bboorraanngg ppeennggeessaahhaann ......mata pelajaran vokasional (mpv) merupakan satu mata...

32
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: LOT 2373 JALAN MURAI, PENGKALAN PEGOH, 31500 LAHAT, PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: Disahkan oleh (TANDATANGAN PENYELIA) CIK SARIMAH BINTI ISMAIL Tarikh: U U N N I I V V E E R R S S I I T T I I T T E E K K N N O O L L O O G G I I M M A AL L A AY Y S S I I A A B B B O O O R R R A A A N N N G G G P P P E E E N N N G G G E E E S S S A A A H H H A A A N N N S S S T T T A A A T T T U U U S S S T T T E E E S S S I I I S S S J J U U D D U U L L : : KEKANGAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR, JOHOR DARUL TAKZIM. S S E E S S I I P P E E N N G G A A J J I I A A N N : : 2008/2009 Saya FARAWAHIDA BINTI YASSIN 791226035366 BP060007 Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (? ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) ? TIDAK TERHAD PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). 24 APRIL 2009 24 APRIL 2009

Upload: others

Post on 21-Mar-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: LOT 2373 JALAN MURAI, PENGKALAN PEGOH, 31500 LAHAT, PERAK DARUL RIDZUAN.

Tarikh:

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENYELIA)

CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

Tarikh:

UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA

BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS

JJJUUUDDDUUULLL::: KEKANGAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR, JOHOR DARUL TAKZIM.

SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2008/2009

Saya FARAWAHIDA BINTI YASSIN

791226035366 BP060007

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (?)

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

?

TIDAK TERHAD

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Catatan: **

9

9

24 APRIL 200

Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekaliini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsapenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kuatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

24 APRIL 200

daripada pihak sebab dan tempoh tesis

fah dan Sarjana secara rsus dan penyelidikan

Page 2: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ......................................

Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

KEKANGAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

FARAWAHIDA BINTI YASSIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ................................... Nama Penulis : FARAWAHIDA BINTI YASSIN Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

DEDIKASI

Untuk mak tersayang dan disanjungi Asemah Bt. Mohd Noh

Kaulah segala-galanya bagi diri ini

Doronganmu sumber ihlamku dan kejayaan ini

Adalah untuk Illahi dan untukmu

Untuk abah Yassin B.Awang yang dikasihi

Jasamu sumber kejayaanku

Untuk semua adik- beradikku yang tersayang

Terutamanya kak long Fadillah, abang Ahmad Sahril dan Ahmad Syamsani,

Untuk adik Siti Hajar dan Siti Aira

Dorongan dan bantuan kalian membakar semangatku

Untuk meneruskan perjuangan ini

Sehingga ke puncak kejayaan

Buat penyelia yang dihormati dan dikagumi

Cik Sarimah Bt Ismail

Segala jasa, bimbingan dan pengorbanan mu

Tidak ternilai dan tidak mampu dijualbeli

Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan taulan

Segala jasa dan sokongan kalian

Tidakkan dilupakan buat selama-lamanya.

Page 6: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

PENGHARGAAN

Penulis merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih yang tidak

ternilai kepada penyelia projek akhir sarjana muda ini iaitu Cik Sarimah Bt. Ismail.

Penulis berasa amat bertuah berada di bawah bimbingan beliau, segala dorongan

dan tunjuk ajar serta komen yang beliau berikan meningkatkan semangat penulis

untuk menghasilkan penyelidikan yang terbaik. Pengorbanan dan kegigihan beliau

dengan meluangkan masa untuk membaca serta menyemak penulisan sepanjang

tempoh penghasilan penyelidikan projek akhir ini amat dihargai. Dan segala jasa

dan dorongan sehingga penulis dapat menghasilkan satu penyelidikan, tidak dapat

dilupakan .

Kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Johor terutamanya Bahagian Pendidikan

Teknik dan Vokasional di atas maklumat dan kebenaran untuk melaksanakan

penyelidikan di sekolah-sekolah amat dihargai. Terima kasih kepada semua

Pengetua, GPK Kurikulum dan semua guru-guru yang mengajar Mata Pelajaran

Vokasional di Negeri Johor.

