kesan tinggal di asrama sekolah menengah teknik batu pahat dalam mempengaruhi disiplin pelajar; satu...

Download Kesan Tinggal Di Asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Dalam Mempengaruhi Disiplin Pelajar; Satu Tinjauan

If you can't read please download the document

Upload: mat-tek

Post on 27-Jul-2015

7.954 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

KESAN TINGGAL DI ASRAMA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU PAHAT DALAM MEMPENGARUHI DISIPLIN PELAJAR: SATU TINJAUAN

MOHD FAIRUL AZHAR BIN MOHD NOOR

Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

OKTOBER, 2008

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : Nama Penulis : Tarikh : MOHD FAIRUL AZHAR MOHD NOOR 14 OKTOBER 2008

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat keluarga tersayang khasnya ayahanda dan bonda serta kakak dan adik. Terima kasih di atas doa dan restu kalian yang mengiringi perjuangan dan kejayaanku.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T.di atas kehendak-Nya dapat saya sempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.

Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia, Puan Mimi Mohaffyza Binti Mohamad di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat yang tidak terhingga sepanjang proses pelaksanaan projek ini. Tidak lupa juga kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek) dan guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang terlibat dalam penyelidikan yang dijalankan.

Salam sayang dan ucapan terima kasih ditujukan buat keluarga tersayang di atas doa dan dorongan yang telah dicurahkan serta kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala bantuan ikhlas sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyempurnaan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian, Terima Kasih Mohd Fairul Azhar bin Mohd Noor Oktober 2008

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti disiplin pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Objektif bagi kajian ini ialah mengetahui sama ada tinggal di asrama membentuk disiplin pelajar atau menyumbang kepada masalah disiplin serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi disiplin dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Sampel kajian seramai 108 orang pelajar telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan dalam kalangan populasi kajian iaitu pelajar tingkatan empat yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Batu Pahat. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah tinjauan kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 10 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti kekerapan dalam peratusan dan skor min. Keputusan yang diperolehi mendapati bahawa disiplin pelajar yang tinggal di asrama adalah sederhana walaupun masalah disiplin di kalangan pelajar rendah. Faktor yang paling kuat mempengaruhi disiplin pelajar yang tinggal di asrama ialah rakan sebaya dan paling kurang mempengaruhi ialah ibu bapa. Dapatlah disimpulkan daripada kajian ini bahawa tinggal di asrama berjaya membentuk displin di kalangan pelajar dan mengelakkan pelajar daripada terlibat dengan masalah disiplin.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to recognize the discipline among the students that stayed at hostel in Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. The objectives of this research are to know whether staying at hostel contribute to discipline formation or delinquent among the students and identifying the factors that influenced discipline and delinquent among them. The samples of this research are involving 108 of form 4 students that stays at hostel in Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat to answer the constructed questionnaire. The design of this research is survey case study. Hence, questionnaire was used as the instrument of this research. The collected data was analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 10 in order to get descriptive statistic such as percentage frequency and mean score. The outcomes show that the discipline of the students that stayed at hostel was at moderate level although the delinquencies among the students were low. The most significant factor that influenced the discipline of students that stayed at hostel is peer and the least factor is parents. In conclusion, staying at hostel contribute to discipline formation among the students which avoiding them to involve into delinquency.

vii

KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN HALAMAN ABSTRAK HALAMAN ABSTRACT HALAMAN SENARAI KANDUNGAN HALAMAN SENARAI JADUAL HALAMAN SENARAI RAJAH HALAMAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xi xiv xv

BAB I

PENGENALAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

Pengenalan Latar Belakang Masalah Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian

1 3 6 6 7

viii 1.6 1.7 1.8 1.9 Kepentingan Kajian Skop Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah 1.9.1 Kesan 1.9.2 Asrama 1.9.3 Disiplin 1.9.4 Pelajar 1.10 Kerangka Konsep 8 9 9 9 10 10 11 11 12

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 2.2

Pengenalan Jenis-jenis Disiplin 2.2.1 Tingkah Laku 2.2.2 Pengurusan Masa 2.2.3 Kepimpinan 2.2.4 Pemakaian

13 15 16 18 18 20 22 23 23 24 25 26 28 29

2.3 2.4

Disiplin di Asrama Faktor-faktor Mempengaruhi Disiplin Pelajar 2.4.1 Kemudahan Sekolah 2.4.2 Guru 2.4.3 Pelaksanaan Peraturan 2.4.4 Rakan Sebaya 2.4.5 Ibu Bapa

2.5

Kajian Lepas

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10

Pengenalan Prosedur Kajian Reka Bentuk Kajian Tempat Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian Kesahan dan Kebolehpercayaan Kaedah Pengumpulan Data Kaedah Analisis Data Andaian Kajian

31 32 33 33 34 34 37 38 39 41

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 4.2 4.3 4.4

Pengenalan Dapatan Kajian Analisis Latar Belakang Responden Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 4.4.1 Disiplin Pelajar di Asrama 4.4.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama

42 43 43 44 44 49 51 51

4.5

Keputusan dan Analisis Data Bahagian C 4.5.1 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin 4.5.2 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar di Asrama

54 58

4.6

Kesimpulan

x BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan 5.2.1 Disiplin Pelajar di Asrama 5.2.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama 5.2.3 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin 5.2.4 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar di Asrama

59 60 60 64 66

69 72 72 74 75

5.3 5.4 5.5 5.6

Kesimpulan Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

BIBLIOGRAFI

76

LAMPIRAN

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 3.1 3.2 3.3 3.4 4.1

Tingkah Laku Bermasalah Set Skala Likert bagi Bahagian B Set Skala Likert bagi Bahagian C Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach Kaedah Analisis Data Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina dan Jawatan di Asrama

17 36 36 38 40

43

4.2

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Tingkah laku 45

4.3

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pengurusan Masa 46

4.4

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Kepimpinan 47

4.5

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pemakaian 48

4.6

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Masalah Disiplin Pelajar 49

4.7

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Kemudahan Sekolah 51

xii

NO.JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.8

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Guru 52

4.9

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Pelaksanaan Peraturan 52

4.10

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Rakan Sebaya 53

4.11

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Ibu Bapa 53

4.12

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Kemudahan Sekolah 55

4.13

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Guru 55

4.14

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Pelaksanaan Peraturan 56

4.15

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Rakan Sebaya 56

4.16

Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Ibu Bapa 57

xiii

NO.JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

5.1 5.2

Skor Min Bagi Disiplin Pelajar di Asrama Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi Disiplin Pelajar

63

66

5.3

Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar Melakukan Masalah Disiplin 69

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1 3.1

Kerangka Konsep Kajian Kerangka Operasi Kajian

12 32

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A B C D E F G H I

Carta Gun bagi PSM Borang Soal Selidik Pengesahan Borang Soal Selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Analisis Kajian Rintis Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Pertama Analisis Statistik Deskriptif Skor MinBagi Persoalan Kedua Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Ketiga Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Keempat

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan.

Pendidikan merupakan suatu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Jika dilihat pada zaman dahulu, tidak ramai yang berpendidikan tinggi malah ramai yang langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Ini disebabkan pelbagai faktor seperti dari segi ekonomi, sosial dan juga budaya (Tajul Ariffin Nordin et. al, 2007). Wawasan ibu bapa pada zaman itu tidaklah seperti wawasan ibu bapa yang ada pada zaman sekarang kerana pada masa itu ibu bapa tidaklah begitu mengambil berat dengan cita-cita anak mereka dan hanya berharap mereka dapat mengisi jawatan budak pejabat atau kerani sahaja.

Sebagai langkah untuk memastikan pembangunan negara berlaku dengan seimbang, Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan pada 31 Mac 2006. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk sebuah negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosialnya, memiliki warga yang

2 bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional dan dua daripada lima teras tersebut iaitu teras kedua dan teras ketiga yang menyatakan peranan pendidikan secara langsung (Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Pendidikan amat penting dalam menerapkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang terpuji sebagai kekuatan dalam menghadapi alaf baru yang serba mencabar ini. Ini bertepatan dengan seruan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (2003) supaya rakyat melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan termasuk yang berasaskan teknologi tinggi agar dapat memupuk semangat kebangsaan yang unggul dalam jiwa rakyat Malaysia. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju.

Pembangunan pendidikan di Malaysia bukan sahaja tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pembangunan akhlak dan nilai yang sesuai dengan masyarakat serta golongan pelajar yang bermaruah tinggi dan berdisiplin. Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 April 2006, kerajaan telah bersetuju supaya program dan aktiviti menangani gejala disiplin murid di sekolah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM6,114,000 dan usaha menangani gejala disiplin murid di sekolah bekerjasama dan mendapat bantuan daripada semua kementerian dan agensi kerajaan bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah (Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Bagi memastikan pendidikan yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah menyeluruh dan tidak terdapat jurang pendidikan di antara rakyat terutamanya risiko keciciran dalam kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman, asrama harian disediakan untuk menempatkan para pelajar. Sehingga kini, terdapat 1,397 buah asrama harian

3 yang menempatkan lebih 250,000 pelajar (Teks Perutusan Tahun Baru Y.B. Dato Hishamuddin Tun Hussein, 2008).

1.2

Latar Belakang Masalah.

Sesungguhnya pewujudan sekolah-sekolah berasrama mempunyai rasionalnya tersendiri. Ia adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dengan itu pihak yang ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial, khususnya orang-orang Melayu diberikan bantuan melalui pendidikan (Amir Hasan Dawi, 2002). Mereka inilah yang diharapkan untuk menjadi guna tenaga penting dalam negara Malaysia moden.

Kebaikan tinggal di asrama ialah mendorong pelajar untuk mematuhi masa. Kebanyakan pengurusan asrama telah menetapkan aktiviti seharian pelajar. Ia meliputi waktu pelajar makan, bermain, belajar, berehat dan mengulang kaji pelajaran. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2005), pihak sekolah dapat mengawal masalah disiplin pelajar dengan menentukan semua pelajar sentiasa menggunakan masa mereka dengan kerjakerja berfaedah. Oleh itu, pelajar terpaksa melakukan kesemua aktiviti ini dalam masa yang ditetapkan kerana bimbang didenda atau dikenakan hukuman.

Pelajar juga harus menguruskan keperluan mereka sendiri tanpa bantuan ibubapa ataupun pembantu rumah semasa tinggal di asrama. Mereka bebas menentukan kehendak dan pilihan mereka berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan. Kebebasan yang sepatutnya diberikan kepada pelajar ialah kebebasan menyoal, menyatakan pendapat dan kritikan membina, memilih sendiri daripada beberapa pilihan yang boleh

4 diterima dan sesuai dengan kepentingan serta keupayaan mereka (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, 2001). Ini secara tidak langsung membentuk sifat berdikari di dalam diri pelajar.

Pelajar yang tinggal di asrama akan menghabiskan banyak masa dengan pelajar lain yang juga tinggal di asrama tersebut. Mereka berpeluang melihat atau berkongsi masalah dengan rakan sebaya yang sudah semestinya berbeza tingkah laku dan pendapat. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2002), pencapaian dan kemajuan (improvement) dalam kemahiran adalah penting untuk perubahan tingkah laku apabila remaja didedahkan kepada peluang-peluang untuk tunjuk prestasi, melihat bagaimana orang lain berjaya menunjukkan prestasi yang baik atau diberi pengalaman-pengalaman arahan kendiri. Ini disokong lagi dengan kenyataan Dr. Mohamad Ismail Ali, pakar usus dan pembedahan di Hospital Pakar Johor bahawa pengalamannya bercampur dengan murid-murid pandai ketika di Asrama Semai Bakti membawa kepada kejayaannya sekarang (Berita Harian, 26 Februari 2008).

Asrama sekolah juga menyediakan kemudahan asas seperti tempat beribadat atau lebih tepat lagi masjid atau surau. Institusi ini berperanan mendidik pelajar melalui pelbagai aktiviti keagamaan seperti tazkirah, usrah, kiamulail dan sebagainya. Menurut petikan akhbar Utusan Malaysia (2000) dalam Abdullah Sani Yahaya (2005), Persatuan Mahasiswa Akademik Pengajian Agama Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) beranggapan punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini terutamanya remaja Muslim adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun dalam keghairahan ibu-bapa menghantar anak mereka ke sekolah berasrama, mereka tidak menyedari bahawa tinggal di asrama juga boleh menyumbang kepada disiplin yang negatif.

5 Masalah yang paling ketara ialah kes buli ataupun bergaduh. Ini adalah disebabkan percampuran pelajar yang berbeza dari segi personaliti, pencapaian akademik dan sosioekonomi di dalam satu asrama. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dan berkomunikasi dengan sempurna kerana perbezaan latar belakang. Abdul Rahman Abdul Aziz (2000) menyatakan komunikasi yang tidak berkesan boleh menimbulkan jurang antara manusia. Jurang ini telah menyebabkan timbulnya kesepian, masalah keluarga, kerja yang tidak memuaskan dan rasa tidak puas hati, tekanan psikologi, kesihatan fizikal, malah kematian jika kita tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan perasaan dendam terhadap pelajar lain.

Kegiatan merokok adalah merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Walaupun masalah ini juga berlaku kepada pelajar yang tinggal bersama dengan ibu-bapa, tinggal di asrama juga memungkinkan pelajar menghisap rokok atas alasan jauh dari pengawasan ibu-bapa dan pengaruh rakan sebaya. Hairunnaja Najmuddin (2003) menyatakan tiada kawalan ibu bapa membuatkan remaja merasa bebas dan merasa mereka yang mengendalikan diri mereka sendiri. Remaja suka mencuba yang baru dan adventurous tanpa mempertimbangkan dengan sewajarnya baik buruknya aktiviti itu.

Pelaksanaan disiplin yang terlalu ketat membawa kesan buruk kepada pelajar dari segi pembelajarannya. Ini disokong oleh Amir Hasan Dawi (2002) yang menyatakan peraturan sekolah mestilah tidak terlalu ketat atau yang boleh menyebabkan individu memberontak. Peraturan-peraturan sekolah yang dibenci mungkin menyebabkan murid-murid tidak dapat membentuk disiplin diri sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat moden. Ini mengakibatkan mereka menjadi malas untuk belajar dan menimbulkan masalah disiplin untuk menunjukkan sikap penentangan mereka. Pelajar terbabit biasanya akan curi-curi keluar daripada asrama untuk keluar berhibur seperti ke kelab malam ataupun pusat snuker.

6 1.3 Penyataan Masalah.

Tinggal di asrama mendidik pelajar menguruskan masa mereka dengan betul dan menanamkan sikap berdikari dalam diri mereka. Kemudahan yang disediakan di asrama seperti surau membantu mereka mendalami ilmu agama dan menghindarkan daripada sifat-sifat yang tidak elok. Mereka juga bergaul dengan pelajar-pelajar yang terpilih dari segi akademik dan secara tidak langsung mendorong mereka untuk berusaha mencapai keputusan yang cemerlang. Namun begitu tinggal di asrama menyebabkan pengawasan ibu bapa terbatas dan pelajar lebih senang dipengaruhi oleh persekitaran di asrama. Pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajar lain akan mencetuskan pergaduhan akibat perasaan tidak puas hati. Mereka juga terdedah dengan masalah merokok sekiranya bergaul dengan rakan yang merokok. Pelaksanaan peraturan yang terlalu ketat menyebabkan pelajar tertekan dan memberontak.

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau kesan tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar sama ada lebih berdisiplin ataupun tidak. Disiplin pelajar akan dilihat dari segi tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan, dan pemakaian.

1.4

Objektif Kajian.

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dalam mempengaruhi disiplin pelajar. Secara khususnya kajian ini bertujuan:

7 (i) Mengkaji sama ada tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin.

(ii)

Mengkaji sama ada tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin.

(iii) Mengkaji berdisiplin.

faktor-faktor

yang

membentuk

pelajar

menjadi

lebih

(iv) Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin.

1.5

Persoalan Kajian.

Berdasarkan dari objektif kajian di atas, beberapa persoalan dapat ditentukan seperti:

(i)

Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

(ii)

Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

(iii) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

(iv) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

8 1.6 Kepentingan Kajian.

Memandangkan disiplin di sekolah adalah suatu peraturan yang telah ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang teratur dan tenteram dan untuk mewujudkan suasana pembelajaran selesa di sekolah, hasil kajian ini diharapkan akan dapat :

(i)

Memberikan maklumat kepada pengetua, penolong kanan hem, guru disiplin dan para guru akan punca-punca berlakunya masalah disiplin di asrama dan seterusnya merangka, merancang dan melaksanakan tindakan untuk memperbaiki dan membentuk disiplin pelajar.

(ii)

Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan peraturan asrama dan mematuhinya sebagai salah satu cara untuk membina sahsiah diri. Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa peraturan yang ditetapkan bukanlah bertujuan mengongkong sebaliknya mendidik pelajar itu sendiri.

(iii) Memberi pengetahuan kepada ibu-bapa tentang kesan-kesan yang mungkin berlaku sekiranya pelajar tinggal di asrama agar mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih sekolah berasrama. Tidak semua sekolah berasrama mampu membentuk pelajar yang mempunyai disiplin cemerlang.

(iv) Menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada pengkaji lain yang berminat untuk mengkaji secara lebih terperinci dan mendalam berkaitan dengan kesan tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar di sekolah teknik dan membuat perbandingan dengan sekolah-sekolah lain di negara ini.

9 1.7 Skop Kajian.

Kajian ini melibatkan pelajar yang menghuni asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Aspek yang dikaji hanyalah ditumpukan kepada disiplin pelajar asrama dan faktor yang mempengaruhinya.

1.8

Batasan Kajian.

Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan empat yang tinggal di asrama. Kajian yang dijalankan juga tidak menunjukkan tahap disiplin sebenar pelajar yang tinggal di asrama kerana hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Oleh itu ianya tidak boleh digunakan untuk menerangkan bahawa keadaan yang sama di sekolah berasrama lain di Malaysia.

1.9

Definisi Istilah.

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-perkara yang dibincangkan oleh penyelidik di dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini:

10 1.9.1 Kesan.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), kesan adalah sesuatu sama ada kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu kejadian. Dalam konteks kajian ini kesan merujuk kepada disiplin pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.

1.9.2

Asrama.

Kamus Dewan (2005), asrama didefinisikan sebagai bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat dan lain-lain.

Asrama adalah suatu tempat penginapan yang ditujukan untuk anggota suatu kelompok, umumnya murid-murid sekolah. Asrama biasanya merupakan sebuah bangunan dengan bilik-bilik yang dapat ditempati oleh beberapa penghuni di setiap biliknya. Para penghuninya menginap di asrama untuk jangka waktu yang lebih lama daripada di hotel atau rumah tumpangan. Alasan untuk memilih menghuni sebuah asrama biasanya adalah tempat tinggal asal penghuni yang terlalu jauh, ataupun biaya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penginapan yang lain, misalnya rumah sewa (Wikipedia, Indonesia).

11 1.9.3 Disiplin.

Abdullah Sani Yahaya (2005) menyatakan disiplin dapat didefinisikan sebagai suatu latihan pemikiran dan kelakuan yang patut ada pada setiap individu. Disiplin adalah peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan insan mulia. Disiplin juga adalah salah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat.

