bahasa dan identiti budaya

102
PENGENALAN Za`ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu mengungkapkan “Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul maksud yang ada di dalam hati, sudah tentu orang akan tersalah faham atau tidak dapat oleh mereka tujuan yang dikehendaki” (Marlyna Maros, 2012). Daripada ungkapan Za`ba tersebut jelas menunjukkan bahawa bahasa sememangnya berperanan dalam komunikasi dan peranan tersebut perlu digunakan kena pada tempatnya kerana mencerminkan identiti sesuatu budaya. “Indah budi kerana bahasa”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, merupakan sebahagian daripada ungkapan yang biasa didengari. Malah pantun di bawah juga kerap dirujuk: Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa. Di sebalik ungkapan ini sebenarnya terselit falsafah 1

Upload: wan-aznita-wan-salim

Post on 21-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Dan Identiti Budaya

PENGENALAN

Za`ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu mengungkapkan “Bahasa itu alat

mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau

membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul maksud

yang ada di dalam hati, sudah tentu orang akan tersalah faham atau tidak dapat oleh

mereka tujuan yang dikehendaki” (Marlyna Maros, 2012). Daripada ungkapan Za`ba

tersebut jelas menunjukkan bahawa bahasa sememangnya berperanan dalam

komunikasi dan peranan tersebut perlu digunakan kena pada tempatnya kerana

mencerminkan identiti sesuatu budaya.

“Indah budi kerana bahasa”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, merupakan sebahagian

daripada ungkapan yang biasa didengari. Malah pantun di bawah juga kerap dirujuk:

Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga;

Yang cantik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Di sebalik ungkapan ini sebenarnya terselit falsafah yang menjadi asas

pemikiran masyarakat Melayu serta membentuk identiti budaya masyarakat Melayu.

Identiti masyarakat Melayu dari segi kebahasaan sebahagiannya terdiri daripada tabu,

eufemisme, kesantunan bahasa dan bahasa yang digunakan berdasarkan gender.

1

Page 2: Bahasa Dan Identiti Budaya

Tugasan kami ini akan menyentuh sedikit sebanyak berkaitan tabu, eufemisme,

kesantunan bahasa serta bahasa berdasarkan gender menurut lingkungan masyarakat

Melayu di Malaysia.

TABU

2

Page 3: Bahasa Dan Identiti Budaya

PENDAHULUAN

Masyarakat Melayu amat kaya dengan adat dan budaya Timur yang menjadi pegangan

sejak dahulu lagi. Adat, adab, dan budaya yang menjadi tradisi dalam masyarakat ini

bukan sahaja menjadi ikutan, malah turut melingkungi masyarakat sebagai peraturan

bersama dalam perhubungan sehari-hari. Kebersamaan dalam masyarakat inilah yang

menyebabkan wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang berunsur tabu yang menjadi

suatu pegangan oleh seluruh anggota masyarakat agar adat, adab, dan budaya yang

dijunjung itu terjaga. Tabu merupakan suatu strategi kesantunan yang melibatkan aspek

kebahasaan supaya kesopanan, adat, dan adab yang dijunjung dalam masyarakat Melayu

itu dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Aspek kesantunan yang

berunsur tabu ini merangkumi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu yang

tidak boleh sewenang-wenangnya diucapkan dalam situasi tertentu.

Bahasa adalah alat komunikasi manusia dalam melakukan interaksi sesamanya

dalam lingkungan sosialnya. Dalam berkomunikasi, manusia pada umumnya

berinteraksi untuk membina kerjasama antara sesamanya dalam rangka membentuk,

mengembangkan, dan mewariskan budaya dalam erti yang luas. Dalam pada itu

adakalanya dikatakan manusia sering berselisih atau berbeza pendapat antara satu

dengan yang lain. Dari situasi ini manusia sebagai pemakai bahasa sering

3

Page 4: Bahasa Dan Identiti Budaya

memanfaatkan bahasa atau pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan yang

disebut tabu. Kata-kata kasar, kesat, cabul, makian, sindiran halus dan yang sejenisnya

sengaja atau tidak sengaja terlontar dari percakapan seseorang untuk mengekpresikan

segala bentuk ketidaksenangan, kebencian, atau ketidakpuasan terhadap situasi yang

sedang dihadapinya.

Dalam kehidupan manusia sebagai makhluk Tuhan yang berbudaya perlu

diperhatikan bagaimana seseorang mengungkapkan kata-kata dalam berbahasa yang

baik khususnya mengenai penggunaan kata-kata yang bermakna untuk diekspresikan

dalam bahasa. Ekspresi bahasa yang diungkap dalam bentuk kata-kata perlu berada

dalam konteks norma-norma sosial dan agama yang dapat diterima oleh masyarakat.

Ada beberapa kata-kata tertentu yang harus dihindari, baik untuk diucapkan mahupun

untuk diekspresikan kerana hal itu dipandang sebagai tabu yang dilarang untuk

disebarluaskan.

Tabu merupakan ekspresi masyarakat atas pencelaan terhadap sejumlah tingkah

laku atau ucapan yang dipercayai boleh memberikan impak buruk kepada anggota

masyarakat, baik kerana alasan-alasan kepercayaan mahupun kerana perilaku atau

ungkapan tersebut melanggar nilai-nilai moral. Ironinya, dalam berbahasa, ada hal-hal

tertentu yang tidak boleh diucapkan, atau hanya digunakan dalam situasi-situasi tertentu

4

Page 5: Bahasa Dan Identiti Budaya

oleh orang-orang yang tertentu. Namun demikian, tetap ada orang yang melanggar

aturan-aturan tersebut sebagai usaha memperlihatkan kebebasan diri terhadap larangan-

larangan atau untuk memperlihatkan tabu sebagai suatu hal yang rasional, serta sebagai

bentuk gerakan ‘kebebasan berbicara’.

PENGERTIAN TABU

Kata tabu dikatakan berasal daripada kata taboo yang dipungut daripada bahasa Tonga

salah satu dari rumpun bahasa Polinesia. Tabu dalam bahasa Polinesia, disebut tapu.

Dalam masyarakat Tonga, kata taboo merujuk pada tindakan yang perlu dihindari.

Menurut Ullmann (1962), kata tabu ini mula-mula digunakan oleh Kapten Cook ketika

beliau mengenali kata ini apabila digunakan oleh orang Polinesia di Kepulauan

Polinesia. Kemudian kata ini telah meresap ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-

bahasa lain sehinggalah ke dalam bahasa Melayu (S.Nathesan, 2008:61).

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1563), tabu dalam bahasa

Melayu bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang larang atau pemali, maksud lainnya

terlarang, diharamkan atau ditegah daripada dipercakapkan dan sebagainya. Darwis

(1994: 40) menjelaskan tabu ialah perkataan yang sebenarnya ditukarkan dengan

perkataan lain tetapi maknanya sama. Makna tabu ini biasanya digunakan oleh mereka

5

Page 6: Bahasa Dan Identiti Budaya

yang yakin akan pantang larang di satu-satu tempat.

Tabu atau pantang adalah suatu pelarangan sosial yang kuat terhadap kata,

benda, tindakan, atau orang yang dianggap tidak diinginkan oleh sesuatu kelompok,

budaya, atau masyarakat. Pelanggaran tabu biasanya tidak dapat diterima dan dapat

dianggap menyerang. Beberapa tindakan atau kebiasaan yang bersifat tabu dapat

dilarang secara hukum dan pelanggarannya dapat menyebabkan kecelakaan yang keras.

Tabu dapat juga memberi malu, aib, dan menimbulkan perlakuan kasar daripada

masyarakat sekitar.

Dalam setiap kelompok masyarakat, terdapat kata-kata tertentu yang dinilai tabu.

Kata-kata tersebut tidak diucapkan, atau setidaknya, tidak diucapkan di hadapan tetamu

dalam situasi formal yang penuh sopan santun. Ketika suatu tindakan dikatakan tabu,

maka segala sesuatu yang berhubungan dengan tindakan tersebut juga dianggap tabu.

Seseorang pada awalnya dilarang melakukan sesuatu, kemudian dilarang juga untuk

berbicara mengenai apapun yang berhubungan dengan hal tersebut.

Tindakan dan perkataan yang terlarang merefleksikan adat-istiadat dan

pandangan masyarakat. Ada beberapa kata yang boleh diucapkan dalam situasi tertentu,

tetapi tidak dalam situasi yang lain misalnya, dalam masyarakat Melayu terdapat sekian

6

Page 7: Bahasa Dan Identiti Budaya

banyak pantang larang kehidupan yang perlu diikuti. Pelanggaran pantang larang

tersebut dipercayaai boleh membawa kebinasaan jika tidak diikuti. Contohnya,

seseorang gadis dikatakan tidak boleh menyanyi di dapur semasa sedang memasak

kerana dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Ironinya, pantang larang ini

sebenarnya mengajar gadis tersebut supaya berhati-hati dan pandai ketika memasak di

dapur di samping menjaga imej si gadis supaya cepat dipinang orang.

Oleh itu, secara tidak langsung kata yang dianggap tabu, digantikan dengan

ungkapan yang lebih bersopan yang disebut eufemisme. Dalam masyarakat pemakai

bahasa, kata dan ekspresi tabu mungkin tidak terlihat nyata seperti eufemisme, yang

merupakan bentuk dari ‘penghalusan’. Kata dan ekspresi eufemistik membuatkan

seseorang dapat membicarakan hal-hal yang tidak menyenangkan dan

meneutralisasikannya. Sebagai contoh ungkapan yang diekspresikan terhadap orang

yang sedang nazak dan meninggal dunia, pengangguran, dan kriminal. Kata dan

ekspresi eufemistik membolehkan penutur memberikan label terhadap pekerjaan dan

tugas-tugas yang tidak menyenangkan dan membuat kedengaran lebih menarik.

Manakala mengikut Tesaurus Linguistik Bahasa Melayu pula, tabu ialah ‘suatu

keadaan untuk mengelakkan penggunaan kata yang tidak sopan atau dilarang’. Oleh itu,

apabila dikaitkan dengan bahasa, tabu ialah suatu keadaan yang menjadi sempadan atau

7

Page 8: Bahasa Dan Identiti Budaya

sekatan kepada anggota masyarakat agar mereka tidak menggunakan bahasa atau

perkataan tertentu dengan sewenang-wenangnya. Walaupun bahasa merupakan sesuatu

yang arbitrari, ada sesetengah perkara yang tidak boleh dibicarakan secara terbuka dan

terang-terangan, terutamanya di khalayak. Menurut Teo Kok Seong, topik-topik yang

sering dianggap tabu dalam masyarakat Melayu antaranya hal-hal yang berkaitan seks,

fungsi badan tertentu, anggota badan tertentu, urusan hamil serta bersalin, dan najis.

Selain itu, masyarakat Melayu juga sangat sensitif dengan hal-hal yang berkaitan

dengan adat dan kepercayaan.

JENIS-JENIS TABU

Tabu memegang peranan yang penting dalam bahasa, kerana penyelesaiannya berupa

ilmu semantik yang perlu diperhalusi supaya sesuai penggunaannya dalam masyarakat

yang dilihat sebagai penyebab berubahnya makna kata. Berdasarkan kajian, tabu dapat

dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

1) Taboo of Fear

8

Page 9: Bahasa Dan Identiti Budaya

Tabu jenis ini, merupakan segala hal yang mendatangkan kekuatan yang menakutkan

yang dipercayai dapat membahayakan kehidupan. Demikian halnya pengungkapan

secara langsung nama-nama makhluk halus yang dipercayai masyarakat dahulu

tergolong sebagai taboo of fear. Sebagai contoh, amalan pantang larang dalam

masyarakat Melayu dan sebab-sebab pantang larang tersebut wujud.

2) Taboo of Delicacy

Usaha seseorang untuk menghindari hal-hal yang tidak menyeronokkan, seperti

pelbagai jenis penyakit dan berita kematian tergolong dalam jenis tabu yang ini.

Penyakit yang dialami oleh seseorang merupakan sesuatu hal yang tidak menyenangkan

bagi pengidapnya. Penyakit-penyakit yang biasanya bersifat menjijikkan, lazimnya

dihindari penyebutannya (kata-kata yang ditabukan atau tidak elok untuk disebutkan),

dan diganti kan dengan eufemismenya. Ungkapan istilah jenis penyakit yang

mendatangkan malu dan aib kepada seseorang tentu tidak akan sedap untuk didengar,

seperti  kudis, kayap, dan barah. Sebaliknya nama-nama penyakit itu diganti dengan

bentuk eufemisme seperti epilepsi, scabies, dan  kanser.

3) Taboo of Propriety

Tabu jenis ini berkaitan dengan seks, bahagian-bahagian tubuh badan tertentu dan

9

Page 10: Bahasa Dan Identiti Budaya

fungsinya, serta beberapa kata tabu yang tidak baik dan santun untuk diungkapkan.

Kata-kata yang berhubungan dengan seks, organ seksual, fungsi-fungsi tubuh secara

alami menjadi bahagian dari kata-kata tabu dalam pelbagai budaya masyarakat.

SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN TABU DALAM MASYARAKAT

Apabila dikaitkan dengan bahasa, tabu ialah suatu keadaan yang menjadi sempadan atau

sekatan kepada anggota masyarakat agar mereka tidak menggunakan bahasa atau

perkataan tertentu dengan sewenang-wenangnya. Tabu dalam bahasa wujud disebabkan

oleh beberapa faktor yang merangkumi faktor yang berkaitan dengan latar belakang

masyarakat itu sendiri. Antaranya adalah seperti berikut:

(a)       Adat dan Kepercayaan

Masyarakat Melayu memiliki khazanah adat dan kebudayaan yang begitu tinggi. Adat

dan budaya yang dipegang oleh masyarakat Melayu memainkan peranan penting dalam

kehidupan sehari-hari. Hal-hal inilah yang menjadi panduan dalam kehidupan mereka

sejak dahulu lagi. Asmah Haji Omar dalam Susur Galur Bahasa Melayu mengatakan

bahawa orang-orang Melayu sebelum memeluk agama Hindu dan kemudiannya Islam,

percaya kepada semangat, baik kepada makhluk bernyawa mahupun tidak bernyawa

10

Page 11: Bahasa Dan Identiti Budaya

seperti pokok-pokok, kayu-kayu besar, batu, dan sebagainya. Masyarakat Melayu

menganggap benda-benda itu mempunyai semangat atau jiwa yang boleh

mempengaruhi mereka. Oleh itu, perlakuan terhadap benda-benda itu hendaklah secara

sopan santun. Bagi masyarakat Melayu, perlakuan yang tidak sopan dan kasar, sama ada

dalam bentuk perbuatan atau percakapan akan memberi kemudaratan kepada orang

yang berkenaan. Oleh hal yang demikian, segala perkara yang berkaitan dengan perkara

tersebut dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Oleh sebab ada larangan tertentu yang

telah ditetapkan oleh masyarakat dalam berbahasa tentang perkara-perkara yang

berkenaan, maka ungkapan-ungkapan yang dianggap tabu telah digantikan dengan

istilah lain yang dianggap lebih sopan dan manis didengar.

Untuk menjaga hati ‘semangat’ yang ada pada benda-benda tersebut, masyarakat

Melayu menggantikan perkataan tertentu yang dianggap tabu dengan perkataan lain

yang lebih halus sifat atau lebih tersembunyi maksudnya. Sebagai contoh,

kata datuk atau nenek digunakan apabila seseorang melalui tempat tertentu yang

dipercayainya wujud ‘penunggu’ atau hantu. Kata datuk atau nenek tersebut merujuk

pada ‘penunggu’ atau hantu yang dipercayainya tinggal di tempat tersebut. Penggantian

kata tersebut untuk menunjukkan bahawa orang yang menyebutnya sangat menghormati

‘penunggu’ itu dan berharap agar mereka tidak ‘diganggu’ dan memberi kemudaratan

11

Page 12: Bahasa Dan Identiti Budaya

kepadanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kata datuk dalam maksud

dan keadaan biasa merujuk kepada ‘bapa kepada ayah atau ibu seseorang’ manakala

kata nenek pula bermaksud “orang tua kepada emak atau ayah. Umumnya, kata tersebut

juga merupakan panggilan seseorang kepada bapa kepada ayah atau ibunya. Begitu juga

dengan kata nenek. Datuk dan nenek merupakan kedudukan ahli keluarga yang sangat

dihormat. Kedudukan tersebut membuatkan seseorang yang bergelar datuk

atau nenek sangat dihormati oleh cucu-cucunya sebagai orang yang lebih tua. Oleh

sebab itulah kata datuk atau nenek digunakan untuk merujuk ‘hantu’ atau ‘penunggu’

yang dipercayai itu kerana ‘mereka’ perlu dihormati sama seperti datuk atau nenek

seseorang.

Dari segi adat, unsur tabu turut memainkan peranan penting dalam menjaga tradisi

yang turunkan oleh warisan terdahulu, terutama dalam konteks perhubungan sosial.

Sebagai contoh, apabila ada kematian anggota masyarakat, perkataan mati sama sekali

tidak boleh digunakan bagi merujuk perihal kematian tersebut. Sebaliknya, masyarakat

Melayu lebih selesa menyebut meninggal dunia, atau dalam konteks lain kembali ke

rahmatullah. Begitu juga apabila merujuk pada orang yang meninggal dunia,

kata mayat juga dianggap tidak sopan disebut, tetapi digantikan dengan jenazah. Jika

dilihat dari sudut makna, kata mati bersinonim dengan meninggal dunia, begitu juga

12

Page 13: Bahasa Dan Identiti Budaya

kata mayat yang bersinonim dengan jenazah. Bagaimanapun, hal ini berbeza jika dilihat

dari sudut adat dan kesopanan dalam masyarakat Melayu. Fenomena inilah yang

dikatakan sebagai tabu kerana adanya larangan tersebut dalam masyarakat yang

menjunjung adat tersebut.

(b)       Perasaan takut

Selain unsur ghaib, masyarakat Melayu juga percaya akan kekuatan semangat binatang

liar. Binatang yang biasa menjadi ketakutan masyarakat Melayu adalah seperti harimau,

gajah, buaya, babi hutan, ular, dan tikus. Binatang-binatang ini dianggap boleh memberi

kemudaratan kepada manusia sekiranya bertembung di hutan. Kehidupan masyarakat

Melayu dahulu sangat bergantung kepada hutan kerana hutan memberikan pelbagai

sumber rezeki. Oleh hal yang demikian, mereka sering masuk ke hutan untuk

mendapatkan pelbagai sumbernya seperti rotan, madu, umbut, damar, dan sebagainya.

Oleh itu, seboleh mungkin mereka tidak mahu bertembung dengan binatang-binatang

tersebut kerana mungkin akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan. Masyarakat

Melayu juga percaya bahawa sekiranya nama binatang seperti harimau, gajah atau babi

hutan disebut dengan lafaz namanya yang sebenar, mereka akan bertembung dengan

binatang tersebut, dan mungkin akan mengganggu atau membawa kemudaratan

13

Page 14: Bahasa Dan Identiti Budaya

kepadanya.

Selain itu, masyarakat Melayu juga percaya sekiranya binatang-binatang tersebut

dicabar, dimarahi atau dikeji dengan kata-kata nista, orang tersebut akan ditimpa

musibah yang teruk. Sebagai contoh, jika seseorang itu menyumpah atau berkata

sesuatu yang tidak baik terhadap babi hutan atau tikus yang merosakkan tanamannya,

nescaya tanamannya akan dimusnahkan sama sekali oleh babi hutan atau tikus yang

dinista itu. Begitu juga sekiranya seseorang itu mencabar kekuatan dan ‘kewibawaan’

gajah dan harimau, mereka mungkin akan bertembung dengan haiwan tersebut. Untuk

mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, nama binatang tersebut digantikan

dengan sebutan lain iaitu harimau digantikan dengan Pak Belang, gajah sebagai orang

besar, ular pula dikatakan akar,buaya digantikan dengan batang hanyut dan tikus

dengan Cik Siti.

(c)        Pemakaian kata unsur seks/lucah/fungsi badan

Masyarakat Melayu dahulu ialah masyarakat timur yang masih tebal dengan adat dan

budaya yang tinggi nilai moralnya. Tambahan pula, sejak kedatangan Islam bermula

abad ke-13, ajaran yang diterapkan oleh Islam yang berkaitan dengan moral dan akhlak

14

Page 15: Bahasa Dan Identiti Budaya

sangat menepati dengan sifat masyarakat Melayu yang lemah lembut dan sangat

mementingkan soal maruah dan harga diri.  Oleh hal yang demikian, soal yang

berkaitan dengan tubuh badan, terutamanya yang berkaitan dengan golongan wanita

serta hal rumah tangga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata berkaitan

yang dianggap tabu tersebut digantikan dengan perkataan lain yang dianggap lebih

sopan dan halus. Kata tabu pantat, butuh, puki, burit,digantikan dengan kata kemaluan,

jubur dan dubur digantikan dengan punggung, kata tabu kopek dan tetek digantikan

dengan kata buah dada atau payudara, haid disebut datang bulan atau datang kotor,

kata tabu bersetubuh digantikan dengan hubungan kelamin dan mengandung disebut

berbadan dua atau hamil.

Selain itu, hal-hal yang berkaitan dengan fungsi badan manusia, seperti berak,

kencing, tahi, dan kentut juga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata

tersebut dianggap kotor dan kasar. Oleh hal yang demikian, kata-kata tersebut

digantikan dengan kata yang lebih sopan, iaitu buang air besar/ ke sungai besar, buang

air kecil/ ke sungai kecil, najis, dan buang angin. Pemilihan kata tersebut disebabkan

maknanya masih lagi berkonotasi dengan kata asalnya walaupun pada asasnya kata

tersebut mempunyai makna yang lain. Kata buang air besar/ ke sungai besar misalnya

merujuk perbuatan berak secara tidak langsung dan tidak berterus-terang. Begitu juga

15

Page 16: Bahasa Dan Identiti Budaya

dengan kata buang angin yang sebenarnya berkonotasi dengan perbuatan membuang

angin perut melalui saluran dubur. Perbuatan tersebut walaupun lumrah bagi manusia,

tetapi tidak sopan bagi masyarakat Melayu sekiranya disebut dengan perkataan kentut

kerana dianggap sangat kasar dan tidak berbudi bahasa. Oleh sebab itu, kata tersebut

digantikan supaya menjadi lebih sopan dan halus budi pekerti bagi orang yang

menyebutnya.

Hal ini demikian kerana, dalam masyarakat Melayu, seseorang yang

menggunakan kata-kata yang dianggap tabu bukan sahaja dianggap tidak beradab tetapi

juga boleh menyinggung perasaan orang yang berkenaan. Sebagai contoh, hal-hal yang

berkaitan dengan wanita, seperti haid, mengandung, tetek atau kopek dianggap tabu oleh

masyarakat Melayu. kerana kata-kata ini dianggap sebagai tidak manis atau

mengandungi unsur lucah, lebih-lebih lagi apabila diucapkan oleh seseorang lelaki di

hadapan seorang perempuan. Oleh hal yang demikian, kata-kata tersebut digantikan

dengan kata-kata seperti yang telah dijelaskan sebelumnya. Hal ini kerana, seseorang

yang mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu boleh dianggap sebagai orang yang

tidak sopan atau tidak tahu adab dan budi bahasa. Bangsa Melayu sememangnya

terkenal sebagai bangsa yang mementingkan budi bahasa yang tinggi. Oleh hal yang

demikian, untuk mengelakkan seseorang itu dikatakan sebagai orang yang tidak berbudi

16

Page 17: Bahasa Dan Identiti Budaya

bahasa atau bermulut celupar, sesuatu perkataan yang dikatakan tabu akan dijelaskan

dengan panjang lebar melalui kata-kata atau ayat yang berlapis atau berkias. Bentuk

kiasan inilah yang merupakan sirkumlokusi yang digunakan sebagai pelarian supaya

kata yang menjadi tabu tersebut tidak disebut secara terang-terangan.

Suatu hal yang menarik dalam membicarakan soal kata-kata yang berunsur tabu

ialah sesetengah kata tersebut tidak dianggap tabu dalam situasi tertentu. Walaupun

pada asasnya semua kata yang dianggap tabu dilarang penggunaannya dalam

percakapan, tetapi larangan tersebut adalah terbatas dalam situasi yang tertentu sahaja.

Larangan atau sekatan penggunaan kata-kata yang dianggap tabu hanya meliputi aspek

rujukan khusus bagi makna asal perkataan tersebut sahaja, misalnya, kata tahi,

kencing, dan berak. Sekiranya kata-kata tersebut diucapkan untuk merujuk makna

asalnya, iaitu tahi merujuk pada hampas atau sisa buangan manusia yang keluar dari

dubur, atau perbuatan kencing dan berak yang dilakukan oleh manusia, kata-kata

tersebut dianggap tabu. Walau bagaimanapun, kata-kata tersebut tidak lagi dianggap

tabu sekiranya digunakan dalam bentuk nama sesuatu benda atau penyakit atau sifat

sesuatu yang berbentuk kiasan. Contohnya, kata majmuk kiasan tahi lalat yang merujuk

bintik hitam yang ada pada kulit manusia atau tahi itik, sejenis kuih tradisional di negeri

Kelantan. Suatu kejanggalan dalam masyarakat sekiranya kata tersebut ditukar

17

Page 18: Bahasa Dan Identiti Budaya

menjadi najis lalat atau najis itik bagi merujuk hal yang sama. Kata kencing malam atau

kencing manis yang merujuk sejenis penyakit yang dihidapi manusia juga tidak

dianggap tabu, malah orang yang menyebutnya juga tidak berasa segan dan bersalah.

Orang yang mendengarnya juga tidak akan tersinggung dan menganggap orang yang

mengucapkannya sebagai tidak sopan. Hal yang demikian kerana, orang yang

mendengarnya memahami bahawa kata yang diucapkan itu merujuk nama penyakit,

bukannya perbuatan kencing itu.

Begitu juga dengan bentuk peribahasa Melayu yang berbentuk kiasan,

seperti macam cicak berak kapur, dan guru kencing berdiri murid kencing berlari. Kata

berak dan kencing yang disebut dalam peribahasa tersebut tidak dianggap tabu.

Menurut Teo Kok Seong, hal ini berlaku kerana ‘sesuatu perkataan atau ungkapan yang

menjadi tabu itu dilarang penggunaannya pada topik dan ranah (bidang) tertentu sahaja’.

Ungkapan tabu juga tidak akan dianggap tabu sekiranya penggunaannya merujuk pada

binatang. Hal ini demikian kerana, sesuatu yang dianggap tabu itu hanya berlaku

sekiranya ia melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan manusia sahaja, lebih-lebih lagi

yang merujuk kaum wanita. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Teo Kok Seong,

‘tidak betul, tidak perlu, dan amat janggal dari segi sistem bahasa Melayu apabila kita

melafazkan atau menulis ungkapan sesopan ini. ‘Kucing jiran sebelah selalu buang air

18

Page 19: Bahasa Dan Identiti Budaya

besar di halaman rumah saya’. Hal ini bermaksud, walaupun seseorang itu ingin

bersikap sopan, penggunaan buang air besar yang digunakan bagi merujuk perbuatan

kucing tersebut adalah tidak tepat dalam konteks penggunaan bahasa Melayu, tidak

menjadi suatu kesalahan dan tidak pula dianggap tidak sopan seseorang itu sekiranya

dia menggunakan ungkapan kucing itu berak.