Penghargaan juga kepada kawan-kawan yang turut membantu memberi idea

dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam membantu

menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

ABSTRAK

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun 2002. Walaupun mata pelajaran ini telah dilaksanakan selama 7 tahun, masih banyak sekolah tidak mencapai 100 peratus dan cadangan untuk melaksanakan mata pelajaran ini di sekolah lain seterusnya seluruh Malaysia terpaksa ditunda kerana beberapa masalah. Tujuan kajian ini, dijalankan adalah untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengajar MPV. Pembolehubah dikaji adalah peruntukan kewangan, kemudahan kelengkapan bengkel dan tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Kajian ini melibatkan 108 guru-guru yang mengajar MPV dari 55 buah sekolah yang menawarkan MPV diseluruh negeri Johor yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Set borang soal selidik digunakan dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science-Version 15.0 (SPSS) bagi mendapatkan frekuansi, peratusan dan min. Daripada tiga persoalan kajian yang dikemukan, didapati aspek kemudahan kelengkapan di bengkel lebih memberi kekangan dengan nilai min 3.42, diikuti dengan aspek peruntukan kewangan dengan min 3.72. Pengetahuan dan kemahiran guru kurang memberi kekangan dengan min 4.27. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah yang dikaji tidak memberi kekangan kepada guru-guru dalam mengajar MPV. Walaupun begitu, disarankan agar aspek kemudahan kelengkapan di bengkel diberi perhatian supaya program MPV ini dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Page 8: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

ABSTRACT

Vocational subject is one of the subjects that have being taught in Malaysia secondary schools. It has been introduced in 2002. Although this subject has been implemented for seven years, many schools failed to achieve 100 percent pass percentage and the idea to implement this subject to other schools throughout Malaysia has been postponed due to some problems. The main purpose of this study is to identify the problems encountered the teacher who taught this subject. The problems identified are financial problem, workshop facilities infrastructure and teachers’ skills and knowledge. The sample of this study was 108 teachers who taught this subject from 55 selected schools in Johore. A set of questionnaires had been used and the data had been analyzed by using Statistical Package for Social Science-Version 15.0 (SPSS 15.0) to get the frequency, percentage and mean. The findings of this study had shown that the workshop facilities infrastructure were the most significant problems that contributed to these problems with the mean of 3.42, followed by financial constraint 3.72. The teacher’s knowledge and skills is the least significant problems with the mean of 3.42. The results of these findings have shown that, these three problems were not the major problems to the subject teachers. However, it has been recommended that the workshop facilities should be improved to ensure the vocational subjects can be carried successfully

