budaya & pembelajaran

16
BINCANGKAN TENTANG KEPELBAGAIAN SOSIAL DARI ASPEK BANGSA, BAHASA DAN STRUKTUR MASYARAKAT DI MALAYSIA OLEH: LEMAN HABIB BIN CHE LEMAN DATU MOHD NAZRUL BIN SIBAN MUHAMMAD SYAKIRIN BIN ARIFFIN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KL BUDAYA & PEMBELAJARAN Tutorial 2

Upload: hamdan-syakirin-hamdan-sobirin

Post on 30-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KEPELBAGAIAN SOSIAL DARI ASPEK BANGSA, BAHASA DAN STRUKTUR MASYARAKAT DI MALAYSIA

TRANSCRIPT

BINCANGKAN TENTANG KEPELBAGAIAN SOSIAL DARI ASPEK BANGSA, BAHASA DAN STRUKTUR MASYARAKAT DI MALAYSIA

BINCANGKAN TENTANG KEPELBAGAIAN SOSIAL DARI ASPEK BANGSA, BAHASA DAN STRUKTUR MASYARAKAT DI MALAYSIAOLEH:

LEMAN HABIB BIN CHE LEMANDATU MOHD NAZRUL BIN SIBANMUHAMMAD SYAKIRIN BIN ARIFFIN

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KLBUDAYA & PEMBELAJARAN

Tutorial 2BANGSAMenurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang di anggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini.

Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.

BAHASABahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenag-wenangnya, tetapi mempunyai struktur.

Cole (1998) bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna sengan sistem komunikasi kompleks.

Bahasa adalah bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.

Fungsi bahasa dalam masyarakat:

Menggambarkan suasana.

Menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar.

Supaya pendengar menyambut (percakapan).

Untuk menyatakan perasaan.

Untuk mempertingkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato adalah digalakkan sebagai galakan pengggunaan bahasa.

Sekolah Wawasan (tiga aliran sekolah yang berbeza) membolehkan murid-murid di SJKC menguasai bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan disamping membolehkan murid memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum yang berlainan.

STRUKTUR MASYARAKAT/KELAS SOSIALMasyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama.

Roucek & Warren (1979)Masyarakat diklasifikasikan sebagai satu kumpulan manusia yg berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.

De Fleur (1974)Sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.

*Garis sosial: peraturan yg diterima bersama dalam sesebuah masyarakat.

Ciri-ciri utama bagi mengklasifikasikan sesuatu masyarakat:

hidup berkelompokmempunyai budayasering mengalami perubahansaling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luarmempunyai kepimpinanmempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dam kasta)

Etnik sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

Suku - kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa. Cth: rumpun Kadazan Dusun terdapat subetnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dll.

Etnisiti - rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

Etnosentrisme - satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.

Rasisme pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras melalui perilaku atau tindakan.

2 tahap rasisme:Tahap individu: kepercayaan dan sikap individuTahap institusi: melibatkan dasar dan pelaksanaan yg bersifat diskriminasiPrejudis pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.

Stereotaip kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik

Sekian, terima kasih.