buku skrap konda kondi

Upload: lieynarameli

Post on 17-Jul-2015

793 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

BUKU SKRAP PERMAINAN TRADISIONAL (KONDA-KONDI)

ASAL USUL PERMAINAN KONDA-KONDI

Konda-kondi

adalah

salah

satu

permainan

tradisional. Permainan ini merupakan salah satu ciptaan masyarakat melayu pada zaman dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan bergembira setelah penat bekerja. Konda-kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang. Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika

memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan konda-kondi ini merupakan salah satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan.

TUJUAN PERMAIN AN

Permainan Konda kondi

TUJUAN PERMAINAN Permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut oleh pemain lawan. KAWASAN PERMAINAN Kawasan yang terbuka dan lapang

PERALATAN Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada: Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibuLubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

CARA BERMAIN Sediakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran kaki dan satu kayu panjang berukuran 1 kaki. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya. Undian di buat bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu. Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan mengunakan kayu panjang. Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. Apabla pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira mati. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat. Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah

1. Mata yang dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu.

Cara bermain konda kondi

UNDANG-UNDANG PERMAINAN Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira mati. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira mati dan kumpulan B akan memulakan permainan pula. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari

kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.