buku disiplin smk batu 8

Upload: mohd-saiful-hisyam-jasni

Post on 05-Oct-2015

187 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Buku Disiplin SMK Batu 8. Kemaskini 2015.

TRANSCRIPT

  • 1

    BAB 1 :UMUM

    1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek ,rohani,emosi dan jasmani ,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia ,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

    1.2.1 IDENTITI SEKOLAH

    1.2.1 LENCANA SEKOLAH

    Lencana sekolah berbentuk segi lima yang melambangkan ilmu dan Prinsip Rukun Negara. Lencana ini mempunyai tiga warna iaitu merah,kuning, dan biru.Warna merah melambangkan keberanian menempuh sebarang ujian atau cabaran.Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara.Warna biru pula melambangkan perpaduan kaum melayu,cina dan india.

    MOTO PADA LENCANA

    USAHA BERTERASKAN ILMU : SMKB8 BERMATLAMAT JELAS DAN BERNIAT SUCI MEMERTABATKAN ILMU

    WARNA DAN LAMBANG LENCANA

    BIRU : PERPADUAN MERAH : KEBERANIAN KUNING : KESETIAAN

  • 2

    RODA BERGERIGI : BERMUAFAKAT DAN BERTEKNOLOGI OBOR : GURU MENDIDIK MENERANGI ANAK BANGSA

    MENCAPAI ILMU PENGETAHUAN 3 TUBUH MANUSIA : KEKUATAN PERPADUAN BANGSA MALAYSIA 14 JALUR DAN PERISAI : PELINDUNG BAGI MENANGKIS ANCAMAN

    1.2.2 WARNA BENDERA SEKOLAH

    PUTIH : KESUCIAN KUNING : KETAATAN MERAH : KEBERANIAN HITAM : KESETIAAN

    1.2.3 VISI

    SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

    1.2.4 MISI

    MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

    1.2.5 MATLAMAT

    Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan Negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

    1.2.6 FALSAFAH SMKBL

    Pendidikan di SMKBL adalah suatu usaha berterusan peningkatan khidmat profesionalisme bagi

    menjayakan kelangsungan pembangunan holistik pendidikan akademik yang berkesan dan

    menyeronokkan untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin, berilmu, bertanggungjawab, berakhlak

    mulia dan meninggikan daya saing bagi memenuhi aspirasi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dan dasar-dasar pendidikan negara.

  • 3

    1.2.7 MOTO SMKBL

    USAHA BERTERASKAN ILMU

    1.2.8 OBJEKTIF SMKBL

    Mendidik ke arah perkembangan emosi, intelek , rohani dan jasmani bagi melahirkan murid yang cemerlang sahsiah, akademik dan kokurikulum.

    Mendidik ke arah warga yang berminat, berpengetahuan dan berkemahiran dalam sains dan teknologi.

    Mewujudkan warga yang membina dan menghayati budaya selaras dengan budaya Malaysia

    Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

    Membina persepakatan dengan kerja berpasukan dalam sistem pengurusan yang berkesan

    1.2.9 PIAGAM PELANGGAN SMKBL

    Menyediakan perkhidmatan pengurusan sekolah yang mesra, cekap dan pantas.

    Memberikan kepemimpinan intruksional yang berkualiti melalui sistem penyampaian berkesan

    Mengadakan kepemimpinan transformasional yang disenangi serta mudah diterima oleh semua

    Menjalankan kajian tindakan sebagai agenda meningkatkan kecemerlangan pembelajaran

    pengajaran

    Mengembangkan daya kreativiti dan inovatif dalam mencapai kualiti dan disiplin murid yang

    tinggi

    Menyediakan pelbagai peluang mengikuti aktiviti kokurikulum dan sukan yang berkualiti

    1.2.10 LAGU SEKOLAH

  • 4

    MEMBINA AKHLAK YANG MULIA

    MENIMBA ILMU PENGETAHUAN

    MENJADI ASAS KEPADA KAMI

    SEKOLAH MENENGAH BATU LAPAN

    TAAT KEPADA SEMUA

    MENEPATI CITA KAMI

    USAHA BERTERASKAN ILMU

    COGAN KATA DIPERJUANGKAN

    1.2.11 IKRAR PELAJAR

    Bahawa kami pelajar-pelajar

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAPAN

    berikrar , akan menjadi insan yang seimbang

    dari segi jasmani,rohani,emosi dan intelek

    dengan mengamalkan etika pelajar

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAPAN;-

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    TAAT KEPADA IBU BAPA

    MENGHORMATI RAKAN

    MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH

    SENTIASA BERKERJASAMA

    BERDISIPLIN,AKTIF,BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA

    BAB 2 DISIPLIN

  • 5

    2.1 PERATURAN AM SEKOLAH

    PENDAHULUAN

    2.1.1 MAKSUD DISIPLIN

    Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran;DISIPLIN Ditakrifkan sebagai;

    Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang samada disiplin itu dikenakan dari orang lain atau dengan kerelaan diri sendiri.

    Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib. Kesanggupan menghormati hak individu lain. kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan

    orang lain. Kesanggupan menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-

    menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta

    sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

    2.1.2 MATLAMAT DISIPLIN

    Disiplin akan melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga,masyarakat,institusi-institusi pendidikan,sosial serta negara.Disiplin diri adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila,bersatu padu ,berdemokratik,adil,liberal dan progresif serta membentuk individu yang kreatif dan mempunyai kesedaran diri untuk terus bergerak menuju kejayaan yang diingini.

    2.1.3 PRINSIP ASAS DISIPLIN

    Disiplin sekolah digubal berasaskan kepada prinsip-prinsip yang berikut;

    Keadilan dan layanan yang sama rata. Pertimbangan minat dan keperluan murid. Kebebasan tertakluk kepada undang-undang. Menghormati individu lain. Perhubungan yang baik dan harmoni.

    2.1.4 PERATURAN AM

  • 6

    2.1.4 Waktu Persekolahan

    SESI PAGI

    Isnin hingga Khamis : 7.20 pagi 1.05 petang

    Jumaat : 7.20 pagi 12.30 tengahari

    SESI PETANG

    Isnin hingga Khamis : 1.05 petang 6.50 petang

    Jumaat : 2.30 petang 6.50 petang

    TINGKATAN 6

    Isnin hingga Khamis : 7.20 pagi 1.50 petang

    Jumaat : 7.20 pagi -- 12.30 tengahari

    2.1.5 Permulaan hari Persekolahan

    Semua murid mesti berada di kawasan sekolah sepuluh minit sebelum sesi persekolahan bermula.

    Loceng permulaan persekolahan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi untuk sesi pagi dan pada pukul 1.05 petang dan 2.20 petang (Jumaat) untuk sesi petang.

    Murid-murid dikehendaki beratur di dalam barisan mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan dengan senyap untuk pengumuman dan pemeriksaan pengawas. Murid tidak dibenarkan berjalan atau bergerak ke mana-mana sehingga di arahkan oleh guru bertugas.

    Murid beratur diluar bilik kelas dan masuk ke dalam kelas bersama-sama guru kelas (kecuali hari isnin)

    2.1.6 Adab Belajar

    Murid - murid dikehendaki duduk di tempat yang telah ditetapkan samada di kelas sendiri atau di bilik-bilik khas seperti bengkel,bilik seni dan makmal.Anda dilarang berpindah-pindah tempat duduk.

    Murid - murid dilarang meminjam buku/alat tulis dari kelas lain semasa waktu belajar atau pada masa pertukaran waktu.

  • 7

    Murid - murid tidak dibenarkan meminum air semasa guru mengajar.Mereka yang hendak minum air mestilah meminta kebenaran guru dahulu.

    Murid - murid tidak mengambil sesuatu mata pelajaran atau kertas ujian tidak dibenarkan meninggalkan kelas.Mereka dikehendaki bersama-sama kelas dan mengulang kaji pelajaran dengan senyap dalam kelas di bawah pengawasan guru.

    Murid - murid dikehendaki mengambil tahu, mengambil berat serta mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan,pusat sumber, makmal sains bengkel dan lain-lain.

    Murid - murid yang meninggalkan bilik darjah kerana hal kecemasan mesti diiringi oleh salah seorang AJK misalnya murid sakit yang hendak ke bilik PBSM /bilik HEM.

    Semua Murid - murid mesti turun ke padang untuk melaporkan diri kepada guru pendidikan jasmani (PJ), murid yang sakit juga mesti melaporkan diri kepada guru PJ.

    Murid - murid PJ mesti bertukar pakaian dengan pantas dan beratur pulang ke bilik darjah sebelum guru waktu berikutnya masuk ke kelas.

    Murid - murid PJ mesti meminta kebenaran guru PJ untuk pergi ke tandas. Murid - murid yang hendak meninggalkan bilik darjah pada waktu belajar mesti memakai

    pas keluar.Pas keluar ini hanya boleh diperolehi dari guru. Tiap-tiap mesti hadir ke sekolah pada hari persekolahan. Bagi Murid - murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu , ibu bapa atau

    penjaga hendaklah menghantar surat akuan doktor/surat pengesahan ibu bapa/penjaga. Surat cuti daripada ibu bapa atau penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul

    yang sesuai.Surat yang menggunakan kertas buku latihan atau sampul surat TIDAK akan dilayan.

    Murid - murid yang meniru tandatangan ibu bapa atau penjaga akan dihukum. Semua Murid - murid mesti memberi nombor telefon rumah atau pejabat ibu bapa atau

    penjaga kepada guru tingkatan.JIKA INI TIDAK DAPAT DILAKUKAN, NOMBOR TELEFON SAUDARA ATAU JIRAN MESTI DIBERI UNTUK DIHUBUNGI SEWAKTU KECEMASAN.

    Murid - murid dilarang berada di kawasan larangan kecuali dengan kebenaran. Murid - murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik /di sepanjang koridor di luar darjah

    semasa waktu rehat. Menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru. Mengamalkan sikap rajin bertanya dan membuat rujukan sendiri. Menyediakan jadual waktu belajar sendiri. Membiasakan diri membaca buku ,bukan sahaja buku teks tetapi juga buku-buku

    rujukan tambahan yang boleh didapati di Perpustakaan atau tempat lain-lain. Memahirkan diri dengan teknik-teknik belajar yang bersistematik seperti cara

    mengambil/mencatat nota,mengulang kaji pelajaran,konsep cemerlang dan sebagainya. Menyempurnakan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru dengan baik. Berusaha meningkatkan prestasi pencapaian diri dalam bidang akademik dan kokurikulum.

  • 8

    2.1.7 Tamat Sesi Persekolahan

    Murid-murid yang bertugas dikehendaki membersihkan kelas, menyusun kerusi meja, membersihkan papan putih dan mengosongkan bakul sampah 5 minit sebelum loceng tamat persekolahan dibunyikan.