Sesungguhnya pengetahuan anggota masyarakat dalam soal kesantunan berbahasa,

terutama aspek tabu dalam masyarakat Melayu adalah sangat penting. Hal ini demikian

kerana, pengetahuan inilah yang menjadi ukuran sama ada seseorang itu berbudi

pekerti, berbudi bahasa, beradat atau bersopan santun bukan sahaja dalam pertuturan

tetapi juga dalam tingkah laku. Kenaifan seseorang anggota masyarakat dalam soal ini

boleh mengakibatkannya dipandang rendah oleh masyarakat. Pengetahuan tentang hal

ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu peka dengan hal-hal yang berkaitan dengan

peraturan dalam bermasyarakat dan berbahasa. Sesungguhnya, unsur tabu yang terdapat

dalam masyarakat Melayu menyekat seseorang daripada berbahasa dengan sewenang-

wenangnya, tetapi keadaan ini diterima dan dipersetujui oleh anggota masyarakat

Melayu seluruhnya. Unsur ini juga diterima dengan baik oleh seluruh anggota

masyarakat kerana melalui unsur tabu inilah, wujudnya suatu peraturan yang berkaitan

dengan kesantunan dan keperibadian mulia seseorang. Bertepatan pula dengan

19

Page 20: Bahasa Dan Identiti Budaya

masyarakat Melayu yang masih kuat berpegang dengan nilai-nilai Timur, unsur tabu

tidak menjadi bebanan dalam kehidupan harian mereka malah menjadi suatu

kepentingan dan keperluan dalam kehidupan sehari-hari.

KESAN-KESAN PENGGUNAAN TABU DALAM MASYARAKAT

Realitinya, satu persoalan menarik yang boleh diambil iktibar bersama ialah kewujudan

tabu dalam bahasa telah menyebabkan pengguna bahasa termasuk pengguna bahasa

Melayu mencari kata yang sesuai. Oleh itu, kewujudan tabu telah memberi impak dalam

perkembangan bahasa Melayu sendiri. Antara impaknya ialah:

1) Wujud kata ganti atau kata alternatif

Kewujudan konsep tabu telah menambahkan lagi istilah dan kosa kata dalam Bahasa

Melayu untuk menggantikan kata-kata tabu berkenaan. Kata ganti perlu dilakukan agar

perkataan tabu tersebut tidak diamalkan kerana mempunyai konotasi yang kurang

beradab dan sopan. Langkahnya ialah mendapatkan kata ganti yang sesuai agar

bahasanya lebih halus dan sedap bagi orang yang mendengarnya. Antara contoh

penggantian kata alternatif yang sesuai untuk menggantikan kata tabu seperti orang

rumah untuk isteri, datang bulan untuk haid, buang air merujuk hadas kecil atau besar,

20

Page 21: Bahasa Dan Identiti Budaya

najis untuk tahi, tandas untuk jamban, pekerja seks untuk pelacur, buang angin untuk

kentut, beranak digantikan bersalin, pengawal keselamatan menggantikan jaga dan

sebagainya.

2) Untuk memulihkan perasaan takut

Selain unsur kepercayaan yang menebal dalam masyarakat Melayu dahulu, mereka juga

percaya akan kekuatan semangat binatang liar. Binatang yang biasa menjadi ketakutan

masyarakat Melayu adalah seperti harimau, gajah, buaya, babi hutan, ular, dan tikus.

Binatang-binatang ini dianggap boleh memberi kemudaratan kepada manusia sekiranya

bertembung di hutan. Kehidupan masyarakat Melayu dahulu sangat bergantung kepada

hutan kerana hutan memberikan pelbagai sumber rezeki. Oleh hal yang demikian,

mereka sering masuk ke hutan untuk mendapatkan pelbagai sumbernya seperti rotan,

madu, umbut, damar, dan sebagainya. Oleh itu, seboleh mungkin mereka tidak mahu

bertembung dengan binatang-binatang tersebut kerana mungkin akan mendatangkan

bahaya dan kemudaratan. Masyarakat Melayu juga percaya bahawa sekiranya nama

binatang seperti harimau, gajah atau babi hutan disebut dengan lafaz nama yang

sebenar, mereka akan bertembung dengan binatang tersebut, dan mungkin akan

mengganggu atau membawa kemudaratan kepadanya.

21

Page 22: Bahasa Dan Identiti Budaya

Selain itu, masyarakat Melayu juga percaya sekiranya binatang-binatang

tersebut dicabar, dimarahi atau dikeji dengan kata-kata nista, orang tersebut akan

ditimpa musibah yang teruk. Untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku,

maka masyarakat Melayu mencipta ungkapan-ungkapan tersebut sebagai cara memujuk

hati dari perasaan takut terhadap binatang-binatang tersebut. Sebagai contoh, kata Pak

Belang bagi menggantikan harimau yang merujuk belang yang terdapat di badannya,

kata akar merujuk kepada ular yang sifatnya menjalar seperti akar pokok. Begitu juga

dengan kata orang besar yang menggantikan kata gajah. merujuk sifat gajah yang besar

badannya. Istilah tersebut memberi perlambangan bahawa orang yang menyebutnya

menghormati gajah yang besar dan kuat yang boleh memusnahkan tanaman dan nyawa

manusia. Manakala perkataan batang hanyut pula untuk menggantikan buaya yang

sifatnya terapung dan seperti hanyut dalam air. Selain itu, kata datuk atau nenek pula

digunakan apabila seseorang melalui tempat tertentu yang dipercayainya wujud

penunggu atau hantu. Penggantian kata tersebut untuk menunjukkan bahawa orang

yang menyebutnya sangat menghormati penunggu itu dan berharap agar mereka tidak

‘diganggu’ dan memberi kemudaratan kepadanya. Ini akan dapat mengatasi rasa takut

yang wujud dalam diri seseorang yang melalui tempat berkenaan.

22

Page 23: Bahasa Dan Identiti Budaya

EUFEMISME

PENDAHULUAN

Apabila wujud istilah-istilah tabu yang dianggap dilarang penggunaannya, maka wujud,

unsur eufemisme atau kesantuanan dalam berbahasa. Eufemisme atau kesantunan

merupakan suatu keadaan yang wujud apabila seseorang itu mencuba untuk tidak

menjadikan bahasa atau perbuatan yang dituturkan atau dilakukannya dianggap tidak

sopan atau melanggar konsep tabu yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Keadaan ini

wujud kerana selepas kedatangan Islam, bangsa Melayu begitu mementingkan adab

sopan seperti yang diajarkan dalam Islam. Akhlak yang terpuji seperti yang diajarkan

oleh Rasulullah (S.A.W) begitu mempengaruhi masyarakat Melayu Islam, bukan sahaja

dalam perbuatan, justeru dalam pertuturan harian. Hal inilah yang membudaya dalam

masyarakat Melayu sehingga wujudnya konsep kesantunan atau eufimisme bagi

menutup hal-hal yang tabu tersebut.

Eufemisme berasal daripada istilah euphemism yang merupakan frasa

menggantikan satu kata tabu atau yang digunakan sebagai menghindari hal-hal yang

menakutkan dan kurang menyenangkan. Eufemisme’ dikatakan berasal daripada kata

Yunani yang bermaksud “pemakaian kata-kata atau pernyataan dalam bentuk perkataan

ataupun frasa yang bersifat lebih lembut dan manis. Melalui eufemisme, kita

23

Page 24: Bahasa Dan Identiti Budaya

memperkatakan sesuatu itu seolah-olah sesuatu itu tidak bersifat begitu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), eufemisme ialah ungkapan yang

lebih lembut (sopan, manis ) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Gorys

Keraf (2005) pula menyatakan, eufemisme ialah acuan berupa ungkapan yang halus

untuk menggantikan acuan yang mungkin dirasakan menghina, menyinggung perasaan,

atau mencadangkan sesuatu yang tidak menyenangkan. Manakala Ariff Mohamad dan

Siti Khairiah Mohd Zubir (2009) dalam buku Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa

Melayu , eufemisme atau eufemismus terbit daripada kata Yunani, euphemizen yang

bererti menggunakan kata-kata dengan erti yang baik atau dengan tujuan baik.

Seterusnya, Nik Basri Nik Abd Kadir (2005) pula mentakrifkan eufemisme ialah

sejenis gaya bahasa pertautan yang mengandungi kata atau ungkapan yang lebih halus

sebagai pengganti kata-kata atau ungkapan tertentu yang dianggap kasar, keras, tidak

menyenangkan, merugikan atau menyakitkan. Namun Za’ba, mengatakan eufemisme

ialah penggunaan kata-kata yang lebih tertib ketika bergaul yang termasuk dalam

“kiasan gayang”. Kiasan ini lebih menumpukan perhatian kepada penyebutan sesuatu

isyarat dengan menggunakan perkataan yang manis dan berupaya menutup sesuatu

perkara yang tidak elok bunyinya misalnya ‘kencing’ diganti dengan ‘buang air kecil’.

Jelasnya, eufemisme ialah sebagai ungkapan, penggunaan kata-kata tertentu

24

Page 25: Bahasa Dan Identiti Budaya

atau kiasan yang diperhalus supaya lebih manis didengar dan tidak mengandungi makna

yang kasar, sedap telinga pendengar yang mendengarnya dengan tidak

menyinggungkannya.

JENIS-JENIS EUFEMISME

Terdapat dua jenis ‘eufemisme’ dalam sesuatu bahasa itu iaitu :

1) Eufemisme yang telah mantap erti serta penggunaannya. Sebagai contoh,

‘meninggal dunia’ dan ‘kembali ke rahmatullah’ dalam bahasa Melayu, serta ‘passed

away’ dan ‘be laid to rest’ dalam bahasa Inggeris, eufemisme untuk mati. Hal ini

merupakan eufemisme lama.

2) Eufemisme yang belum lagi menjadi kebiasaan dalam kalangan penutur bahasa

dengan berkesan. Dengan itu, erti serta penggunaannya masih belum mantap. Sebagai

contoh, ‘dismiss’ dan ‘make away with oneself’, haid disebut ‘period’, dan beri

kebenaran disebut ‘green light’ dalam bahasa Inggeris yang merupakan eufemisme baru

serta ‘bos’ yang boleh merujuk kepada ketua di pejabat atau suami di rumah iaitu

pasangan kepada isteri.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN EUFEMISME

25

Page 26: Bahasa Dan Identiti Budaya

Jika dilihat dalam konteks dan budaya masyarakat Melayu, penggunaan eufemisme

bukan sekadar ditutur semahunya, sebaliknya bergantung kepada tiga situasi itu

berlangsung iaitu:

1) Dengan siapa perbualan itu berlangsung

Penggunaan eufemisme perlu melihat dengan siapa perbualan itu berlangsung. Hal ini

bertujuan untuk berlaku sopan terhadap orang yang diajak bercakap yang merupakan

orang yang lebih tua dan berpengalaman. Keadaan ini perlu diteliti dari sudut jarak dan

status sosial perbualan itu berlaku. Misalnya, perbualan antara seorang pelajar dengan

pensyarah, penggunaan eufemismenya lebih tertib dan kemas serta berlapik berbanding

unsur eufemisme antara seorang peniaga biasa dengan orang kampung biasa. Kedua-

dua situasi ini, akan menuntut penggunaan eufemisme yang berlainan dan didapati

bahawa kesesuaian situasi juga memainkan peranan yang penting.

2) Konteks atau status perbualan

Dalam masyarakat Melayu, status seseorang itu turut memainkan peranan penting

dalam penggantian eufemisme ini. Sebagai contoh, seorang pengetua sekolah

merupakan seorang yang paling tinggi kedudukannya di sekolah, berpendidikan tinggi,

26

Page 27: Bahasa Dan Identiti Budaya

berilmu, berkepimpinan, dan wajar seorang yang dihormati, maka penggunaan

eufemisme lebih melambangkan kata-kata menghormati dalam konteks ini. Sebagai

contoh, kata ‘jamban’ sewajarnya disebut ‘tandas’, kata ‘kencing’ digantikan ‘buang

air’ dan ‘mampus’ disebut ‘meninggal dunia’. Penggunaan ini lebih sopan dan bersifat

menjaga hati dan status seseorang. Ironinya, sebaliknya ungkapan yang berterus-terang

seperti ‘mati’, ‘mampus’, dan ‘kojol’ yang agak kasar biasanya digunakan untuk

merujuk kepada orang biasa seperti pencuri, penjenayah dan benda-benda mati yang

lain mengikut kesesuaian konteks.

c) Tujuan perbualan

Dalam masyarakat Melayu, penggunaan eufemisme dilihat bertujuan untuk

menghormati dan berlaku sopan serta menjaga air muka terhadap pihak yang diajak

bercakap, amat dititikberatkan. Sebagai contoh, perkataan ‘jenazah’ merupakan

eufemisme bagi ‘mayat’ yang merujuk kepada orang yang telah meninggal dunia bagi

umat Islam. Penggunaan ini bertujuan untuk menghormati keluarga dan orang yang

telah meninggal dunia. Selain itu, penggunaan ‘mayat’ dilihat membawa konotasi yang

negatif dan dianggap kasar serta terlampau berterus-terang. Dalam masyarakat Melayu,

penggunaan kata-kata yang dianggap tidak sopan akan dianggap sebagai ‘kurang ajar’

27

Page 28: Bahasa Dan Identiti Budaya

dengan tidak tahu menghormati orang lain.

3) Taraf pendidikan seseorang

Taraf pendidikan seseorang dikatakan mempengaruhi penggunaan eufemisme dalam

dominasi pertuturan bahasa seseorang itu. Sesorang yang hanya berpendidikan setakat

darjah enam tentu berbeza eufemismenya dengan penggunaan laras bahasanya yang

lebih kasar berbanding dengan seseorang yang berkelulusan universiti kerana

dipengaruhi laras bahasa yang lebih lembut, halus dan bersopan.