Page 9: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 7

1.3 Pernyataan Masalah 14

1.4 Objektif Kajian 15

1.5 Persoalan Kajian 15

1.6 Kepentingan Penyelidikan 16

1.6.1 Guru-guru MPV 16

1.6.2 Pentadbiran Sekolah 17

1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 18

1.7 Skop Kajian 18

1.8 Batasan Kajian 19

1.9 Definisi Istilah 19

1.10 Kesimpulan 20

Page 10: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

2 SOROTAN PENULISAN 21 2.1 Pengenalan 21

2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik

Dan Vokasional 22

2.2.1 Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional

Awal Kemerdekaan 23

2.2.2 Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional

(1970-1990) 25

2.2.3 Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional

(1990 – Sekarang) 25

2.3 Strategi Pelaksanaan Dasar Pembangunan

Pendidikan Vokasional 30

2.4 Program Sekolah Ke Sekolah 32

2.5 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 35

2.6 Peruntukan Kewangan dalam MPV 37

2.7 Kemudahan Dan Kelengkapan Bengkel Dalam

Peralatan 39

2.8 Kepakaran Tenaga Pengajar 42

2.9 Kesimpulan 44

3 METADOLOGI 45 3.1 Pengenalan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 46

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 46

3.4 Instrumen Kajian 48

Page 11: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

3.5 Keesahan Item Soal Selidik 52

3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 52

3.7 Kajian Rintis 53

3.8 Prosedur Kajian 54

3.9 Analisis Data 57

3.10 Kesimpulan 59

4 ANALISIS DATA 60

4.1 Pengenalan 60

4.2 Analisis Demografi 61

4.2.1 Umur 61

4.2.2 Kelayakan Akademik 62

4.2.3 Kelayakan Ikhtisas 63

4.2.4 Pengalaman Mengajar 63

4.2.5 Bidang Pengkhususan 64

4.3 Analisis Persoalan Kajian 65

4.3.1 Analisis Soalan Kajian 1 65

4.3.2 Analisis Soalan Kajian 2 68

4.3.3 Analisis Soalan Kajian 3 71

4.4 Analisis Keseluruhan 74

4.5 Kesimpulan 76

Page 12: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

5 RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN 77

5.1 Pengenalan 77

5.2 Rumusan Kajian 78

5.2.1 Bahagian A 78

5.2.2 Bahagian B 79

5.3 Perbincangan 80

5.3.1 Soalan Kajian 1 80

5.3.2 Soalan Kajian 2 82

5.3.3 Soalan Kajian 3 85

5.4 Cadangan 87

5.4.1 Guru-guru MPV 87

5.4.2 Pihak Pengurusan Sekolah 88

5.4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 89

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.6 Penutup 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN

Page 13: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN 1.1 Senarai Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah

Menengah Akademik Mengikut Bidang Kuasa 3

1.2 Jangkaan Bilangan Sekolah dan Bilangan Murid

yang hendak dicapai oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia 5

1.3 Senarai Mata Pelajaran Vokasional dan

Tahun Pelaksanaan Mengikut Fasa 6

1.4 Taburan Bilangan Sekolah Yang Menawarkan

MPV 8

1.5 Senarai Nama Sekolah Mengikut Daerah

Yang Menawarkan Mata Pelajaran Vokasional

di Negeri Johor 2008. 9

1.6 Peruntukan Baru MPV Bagi Setiap Pelajar 12

Page 14: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

2.1 Strategi Pelaksanaan Dan Pembangunan

Pendidikan Vokasional 31

3.1 Taburan Sampel Kajian 47

3.2 Taburan item soal selidik mengikut latar

belakang responden 49

3.3 Taburan item soal selidik mengikut persoalan kajian 50

3.4 Set Skala Likert 51

3.5 Pekali Alpha Cronbach 53

3.6 Carta Aliran Prosedur Menjalankan Kajian 56

3.7 Analisis Skor Min 61

3.8 Tahap Pertimbangan Peratusan 62

3.8 Skala Pemeringkatan 62

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 65

4.2 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik 66

4.3 Taburan Respoden Mengikut Kelayakan Ikhtisas 67

Page 15: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

4.4 Taburan Respoden Mengikut Pengalaman Mengajar 68

4.5 Taburan Respoden Mengikut Bidang Pengkhususan 68

4.6 Taburan Responden Mengenai Peruntukan Kewangan 70

4.7 Taburan Responden Mengenai Kemudahan Kelengkapan

Bengkel 73

4.8 Taburan Responden Mengenai Kepakaran Guru-guru MPV 76

4.9 Analisis Keseluruhan Dapatan Soalan Kajian 78

Page 16: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

SENARAI SINGKATAN

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia MPV - Mata Pelajaran Vokasional PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum S - Setuju SS - Sangat Setuju STS - Sangat Tidak Setuju SPSS - Statistical Package For Social Science TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju

Page 17: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Akuan Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Jabatan Pelajaran

D Surat Kebenaran Menjalanan Kajian Dari EPRD

E Pengesahan Borang Soal Selidik

Page 18: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan bermakna kemajuan tamadun dan budaya daripada keadaan

daif dan jahil kepada keadaan hidup serba moden dan berperadaban tinggi.

Pembangunan masyarakat dan negara meliputi dimensi pentadbiran, pendidikan,

teknologi, ekonomi, sikap, ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan kualiti hidup.

Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah mengalami perubahan-

perubahan sosial, teknikal, politik dan ekonomi yang pesat. Pembangunan

ekonomi yang rancak di Malaysia telah memberi fokus kepada kepentingan

pembangunan sumber manusia.

Dalam era ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan maklumat (k-

ekonomi), permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional

terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat akibat

kepesatan ekonomi negara yang menuju ke arah negara maju menjelang tahun

2020 (DBKL, 2008). Sumber manusia adalah aset yang paling penting dalam

memenuhi hasrat ini. Latihan kemahiran adalah satu strategi berkesan ke arah

Page 19: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

2

penyediaan guna tenaga negara. Menyedari hakikat ini, Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) diperkenalkan untuk melahirkan individu dan masyarakat

yang berpengetahuan, berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas dalam bidang

pekerjaan yang telah dikenal pasti (Modul Pelaksanaan MPV, 2002).

