buku panduan mpv

Download Buku Panduan Mpv

Post on 03-Jan-2016

176 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PENERANGAN DAN PANDUAN PENAWARAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

    DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK HARIAN

    MATA PELAJARAN VOKASIONAL

    PUSAT PERKEMBANGA N KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA

    KUALA LUMPUR 2003

  • 2

    PROGRAM MPV

    Program MPV adalah singkatan nama kepada 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran

    vokasional di Tingkatan 4 dan 5 yang mula ditaw arkan secara berperingkat-peringkat di sekolah

    menengah akademik harian mulai tahun 2002. Penaw aran berperingkat-peringkat 22 mata

    pelajaran kemahiran ini dalam empat fasa mulai tahun 2002 hingga 2005 (Rujuk Jadual).

    Matlamat Program MPV Mata-mata pelajaran vokasional diperkenalkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalam

    bidang usaha yang relevan dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaaan,

    memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di per ingkat yang lebih tinggi

    Objektif-Objektif Program Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata pelajaran mengikut minat dan bakat

    mereka

    Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar yang cenderung dalam ketukangan tangan

    Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah menengah akademik Sebagai persediaan aw al bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalam

    perindustrian negara

    Penawaran MPV di Sekolah Setiap sekolah boleh menaw arkan sehingga empat MPV (mengikut kesediaan sekolah) dengan

    1-2 kelas bagi setiap mata pelajaran. Setiap kelas amali dikendalikan dalam jadual w aktu sekolah

    (mengikut kesesuaian jadual) bagi 20-25 orang murid. MPV diperuntukkan 12 w aktu seminggu

    kecuali mata pelajaran Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer yang dikendalikan dalam

    masa 8 w aktu seminggu.

    Kriteria Pemilihan Sekolah dan Mata Pelajaran Pemilihan sekolah dibuat oleh satu jaw atankuasa terdiri daripada pegaw ai-pegaw ai dari Bahagian

    KPM dan JPN berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu:

  • 3

    (i) Sekolah yang mempunyai kemudahan bengkel, bilik yang boleh diubah suai serta

    ruang f izikal yang mencukupi untuk keperluan mata-mata pelajaran MPV tertentu.

    (ii) Sekolah yang mempunyai guru yang layak dan berminat mengajar MPV yang

    ditaw arkan seperti Guru Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian untuk mata

    pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Tanaman Makanan. Walau

    bagaimanapun, mulai tahun 2003 guru MPV akan ditempatkan di sekolah yang

    memerlukan guru berkaitan.

    (iii) Sekolah yang mempunyai ramai murid yang berminat dalam bidang-bidang tertentu

    MPV. Murid ini juga harus sekurang-kurangnya memperoleh D dalam mata

    pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam peperiksaan PMR. Bagi mur id yang

    mengikuti mata pelajaran, Produksi Bahan Multimedia dan Grafik Berkomputer,

    mereka harus mendapat sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran matematik

    dalam peper iksaan tersebut.

    Lain-lain Kriteria

    (iv) Sekolah yang berdekatan dengan pusat latihan seperti politeknik, SMT/V, Kolej

    Komunit i, Pusat Giat Mara. Pusat latihan ini dapat membantu sekolah dalam

    perkongsian kepakaran, lat ihan dan kemudahan.

    (v) Sekolah yang mempunyai alam persekitaran /kaw asan perindustrian yang boleh

    membantu MPV tertentu seperti kaw asan kilang perabot bagi mata pelajaran

    Membuat Perabot atau kaw asan industri automobil bagi mata pelajaran Menservis

    Automobil dan Menservis Motosikal

    (vi) Sekolah yang pernah/sedang mengendalikan Sekolah Ke Kerjaya akan

    memudahkan pengendalian MPV.

    (vii) JPN menentukan setiap daerah harus ada sekolah yang menaw arkan MPV dan

    taburan penaw aran 22 MPV mengikut daerah harus memudahkan murid

    mengambil mata pelajaran ini.

    Pihak sekolah selain dar ipada dapat memenuhi syarat di atas harus mendapatkan kebenaran

    bertulis daripada ibu/bapa murid yang mengambil MPV. Satu ujian minat/kecenderungan kepada

    murid harus diadakan bagi memilih murid yang berpotensi. Satu taklimat/ceramah kepada murid

    dan PIBG perlu dikendalikan.