KESIMPULAN

Pada ketika tertentu, eufemisme yang disamakan sebagai bahasa halus adalah berbeza

dengan bahasa tidak sopan. Penggunaan eufemisme yang sopan akan menunjukkan

ketinggian akhlak, akal budi dan kejernihan fikiran seseorang begitu juga jika

sebaliknya orang yang tidak bersopan pula akan memperlihatkan kerendahan akhlak,

tatatertib dan tercemarnya fikiran. Sebenarnya, penggunaan eufemisme berkait dengan

konsep ‘tahu bahasa’, iaitu tahu cara untuk memilih perkataan yang sesuai apabila

berbicara dengan orang lain. Menurut Jeniri Amir (2005), penggunaan eufemisme atau

bahasa halus akan memberikan kesan yang besar kepada jiwa seseorang. Pendengar

28

Page 29: Bahasa Dan Identiti Budaya

akan berasa sejuk hati, tenteram dan gembira dengan kata-kata yang disampaikan.

Walau bagaimanapun, penggunaan eufemisme akan sering kali digantikan dengan

yang baharu kerana yang lama itu atau yang sebelumnya itu akan menjadi kesat dan

tidak sesuai lagi digunakan selari dengan perubahan zaman. Apa yang penting ialah,

makna perkataan yang ada kaitan dengan topik-topik tabu itu tidak lagi terletak pada

perkataan, tetapi sebaliknya terletak kepada pemikiran masyarakat dan budaya yang

berkenaan. Menurut Darwis (1997), kini eufemisme atau gaya bahasa halus ini bukan

sahaja terhad dalam penggunaan perkataan atau ungkapan sahaja tetapi boleh juga pada

keseluruhan ayat, keseluruhan perenggan, bahkan keseluruhan karya yang ditampilkan

itu.

KESANTUNAN BAHASA

PENDAHULUAN

29

Page 30: Bahasa Dan Identiti Budaya

Amalan kesantunan merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang boleh membezakan

antara seseorang dengan seseorang yang lain dalam sesebuah masyarakat apabila

melibatkan komunikasi atau interaksi. Menurut Marlyna Maros (2010), gambaran

kesantunan dan strategi-strategi yang berkaitan dengan kesantunan ini dapat dilihat

dalam manifesatsi linguistik, dan non-linguistik yang melibatkan bahasa tanpa lisan.

Menurut Marlyna Maros lagi, kajian tentang strategi kesantunan dalam berbagai lakuan

bahasa antara lain menunjukkan beberapa perbezaan strategi dalam mengekalkan

kesantunan menurut perspektif sesebuah komuniti bahasa dari dua budaya yang sangat

berlainan, iaitu Timur dan Barat.

Dalam mendefinisikan kesantunan, pelbagai pendapat diutarakan. Lakoff

(1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran

dalam sesuatu interaksi. Brown dan Levinson(1987) mendefinisikan kesantunan sebagai

usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap

pendengar. Asmah Hj. Omar (2000), mengaitkan kesantunan bahasa dengan

penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa

tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan tersebut akan menimbulkan suasana

hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar (Noriati A.Rashid, 2007).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), santun didefinisikan sebagai halus budi

30

Page 31: Bahasa Dan Identiti Budaya

bahasa atau budi pekerti, beradab dan sopan, manakala kesantunan ialah perihal atau

sifat kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Menurut Awang Sariyan

(2007:1)pula, kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa

yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan

penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi

salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.

Jelaslah bahawa kesantunan merujuk kepada lakuan-lakuan yang boleh

diterima dalam sesebuah masyarakat yang dianggap tidak menyinggung mana-mana

pihak semasa berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan yang melibatkan orang

lain. Interaksi atau komunikasi yang memperlihatkan kesantunan akan menimbulkan

keharmonian dalam kehidupan seharian. Jika diamati, sama ada definisi dari Timur atau

Barat, masing-masing mendefinisikan kesantunan mengikut acuan sendiri tetapi

matlamatnya adalah sama.

KONSEP KESANTUNAN

Dalam membicarakan konsep kesantunan bahasa ini, beberapa model telah

diketengahkan oleh beberapa pengkaji-pengkaji bahasa dari Timur atau dari Barat.

Model-model yang diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa seperti Model

31

Page 32: Bahasa Dan Identiti Budaya

Kerjasama Grice(1975), Model Peraturan Kesantunan Lakoff(1975), Prinsip

Kesantunan Leech(1983), Model Kesantunan Brown dan Levinson (1978 & 1987),

Model Perlakuan Politik Verbal Janney dan Arndt(1992), dan Model Asmah(2000).

Konsep kesantunan bahasa berdasarkan Al-Quran menurut perspektif Islam turut

diketengahkan.

PRINSIP-PRINSIP AL-QURAN TENTANG KESANTUNAN BAHASA

Menurut Awang Sariyan (2009), berdasarkan prinsip-prinsip al-Quran, kesantunan

bahasa ialah dasar-dasar dan hukum-hukum al-Quran yang mengemukakan panduan

dan pedoman dari aspek penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan

peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman

bicara. Menurut Awang Sariyan lagi, “kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan

kepatuhan kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Setiap

masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan bahasa masing-masing”. Justeru, jika

dipadankan kepada pendapat ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kesantunan

berbahasa akan dijuruskan kepada kesantunan berbahasa mengikut prinsip Islam yang

diturunkan dalam al-Quran (Mohd Nezeli bin Ahmad,2009).

Menurut Marlyna Maros. et al.(2012), prinsip kesopanan berbahasa dalam al-

32

Page 33: Bahasa Dan Identiti Budaya

Quran dan hadis berdasarkan analisis wacana. Menurutnya lagi agama menyediakan

peraturan tentang dinamika bahasa (bentuk hormat, panggilan, seruan ucap selamat) dan

mekanika bahasa (tatabahasa, morfologi, sintaksis dan retorik). Kedua-dua aspek

pembelajaran bahasa ini diajar serentak iaitu, gabungan di antara ilmu akhlak dengan

ilmu bahasa. Penumpuan terhadap satu aspek sahaja akan membawa implikasi sosial

yang negatif seperti kebiadaban. Melalui pengkajian Munif Zariruddin, jelaslah bahawa

al-Quran wajar dijadikan sumber untuk mempelajari kesantunan berbahasa.

Menurut Mohd Nezeli bin Ahmad (2009), prinsip utama agama Islam dalam

kesantunan bahasa berkait rapat dengan dua peranan utama manusia iaitu menyeru

kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sejajar dengan itu, mesej yang meliputi ajaran,

nasihat, serta teguran yang dikemukakan perlulah baik dan memberi kesan seperti yang

diharapkan serta tidak menimbulkan kemarahan, kebencian dan permusuhan. Begitu

juga kesantunan berbahasa juga menyentuh hubungan dengan Allah dan hubungan

dengan manusia iaitu hubungan dengan ibu bapa, jiran tetangga dan manusia

keseluruhan. Dari sisi yang lain, kesantunan bahasa berasaskan agama menjadi titik

tolak kepada kesantunan berbahasa yang sebenar kerana agama telah mengemukakan

sejumlah besar prinsip kesantunan khususnya dalam aspek komunikasi bahasa. Al-

Quran sebagai kitab suci yang lengkap dan mencakupi semua aspek ada mengemukakan

33

Page 34: Bahasa Dan Identiti Budaya

prinsip-prinsip kesantunan berbahasa.

Berdasarkan Surah Qaf (50:18), “Tidak ada suatu kata yang diucapkannya

melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatatkan)”,

kesantunan bahasa dapat dilihat dari segi Prinsip Tanggungjawab Menjaga Lidah. Lidah

merupakan alat utama untuk bercakap oleh itu adalah menjadi tanggungjawab dalam

menjaga lidah semasa berkomunikasi dengan bertutur menggunakan perkataan yang

baik dan untuk tujuan kebaikan. Seseorang yang menjaga lidah akan berfikir panjang

natijah dan implikasi pertuturan sama ada memperoleh pahala atau dosa dalam konteks

hubungan dengan Allah SWT dan memberi kemaslahatan dalam konteks hubungan

dengan manusia agar tidak membawa permusuhan dan kebencian.

Prinsip seterusnya ialah Berbicara dengan Lemah Lembut. “Maka berbicaralah

kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-

mudahan dia sedar dan takut”, Surah Taha (20:44). Kesantunan bahasa berpaksikan

kaedah pertuturan iaitu dengan lemah lembut kepada sasaran pertuturan iaitu manusia

sekalipun mereka mengingkari Allah SWT. Tujuan kesantunan bahasa ini digunakan

agar kita dapat menyampaikan mesej dakwah selaku tanggungjawab kita sebagai

khalifah Allah SWT. Prinsip ini juga dapat dilihat dalam surah ali-Imran (3:159) iaitu:

“Maka disebabkan rahmat Allah engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka.

34

Page 35: Bahasa Dan Identiti Budaya

Sekiranya engkau bersikap kasar dan berhati keras tentulah mereka menjauhkan diri

dari engkau”.

Al-Quran juga mengemukakan Prinsip Melarang Mengeluarkan Perkataan

yang Buruk. Perkataan yang buruk seperti menghina, mencarut, mengeluarkan kata-kata

kesat dan sebagainya. Selain itu, antara sifat yang dilarang dalam hubungan sosial ialah

menggunakan bahasa kesat atau kotor, mencemuh atau menghina serta menyeranah

orang lain dalam percakapannya. “Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang

diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha

Mendengar, Maha Mengetahui”, Surah an-Nisa (4:148).

Prinsip kesantunan bahasa yang turut dikemukakan oleh al-Quran adalah

Prinsip Memaafkan. Memaafkan merupakan strategi komunikasi yang melambangkan

seseorang itu berjiwa besar, berlapang dada dan memancarkan peribadi yang baik dan

terpuji.  Memaafkan bermaksud merelakan untuk melepaskan dan membebaskan

kesalahan dan kesilapan seseorang. Dalam konteks ini, memberi kemaafan kepada

seseorang yang melakukan keburukan kepada kita adalah sifat yang terpuji baik

terhadap musuh mahupun sahabat karib. Sekiranya prinsip ini diamalkan akan dapat

membina hubungan baik dengan teman bertutur dan menjalin hubungan erat dalam

kehidupan bermasyarakat. Prinsip ini dapat dilihat dalam ayat “Jika kamu menyatakan

35

Page 36: Bahasa Dan Identiti Budaya

sesuatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang

lain), maka sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa,”Surah an-Nisa (4:149).

Prinsip lain yang dikemukakan oleh al-Quran dalam kesantunan berbahasa

ialah Prinsip Hikmah dan Pengajaran yang Baik.  Prinsip ini bertepatan dengan firman

Allah SWT  dalam Surah an-Nahl (16:125), “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai

Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik”. Kecerahan dan

Kejelasan  juga merupakan prinsip kesantunan bahasa, berdasarkan firman Allah SWT

melalui ayat dalam surah an-Nahli (16:35) yang bermaksud, “Maka tidak ada kewajipan

ke atas rasul-rasul, selain dari menyampaikan agama Allah dengan terang nyata”. Ayat

ini jelas membuktikan bahawa antara tanggungjawab para rasul adalah menyampaikan

agama Allah dengan terang dan nyata. Prinsip kecerahan dan kejelasan ini perlu kerana

fikiran manusia akan menjadi kacau ketika berhadapan dengan kesamaran dan perkara

yang sukar difahami. Dalam kesantunan bahasa, Islam memaparkan akhlak yang jelas,

yang disukai oleh fitrah manusia iaitu akhlak yang baik, dan mencegah setiap yang

buruk dan merosakkan.

Seterusnya, prinsip kesantunan bahasa yang digariskan oleh al-Quran adalah

Menggunakan Bahasa yang Sesuai dan Baik. Antara ayat al-Quran yang menyarankan

perkara ini ialah, “… dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka

36

Page 37: Bahasa Dan Identiti Budaya

mengucapkan perkataan yang baik …”, Surah al-Isra’(17:53). Dapatan lain adalah “…

dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”, Surah al-Baqarah (2:83) serta “…

dan katakanlah kepada mereka perkataan yang baik”, Surah an-Nisaa (4:8).

Mengumpat juga dikategorikan sebagai kesantunan bahasa yang dapat dikesan.

Mengumpat boleh mengundang bahaya yang besar kepada masyarakat. Mengumpat

merupakan kata-kata yang menjejaskan nama baik orang lain, boleh membawa fitnah,

menggunakan kata-kata keji, cercaan, mencela dan sebagainya. Allah memberi

peringatan yang tegas supaya perkara ini dijauhkan melalui ayat, “Kecelakaan besar

bagi tiap-tiap pencaci pengeji yang mencemuh dan merendahkan orang lain”, Surah al-

Humazah (104:1). Contoh ayat lain ialah “… dan lunakkanlah suara engkau.

Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai)”, Surah Luqman (31:19).

Prinsip al-Quran tentang kesantunan bahasa yang lain adalah dengan

menggunakan Nada Percakapan yang Terkawal dan Sesuai. Suara yang lembut, lunak

dan terkawal akan memberi kesan yang baik dan positif dan begitulah sebaliknya kata-

kata yang bingit, keras dan melampau akan membawa kemudaratan dan menimbulkan

kemarahan seseorang. Kelembutan bicara dan kelunakan suara amat berkesan dalam

usaha mengubah manusia. Suara yang lunak akan menikam kalbu dan mampu

mengelakkan pertentangan. Bahasa yang baik dari segi suara dan nada akan

37

Page 38: Bahasa Dan Identiti Budaya

mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan serta mampu menyampaikan mesej-mesej

sama ada nasihat, teguran dan lain-lainnya berdasarkan kesesuaian nada dan suara.

Contoh ayat ialah “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah

memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah

cara hidup yang berkat lagi baik”, Surah an-Nur (24 :61).

Islam juga mengemukakan prinsip kesantunan bahasa melalui Pengucapan

Salam. Memberi dan menjawab salam merupakan tuntutan bagi umat Islam.

Sesungguhnya amalan memberi dan menjawab salam akan menambah rasa cinta dan

kasih sayang antara seisi keluarga dan masyarakat. Pengucapan salam sesama manusia

amatlah dituntut sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ (4 : 86) yang

bermaksud, “Jika engkau semua diberikan penghormatan dengan penghormatan, yakni

salam, maka jawablah penghormatan atau salam dengan yang lebih baik daripadanya

atau balaslah dengan yang serupa dengannya”. Kesantunan bahasa yang digariskan

melalui strategi salam sangat besar kesannya dalam membina hubungan sosial yang

baik dan menjadi asas kepada perkenalan dan perhubungan yang lebih erat. Pengucapan

salam merupakan penghargaan kepada seseorang dan hal ini mencerminkan peribadi

mulia seseorang dalam berbahasa.

Sebagai kesimpulan daripada apa yang dijelaskan di atas berdasarkan kajian

38

Page 39: Bahasa Dan Identiti Budaya

yang dilakukan oleh Mohd Nezeli bin Ahmad (2009), al-Quran banyak mengemukakan

prinsip kesantunan berbahasa yang meliputi segenap aspek sesuai dengan sifatnya yang

syumul iaitu lengkap dan mencakupi. Bukti al-Quran lengkap dan mencakupi kerana

kitab suci ini tidak mengabaikan bidang bahasa dalam mengutarakan prinsip-prinsip

kesantunan bahasa. Prinsip al-Quran tentang kesantunan berbahasa bertepatan dan

relevan dalam konteks kaitannya dengan definisi santun berbahasa iaitu kepada

penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan

menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

MODEL-MODEL KESANTUNAN

Dalam menganalisis kesantunan bahasa, beberapa model telah dikemukakan sama ada

berorientasikan barat atau timur. Model-model ini telah digunakan oleh pengkaji-

pengkaji bahasa untuk meneliti fenomena kesantunan bahasa yang diutarakan dalam

sesebuah masyarakat. Berdasarkan Noriati A. Rashid (2007), antara model kesantunan

yang sering diaplikasikan dalam kajian-kajian yang telah dibuat ialah Model Prinsip

Kerjasama Grice (1975), Model Peraturan Kesantunan oleh Lakoff (1975), Model

Prinsip Kesantunan Leech (1983) dan Model Kesantunan Brown dan Levinson (1978 &

1987). Model-model tersebut dibincangkan secara lanjut seperti berikut disamping

39

Page 40: Bahasa Dan Identiti Budaya

model-model lain seperti Model Perlakuan Politik Verbal Janney dan Arndt (1992), dan

Model Asmah (2000).

MODEL PRINSIP KERJASAMA OLEH GRICE (1975)

Prinsip Kerjasama ini berasaskan penggunaan implikatur perbualan dalam menerokai

maksud sesuatu ujaran. Menerusi prinsip ini, Grice telah mengemukakan empat maksim

yang menjadi panduan dalam mewujudkan kerjasama dalam perbualan. Maksim-

maksim tersebut terdiri daripada Maksim Kuantiti iaitu memberi maklumat yang

sempurna yang cukup informatif serta mengelakkan memberi maklumat melebihi

daripada apa yang diperlukan. Maksim Kualiti pula memberi maklumat yang betul iaitu

melalui maksim ini penutur tidak menyebut sesuatu yang dirasakan tidak betul dan

tidak menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti. Maksim Pertalian pula ialah

mengemukakan maklumat yang relevan. Manakala Maksim Cara ialah menyatakan

sesuatu dengan cara yang betul dan mudah difahami (Noriati A. Rashid, 2007).

Menurut Leech (1983:80), Prinsip Kerjasama dapat mengurangkan kebingungan

akibat menggunakan pendekatan semantik yang berteraskan kebenaran. Namun begitu,

model ini dikatakan mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri, antara lain

maksim-maksim ini tidak mampu bertahan pada peringkat universal kerana tidak semua

40

Page 41: Bahasa Dan Identiti Budaya

masyarakat mementingkan maksim-maksim yang terdapat dalam Prinsip Kerjasama ini.

Selain itu, maksim-maksim ini sukar bertahan dalam percakapan sebenar. Contohnya

dalam Maksim Kuantiti seseorang itu sukar untuk mengesan sama ada ujaran yang

disampaikan itu telah cukup maklumatnya atau sudah berlebih-lebih. Dalam Maksim

Kualiti pula, tidak semua percakapan memerlukan dalil dan bukti yang kukuh.

Demikian juga dalam Maksim Cara, agak sukar untuk ditentukan sama ada sesuatu

ujaran boleh difahami maksudnya atau tidak oleh pendengar (Noriati A. Rashid, 2007).

MODEL KESANTUNAN LAKOFF (1975)

Lakoff telah mengemukakan tiga peraturan yang harus dipatuhi sekiranya mereka yang

terlibat dalam sesuatu perbualan ingin mengekalkan keharmonian perbualan. Antara

peraturan tersebut ialah Jangan Memaksa, Berikan Pilihan serta Jadikan Pendengar

Selesa. `Jangan Memaksa` merupakan satu peraturan yang digunakan dalam

mengekalkan kesantunan secara formal yang diperlukan untuk mengekalkan jarak

antara pendengar dengan penutur. Manakala `Berikan Pilihan` pula merupakan

peraturan yang digunakan dalam situasi yang tidak formal. Cara ini memberi peluang

kepada pendengar untuk membuat pilihan sama ada mahu menerima sebarang

permintaan atau menolaknya. Pendengar juga mempunyai peluang untuk berfikir dan

41

Page 42: Bahasa Dan Identiti Budaya

bertindak balas terhadap permintaan tersebut bersesuaian dengan kehendaknya. Melalui

cara ini permintaan tersebut tidak dirasakan berat dan membebankan pendengar (Noriati

A. Rashid, 2007).

Satu peraturan lagi adalah `Jadikan Pendengar Selesa` yang dijangkakan akan

dapat merapatkan hubungan baik antara penutur dengan pendengar. Cara ini akan

menonjolkan perasaan dan sikap positif dengan pendengar. Cara ini juga kerap

digunakan di kalangan mereka yang sudah menjalinkan hubungan rapat. Namun begitu,

model ini masih terdapat kekurangan biar pun boleh digunakan sebagai asas dalam

membina strategi komunikasi antara penutur dengan pendengar. Model ini hanya

tertumpu pada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik. Ini bererti dalam sesuatu

perbualan, penutur perlu melakukan apa sahaja demi kebaikan dan kepuasan pendengar.

Hakikatnya dalam kehidupan, masih banyak topik perbualan yang akan memaksa

penutur menyatakan sesuatu yang mungkin tidak disenangi oleh pendengar. Model ini

hanya mengutamakan kepentingan pendengar dan tidak akan dapat dipertahankan dalam

semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza (Noriati A. Rashid,

2007).

PRINSIP KESANTUNAN LEECH (1983)

Model Kesantunan Leech menekankan beberapa maksim iaitu, Maksim Berhemah,

42

Page 43: Bahasa Dan Identiti Budaya

Maksim Budiman, Maksim Berkenan, Maksim Merendah Diri, Maksim Persetujuan dan

Maksim Simpati. Maksim Berhemah menekankan pengurangan kos dan penambahan

faedah kepada orang lain. Manakala Maksim Budiman pula ialah pengurangan faedah

dan penambahan kos ke atas diri sendiri. Maksim Berkenan menekankan pengurangan

cacian dan penambahan pujian ke atas orang lain. Maksim Merendah Diri pula

pengurangan pujian dan penambahan kata-kata kurang memuji(cacian) ke atas diri

sendiri. Maksim Persetujuan menekankan pengurangan perselisihan faham dan

penambahan persepakatan antara diri dengan orang lain manakala Maksim Simpati ialah

pengurangan antipati dan penambahan simpati kepada orang lain (Noriati A. Rashid,

2007).

Empat maksim pertama adalah berpasangan kerana maksim-maksim tersebut

berada pada skala bipolar, iaitu kos-faedah serta pujian-cacian. Manakala dua maksim

terakhir berada dalam skala unipolar, iaitu skala simpati dan skala persetujuan.

Walaupun Leech memperkenalkan maksim-maksim tersebut sebagai pengawal dalam

sesuatu situasi perbualan, namun beliau berpendapat bahawa maksim-maksim tersebut

bukanlah sesuatu rumus yang perlu dipatuhi secara mutlak terutama yang melibatkan

submaksim yang lemah sifatnya seperti penambahan cacian ke atas diri sendiri semata-

mata untuk menunjukkan kesantunan kita. Selain itu, Leech berpendapat manusia tidak

43

Page 44: Bahasa Dan Identiti Budaya

perlu memperlekehkan diri sendiri semata-mata untuk menambahkan pujian dan

sanjungan terhadap pihak lain. Maksim tersebut mungkin mewujudkan sangkaan orang

lain bahawa kita bersikap tidak jujur dan menimbulkan kebosanan orang terhadap kita.

Hakikatnya, manusia tidak perlu mengurangkan sesuatu kebaikan terhadap dirinya

semata-mata untuk kebaikan pihak lain, seperti yang dituntut dalam Maksim Budiman

dan Maksim Berhemah. Berdasarkan penjelasan di atas ukuran menggunakan skala

bipolar mengabaikan kepentingan penutur dan berlaku ketidakadilan serta kurang

praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Maksim Kerjasama Grice seperti

Maksim Kualiti boleh memberi keseimbangan dalam mewujudkan kerjasama yang

berterusan dalam sesuatu perbualan (Noriati A. Rashid, 2007).

Jika diamati maksim-maksim yang diperkenalkan oleh Leech boleh dianggap

serasi dengan kesantunan yang digariskan Islam memandangkan pembinaan maksimnya

berlandaskan keluhuran dan budi. Apa yang dikemukakan oleh Leech seperti Maksim

Berhemah, Maksim Budiman dan Maksim Merendah Diri merupakan sifat-sifat peribadi

yang memperlihatkan kesantunan seperti yang dituntut dalam Islam.

KONTRAK PERBUALAN FRASER (1990)

Berdasarkan Kontrak Perbualan Fraser, dalam sesuatu perbualan setiap pihak akan

memahami set-set kebenaran dan kewajipan seperti yang dijangkakan. Semasa sesuatu

44

Page 45: Bahasa Dan Identiti Budaya

perbualan berlangsung, wujud kontrak antara mereka yang akan mendorong kedua-dua

pihak (penutur dan pendengar) melakukan penyesuaian menepati kebenaran dan

kewajipan yang dipegang dan dipercayai. Menurut Fraser (1990:233), seseorang

penutur yang rasional sentiasa sedar bahawa tindakannya adalah dalam lingkungan

kekangan perundingan. Sekiranya penutur tidak mampu bertindak demikian, maka

penutur dikatakan tidak santun. Maka kesantunan itu merupakan keupayaan peserta

memenuhi set-set kebenaran dan kewajipan dalam ujaran (Noriati A. Rashid, 2007).

Gagasan utama dalam model ini ialah kebebasan seseorang mengujarkan

sesuatu bergantung kepada sifat hubungan antara mereka yang terlibat dalam perbualan

tersebut. Pendekatan ini beroperasi melalui dua rumus, iaitu rumus umum dan rumus

khusus. Rumus umum ialah peraturan-peraturan yang ada dalam perbualan seperti

giliran bercakap, strategi bercakap, pemilihan bahasa, gaya komunikasi dan maklum

balas. Manakala rumus khusus menekankan tujuan dan matlamat percakapan, medan

makna dan ciri-ciri penutur. Rumus khusus ini sebenarnya memberi penekanan ke atas

lakuan bahasa yang akan diujarkan. Misalnya, penutur yang mempunyai status dan

kuasa akan lebih bebas mengujarkan sesuatu lakuan bahasa. Demikian juga bentuk

hubungan antara penutur dengan pendengar akan mempengaruhi kandungan ujaran

(Noriati A. Rashid, 2007).

45

Page 46: Bahasa Dan Identiti Budaya

Walau bagaimanapun strategi ini tidak langsung menyentuh peranan

masyarakat, pengiktirafan sosial serta peranan dan kedudukan individu di kalangan

masyarakatnya. Moa (1994:470) berpendapat kontrak perbualan tersebut hanya

tertumpu terhadap hak dan kewajipan peserta dalam perbualan tanpa berkait dengan

tuntutan masyarakat. Model ini tidak sesuai dengan masyarakat jepun ataupun China.

Dalam konteks Islam, kontrak perbualan perlu berasaskan perhubungan antara manusia

dengan Tuhan kerana kontrak tersebut lebih teguh. Keteguhan kontrak manusia dengan

Tuhan akan menjadikan kontrak antara manusia dengan manusia menjadi lebih

seimbang (Noriati A. Rashid, 2007).

MODEL KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON (1978&1987)

Model kesantunan Brown dan Levinson mengemukakan pembahagian muka kepada dua

kehendak, iaitu muka positif dan muka negatif. Muka positif ialah kehendak seseorang

untuk dihargai dan diterima oleh orang lain. Manakala muka negatif berupa kehendak

untuk mempertahankan hak dan keinginan supaya tidak diganggu. Dengan dua

kehendak muka ini, B&L telah mengemukakan beberapa strategi supaya dapat

digunakan bagi mengurangkan ancaman muka seseorang. Antara strategi yang

dikemukakan iaitu melakukan Tindakan Ancaman Muka(TAM) dan Tidak Melakukan

46

Page 47: Bahasa Dan Identiti Budaya

Ancaman Muka(Noriati A. Rashid, 2007).