MPV merupakan satu kumpulan mata pelajaran yang berteraskan

kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik di tingkatan empat

dan lima. MPV ini mula diperkenalkan di sekolah akademik pada tahun 2002.

Program ini menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima

bidang kerjaya iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan

komputer.

Pernyataan di atas diperkukuhkan lagi dengan kata-kata Menteri Pelajaran

Malaysia dalam Perutusan Tahun Baru 2002 iaitu :

“...Pada masa yang sama kita akan terus menyediakan peluang yang lebih kepada murid untuk memilih mata pelajaran mengikut minat dan potensi mereka. Untuk itu kita akan memperluaskan mata pelajaran vokasional di sekolah-sekolah akademik harian biasa yang boleh dipilih oleh pelajar yang kurang berminat dalam mata pelajaran akademik. Kita telah mengenal pasti 22 mata pelajaran vokasional yang boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah harian biasa dan mulai tahun ini sebanyak 8 mata pelajaran akan dilaksanakan di 104 sekolah menengah harian dan 14 lagi mata pelajaran akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2005 nanti. Langkah ini sejajar dengan usaha untuk menyediakan peluang kepada sekurang-kurangnya satu per tiga daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil bidang bercorak vokasional menjelang tahun 2010 nanti di mana sebenarnya sudah menjadi amalan di beberapa negara maju seperti Jepun dan Jerman.”(Perutusan Tahun Baru, Menteri Pendidikan, Laman Web Rasmi KPM, 2002 (http://www.moe.gov.my/ucapan/ka401.htm)

Page 20: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

3

Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam

memperkenalkan mata pelajaran ini adalah untuk melahirkan pelajar dalam

bidang usaha yang revelen dan bermakna untuk membolehkan mereka

mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan sendiri atau meneruskan latihan

di peringkat yang lebih tinggi.

Untuk mencapai matlamat tersebut, pihak KPM mencadangkan

pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional mengikut bidang kerjaya seperti yang

disenaraikan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Senarai Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah

Akademik Mengikut Bidang Kerjaya Bidang Kerjaya Mata Pelajaran

Pembinaan

Pendawaian Domestik Kerja Paip Domestik Kimpalan Arka dan Gas Pembinaan Domestik

Teknotani

Tanaman Makanan Akuakultur dan Haiwan Rekreasi Landskap dan Nurseri

Ekonomi Rumah tangga

Katering dan Penyajian Pemprosesan Makanan Rekaan dan Jahitan Pakaian Hiasan Dalaman Asas Perkhidmatan Penjagaan Geriatik Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pembuatan

Membuat Perabot Seni Reka Tanda Menservis Automotif Mengetuk & Mengecat Automotif Menservis Peralatan Elektrik Domestik Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman

Udara Aplikasi Komputer Produksi Bahan Komputer

Grafik Berkomputer Sumber: Kertas Kerja Perancangan dan Pengurusan Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik (2002)

Page 21: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

4

Mata pelajaran ini adalah peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran

Hidup di peringkat menengah rendah. (Buku Penerangan dan Penawaran Mata

Pelajaran-Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik Harian,

2002).

Pihak KPM berharap agar sasaran yang pertama iaitu mulai tahun 2002

hingga 2005 tercapai. Pada awalnya, pihak KPM telah mensasarkan sebanyak

100 buah sekolah sebagai perintis dan seterusnya semua sekolah menengah

akademik biasa akan menawarkan mata pelajaran tersebut. Ini adalah

berdasarkan kepada perancangan untuk memastikan 35 % pelajar di tingkatan 4

akan mengikuti kursus teknikal vokasional dan kemahiran asas industri dalam

masa 10 tahun akan datang. Menurutnya lagi, mata pelajaran vokasional akan

dapat mengatasi masalah pelajar yang tidak mendapat tempat untuk mengikuti

kursus yang tidak begitu menekankan pengetahuan akademik secara berperingkat

(Musa Mohamad, 2003).