  • 4

    Murid boleh mengambil satu atau lebih MPV dengan mata-mata pelajaran teras SPM. Mereka

    juga boleh membuat kombinasi dengan mata pelajaran elektif lain seperti Perdagangan,

    Pendidikan Seni atau Reka Cipta. Walau bagaimanapun, murid tidak boleh membuat kombinasi

    dengan mata-mata pelajaran yang ada kaitan seperti:

    (i) Mata pelajaran berasaskan binaan, Kejuruteraan, ketukangan seperti Pembinaan

    Domestik dan Menservis Peralatan Domestik Elektrik dengan Teknologi

    Kejuruteraan dan Lukisan Kejuteraan

    (ii) Mata pelajaran berasaskan Ekonomi Rumah Tangga seperti Katering dan

    Penyajian dengan Ekonomi Rumah Tangga

    (iii) Mata pelajaran berasaskan pertanian seperti Landskap dan Nurseri, Tanaman

    Makanan dengan Sains Pertanian

    (iv) Mata pelajaran berasaskan komputer seperti Produksi Multimedia, Grafik

    Berkomputer dengan mata pelajaran Teknologi Maklumat

    Bahan-Bahan Kurikulum Sekolah-sekolah yang menaw arkan mata pelajaran ini akan dibekalkan dengan bahan-bahan

    berikut untuk setiap mata pelajaran

    Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Modul Pembelajaran (pengganti buku teks) Tenaga Pengajar dan Latihan Guru Pada peringkat permulaan, guru-guru mata pelajaran berkaitan seperti Kemahiran Hidup,

    Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga dan

    Pertanian akan dipilih untuk mengajar mata-mata pelajaran tersebut.

    Guru-guru ini juga akan diberi latihan kemahiran lanjutan dari masa ke masa. JPN perlu memohon peruntukan tambahan untuk latihan lanjutan ini.

    Bagi membantu guru-guru dalam mengendali ker ja amali, sekolah perlu mendapatkan tenaga pengajar sambilan mahir daripada syarikat atau pusat lat ihan berdekatan

    Untuk rancangan masa panjang, institusi pengajian tinggi (selain dari maktab perguruan) seperti Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra

    Malaysia dan kolej. Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia akan dilibatkan dalam penyediaan bakal-bakal guru.

  • 5

    SINOPSIS 22 MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

    1. MATA PELAJARAN PEMBINAAN DOMESTIK Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran asas kerja pembinaan batu bata dan konkrit yang diperlukan dalam industri pembinaan terutamanya pembinaan rumah. Murid mempraktikkan kerja menerap batu bata dan melepa bata serta kerja konkr it termasuk kerja simen fero. Murid perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan menggunakan cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan menanggalkan peranca (scaffolding) juga didedahkan dengan menekankan kepada penjaminan keselamatan semasa bekerja. Murid yang telah mengikuti mata pelajaran ini boleh menceburi pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang pembinaan seperti penerap batu bata atau pelepa lantai/tembuk atau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan. 2. MATA PELAJARAN MEMBUAT PERABOT Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Murid menguasai kemahiran menghasilkan kerja kayu pada tahap kemasan sederhana melalui projek sepanjang pembelajaran. Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi, rak, meja kecil, bingkai gambar serta pelbagai hiasan dalaman yang menggunakan kayu seperti panel dinding, kabinet dapur, siling dan tingkap. Antara kemahiran yang diberi ialah penggunaan, penyenggaraan alat tangan kerja kayu dan mudah alih, penghasilan pelbagai jenis tanggam, pembinaan projek melalui lukisan kerja. Peluang kerjaya murid yang boleh diceburi termasuk mengusahakan perniagaan sendiri atau bekerja di kedai perabot sebagai pembantu pembuat perabot. 3. MATA PELAJARAN SENI REKA TANDA Mata pelajaran ini digubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran dan ketrampilan dalam bidang reka bentuk dan pembuatan tanda sebagai salah satu produk media komunikasi. Murid didedahkan kepada beberapa aspek reka bentuk dengan tumpuan kepada penghurufan (typography), penggunaan simbol-simbol grafik dan piaw aian w arna dalam menghasilkan kerja. Murid boleh menguasai kemahiran menyediakan projek sebenar bermula daripada penyediaan lakaran pada kertas sehingga penyediaan papan tanda dan teknik pemasangannya. Pengalaman pembelajaran murid termasuk penghasilan lukisan tanda dalam 2D dan 3D kemahiran menggunakan pelbagai teknik manual seperti cat, semburan serta penghasilan lukisan kerja pada pelbagai media seperti kertas, kad, polisterin dan perspek. Penghasilan kerja grafik dengan bantuan komputer (CAS - Computer Aided Signage) juga diperkenalkan. Melalui mata pelajaran ini murid boleh menjadi pelukis atau pembantu pereka grafik di kilang grafik dan pengiklanan atau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan.

  • 6

    4. MATA PELAJARAN MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK Mata pelajaran ini berhasrat membolehkan murid membaiki peralatan elektrik domestik. Murid dilat ih menggunakan alat tangan dan peralatan ujian dengan menekankan langkah keselamatan dan kaedah yang betul dan berkesan. Mur id menguasai kemahiran menguji, mengesan dan mengenalpasti kerosakan serta menyenggara perkakas elektrik di rumah seperti seterika, cerek elektrik, kipas, peti sejuk, alatan audio video. Prospek kerjaya murid termasuk mengusahakan kedai membaiki dan membekal alat elektrik atau bekerja sebagai operator di kilang elektronik. 5. MATA PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengendalian da