKAS -Glukosa MONOSAKARIDA

SUMBER -Sayur-sayuran dan buahbuahan terutamanya anggur -Buah-buahan masak, madu -Terbentuk apabila gula susu dicernakan

-Fruktosa -Galaktosa DISAKARIDA -maltosa -Sukrosa -Laktosa

Bijirin yang sedang bercambah -Tebu , gula bit -Susu mamalia

-Kanji GULA KOMPLEKS POLISAKARIDA - Dekstrin -Pektin -Selulosa -Glikogen

-Bijirin, buah-buahan dan sayuran Terbentuk apabila kanji dipanaskan -Buahan hampir masak -Serabut buah-buahan -Kanji haiwan.Terdapat dalam hati dan otot haiwan.

8

2) FUNGSI UTAMA KARBOHIDRAT

Fungsi KarbohidratKarbohidrat memainkan peranan yang amat penting kepada sistem tumbesaran tubuh badan. Antara fungsinya ialah:

1. Membekalkan haba dan tenaga untuk pelbagai aktiviti tubuh badan. 2. Bijirin dan roti membekalkan zat protien kepada tubuh badan. 3. Selulosa merangsang saluran pencernaan (pelawas) badan. 4. Disimpan di dalam badan. Sumber yang berlebihan akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen dan akan digunakan semula. 5. Makanan mengandungi karbohidrat member tambahan selera kepada hidangan sedia ada. 6. Karbohidrat diperlukan di dalam proses metabolisme lemak dan protien.

9

3) SUMBER MAKANAN ( KARBOHIDRAT )Secara umumnya sumber makanan yang mengandungi karbohidrat adalah : Bijirin atau hasil bijirin seperti beras, gandum, jagung, terigu Sayur-sayuran akar dan kekacang seperti ubi kentang, ubi kayu dan keladi. Buah-buahan seperti pisang, epal dan lain-lain. Gula dan makanan yang manis seperti kek, jem dan coklat

NASI

KEK

10

KESAN

Bertambah berat badan

Bertukar kepada lemak dan disimpan di bawah kulit

ditukar kepada glikogen dan disimpan di dalam hati

Kesan Keletihan, kelaparan dan kesejukan. Mudah dijangkiti penyakit

Turun berat badan

11

1 ) LEMAKLemak mengandungi unsur karbon (C), hidrogen(H) dan oksigen(0). Walau bagaimana pun, kandungan oksigen di dalam lemak adalah amat sedikit. Lemak merupakan sumber makanan tenaga dan ia membekalkan tenaga yang lebih berbanding karbohidrat. Oleh kerana lemak tidak larut di dalam air, ia mesti dihancurkan oleh proses pencernaan sebelum diserap untuk kegunaan di dalam tubuh badan. Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol. Lemak boleh terdapat dalam bentuk asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Klasifikasi lemak dapat dilihat menunjukkan komposisi, sumber, fungsi, kesan kelebihan dan kekurangan pengambilan lemak. Elakkan pengambilan lemak berlebihan.

2) FUNGSI UTAMA LEMAK Memberi tenaga dan haba Melindungi organ dalaman tubuh Mengawal suhu tubuh Pelarut bagi vitamin larut lemak Mengurangkan penggunaan protein bagi penghasilan tenaga Memberi daya tahan lapar kerana lambat dicernakan.

12

3) SUMBER LEMAKLemak dihasilkan daripada 2 sumber utama iaitu: SUMBER LEMAK Lemak Haiwan Lemak Tumbuhan

-Lemak susu seperti krim, keju dan mentega. Lemak daging seperti lemak beku (suet). Kuning telur. Ikan berlemak seperti ikan terubuk, ikan patin, jelawat dan sebagainya.

-Minyak kekacang. Minyak sayur-sayuran. Minyak kelapa. Minyak kelapa sawit dan sebagainya

SUMBER LEMAK HAIWAN

SUMBER LEMAK TUMBUHAN

KUNING TELUR

MINYAK SAYURAN

13

4) KESAN PENGAMBILAN LEMAK SECARA BERLEBIHAN Pengambilan lemak berlebihan boleh menambah berat badan sehingga menjadi obesiti. Penyakit jantung dan darah tinggi akibat pemendapan kolestrol dalam salur darah.

5) KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN LEMAK Berat badan berkurangan Kekurangan yang maksimum menyebabkan pertumbuhan terganggu dan kulit kering Cepat rasa lapar Kesejukan akibat kurang penebat. Selaput mata menjadi kering akibat kekurangan vitamin A yang terdapat di dalam lemak. Jika berlaku kekurangan Vitamin A yang terdapat di dalam lemak menjadi kritikal, seseorang itu akan menghidap xerophthalmia (bahagian tepi mata yang berkudis dan berair). Kulit menjadi keras dan kasar terutamanya pada bahagian tangan, dada, belakang dan bahagian paha. Penyakit ekzema (bintik-bintik berair di kulit disertai rasa gatal dan bernanah) yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

14

15

1) VITAMIN

Vitamin mula dijumpai dalam tahun awal kurun ke dua puluh. Ianya tidak mempunyai nilai tenaga tetapi kebanyakan vitamin tidak boleh disintesis oleh tubuh. Keperluan vitamin adalah dalam jumlah yang sangat kecil tetapi mempunyai implikasi atau kesan yang sangat ketara. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.

a) Vitamin larut air.

Adalah Vitamin B Kompleks dan Vitamin C. Tidak boleh disimpan di dalam badan. Perlu dibekalkan setiap hari

b) Vitamin larut lemak.

Adalah Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K. Boleh disimpan di dalam badan dan tidak perlu dibekalkan setiap hari.

16

Fungsi, Sumber Dan Kesan Pengambilan be