Jadual 1.2 memperlihatkan jangkaan bilangan sekolah dan pelajar yang

telah disasarkan dan ingin dicapai oleh pihak KPM

Page 22: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

5

Jadual 1.2: Jangkaan Bilangan Sekolah dan Bilangan Murid yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Bilangan Sekolah Bilangan Murid Tahun Tkt 4 Tkt 5 Jumlah Tkt 4 Tkt 5 Jumlah 2002 104 - 104 6000 - 6000

2003 100 104 204 18000 6000 24000

2004 100 204 304 30000 18000 48000

2005 100 304 404 42000 30000 72000

2006 100 404 504 54000 42000 96000

2007 100 504 604 66000 54000 120000

2008 100 604 704 78000 66000 144000

Sumber: Kertas Kerja Perancangan dan Pengurusan Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik, JPN Johor 2002.

Pada awal pelaksanaan MPV ini, sebanyak 60 buah sekolah menengah

harian di seluruh negara dipilih untuk projek rintis bagi memperkenalkan mata

pelajaran vokasional. Jadual 1.3 di sebelah menunjukkan senarai mata pelajaran

vokasional yang ditawarkan mengikut fasa dan tahun pelaksanaannya.

Page 23: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

6

Jadual 1.3: Senarai Mata Pelajaran Vokasional dan Tahun Perlaksanaan mengikut Fasa

TAHUN PELAKSANAAN

BIL

MATA PELAJARAN

Fasa 1 2002

Fasa 2 2003

Fasa 3 2004

Fasa 4 2005

1. Pembinaan Domestik X 2. Membuat Perabot X 3. Seni Reka Tanda X 4. Kerja Paip Domestik X 5. Pendawaian Domestik X 6. Kimpalan Arka dan Gas X 7. Menservis Automotif X 8. Mengetuk dan Mengecat Kereta X 9. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara X 10. Menservis Peralatan Elektrik Domestik X 11. Rekaan dan Jahitan Pakaian X 12. Katering dan Penyediaan Makanan X 13. Pemprosesan Makanan X 14. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut X 15. Hiasan Dalaman Asas X 16. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak X 17. Perkhidmatan Penjagaan Geriatik X 18. Landskap dan Nurseri X 19. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi X 20. Tanaman Makanan X 21. Produksi Bahan Makanan X 22. Grafik Berkomputer X

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008).

Pada satu ketika dulu, masyarakat Melayu terutamanya ibu bapa tidak

begitu suka dengan kursus vokasional. Mereka lebih mahukan anak-anak

mengikuti kursus akademik. Oleh sebab itu, wujud satu dasar untuk tidak lagi

mengadakan kursus vokasional. Sekarang ini, Malaysia kembali kepada dasar

lama kerana negara semakin maju dan sedang menuju ke arah industri global.

Oleh itu, kementerian memperkenalkan mata pelajaran vokasional

memandangkan keperluan guna tenaga sekarang

(http://www.kementerianpendidikan.moe.edu.my).

Page 24: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

7

Ini menunjukkan bahawa, betapa pentingnya pelaksanaan mata pelajaran

vokasional di sekolah-sekolah akademik masih lagi kurang diberi perhatian.

Melalui pembacaan dan pandangan sepintas lalu terhadap kajian-kajian lepas,

timbullah minat pihak penyelidik untuk membuat tinjauan lebih terperinci

terhadap kekangan yang timbul dalam pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah

menengah negeri Johor.

1.2 Latar belakang Masalah

Dalam era k-ekonomi kini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal

dan vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin

meningkat. Ini kerana keperluan sumber manusia dalam sektor industri semakin

bertambah. Menyedari hakikat ini, mata pelajaran vokasional (MPV) telah

diperkenalkan untuk mewujudkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita

yang berkemahiran, berpengetahuan dan terlatih dalam perkara asas dalam

beberapa bidang pekerjaan yang telah dikenal pasti. Mereka yang berminat dan

cenderung dalam bidang ini telah disediakan program yang sesuai dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan mengikut keperluan perancangan.