    Apabila loceng tamat persekolahan dibunyikan murid mesti bersurai mengikut arahan yang diberikan selepas mengucapkan terima kasih kepada guru.

    Ketua tingkatan hendaklah mengunci kelas dengan baik sebelum balik. Murid-murid dikehendaki balik terus ke rumah setelah waktu persekolahan tamat.

    2.2 KELEWATAN HADIR KE SEKOLAH

    2.2.1 Murid dianggap lewat sekiranya sampai ke sekolah selepas loceng permulaan

    persekolahan dibunyikan.

    2.2.2 Nama murid yang lewat akan dicatat oleh pengawas/ guru disiplin dan mendapatkan

    surat izin masuk ke kelas yang ditanda tangan oleh pentadbir atau guru disiplin

    tanpa surat izin murid yang lewat TIDAK DIBENARKAN masuk ke kelas. Slip

    itu pula dibawa dan diberikan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas pada

    waktu berkenaan untuk dicatatkan kelewatan dalam BKK.

    2.2.3 Tindakan-tindakan berikut akan diambil oleh guru disiplin berhubung dengan kelewatan murid.

    (i) Datang lewat kali pertama selepas loceng permulaan persekolahan dibunyikan. Amaran secara lisan

    (ii) Datang lewat kali ke-2. Denda perkhidmatan komuniti membersihkan bangunan dan kawasan sekolah atau lain-lain perkhidmatan komuniti yang difikirkan perlu sesuai. Denda tersebut direkodkan dalam borang profil disiplin murid.

    (iii) Datang lewat kali ke-3. Denda perkhidmatan komuniti dan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga. Direkodkan di dalam borang profil disiplin murid.

    (iv) Datang lewat kali ke-4. Ibubapa dihubungi dan denda khidmat komoniti.Kemudian direkodkan di dalam borang profil disiplin murid.

  • 9

    (v) Datang lewat kali ke-5. Hantar surat Amaran Pertama kepada ibubapa/penjaga. Sesi kaunseling diberikan kepada murid. Mata penalti diberikan. Direkodkan di dalam borang profil murid.

    (vi) Datang lewat kali ke-6, rotan 1 kali. Sesi kaunseling diberikan kepada murid. Direkodkan dalam borang profil disiplin murid. Ibubapa dimaklumkan dan dipanggil. Sesi kaunseling.

    (vii) Datang lewat kali ke-1. Surat Amaran Kedua. Ibubapa dipanggil. Rotan 2 kali. Sesi kaunseling. direkodkan dalam borang profil disiplin murid.

    (viii) Datang lewat kali ke-21. Mesyuarat lembaga disiplin. Murid digantung sekolah, ibubapa atau penjaga menandatangani Surat Perjanjian Berkelakuan Baik. Sesi kaunseling.

    (ix) Lewat kali ke-26. Mesyuarat lembaga disiplin. Murid dibuang sekolah.

    2.3 KEHADIRAN KE SEKOLAH

    Setiap murid perlu hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Sekiranya tidak hadir sebab sakit atau sebab-sebab lain murid dikehendaki menyerahkan surat doktor atau surat rasmi daripada ibubapa atau penjaga. Murid yang meninggalkan sekolah sebelum cukup 2 jam berada di sekolah akan dianggap tidak hadir.

    2.4 PONTENG SEKOLAH

    2.4.1 Ponteng sekolah beerti tidak datang ke sekolah atau meninggalkan sekolah sebelum cukup 2 jam ia berada di dalam kelas tanpa:-

    (i) Surat akuan sakit daripada doktor.

    (ii) Surat sah daripada ibubapa/penjaga.

    2.4.2 Murid-murid yang tidak menyerahkan surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah akan dikira ponteng sekolah.

    2.4.3 Tindakan berikut akan diambil terhadap murid yang ponteng sekolah.

    Surat Amaran Ponteng Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut

    Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut

    Amaran Pertama Pada hari ketiga Pada hari ke-10

  • 10

    Amaran Kedua Amaran Terakhir Buang Sekolah Jumlah Hari Tidak Hadir

    7 hari selepas amaran pertama 7 hari selepas amaran kedua 14 hari selepas amaran terakhir 31 hari

    10 hari lagi selepas amaran pertama 20 hari lagi selepas amaran kedua 20 hari lagi selepas amaran terakhir 60 hari bukan berturut-turut

    2.5 PONTENG KELAS

    (i) Ponteng kelas bererti keluar kelas tanpa pas keluar/kebenaran.

    (ii) Satu pas hanya dibenarkan kepada seorang murid sahaja(kecuali urusan ke tandas bagi murid perempuan).

    (iii) Tindakan disiplin akan diambil terhadap murid yang ponteng surat amaran akan diberikan kepada murid tersebut.

    2.6 WAKTU LARANGAN KELUAR KELAS / KE TANDAS

    (i) Pada waktu pertama.

    (ii) Pada waktu terakhir sebelum rehat.

    (iii) Pada waktu pertama selepas rehat.

    (iv) Pada waktu terakhir.

    (v) Masa pertukaran waktu pembelajaran.

    2.7 TATATERTIB

    2.7.1 Pakaian Seragam (Surat Pekelibng Ikhtisas 3/1983)

    Murid-murid tidak dibenarkan menulis, menghias, menconteng, dan mewarnakan pakaian seragam sekolah.

    2.7.1.1 Pakaian murid lelaki

    (i) Baju

  • 11

    (a) Warna putih lengan pendek satu poket di sebelah kiri atas (b) Butang putuih dijahit dengan benang putih. (c) Bilangan butang mesti lengkap dan sentiasa dikenakan. (d) Bahagian bawah baju mesti dimasukkan ke dalam seluar. (e) Singlet atau t-shirt dalam hendaklah serba putih.

    (ii) Seluar

    (a) Bewarna hijau kehitam-hitaman (dark olive) (b) Labuh seluar tidak menutup tumit kasut dan paling singkat di paras

    buku lali. (c) Poket seluar hendaklah jenis tebuk dan poket belakang tidak

    berpenutup. (d) Ukuran standard tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar dan kaki

    seluarnya tidak terlalu lebar atau terlalu kecil. (e) Seluar jenis (jeans) dan seumpanya tidak dibenarkan dipakai di

    sekolah.

    (iii) Baju Melayu

    (a) Murid-murid Islam boleh memakai baju Melayu lengkap pada hari Jumaat.

    (b) Baju Melayu cekak musang bewarna putih. (c) Baju mesti dibutang. (d) Butang baju Melayu mesti bewarna emas, tanpa batu. (e) Samping warna biru turqoise yang dipakai di luar baju dan tidak

    melebihi paras lutut. (f) Songkok warna hitam sahaja.

    (iv) Pakaian Semasa Sukan/Pendidikan Jasmani

    (a) Seluar trek sekolah bewarna biru tua. (b) Baju-T sekolah berlengan pendek atau baju-T rumah sukan (c) Sarung kaki (stoking) putih. (d) Kasut kanvas putih atau kasut khas sukan. (e) Seluar pendek dibenarkan ketika bermain sahaja dilarang dipakai di

    dalam bilik darjah

    (v) Tali Pinggang

    (a) Lebar tali pinggang dan kepalanya antara 2-2.5 cm.

  • 12

    (b) Kepala tali pinggang tidak melebihi besar tali pinggang, tidak berhias dan tidak membahayakan.

    (c) Bewarna hitam atau olive green

    (vi) Lencana Dan Tanda Nama

    (a) Lencana sekolah, lencana sesi dan tanda nama mestilah dipakai apabila memakai pakaian seragam sekolah.

    (b) Lencana hendaklah dijahit di poket baju sekbelah kiri. Lencana sesi dihujung kolar sebelah kiri.

    (c) Warna dan bentuknya tidak boleh dicacakant atau dirosakkan. (d) Tanda nama mesti dijahit di bahagian atas lencana sekolah. (e) Nama mestilah mengikut nama kad pengenalan. (f) Sekiranya lencana dan tanda nama hilang atau rosak, sila ganti dengan

    segera.

    (vii) Kasut sekolah (a) Hanya berwarna putih tunggal dibenarkan (b) Bentuk fesyen kasut sekolah yang fancy tidak dibenarkan (c) Selipar, kasut kulit dan kasut sukan tidak dibenarkan (d) Tali kasut berwarna atau luar biasa tidak dibenarkan (e) Dilarang menghias, menconteng dan menebuk lubang pada kasut

    sekolah (f) Kain layer kasut mesti kulit tiruan / bahan lain

    (viii) Tali leher

    (a) Tali leher dikat kemas dan panjangnya hingga ke paras pusat (b) Tali leher SMKBL sahaja dibenarkan pakai

    2.7.1.2 Pakaian murid perempuan

    (i) Pinafore dan Blouse (a) Pinafore bewarna biru turqoise dan labuhnya hendaklah

    sampai atau bawah paras lutut. (b) Blouse adalah bewarna putih dan berlengan pendek.

    (ii) Baju kurung dan Kain Sarung (a) Baju kurung biasa bewarna putih. (b) Kain sarung bewarna turqoiseyang berpadanan dengan baju

    kurung biasa.

  • 13

    (c) Memakai anak baju (camisole) bewarna putih atau warna kulit yang labuh ke pinggang.

    (d) Murid-murid dimestikan mengancing bajunya dengan kemas. (e) Lengan baju kurung tidak boleh dilipat.

    (iii) Tudung Mini Telekung

    (a) Bewarna putih, bewarna biru untuk pengawas. (b) Berbentuk tiga segi dua sama.

    (iv) Pakaian Semasa Bersukan/Pendidikan Jasmani

    (a) Seluar trek sekolah panjang yang bewarna biru tua/hitam. (b) Baju-T putih sekolah atau baju-T rumah sukan. (c) Jika memakai tudung kepala, pastikan diikat di bahagian leher. (d) Dilarang memakai baju dan seluar sukan selepas rehat bagi

    pelajar pagi dan sebelum rehat bagi pelajar petang

    (v) Lencana Dan Tanda Nama (a) Semua murid diwajibkan memakai lencana sekolah. Lencana

    sesi perlu dipakai oleh murid-murid sesi pagi sahaja. (b) Lencana perlu dijahit disebelah kiri pinafore dan baju kurung.

    Lencana sesi dihujung kolar kiri. (c) Murid-murid yang memakai tudung. Lencanadijahit di sebelah

    kiri tudung. (d) Tanda nama dijahit di bahagian atas lencana.

    2.7.1.3 Kasut (Surat Pekelibng Ikhtisas Bil. 8/1985)

    (i) Kasut kanvas bewarna putih atau dari bahan sintetik lainnyan seperli nylon dan polyester serta bertapak getah. Permukaan kasut mesti bewarna putih. Tali kasut bewarna putih, diikat dengan cara biasa dan tidak boleh diikat ke belakang.

    2.7.1.4 Tali Leher

    (i) Semua murid perlu memakai tali leher pada hari Isnin. Kemeja perlu dibutangkan sebelum memakau tali leher.

    (ii) Tali leher juga dipakai bagi upacara rasmi.

    (iii) Pengawas mesti memakai setiap hari dengan kemas.

    2.7.1.5 Kad Murid

  • 14

    (i) Semua murid perlu membawa kad murid pada setiap hari persekolahan.

    2.7.2 Perhiasan Diri

    2.7.2.1 Rambut (Surat Pekeliling Ikintisas Kem. Pel. 2/1976)

    (i) Murid Lelaki

    (a) Hendaklah selalu bersih dan kemas. (b) Tidak dibenarkan mengerinting rambut, mewarnakan

    rambut atau menggunakan jel. (c) Panjang rambut tidak boleh lebih daripada paras yang

    ditentukan. (lihat gambarajah). (d) Tidak dibenarkan menyimpan jambul atau menjatuhkan

    bahagian hadapan rambut hingga menutup garisan tengah dahi.

    (e) Rambut di bahagian hadapan tidak boleh menutup kening.

    (f) Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor, skin cut dan sebagainya.

    (g) Tidak dibenarkan memebotakkan kepala.

    (ii) Murid Perempuan

    (a) Hendaklah selalu bersih dan kemas. (b) Murid perempuan yang berambut pendek hendaklah

    disikat dengan kemas. Panjang rambut mestilah tidak mencecah kolar baju.

    (c) Murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas. Jika ianya dapat dijalin dikehendaki berbuat demikian.

    (d) Tidak dibenarkan mengikat sebahagian daripada rambut (untuk rambut panjang)

    (e) Rambut di bahagian hadapan tidak boleh menutup kening.

    (f) Tidak dibenarkan mewarnakan rambut atau menggunakan jel.

    (g) Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa punk, berekor dan sebagainya.

  • 15

    (iii) Reben, Klip dan Hairband

    (a) Hanya reben yang bewarna turqoise atau hitam sahaja yang dibenarkan. Reben yang bercorak tidak dibenarkan.

    (b) Besar reben tidak melebihi 2.5 cm. (c) Hanya klip yang bewarna hitam dan biru sahaja yang

    dibenarkan. Besar klip tidak melebihi 2.5 cm. (d) Hairband yang bewarna turqoise atau hitam sahaja

    yang dibenarkan. (e) Besar hairbadn tidak melebihi 2.5 cm.

    (iv) Cermin Mata

    (a) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor/pakar mata.

    (b) Tidak dibenarkan memakai jenis yang berbingkai besar, bewarna warni atau fanciful.

    (c) Tidak dibenarkan memakai cermin mata/ kanta mata lekap berwarna .

    (v) Topi/Songkok

    (a) Tidak dibenarkan sama sekali memakai topi dalam apa jua bentuknya kecuali semasa acara sukan.

    (b) Hanya pelajar keturunan Sikh sahaja dibenarkan memakai tutup kepala mengikut adat/budaya mereka.

    (c) Songkok bewarna hitam sahaja boleh dipakai oleh pelajar muslim lelaki.

    (vi) Kanta Lekap

    (a) Hanya kanta lekap yang jernih dibenarkan.

    (vii) Kuku

    (a) Murid-murid dikehendaki berkuku pendek dan dilarang mewarnakannya.

    (viii) Solek

  • 16

    (a) Penggunaan alat solek (termasuk bercelak) kesekolah tidak dibenarkan sama sekali.

    (b) Bulu kening tidak boleh dicabut atau diwarnakan

    (ix) Tattoo

    (a) Tattoo tidak dibenarkan sama sekali di mana-mana bahagian anggota badan.

    (x) Subang

    (a) Sepasang subang kecil hanya dibenarkan kepada murid-murid perempuan sahaja.

    (b) Ukurannya tidak melebihi diameter 0.5 cm sahaja dan bewarna putih atau emas (kuning). Batu permata tidak dibenarkan.

    (c) Hanya sepasang tindik di cuping telinga dibenarkan (lihat gambarajah)

    (xi) Barang Kemas

    (a) Murid-murid tidak dibenarkan membawa/memakai barang-barang kemas dan perhiasan di sekolah. Jika tertanggkap barang-barang itu akan dirampas. Barang kemas akan dipulangkan setelah perjumpaan dengan ibubapa/penjaga.

    (b) Pemakaian barang kemas keagamaan perlu mendapat kebenaran Pengetua.

    (xii) Jam Tangan

    (a) Jam tangan yang besar dan mahal serta berfungsi sebagai mesin kira tidak dibenarkan.

    (b) Jam tangan bewarna-warni tidak dibenarkan.

    (xiii)Jeket dan Pakaian Sejuk

    (a) Bewarna hitam atau biru sahaja dibenarkan pada hari sejuk atau dengan kebenaran.

    (b) Jaket kulit tidak dibenarkan.

    2.7.3 Tatatertib Perhimpunan (Surat Pekeling Ikhtisas Bil. 4/1984)

  • 17

    (i) Perhimpunan mingguan diadakan pada waktu pertama setiap hari Isnin (sesi pagi) dan waktu terakhir setiap hari Isnin untuk sesi petang.

    (ii) Semua murid wajib menghadiri setiap perhimpunan. (iii) Semua murid hendaklah berbaris dengan lurus dan senyap

    mengikut tingkatan. (iv) Semasa bacaan doa, murid-murid Islam dikehendaki manadah

    tangan dan murid-murid bukan Islam pula dikehendaki bertafakur.

    (v) Murid-murid dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dengan penuh semangat dan hormat.

    (vi) Bendera Malaysia, Negeri Selangor dan sekolah dinaikkan semasa nyanyian.

    (vii) Semua murid juga dikehendaki malafazkan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Sekolah.

    (viii) Selepas perhimpunan, murid-murid hendaklah berjalan masuk ke kelas masing-masing secara teratur, beratur dan senyap.

    2.8 SENARAI KESALAHAN/PERLAKUAN 2.8.1 Tingkah Laku Jenayah

    Berjudi Mencuri, memecah macuk kawasan larangan sekolah Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas Mengancam/memukul/mencederakan murid lain Memeras ugut Membuli/pelancoan Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap Menyalahguna dadah Mengedar dadah Membawa senjata merbahaya Mencabul kehormatan Menceroboh bilik khas/kedai buku koperasi/pejabat sekolah Menunjuk perasaan/berpiket mengganggu ketenteraman sekolah Bertaruh secara besar-besaran Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah

  • 18

    Membakar Membakar mercun atau bunga api Membawa bahan letupan

    2.8.2 Tingkah Laku Lucah

    Bercumbu-cumbu Berkhalwat Bawa bahan lucah ke sekolah Mengintai murid perempuan Menggunakan kata-kata & perbuatan lucah Melukis gambar-gambar/menulis kata-kata lucah

    2.8.3 Kesalahan Kekemasan Diri

    Berambut panjang untuk lelaki/fesyen rambut keterlaluan bertentangan dengan peraturan sekolah

    Berkuku panjang Bermisai dan berjanggut Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah

    - Tiada lencana/lencana kabur/lencana tidak dijahit - Tiada lencana sesi untuk murid sesi pagi - Skirt sekolah atas paras kutut - Baju kurung tidak dikancing - Seluar yang berfesyen - Tidak memakai tali leher sepanjang hari Isnin - Tidak memakai stoking - Memakai pakaian luar ke sekolah - Memakai kemeja yang bewarna di dalam pakai seragam sekolah - Memakai jeket/Sweater/Windbreaker tanpa kebenaran - Tidak memakai baju T sekolah semasa waktu Pendidikan Jasmani - Memakai pakaian luar untuk kegiatan sekolah pada hari Sabtu atau

    waktu ko-kurikulum - Tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar

    Memakai barang perhiasan ke sekolah - Memakai barang kemas, rantai emas - Memakai rantai agama tanpa kebenaran - Pengikat rambut berfesyen - Lelaki memakai subang

    Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan (larangan)

  • 19

    Memakai selipar, sandal (kecuali dengan kebenaran) Tidak memakai stoking putih Tidak memakai kasut kanvas putih Kuku berwarna/ berinai Mencabut bulu kening Bersolek Memakai cermin matau atau bingkai mata berwarna-warni

    2.8.4 Tingkah Laku Yang Tidak Mementingkan Masa

    Berkeliaran/merayau di luar kelas/di kawasan sekolah Dating lewat ke sekolah Lewat ke perhimpunan Makan di kantin di luar waktu rehat Tidur dalam kelas Bermain dalam bilik darjah waktu pengajaran dan pembelajaran Keluar kelas tanpas pas Berada di kantin sebelum/selepas masa rehat Keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran Masuk kawasan sekolah tanpa urusan/kebenaran diluar waktu

    persekolahan

    2.8.5 Tingkah Laku Yang Kurang Sopan Dan Biadap

    Berkelakuan kasar terhadap guru Berkelakuan kasar terhadap pengawas Berkelakuan kasar terhadap murid Berbahasa kesat/kasar terhadap guru, pengawas & murid Menyimpan rokok Menghisap rokok Mengganggu pengajaran dan pembelajaran Tidak menghormati/ engkar guru Tidak menghoramati pengawas Simpan/ edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan Menyimpan pemetik api/ mancis Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah Melanggar peraturan trafik

    2.8.6 Tingkah Laku Musnah

    Merosakkan harta benda sekolah

  • 20

    Merosakkan harta benda Pengetua/ Guru-guru Merosakkan harta benda murid Merosakkan harta benda kantin Melakukan pembaziran air atau elektrik Menyalahgunakan peralatan elektrik Mengotorkan kawasan/ bnaggunan sekolah Mengotorkan kelas

    2.8.7 Tingkah Laku Tidak Jujur/ Menipu

    Menipu yang melibatkan wang Menipu yang melibatkan kepercayaan Meniru semasa ujian/ peperiksaan Memalsukan keterangan/ rekod rasmi

    2.8.8 Ponteng

    Ponteng kelas Ponteng sekolah Ponteng perhimpuanan Ponteng aktiviti luar bilik darjah/ ko-kurikulum Ponteng ujian Ponteng peperiksaan Ponteng untuk private study

    2.9 BENDA-BENDA DAN PERBUATAN LARANGAN

    2.9.1 Senarai Barang Yang Dilarang Bawa Ke Sekolah

    Rokok Mancis, Pemetik Api Senjata Poster (pelakon/ penyanyi) Komik Kad Permainan Pokemon/ Poker Subang (selain bentuk kecil) Gelang/ Rantai Tangan Riben Rambut (selain warna hitam & turquoise) Tali pinggang yang berwarna-warni Buckle Belt

    Pemetik Api Pisau Lipat, Cukur Liquid Paper Marker Pen Telefon Bimbit Majalah Remaja, Majalah Lucah Buku Cerita Romance Cincin Rantai eemas Radio Friendship Band Stoking Berwarna-warni

  • 21

    Minyak Wangi Kamera (tanpa kebenaran guru) Pil Ectasy dan ubat merbahayakan kesihatan Video gambar peribadi Bahan Letupan/ mercun/ bunga api Telur/ telur busuk Tepung Dadah Pil Khayal

    Pouch Alat Solek Pita kaset, compact disc Pistol mainan dan pelurunya Belon/ belon yang diisi air Sebarang laser pointer Lilin Glitters MP3 Minumam memabukkan

    Guru-guru dan para para pengawas berhak merampas/menyimpan segala barang larangan. Semua barang rampasan tidak akan dikembalikan kecuali barang-barang berharga melalui ibubapa.

    2.9.2 Perbuatan-perbuatan Yang Dilarang

    (i) Penggunaan liquid paper dan pen floresen tidak dibenarkan. (ii) Gula-gula, chewing-gum, kuaci dan makanan tidak berkhasiat

    (junkfood) tidak boleh dibawa ke sekolah. (iii) Murid-murid dilarang makan di ruang legar, di dalam kelas atau

    membawa makanan/ minuman keluar dari kantin. (iv) Minum di dalam kelas, kecuali dengan kebenaran guru. (v) Murid-murid tidak digalakkan membawa wang belanja sekolah

    lebih daripada RM 10.00. Sebarang wang hendaklah disimpan dengan baik dalam saku untuk mengelakkan kecurian dan kehilangan. (Semua kecurian mesti dilaporkan kapada guru disiplin secepat mungkin).

    (vi) Murid-murid dilarang keras membawa rokok atau merokok di kawasan sekolah mahupun di luar sekolah semasa berpakain seragam sekolah.

    (vii) Murid-murid dilarang keras membawa, mengedar atau menghisap dadah di kawasan sekolah ataupun di luar sekolah. Kes- kes yang berkaitan dengan dadah akan dilaporkan terus kepada pihak polis.

    (viii) Sekiranya murid-murid membawa bayaran/ yuran/ derma yang berlebihan, wang ini mestilah diserahkan kepada guru secepat mungkin.

  • 22

    (ix) Murid-murid tidak dibenarkan memakai Friendship Band dan tidak dibenarkan menghias dan monconteng beg.

    (x) Murid-murid tidak dibenarkan memakai tanda keagamaan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan tidak boleh ditunjuk-tunjukkan.

    (xi) Murid-murid dilarang merosakkan pokok-pokok bunga atau tanaman lain di dalam kawasan sekolah.

    (xii) Perbuatan Birthday Bash/ pukul memukul beramai-ramai sama ada secara kuat atau tidak adalah dilarang di sekolah.

    2.10 KAWASAN LARANGAN

    Murid tidak dibenarkan berada di kawasan berikut kecuali dengan kebenaran guru/ urusan tertentu.

    (i) Pejabat kecuali dengan urusan rasmi (ii) Bilik Pengetua kecuali dengan kebenaran (iii) Bilik Guru (iv) Tempat letak kereta Pengetua dan guru-guru serta tempat letak

    basikal dan motosikal (v) Tandas Guru (vi) Semua bilik khas:

    - Bilik makmal sains - Bilik ERT - Bilik Sukan - Bilik SPBT - Bilik Pendidikan Seni - Pusat Sumber - Bilik Kaunseling - Bilik Kesihatan - Bilik Komputer - Bilik Mesyuarat - Bilik-bilik stor serta bengkel - Bilik Matematik - Bilik Pembangunan Insan - Bilik Pengawas - Bilik Elektrik - Rumah pam Air

    (vii) Kantin sewaktu pelajaran/ perhimpunan sedang dijalankan (viii) Bilik-bilik peperiksaan (ix) Bilik Pengawas

  • 23

    (x) Surau kecuali bersembahyang dan untuk kegiatan agama yang diawasi oleh guru.

    (xi) Di cerun-cerun bukit di sekitar sekolah.

    2.11 KESALAHAN VANDALISME

    Vandalisme adalah perbuatan murid merosakkan dan membinasakan harta benda awam di sekolah terutamanya kerusi, meja dan peralatan dalam kelas.

    (i) Kes kali pertama Menghubungi ibubapa (amaran bertulis), ganti/baik pulih, sesi kaunseling.

    (ii) Kes kali kedua menghubungi ibubapa ganti/baikpulih (rotan 1 kali), menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik, sesi kaunseling.

    (iii) Kes kali ketiga menghubungi ibubapa,ganti/baikpulih sesi kaunseling, gantung/buang sekolah.

    2.12 LEMBAGA PENGAWAS

    2.12.1 Tugas Pengawas

    (i) Pengawas-pengawas dilantik oleh pihak sekolah setelah mereka memahami kriteria yang ditetapkan.

    (ii) Pengawas-pengawas harus berusaha menyemai nilai-nilai murni,bertanggungjawab, bersopan santun, jujur, rajin, setia dan bertolak ansur untuk menjadi seorang yang berdisiplin tinggi. Mereka juga perlu membentuk ciri-ciri kepimpinan yang tulin dan unggul yang tidak mementingkan diri sendiri.

    (iii) Pengawas-pengawas bukan sahaja mesti bijak dalam hal pengurusan tetapi mereka juga harus mendapat pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan sukan.

    (iv) Pengawas-pengawas dilantik dan ditugaskan untuk menjaga dan mengawal disiplin murid-murid yang lain mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah untuk dicontohi oleh murid-murid

    (v) Mereka harus menghormati guru-guru dan murid-murid lain jika mereka mahu dihormati orang lain.

    (vi) Tindakan akan diambil jika pengawas didapati bersalah dan akan dilucutkan jawatan jika kes mereka adalah serius.

  • 24

    (vii) Pengawas haruslah dianggap sebagai wakil guru. (viii) Pengawas-pengawas harus berusaha dan berkhidmat untuk

    mencapai matlamat yang tersebut di atas demi sekolah dan Negara.

    2.13 TUGAS-TUGAS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG

    2.13.1 Disiplin

    (i) Menjaga disiplin kelas (dengan bantuan pengawas) apabila tiada guru di dalam kelas.

    (ii) Memberitahu guru yang masuk ke dalam kelas nama muridyang telah melanggar peraturan.

    (iii) Mencari guru atau guru ganti yang belum masuk ke dalam kelas 5 minit selepas waktu berkenaan.

    2.13.2 Kedatangan

    (i) Membantu guru statistik kehadiran harian. (ii) Bertanggungjawab mencatat kedatangan kelas dan

    nama murid yang tidak hadir di sudut atas papan putih pada waktu pertama. Bertanggungjawab mengambil buku kawalan kelas setiap pagi dari pejabat dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran setiap waktu pelajaran untuk tindakan.

    (iii) Memulangkan buku kawalan kelas ke pejabat selepas tamat sesi persekolahan setiap hari.

    (iv) Memberitahu guru bertugas jika ada murid yang sakit.

    2.13.3 Kebersihan Kelas

    (i) Memastikan ahli jawatankuasa kelas menjalankan tugas masing-masing.

    (ii) Memastikan murid-murid yang bertugas membersihkan kelas pada setiap akhir waktu persekolahan pagi dan petang

  • 25

    (iii) Memastikan pelan kedudukan murid, kalendar sekolah, jadual waktu kelas, senarai harta benda kelas, jadual bertugas disediakan dan diletakkan di papan kenyataan.

    2.13.4 Keluar Kelas/Pertukaran Kelas

    (i) Memastikan semua murid beratur sebelum berjalan dalam barisan ke makmal, bengkel seni perusahan, pendidikan jasmani, kelas POL/Agama dan sebagainya tanpa membuat bising.

    (ii) Memastikan semua murid sampai ke tempat tertentu selewat-lewatnya 5 minit selepas masa pelajaran berkenaan.

    (iii) Memastikan pintu-pintu kelas dikunci apabila bilik kelas kosong.

    2.13.5 Hal-hal Lain

    (i) Membantu guru tingkatan dalam hal-hal lain dari masa ke semasa.

    (ii) Mengetuai kelas apabila mengucapkan selamat sejahtera dan terima kasih kepada guru-guru atau pelawat yang datang ke kelas.

    (iii) Membantu guru tingkatan mengedarkan surat-surat pekeliling dan lain-lain serta mengutip barang derma dan sebagainya.

    2.13.6 Tugas Ahli Jawatankuasa Kelas (Surat Pekeliling Jawatankuasan Kemajuan)

    2.13.6.1 Setiausaha Kelas

    (i) Bertanggungjawab untuk semua hal-hal persuratan. (ii) Memastikan semua surat mengikut format tertentu

    dan dihantar melalui guru tingkatan. (iii) Mengetuai unit kebersihan/ keceriaan.

    2.13.6.2 Bendahari Kelas

    (i) Mengutip wang untuk tabung kelas daripada murid-murid kelas mengikut persetujuan.

  • 26

    (ii) Menyimpan akaun pendapatan dan perbelanjaan untuk penyemakan oleh guru tingkatan.

    (iii) Membayar wang perbelanjaan yang rasmi dan menyimpan resit berkenaan.

    2.13.6.3 Ahli Jawatankuasa Kelas

    (i) Kebersihan/ Keceriaan Kelas (a) Memastikan murid bertugas membersihkan

    semua bahagian kelas. (b) Menghias kelas. (c) Mewujudkan sudut bacaan kelas.

    (ii) Buku Latihan (a) Mengutip buku-buku latihan murid dan

    sebagainya dan menghantar buku-buku ke bilik guru dan membawa buku-buku latihan yang sudah disemak ke kelas.

    (b) Member senarai nama murid yang tidak menghantar buku latihan kepada guru berkenaan.

    (c) Menyampaikan pesanan atau kehendak guru-guru seperti membawa alatan lukisan, menghantar buku dan sebagainya.

    (iii) Papan Kenyataan Kelas (a) Memastikan runagan mata pelajaran

    dilengkapkan dengan bahan yang berkaitan dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

    BAB 3 PERATURAN KO-KURIKULUM SEKOLAH

    3.1 PERNYATAAN

    (i) Setiap murid wajib mengambil bahagian dalam Unit Beruniform dan sekurang-kurang satu daripada kumpulan berikut:-

    (a) Persatuan/ Kelab

  • 27

    atau

    (b) Sukan/ Permainan

    (ii) Semua pelajar wajib menjadi ahli Rumah Sukan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pembahagian rumah sukan adalah berdasarkan nombor terakhir pendaftran sekolah pelajar.

    Rumah Sukan Angka Terakhir No. Pendaftaran Merah ( Bendahara ) 1 & 6

    Kuning ( Laksamana ) 2 & 7 Biru ( Temenggung ) 3 & 8 Hijau ( Hulubalang ) 4 & 9 Jingga ( Shahbandar ) 5 & 0

    (iii) Murid-murid akan diberikan satu senarai gerakerja ko-kurikulum pada awal tahun. Murid-murid dinasihatkan memilih gerakerja ko-kurikulum dengan berhati-hati dan harus mengambil kira waktu kelas tuisyen, pengangkutan, masa dan lain-lain. Murid tidak dibenarkan menukar gerakerja ko-kurikulum setelah membuat pemilihan sehingga akhir tahun perrsekolahan.

    (iv) Borang pemilihan ko-kurikulum wajib diisikan oleh murid-murid dengan berbincang dan mendapat tandatangan ibubapa/penjaga.

    (v) Borang ini mesti diserahkan kepada guru tingkatan untuk dihantar kepada guru penasihat kelab/persatuan masing-masing. Pendaftaran ahli akan dibuat pada kali pertama mesyuarat gerakerja Ko-kurikulum diadakan.

    (vi) Seseorang murid boleh dikecualikan daripada aktiviti-aktiviti ko-kurikulum hanya dengan surat pengesahan daripada doktor atau mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua.

    3.2 KEHADIRAN

    (i) Kehadiran ahli adalah wajib untuk setiap kegiatan yang disertainya. Kehadiran adalah penting kerana ia merupakan satu daripada aspek-aspek yang akan dinilai.

    (ii) Setiap kehadiran perlu direkod.

    (iii) Murid yang tidak hadir untuk aktiviti ko-kurikulum hendaklah membawa surat ibubapa/penjaga atau sijil sakit daripada doktor.

  • 28

    (v) Dokumen tersebut mesti dihantar kepada guru penasihat / rumah sukan masing-masing untuk direkodkan dan disimpan dalam fail kelab/ persatuan/ rumah sukan.

    (vi) Surat pemberitahuan ketidakhadiran aktiviti ko-kurikulum akan dihantar kepada ibubapa/penjaga oleh guru penasihat jika didapati murid tersebut tidak hadir tanpa sebab.

    (vii) Murid yang menghadapi masalah kesihatan serius hendaklah melaporkan /menyerahkan surat akuan doktor kepada Guru Penasihat / Pengetua.

    3.3 PAKAIAN

    (i) Setiap murid dikehendaki mematuhi arahan berikut semasa menyertai kegiatan ko-kurikulum.

    (a) Berpakaian seragam pasukan/unit semasa gerakerja unit beruniform. (b) Berpakaian seragam sekolah atau berbaju-T dan seluar track sekolah

    semasa menyertai kegiatan persatuan/kelab. (c) Berbaju-T rumah sukan atau berbaju-T dan seluar track sekolah semasa

    menyertai gerakerja sukan/permainan.

    (ii) Murid wajib memakai kasut sekolah semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum kecuali dengan kebenaran Pengetua/Guru Penasihat /Guru Rumah Sukan.

    (iii) Sekiranya murid tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan maka pihak sekolah berhak menghalang pelajar tersebut daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum di sekolah atau di luar sekolah. Ini termasuk masa pertandingan luar sekolah dan rombongan.

    3.4 KEAHLIAN DAN AHLI JAWATANKUASAN

    (i) AJK persatuan/kelab hendaklah dipilih dalam mesyuarat agung pada awal sesi persekolahan.

    (ii) AJK hendaklah terdiri daripada:-

    - Guru Penasihat/ Guru Pemimpin - Pengerusi/ Presiden - Naib Pengerusi/ Naib Presiden - Setiausaha - Bendahari - Ahli-ahli Jawatankuasa (tidak melibihi 5 orang)

  • 29

    3.5 SUMBANGAN KEAHLIAN

    (i) Sumbangan wang adalah perlu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan. (ii) Sumbangan wang keahlian persatuan/kelab hendaklah ditetapkan dalam mesyuarat

    agung. (iii) Semua ahli kelab/persatuan wajib menjelaskan sumbangan wang keahlian secepat

    mungkin. (iv) Ahli-ahli yang gagal menjelaskan sumbangan wang keahlian persatuan/kelab dalam masa

    yang ditetapkan boleh digugurkan keahliannya. (v) Kutipan sumbangan wang tambahan daripada ahli-ahli untuk aktiviti yang tertentu boleh

    dibuat dengan persetujuan AJK, guru penasihat dan kebenaran daripada Pengetua.

    3.6 PENGGUANAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN

    (i) Setiap ahli persatuan/kelab/permainan bertanggungjawab menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan dengan baik.

    (ii) Guru penasihat yang meminjam peralatan mesti mencatat dan menandatangan buku pinjaman peralalatan.

    (iii) Sekiranya berlaku kerosakan/kehilangan hendaklah dilaporkan kepada guru penasihat berkenan. Kerosakan peralatan yang dibuat dengan sengaja perlu diganti.

    (iv) Bilik khas persatuan/kelab/sukan mesti sentiasa bersih, kemas, ceria dan dikawal dengan baik.

    (v) Sekiranya bilik-bilik seperti APD, perpustakaan,bengkel, makmal dan bilik darjah digunakan untuk mesyuarat/aktiviti, pelajar-pelajar (melalui guru penasihat) perlu mendapat kebenaran daripada guru yang memegang kunci bilik-bilik tersebut atau pihak sekolah. Murid-murid harus bertanggungjawab atas segala kerosakan dan kebersihan bilik-bilik tersebut. Penggunaan bilik-bilik tersebut tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan.

    3.7 PELAKSANAAN AKTIVITI

    (i) Semua aktiviti yang melibatkan sekolah hendaklah mendapat persetujuan guru penasihat dan kebenaran Pengetua.

    (ii) Aktiviti-aktiviti dalam Rancangan Tahunan Kelab/Persatuan hendaklah memenuhi objektif dan matlamat persatuan/kelab.

  • 30

    (iii) Semua mesyuarat/perjumpaan/aktiviti tidak dibenarkan tanpa guru penasihat persatuan/kelab. Setiap aktiviti yang tidak disertai oleh guru penasihatnya adalah tidak sah.

    (iv) Ahli-ahli tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan/aktiviti pada hari kelepasan am, hari Ahad dan hari-hari yang tidak tercatat dalam jadual asal tanpa kebenaran Pengetua atau Guru Penasihat.

    (v) Persatuan/kelab tidak dibenarkan membuat baju-T dan lencana sendiri tanpa kebenaran guru penasihat dan Pengetua.

    (vi) Penyertaan murid dalam pasukan sekolah, wakil sekolah atau unit-unit khas juga akan direkodkan di dalam rekod gerko untuk membuktikan penglibatan pelajar-pelajar tersebut.

    (vii) Semua surat menyurat hendaklah dibuat dalam tiga salinan dan ditulis dalam Bahasa Melayu.

    (viii) Surat-surat hendaklah ditandatangani oleh setiausaha, guru penasihat dan Pengetua. Satu salinan surat hendaklah diberikan kepada Pengetua dan satu salinan disimpan dalam fail persatuan/kelab.

    (ix) Persatuan/kelab yang ingin mengambil bahagian/membuat sumbangan dalam aktiviti anjuran persatuan/kelab sekolah atau di luar sekolah mesti mendapat persetujuan guru penasihat dan kebenaran Pengetua terlebih dahulu.

    (x) Murid-murid yang mewakili persatuan/kelab anjuran sekolah lain hendaklah memakai pakaian seragam lengkap. Mereka diminta bersopan dan menjaga nama baik sekolah pada sepanjang aktiviti berkenaan. Seorang murid dipilih sebagai ketua di perwakilan berkenaan.

    3.8 BUKU PENILAIAN KO-KURIKULUM

    (i) Semua murid wajib mempunyai sebuah Buku Penilaian Ko-Kurikulum. Buku ini akan digunakan sepanjang persekolahan murid (Tingkatan 1 hingga Tingkatan5) dan perlu dijaga dengan baik.

    (ii) Murid boleh merujuk Buku Penilaian Ko-kurikulum untuk mendapat maklumat lanjutan tentang penilaian ko-kurikulum.

    (iii) Markah bonus akan diberikan untuk tugas-tugas khas yang disandang oleh murid (contohnya pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas sukan, pengawas koperasi, ketua kelas dan lain-lain).

    (iv) Maklumat dalam Buku Penilaian Ko-kurikulum adalah penting dan akan dijadikan panduan untuk mengisi Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Pelajar.

    (v) Maklumat tersebut akan digunakan dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi-institusi pengajian tinggi (IPTA). (Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil.9.1997, Kementerian Pendidikan Malaysia)

  • 31

    3.9 LAWATAN KELUAR SEKOLAH

    3.9.1 Permohonan Kebenaran

    (i) Lawatan keluar sekolah mestilah mendapat kebenaran daripada JPN Selangor/PPD sekurang-kurangnya 5 minggu lebih awal dengan menyertakan kertas kerja yang dinyatakan tempat, jadual lawatan, bilangan peserta, ketua lawatan, punca wang, guru pengiring lawatan, perbelanjaan dan syarikat bas yang disewa.

    (ii) Pemandu bas wajib mendapat permit daripada Jabatan Pengakutan Jalan setelah permohonan diluluskan.

    (iii) Lawatan keluar negeri mestilah mengikut peraturan yang sedia ada dan borang-borang berkenaan hendaklah dipatuhi. Lawatan-lawatan ke luar negeri mesti mematuhi Akta Lawatan (Tour Regulation).

    (iv) Borang permohonan melancong boleh didapati di pejabat sekolah. Tiga salinan borang diperlukan dan ditambah dua salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui.

    (v) Lawatan/pelancongan gabungan dengan sekolah-sekolah lain tidak boleh dibuat kecuali dengan kebenaran pengetua.

    3.9.2 Keizinan Ibubapa/Penjaga

    (i) Murid yang hendak mengikuti rombongan atau lawatan hendaklah mengisi borang kebenaran ibubapa atau penjaga mereka terlebih dahulu. Murid yang tidak mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga tidak dibenarkan menyertai lawatan atau rombongan tersebut.

    (ii) Surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga dan dari Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana hendaklah dibawa oleh guru pengiring yang bertanggungjawab ketika melancong.