Dalam melakukan Tindakan Ancaman Muka (TAM), B&L mengemukakan

Strategi Berekod dan Strategi Tanpa Rekod. Dalam Strategi Berekod, sekiranya penutur

menggunakan Strategi Tanpa Penyesuaian, ujaran tersebut akan menjadi kurang santun.

Oleh itu, bagi mengekalkan kesantunan, penutur hendaklah menggunakan strategi yang

mampu mengurangkan TAM, iaitu Strategi Penyesuaian menerusi Strategi Kesantunan

Positif dan Kesantunan Negatif. Strategi Secara terang-terangan tanpa penyesuaian

dikatakan strategi yang jelas, telus, ringkas dan tidak kabur. Strategi ini menepati

maksim kualiti dan maksim kuantiti yang disarankan oleh Grice. Strategi ini dipilih

apabila penutur dan pendengar saling memahami dan dalam keadaan-keadaan seperti

kecemasan strategi ini adalah sesuai (Noriati A. Rashid, 2007).

Kesantunan Positif pula ialah ujaran yang mengandungi maksud bahawa muka

positif pendengar diutamakan dan kehendak muka penutur dan pendengar mempunyai

persamaan. Antara ujaran yang dikatakan berada dalam strategi kesantunan ini ialah

pujian, Kata-kata ucapan seperti tahniah, penghargaan, simpati dan bersetuju.

Kesantunan Negatif pula merupakan strategi kesantunan yang menggambarkan rasa

hormat terhadap hak dan kebebasan seseorang daripada menghadapi ancaman muka

apabila dikenakan sesuatu pengenaan. Strategi ini mencakupi ciri-ciri kawalan dan

47

Page 48: Bahasa Dan Identiti Budaya

formaliti semata-mata untuk mengekalkan imej diri pendengar. TAM akan dibetulkan

dan diubahsuaikan bagi memastikan pendengar tidak berasa tertekan atau serba salah

untuk membuat keputusan sama ada sanggup menerima atau menolak pengenaan ke

atasnya. Dalam strategi ini penggunaan kata-kata seperti `maaf` didahului sebelum

menyatakan sesuatu maksud bagi menunjukkan rasa hormat penutur kepada pendengar

contohnya “Maaf tuan, boleh saya jumpa tuan sebentar?”. Selain itu, ujaran dalam

bentuk ayat Tanya memberi peluang kepada pendengar menentukan pilihan mengikut

kehendaknya, contoh “Boleh tolong saya angkat buku ini?” (Noriati A. Rashid, 2007).

Strategi Tanpa Rekod melibatkan penggunaan kata metafora ironi. Kenyataan

yang tersirat serta kata kiasan dan peribahasa. Maksud penutur adalah samar-samar bagi

mengelakkan penutur daripada dipertanggungjawabkan dengan sebarang interpretasi.

Strategi ini adalah untuk mengekalkan penghormatan ke atas muka pendengar dengan

menepati kehendak muka negatifnya (Noriati A. Rashid, 2007).

MODEL PERLAKUAN POLITIK VERBAL JANNEY DAN ARNDT (1992)

Konsep Perlakuan Politik Verbal itu tidak jauh bezanya dengan konsep mengurangkan

TAM di dalam B&L yang merupakan usaha individu menyesuaikan ujarannya dengan

suasana dan aktiviti sosial. Janney dan Arndt(1992:22), membahagikan kesantunan

48

Page 49: Bahasa Dan Identiti Budaya

kepada dua bentuk, iaitu kesantunan sosial dan berhemah. Kesantunan dikatakan

berpunca daripada kehendak manusia menjalinkan suatu bentuk interaksi yang lancar.

Mereka menganggap perlakuan manusia selalunya berasaskan jangkaan yang boleh

melahirkan keselarasan sosial serta pengekalan komunikasi. Fungsi kesantunan sosial

adalah membentuk strategi perlakuan yang lemah lembut dan berulang-ulang dalam

situasi sosial. Berhemah pula berpunca daripada kehendak manusia untuk

menyelamatkan muka memandangkan manusia berasa risau sekiranya berlaku sesuatu

yang boleh menyebabkan hilang muka(losing face). Dalam sesuatu interaksi sosial,

manusia saling bergantung dan berharap agar mampu mengekalkan kerjasama dan

menyeimbangkan rasa hormat untuk mengekalkan muka. Berhemah bukan sekadar

bertujuan untuk mengelakkan konflik malahan merupakan perlakuan sosial yang betul

yang melibatkan empati kepada orang lain, tidak menyebut atau melakukan sesuatu

yang mengancam dan menyinggung orang lain. Berhemah dalam sesuatu budaya

melibatkan perlakuan verbal dan bukan verbal. Berhemah berfokus pada dua asas

kehendak muka, iaitu: Kehendak untuk tidak dihalang, bebas dan memastikan diri tidak

diganggu dan memelihara hak peribadi dan kehendak supaya diterima, dihargai atau

dihormati oleh pihak lain (Noriati A. Rashid, 2007).

49

Page 50: Bahasa Dan Identiti Budaya

MODEL ASMAH (2000)

Asmah Haji Omar membahagikan kesantunan kepada Kesantunan Asas dan Kesantunan

Berkendala. Kesantunan Asas merupakan kesantunan yang menjadi pedoman kepada

ahli masyarakat untuk berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap

berbaik-baik antara mereka. Manakala kesantunan berkendala merupakan usaha yang

dilakukan dalam sesuatu interaksi dengan menekankan kendala-kendala tertentu iaitu

taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita. Di mana dan bagaimana keadaan

percakapan itu berlaku. Apa yang dipercakapan itu berlaku. Mengapa percakapan itu

berlaku serta cara percakapan itu disampaikan sama ada secara bersemuka, melalui

telefon, telesidang dan sebagainya (Noriati A. Rashid, 2007).

Kesantunan Berkendala ini menekankan perhatian terhadap peranan sosial

pihak yang terlibat dalam percakapan, serta penyesuaian peraturan pertuturan dengan

keadaan itu. Asmah berpandangan bahawa Kesantunan Asas ada perkaitannya dengan

didikan awal yang diterima oleh seseorang manakala Kesantunan Berkendala sebagai

strategi yang merupakan tambahan kepada Kesantunan Asas. Sehubungan itu, beliau

merumuskan bahawa Kesantunan Berkendala ialah Kesantunan asas yang disertai

dengan strategi komunikasi. Menurut Hymes (1977), kendala-kendala yang

mempengaruhi kesopanan dalam suatu peristiwa bahasa tersebut merangkumi faktor-

50

Page 51: Bahasa Dan Identiti Budaya

faktor iaitu siapa bercakap apa dengan siapa, di mana, mengapa dan bagaimana

(Rohaidah Mashudi, 2013). Jadi apabila seseorang itu bertutur, beberapa perkara perlu

diambil kira supaya apa yang dipertuturkan menepati kehendaknya dan pendengar.

Asmah mengemukakan beberapa strategi komunikasi yang santun dalam

perbincangan. Strategi yang dianggap menandai kesantunan melibatkan faktor-faktor

pengakuan adanya perkaitan peranan antara peserta yang terlibat dalam rundingan,

kesedaran terhadap perbezaan taraf sosial di kalangan peserta, kesedaran akan kuasa

yang ada pada sesuatu peranan, menjaga air muka dan kepatuhan pada tajuk dan

peraturan rundingan.

PERATURAN BAHASA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN BAHASA

Menurut Awang Sariyan (2007), Kesantunan bahasa diukur berdasarkan kepatuhan

pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat.

Setiap masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan bahasa masing-masing. Asmah

Haji Omar(2002), merumuskan bahawa terdapat tiga jenis peraturan penggunaan bahasa

iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik.

Peraturan linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang

menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili

bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa. Kepatuhan

51

Page 52: Bahasa Dan Identiti Budaya

kepada peraturan linguistik lebih berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding

dengan urusan tidak rasmi. Terdapat dua faktor mengapa peraturan linguistik perlu

diberi perhatian dalam urusan dan majlis rasmi iaitu menjaga kesempurnaan perjalanan

urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan. Selain itu,

untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis

rasmi itu saling memahami pada tahap yang sebaik-baiknya dan tidak mengalami jurang

komunikasi disebabkan kelainan dialek atau ragam bahasa yang digunakan oleh sesuatu

pihak (Awang Sariyan, 2007).

Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang

menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks

komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi

tulisan). Contohnya penggunaan kata sapaan yang betul sama ada kata ganti diri

mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.

Secara lebih luas, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam

masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara pembicara dengan khalayak,

faktor suasana (misalnya antara suasana rasmi dengan suasana tidak rasmi), faktor

bidang yang tertentu mahupun faktor media iaitu lisan atau tulisan (Awang Sariyan,

2007).

52

Page 53: Bahasa Dan Identiti Budaya

Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan

dengan tujuan komunikasi. Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang

sopan dan berkesan . Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah dialog dan

sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita

tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak

menyakiti perasaan orang lain. Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkaitan dengan

peraturan pragmatik disebut retorik. Antara yang dipentingkan termasuklah pemilihan

kata, ungkapan, dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara. Dalam wacana,

misalnya dapat dipilih wacana jenis penceritaan, pemaparan, penghujahan dan

pembujukan (Awang Sariyan, 2007).

KESANTUNAN DALAM KONTEKS MASYARAKAT MELAYU

Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu,

yang menjadi penghuni teras di Kepulauan Melayu sejak dua alaf lalu,

merupakan salah satu warisan yang penting dalam pembentukan keperibadian

bangsa hingga kini. Kesantunan bahasa menggambarkan kehalusan budi,

pemikiran, falsafah, sistem nilai, sistem masyarakat dan seluruh aspek

kebudayaan itu sendiri. Unsur-unsur kesantunan bahasa dirakamkan dalam

53

Page 54: Bahasa Dan Identiti Budaya

pelbagai karya persuratan seperti hikayat, syair, pantun, gurindam dan seloka

serta tradisi seperti penglipur lara, wayang kulit dan menora. Salah satu bentuk

bahasa ialah peribahasa, sama ada dalam bentuk yang dikenali sebagai

simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan ,pepatah, perbilangan mahupun kata

hikmat.

Menurut Awang Sariyan (2007) lagi, semua karya-karya tersebut

disusun dalam bahasa yang berperaturan, baik daripada sudut peraturan

linguistiknya, peraturan sosiolinguistik mahupun peraturan pragmatiknya.

Pelbagai adat istiadat, majlis dan upacara itu telah berlangsung dengan

berasaskan tatacara dan peraturan tertentu, termasuk tatacara dan peraturan

yang berkaitan dengan kesantunan bahasa.

Huraian dan dialog yang dikemukakan jelas menggambarkan penggunaan

bahasa yang santun dan beradab. Kesantunan bahasa juga digunakan sebagai

sebahagian unsur tatacara dalam majlis, upacara dan urusan. Antara unsur

kesantunan bahasa yang masih digunakan termasuklah kata ganti nama diri,

gelar, panggilan hormat dan bentuk bahasa yang rasmi dalam pentadbiran,

undang-undang, pendidikan dan majlis seta upacara rasmi.

Menurut Amat Juhari Moain (1989), dalam masyarakat Melayu terdapat

54

Page 55: Bahasa Dan Identiti Budaya

suatu sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Sistem sapaan dan panggilan

ini terdapat dalam hubungan antara anggota-anggota dalam lingkungan

keluarga, kaum kerabat, persanakan, dan seterusnya dalam hubungan dengan

masyarakat yang lebih besar. Menurut Amat Juhari Moain lagi, sistem ini

termasuk hubungan di antara orang-orang yang memerintah, orang-orang yang

diperintah, orang-orang yang bergelar menerusi pewarisan atau keturunan, dan

juga orang-orang yang bergelar melalui pengurniaan atau penganugerahan

daripada raja atau pembesar negeri atau yang lainnya.

Menurut Noriati A. Rashid (2007), sistem penggilan dan penggunaan

ganti nama diri dikaitkan dengan kesantunan untuk menghormati orang lain.

Kesantunan ini melahirkan sistem panggilan yang pelbagai dalam keluarga

Melayu seperti Abang Long, Abang Ngah dan Usu. Golongan yang muda juga

ditegah sama sekali membahasakan diri dengan `aku` yang dianggap tidak

santun malahan kasar apabila digunakan kepada orang yang lebih dewasa.

Panggilan-panggilan ini akan membina hubungan kasih sayang, keakraban,

malah menghindari perasaan benci dan permusuhan.

Gambaran berkaitan kepentingan kesantunan bahasa dalam kehidupan

bermasyarakat Melayu juga dapat dilihat dalam peribahasa dan pantun.

55

Page 56: Bahasa Dan Identiti Budaya

Peribahasa dan pantun menekankan kepentingan masyarakat menjaga

kesantunan bahasa ketika berkomunikasi(Awang Sariyan, 2007). Manakala

Noriati A. Rashid(2007), mengaitkan kesantunan dengan nilai. Nilai dalam

masyarakat Melayu mempunyai hubungan tiga penjuru iaitu, hubungan

manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.

Menurut Noriati lagi, nilai utama pastinya berpandukan hubungan antara

manusia dengan Tuhan. Apa sahaja yang ditegah oleh Tuhan menjadi perkara

yang perlu dielakkan oleh manusia. Sebaliknya apa yang diperintahkan-Nya

perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Tuhan telah memaklumkan apa yang baik

dan apa yang tidak baik untuk manusia. Wan Abdul Kadir (2000:87) dalam

Noriati A. Rashid (2007), berpendapat, bagi menegakkan sistem nilai, orang

Melayu menekankan beberapa konsep yang diutamakan dalam kehidupan

seharian mereka, iaitu konsep malu, harga diri, maruah, dan air muka. Semua

konsep ini menentukan tanggapan terhadap nilai yang terdapat dalam

kehidupan orang Melayu.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kesantunan bahasa dari kajian barat dan timur mengandungi

56

Page 57: Bahasa Dan Identiti Budaya

persamaan dan perbezaan. Barat mengenengahkan kesantunan bahasa berlandaskan

budaya masyarakat setempat begitu juga timur yang mengenengahkan kesantunan

berdasarkan nilai-nilai setempat. Kesantunan bahasa menurut agama seperti mana yang

terdapat di dalam kitab suci al-Quran lebih universal kerana mencakupi pelbagai aspek

kehidupan. Kesantunan bahasa berdasarkan agama mempunyai persamaan dalam

kalangan masyarakat Islam antarabangsa kerana benpandukan kitab suci al-Quran yang

perlu dijadikan pedoman hidup oleh semua umat Islam. Di Malaysia pengkajian-

pengkajian pengaplikasian model kesantunan bahasa masih tertumpu kepada bentuk

model tokoh-tokoh bidang ini seperti Grice, Leech, serta Brown & Levinson.