Dalam kajian ini, disiplin merujuk kepada tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan, dan pemakaian pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.

1.9.4

Pelajar.

Pelajar ialah mereka yang sedang menuntut ilmu di institusi, sekolah atau pusat pengajian tinggi (Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.

12 1.10 Kerangka Konsep.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian.

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan.

Disiplin menurut Kamus Dewan (2005) ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

Selain itu, terdapat juga hujah ilmiah tentang definasi disiplin. Omardin Ashaari (1999) mendefinasikan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang samada disiplin itu dikenakan di luar atau dengan kerelaan diri sendiri. Syarifah Md. Nor (2000) menjelaskan bahawa disiplin bukan sahaja membawa erti mempunyai, menghargai dan menghayati perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat tetapi juga sanggup menempatkan perlakuan-perlakuan

14

dalam konteks yang lebih luas iaitu ketaatan dan kesetiaan kepada sekolah, daerah, negeri dan negara.

Disiplin juga diperihalkan sebagai satu pengkodan yang tersurat dan tersirat yang difahami serta diterima pakai oleh sesuatu masyarakat untuk tujuan saling memahami secara konsisten tingkah laku yang dikatakan akan mensejahterakan keadaan ahli-ahli masyarakat tersebut atau sebaliknya, mengancam dan merosakkan kesejahteraan (Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).

Dari segi operasi pula, disiplin atau tatatertib seperti yang ditakrifkan di dalam Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968, bertajuk Tatatertib di SekolahSekolah di dalam Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) merujuk kepada tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi. Dengan demikian, skop disiplin yang luas merangkumi konsep kepatuhan kepada peraturan, latihan minda dan perlakuan yang dengan kerelaan, kawalan dalaman untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta suatu pengkodan yang bertujuan melahirkan konsistensi kefahaman terhadap tingkah laku.

15

2.2

Jenis-jenis Disiplin.

Definasi dan pengertian disiplin sahaja tidak bermakna apabila tidak dapat diaplikasikan di sekolah. Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah (1982:7) di dalam buku Pengurusan Disiplin Murid (Ang Jit Eng, 2007) menyenaraikan aspek-aspek berikut untuk dipertimbangkan dalam senarai peraturan sekolah:

(i) (ii)

Menepati masa. Majalah sekolah.

(iii) Pakaian seragam. (iv) Potongan rambut. (v) Rombongan lawatan.

(vi) Kehadiran ke sekolah ataupun kelas. (vii) Kebersihan (diri dan persekitaran). (viii) Budi pekerti, tingkah laku atau kelakuan. (ix) Kegiatan-kegiatan di luar bilik darjah. (x) Menjaga harta benda sekolah ataupun orang lain.

(xi) Keselamatan melintas jalan, makmal, kebakaran dan kecemasan.

Untuk memudahkan kajian, pengkaji telah mengklasifikasikan disiplin kepada beberapa pecahan. Kajian ini akan meninjau disiplin pelajar sekolah berasrama dari segi tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian

16

2.2.1

Tingkah Laku.

Tingkah laku adalah sebahagian daripada elemen sikap bagi seseorang individu. Menurut Azizi Yahaya (2005), tingkah laku merupakan penampilan dan hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Tingkah laku positif adalah berlawanan dengan tingkah laku devian dan delinkuen. Delinkuen didefinisikan sebagai tingkah laku yang ganjil dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima. Devian pula adalah kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial (Azizi Yahaya, 2005).

Menurut Mok Soon Sang (2003) pula tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour dalam bahasa inggeris, dan terkeluar dari nilai dan norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

17

Jadual 2.1: Tingkah Laku Bermasalah (Mok Soon Sang, 2003).

Tingkah laku bermasalah Negatif

Tingkah laku Bergantung

Ciri-ciri Kebimbangan, pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri.

Disruptif

Hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif secara lisan/fizikal.

Distruktif

Permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik dan geng.

Positif

Ingin tahu

Sentiasa mengemukakan soalan, mencuba sesuatu yang membawa kerosakan dan membahayakan diri dan orang lain.

Cepat belajar

Cepat menguasai maklumat, kemahiran dan ilmu pengetahuan serta ganggu murid lain semasa belajar.

Pintar cerdas

Mencuba sesuatu yang merbahaya, ganggu pelajaran dalam bilik darjah, sombong serta pandang rendah pada murid lain, cabar kewibawaan guru dan lakukan sesuatu diluar jangkaan.

Proaktif

Terlalu yakin dengan diri, tidak mendengar nasihat guru, bertindak tanpa arahan guru, melanggar adat, moral dan nilai serta menghina dan merendahkan orang lain.

18

2.2.2

Pengurusan Masa.

Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi istilah masa bermakna tika-tika waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Aktiviti dan cara hidup banyak mempengaruhi pencapaian semasa, tidak terkecuali pengaruh pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Sikap dan disiplin pelajar itu sendiri dalam pengurusan masa adalah penting dalam mengatur perjalanan aktiviti harian agar tidak mengenepikan perkara penting tanpa disedari (A. Ahmad et. al, 2006).

2.2.3

Kepimpinan.

Kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu hingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui (Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).

Menurut Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) lagi, sifat kepimpinan boleh timbul dalam situasi di mana seseorang yang mempunyai sesuatu kepakaran, pengetahuan, kemahiran atau pengalaman diterkehadapan untuk memberi panduan kepada ahli-ahli lain yang kurang arif sehinggalah kumpulan tersebut kembali ke tahap keyakinan dan stabiliti.

19

Berdasarkan rencana Pemimpin Kecil di Portal MySchoolNet (2008), asas-asas kepimpinan di sekolah ialah:

(i) (ii)

Mempunyai bakat semula jadi kemudian dikembangkan. Keikhlasan dan kejujuran berkhidmat.

(iii) Bijaksana dan panjang akal. (iv) Berkeyakinan diri. (v) Berdisiplin, boleh diteladani dan menjadi role model.

(vi) Aktif dalam gerak kerja sekolah. (vii) Kemas, menepati masa, pandai bergaul, tidak berlagak, tidak sombong dan disegani. (viii) Kesetiaan terhadap organisasi yang dipegang. (ix) Pencapaian akademik yang baik. (x) Ketrampilan dan penglibatan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.

(xi) Mempunyai minat yang mendalam menjalankan tugas yang diamanahkan. (xii) Sentiasa bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan. (xiii) Bijak membuat keputusan dan mampu menangani masalah.

Kepimpinan di sekolah biasanya diterapkan melalui kewujudan lembaga disiplin dengan melantik pelajar menjadi pengawas, ketua kelas dan pemimpin dalam persatuan atau kelab kokurikulum. Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002) dalam kajian Ahmad bin Esa et. al (2004) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.

20

2.2.4

Pemakaian.

Pemakaian merujuk kepada cara seseorang mengenakan pakaian mengikut citarasanya atau berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh satu organisasi. Menurut Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2008), sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya.

Berikut adalah panduan pemakaian pelajar sekolah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 yang bertajuk Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah dalam buku Pengurusan Disiplin Murid Ang Jit Eng (2007).

(i)

Pakaian murid-murid lelaki.

(a)

Seluar bagi murid-murid lelaki sekolah menengah (tingkatan peralihan hingga ke tingkatan enam) ialah seluar pendek atau seluar panjang sekiranya dikhendaki oleh mereka atau ibu-bapa/penjaga mereka. Warna bagi seluar pendek atau panjang ini adalah hijau kehitam-hitaman (dark olive).

(b)

Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias.

(c)

Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek atau panjang. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancingkan atau dilipat ke atas sedikit dari paras siku.

21

(ii)

Pakaian murid-murid perempuan.

(a)

Pinafore Tunic. Pinafore Tunic adalah berwarna turquoise dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut. Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.

(b)

Murid-murid perempuan tingkatan enam. Pakaian bagi murid-murid perempuan tingkatan enam adalah skirt berwarna turquoise dan blouse berlengan berwarna putih. Labuh skirt hendaklah sampai ke paras lutut.

(c)

Baju kurung dan kain sarung. Murid-murid perempuan sekolah menengah juga dibenarkan memakai tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung/mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.

(iii) Pakaian ketika bersenam dan bersukan (sekolah rendah dan menengah). Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid perempuan terutamanya di sekolah-sekolah menengah adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan jika dikhendaki oleh mereka atau ibu bapa/penjaga mereka. Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan.

(iv) Pakaian murid-murid islam pada hari jumaat (sekolah rendah dan menengah). Murid-murid lelaki islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat. Murid-murid perempuan islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai baju kurung dan berkain sarung serta memakai tudung/mini telekung.

22

(v)

Kasut. Kasut bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah kasut kanvas berwarna putih. Sekiranya memakai stoking, stoking hendaklah berwarna putih.

2.3

Disiplin Di Asrama.

Asrama didirikan untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid yang datang jauh, terutama mereka yang miskin. Kemudahan asrama juga memberi pendedahan dan latihan kepimpinan dan kemasyarakatan kepada pelajar. Selain itu, asrama didirikan bertujuan untuk membina dan memupuk akhlak dan nilai yang sesuai dengan kehendak masyarakat serta dapat menghasilkan golongan pelajar yang bermaruah tinggi dan berdisiplin.

Oleh itu, disiplin dalam konteks asrama Sekolah Menengah Harian (SMH) dan aplikasinya dalam sistem pendidikan adalah mencakupi pelaksanaan dan usaha untuk mengorientasikan penghuni asrama kepada norma-norma tertentu samada komponen disiplin, arahan, peraturan dan hukuman. Dalam melaksanakan peraturan disiplin di asrama, dua pendekatan telah digunakan iaitu pertama mengadakan peraturan-peraturan atau norma dan kedua, menentukan cara-cara peraturan dan norma dipatuhi (Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).