    (iii) Keratan surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga yang telah diperolehi hendaklah disimpan oleh guru penasihat selama sebulan selepas kembali dari lawatan.

    3.9.3 Penyertaan Guru

    (i) Setiap kumpulan yang terdiri daripada 20 orang murid mesti dibawah pengawasan seorang guru.

    (ii) Untuk lawatan ke pantai/laut setiap kumpulan yang terdiri daripada 12 orang murid mesti dibawah pengawasan seorang guru dan mesti ada seorang penyalamat.

  • 32

    (iii) Sekiranya terdapat penyertaan murid perempuan dalam kumpulan itu, maka mesti ada juga seorang guru pengiring perempuan.

    3.9.4 Kelakuan Pelajar

    (i) Murid-murid mesti memakai pakaian seragam sekolah kecuali mendapat kebenaran khas daripada Pengetua untuk memakai pakaian biasa.

    (ii) Murid-murid diminta berkelakuan baik dan menjaga disiplin sepanjang rombongan atau lawatan.

    (iii) Murid-murid perlu menjaga kebersihan dan harta benda tempat yang dilawati/tempat tinggal semasa lawatan.

    (iv) Murid-murid dilarang melawat tempat-tempat seperti pub, cyber cafe, snooker center, video arcade, disco dan kelab malam.

    (v) Jika terdapat murid melanggar arahan-arahan, tindakan disipin akan diambil.

    3.9.5 Insuran

    (i) Murid yang menyertai rombongan atau lawatan digalakkan mempunyai insuran.

    3.9.6 Keselamatan

    (i) Alamat tempat tinggal lawatan mesti diberikan kepada Pengetua. Murid-murid tidak dibenarkan tinggal di tempat lain selain kebenaran daripada oleh guru pengiring.

    (ii) Alat-alat atau barang yang berharga tidak dibenarkan dibawa bersama. (iii) Murid-murid mesti mengikut arahan guru. Sekiranya ingin melakukan sesuatu, murid

    perlu meminta kebenaran daripada guru pengiring dahulu.

    3.10 LAPORAN

    (i) Borang Maklumat Rombongan/Lawatan perlu diisi dan dihantar kepada Pengetua sebelum lawatan/rombongan atau penyertaan pertandingan di luar sekolah dijalankan.

    (ii) Selepas rombongan, satu laporan tentang rombongan/lawatan/pertandingan dibuat dan diserahkan kepada Pengetua sekolah.

    BAB 4 KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERATURAN PENGGUNAAN ALATAN

    4.1 PEJABAT

    (i) Murid tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa urusan penting.

  • 33

    (ii) Murid-murid tidak dibenarkan mengambil sebarang peralatan, buku-buku dan kunci-kunci sekolah dari pejabat.

    (iii) Murid-murid dikehendaki berpakaian kemas dan sopan ketika berurusan di pejabat.

    4.2 KELAS

    (i) Kelas hendaklah sentiasa bersih. Murid-murid menyapu dan membersihkan kelas mengikut giliran masing-masing setiap hari sebelum loceng permulaan/penamat sesi dibunyikan.

    (ii) Kerusi dan meja hendaklah sentiasa berada dalam keadaan teratur sewaktu persekolahan.

    (iii) Sampah-sarap hendaklah dibuangkan ke dalam bakul atau tong sampah di luar kelas. (iv) Jangan menulis, melukis atau menconteng di papan putih dan dinding sekolah dan

    perabot kelas. (v) Papan putih hendaklah sentiasa bersih sebelum guru masuk ke kelas. (vi) Murid-murid dilarang menggunakan pen marker di kelas. (vii) Cermin tingkap hendaklah sentiasa bersih dan dibuka selalu sewaktu belajar

    kecuali kerana sesuatu hal. (viii) Pada masa rehat murid tidak dibenarkan berada didalam kelas. (ix) Pada masa keluar dari kelas kerana hendak ke bilik Seni Perusahan, Makmal Sains

    atau lain-lain, pelajar mesti beratur dan jangan bising. (x) Mesti mendapatkan kebenaran guru sebelum keluar kelas. Murid tidak dibenarkan

    keluar dari kelas semasa pembelajaran dijalankan. (xi) Murid-murid tidak dibenarkan memasuki kelas lain semasa ketiadaan guru. (xii) Tidak boleh meminjam buku dari kelas lain sewaktu belajar. (xiii) Murid hanya dibenarkan keluar dengan pas keluar daripada guru. Pas hendaklah

    digantungkan di leher. (xiv) Kelas hendaklah dibersihkan sebelum loceng pertama. Hanya yang bertugas

    dibenarkan berada di dalam kelas. (xv) Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang buku di dalam kelas

    setelah tamat sesi persekolahan. (xvi) Murid tidak boleh makan di dalam kelas.

    4.3 KANTIN

    (i) Kebersihan dan kerapian kantin hendaklah dijaga sepanjang masa oleh setiap murid. (ii) Murid-murid tidak dibenarkan makan/minum di luar dari kantin pada bila-bila masa

    pun.

  • 34

    (iii) Semua pinggan mangkuk, botol, gelas dan lain bekas makanan/minuman yang kosong hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang dikhaskan selepas makan/minum dan tidak boleh ditinggalkan di atas meja.

    (iv) Murid-murid hendaklah beratur ketika membeli makanan. (v) Semua pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang

    disediakan. (vi) Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam sink. Bekas makanan

    yang dibawa dari rumah tidak boleh dicuci di dalam sink. (vii) Meja dan bangku di kantin tidak boleh dibawa keluar. (viii) Persatuan/kelab/kelas yang menggunakan kantin untuk aktiviti persatuannya

    hendaklah mengatur kembali bangku dan meja mengikut pelan yang ditetapkan. (ix) Murid-murid tidak dibenarkan menconteng papan putih atau mengubah notis-notis

    yang ditulis di papan hitam/kenyataan di kantin. (x) Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang murid membiarkan sahaja sampah, botol

    kosong di kantin. (xi) Vandalisme atau tingkah laku musnah adalah dilarang sama sekali di kantin.

    4.4 SURAU

    (i) Murid-murid diminta menjaga kebersihan dan kerapian bilik sembahyang pada sepanjang masa. Semua sejadah, telekung dan terompah hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur setelah digunakan.

    (ii) Bahan bacaan tidak boleh dibawa keluar dari bilik sembahyang. (iii) Dilarang membawa makanan/minuman ke surau. (iv) Dilarang membuang sampah/tisu di surau atau di bilik wuduk.

    4.5 BILIK STOR PENDIDIKAN JASMANI

    (i) Hanya Setiausaha Sukan, AJK stor dan Pengawas Sukan yang bertugas dibenarkan masuk ke dalam stor pendidikan jasmani.

    (ii) Hanya guru dibenarkan meminjam alat-alat untuk kelas pendidikan jasmani dan aktiviti ko-kurikulum.

    (iii) Alat-alat yang dipinjamkan mestilah direkodkan didalam buku pinjaman harian yang disediakan.

    (iv) Tiap-tiap perkara dalam rekod mestilah ditulus dengan kemas, terang dan teratur. Rekod itu mesti diluluskan oleh AJK Stor.

    (v) Murid-murid yang menghilangkan atau merosakkan alat-alat yang dipinjamkan hendaklah menggantikannya dengan segera.

    (vi) Murid-murid tidak dibenarkan meminjam atau membawa pulang peralatan. (vii) Hanya guru yang boleh meminjam peralatan tetapi mesti dicatatkan dalam buku

    pinjaman (Guru Sukan) dengan tandatangan guru berkenaan. Alatan yang dipinjam itu mesti dikembalikan ke stor dengan segera selepas tamat tempoh permainan.

  • 35

    (viii) Alat-alat pendidikan jasmani hendaklah dikembalikan ke tempat yang disediakan dengan kemas dan rapi di alam stor, mengikut label.

    (ix) Pada musim hujan, alat-alat lompat tinggi, bola tampar, bola sepak atau tilam gimnastik tidak dibenarkan dibawa dari bilik stor pendidikan jasmani kecuali dengan kebenaran setiausaha sukan sekolah.

    (x) Bilik stor sukan perlu sentiasa dikunci kecuali semasa ada guru. (xi) Stor perlu sentiasa kemas dan ceria.

    4.6 BILIK KESIHATAN

    (i) Murid-murid yang sakit hendaklah dilaporkan kepada guru-guru bertugas oleh ketua tingkatan dan didaftarkan ke bilik kesihatan.

    (ii) Borang masuk ke bilik kesihatan hendaklah diisi dan ditandatangani oleh guru yang mengajar atau guru bertugas sebelum murid sakit dimasukkan ke bilik tersebut.

    (iii) Murid yang sakit boleh ditemani oleh seorang murid lain dengan kebenaran guru bertugas.

    (iv) Bilik kesihatan hendaklah dikemaskan setelah digunakan. (v) Murid perempuan dan lelaki tidak dibenarkan berduaan di bilik tersebut.

    4.7 TANDAS SEKOLAH

    (i) Murid-murid hendaklah menggunakan tandas yang hanya diperuntukkan khas baginya.

    (ii) Murid-murid adalah bertanggungjawab di atas kebersihan tandas masing-masing. (iii) Murid-murid mestilah menggunakan tandas pelajar sahaja. (iv) Pastikan paip air ditutup selepas digunakan. (v) Jangan kotorkan tandas dan jangan membuang sampah ke dalam lubang tandas. (vi) Tidak dibenarkan berlengah-lengah di tandas. (vii) Jaga kebersihan tandas. (viii) Dilarang melakukan perbuatan vandalisme dalam tandas. (ix) Dilarang menghisap rokok dalam tandas.

    4.8 BUKU BANTUAN SPBT

    (i) Borang pemohonan SPBT hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan. (ii) Butir-butir Tahun,Tingkatan, dan Nama hendaklah diisi di ruang yang dikhaskan di

    tiap-tiap buku yang dipinjam (iii) Semua buku pinjaman hendaklah dibalut dan keutuhannya hendaklah dijaga dengan

    baik sepanjang masa. (iv) Buku bantuan yang dirosakkan dan yang hilang hendaklah diganti. (v) Buku bantuan tidak boleh dipinjamkan atau ditukar milik. (vi) Buku bantuan akan ditarik balik sekiranya tidak dijaga dengan baik dan peluang

    meminjam tidak akan diberi lagi kepada murid berkenaan.

  • 36

    (vii) Buku bantuan hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan. (viii) Pelajar tidak dibenarkan menyimpan buku teks di dalam kelas. (ix) Pemeriksa mengejut akan dijalankan dari masa ke masa.

    4.9 BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)

    (i) Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling memberi khidmat bimbingan dan kaunseling.

    (a) Bimbingan - Personaliti/ sahsiah - Pendidikan - Social - Kerjaya

    (b) Kaunseling - Individu - Kelompok (PRS)

    (c) Ceramah - Kerjaya - Motivasi

    (d) Lawatan (e) Perkhidmatan/ Kursus

    (ii) Bilik ini digunakan bagi masa-masa kaunseling yang telah diperuntukkan oleh pihak sekolah dalam jadual waktu guru kaunseling.

    (iii) Bilik ini juga boleh digunakan setelah temujanji oleh murid dengan guru kaunseling pada waktu-waktu yang ditetapkan.

    (iv) Bilik ini juga digunakan oleh Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) semasa :- Temujanji dengan rakan-rakan yang telah diluluskan oleh guru UBK Menjalankan urusan UBK

    (v) Bilik ini juga boleh digunakan oleh semua murid yang ingin membaca tentang kerjaya, kesihatan dan sebagainya.Bahan dan alat yang telah digunakan hendak disimpan semula dengan teratur. Jika didapati kerosakan atau kehilangan, murid yang berkenaan akan didenda.

    (vi) Bahan-bahan kerjaya dan bacaan lain hanya boleh dipinjam dengan kebenaran daripada guru UBK dan merekodkan pinjaman.

    (vii) Bilik UBK juga boleh digunakan bila-bila masa sahaja jika terdapat kes-kes kaunseling yang serius.

    4.10 BILIK PENDIDIKAN SENI

    (i) Bilik ini digunakan semasa pembelanjaran pendidikan seni oleh murid-murid bersama-sama guru pendidikan seni.

  • 37

    (ii) Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru pendidikan seni. (iii) Alat-alat di dalam bilik pendidikan seni hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya.

    Letakkan alat-alat yang digunakan di tempat asalnya, setelah habis penggunaan. (iv) Sebelum murid-murid meninggalkan bilik ini, murid-murid dikehendaki

    mengemaskan menyapu, membuang sampah dan menyusun kerusi-meja dan menceriakan.

    (v) Murid-murid yang membawa keluar atau mencuri barang-barang dalam bilik pendidikan seni akan dikenakan tindakan disiplin.

    (vi) Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg-beg sekolah ke dalam bilik pendidikan seni.

    (vii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan/minuman.

    4.11 PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

    (i) Pusat sumber akan dibuka dari hari Isnin hingga hari Jumaat di antara masa pagi hingga petang.

    (ii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah, buku, minuman, dan makanan ke dalam bilik PSS.

    (iii) Semasa di PSS murid dilarang membuat bising, bercakap perlahan bila perlu sahaja. (iv) Murid hanya dibenarkan meminjam buah buku seminggu kecuali pinjaman RED

    SPOT- semalaman. (v) Murid yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda tertentu. (vi) Buku yang dihilangkan perlu diganti dengan buku yang serupa (rujuk dengan guru

    perpustakaan.) (vii) Semua proses pinjaman- pulangan hanya boleh diuruskan oleh pengawas pusat

    sumber sahaja. (viii) Murid yang menggunakan bilik PSS perlu berpakaian seragam sekolah lengkap

    dengan kasut getah atau baju-T sekolah sahaja. (ix) Guru yang membawa masuk murid pada waktu bacaan atau relief perlu berada di

    bilik PSS sehingga akhir masa kelas tersebut. (x) Murid yang telah habis membaca buku diminta meletakkan buku-buku tersebut di

    dalam bakul yang disediakan.

    4.12 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK ALAT PANDANG DENGAR (APD)

    (i) Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke bilik APD bersama guru mata pelajaran pada masa itu.

    (ii) Murid-murid dikehendaki masuk ke bilik APD dalam keadaan teratur dan tidak dibenarkan mengatur susunan kerusi atau membawa masuk kerusi-kerusi lain.

  • 38

    (iii) Sebelum meninggalkan bilik, pelajar dikehendaki menjatuhkan kembali kepingan papan tulis di kerusi serta meninggalkan bilik dalam keadaan teratur.

    (iv) Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg-beg ke dalam bilik APD kecuali buku-buku dan alat-alat yang diperlukan untuk mata pelajaran tersebut.

    (v) Murid-murid tidak dibenarkan menyentuh/memegang sebarang peralatan yang terdapat di dalam bilik APD atau memasang alat-alat elektronik/elektrik seperti TV, video dll.

    (vi) Sebarang perbuatan yang melanggar tatatertib bilik APD seperti menconteng, merosakkan alat/bahan akan dikenakan tindakan tegas.

    (vii) Guru yang menggunakan bilik APD harus memastikan bahawa papan hitam/putih dibersihkan, kerusi kuliah disusun semula, lampu, kipas dan alat hawa dingin dimatikan suis serta merekodkan penggunaan bilik di buku yang disediakan.

    4.13 MAKMAL

    (i) Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal bersama guru. (ii) Beg-beg sekolah, makan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam makmal. (iii) Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah atau mengasah pensil di dalam

    sink. (iv) Murid-murid adalah dilarang menconteng/mengotorkan meja/perabot di dalam

    makmal. (v) Murid-murid yang belajar di makmal sebelum waktu rehat dan waktu akhir diminta

    mengemaskan bangku masing-masing setelah pembelajaran tamat. (vi) Murid-murid dilarang membuka almari dari laci serta mengambil radas-radas tanpa

    kebenaran guru sains. (vii) Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan pada setiap waktu. (viii) Murid-murid mesti menjaga keselamatan diri semasa berada di dalam makmal

    sains.

    4.14 PERATURAN-PERATURAN MAKMAL

    (i) Murid-murid adalah diminta mengikuti semua arahan yang diberi oleh guru sains ketika berada di dalam makmal.

    (ii) Bahan-bahan kimia atau perkakas/alat makmal tidak boleh dibawa keluar dari makmal.

    (iii) Murid-murid dibenarkan membuat ujikaji atau menggunakan perkakas/alat yang hanya dibenarkan guru sains yang berkenaan.

    (iv) Semua kemalangan dan pecahan hendaklah dilaporkan serta merta kepada guru sains yang berkenaan.

  • 39

    (v) Murid-murid akan diminta menggantikan perkakas/alat yang dirosakkan/dipecahkan kerana kecuaian sendiri.

    (vi) Murid-murid hendaklah sentiasa cermat apabila menggunakan bahan-bahan kimia. (vii) Murid-murid adalah dilarang merasa apa-apa bahan kimia. (viii) Peraturan-peraturan menggunakan neraca hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh

    murid-murid. (ix) Murid-murid dilarang memusingkan paip-paip gas pada bila-bila masa pun. (x) Pain-paip gas hanya boleh digunakan apabila membuat ujikaji yang menggunakan

    api. (xi) Kertas tidak boleh digunakan untuk memasang penunu bunsen. (xii) Batang mancis dan bahan-bahan lain yang masih menyala hendaklah dipadamkan

    dahulu sebelum dibuang ke dalam bakul sampah. (xiii) Semua perkakas/alat hendaklah dibersihkan dan disimpan kembali ke tempat

    asalnya setelah digunakan. (xiv) Murid perlu memakai lab coat dan google bila diarah oleh guru.

    4.15 PERATURAN-PERATURAN DI BILIK EKONOMI RUMAHTANGGA

    (i) Bilik ERT dilarang masuk tanpa guru. (ii) Sentiasa memakai pakaian bersih dan sesuai. (iii) Jangan memakai jam tangan semasa membuat kerja amali. (iv) Rambut yang panjang mesti diikat. (v) Kebersihan di dapur ERT adalah tanggungjawab pelajar. (vi) Sentiasa bercermat menggunakan air dan bahan api- jangan membazir. (vii) Suis elektrik dan gas hendaklah dimatikan selepas digunakan. (viii) Bungkus dan buang semua bahan sisa dan sampah dengan menggunakan beg

    plastik. (ix) Gunakan alat-alat tajam, berat, panas atau merbahaya dengan berhati-hati. (x) Jika ada apa-apa kemalangan, misalnya luka atau terbakar hendaklah diberitahu

    dengan segera kepada guru. (xi) Barang yang pecah, kerosakan alat-alat mestilah diberitahu kepada guru segera. (xii) Murid perlu menggunakan peralatan bilik ERT mengikut prosedur penggunaan.

    4.16 PERATURAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

    (i) Sentiasa patuhi arahan guru. (ii) Jangan masuk dan keluar bengkel tanpa kebenaran guru. (iii) Letakkan beg di luar bengkel. (iv) Jangan bermain atau bergurau ketika berada dalam bengkel.

  • 40

    (v) Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan mengikut label. (vi) Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja. (vii) Sekiranya timbul keaadaan yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera. (viii) Tutup semua suis setelah menggunakannya. (ix) Guna peralatan mengikut prosedur penggunaan.

    4.17 KEDAI BUKU

    (i) Buku-buku teks dan buku latihan boleh dibeli daripada kedai buku sekolah pada hari-hari dan waktu-waktu yang ditetapkan sahaja.

    (ii) Murid tidak dibenar membeli barang keperluan pada waktu pembelajaran. (iii) Murid juga digalakkan membeli alat-alat persekolahan dan keperluan lain dari

    koperasi sekolah.

    4.18 KOPERASI SEKOLAH

    (i) Murid-murid diwajibkan menjadi ahli koperasi sekolah dan menceburkan diri secara langsung dengan pergerakan koperasi.

    (ii) Murid boleh menjadi ahli koperasi sekolah dengan membeli saham koperasi. Saham tambahan boleh dibeli dari masa ke masa.

    (iii) Murid juga digalakkan membeli alat-alat persekolahan dan keperluan lain dari koperasi sekolah.

    (iv) Dividen akan diberi tiap-tiap tahun bergantung kepada keuntungan yang diperolehi.

    4.19 TELEFON

    (i) Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan telefon awam untuk tujuan penting/kecemasan sahaja.

    (ii) Penggunaan telefon awam tersebut hanya dibenarkan pada sebelum/selepas waktu persekolahan dan waktu rehat sahaja.

    (iii) Gunakan telefon awam dengan betul dan berfaedah. (iv) Murid tidak dibenarkan menelefon sewaktu belajar. (v) Telefon tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan/perbualan sosial.

    4.20 PAPAN KENYATAAN

    (i) Papan kenyataan di sekitar bangunan sekolah dibahagikan kepada kelab/persatuan/rumah oleh sekolah dan diawasi oleh lembaga pengawas dan guru.

    (ii) Papan kenyataan mestilah dihias dengan bahan yang berfaedah dan diganti dengan bahan baru dari masa ke masa.

    (iii) Bahan bacaan/poster/iklan untuk papan kenyataan di sekitar bangunan sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Penasihat Kelab dan Guru Rumah.

