budaya dan pembelajaran

Upload: afeena-yusof

Post on 29-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK : Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum dan mengamalkan kepelbagaian budaya, bagaimanakah anda merancang untuk mewujudkan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pendahuluan.Pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini apatah lagi sekiranya melibatkan kepelbagaian latar belakang etnik.Iklim dan budaya sekolah merupakan elemen yang perlu diambil perhatian oleh seorang guru kerana ia merupakan elemen yang penting dalam memastikan persekitaran bilik darjah yang kondusif .Ia bertujuan memastikan guru dapat memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai daripada murid yang mempunyai kepelbagaian etnik.Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).Lemlech (1988), menjelaskan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan.Marzano (2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman,sesuai untuk proses pengajaran dan pembalajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan.Halpin dan Crof (1963) menyatakan bahawa iklim sekolah mengambarkan personality seorang individu sendiri dan bagaimana seorang guru tersebut berusaha untuk mencapai organisasi sekolah yang berkesan dan kondusif.Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) pula mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik, persekitaran yang selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.Disamping itu, konsep pengurusan fizikal bilik darjah juga harus dititikberatkan oleh seorang guru di mana ianya bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja, namun hasil daripada pengurusan fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.Pengurusan fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred Steele (1973) sedemikian the effect of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security, shelter and pleasure. Kenyataan yang dinyatakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang linguistik dan kebudayaan berbeza.

Rancangan Guru Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya.Kriteria umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya terbahagi kepada beberapa aspek antaranya :1.Aspek fizikal.Melalui aspek ini guru menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Oleh itu, kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya.

Disamping itu, aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Guru harus memilih tema lukisan mural berkenaan berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

Seterusnya, ruang untuk murid bekerja atau melakukan aktivitiadalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Tugasan yang diberikan oleh guru dapat di bincang diruang ini di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture

2. Sudut Pembelajaran dan Bacaan.

Aspek seterusnya adalah sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.Guru harus mewujudkan sudut-sudut baru selain daripada sudut-sudut yang sedia ada.seperti sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Melalui kewujudan sudut ini, secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Zaki dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Muthu dan Lim dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran ini disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge.

Disampingitu, guru juga harus mewujudkan sudut-sudutsejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan menyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antarakaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Seterusnya, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik juga adalah penting; di mana murid dari pelbagai latar belakang etnik dapat menggunakan perisiansoftwareyang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan ini murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

3. Persekitaran Sosio-Emosi

Persekitaran Sosio-Emosi yang baik di dalam kelas dapat menjadi perangsang bagi membangkit dan mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.Woolfolk (1990 ) menyatakan bahawa, motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkahlaku murid.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan persekitaran sosio emosi yang baik adalah :

i.Memberi pujian dan galakkan pada murid supaya murid merasa dihargai dan diberi perhatian.ii.Mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri.iii.Perhubungan antara kelompok etnik perlu dititikberatkan supaya setiap murid dapat bergaul dan melakukan aktiviti dengan baik tanpa mengira kaum dan adat resam.Murid perlu belajar bertoleransi dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dari pelbagai etnik.iv.Perlembagaan Negara perlu difahami dan dihayati oleh setiap murid agar tidak timbul salah faham dalam pergaulan dari pelbagai kaum.v.Murid perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia.vi.Emosi murid perlu diuruskan dengan penuh kebijaksanaan agar mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada di dalam kelas dan berhadapan dengan guru semasa melakukan aktiviti pembelajaran.

vii.Hubungan yang baik antara guru dan murid juga harus dibina terlebih dahulu yang mana guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan tidak terlalu mengongkong murid-murid mereka.

viii.Hubungan yang positif dengan rakan sekelas juga perlu dibina.Murid perlu dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas social dan budaya.Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya setiap kaum di Malaysia.

ix.Murid digalakkan untuk berfikir mengenai hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek lain.

x.Kesedaran murid untuk mengenalpasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam kelompok etnik atau dalam bentuk lain seperti agama, budaya, kedudukan ekonomi, politi dan sosial.