buku skrap msk3153

Download Buku skrap msk3153

Post on 18-Jul-2015

362 views

Category:

Education

11 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia

MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF

KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satugenerasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat,wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi. Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya denganunsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah rekabentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakanbarang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha menciptabukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya ciptadan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

1. Alat Domestik

2. Alat Permainan

3. Alat Pertahanan Diri

4. Batik

5. Seni Tekat

6. Tembikar

7. Seni Anyaman

8. Seni Ukiran Kayu

BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

MOTIF BATIKMotif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

CONTOH MOTIF ORGANIK1.Motif Ayam2.Motif Bunga Buluh3.Motif Bunga Kerak Nasi4.Motif Bunga Kotak Bercampur5.Motif Bunga Orkid6.Motif Bunga Raya7.Motif Daun Sireh8.Motif Geometrik9.Motif Pucuk Rebung10.Motif Rama-rama11.Motif Siput

CONTOH MOTIF GEOMETRIK1.Motif Pucuk Rebung2.Motif Bunga Kotak Bercampur

CORAKCorak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.Antara corak-corak yang sering digunakan.

1.Corak Berdiri2.Corak Jalur3.Corak Melintang4.Corak Menyeluruh5.Corak Menyerong6.Corak Tompok-tompok7.Corak Ulangan Batu-bata8.Corak Ulangan/Selang seli

PROSES MEMBUATAlatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

1.Blok penerap2.Campuran lilin3.Kain4.Pencelup5.Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

PENJENISAN KAIN BATIKBatik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik BlokKain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik CantingAlat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik SkrinBatik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

PENGGUNAANPenduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.PROSES BATIK CANTING1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik telah mahir)4. Panaskan campuran lilin sehingga cair5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada kain mengikut motif yang telahdibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak pada kain tersebut6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 12 jam

PROSES BATIK BLOK

Dari sehelai kain putih, ia akan mengalami beberapa proses tertentu seperti menerap kain dengan lilin, mencelup warna, mencetak corak, mematikan warna dan menghilangkan lilin dengan di rebus kedalam air panas. Kemudian kain batik akan di jemur sehingga kering dan di bungkus untuk dijual.PROSES BATIK SKRINMerujuk kepada kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna yang menggunakan corak batik yang dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja. Batik skrin kurang dikenali berbanding kaedah batik terap dan conteng.

RUMUSAN

Batik merupakan kraf yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak sekian lama. Ia adalah seni yang memperlihatkan pelbagai susunan motif dan akhirnya menghasilkan satu corak yang tinggi nilai estetikanya.

1. Batik ialah kain yang dilukis atau diterap dengan lilin (Kamus Dewan, 2005).

2. Terdapat empat jenis batik berdasarkan teknik pembuatannya: terap, lukis, skrin dan pelangi.

3. Dua bentuk batik ialah dekoratif dan pakaian. Antara bentuk dekoratif ialah dompet, kipas tangan dan beg tangan. Pakaian pula ialah kain sarung, baju dan seluar.

SENI TEKAT Dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi,