buku bab 5.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 buku bab 5.pdf

    1/5

    1

    5. Kekayaan

    Ekonomi Sabah

    Menarik MinatSyarikat

    Borneo UtaraBritish

    SBUBBertapak

    di Sabah

    Pada tahun 1865, Sultan Brunei memberikan konsesi tanah kepada wakil Amerika Syarikat, C.Lselama 10 tahun.

    Charles Lee Moses telah menjualkan konsesi tanah kepada The American Trading Company yangdiketuai oleh J.W. Torrey dan T.B. Harris.

    Torrey gagal mengusahakan taman kopi dan tebu di Kimanis, kemudian menjualkan haknya kepadaBaron Von Overback.

    Overback menghadapi masalah kewangan dan meminjam wang daripada Alfred Dent dan EdwardDent.

    W.H Treacher bersetuju untuk membantu Overback dengan syarat, syarikat yang ditubuhkanmestilah diletakkan di bawah kekuasaan British.

    Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein bersetuju memperbaharui pajakan dengan menandatanganiperjanjian pada tahun 1877. Melalui perjanjian ini, baginda menyerahkan Teluk Kimanis dan

    Sungai Sibuku kepada Syarikat Overback dan Dent.

    Pada tahun 1880, Overback terpaksa menjual semua haknya ke atas Sabah kepada Alfred danEdward Dent.

    Bagi memajukan Sabah, Alfred dan Edward Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara BritishBorneo Berhad dan menjualkan saham Syarikat ini kepada rakyat British bagi menambah modalperniagaan.

    Alfred dan Edaward telah memohon Piagam Diraja daripada kerajaan British.

    Pengenalan

    1. Pada peringkat awal, Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.2. Kekayaan hasil bumi dan kedudukannya yang strategik menyebabkan sabah menjadi tumpuan

    pedagang Barat.

    3.

    Pada tahun 1877 Sultan Brunei dan sultan Sulu telah memberikan konsesi kepada Baron VonOverbeck untuk memajukan Sabah.

    4. Pada tahun 1880, Alfred dan Edward telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo UtaraBritish Berhad.

    5. Pada tahun 1882, Syarikat Borneo Utara British telah ditubuhkan untuk mentadbir Sabahsehingga tahun 1941, kemudian diduduki oleh Jepun dari tahun 1941 hingga 1945.

  • 8/14/2019 buku bab 5.pdf

    2/5

  • 8/14/2019 buku bab 5.pdf

    3/5

    3

    SBUB telah mengubah sistem pentadbiran di Sabah dengan melantik Gabenoruntuk mengetuai pentadbiran .

    W.H. Treacher telah dilantik sebagai Gabenor yang pertama oleh pengarahsyarikat dengan persetujuan kerajaan British.

    SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah

    Residensi

    Sabah dibahagikan kepadabeberapa Residensi.

    Setiap residensi diketuai olehseorang Residen

    Residensi dibahagi kepadabeberapa daerah yang

    diketuai oleh Pegawai

    Daerah berbangsa Eropah.

    Pada tahun 1915, jawatanPenolong Pegawai Daerah

    diwujudkan dan disandang

    oleh anak negeri.

    Ketua Anak Negeri yangbergelar Orang Kaya-Kaya(O.K.K) pula membantu

    Pegawai Daerah dalampentadbiran.

    Kampung

    Di peringkat kampung,SBUB melantik ketua

    kampung yang digelarsebagai Orang Tua.

    SBUB mengekalkanpenglibatan peribumi

    kerana mereka lebihmamahami budaya dan

    adat masyarakattempatan, di samping

    tidak mampumenggajikan ramai

    pekerja Eropah kerana

    menghadapi masalahkewangan.

    Undang-undang

    SBUB telahmemperkenalkanundang-undang Barat

    dan sistem perundangan

    tempatan, sertamenubuhkan Mahkamah

    Majistret dan

    Mahkamah Anak Negeriuntuk menjaga

    keamanan negeri

    Majlis Penasihat

    Majlis Penasihatdibentuk untuk

    membantu petadbiran

    Gabenor dan Sandakanmenjadi pusat

    pentadbiran.

  • 8/14/2019 buku bab 5.pdf

    4/5

    4

    SBUB

    Mengeksploi

    tasi HasilBumi Sabah

    Hasil Pertanian Dagangan Meningkatkan Keuntungan SBUB

    SBUB turut mengusahakan tanaman getah dan tembakau kerana Sabahmempunyai tanah yang luas.

    Mutu tembakau Sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia dandieksport ke Belanda dan Amerika Syarikat.

    SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bagimenggalakkan tanaman tembakau.

    Tanaman tembakau diusahakan di Pulau banggi, Teluk Marudu, LahadDatu, Tawau dan Sandakan. Pembinaan landasan kereta api telah meningkat pembukaan ladang-ladang

    getah di Beaufort, Jesselton dan Tenom.

    Bagi meningkatkan hasil pengeluaran getah SBUB telah memberibeberapa insentif:-i. Empat peratus dividen kepada pengusaha getah.ii. Pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.

    Buruh dari Cina dan Jawa telah dibawa masuk untuk bekerja di ladanggetah.

    Hasil Tradisional Menyumbang Kewangan

    SBUB

    Sarang burung adalah hasil eksporttradisional yang menguntungkanSBUB. Nilai eksport sarang burung

    pada tahun 1926 ialah 125 000 dolar.