Kesantunan bahasa menurut al-Quran dan hadis wajar diketengahkan kerana prinsip-

prinsip yang terkandung di dalamnya boleh diterima pakai kerana bersifat universal dan

sesuai digunakan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan makmur.

BAHASA DAN GENDER

PENDAHULUAN

Bahasa dan gender adalah satu bidang kajian dalam sosiolinguistik, bahasa yang

57

Page 58: Bahasa Dan Identiti Budaya

digunakan, dan bidang berkaitan yang mengkaji jenis ucapan yang berkaitan dengan

jantina, atau norma-norma sosial untuk penggunaan bahasa bergender tersebut. Pelbagai

ucapan (atau sosiolek) yang berkaitan dengan jantina tertentu kadang-kadang dipanggil

genderlek. Kajian jantina dan bahasa dalam sosiolinguistik dan kajian gender dikatakan

telah bermula sejak tahun 1975 melalui buku Robin Lakoff yang bertajuk, `Language

and Woman's Place`. Selain Lakoff, antara pengkaji-pengkaji terkemuka lain termasuk

Deborah Cameron, Penelope Eckert, Janet Holme dan Deborah Tannen (wikipedia.org,

On-line). Penggunaan bahasa sebenarnya dipengaruhi oleh berbagai-bagai unsur seperti

jantina ,kelas sosial, kumpulan etnik, pendidikan dan lain-lain  lagi.Variasi bahasa

berdasarkan unsur jantina adalah yang paling hampir dengan kita dan sama ada disedari

atau tidak disedari perkara ini memang berlaku (Izani Hj Daud, 1997). Berdasarkan

kajian-kajian dan pemerhatian-pemerhatian yang telah dilakukan oleh ahli-ahli bahasa,

sememangnya terdapat perbezaan-perbezaan tertentu dalam bahasa yang digunakan oleh

lelaki dan perempuan. Terdapat pelbagai sebab diutarakan oleh ahli-ahli bahasa

berkaitan perbezaan bahasa berdasarkan gender.

BAHASA DAN GENDER

 Seorang sarjana, W.A.Wolfram (1969), menyatakan bahawa kebanyakan kajian

sosiolinguistik yang dilakukan membuktikan faktor jantina merupakan faktor sosial

58

Page 59: Bahasa Dan Identiti Budaya

yang kuat mempengaruhi penggunaan bahasa sesuatu komuniti di samping faktor-faktor

lain. Hal Ini kerana terdapatnya perbezaan  bahasa  dalam penggunaan bahasa antara

lelaki dan wanita. Menurut Trudgill (1984) pula, penggunaan bahasa ada kaitan dengan

identiti seseorang. Wanita menggunakan jenis bahasa yang khusus bagi wanita sebagai

satu cara mengidentifikasikan diri seseorang itu sebagai wanita dan berkelakuan sebagai

wanita (Izani Hj. Daud, 1997). Jadi bahasa seseorang itu dapat dikenal pasti bentuk

perlakuan seseorang. Lelaki berkelakuan kelelakian dan akan bertutur cara lelaki

manakala perempuan berkelakuan keperempuanan dan akan bertutur cara perempuan.

Berbanding dengan lelaki, perlakuan wanita adalah lebih lembut. Sesuai

dengan sifat lemah-lembut seorang wanita itu, maka ujarannya juga adalah lembut.

Misalnya, dalam mendapat kepastian kepada sesuatu  persoalan, wanita akan membuat

maklum balas dengan  menggunakan frasa ‘Ya kah?’. Berbanding dengan lelaki akan

berkata, ‘macam mana boleh jadi begitu’. Kedua frasa ini  memberi implikasi yang

berbeza. Sifat wanita yang lembut lebih  mengakur kepada apa yang diperkatakan,

berbeza daripada lelaki yang lebih agresif yang memerlukan seolah-olah penjelasan

yang  lebih lanjut dalam sesuatu perkara (Izani Hj. Daud, 1997). Dengan ini, sifat

seseorang wanita dan lelaki akan menentukan gaya pertuturan mereka.

                  Dalam kajian yang lain pula, didapati bahasa yang digunakan oleh lelaki itu

59

Page 60: Bahasa Dan Identiti Budaya

adalah lebih kepada meminta perhatian, mendominasi, berwibawa, agresif dan lebih

berterus-terang sedangkan wanita dirumuskan sebagai lebih mesra, berlemah-lembut

dan bersemangat serta lebih agresif (Kramer,1978). Contohnya, lelaki akan berkata

‘Thank you’, manakala wanita akan berkata ‘Thank you so much’. Daripada  kata ini

menunjukkan wanita lebih mesra atau menyanjung seseorang berbanding dengan lelaki

yang bersahaja (Izani Hj. Daud, 1997).

                 Sifat biasa atau yang menjadi kelaziman dalam pertuturan boleh berubah

mengikut situasi atau keadaan tertentu. Umpamanya, wanita yang bekerja di pejabat

terutamanya yang berjawatan tinggi, akan memberi arahan yang lebih berkuasa.

Walaupun beliau seorang wanita tetapi persekitaran tempat kerja menghendaki beliau

berperilaku (pertuturannya) sedemikian dalam berkomunikasi. Keadaan ini bukanlah

sifat semulajadi wanita tetapi hanyalah buat seketika sahaja, kerana apabila beliau

keluar dari pejabat atau kembali ke rumah, beliau akan ‘pulih’ semula sebagai seorang

wanita yang penuh dengan sifat lemah-lembut iaitu kepada ciri-ciri kewanitaannya.

(Izani Hj. Daud, 1997).

Peter Trudgill dalam terjemahan Nik Safiah Karim(1984), berpendapat bahawa

apabila perbezaan antara peranan sosial lelaki dan wanita dalam sesuatu masyarakat

menjadi lebih besar dan lebih ketara, maka lebih besar dan tegas pula perbezaan

60

Page 61: Bahasa Dan Identiti Budaya

linguistiknya. Menggunakan jenis bahasa yang khusus bagi wanita adalah satu cara

mengidentifikasikan diri seseorang itu sebagai wanita dan berkelakuan sebagai wanita.

Kajian dilakukan ke atas lelaki Carib yang menggunakan bahasa orang perempuan.

Kaum wanita menggunakan perkataan dan frasa yang tidak pernah digunakan oleh

orang lelaki dan sekiranya lelaki menggunakannya, mereka akan ditertawakan.

                 Begitu juga dengan lelaki, dalam situasi tertentu ujarannya akan menjadi

lebih lembut, misalnya mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan. Sebagai

pendidik atau guru, pertuturannya dalam bilik darjah akan menampakkan perbezaan

iaitu lebih mesra dan lemah-lembut. Tetapi dalam situasi biasa penggunaan bahasanya

adalah lebih keras. Penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita juga boleh dilihat

daripada sudut sebutan seperti wanita adalah lebih cenderung menggunakan bahasa

baku atau bentuk-bentuk prestij berbanding lelaki. Manakala dari segi keyakinan

semasa bertutur, lelaki lebih menunjukan keyakinan berbanding dengan wanita yang

kerap kali mengakhiri kenyataan-kenyataan dengan tanda tanya kerana tidak yakin

terhadap dirinya sendiri (Izani Hj. Daud, 1997).

              Sementara itu, Holmes(2001) menyatakan bahawa lelaki tidak banyak

menggunakan soalan tag sebagaimana yang berlaku pada wanita. Lakoff (1975)

menyatakan bahawa wanita banyak menggunakan soalan tag, ciri-ciri kesopanan,

61

Page 62: Bahasa Dan Identiti Budaya

`intensifier (so tired)`, `hedges (well, like)`, dan tidak pandai melawak(Izani Hj. Daud,

1997). Peter Trudgill dalam terjemahan Nik Safiah Karim(1984), mendapati bahawa

kaum wanita dalam masyarakat bahasa Inggeris di seluruh dunia menggunakan bentuk-

bentuk yang dianggap ”lebih baik” atau ”lebih betul” dari kaum lelaki. Perkara ini

berlaku kerana kaum wanita lebih sedar akan status daripada kaum lelaki. Oleh itu,

mereka lebih sensitif kepada kepentingan sosial ciri-ciri linguistik yang ada

hubungannya dengan kelas sosial. Selain itu, cara pertuturan kelas pekerja juga

dikaitkan atau menimbulkan unsur-unsur kelelakian. Dari itu, besar kemungkinan lelaki

lebih cenderung kepada cara pertuturan bukan standard kerana faktor kelas pekerja.

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam kelas sosial (kelas atasan lebih berstatus

berbanding kelas rendah) telah memberi tekanan ke atas penutur-penutur sesuatu

masyarakat bahasa supaya mencapai taraf yang lebih tinggi atau kelihatan menggunakan

bahasa yang lebih betul. Tekanan ini lebih dirasai oleh wanita oleh kerana mereka lebih

sedar akan status. Sebaliknya terdapat juga tekanan-tekanan yang berupa galakan

kepada penggunaan bentuk-bentuk yang bukan standard dan tidak begitu tinggi tarafnya

sebagai penanda solidariti kumpulan dan identiti keindividuan. Tekanan-tekanan ini

lebih dirasai lelaki kerana konsep kelelakian yang wujud dalam masyarakat. Dari itu,

pertuturan kaum lelaki akan bersifat ”kurang betul” dari pertuturan kaum wanita.

62

Page 63: Bahasa Dan Identiti Budaya

Menurut Nik Safiah Karim (1992), lelaki banyak menggunakan bahasa yang

tidak standard dan tidak sopan. Menurut Hay (1995)pula, lelaki menggunakan bahasa

yang tidak standard dan tidak sopan kerana mereka tidak memerlukan pengiktirafan

status sosial dalam sebuah komuniti, manakala wanita pula menggunakan bahasa

standard kerana mereka memerlukan pengiktirafan dirinya sebagai orang yang

mempunyai status sosial yang tinggi daripada yang tidak menggunakan bahasa standard.

Bagi lelaki, sama ada mereka menggunakan bahasa standard ataupun tidak, tidak sama

sekali mempengaruhi status sosial mereka (Izani Hj. Daud, 1997).

Lakoff (1975) pula menyatakan bahawa lelaki tidak banyak menggunakan

pengistilahan warna seperti beige, aquamarine, lavender, dan lime kerana istilah ini

dianggap sebagai satu perkara yang remeh oleh lelaki. Holmes(2001) pula, mendapati

beberapa masyarakat lelaki dan wanita di Yana, Amerika Utara dan di Chiquita,

Amerika Selatan serta di Jepun menggunakan bahasa yang berbeza antara lelaki dan

wanita semasa mereka berkomunikasi. Ini kerana kaum lelaki dan wanita mempunyai

identiti bahasa mereka sendiri semasa berbual sesama mereka. Sebaliknya kaum wanita

harus menggunakan bahasa yang berbeza semasa berkomunikasi dengan kaum lelaki

bagi menunjukkan status yang tinggi kepada kaum lelaki.

Dapatan daripada kajian yang dilakukan di Amerika menunjukkan terdapat

63

Page 64: Bahasa Dan Identiti Budaya

perbezaan jelas di antara bahasa lelaki dan bahasa wanita. Maureen O'Conner (1968)

telah mengkaji perubahan bahasa yang terpaksa dilakukan oleh orang lelaki yang

menjalani pembedahan untuk mengubah jantina menjadi wanita. Dari segi intonasi

bahasa, wanita biasanya menggunakan suara yang lebih halus dan tingi. Maureen

O'Conner (1968) telah mengkaji perubahan bahasa yang terpaksa dilakukan oleh orang

lelaki yang menjalani pembedahan untuk mengubah jantina menjadi wanita. Orang

lelaki tersebut terpaksa belajar menggunakan suara yang lebih halus dan tinggi. Di

samping itu, O'Conner juga mendapati ada banyak lagi dapatannya yang menunjukkan

perbezaan bahasa lelaki dan wanita termasuk pola intonasi, pola ayat, kosa kata, dan

bahasa badan yang menyaingi pertuturan. Tetapi, wanita yang menjadi lelaki tidak

mengalami banyak masalah. Pola bahasa wanita mudah diterima oleh lelaki. Walau

bagaimanapun, lelaki yang menjadi wanita mengalami kesukaran dari segi bahasa.

Lelaki juga perlu mula bercakap tentang topik-topik yang menjadi perbincangan wanita

seperti pakaian, harga barang rumah, hal-hal anak, resipi memasak dan sebagainya. Di

samping itu lelaki perlu belajar menggunakan pola intonasi wanita yang meninggi pada

hujung ayat dan terpaksa belajar menggunakan ayat yang menggunakan soalan di akhir

ayat. Malah, terpaksa belajar menggunakan bahasa yang berlapik-lapik. Pendek kata,

terpaksa belajar menggunakan bahasa wanita. (bahasa_dan_jantina, On-line). Ini jelas

64

Page 65: Bahasa Dan Identiti Budaya

menunjukkan bahawa jantina mempengaruhi pelbagai sudut bukan setakan dari segi

fizikal malah dari segi berbahasa.