Kurikulum yang besesuaian dengan keperluan semasa amat perlu bagi

generasi hadapan supaya lebih bersedia menempuhi pembangunan akan datang

dan juga kemajuan teknologi. Dalam menyempurnakan pelaksanaan mata

pelajaran vokasional (MPV) di sekolah akademik ini, pelbagai kekangan yang

timbul seperti dalam aspek peruntukan kewangan, kelengkapan bengkel, masalah

tenaga pengajar dan pelajar. Sehingga sekarang masalah-masalah tersebut telah

dikaji. Melalui hasil daripada pembacaan kajian-kajian lepas, kebanyakan kajian

Page 25: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

8

mereka hanya berfokus kepada sesetengah mata pelajaran saja seperti kajian

terhadap mata pelajaran Membuat Perabot (Zainudin, 2004), Kajian Permasalahan

Katering dan Penyediaan Makanan (Mohd.Amirul, 2003), Landskap dan Nurseri

(Haryanti Mohammad, 2003) dan Kajian Terhadap Seni Reka Tanda (Ahmad

Bushra, 2004 dan Haznifah Ayub, 2006).

Maka dengan itu, penyelidik telah mengambil keputusan untuk membuat

kajian terhadap semua mata pelajaran vokasional di negeri Johor bagi

mengesahkan lagi tentang kekangan tersebut dan tahap kekangan setelah 7 tahun

dilaksanakan. Penyelidik telah mendapati bahawa di negeri Johor terdapat 10

daerah dan sebanyak 55 buah sekolah menengah akademik yang menawarkan

mata pelajaran vokasional sehingga tahun ini. Daerah-daerah tersebut adalah

seperti Daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai, Batu Pahat, Segamat, Pasir Gudang,

Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Muar. Jadual 1.4 adalah taburan bilangan

sekolah yang menawarkan MPV mengikut daerah dan Jadual 1.5 adalah taburan

sekolah yang menawarkan MPV.

Jadual 1.4: Taburan Bilangan Sekolah Yang Menawarkan MPV

DAERAH BILANGAN SEKOLAH

Muar 9 Kulai 4 Pontian 5 Kluang 6 Segamat 5 Mersing 4 Batu Pahat 5 Kota Tinggi 5 Johor Bahru 6 Pasir Gudang 6

Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008)

Page 26: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

9

Jadual 1.5 : Senarai Nama Sekolah Mengikut Daerah Yang Menawarkan Mata Pelajaran Vokasional di Negeri Johor 2008.

Daerah Sekolah Jumlah Sekolah

Muar

SMK Ledang SMK Pekan Baru SMK Parit Bunga SMK Jalan Jonit SMK Bukit Pasir SMK Tun Mamat SMK Bukit Gambir SMK Tengku Mahkota SMK Tun Seri Lanang

9

Kulai

SMK Kelapa Sawit SMK Taman Puteri SMK Kangkar Pulai SMK Bandar Tenggara

4

Pontian

SMK Ayer Baloi SMK Seri Kukup SMK Seri Tanjung SMK Telok Kerang SMK Kayu Ara Pasong

5

Johor Bahru

SMK Seri Perling SMK Tasek Utara 2 SMK Permas Jaya 2 SMK Bandar Baru Uda SMK Taman Bukit Indah SMK Dato Abd Rahman Yassin

6

Kluang

SMK Kahang Timur SMK LKTP Belitong SMK Layang-Layang SMK Sultan Abdul Jalil SMK Taman Seri Kluang SM Tengku Aris Bendahara

6

Segamat

SMK Buloh Kasap SMK LKTP Maokil SMK LKTP Pemanis SMK Tenang Stesyen SMK Dato Bentara Dalam

5

Mersing

SMK Mersing SMK Anjung Batu SMK Ungku Husin SMK Tan Sri Abdul Kadir

4

Page 27: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

10

Batu Pahat

SMK Dato Onn SMK Senggarang SMK Tunku Putra SM Datuk Menteri SMK Penghulu Saad

5

Kota Tinggi

SMK Air Tawar SMK Bandar Mas SMK Bandar Easter SMK Tanjung Datuk SMK Bandar Kota Tinggi

5

Pasir Gudang

SMK Pasir Gudang SMK Taman Daya SMK Taman Daya 3 SMK Dato Penggawa Timur SMK Desa Jaya SMK Taman Perling Jaya

6

JUMLAH 55

Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008)

MPV diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah akademik adalah untuk

memberi kemahiran kepada pelajar-pelajar yang sederhana pencapaiannya.

