buku skrap bahasa melayu

Download Buku Skrap Bahasa Melayu

Post on 08-Jul-2015

1.893 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAJUK

NAMA GURU

EN MOHAMMAD YUSOF BIN UMAT

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.MUHAMMAD ISFAHAN BIN ABDUL AZIZ 2.WAN AZRAI BIN ABDUL AZIZ 3.MUHAMMAD ILHAM HAFIZY BIN HAFIZ

4.MUHAMMAD HAZIQQ BIN AMRANIsi Kandungan

1. 2. 3.

Cara-cara membuat karangan Contoh IO karangan Peta minda

4. Biografi

Format karangan

Contoh karangan ceritaPagi itu , hujan turun dengan lebatnya. Aku termenung di kakitangga. Aku berasa amar risau. Kalau terus begini, sudah tentu aku tidak dapat pergi ke sekolah. Aku melihat halaman dipenuhi air dan lumpur. Aku menjerit apabila kasut sekolahku dihanyutkan oleh air. Itulah satu-satunya kasut yang aku ada.

Aku cepat-cepat berlari ke halaman lalu mengambil kasut. Kini, bajuku pula basah ditimpa hujan. Emak menyuruh aku menggantikan baju yang basah itu Tidak lama kemudian, hujan pun reda. Emak menyuruh aku memakai selipar sahaja ke sekolah. Walaupun malu, aku kuatkan juga semangat untuk ke sekolah Di sekolah, kawan-kawan mentertawakan aku. Aku pun turut tertawa .Rupa-rupanya mereka juga berselipar seperti aku Itulah kenangan dengan kawan-kawanku di sekolah aku tidak akan melupakan kenangaan manis itu. Walaupun ia memalukan aku tetap tidak akan melupakannya.

Aku tersenyum gembira sebaik-baik sahaja aku turun dari tangga pesawat yang kunaiki. Kini aku selamat pulang ke tanah air. Ibu tidak berkata apa-apa , tetapi terus memelukku sambil menangis. Ibu terlalu . Aku terharu dalam perlukan Ibuku Dalam perjalanan ke rumah, aku perhatikan banyak perubahan yang telah berlaku di bandar yang dahulunya dipenuhi semak-samun, kini dipenuhi dengan bangunan pencakar langit .

Jalan ke kampungku banyak perubahan. Kalau dahulunya jalan itu berpasir,berlecak serta berlubang-lubang,tetapi kini tak lagi.Kata ayah, sebuah pasaraya akan didirikan di berhampiran dengan jambatan yang baru siap. Oh,bandarku sedang pesat membangun! Aku disambut baik oleh ahli keluargaku yang lain sebaik sahaja aku tiba di rumah. Kami berpelukan untuk melepaskan rindu masing-masing. Di atas meja pula sudah tersedia hidangan makanan kegemaranku, laksa johor berkuahkan kari masakan ibuku. Aku tahu keluargaku sungguh gembira dengan kepulanganku. Hanya kepdaku mereka harapkan untuk menolong mereka nanti. Aku berjanji untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara, Ilmu yang kupelajari selama lima tahun di luar negara kan ku taburkan kepada bangsa dan tanah airku.

Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi bersama-sama ke sekolah dengan menunggang basikal. Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari itu.

Sebaik sahaja sampai ke sekolah, aku dan rakan-rakanku terus meletakkan basikal di tempat letak basikal. Aku berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan UPSR aku.

Aku dan rakan-rakanku terus masuk ke dalam dewan sekolah. Ramai rakanku yang telah hadir. Tidak lama kemudian, guru besar sekolah kami telah mengumumkan nama-nama pelajar dan keputusannya.

Aku berasa sungguh gementar. Aku juga dapat melihat pelbagai memek muka seperti gementar, gembira, sedih dan lain-lain lagi. Sebaik sahaja namaku dipanggil, aku berasa sungguh gembira kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A.

Guru besar dan guru-guru lain turut mengucap tahniah kepadaku atas kejayaanku itu. Rakan-rakanku juga turut mengucap tahniah kepadaku. Aku berasa sungguh gembira. Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajarku dengan penuh dedikasi serta tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa. Jasa dan bakti guru-guru akan diingati sehingga akhir hayatku. Aku pulang bersama-sama rakan-rakanku. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku memberitahu ibu bapaku yang aku telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Ibu bapaku juga turut mengucapkan tahniah kepada aku. Aku juga megucapkan terima kasih kepada ibu bapaku atas dorongan yang telah mereka berikan kepadaku selama ini. Aku tersenyum gembira. Itulah kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku.

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.

Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta.

Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh

gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.

Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakanrakanku lagi.

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Aku terus pergi ke arah budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku Nurul. Aku menyuruh Nurul berhenti daripada menangis.

Aku menyuruh Nurul menceritakan kepadaku apa yang berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba

mententeramkan Nurul. Aku berjanji akan membawanya pulang.

Aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul berasa gembira. Aku menunggang basikalku untuk pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, aku memberhentikan basikalku. Aku menyuruh Nurul turun. Nurul mengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah pulang ke rumah, aku dimarahi oleh ibu. Aku menceritakan apa yang telah berlaku semasa aku pulang dari sekolah. Ibuku berasa gembira kerana sikapku yang suka menolong orang yang memerlukan bantuan. Kemudian, kami makan tengah hari bersama-sama.

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut. Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.

Aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menaiki bas itu untuk pulang ke rumahku.

Di pertengahan jalan, tayar bas itu pancit. Aku turun dari bas itu lalu berjalan kaki. Hujan renyai-renyai mula turun. Aku berjalan seorang diri. Hatiku ingin mengikut jalan pintas tetapi aku takut.

Aku terpaksa mengikut jalan pintas supaya aku dapat pulang ke rumahku dengan lebih awal. Di sekeliling jalan pintas itu terdapat banyak pokok getah. Kadang-kadang aku terdengar bunyi burung hantu yang menakutkan diriku.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil-manggil namaku. Aku fikirkan suara itu adalah khayalan sahaja. Aku menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila terlihat satu lembaga melambai-lambai ke arahku. Badannya berlumuran darah.

Aku membuka langkah seribu. Aku berlari dengan sekuatkuat hatiku. Aku keletihan dan aku terpaksa berehat sebentar. Tiba-tiba seorang perempuan tua muncul di hadapanku. Aku berasa takut. Perempuan tua itu menunjukkan jalan pulang ke rumahku. Aku mengucapkan terima kasih kepada perempuan tua itu. Kemudian, perempuan tua itupun hilang daripada pandanganku.

Setibanya di halaman rumahku, aku terus masuk ke dalam rumah untuk memberitahu ayahku peristiwa yang menimpa diriku. Peristiwa itu telah memberi pengajaran kepadaku.

Pada cuti sekolah yang lalu , saya dan