  • 41

    (iv) Bahan bacaan, poster dan gambar untuk papan kenyataan kelas mestilah ditunjukkan kepada guru tingkatan terlebih dahulu.

    (v) Bahan papan kenyataan mesti ditampal kemas dengan paku tekan. (vi) Semua murid bertanggungjawab membetulkan atau menampal semua bahan papan

    kenyataan yang terjatuh.

    4.21 SURAT MENYURAT

    (i) Murid-murid tidak dibenarkan menulis surat dengan menggunakan alamat sekolah. Pengetua dan Guru Penolong Kanan serta Lembaga Disiplin sekolah berhak membuka sebarang surat yang beralamatkan sekolah.

    4.22 BIASISWA/BANTUAN

    (i) Permohonan bagi biasiswa dan lain-lain bantuan hendaklah dibuat melalui guru tingkatan.

    (ii) Jenis-jenis bantuan yang boleh dipohon :- Biasiswa Kecil Persekutuan (Bumiputera sahaja) Biasiswa pra-U Kwamp Bantuan anak yatim Bantuan kewangan persekolahan

    (iii) Biasiswa akan ditarik balik sekiranya murid didapati tidak belajar dengan bersungguh-sungguh/ dikenakan tindakan disiplin.

    (iv) Wang biasiswa hendaklah dibelanjakan hanya untuk bidang pelajaran dan kelengkapan sekolah.

    BAB 5 KESELAMATAN

    5.1 LALULINTAS

    (i) Kereta yang menghantar murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. (ii) Murid-murid dikehendaki menggunakan pintu pagar kecil.

  • 42

    (iii) Basikal/motosikal hendaklah disimpan dengan betul dan teratur serta berkunci di tempat letak basikal/motosikal yang dikhaskan.

    (iv) Penunggang-penunggang basikal hendaklah turun dan menolak basikal-basikal ke tempat letak basikal di dalam kawasan sekolah.

    (v) Murid-murid dilarang berdiri atau berkumpul di hadapan atau berhampiran dengan pintu masuk ke sekolah tetapi terus masuk ke dalam kawasan sekolah ke dalam kawasan sekolah.

    (vi) Semasa berjalan pergi dan balik, murid-murid hendaklah berjalan di tepi jalanraya dan jangan bersaing-saingan. Semasa menaiki bas, murid-murid hendaklah beratur dan jangan berebut atau bertolak-tolak.

    (vii) Bagi murid yang menggunakan laluan kedua hendaklah berhati-hati ketika naik dan turun tangga dilarang berlari atau tolak menolak.

    (viii) Bagi murid membawa motorsikal mestilah mempunyai lessen memandu,cukai jalan hidup dan didaftarkan oleh j/k keselamatan sekolah.

    5.2 KAWASAN KESELAMATAN

    (i) Murid-murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang yang tidak dikenali kecuali disaksikan oleh Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Sesi Petang/guru bertugas.

    (ii) Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sekolah pada waktu pembelajaran kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Penolong Kanan.

    (iii) Murid-murid tidak dibenarkan berjumpa dengan pelawat-pelawat kecuali di pejabat sekolah dan kebenaran Pengetua/Guru Penolong Kanan/guru bertugas hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

    (iv) Ibubapa/penjaga/pelawat tidak dibenarkan pergi ke kelas untuk berjumpa murid. (v) Murid-murid dilarang membawa orang luar untuk menggunakan kemudahan-

    kemudahan sekolah. (vi) Murid-murid sesi pagi tidak dibenarkan datang ke sekolah pada waktu petang dan

    sebaliknya kecuali jika ada aktiviti/urusan tertentu yang disertai oleh guru berkenaan. (vii) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah waktu cuti

    penggal, cuti am atau cuti hujung minggu kecuali dengan kebenaran pengetua. (viii) Semasa pulang dari sekolah, murid dinasihatkan supaya jangan menaiki

    kenderaan orang yang tidak dikenali. (ix) Setiap murid bertanggungjawab untuk melaporkan kepada guru mengenai

    kemalangan atau mengesyaki kejadian buruk akan berlaku. Jangan bertidak bersendirian.

    (x) Menjaga keselamatan diri adalah tanggungjawab setiap individu. (xi) Murid-murid yang memiliki lesen menunggang motosikal perlu mendapat kebenaran

    daripada pihak sekolah untuk meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah.

    5.3 PELAWAT

  • 43

    Adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan semua anggotanya berada dalam keadaan selamat.

    (i) Pelawat perlu berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di kawasan sekolah, baju tanpa lengan dan seluar pendek tidak dibenarkan.

    (ii) Semua pelawat mesti melaporkan nama kepada pengawas keselamatan sekolah di pintu pagar sekolah.

    (iii) Pelawat mesti berurusan dengan pihak sekolah di pejabat sekolah. (iv) Pelawat tidak dibenarkan masuk ke blok akademik/bilik guru kecuali dengan

    kebenaran Pengetua. (v) Pelawat tidak dibenarkan mengganggu guru yang sedang melaksanakan pengajaran di

    dalam bilik darjah. (vi) Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk meminta pas pelawat daripada pelawat

    yang ingin berjumpa dengan guru. (vii) Ibubapa/penjaga yang ingin menemui murid-murid perlu meminta kebenaran di

    pejabat sekolah terlebih dahulu. Perjumpaan cuma di pejabat sekolah (viii) Ibubapa/penjaga perlu meminta kebenaran daripada pejabat sekolah sebelum

    membawa pulang murid semasa waktu persekolahan.

    5.4 HARTA BENDA MURID

    (i) Murid-murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan.

    (ii) Murid-murid dilarang membawa barang-barang berharga seperti alat-alat permainan elektronik dan lain-lain ke sekolah.

    (iii) Murid-murid yang mempunyai wang/barang berharga kepunyaan orang lain hendaklah memulangkannya kepada guru bertugas/guru disiplin.

    (iv) Buku-buku/majalah bergambar yang boleh merosakkan akhlak tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

    5.5 HARTA BENDA SEKOLAH

    (i) Murid-murid dikehendaki menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya dan bertanggungjawab menggantikan harta benda yang dihilangkan atau dirosakkan.

    (ii) Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas atau guru yang bertanggungjawab ke atas bangunan dan keselamatan sekolah.

    (iii) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengalih perabot, papan kenyataan atau mana-mana bahagian sekolah.

    (iv) Kemudahan elektrik dan air hendaklah digunakan dengan cermat.

    5.6 ARAHAN KEBAKARAN

    5.6.1 Notis Kebakaran

  • 44

    Kalau anda Nampak kejadian kebakaran :-

    (a) Bunyikan loceng isyarat dengan segera (b) Beritahu guru secepat mungkin. Guru cuba padamkan api dengan pemadam api yang

    ada,jika api itu kecil. (c) Apabila mendengar bunyi loceng secara pendek dan berturut-turut:-

    (i) Guru yang mengajar di dalam kelas hendaklah mengetuai pergerakan

    mengosongkan bangunan. (ii) Kerani yang bertangguingjawab hendaklah menghubungi bomba dengan

    segera. (iii) Tentukan tidak seorang pun memasuki bangunan sehingga diberitahu

    bangunan sudah selamat digunakan oleh Pegawai Kanan Bomba.

    5.6.2 Mengosongkan Bangunan

    (a) Semua penghuni hendaklah keluar ke tempat yang selamat iaitu padang sekolah dengan secepat, tanpa kekecohan atau panik.

    (b) Guru hendaklah memberitahu murid akan lorong, pintu dan tangga yang mesti digunakan mengikut pelan untuk keluar dari bangunan itu dengan selamat.

    (c) Guru-guru dikehendaki membawa buku daftar kedatangan kepada guru-guru di tempat perhimpunan.

    (d) Di tempat perhimpunan, guru-guru akan memanggil nama murid mengikut senarai dalam buku daftar kedatangan.

    (e) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penyelia/Guru Keselamatan sama ada semua murid di bawah jagaannya sudah berkumpul atau tidak.

    (f) Murid yang diketahui tidak ada di tempat berkumpul hendaklah dicari dengan serta merta pleh guru dan pembantu am rendah.

    (g) Murid yang cedera hendaklah dibawa berjumpa guru bertugas untuk rawatan kecemasan.

    5.6.3 Arahan-Arahan Untuk Guru-Guru

    (a) Memahami segala peraturan yang telah disusun serta dapat mengawal keadaan. (b) Sila pastikan murid-murid mengikut peraturan. (c) Sila iringi murid-murid ke tempat perhimpunan. (d) Hendaklah berada segera di tempat berkumpul. (e) Buku kedatangan murid ditandakan dan jika didapati murid hilang, segera

    laporkan kepada guru bertugas.

  • 45

    5.6.4 Arahan-Arahan Untuk Guru Bertugas

    (a) Berada segera di tempat berkumpul. (b) Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mengawal dan mententeramkan murid

    masing-masing. (c) Mengambil butir-butir mengenai bilangan murid dan nama murid-murid tercicir

    dalam setiap kelas/tingkatan daripada guru-guru tingkatan.

    5.6.5 Arahan-Arahan Untuk Kakitangan Pejabat

    (a) Kumpulkan buku kedatangan dan bawa ke padang unutk guru tingkatan. (b) Pembantu makmal mesti menutup atau mematikan ibusawat elektrik atau injap

    gas sebelum meninggalkan makmal.

    5.6.6 Bila Keadaan Terkawal

    (a) Murid-murid dibenarkan balik ke kelas masing-masing apabila isyarat keadaan terkawal dibunyikan iaitu satu bunyi loceng yang berpanjangan.

    (b) Guru-guru dikehendaki memanggil nama murid-murid sekali lagi di kelas dan mencatatkan nama murid-murid yang hilang.

    5.6.7 Lapor Kepada Pegawai Bomba

    Guru bertugas hendaklah melaporkan keadaan kejadian dengan seberapa segera yang boleh semasa ketibaan Pegawai Bomba. Maklumat yang perlu disampaikan adalah seperti berikut

    (a) Jenis kebakaran/kecemasan (b) Mangsa terlibat

    5.6.8 ARM BAND

    Guru tingkatan atau guru-guru yang lain hendaklah menggunakan arm band berwarna merah untun dikenali sebagai pegawai insiden.

    CATATAN

    (a) Senarai undang-undang dan peraturan sekolah tidak terbatas kepada undang-undang yang tercatat di sini sahaja. Undang-undang dan peratuiran sekolah juga merangkumi arahan dan undang-undang/peraturan yang dikeluarkanoleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 46

    (b) Peraturan yang baru atau pindaan peraturan akan dikeluarkan dari masa ke masa. Pihak sekolah berhak mengenakan hukuman tatatertib terhadap sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan termasuk dibuang sekolah atau yang setimpal dengannya.