23

Mereka yang berada di sekolah-sekolah berasrama penuh dalam jangka waktu tertentu telah diasingkan daripada masyarakat luar, malahan mereka telah diasingkan daripada ibu bapa. Mereka dengan ketat tertakluk kepada budaya formal kehidupan asrama. Misalnya waktu-waktu untuk bangun pagi, sembahyang, sarapan, kelas, makan tengahari, riadah, sukan, makan malam, belajar malam, masa persediaan dan tidur yang telah dijadualkan setiap hari (Amir Hasan Dawi, 2002).

2.4

Faktor-faktor Mempengaruhi Disiplin Pelajar.

2.4.1

Kemudahan Sekolah.

Terdapat pendapat yang mengatakan ciri-ciri persekitaran fizikal sekolah akan mempengaruhi suasana dan pengajaran serta pembelajaran. Oleh itu sekolah-sekolah harus mempunyai kemudahan fizikal terbaik, misalnya mempunyai bangunan, makmal, pusat sumber, dewan, komputer dan bilik yang lengkap (Amir Hasan Dawi, 2002). Ini penting untuk keselesaan dan mengelakkan tekanan jiwa di antara pelajar yang tinggal di asrama.

Prasana sekolah yang gersang dengan aktiviti dan ransangan yang benar-benar menimbulkan minat pelajar juga adalah satu faktor sekolah yang menyebabkan keresahan di kalangan pelajar (Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005). Kemungkinan guru dan pemimpin kurang pengetahuan, pendedahan dan kemahiran mewujudkan keceriaan yang meransang minda, minat dan semangat. Oleh yang demikian, kebanyakan program dan aktiviti sekolah dijalankan secara rutin dan minimalis, dan mengakibatkan kehilangan minat pelajar.

24

Dalam kajian Mad Ithnin bin Salleh et. al (2007), Colemant pada 1966 menyatakan bahawa keupayaan sekolah dari segi input memberikan kesan yang amat kecil kepada pencapaian untuk pelajar-pelajar dari golongan kelas bawahan. Tetapi kajian yang dibuat oleh Martin Carnoy, Is Compensatory Education Possible dalam tahun 1976 menyatakan bahawa kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah yang digunakan dengan betul boleh meningkatkan prestasi mereka yang terdiri daripada golongan kelas bawahan.

2.4.2

Guru.

Kebanyakan sekolah berasrama melaksanakan peraturan yang ketat dalam pengambilan guru terutamanya warden asrama. Ini kerana warden asrama memainkan peranan yang besar dalam mengawal dan membentuk disiplin pelajar melalui pemantauan pelaksanaan disiplin. Ini dapat dilihat melalui peranan ketua warden dan warden asrama yang dikemukakan oleh Ang Jit Eng (2007) dalam mengurus disiplin pelajar.

(i)

Merancang, menyelaras dan melaksanakan program disiplin yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

(ii)

Mewujudkan iklim kekeluargaan di asrama.

(iii) Bertanggungjawab kepada murid di asrama. (iv) Memupuk nilai murni di kalangan penghuni asrama. (v) Sentiasa peka pada perlakuan murid di asrama.

(vi) Sentiasa bersedia menerima aduan murid dan membuat siasatan. (vii) Melaporkan hasil siasatan kepada Ketua Warden atau GPK HEM. (viii) Menjalankan pemantauan berterusan. (ix) Menyediakan sudut pameran berkaitan gejala buli.

25

Guru-guru di sekolah asrama juga lebih prihatin dan serius dalam menangani masalah disiplin sekolah. Semua guru tidak tertumpu kepada guru disiplin sekolah sahaja malah turut berusaha menyumbangkan masa dan tenaga dalam usaha meningkatkan tahap disiplin pelajar sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005).

Berdasarkan penteorian Sosiologi dan Pendidikan (Amir Hassan Dawi, 2002), faktor pertama yang menyebabkan disiplin pelajar merupakan kegagalan guru berperanan sebagai contoh tauladan dalam bilik darjah. Seseorang guru seharusnya mempunyai perwatakan dan nilai-nilai murni supaya pelajar boleh mewarisi ciri-ciri yang baik tersebut. Guru disiplin contohnya, tidak patut sama sekali merokok di kawasan sekolah.

2.4.3

Pelaksanaan Peraturan.

Cara pendidikan moral diterapkan oleh sekolah ialah melalui disiplin. Peraturanperaturan sekolah yang berbeza dengan peraturan di rumah akan mengikat semua murid untuk mematuhinya. Oleh itu murid-murid akan sedar bahawa ada prinsip peraturanperaturan yang wajib mereka ikuti. Proses mematuhi peraturan akan mendorong muridmurid mempunyai disiplin diri (Amir Hasan Dawi, 2002).

Tambah Amir Hasan Dawi, secara mikro pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan formal atau disiplin yang ditentukan oleh pihak sekolah. Di dalam bilik darjah, guru-guru akan menentukan murid-muridnya patuh kepada arahan-arahan. Mereka yang berkelakuan baik selalu mendapat pujian sementara yang tidak mengikuti norma yang dikhendaki akan ditegur. Malah terdapat murid-murid yang dikenakan tindakan formal seperti dirotan, digantung sekolah ataupun dibuang sekolah. Terdapat murid-murid yang menerima secara positif dan tidak kurang pula yang menentangnya.

26

Namun adalah menjadi tanggungjawab murid untuk patuh kepada kuasa kawalan sosial yang dikenakan terhadap mereka.

Menghukum pelajar memerlukan pendekatan secara psikologi. Sekiranya pelajar yang nakal dirotan, secara psikologi pelajar tersebut memprotes dan melakukan tindakan yang lebih agresif. Begitu juga dengan hukuman pelajar dibuang sekolah, pihak sekolah disarankan tidak terburu-buru mengambil keputusan ini (Dewan Masyarakat, September 2007). Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Murad Mohd Noor, dalam konteks sekarang hukuman merotan pelajar tidak mewujudkan keakraban antara guru dan pelajar mahupun ibu bapa pelajar.

Secara umumnya, kaedah yang paling sering digunakan untuk mendisiplinkan pelajar adalah dengan pemberian hukuman. Hal yang sama dilakukan juga oleh sebagian besar ibu bapa ataupun guru dalam mendidik anak-anak atau murid-murid. Kerugiannya adalah disiplin yang tercipta merupakan disiplin jangka pendek, ertinya anak hanya menurutinya sebagai tuntutan sesaat, sehingga seringkali tidak tercipta disiplin diri pada mereka. Hal tersebut disebabkan kerana dengan hukuman anak lebih banyak mengingat hal-hal negatif yang tidak boleh dilakukan, daripada hal-hal positif yang seharusnya dilakukan (Zainun Mu'tadin, 2002).

2.4.4

Rakan Sebaya.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak boleh diperolehi daripada keluarga dan juga sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawaian kumpulan itu dari segi

27

aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain.

Bagi remaja yang tinggal di asrama, ibu bapa tidak mempunyai peluang untuk memantau pergaulan mereka. Sebaik sahaja remaja melangkah keluar daripada rumah, ibu bapa tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-rakan mereka itu (Hairunnaja Najmuddin, 2003). Segalanya terserah kepada remaja itu samada mendengar dan patuh kepada pesanan ibu bapa mereka atau mengabaikan semua itu.

Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri (Abdullah Sani Yahaya, 2005). Ini jelas menunjukkan pemilihan rakan memainkan peranan dalam membentuk diri remaja.

Percampuran pelajar yang berlainan latar belakang dan berbeza budaya akan menyebabkan berlakunya interaksi sosial di antara mereka. Menurut pendapat Jas Laile Suzana Jaafar (2002), interaksi dengan rakan sebaya memberi peluang kepada individu untuk menerima pendapat yang berbeza dari diri dan boleh meningkatkan pemahaman moral.

Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan kecil pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan pergaulan rakan sebaya yang terbatas. Sebilangan pelajar yang lemah dalam bidang akademik mengalihkan perhatian mereka kepada kumpulan rakan sebaya yang tertentu untuk berkongsi masalah. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2005), daripada kajian Futrell dan Hohhman (1996) serta

28

Aminuddin (1998), aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan oleh pelajar berpunca daripada tekanan rakan sebaya serta perasaan sesorang individu pelajar yang ingin diterima oleh rakan sebaya dan ingin dirinya dihormati. Ia juga dilakukan untuk mendapat sokongan moral bagi membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti yang tersendiri.

2.4.5

Ibu Bapa.

Ibu bapa adalah golongan yang paling rapat dengan pelajar. Tingkah laku ibu bapa menjadi contoh terbaik bagi anak-anak mereka. Abdullah Sani Yahaya (2005), menyatakan bahawa tugas mendidik hendaklah bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Sebelum wujudnya institusi sebuah keluarga, rumah adalah tempat di mana pendidikan asas berlaku dan guru-gurunya terdiri daripada ibu bapa, datuk, kakak, abang ataupun ahli-ahli keluarga yang lain.

Faktor baka dan asal usul seseorang itu juga menjadi penentu dalam melahirkan individu yang cemerlang dari segi intelek, emosi dan rohani. Pelajar yang lahir daripada golongan ini mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat walaupun tinggal berjauhan dengan keluarga.

Ada pelajar yang tinggal di asrama tanpa kerelaan mereka sendiri dan dipaksa oleh ibu bapa. Ini menyebabkan mereka memberontak dan kurang berkomunikasi dengan kedua dua ibu bapa mereka. Mereka merasakan tidak diperlukan lagi oleh keluarga mereka. Kajian menunjukkan kurangnya perhubungan antara ibu bapa dengan anak remaja menyebabkan remaja bertingkah laku devian. Anak-anak yang tidak rapat dengan ibu bapa merasa dirinya tidak diperlukan oleh orang lain dan dengan itu lebih

29

gemar meminggirkan diri mencari jalan lain bagi meluahkan perasaan dan mendapatkan lebih perhatian (Hairunnaja Najmuddin, 2003).

Pemilihan institusi pendidikan oleh ibu bapa juga mempengaruhi disiplin pelajar. Mereka terpaksa menentang keinginan mereka sendiri dalam menentukan minat mereka sendiri seperti terpaksa tinggal di sekolah asrama yang tidak menawarkan subjek yang diminati. Menurut Mohamed Hatta Shaharom (2003), ramai ibu bapa yang menentukan kerjaya anak-anak mereka. Ini terjadi apabila kerjaya yang mereka minati tidak dapat dicapai oleh mereka sendiri, maka anak-anaklah yang menjadi mangsa bagi menunaikan impian itu. Ini bukan sahaja boleh mematahkan semangat remaja tetapi juga menyebabkan tekanan jiwa.

2.5

Kajian Lepas.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) menunjukkan secara keseluruhan jenis salah laku disiplin yang dominan dilakukan oleh penghuni asrama sekolah menengah harian ialah salah laku tidak mementingkan masa. Salah laku ini dikategorikan pada tahap serius dan memerlukan tindakan. Secara keseluruhan penghuni lelaki lebih kerap melakukan salah laku disiplin bagi semua jenis salah laku berbanding dengan penghuni perempuan kerana terdapat perbezaan yang signifikan ke atas semua kategori salah laku oleh penghuni asrama mengikut jantina.

30

Keseluruhannya dapatan kajian ini menujukkan kurangnya kerjasama antara warden (53%), warden tidak tegas (38%) dan penghuni asrama tidak memahami peraturan asrama (18%) merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pihak pengurusan asrama dalam menguatkuasakan peraturan disiplin. Selain itu, masalah dalam melantik warden yang komited, berdedikasi dan bertanggungjawab menyukarkan pihak pengurusan asrama dalam menguatkuasakan peraturan. Ketiadaan kriteria yang spesifik semasa melantik warden, beban tugas warden dan ketiadaan insentif yang menarik menyebabkan tiada guru ingin menjadi warden secara sukarela.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan.

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang dijalankan dalam penyelidikan. Ia akan menentukan ketetapan data yang diperoleh. Maklumat dari kajian yang dijalankan amat membantu dalam membuat keputusan.

Penganalisisan dan persembahan data adalah merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang utama bagi mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Oleh itu dalam bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data.

32 3.2 Prosedur Kajian.

Kerangka operasi kajian menerangkan dengan ringkas langkah-langkah gerak kerja atau proses kajian dijalankan. Kerangka ini bertindak sebagai garis panduan bagi penyelidik supaya tidak terpesong daripada perancangan kerja semasa menjalankan kajian.

Rajah 3.1: Kerangka Operasi Kajian.

33 3.3 Reka Bentuk Kajian.

Dalam konteks kajian ini, kaedah kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kajian berbentuk tinjauan adalah sesuai digunakan di dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kajian tinjauan juga biasanya digunakan untuk membuat ramalan tentang sesuatu isu masyarakat semasa yang timbul (Chua Yan Piaw, 2006). Di dalam kajian ini, isu yang dikaji ialah disiplin pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Segala pengukuran terhadap objektif kajian adalah dibuat berdasarkan maklum balas responden terhadap pernyataan yang terkandung di dalam soal selidik yang diedarkan.

3.4

Tempat Kajian.

Penyelidik hanya menjalankan kajian ini di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Tujuan penyelidik memilih sekolah ini kerana lokasi sekolah ini terletak berhampiran dengan tempat pengajian penyelidik dan untuk memudahkan pelaksanaan penyelidikan.

34 3.5 Populasi Dan Sampel Kajian.

Populasi bagi kajian ini ialah 150 orang pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Sumber: Pejabat Am Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, 2008).

Sampel ialah sejumlah individu yang diambil bagi mewakili populasi. Sampel dipilih secara rawak menggunakan pensampelan mudah iaitu menggunakan kaedah mudah memilih sampel dari populasi dari senarai yang banyak. Setiap orang mempunyai peluang untuk dipilih (Mohd Najib Ghafar, 1999). Saiz sampel pula adalah sebanyak 108 orang yang ditentukan berdasarkan pengiraan Krejie dan Morgan (1970) di dalam buku Kaedah Penyelidikan Chua Yan Piaw (2006) yang menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian dalam penentuan sampel. Pelajar tingkatan 4 dipilih kerana mereka baru tinggal di asrama dan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.

3.6

Instrumen Kajian.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau sekil kadar (Mohd Najib Ghafar, 1999). Soalan yang digunakan ialah soalan sekil kadar yang menggunakan Skala Likert di mana responden memilih jawapan daripada satu kontiniuum (ekstrem ke ekstrem).

35 Kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia adalah satu kaedah yang paling popular di kalangan penyelidik, mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan juga data senang diproses untuk dianalisis. Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik.

Soal selidik ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A akan meninjau tentang latar belakang dan maklumat peribadi serta kehidupan responden. Bahagian B pula mengandungi dua bahagian iaitu disiplin pelajar di asrama dan masalah disiplin pelajar di kalangan pelajar asrama. Disiplin pelajar yang tinggal di asrama dikaji berdasarkan kategori:

(i) (ii)

Tingkah laku. Pengurusan masa.

(iii) Kepimpinan. (iv) Pemakaian.

Bahagian C pula adalah merupakan soal selidik yang mengandungi item faktorfaktor yang telah dikenal pasti dalam mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin atau melakukan masalah disiplin. Item-item tersebut dikelaskan kepada:

(i) (ii)

Faktor kemudahan sekolah.. Faktor guru.

(iii) Faktor pelaksanaan peraturan. (iv) Faktor rakan sebaya. (v) Faktor ibu bapa.

36 Untuk bahagian B dan C, Skala Likert digunakan untuk menentukan hasil cerapan. Skala Likert telah mencadangkan penggunaan satu set senarai kenyataan positif dan negatif individu terhadap sesuatu kenyataan. Menurut Chua Yan Piaw (2006), Skala Likert mudah diurus dan dipakai, item-itemnya mudah dijawab oleh responden dan data yang dipungut lebih tinggi kebolehpercayaan berbanding dengan skala-skala lain seperti Thurstone dan Guttman.

Jadual 3.1: Set Skala Likert Bagi Bahagian B.

MAKLUM BALAS

Tidak pernah

Sangat Jarang

Jarang

Kerap

Sangat kerap

SKOR

1

2

3

4

5

Jadual 3.2: Set Skala Likert Bagi Bahagian C.

MAKLUM BALAS SKOR

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

2

3

4

5

37 3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dilakukan dengan melibatkan empat orang pensyarah dari Fakulti Pendidikan Teknikal yang berpengalaman untuk menyemak soal selidik kajian ini. Ini adalah untuk menyemak soalan yang telah dibina sesuai atau tidak untuk digunakan dalam menjalankan kajian.

Selepas itu, soal selidik ini diedarkan kepada 10 orang pelajar asrama tingkatan 4 aliran teknik yang dipilih secara rawak sebagai kajian rintis. Mereka dikehendaki menjawab soal selidik ini dan penyelidik akan menganalisis data-data kajian rintis untuk melihat nilai pekali kebolehpercayaan (Alpha Cronbach). Jika nilai alpha bagi setiap pemboleh ubah tinggi, maka soal selidik ini boleh ditadbirkan kepada responden sebenar. Selain itu juga, kajian rintis ini dilakukan untuk melihat sama ada soalansoalan ini sesuai dan dapat difahami oleh pelajar-pelajar tersebut. Sekiranya tiada masalah, instrumen ini akan diaplikasikan kepada kajian yang akan penyelidik lakukan.

Kebolehpercayaan ini telah diuji dengan Alpha Cronbach. Pengkaji perlu mendapatkan nilai yang tinggi, iaitu 0.7 hingga 1.0. Perubahan ke atas item-item dalam borang soal selidik telah dibuat sehingga nilai kesahan dan kebolehpercayaan diperoleh. Jadual di bawah menunjukkan interpretasi skor Alpha Cronbach bagi menentukan tahap kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian rintis.

38 Jadual 3.3: Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach

Skor Alpha Cronbach 1.0

Tahap Kebolehpercayaan

Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi

0.8 0.7

Baik Boleh diterima

(Adaptasi daripada Mohd Najib Ghafar, 1999)

Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan nilai pekali alpha adalah 0.8154. Ini bermakna item-item yang terdapat dalam borang soal selidik ini boleh terus digunakan.

3.8

Kaedah Pengumpulan Data.

Sesuatu kajian yang dibuat perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran menjalankan penyelidikan di sesuatu tempat yang tertentu. Pihak UTHM telah mengeluarkan surat kebenaran bagi menjalankan penyelidikan kepada pelajar. Bagi menjalankan penyelidikan di sekolah, penyelidik juga telah memohon kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia agar tidak mendapat halangan dari mana-mana pihak semasa penyelidikan dijalankan.

39 Soalan soal selidik akan dihantar sendiri oleh penyelidik ke sekolah yang telah dipilih bagi memastikan tidak berlaku sebarang keciciran atau kelewatan semasa proses penghantaran. Proses untuk menjawab soal selidik pula akan mengambil masa selama dua jam di mana responden akan dikumpulkan pada suatu tempat. Pelajar-pelajar yang telah dipilih akan diberikan penerangan tentang setiap persoalan yang dikemukakan. Ini bagi memastikan jawapan yang akan diperoleh adalah tepat dan benar.

Setelah semua responden menjawab semua soalan soal selidik, penyelidik akan mengumpulkan semula semua set soalan soal selidik bagi membolehkan penyelidik membuat analisis.

3.9

Kaedah Analisis Data.

Setelah soal selidik dikumpulkan daripada responden, peringkat pertama penyelidik adalah menyemak dan memeriksa secara manual semua jawapan borang soal selidik. Analisis bagi setiap item pada setiap aras kognitif pula, data akan diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 10. Penyelidik akan menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis data. Penggunaan kaedah ini iaitu statistik deskriptif adalah bagi memudahkan untuk difahami dengan tujuan membuat rumusan dan mudah untuk disampaikan.

Penganalisisan secara berkomputer digunakan kerana pemprosesan data dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan. Kesilapan pengiraan terutamanya di dalam pemprosesan yang berulang-ulang dapat dielakkan sekiranya komputer digunakan. Perisian SPSS yang dibina khususnya untuk penyelidikan sains sosial dapat menampung

40 penganalisisan data yang banyak dan berulang-ulang dengan cekap dan cepat. Pendekatan SPSS dapat memenuhi hampir semua teknik pemprosesan dan penganalisisan data selain dari objektif sesuatu penyelidikan yang dijalankan.

Jadual 3.4 : Kaedah Analisis Data

Persoalan kajian i) Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin? ii) Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin? iii) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin? iv) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

Analisis data Kuantitatif Statistik deskriptif dengan mencari skor min dan peratusan kekerapan Kuantitatif Statistik deskriptif dengan mencari skor min dan peratus kekerapan Kuantitatif Statistik deskriptif dengan mencari skor min dan peratus kekerapan Kuantitatif Statistik deskriptif dengan mencari skor min dan peratus kekerapan

41 3.10 Andaian Kajian.

Dalam menjalankan kajian, penyelidik telah membuat andaian bahawa:

(i)

Responden faham semua persoalan termasuk istilah-istilah yang dikemukakan dalam borang soal selidik

. (ii) Responden telah memberikan maklum balas dengan jujur dan ikhlas semasa menjawab borang soal selidik.

(iii) Sampel yang dipilih dapat mewakili populasi yang ada.

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan.

Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada dapatan yang telah diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Sebanyak 108 set soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama. Penganalisisan data dilakukan terhadap setiap item soalan yang terdapat dalam set soal selidik dengan bantuan komputer menggunakan perisian SPSS (Stastistical Package for Social Science version 10.0). Analisis data yang dilakukan dibuat secara kuantitatif iaitu analisis deskriptif statistik bagi mendapat maklum balas.

Penganalisisan data dibahagikan kepada lima bahagian iaitu latar belakang responden, disiplin pelajar, masalah disiplin di kalangan pelajar, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar melakukan masalah disiplin.

43

4.2

Dapatan Kajian.

Di dalam kajian ini, terdapat empat persoalan kajian yang harus diselesaikan oleh pengkaji. Keempat-empat jawapan persoalan kajian ini akan dihuraikan berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan.

4.3

Analisis Latar Belakang Responden.

Bahagian ini menerangkan latar belakang responden melibatkan item-item soalan yang meliputi aspek jantina dan jawatan di asrama.

Jadual 4.1: Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina dan Jawatan di Asrama.

Aspek Lelaki Jantina Perempuan Ada Jawatan di Asrama Tiada

Kekerapan 50 58 37 71

Peratus 46.3 53.7 34.3 65.7

44

Seramai 108 responden telah diambil untuk menjalani kajian ini. 50 orang ( 46.3 % ) daripada jumlah responden merupakan pelajar lelaki manakala yang selebihnya merupakan pelajar perempuan ( 53.7 % ). Daripada jadual di atas menunjukkan responden yang mempunyai jawatan di asrama ialah seramai 37 orang ( 34.3 % ) dan 71 orang ( 65.7 % ) lagi tidak menjawat jawatan.

4.4

Keputusan dan Analisis Data Bahagian B.

4.4.1

Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu:

Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti disiplin pelajar yang tinggal di asrama. Item-item persoalan kajian dianalisis mengikut empat kategori utama iaitu tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian.

45

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Tingkah laku.

Bil Item Tingkah laku

TP

SJ

J

K

SK

Min (Interpretasi) 4.32 Tinggi

(%) (%) (%) (%) (%) 1 Saya membasuh pakaian sendiri semasa 1.9 tinggal di asrama. 2 Saya mengemas katil selepas bangun dari tidur. 3 Saya memberi senyuman atau mengucapkan selamat kepada rakan atau pelajar asrama yang lain setiap kali berselisih bahu /berselisih jalan. 4 Saya mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan. 5 Saya menggunakan kemudahan di asrama dengan berhemah. Min Keseluruhan 1.9 8.3 21.3 46.3 22.2 0.9 6.5 28.7 42.6 21.3 3.7 5.6 32.4 32.4 25.9 0.9 8.3 15.7 30.6 44.4 4.6 6.5 33.3 53.7

4.09 Tinggi 3.71 Tinggi

3.77 Tinggi 3.79 Tinggi 3.94 Tinggi

Jadual 4.2 di atas menunjukkan tentang analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi tingkah laku pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi tingkah laku pelajar ialah antara 3.71 hingga 4.32 dan skor min untuk keseluruhannya adalah pada tahap tinggi iaitu 3.94. Item 1 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 4.32. Manakala item 3 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 3.71 tetapi masih berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya menunjukkan bahawa tingkah laku pelajar yang tinggal di asrama berada pada tahap tinggi.

46

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pengurusan Masa.

Bil Item Pengurusan Masa

TP

SJ

J

K

SK

Min (Interpretasi) 3.73 Tinggi

(%) (%) 6 Setiap hari, saya bangun awal pagi pada waktu yang telah ditetapkan. 7 Saya mampu sampai ke sekolah dalam masa yang ditetapkan 8 Saya membina jadual belajar sendiri bersesuaian dengan jadual rutin harian asrama. 9 Saya mematuhi jadual waktu yang telah saya bina. 10 Saya mematuhi jadual harian yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Min Keseluruhan 4.6 9.3 19.4 15.7 13.9 20.4 0.9 9.3 2.8 6.5

(%) (%) (%) 29.6 37.0 24.1

20.4 38.0 31.5

3.90 Tinggi

23.1 25.9 16.7

3.11 Sederhana

29.6 19.4 15.7

2.96 Sederhana

28.7 35.2 22.2

3.61 Sederhana 3.46 Sederhana

Jadual 4.3 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi pengurusan masa pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi pengurusan masa di kalangan pelajar ialah antara 2.96 hingga 3.90 dan skor min keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu 3.46. Item 7 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 3.90 dan manakala item 9 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.96 ( tahap sederhana). Kesimpulannya, pengurusan masa di kalangan pelajar yang tinggal di asrama menunjukkan pada tahap sederhana.

47

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Kepimpinan.

Bil Item Kepimpinan

TP (%)

SJ

J

K

SK

Min (Interpretasi) 2.71 Sederhana

(%) (%)

(%) (%)

11

Saya menawar diri untuk menjawat jawatan di asrama.

28.7 11.1 32.4 15.7 12.0

12

Saya menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak asrama.

2.8

8.3

25.0 38.9 25.0

3.75 Tinggi

13

Saya boleh mempengaruhi rakan-rakan asrama untuk mematuhi peraturan.

6.5

17.6 36.1 32.4 7.4

3.17 Sederhana

14

Saya sering dijadikan rujukan oleh rakan asrama untuk menyelesaikan masalah.

9.3

11.1 33.3 38.0 8.3

3.25 Sederhana

15

Saya berminat untuk menguruskan program yang dianjurkan oleh pihak asrama.

13.0 11.1 35.2 25.9 14.8

3.19 Sederhana

Min Keseluruhan

3.21 Sederhana

Jadual 4.4 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi kepimpinan pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi kepimpinan pelajar asrama ialah antara 2.71 hingga 3.75 dan skor min keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu 3.21. Item 12 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 3.75 dan satu-satunya item yang berada pada tahap tinggi. Item 11 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.71 dan berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, sifat kepimpinan di kalangan pelajar yang tinggal di asrama berada pada tahap sederhana.

48

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pemakaian.

Bil Item Pemakaian

TP (%)

SJ

J

K

SK

Min (Interpretasi) 3.85 Tinggi

(%) (%) 6.5 14.8

(%) (%) 47.2 26.9

16

Saya memakai pakaian yang ditetapkan oleh pihak asrama.

4.6

17

Saya berpakaian mengikut kesesuaian aktiviti.

3.7

4.6

17.6

47.2 26.9

3.89 Tinggi

18

Pakaian saya sentiasa berseterika.

5.6

9.3

25.0

39.8 20.4

3.60 Sederhana

19

Saya sentiasa memastikan pakaian saya bersih.

2.8

7.4

9.3

47.2 33.3

4.01 Tinggi 3.84 Tinggi

Min Keseluruhan

Jadual 4.5 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi cara pemakaian pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi kepimpinan pelajar asrama ialah antara 3.60 hingga 4.01 dan skor min keseluruhannya adalah pada tahap tinggi iaitu 3.84. Item 19 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 4.01. Item 18 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.71 dan satu-satunya item yang berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, pemakaian pelajar yang tinggal di asrama berada pada tahap tinggi.

49

4.4.2

Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu:

Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar semasa tinggal di asrama. Sebanyak 10 item telah dibina yang menjurus kepada persoalan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar asrama.

Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Masalah Disiplin Pelajar.

Bil Item Masalah Disiplin

TP (%)

SJ

J

K

SK

Min (Interpretasi) 1.38 Rendah

(%) (%) 2.8 7.4

(%) (%) 5.6 0.9

1

Saya menyimpan dan menghisap rokok di kawasan asrama.

83.3

2

Saya selalu keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru.

75.0

10.2 12.0

2.8

0.0

1.43 Rendah

3

Saya berkelakuan biadab terhadap guru.

82.4

13.9 3.7

0.0

0.0

1.21 Rendah

4

Saya berbual dan bergurau dengan rakan 25.0 semasa kelas persediaan (Tidak mengulang kaji pelajaran).

19.4 25.0

27.8 2.8

2.64 Sederhana

5

Saya menjadikan asrama sebagai tempat untuk tidak menghadiri kelas.

77.8

13.9 4.6

3.7

0.0

1.34 Rendah

6

Saya sering mengajak rakan asrama untuk melakukan kesalahan disiplin

59.3

25.0 10.2

5.6

0.0

1.62 Rendah

50

7

Saya berkelakuan kasar terhadap pelajar lain (Bergaduh atau membuli).

78.7

14.8 5.6

0.9

0.0

1.29 Rendah

8

Saya mengambil dan menggunakan barang kepunyaan pelajar asrama yang lain tanpa kebenaran.

61.1

21.3 10.2

6.5

0.9

1.65 Rendah

9

Saya memakai pakaian yang dilarang di asrama seperti seluar jeans.

67.6

17.6 11.1

2.8

0.9

1.52 Rendah 1.56 Rendah

Min Keseluruhan

Jadual 4.6 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi masalah disiplin pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi masalah disiplin pelajar asrama ialah antara 1.21 hingga 2.64 dan skor min keseluruhannya adalah pada tahap rendah iaitu 1.56. Item 4 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 2.64 dan satu-satunya item yang berada pada tahap sederhana. Item 3 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 1.21. Kesimpulannya, masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar asrama berada pada tahap rendah.

51

4.5

Keputusan dan Analisis Data Bahagian C.

4.5.1

Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu:

Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang membentuk pelajar asrama untuk lebih berdisiplin. Item-item persoalan kajian dianalisis mengikut lima kategori utama iaitu kemudahan sekolah, guru, pelaksanaan peraturan, rakan sebaya dan ibu bapa.

Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Kemudahan Sekolah.

Bil Item Kemudahan Sekolah

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 3.64 Sederhana

(%) (%) 10.2 13.9

(%) (%) 51.9 17.6

1

Kemudahan asrama mencukupi dan memberi keselesaan kepada saya untuk tinggal di asrama.

6.5

2

Aktiviti dan program asrama yang dijalankan membantu meningkatkan sahsiah saya.

1.9

10.2 22.2

51.9 13.9

3.66 Sederhana

Min Keseluruhan

3.65 Sederhana

52

Jadual 4.8: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Guru.

Bil Item Guru

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 4.04 Tinggi

(%) (%) 1.9 13.9

(%) (%) 51.9 29.6

3

Warden sentiasa memastikan saya dan pelajar lain mematuhi peraturan asrama.

2.8

4

Saya terpengaruh dengan sikap dan keterampilan warden asrama yang berdisiplin.

7.4

15.7 33.3

31.5 12.0

3.25 Sederhana

Min Keseluruhan

3.65 Sederhana

Jadual 4.9: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Pelaksanaan Peraturan.

Bil Item Pelaksanaan Peraturan

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 3.75 Tinggi

(%) (%) 6.5 22.2

(%) (%) 53.7 15.7

5

Persekitaran di asrama yang mengutamakan peraturan mempengaruhi perwatakan saya.

1.9

6

Saya takut untuk melanggar peraturan sekolah kerana hukuman yang akan dikenakan adalah berat.

5.6

9.3

19.4

43.5 22.2

3.68 Tinggi

Min Keseluruhan

3.72 Tinggi

53

Jadual 4.10: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Rakan Sebaya.

Bil Item Rakan Sebaya

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 3.92 Tinggi

(%) (%) 4.6 17.6

(%) (%) 44.4 29.6

7

Saya mendapat dorongan apabila melihat rakan-rakan lain belajar.

3.7

8

Rakan di asrama membantu saya membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah.

3.7

11.1 22.2

46.3 16.7

3.61 Sederhana

Min Keseluruhan

3.77 Tinggi

Jadual 4.11: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item Ibu Bapa.

Bil Item Ibu Bapa

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 3.56 Sederhana

(%) (%) 12.0 18.5

(%) (%) 38.0 23.1

9

Ibu bapa sering datang melawat saya di asrama untuk mengetahui perkembangan saya.

8.3

10

Saya berkelakuan baik kerana ibu bapa saya menjalinkan hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah.

11.1

15.7 23.1

32.4 17.6

3.30 Sederhana

Min Keseluruhan

3.43 Sederhana

54

Jadual-jadual di atas menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi faktor-faktor yang membentuk pelajar asrama untuk lebih berdisiplin mengikut lima kategori utama. Dapatan menunjukkan item rakan sebaya dan pelaksanaan peraturan merupakan item yang mempunyai skor min yang tinggi iaitu 3.77 dan 3.72. Item ibu bapa merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 3.43 dan berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, rakan sebaya dan pelaksanaan peraturan adalah faktor utama yang mempengaruhi pelajar asrama untuk lebih berdisiplin. Ibu bapa adalah faktor yang paling kurang mempengaruhi disiplin pelajar asrama.

4.5.2

Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu:

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin?

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar asrama untuk melakukan masalah disiplin. Item-item persoalan kajian dianalisis mengikut lima kategori utama sama seperti 4.5.1.

55

Jadual 4.12: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Kemudahan Sekolah.

Bil Item Kemudahan Sekolah

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 3.17 Sederhana

(%) (%) 25.0 20.4

(%) (%) 30.6 14.8

1

Aktiviti dan program yang dijalankan di asrama membosankan.

9.3

2

Kemudahan di asrama tidak mencukupi.

10.2

27.8 25.0

26.9 10.2

2.99 Sederhana

Min Keseluruhan

3.08 Sederhana

Jadual 4.13: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Guru.

Bil Item Guru

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 2.89 Sederhana

(%) (%) 20.4 18.5

(%) (%) 31.5 9.3

3

Warden tidak menunjukkan contoh yang baik. (Contohnya merokok di hadapan pelajar).

20.4

4

Warden bersikap pilih kasih dalam menilai pelajar.

11.1

17.6 20.4

28.7 22.2

3.33 Sederhana 3.11 Sederhana

Min Keseluruhan

56

Jadual 4.14: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Pelaksanaan Peraturan.

Bil Item Pelaksanaan Peraturan

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 3.07 Sederhana

(%) (%) 19.4 23.1

(%) (%) 36.1 8.3

5

Hukuman yang dikenakan keterlaluan.

13.0

6

Peraturan asrama terlalu ketat dan membebankan.

12.0

29.6 18.5

26.9 13.0

2.99 Sederhana 3.03 Sederhana

Min Keseluruhan

Jadual 4.15: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Rakan Sebaya.

Bil Item Rakan Sebaya

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 3.41 Sederhana

(%) (%) 10.2 27.8

(%) (%) 39.8 13.9

7

Rakan-rakan asrama yang lain turut melakukan kesalahan disiplin.

8.3

8

Rakan-rakan asrama memujuk saya untuk melanggar peraturan.

11.1

25.9 28.7

26.9 7.4

2.94 Sederhana 3.18 Sederhana

Min Keseluruhan

57

Jadual 4.16: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Ibu Bapa.

Bil Item Ibu Bapa

STS (%)

TS

TP

S

SS

Min (Interpretasi) 2.97 Sederhana

(%) (%) 25.9 23.1

(%) (%) 30.6 8.3

9

Aktiviti saya dengan rakan-rakan di asrama tidak diketahui oleh ibu bapa.

12.0

10

Ibu bapa memaksa saya untuk tinggal di asrama.

32.4

18.5 19.4

21.3 8.3

2.55 Sederhana 2.76 Sederhana

Min Keseluruhan

Jadual-jadual di atas menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama untuk melakukan masalah disiplin mengikut lima kategori utama. Dapatan menunjukkan kesemua item berada pada tahap sederhana. Item rakan sebaya merupakan item yang mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 3.18 manakala item ibu bapa mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.76. Kesimpulannya, rakan sebaya adalah faktor utama yang mempengaruhi pelajar asrama untuk melakukan masalah disiplin manakala ibu bapa adalah faktor yang paling kurang mempengaruhi.

58

4.6

Kesimpulan.

Dalam bab ini pengkaji telah menganalisis dan membentangkan dapatan kajian berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden. Penganalisisan data ini dibuat adalah tertumpu kepada persoalan-persoalan kajian untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap peranan asrama dalam membentuk disiplin pelajar. Melalui analisis yang telah dijalankan serta dapatan kajian yang telah diperoleh, di sini dapat disimpulkan bahawa disiplin pelajar asrama adalah tinggi pada kategori tingkah laku ( skor min 3.94 ) dan pemakaian ( skor min 3.84 ) serta sederhana pada kategori pengurusan masa ( skor min 3.46 ) dan kepimpinan ( skor min 3.21 ). Walaupun begitu, masalah disiplin di kalangan pelajar asrama adalah rendah dengan skor min 1.56. Rakan sebaya adalah faktor utama dalam mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin atau melakukan masalah disiplin manakala faktor ibu bapa paling kurang mempengaruhi pelajar. Daripada hasil dapatan kajian ini jelas bahawa keempat-empat persoalan kajian telah dapat dijawab.

BAB V

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan hasil kajian berdasarkan analisis data yang telah dilakukan dalam Bab IV. Skop perbincangan adalah berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah dibina. Dalam bab ini juga akan juga mengemukakan implikasi kajian dan beberapa cadangan yang difikirkan perlu dan akhirnya bertujuan mempertingkatkan lagi kajian-kajian yang akan datang.

60

5.2

Perbincangan.

Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang diperoleh dan akan dirumuskan untuk menjurus kepada gambaran sebenar terhadap persoalan kajian di samping untuk mencapai objektif kajian. Perkara-perkara yang terdapat dalam objektif kajian adalah:

(i)

Mengkaji sama ada tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin.

(ii)

Mengkaji sama ada tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin.

(iii) Mengkaji faktor-faktor yang membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin.

(iv) Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin.

5.2.1 Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 1: Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

Disiplin pelajar yang tinggal di asrama diukur melalui hasil dapatan daripada pengedaran soal selidik kepada responden kajian. Disiplin pelajar ini dilihat melalui empat kategori utama iaitu tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian. Setiap kategori mempunyai 5 item kecuali kategori pemakaian dengan 4 item sahaja.

61

Pelajar yang tinggal di asrama dilihat mempunyai tingkah laku yang berdisiplin. Mereka kerap membasuh pakaian sendiri dan mengemas katil selepas bangun dari tidur. Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Salmiah Husain (2000) iaitu pelajar asrama lebih berdisiplin dan tidak bebas seperti tinggal di rumah. Mereka dikatakan lebih berdikari kerana terpaksa menguruskan diri sendiri dengan baik dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan dengan adanya persaingan yang sihat di antara mereka.

Pelajar juga kerap memberi senyuman dan menegur rakan asrama yang lain ketika berselisih jalan walaupun kekerapannya adalah paling kurang di dalam kategori tingkah laku. Ini disebabkan wujudnya jurang di antara pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di kebanyakan sekolah asrama. Pelajar yang lebih muda harus menghormati pelajar yang lebih tua dengan memberi salam setiap kali berjumpa. Menurut pendapat Jas Laile Suzana Jaafar (2002), interaksi dengan rakan sebaya memberi peluang kepada individu untuk menerima pendapat yang berbeza dari diri dan boleh meningkatkan pemahaman moral.

Berdasarkan kategori pemakaian, pelajar asrama dilihat mempunyai disiplin yang tinggi kecuali dalam memastikan pakaian mereka berseterika iaitu pada tahap sederhana. Memakai pakaian yang tidak berseterika tidak menjadi kesalahan bagi semua sekolah di Malaysia menyebabkan segelintir pelajar kurang menitikberatkan tentang soal ini. Namun begitu, pelajar sentiasa memastikan pakaian mereka bersih walaupun tidak termasuk di dalam peraturan asrama. Pelajar mungkin malu dilabelkan sebagai pengotor dan disisihkan oleh rakan-rakan asrama yang lain. Zurina (1998) menyatakan remaja akan cepat bertindak balas untuk menjaga kewibawaan mereka agar diterima dalam sesuatu kumpulan rakan sebaya yang dapat memenuhi cita rasa mereka. Pelajar juga kerap mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan oleh asrama dan memakai pakaian mengikut kesesuaian aktiviti. Hal ini berlaku kerana pihak asrama telah

62

menetapkan cara pemakaian yang harus dipatuhi oleh pelajar dan hukuman akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhinya.

Bagi kategori pengurusan masa dan kepimpinan, kedua-duanya mencatatkan keputusan yang sederhana. Hanya segelintir pelajar mengambil inisiatif untuk membina jadual belajar sendiri dan tidak semua daripada pelajar terbabit mematuhinya. Ini mungkin disebabkan aktiviti yang terlalu banyak dan jadual waktu asrama yang terlalu ketat. Faktor ini juga mendorong mereka untuk kurang mematuhi jadual harian yang telah ditetapkan oleh pihak asrama. Melalui kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) menunjukkan secara keseluruhan jenis salah laku disiplin yang dominan dilakukan oleh penghuni asrama sekolah menengah harian ialah salah laku tidak mementingkan masa.

Pelajar juga jarang menawarkan diri untuk menjawat jawatan asrama dan menguruskan program yang dijalankan oleh pihak asrama. Pembelajaran di sekolah asrama yang lebih menekankan pencapaian akademik menyebabkan pelajar takut sekiranya penglibatan yang aktif di dalam kepimpinan boleh mengganggu proses pembelajaran mereka sekali gus menyebabkan mereka gagal di dalam pelajaran. Ini disokong oleh pendapat Abdullah Sani Yahaya (2005) yang menyatakan pencapaian akademik sudah menjadi perkara penting dan sering menjadi perhatian para ibu bapa, guru dan masyarakat umumnya.

63

Jadual 5.1: Skor Min Bagi Disiplin Pelajar di Asrama.

Bil.

Butiran Item

Min Keseluruhan ( Interpretasi )

1.

Tingkah laku

3.94 Tinggi

2.

Pengurusan Masa

3.46 Sederhana

3.

Kepimpinan

3.21 Sederhana

4.

Pemakaian

3.84 Tinggi

Min Keseluruhan

3.61 Sederhana

Menurut jadual 5.1, daripada senarai empat kategori disiplin yang telah dikenal pasti, hasil atau keputusan kajian mencatatkan skor min sebanyak 3.61. Melalui data yang diperoleh dan dianalisis dapat disimpulkan bahawa disiplin pelajar yang tinggal di asrama adalah sederhana.

64

5.2.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 2: Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

Masalah disiplin di kalangan pelajar yang tinggal di asrama dilihat melalui 9 item yang menjurus kepada perlakuan negatif pelajar. Untuk memastikan pelajar menjawab dengan jujur, soalan yang dibina tidak terlalu menjurus kepada masalah disiplin pelajar.

Hasil daripada analisis yang dibuat mendapati pelajar yang tinggal di asrama mempunyai masalah disiplin yang rendah. Hampir kesemua masalah disiplin yang dikaji mencatatkan skor min yang rendah kecuali masalah tidak mengulang kaji pelajaran semasa kelas persediaan yang berada pada tahap sederhana. Salah satu sebab mengapa hal ini berlaku ialah pelajar takut untuk melakukan masalah disiplin kerana bimbang dikenakan hukuman oleh pihak asrama. Amir Hasan Dawi (2002), berpendapat secara mikro pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan formal atau disiplin yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Seperti mana yang diketahui pemilihan pelajar untuk memasuki asrama adalah menggunakan sistem meritokrasi. Ia mementingkan keputusan pelajaran sebagai syarat ataupun tiket untuk belajar di sekolah asrama. Menurut Aimee Howley dan Craig Howley (2006), kawasan yang kecil membolehkan semua kakitangan mengetahui perkembangan pelajar dan berada di sisi mereka dalam meningkatkan pencapaian akademik dan disiplin. Ini juga mungkin menyumbang kepada kurangnya masalah disiplin di kalangan pelajar.

65

Pelajar di asrama juga diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui kepatuhan terhadap agama. Pelajar asrama biasanya diwajibkan untuk pergi ke surau yang disediakan. Didikan agama yang mencukupi kepada remaja berjaya melahirkan individu yang patuh kepada peraturan di mana mereka sudah terbiasa hidup di dalam peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T (Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abd. Rahman, 2007)

Bagi masalah tidak mengulang kaji pelajaran semasa kelas persediaan pula adalah disebabkan pelajar belum dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu belajar yang ditetapkan oleh pihak asrama. Pelajar perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri memandangkan mereka baru berada di tingkatan empat. Mohd Amin H. A Shariff (1998), menyatakan pada peringkat awal remaja tinggal di asrama, ada yang menyatakan mereka benci mendengar loceng yang mengarahkan mereka membuat itu dan ini, malah lebih menyusahkan lagi mereka perlu beratur dan menunggu giliran untuk mandi dan makan pada setiap waktu. Tetapi lama-kelamaan apabila mereka dapat menyesuaikan diri, semua ini tidak timbul lagi dan gembira tinggal dalam keadaan dan suasana begini selama bertahun-tahun hingga tamat sekolah.

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisis daripada bahagian ini ialah tinggal di asrama kurang menyumbang kepada masalah disiplin. Ini bertepatan dengan pendapat Mohd Amin H. A Shariff (1998) yang menyatakan bahawa pelajar asrama lebih berdisiplin berbanding pelajar yang tidak tinggal di asrama. Walaupun begitu masih terdapat segelintir pelajar yang melakukan masalah disiplin tetapi bilangannya adalah sedikit.

66

5.2.3 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin.

Persoalan 2: Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama lebih berdisiplin dikaji melalui 10 item yang dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu faktor kemudahan sekolah, guru, pelaksanaan peraturan, rakan sebaya dan ibu bapa. Setiap bahagian mempunyai 2 item. Berikut adalah ringkasan skor min bagi setiap bahagian.

Jadual 5.2: Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi Disiplin Pelajar

Bil.

Butiran Item

Min Keseluruhan ( Interpretasi )

1.

Kemudahan sekolah

3.65 Sederhana

2.

Guru

3.65 Sederhana

3.

Pelaksanaan peraturan

3.72 Tinggi

4.

Rakan sebaya

3.77 Tinggi

5.

Ibu Bapa

3.43 Sederhana

67

Berdasarkan jadual 5.2, faktor yang paling utama mempengaruhi pelajar untuk berdisiplin ialah rakan sebaya dan pelaksanaan peraturan. Pelajar di asrama secara amnya berkongsi hidup siang dan malam, jadi mereka lebih senang dipengaruhi oleh rakan-rakan. Menurut pendapat Jersild (1968) dalam Azlina Jopri (1999), apabila pelajar sudah mula bergaul dan menjalinkan perhubungan dengan rakan-rakan, lamakelamaan kerinduan atau kekosongan yang dirasai akan diambil alih oleh sesama mereka.

Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri (Abdullah Sani Yahaya, 2005). Ini jelas menunjukkan faktor rakan sebaya memainkan peranan dalam membentuk diri remaja.

Hasil dapatan yang tinggi pada faktor rakan sebaya menyangkal pendapat kebanyakan masya