Banyak sekolah yang memohon untuk mengadakan kelas MPV tetapi terpaksa

ditolak pemohonan mereka atas sebab tidak memenuhi syarat pertauliahan KPM

seperti kekurangan kemudahan asas seperti bengkel dan alatan, ketiadaan bahan,

keadaan bangunan yang belum siap dan kekurangan guru teknikal yang sanggup

dan mampu mengendalikan kelas tersebut. Dengan ini juga, menyebabkan

pelajar-pelajar kurang bersedia untuk mengikuti mata pelajaran ini. Sebagai

contohnya bagi pelajar yang mengikuti mata pelajaran Landskap dan Nurseri,

pelajar terpaksa bekerja di bawah cahaya matahari dan pelajar “bandar”, mereka

tidak biasa dengan aktiviti bercucuk tanam.

(http://www.mpb/edu.my/penyelidikan//jurnal2006/SitiZ06).

Page 28: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

11

Dalam penawaran sesuatu mata pelajaran vokasional tingkatan 4 ini,

terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan oleh KPM yang perlu dipatuhi oleh

sekolah-sekolah iaitu :

i. mempunyai kemudahan asas

ii. ada guru yang sesuai dan berminat

iii. ramai pelajar yang sesuai

iv. berdekatan dengan pusat latihan

v. kawasan perindustrian sesuai dengan mata pelajaran

berkaitan

vi. pernah atau sedang melaksanakan program Sekolah Ke

Kerjaya

Sumber : Modul Penawaran MPV, Jabatan Pelajaran Negeri Johor

(2008)

KPM telah menjelaskan bahawa kadar bantuan perkapita (PCG) bagi

MPV adalah sebanyak RM65.00 untuk seorang murid setahun (Pekeliling

Kewangan Bil. 5 Tahun 2002). Walau bagaimanapun, terdapat ramai guru yang

mengendalikan kelas-kelas MPV menyatakan bahawa jumlah peruntukan ini

kurang mencukupi untuk melaksanakan semua modul yang telah digariskan

dalam kurikulum kerana setiap modul perlu mengadakan amali dan memerlukan

peruntukan yang tinggi untuk penyediaan bahan-bahan yang berkaitan. Mereka

mencadangkan agar peruntukan ini dikaji semula (Haryati, 2003).

Menurut Laporan Mata Pelajaran MPV bagi sekolah-sekolah negeri Johor,

kadar RM65.00 itu tidak mencukupi bagi pembelian bahan habis guna atau bahan

mentah. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 29: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

12

dengan Kerjasama JPN sedang merayu kepada Bahagian Kewangan agar dapat

memberi kadar PCG yang baharu (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2004).

Kewangan yang telah diperuntukan oleh KPM bagi mata pelajaran

membuat perabot perlu dikaji semula bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini adalah kerana, mata pelajaran membuat perabot memerlukan

kos yang tinggi. Guru-guru sukar melaksanakan projek kerana wang yang telah

diperuntukan tidak mencukupi untuk membeli bahan. Justeru itu, guru-guru

terpaksa menggunakan peruntukan kewangan bagi mata pelajaran lain untuk

menampung kos membeli bahan projek (Zainuddin, 2004).

Kesan daripada rayuan dan cadangan, pihak KPM telah membuat

peruntukan yang baru bagi MPV (Sujak, 2008). Pada masa kini, peruntukan baru

bagi mata pelajaran vokasional setiap pelajar setahun telah ditambah kepada :-

Jadual 1.6 Peruntukan Kewangan Baru MPV Bagi Setiap Pelajar Bidang Peruntukan

Pembinaan dan Aplikasi

Komputer

RM 210 seorang

Pembuatan, Teknotani , Ekonomi

Rumah Tangga

RM220 seorang

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008).