Berdasarkan bahasa_dan_jantina (On-line), ciri-ciri bahasa wanita

dibandingkan dengan lelaki adalah seperti berikut:

1. Gaya bahasa berlapik. Gaya bahasa berlapik, ialah ungkapan yang menggunakan

frasa "saya rasa, mungkin, agaknya, saya kira, mungkin juga, saya bukan pakar, dan

saya hanya mewakili polan bin polan”. Umumnya, lelaki kurang menggunakan

bahasa berlapik apabila bercakap. Para pengkaji mendapati bahawa gaya bahasa

berlapik-lapik ini tidak tegas, manakala gaya bahasa lelaki adalah memaksa. Dengan

menggunakan ungkapan begini, penuturnya tidaklah perlu bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap apa yang dikatakannya. Sekiranya beliau membuat kesalahan,

ia adalah wajar sebab itu bukan tugas beliau.

2. Bahasa tidak pasti. Bahasa tidak pasti berdasarkan ayat-ayat soalan juga lebih kerap

diucapkan oleh wanita berbanding lelaki. Penggunaan ayat soalan ini menandakan

penuturnya tidak pasti tentang apa yang diucapkannya. Walaupun sudah tahu, tetapi

mereka masih menyoal.

3. Bahasa agresif lebih berkuasa. Ada kajian yang mendapati bahawa wanita adalah

lemah lembut dan suka mengalah, mudah dipengaruhi oleh tekanan orang, dan lebih

65

Page 66: Bahasa Dan Identiti Budaya

responsif terhadap keperluan orang lain. Oleh sebab itu, bahasa wanita dikatakan

lebih lembut, sensitif, ramah, dan ikhlas. Wanita juga lebih suka memberi respons

terhadap ulasan orang, lebih berusaha untuk mengekalkan percakapan, dan

membalas secara positif percakapan orang. Orang lelaki pula dikatakan lebih kerap

memulakan percakapan daripada mengekalkan dan menerima respons dalam

percakapan. Lelaki didapati lebih kerap memotong dan menyangkal percakapan

orang lain. Ini menunjukkan lelaki menggunakan lebih banyak gaya bahasa yang

agresif. Oleh sebab itu, bahasa lelaki dikatakan mempunyai lebih kuasa sosial dalam

berkomunikasi.

4. Bahasa paling. Bahasa wanita juga dicirikan oleh ungkapan yang membesar-

besarkan, melebih-lebihkan, menekankan, dan rentetan tidak logikal. Ini dianggap

sebagai ciri-ciri bahasa yang tidak persis atau lebih emosional. Ungkapan begini

menggunakan lebih banyak perkataan, kata penguat (seperti: sangat, juga, tentu, dan

lain-lain), kata emosi (seperti: suka, benci, meluat, dan lain-lain) dan soalan

hujungan (seperti: ya tak? bukan? kan?). Kesemuanya menunjukkan bahasa wanita

itu tidak jelas dan tepat dalam berkomunikasi. Lelaki pula, kurang menggunakan

kata-kata berlebihan.

5. Bahasa tanpa kecuali. Bahasa yang dituturkan oleh wanita, juga mempunyai ciri

66

Page 67: Bahasa Dan Identiti Budaya

tanpa kecuali. Ungkapan yang menggunakan perkataan "semua, seluruh,

sememangnya, tidak pernah," dan lain-lain menunjukkan bahasa tanpa kecuali, iaitu

bahasa tidak tepat. Ungkapan seperti "Dia sentiasa rajin, Kamu selalu lambat,

Semua orang sudah membelinya, Awak tak pernah bawa saya ke Singapura." adalah

ungkapan tanpa kecuali. Untuk mengatakan "Dia sentiasa rajin," adalah

mengecualikan kemungkinan dia tidak pernah malas. Ungkapan "semua orang

sudah membelinya" mengecualikan kemungkinan satu orang tidak membelinya.

Ungkapan seperti ini tidak tepat, sebab kecuali tentu ada. Bahasa tanpa kecuali ini

juga membawa kesan yang rendah. Malah dalam sebuah pemerhatian di dalam

mahkamah, didapati seorang hakim tidak percaya kepada kesaksian wanita. Apabila

dikaji, bahasa wanita banyak menggunakan ungkapan tanpa kecuali dan kata sifat.

Ungkapan seperti ini adalah tidak pasti.

6. Bahasa korporat. Ahli korporat perlu memahami bahasa dan budaya korporat. Gaya

dan kualiti komunikasi tidak hanya bergantung kepada penghantar dan penerima,

tetapi juga pada perhubungan antara mereka. Sebuah korporat kecil memerlukan

gaya komunikasi yang berlainan berbanding dengan sebuah korporat yang besar dan

dikawal ketat, dan bertata tingkat. Dalam semua hal, perlulah dipilih gaya

komunikasi yang sesuai. Pada kesimpulannya, Tannen, D.(1990) mengatakan, dalam

67

Page 68: Bahasa Dan Identiti Budaya

budaya korporat Amerika, bahasa lelaki lebih sesuai untuk korporat.

7. Bahasa laporan dan bahasa bualan. Deborah Tannen (1990) menyimpulkan bahawa

kita menggunakan dua gaya bahasa, iaitu bahasa laporan dan bahasa bualan. Bahasa

laporan itu digunakan sebagai cara untuk berunding. Penuturnya menunjukkan

ketegasan untuk mengekalkan tarafnya dalam kumpulannya. Gaya ini menunjukkan

penutur mengetahui maklumat yang tepat dan mempunyai kemahiran. Lelaki lebih

kerap menggunakan bahasa laporan. Menurut Tannen lagi, bahasa bualan adalah

untuk mendapatkan perhatian dan kemesraan. Penuturnya hendak mengekalkan

perhatian orang terhadapnya. Itulah sebabnya wanita lebih gemar menggunakannya.

Penutur bahasa bualan menunjukkan penuturnya tidak mempunyai maklumat tepat

dan kemahiran.

        Bahasa laporan dipanggil juga bahasa lelaki, dan bahasa bualan dipanggil

bahasa wanita. Dapat kita lihat bahawa istilah bahasa lelaki dan bahasa wanita ini

merujuk kepada gaya bahasa. Ada lelaki yang menggunakan bahasa bualan atau bahasa

wanita, dan ada wanita yang menggunakan bahasa laporan atau bahasa lelaki. Lelaki

yang menggunakan bahasa bualan itu juga akan dianggap tidak mempunyai

pengetahuan dan kemahiran.

68

Page 69: Bahasa Dan Identiti Budaya

        Dalam dunia lelaki, bahasa digunakan untuk berunding bagi mencapai kuasa dan

mempertahan diri daripada ditekan. Oleh sebab itu, dalam dunia perniagaan, bahasa

lelaki atau bahasa laporan yang tepat digunakan. Bahasa wanita atau bahasa bualan

yang mesra tidak digunakan. Ini bermakna wanita dalam dunia perniagaan perlu

menguasai bahasa laporan untuk menjadikan berkesan. Menurut Wolfram (1967:76),

kaum wanita memperlihatkan tahap kepekaan yang lebih terhadap ciri-ciri bahasa yang

diberi penilaian yang tinggi daripada lelaki, manakala menurut Labov (1990:205), kaum

wanita secara konsisten lebih kerap menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang lebih

mendekati bentuk-bentuk yang berprestij berbanding kaum lelaki. Malah, menurut

beliau dalam keadaan stratafikasi sosiolinguistik yang mantap, kaum lelaki lebih banyak

menggunakan bentuk-bentuk tidak baku berbanding dengan kaum

wanita(bahasadangender, On-line)

KESIMPULAN

Oleh itu adalah jelas, bahasa dengan gender mempunyai perkaitan yang rapat. Bahasa

yang digunakan oleh lelaki dan bahasa yang dituturkan oleh wanita adalah berbeza

seperti yang telah dijelaskan dan unsur jantina telah menghasilkan variasi dalam bahasa

69

Page 70: Bahasa Dan Identiti Budaya

atau mempengaruhi penggunaan bahasa. Perbezaan-perbezaan ini dapat dilihat dari segi

linguistik iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis. Selain itu faktor geografi, taraf

sosioekonomi turut mempengaruhi gaya bahasa lelaki dan wanita. Kelainan gaya bahasa

ini dapat membezakan antara peranan lelaki dan wanita dalam masyarakat.

RUMUSAN

Bahasa merupakan cerminan sesuatu bangsa. Bagi mengidentitikan satu-satu bangsa,

bahasa turut memainkan peranan yang utama dan mempunyai kepentingannya yang

tersendiri. Mana-mana negara di dunia sekalipun mempunyai identiti bangsa masing-

70

Page 71: Bahasa Dan Identiti Budaya

masing serta mempunyai bahasa tertentu yang digunakan sebagai saluran untuk

berkomunikasi. Melalui bahasa, identiti sesebuah negara itu dapat ditonjolkan.

Penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat memungkinkan masyarakat tersebut

memilih perkataan-perkataan yang sesuai untuk diujarkan ketika berlangsungnya

komunikasi. Pemilihan perkataan-perkataan yang sesuai penting bagi menimbulkan

kesopanan dan kesantunan berbahasa serta kena dengan tempat dan situasinya.

Kepincangan dalam pemilihan dan penggunaan kata yang sesuai akan menjadikan

komunikasi tidak berjalan dengan lancar dan baik dan keadaan ini akan memungkinkan

berlaku gangguan dalam perhubungan.

Untuk menghasilkan komunikasi dua hala yang baik dan tidak terganggu,

beberapa perkara perlu diambil kira. Unsur tabu yang terdapat dalam satu-satu

masyarakat sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan komunikasi yang lebih sopan dan

santun. Unsur eufemisme juga mengambil kira kesantunan yang diperlukan ketika

berbicara bagi menimbulkan keselesaan penutur dan orang yang dilawan tutur ketika

komunikasi berjalan. Unsur-unsur kesantunan bahasa yang diterima pakai dalam

sesebuah masyarakat boleh menimbulkan masyarakat yang harmoni kerana masing-

masing tahu batas-batas perbualan antara satu sama lain. Dengan mengambil kira faktor

gender, komunikasi dapat berjalan dengan lebih lancar lagi kerana penutur akan lebih

71

Page 72: Bahasa Dan Identiti Budaya

memahami orang yang di lawan tutur. Jadi nilai sesuatu masyarakat tersebut

bergantung kepada anutan kefahaman mereka masing-masing terhadap batas-batas yang

telah ditentukan atau digariskan berdasarkan budaya masing-masing. Dalam konteks

negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama sudah tentu

mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya. Kepelbagaian ini sudah tentu memberikan

variasi dari segi sosiolinguistik dan sosiobudaya yang menarik.

RUJUKAN

Abdul Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003).

Bahasa

Melayu Komunikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Ahmad Khair. (2002). Ungkapan halus yang lebih halus. Dewan Bahasa 2 (5).

72

Page 73: Bahasa Dan Identiti Budaya

Amat Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis

Sosiolinguistik.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2010). Santun Berbahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Brown, R. & Levinson, S. (1978/1987). Politeness: some universals in language usage.

Cambridge University Press.

Darwis. (1996). Penghalus: kata-kata yang menyenangkan perasaan. Pelita Bahasa 8

(2).

Darwis. (1997). Gaya bahasa halus. Pelita Bahasa 9 (8): 38-39.

Esther Figueroa. (1994). Sosiolinguistic metatheory. British Library Catologing in

Publication Data.

Gumperz, J. (1982a). Discourse strategies. Cambridge: Cambridge Universiti Press.

Gumperz, J. (1982b). Language and sosial identity. Cambrige: Cambrige University

Press.

Hassan Baseri. (1991). Kata pantang dan eufemisme dalam bahasa Melayu. Pelita

Bahasa 3 (12): 46-47.

Izani Hj Daud. (1997). Jantina dan Pengaruhnya dalam Penggunaan Bahasa. Pelita

Bahasa, Januari.

Lyons, J. (1994). Bahasa, Makna dan Konteks. DBP: Kuala Lumpur.

Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, Maslida Yusof. (2013). Prinsip dan Aplikasi

Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marlyna Maros. (2011). Strategi Kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran. Jurnal

Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Jilid 3, 7-20.

73

Page 74: Bahasa Dan Identiti Budaya

Mohamed, N. (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Mohammad Fadzeli. (2000). Tradisi kesopanan dalam pantun Melayu. Jurnal Dewan

Bahasa 44 (5): 616-622.

Mohd Nezeli bin Ahmad. (2009). Prinsip Al-Quran Tentang Kesantunan Bahasa. Pelita

Bahasa: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1984). Sosiolinguistik Satu Pengenalan (Peter Trudgill, Terjemahan)

Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Noresah Baharom et al. (Ed.). (2010).Kamus Dewan(edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid. (2007). Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan.(Edisi

Kedua).Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris).

Omar, A. H. (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjong Malim, Perak: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Saidatul Nornis. (2003). Kata makian Cina. Jurnal Dewan Bahasa 3 (3): 26-29.

S.Nathesan. (1995). Beberapa persoalan penggunaan bahasa Melayu dan

penyelesaiannya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zuraidah Jantan. (2009). Unsur Eufemisme dalam Novel Melayu: Satu Manifestasi

Kesopanan Bahasa: Jurnal Aswara: m.s 137-159.

Bahasa dan Jantina, dari http://azamri.tripod.com/zt2223disk2/bahasa_dan_jantina.htm

Bahasa dan Gender, Sebuah Kajian Sosiolinguistik, April 13, 2013, dari

http://bahasadangender.blogspot.com/

Language and Gender, from http://en.wikipedia.org/wiki/Genderlect

74

Page 75: Bahasa Dan Identiti Budaya

http://bmp6103.blogspot.com/2009/02/pemerolehan-bahasa.html Saturday, February 28,

2009.

http://lamanartikel.dbp.my/?p=40

http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/?p=447

75