    Pokok sagu (rumbia) hidup subur dikawasan berpaya dan muara sungai.SBUB menggalakan rakyat

    mengusahakannya secara komersial.

    Menjelang tahun 1888 nilai eksportsagu berjumlah 93433 dolar.

    Pokok lanut dikenali sebagai abakatumbuh meliar di kawasan pamah danlembah. Gentian pokok lanut dijemur

    sebelum diproses menjadi tali kapal

    untuk dieksport ke eropah.

    SBUB juga turut menggiatkan usahamencari hasil laut seperti terpang, siripikan yu dan mutiara untuk tujuan

    eksport. Aktiviti ini kebanyakannyadiusahakan oleh masyarakat Bajau.

    SBUB memaksa penduduk tempatanmengusahakan hasil keluaran tradisonal

    supaya ia dapat memungut cukai

    seterusnya dapat mengatasi masalahkewangannya.

    Perlombongan Menggalakkan Kemasukan Pelabur

    SBUB mengeksploitasi perlombongan di Sabah yang terdiri daripada galian emas, arang batudan mangan.

    Lombongan emas terdapat di kawasan Sungai Segama dan diusahakan oleh pelombong-pelombong Cina.

    Arang batu dilombong di Silimpopon dan labuan. Silimpopon adalah merupakan kawasanlonggokan arang batu yang terbesar di Asia Tenggara.

    Lombong arang batu diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.Galian mangan banyak terdapat di Teluk Marudu, diusahakan oleh Syarikat British Borneo

    Exploration dan dieksport ke Britain.

    Pembalakan Menguntungkan SBUB

    SBUB turut memberi tumpuan kepada kegiatan pembalakan yang banyak dijalankan diSandakan, Lahad Datu dan Tawau.

    Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk untuk mengusahakan kegiatanpembalakan.

    Hasil balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia melalui pelabuhanSandakan.

  • 8/14/2019 buku bab 5.pdf

    5/5

    5

    Perubahan

    Sosial

    SBUB di

    Sabah

    Bandar

    Bandar diasaskan oleh William pada tahun 1879 dan menamkannya Elopura yang bermaksud bandar yangcantik.

    Sandakan berkembang maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan antarabangsa dan pusat pembalakan.Kudat menjadi pusat pentadbiran pertama SBUB pada tahun 1881.Walaupun terdapat pedagang membina kedai dan menetap di Kudat namun ia gagal menarik ramai penduduk

    dan pedagang kerana kedudukannya yang tidak sesuai untuk pertanian, menyebabkan SBUB memindahkan

    pusat pentadbiran ke Sandakan.

    Bandar Jesselton diasaskan pada tahun 1900 oleh Charles Jessel. Nama asalnya ialah Jessel town selarasdengan nama pengasasnya.

    Pendidikan Bidang pendidikan kurang diberi tumpuan oleh SBUB. Hanya mubaligh Kristian membina sekolah

    bagi tujuan menyebarkan agama Kristian.

    Pada tahun 1883, Institut Byron telah didirikan oleh mubaligh Roman Katolik di Sandakan. Iamerupakan sekolah yang pertama didirikan oleh Mubaligh Roman Katolik.

    Menjelang tahun 1939, terdapat 49 buah sekolah mubaligh telah didirikan di Sabah denganbilangan muridnya lebih kurang 3700 orang.

    Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan di Sabah pada tahun 1909, untuk menguruskan sekolah-sekolahdi Sabah.

    Pada tahun 1915, sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Latihan bagi Anak-anak Ketua Negeritelah dibina bagi melatih anak-anak Ketua Anak Negeri menjawat jawatan pegawai kerajaan

    peringkat rendah. Sekolah Melayu pertama dibina di Sabah telah didirikan di Kota Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930, terdapat 10 buah sekolah Melayu untuk menampung 400 orang murid. Sekolah Cina dibina sendiri oleh masyarakat Cina. Menjelang tahun 1940, terdapat seramai 11 000 orang murid yang mendaftar di sekolah Melayu,

    sekolah Mubaligh dan sekolah Cina.

    Landasan Kereta api

    Pada tahun 1896, SBUB telahmembina landasan kereta api

    yang pertama menghubungkanWeston ke Beaufort sepanjang 32

    km.

    Landasan kereta api yang dibinaini memudahkan SBUBmengangkut hasil keluaran di

    bahagian pedalaman kepelabuhan.

    Jalan Raya

    Pembinaan jalan raya pula banyaktertumpu di kawasan Bandar

    seperti Kota Kinabalu, Sandakan,Lahad Datu, Kudat dan Tawau,

    Jalan raya dibina bertujuan untukmenghubungkan kawasan

    kegiatan ekonomi dengan

    Bandar-bandar dan pelabuhan.

    Pengangkutan Air

    ,Jalan SBUB turutmemajukan pengangkutanair dan sungai. Syarikat

    perkapalan StraitsSteamship telah memulakan

    perkhidmatan membawa

    penumpang dan barangan

    pada tahun 1890.

    Kemudahan Kesihatan

    SBUB telah membina hospital terutama di kawasan Bandar besar seperti Jesselton, Sandakan,Beaufort dan Kudat.

    Menjelang tahun 1940, terdapat sembilan buah hospital dan 40 buah klinik di seluruh Sabah. Di kawasan luar bandar, SBUB menyediakan pusat-pusat kesihatan namun demikian bilangan

    doktor tidak mencukupi dan perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.