Walaupun telah diberi peruntukan baru, namun masih terdapat guru-guru

hanya memberi teori sepanjang enam masa apabila peruntukan kewangan untuk

membeli bahan belum diterima oleh pihak sekolah. Di salah sebuah sekolah, di

mana MPV baru sahaja diperkenalkan dan telah mempunyai bengkel

Page 30: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

13

Pemprosesan Makanan yang dilengkapi dengan peralatan tetapi gurunya

menghadapi masalah mendapatkan bahan masakan untuk melaksanakan kelas

amali. Kadang-kadang, terdapat guru menggunakan wang sendiri untuk membeli

bahan masakan kerana wang peruntukan belum diterima oleh pihak sekolah untuk

mendapatkan sumber makanan dalam kelas amali. Hasil masakan yang telah

dimasak dijual kepada guru-guru bagi mendapatkan ‘tabung kelas’ (Siti Zahara,

2008).

Masalah tenaga pengajar turut dihadapi dalam pelaksanaan MPV ini.

Mengikut garis panduan Lembaga Peperiksaan Malaysia (2002), guru-guru yang

diberi mandat untuk mengajar Mata Pelajaran Vokasional ini adalah guru-guru

yang berminat dan berkelayakan atau mempunyai sekurang-kurangnya sijil atau

diploma perguruan dalam opsyen yang berkaitan atau yang berlatar belakangkan

Kemahiran Hidup, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Ketukangan, Ekonomi Rumah

Tangga, Pertanian dan Kejuruteraan. Bagi mendapatkan pelajar yang

berkemahiran, para guru dan pendidik perlu meningkatkan kemahiran mereka

terlebih dahulu.

Kebanyakan sekolah, guru-guru yang berpendidikan teknikal adalah

kurang. Kesan daripada masalah kekurangan ini, maka pengajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah harian, sebahagiannya

dilaksanakan oleh guru-guru bukan daripada opsyen berkenaan. Terdapat juga

guru-guru bukan opsyen diberi kepercayaan untuk mengikuti kursus dalam

perkhidmatan bagi mata pelajaran tersebut sebagai opsyen iringan seterusnya

menjadi guru Kemahiran Hidup sepenuhnya (Siti Zahara, 2006).

Page 31: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

14

Masalah guru juga timbul, apabila pihak pentadbir sekolah memilih subjek

tertentu untuk diajar manakala minat dan kepakaran guru tertentu di sekolah

berkenaan adalah berbeza. Pengajaran Mata Pelajaran Vokasional ini juga

terganggu bila guru terbabit bercuti, bertukar ataupun naik pangkat. Ini kerana,

guru lain yang dijadikan penganti belum tentu mempunyai kepakaran dan minat

yang sama dengan guru tersebut (Indrawati, 2003).

1.3 Pernyataan Masalah

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik

merupakan satu siri mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang

ditawarkan khas untuk pelajar di sekolah akademik menengah atas dan ianya

telah diperkenalkan pada tahun 2002. Namun begitu, perlaksanaannya sudah

melepasi keempat-empat fasa. Walaupun sudah 7 tahun program ini dijalankan,

masih banyak sekolah yang tidak mencapai 100 peratus dalam SPM dan cadangan

untuk melaksanakan di sekolah ain terpaksa ditunda kerana didapati pelbagai

kekangan yang timbul seperti dari aspek peruntukan kewangan, sukatan mata

pelajaran, kemudahan kelengkapan, bengkel dan pengurusan jadual waktu, tenaga

pengajar dan pelajar-pelajar.

Lantaran itu, kajian yang bakal dijalankan adalah diharapkan dapat

mengenal pasti tahap kekangan yang masih dihadapi oleh pihak-pihak yang

terlibat dalam melaksanakan program MPV ini. Aspek yang dilihat dalam kajian

ini adalah dari segi peruntukan kewangan, kemudahan kelengkapan bengkel dan

persediaan dalam pengetahuan dan kemahiran guru yang mengajar

Page 32: BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN ......Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun

15

1.4. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh

guru-guru dalam melaksanakan sukatan mata pelajaran vokasional dari aspek:

1. peruntukan kewangan

2. kemudahan kelengkapan bengkel.

3. pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar

1.5 Soalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai, iaitu:

1. adakah masih terdapat kekangan terhadap peruntukan kewangan yang

diberikan dalam melaksanakan MPV?

2. adakah masih terdapat kekangan kemudahan kelengkapan bengkel

dalam melaksanakan MPV?

3. adakah masih terdapat kekangan dari aspek pengetahuan dan kemahiran

dalam kalangan guru-guru yang mengajar MPV?