buku skrap ada masyarakat india

Download Buku Skrap Ada Masyarakat India

Post on 27-Oct-2015

305 views

Category:

Documents

16 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Adat dan Budaya Masyarakat IndiaKumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik.

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini iaitu :1. Agama

2. Seni Hiburan

3. Pakaian Tradisional

4. Makanan Tradisional

5. Alat Muzik

6. Tarian Tradisional

7. Perayaan

8. Perkahwinan

9. Adat Kelahiran

10. Adat Kematian

.Agama

Penganut Hindu memuja dewa - dewi yang diketuai Dewa Shiva yang menunggang lembu jantan manakala Durga menunggang harimau.Penganut Hindu pergi ke kuil pada bila-bila masa mengikut keperluan masing-masing.Seni Hiburan

Terdapat beberapa seni hiburan yang dipersembahkan acara terbuka kepada umum.Antara seni hiburan masyarakat India ialah Tarian Klasik India , Kathak , Bharata Natyam dan Giddha.Pakaian Tradisional Kaum India

Sari merupakan pakaian yang melambangkan identiti bangsa india.Sari dipakai oleh wanita untuk majlis rasmi dan juga untuk pakaian seharian.

l

Pakaian Tradisional Kaum India Dhoti dan Jippa merupakan pakaian lelaki India.Dhoti adalah kain berwarna putih yang tidak berjahit .Jippa ialah kemeja putih yang dipakai dengan dhoti.

Makanan Tradisional Kaum IndiaThosaiTosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. IdliIdli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.Alat Muzik Tradisional Kaum IndiaKANJIRAKanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsiseakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.MIRUDANGAM Mirudangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari di atas lantai dan pemain memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan, manakala memalu permukaan besar dengan tangan kiri. Mirudangam diletakkan di atas kaki kanan dan buku lali dan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam serta bertentangan dengan badan pemain.

CHENDA

Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubangpada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA

Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzikini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.Tarian Tradisional kaum India

Perayaan Thaipusam

Perayaan Deepavali

.Perayaan Thaiponggal

Maatu ponggal

Maatu Ponggal

Kanni Ponggal

Kanni Ponggal

Kanni Ponggal

Perkahwinan_Adat Perkahwinan Kaum India

Niccayam

Adat Kelahiran Masyarakat India

Sewaktu Mengandung

Selepas Lahir

Adat Kematian Masyarakat India

Etnik Malayalam

Etnik Telugu

Etnik Tamil

Tarian Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gayatarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.

Tarian Kathak

Tarian Kathakmerupakan salah satu darilapanbentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita.

Tarian Bhangra

Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia.Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik.

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Pada hari Thaipusam, mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan"Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

Pada hari kedua sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain seperti yang disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal. Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang