agama dan budaya

36
AGAMA DAN BUDAYA MAGIK DAN RITUAL

Upload: prue

Post on 23-Feb-2016

107 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AGAMA DAN BUDAYA. MAGIK DAN RITUAL. Definisi “ Magik ” - Magik selalunya berada di dalam masyarakat primitif ataupun masyarakat suku (tribal society). - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

AGAMA DAN BUDAYA

AGAMA DAN BUDAYAMAGIK DAN RITUALDefinisi Magik

-Magik selalunya berada di dalam masyarakat primitif ataupun masyarakat suku (tribal society).Adakah magik yang menggunakan jampi serapah dan mentera untuk mengawal kuasa luar biasa itu merupakan salah satu bentuk agama ataupun sesuatu yang lain?.Konsep mana (terma yang diambil daripada Polynesia) yang merupakan kebiasaan di dalam agama primitif. Mana juga wujud di dalam berbagai agama dengan menggunakan berbagai nama. Contoh: dalam Hinduism dipanggil darshan; Kristian dipanggil divine grace dan sebagainya.Mana merupakan ramuan utama di dalam magik. Pada sesiapa yang mempercayainya ia wujud di dunia, di mana-mana dan di dalam apa sahaja, kuasa utama mana. Ia juga terapung di dalam udara yang kita sedut, walaupun mana ini berada pada diri, pada benda, pada binatang, pada tumbuh-tumbuhan dan di dalam atmosfera, ianya tidak akan berkuasa sehingga seseorang atau sesuatu benda mengaktifkannya dengan menjumpai rahsia yang boleh melepaskan kuasanya.

Magik merupakan usaha untuk menguasai orang dan benda dengan cara menggunakan kuasa mana yang terdapat di sekeliling kita. Amalan magik bukanlah seseuatu yang dibuat dengan tidak peduli/jahil, tetapi dibuat dengan sedar, usaha untuk memintas apa yang sepatutnya berlaku.Di dalam masyarakat yang seringkali mengamalkan magik (masyarakat primitif), mereka tidak membezakan di antara magik dan agama , jikalau ada perbezaan cuma sedikit. Ini menyebabkan tugas untuk membezakan di antara magik dan agama menjadi sedikit sukar.

Persamaan Magik dan Agama:- (Johnston, 2007)1)Kedua-duanya merupakan satu usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.2) Kedua-duanya adalah berlandaskan kepercayaan atas kewujudan kuasa luarbiasa yang tidak dapat dilihat dan hanya boleh diketahui melalui hasilnya.3) Kedua-duanya mengandungi upacara ritual dan juga perlakuan-perlakuan yang ditetapkan.

4) Kedua-duanya mempunyai elemen kejujuran (keihlasan) didalam budaya sesebuah masyarakat dan mempunyai norma dan pantang-larang yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Bronislaw Malinowski (1974) memberikan beberapa persamaan lagi di antara magik dan agama. Kedua-duanya tercetus disebabkan situasi-situasi ini contohnya daripada krisis di dalam hidup yang dihadapi manusia, kegagalan, kematian, marah bertukar benci. Kedua-dua magik dan agama memberikan satu penyelesaian untuk masalah-masalah ini . Selain daripada itu, dia juga turut memberikan beberapa perbezaan diantara magik dan agama. Magik selalunya dikaitkan dengan tujuan yang jelas di mana orang yang mengamalkannya cuba untuk mencapainya. Manakala, agama disebaliknya tidak mempunyai matlamat dan pengakhiran yang jelas.

While in the magical act the underlying idea and aim are always clear, straightforward and definite, in the religious ceremony there is no purpose directed toward a subsequent event (1974, p.38). Upacara yang melibatkan agama bukan diadakan untuk menyebabkan/memberi kesan. Upacara agama dilakukan untuk kepentingan diri sendiri.

-Magic is a practical art consisting of acts which are only means to a definite end expected to follow later on while religion is a body of self-contained acts being themselves the fulfillment of their purpose. Contohnya; ritual yang dibuat untuk mencegah kematian semasa melahirkan anak berbeza dengan ritual yang dibuat untuk menyambut kelahiran anak, yang mana ritual yang pertama mempunyai matlamat yang jelas manakala yang kemudiannya tidak mempunyai tujuan selain menyatakan sentimen melalui upacara itu.- Di dalam realitinya, kategori yang dikelaskan oleh Malinowski ini adalah bercampur di antara satu sama lain.

Usaha yang lebih jelas di dalam membezakan magik dan agama datangnya daripada William J. Goode (1951) . Oleh kerana tiada garisan yang jelas yang membezakan agama dan magik, Goode telah menyenaraikan 11 kriteria di mana aspek magik dibezakan daripada agama.

1) Magik lebih bersifat instrumental, mempunyai tujuan yang jelas.2) Matlamatnya lebih spesifik dan terhad.3) Ia lebih berbentuk manipulatif dari segi tekniknya.4) Ia lebih terarah kepada tujuan individu daripada kumpulan.5) Ia adalah merupakan perilaku individu daripada aktiviti berkumpulan.6) Ia kurang melibatkan emosi7) Ia tidak terikat dengan masa dan peristiwa yang tertentu 8) Ia lebih cenderung untuk menukar teknik- jika yang ini tidak sesuai, cara lain pula digunakan.9) Amalannya tidak wajib.10) Ia lebih anti-sosial11) Ia digunakan secara instrumental dan ia sendiri bukannya pengakhiran .

Johnston, 2007 pula memberikan beberapa perbezaan di antara magik dan agama.Perbezaan dengan Agama:1) Agama selalunya menumpukan kepada isu-isu seperti bencana, dosa dan balasannya serta makna hidup dan mati, manakala magik lebih tertumpu kepada isu-isu semasa yang berlaku seperti (mengalahkan musuh, mengurangkan bisa (ular) gigitan, menurunkan hujan dan sebagainya).2) Agama lebih tertumpu kepada masa akan datang, manakala magik lebih tertumpu kepada isu sekarang.3) Orientasi agama terhadap kuasa luar biasa ialah dengan patuh dan memberikan yang dikehendaki seperti pengorbanan dan doa/sembahyang (seperti berdoa supaya Tuhan memakbulkan impian dan sebagainya), manakala magik lebih bersifat manipulatif, seperti ahli sihir/ bomoh mengarahkan sesuatu benda dan kejadian supaya berlaku.4) Agama merupakan aktiviti berkumpulan, di mana sekumpulan orang berkumpul dan sama-sama terlibat di dalam upacara agama dan ritual, manakala magik lebih berbentuk acara individu.

Adalah penting untuk mengenalpasti yang ahli-ahli sihir ini melakukan kerjanya di dalam masyarakat, di dalam kata lain masyarakatlah yang membenarkan ahli sihir ini melakukan kerjanya. Oleh itu walaupun ahli sihir ini bekerja sendirian, kerjanya adalah daripada kebenaran masyarakat. Adakah agama dan magik ini satu fenomena yang berbeza atau dua aspek yang datang dari fenomena yang sama?. Atau salah satunya merupakan satu bahagian kecil daripada yang satu lagi?.Jikalau melihat daripada definisi yang diberikan kepada agama, magik dilihat memenuhi ciri-ciri yang dikelaskan kepada agama contohnya; magik mengandungi kepercayaan dan amalan; ia melibatkan sesuatu yang suci dan berkuasa dan diamalkan oleh individu. Amalan magik ini seing kali diamalkan di mana sistem agama menganggapnya sebagi sah , aktiviti yang berguna dan membenarkan ia dipraktikkan. Ia dilihat bukan sebagai lawan agama dan bukan juga alternatif(pilihan lain) kepada agama, tetapi magik dilihat sebagai sebahagian kecil daripada agama.

RITUAL (UPACARA)

Definisi Ritual:-

- Perkataan ritual pada kebanyakan orang mungkin memberikan gambaran tentang tradisi, melibatkan penggunaan jampi serapah, magik, ataupun upacara yang dijalankan oleh masyarakat primitif.

- Ritual merupakan siri tingkah laku yang dilakukan berulang kali dan berhubungkait dengan sesuatu emosi, yang mana mungkin juga melibatkan penggunaan simbol. Agama merupakan institusi utama di mana ritual ini diadakan, tetapi ada juga ritual yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Tiada agama tanpa ritual. Ritual membentuk aktiviti utama yang menggabungkan orang ramai dalam perhimpunan agama. Contohnya: Sembahyang Berjemaah di masjid, perhimpunan di gereja dan sebagainya.

Ritual juga berbeza daripada habit. Walaupun kedua-duanya merupakan siri tingkahlaku yang dilakukan berulang kali, tetapi ianya berbeza dengan dua cara. Habit memenuhi fungsi biasa di mana aktiviti rutin dilakukan tanpa perhatian, penjagaan atau emosi , manakala ritual agama yang dilakukan bertujuan untuk mempengaruhi kuasa luarbiasa. Tidak seperti ritual yang lain, ritual agama ini menghasilkan perhatian yang lebih dan perasaan yang istimewa. Contohnya, roti dan wain mungkin diambil semasa makan tanpa sebarang perasaan, tetapi apabila dimakan dan diminum oleh penganut Christian semasa upacara keagamaan (sacrament of the Lords Supper), ia akan memberikan perasaan dekat dengan Tuhan mereka.

Ritual juga dilakukan di dalam upacara lain selain agama. Contohnya; upacara angkat sumpah ; upacara konvokesyen dan sebagainya. Ritual agama tidak berbeza dengan ritual-ritual lain dari segi keupayaan untuk mengeluarkan emosi bagi pelakunya. Perbezaan ritual agama dengan yang lain ialah ritual yang dilakukan bagi agama dijadikan bermakna oleh kepercayaan kepada kuasa luarbiasa oleh pelakunya. Jadi, ritual agama memberi simbol kepada kepercayaan dan nilai agama dan juga berfungsi bagi pengamalnya untuk membaharui kesetiaan mereka kepada agama dan kepercayaan mereka.

RITUAL AGAMA:-

Ritual merupakan perkara utama di dalam amalan agama. Ia merupakan cara utama untuk menggerakkan kuasa luar biasa untuk kepentingan manusia.Ritual juga menyampaikan idea agama dengan cara yang tidak boleh disampaikan melalui bahasa sahaja. Penglibatan di dalam ritual juga merupakan komitmen seseorang terhadap nilai dan idea yang dijelmakan oleh ritual itu.Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu beragama (religious). Salah satu cirinya adalah mereka mempunyai siri kepercayaan agama. Kemudiannya, mereka melibatkan diri di dalam tingkah laku agama. Apa yang mereka buat apabila mereka beragama?. Walaupun manusia boleh menunjukkan komitmen mereka terhadap agama dengan pelbagai cara, penglibatan di dalam ritual adalah sebahagian daripada agama. Ritual bukanlah unik kepada agama, tetapi ia merupakan intipati kepada perlakuan agama. Seperti yang dinyatakan oleh Anthony Wallace (1966b), the goals of religion are to be achieved by performing rituals (p.104) dalam bukunya Religion: An Anthropological View.Ritual agama dilakukan dengan berhati-hati sebagai tanda menghormati tradisi. Wallace (1966b) mengatakan ritual adalah ideally, a system of perfect order and any deviation from this order is a mistake (p.233).

Seperti perlakuan, ritual biasanya menyatakan makna. Raymond Firth (1973) merujuk ritual sebagai perlakuan yang berhubung dengan cara formal , idea yang tidak dapat dinyatakan di dalam bahasa biasa ataupun perlakuan yang tidak formal. Dalam bahasa biasa, orang yang bercakap selalunya menyedari makna yang mereka ingin sampaikan, tetapi makna ritual mungkin disampaikan dengan cara yang peserta tidak perlu menyedari tentangnya.

Maklumat di dalam ritual selalunya rendah. Maklumat, dari segi teknikal, merupakan pengetahuan yang disampaikan melalui mesej. Di dalam ritual, sedikit ilmu sahaja yang dipindahkan, oleh kerana jangkaan tentang persembahan ritual membuatkan peserta tidak mungkin dapat memperolehi maklumat yang mereka tidak ada akses kepadanya. Peserta selalunya sudah mengetahui idea dan nilai yang disimbolkan oleh ritual mereka.RITUAL : MEMPENGARUHI KUASA LUAR BIASAPendorong utama untuk melibatkan diri di dalam ritual adalah kepercayaan mereka bahawa ada cara di mana kuasa luar biasa dan Tuhan boleh mempengaruhi untuk membantu mereka mencapai tujuan yang mereka tidak boleh atau sukar untuk mereka capai hanya dengan menggunakan kebolehan biasa mereka.Jadi, manusia cenderung untuk beralih kepada ritual agama apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka melalui cara biasa.Wallace (1966b, pp.107-66) mengatakan bergantung kepada matlamat, ritual agama boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti ritual teknologi (technological rituals); ritual terapi dan anti-terapi (therapy and anti-therapy); ritual untuk menyelamatkan daripada dosa( salvation ritual); ritual untuk daya tenaga (revitalization ritual) dan ritual kawalan sosial (social control ritual).

Ritual Teknologi (Technological Rituals)Ritual Teknologi menurut Wallace (1966b, p.107) adalah intended to control various aspects of nature (cuba untuk mengawal pelbagai aspek alam) dengan cara yang dapat memperbaiki kebolehan manusia untuk berfungsi. Di dalam usaha untuk menggunakan alam sebaiknya, manusia menggunakan ritual untuk mencari pengetahuan yang tidak diketahui mengenai dunia di sekeliling mereka ataupun untuk memanipulasi alam sama ada untuk untuk menambahkan sumber ataupun untuk menghalang keadaan yang tidak diingini daripada terjadi.Matlamat ini tercapai pertamanya melalui pelbagai bentuk ramalan (divination), keduanya melalui apa yang dipanggil Wallace sebagai rites of intensification dan ketiganya melalui protective rituals (ritual untuk melindungi).(i) Divination (Ramalan):-Dalam ramalan, penggunaan ritual untuk mendapatkan pengetahuan yang tersembunyi, dua benda yang tidak berkaitan dipercayai mempunyai ikatan secara batin , jadi yang satu itu dapat digunakan sebagai sumber maklumat mengenai yang satu lagi. Contohnya; Orang Rom meramalkan hari yang baik untuk berperang adalah dengan mentafsir sekawan burung yang terbang di udara.Contoh lain; Ahli sihir melihat pergerakan urat-urat di tangan pelanggannya sebagai petunjuk rezeki yang akan diperolehi oleh orang yang meminta ramalannya. Selain daripada itu, jawapan untuk ramalan yang dibuat selalunya menggunakan pergerakan hayunan jam, dengan melihat corak daun teh yang tinggal di dalam cawan, dengan balingan dadu dan sebagainya.Walau apapun bentuk ritual, tafsirannya bergantung kepada benda yang ditafsir itu akan sama/serupa dengan apa yang didedahkan. Iaitu, pergerakan urat di tangan akan menunjukkan simbol rezeki, permainan daun terup yang digunakan untuk menilik nasib menunjukkan kad berbentuk pertapaan menggambarkan sesorang itu bersendirian, penilitian fikiran, mencari panduan. Banyaknya daun teh yang tinggal menggambarkan kehidupan, dan nyalaan lampu yang terpadam menggambarkan kematian.(ii) Ritual manipulasi (Rituals of manipulation).- Jika ritual ramalan membantu manusia menyesuaikan diri dengan alam dengan memberi pengetahuan yang mereka perlu untuk membuat keputusan yang berguna, ritual manipulasi pula digunakan untuk bertindak ke atas alam secara terus. - Pendekatan yang digunakan untuk memanipulasi alam ialah percubaan yang dibuat supaya alam sekitar memberikan dengan lebih banyak apa yang diperlukan oleh manusia . Wallace menggelarkan ritual yang digunakan bagi menambahkan ketersediaan sumber alam yang penting ataupun untuk mengawal kuasa alam bagi memperbaiki hidup manusia ini dengan nama rites of intensification. Ia mungkin dilakukan untuk memperbaiki nasib seseorang semasa berburu atau memancing, untuk menambahkan kesuburan/hasil ternakan, untuk menurunkan hujan ataupun untuk memperbaiki kejayaan di dalam mendapatkan saraan hidup/nafkah secukupnya.Wallace membezakan rites of intensification daripada ritual yang dibuat untuk tujuan yang bertentangan / yang dibuat bagi menghalang keadaan alam yang tidak diingini seperti gempa bumi, ribut yang membahayakan kapal-kapal di lautan, api yang boleh memusnahkan rumah atau komuniti, ataupun serangga atau kemarau yang boleh memusnahkan tanaman. Dia menggelarkan ritual ini sebagai protective ritual (ritual perlindungan). Ritual perlindungan ini digunakan dengan niat untuk menghalang bahaya daripada menimpa manusia.Mereka membaca mantera yang berfaedah di sekeliling benda itu supaya dilindungi, ataupun kadang kala pada objek nyata yang dipanggil fetish yang (menjadi kesinambungan) menyambung di dalam menjelmakan kuasa ritual perlindungan ini.Kelebihan fetish ini ialah ritual yang dibuat untuk memohon perlindungan tidak payah dibuat berulang kali, kerana fetish itu sendiri mengekalkan pengaruh ritual itu dan jika ia (fetish) kecil, ia boleh dibawa oleh orang yang memilikinya dari satu tempat ke tempat yang lain, jadi kesannya akan bertukar ke tempat yang baru.Contohnya; pemakaian tangkal/azimat.(iii) Ritual terapi dan Anti-terapi (therapy and anti-therapy).Wallace menggelarkan perlakuan yang dibuat bagi mempengaruhi tubuh badan manusia sendiri sebagai ritual terapi dan anti-terapi.Ritual terapi ini dibuat oleh manusia bagi memperbaiki kesihatan fungsi tubuh badan mereka. Setiap budaya yang diketahui memasukkan ritual agama untuk merawat penyakit. Forest Clements (19320 menyatakan bahawa di dalam agama-agama di dunia ini, kepercayaan kepada kuasa luar biasa yang menyebabkan penyakit terbahagi kepada lima kategori; magik, kemasukan kuasa luar biasa objek penyakit ke dalam badan mangsa, kehilangan jiwa/roh, kemasukan kuasa asing (roh, spirit) dan juga pelanggaran pantang-larang (taboo).Terapi ritual menggunakan perlambangan (simbol) yang sesuai untuk kuasa luar biasa yang menyebabkan penyakit tertentu itu. Contohnya; untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh magik (Sihir, guna-guna) perlu diubati dengan memulangkan semula magik tersebut. Manakala, objek penyakit selalunya dibuang dengan mengurut tempat yang sakit itu, memanipulasikan objek itu dan membuangnya dengan tangan ataupun dengan menghisapnya. Penyelesaian yang sesuai bagi penyakit yang disebabkan kehilangan roh (jiwa) selalunya melalui upacara di mana bomoh akan memasuki alam lain (khayalan) dan menghantar rohnya sendiri untuk mencari roh yang hilang itu. Manakala kemasukan spirit ke dalam badan selalunya dirawat dengan ritual di mana spirit itu akan ditawan/ditakluki dan dipaksa meninggalkan badan pesakit oleh bomoh yang merawat. Contoh; A Shoshone Curing Ceremony.Ritual anti-terapi dilakukan untuk mendapat kesan yang bertentangan daripada ritual terapi. Ia dilakukan bagi menyebabkan ketidakselesaan, penyakit, dan juga kematian kepada orang yang ditujukan itu.Manusia menunjukkan kesan yang jelas apabila mereka tahu mereka menjadi mangsa ritual itu.Herbert Basedow (1925) memberi gambaran kesan daripada bone-pointing ritual sihir di kalangan orang Asli Australia. A man who discovers that he is being boned by an enemy, is indeed a pitiable sight. He stands aghast, with his eyes staring at the treacherous pointer, and with his hand lifted as though to ward off the lethal medium, which he imagines is pouring into his body His cheeks blanch and his eyes becomes glossy and the expression of his face become horribly distorted like that of one stricken with palsy. He attempts to shriek but usually the sound chokes in his throat and all that one might see is froth at his mouth. His body begins to tremble and the muscle twist involuntary. He sways backwards and falls to the ground. From this time onwards he sicken and frets, refuse to eat and keep aloof from the daily affairs of the tribe. Unless help is forthcoming in the shape of counter charm administered by the medicine-men, his death is only a matter of a short time.2) Ritual yang dibuat bagi menyelamatkan daripada dosa (Salvation Ritual).Rituals of salvation ini dibuat bagi memberi perubahan sementara ataupun kekal pada diri peserta (Wallace, 1996b). Menurutnya, ada empat jenis ritual salvation ini iaitu: spirit-possession ritual (Ritual kemasukan roh); Ritual untuk menjadi bomoh, (rituals of becoming a shaman); Ritual pengalaman mistik (mystical experience ritual) dan ritual penebusan dosa (rituals of expiation)Di dalam spirit-possession ritual, personaliti peserta itu diganti sementara dengan kuasa lain (roh) yang menguasai perlakuan peserta. Di dalam ritual of becoming a shaman personaliti peserta bertukar /melalui perubahan tetap sebagai sebahagian pengalaman khayalan di mana dia mengalami pengalaman seperti hendak meninggal ataupun meninggalkan badan dan memasuki alam roh, di mana roh atau dewa ini memberi kuasa kepadanya untuk menjadi bomoh (shaman).Di dalam ritual of mystical experience , peserta tenggelam dalam keghairahan pengalaman diri dengan kekuasaan Tuhan.Di dalam ritual of salvation yang keempat, ritual penebusan dosa (ritual of expiation), peserta terlibat dengn perilaku penebusan dosa atau kerja yang baik bagi menebus dosa, melanggar pantang dan kesilapan lain. Contoh; mengangkat Kavadhi di dalam Perayaan Thaipusam bagi kaum Hindu.

3) Revitalization Ritual (Ritual untuk daya hidup)Wallace mencadangkan yang manusia mengambil bahagian di dalam sesetengah ritual sebagai cara untuk mengendalikan/menghadapi tekanan sosial seperti bencana alam, wabak penyakit , kebajikan ataupun masalah yang melemahkan kelancaran fungsi di dalam masyarakat. Dia memanggil ritual ini yang selalu terlibat di dalam kelahiran pergerakan agama sebagai revitalization rituals. Dalam ritual in, sistem kepercayaan dan nilai yang baru ini dihubungkan dan ditekankan penglibatannya. Ritual sebagai manipulasi dan rayuanRitual agama berniat untuk mempengaruhi kuasa ghaib bagi pihak manusia, walaupun begitu tidak semua ritual dianggap berkesan. Kita boleh berfikir ritual sebagai mengikut skala yang berterusan untuk menimbang sejauh mana berkesannya ritual itu.Sesetengah ritual yang kita panggil magik , dipercayai memaksa kuasa ghaib agar berkelakuan sperti yang dikehendaki. Hasilnya dipercayai pasti/berkesan, sekiranya tiada kesilapan dibuat semasa mengerjakannya. Ritual magik selalunya dibuat setiap kalinya dengan tepat dan teliti dengan diberi lebih perhatian dan penjagaan.Di penghujung skala itu adalah ritual rayuan (petition ritual), di mana peserta yang terlibat percaya bahawa mengerjakannya akan memberikan hasil yang mereka inginkan walaupun tiada jaminan ia akan berkesan setiap kali dilakukan. Ritual yang bersifat merayu (meminta) daripada memaksa kuasa ghaib.Ritual MagikRitual yang selalu dilakukan dengan teliti adalah ritual magik (Magic Ritual). Ia adalah ritual yang dianggap memberi kesan yang paling mekanikal (secara tidak sedar) dan secara paksaan. Prinsip yang digunakan di dalam mengerjakannya dirangkumkan di dalam undang-undang Law of sympathetic magic (Sir James Frazer, 1911/1925). Dia mengkaji penggunaan magik ini di dalam kerja klasiknya The Golden Bough dan mendapati semua magik bekerja dengan apa yang kita panggil Law of sympathy, idea yang menyatakan things act on each other at a distance through a secret sympathy. (Benda bertindak ke atas satu sama lain dari kejauhan melalui simpati rahsia.Law of sympathy itu mengandungi 2 prinsip : pertamanya; kesannya menyamai sebabnya dan kedua, benda yang pernah berhubung di antara satu sama lain masih bertindak di antara satu sama lain dari jauh selepas hubungan fizikal menjadi jauh .Dia menggelar prinsip pertama ini sebagai Law of similarity dan keduanya Law of contact or contagion .Law of similarity merupakan asas kepada homeopathic atau imitative magic. Magik yang mana benda-benda yang sama dipercayai mempunyai identiti kerohanian yang sama jadi yang satu itu boleh digunakan untuk mempengaruhi yang satu lagi. Law of immitation boleh dilihat melalui ritual yang dilakukan di semua bahagian dunia. Contohnya; New Age American menggunakan terapi seperti membayangkan ovum melalui tube fallopian dan disuburkan dengan sperma yang hidup dan kuat, diiringi dengan bunyi dodoi, alunan untuk menidurkan anak bagi mengatasi masalah kesuburan.Law of contact/contagion ialah idea di mana benda yang telah berhubung dengan satu sama lain kekal berhubung secara kerohanian, jadi yang satu itu boleh digunakan untuk mempengaruhi satu yang lain. Law of contagion juga mengatakan mana boleh dipindahkan daripada satu objek ataupun daripada seorang kepada seorang yang lain apabila kedua-duanya ada mempunyai hubungan antara satu sama lain.Prinsip contagion ini digunakan di dalam contagious magic (magik di mana pengaruh kuasa ghaib dipindahkan melalui hubungan ataupun benda yang mempunyai hubungan digunakan untuk mempengaruhi satu sama lain. Contoh; guna rambut atau barang milik perempuan, dipuja untuk membuatkan perempuan itu jatuh hati kepadanya.Worship Rituals (Ritual Pemujaan)Tidak semua ritual dibuat untuk memaksa kuasa ghaib bagi memenuhi keperluan manusia. Ritual juga boleh dibuat untuk memuja ataupun merayu kuasa ghaib.Di dalam pemujaan tujuan ritual adalah untuk menyatakan pujaan. Petition rituals (Ritual rayuan) selalunya digabungkan dengan worship ritual bagi membentuk upacara yang besar, dan ritual ini dianggap dapat memperbaiki kecenderungan kuasa ghaib untuk memenuhi permintaan yang diminta di dalam upacara itu.Ritual rayuan (Petition rituals) , seperti ritual magik, dilakukan kerana mereka yang melakukannya percaya ia dapat menambahkan faedah kepada manusia. Tahap kepastian hasilnya adalah lebih rendah daripada ritual magik. Dan walaupun ritual yang dibuat secara paksaan, hasilnya tidak semestinya seperti yang diharapkan. Sedangkan ritual magik juga tidak semestinya berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan sempurna ataupun jika kesannya dicabar oleh magik yang dibuat oleh orang lain.Petition ritual, seperti pelbagai worship rituals (Ritual Pemujaan) yang ada di dalam kebanyakan agama di Barat, selalunya ditujukan untuk mempengaruhi perasaan kuasa ghaib seperti Tuhan, nenek moyang ataupun kuasa luar biasa yang baik hati. Ritual ini cuba mencari bantuan kuasa ghaib , dan kerana mereka mempunyai fikiran dan kemahuan diri mereka sendiri, petition ritual difikirkan sebagai permintaan/rayuan daripada tuntutan. Oleh kerana kuasa luar biasa yang didekati ritual ini boleh memilih untuk tidak memenuhi harapan peserta ini, petition ritual mungkin gagal untuk mencapai matlamatnya.

RITUAL SEBAGAI MENJAMIN PERPADUAN SOSIALRitual terutamanya yang digubal di persekitaran kumpulan, merupakan kaedah penting di mana kesetiaan kepada kumpulan itu diteguhkan dan kedudukan seseorang itu ditakrifkan.

Social Control Rituals (Ritual kawalan sosial)Ritual yang bertujuan untuk mengekalkan kestabilan masyarakat dan budaya dipanggil rituals of social control. Wallace membincangkan dua jenis ritual ini iaitu; rituals of ideology dan rites of passage.Rituals of ideology menghubungkan perlambangan kumpulan itu kepada peserta. Mereka, menurut Wallace intended to control in a conservative way , the behaviour, the mood and the sentiments and values of groups for the sake of the community as a whole (1966, p.127). Contoh termasuk menyampaikan khutbah yang menggesa pendengar untuk menyokong kumpulan agama, nyanyian memuja beramai-ramai, ritual yang diadakan untuk mengingati kejadian pembentukan agama itu seperti Christian Passion yang dimainkan semasa Hari Easter ataupun meraikan Passover Seder bagi keluarga Jews.2) Rites of passageRitual yang dilakukan bagi meraikan perubahan penting di dalam status dan peranan beberapa kali di dalam kitaran hidup seseorang itu di panggil rites of passage , yang mempunyai fungsi pengukuhan serupa dengan ritual ideology, tetapi berbeza di dalam memudahkan individu itu melalui perubahan status kepada status/peranan baru yang mereka belum biasa.

Rites of passage ini ialah ritual yang dilakukan bagi meraikan pertukaran status yang dilalui sepanjang hidup seseorang ahli masyarakat. Rites of passage ini mempunyai faedah dari segi sosial dan psikologi. Dari segi psikologi, ia dapat mengurangkan tekanan dari pada perubahan status yang dialami oleh individu itu di mana amalan yang lama perlu ditukar dengan amalan/tingkahlaku baru selari dengan perubahan status seseorang itu.

Rites of passage ini diamalkan di dalam semua masyarakat manusia. Arnold Van Gennep (1909/1960) dalam hasil kerjanya The Rites of Passage menunjukkan bahawa ritual ini selalunya diamalkan di dalam masyarakat pada masa itu bila ahli-ahlinya bertukar dari satu status ke status yang lain: apabila anak lahir , diberi nama dan diperkenalkan kepada ahli-ahli lain di dalam komuniti; apabila anak itu menginjak alam dewasa; apabila mereka berkahwin dan apabila mereka meninggal dunia.Ritual-ritual yang disambut bagi merayakan pertukaran status ini dipanggil rites of passage oleh Van Gennep.

Van Gennep menunjukkan bahawa ritual agama boleh membantu perubahan di dalam hidup individu itu di samping menekankan pengukuhan kawalan sosial di mana individu itu terlibat. Dia melakukan itu dengan mengkaji rites of passage yang membantu perubahan individu dari satu status yang dikenali kepada status yang lain ketika mereka melalui frasa kehidupan yang biasa dialami di dalam masyarakat.Upacara meraikan rites of passage ini merupakan cara biasa untuk menghadapi perubahan di dalam masyarakat dan juga kehidupan ahli-ahlinya yang merangkumi (i) Kelahiran (ii) akil baligh (ii) perkahwinan dan (4) kematian. Ritual yang dilakukan di mana identiti dan peranan individu itu diulang takrif pada setiap empat peristiwa penting di dalam hidup selalunya beragama.Sebagai contoh, kebanyakan masyarakat ada mempunyai rangkaian ritual yang disusun bermula daripada mengandung sehinggalah melahirkan anak dan menjadi ibu bapa. Wanita mungkin dipisahkan daripada masyarakat semasa mengandung dan pelbagai taboo (pantang larang) dikenakan untuk memastikan proses mengandung dan melahirkan berjalan lancar dan selamat.

Selalunya secara universal, kemuncak ritual adalah selepas kelahiran anak dan menandakan perubahan daripada kandungan menjadi manusia dan memperkenalkan wanita tadi sebagai ibu kepada masyarakat. Proses menamakan anak juga termasuk di dalam ritual ini.

Selalunya, ahli baru di dalam masyarakat diperkenalkan secara simbolik dengan simbol yang memberi kehidupan. Contoh; Pgymies yang hidup dengan mencari makanan di Hutan Ituri di Afrika, memperkenalkan anak mereka kepada hutan yang menjadi sumber makanan mereka di dalam ritual agama dengan mengikat akar pokok di sekeliling pergelangan tangan, buku lali dan pinggang anak yang baru lahir itu (Gibbs, 1965); Orang Samoan Polynesia dan Yahgan of Tierra del Fuego memandikan anak mereka di laut yang merupakan sumber makanan utama mereka (Cooper, 1946; Murdock, 1934) dan kebanyakan penganut Kristian yang tinggal di bandar besar yang dikelilingi oleh orang asing dan bimbang tentang jenayah daripada makanan secara simbolik membasuh anak mereka untuk membebaskannya daripada dosa.Sepanjang melalui kehidupan, individu itu telah dibantu melalui perubahan status daripada zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa dengan ritual-ritual agama yang dipanggil initiation rituals, puberty rituals , or adulthood ritual. Dalam adulthood rituals, kanak-kanak ditukarkan daripada keadaan persekitaran mereka yang dahulu. Mereka mungkin diajar pengetahuan/ajaran agama yang baru yang sebelum ini tidak dititikberatkan kepada mereka. Mereka juga melalui proses percubaan seperti bersunat ataupun pengalaman menakutkan untuk menunjukkan kedewasaan mereka di dalam menahan kesakitan. Akhirnya, mereka akan diperkenalkan kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada kumpulan dewasa. Contoh, Bar of Bat Mitzvah: A Jewish Adulthood Ritual menceritakan rites of passage kepada status dewasa di kalangan orang Jews dan menerangkan kepentingannya di dalam budaya agama Jews.Perkahwinan juga merupakan perubahan penting yang melibatkan peraturan tingkah laku yang baru. Ini mungkin termasuk kewajipan untuk membuang tingkah laku bebas seperti pergaulan sebelum kahwin kerana kesetiaan adalah merupakan sebahagian daripada perjanjian perkahwinan. Upacara perkahwinan menekankan kepentingan perubahan itu kepada sesiapa yang yang bertukar daripada status belum berkahwin kepada sudah berkahwin. Ia juga memberitahu kepada seluruh masyarakat , rakan-rakan dan jiran tetangga yang menghadiri upacara perkahwinan itu agar mengingati mereka agar mereka juga menghormati status dan tanggungjawab baru yang dipikul oleh pasangan berkahwin itu. Upacara ini lebih berbentuk keagamaan di mana kepentingan komitmen ditekankan kepada kehidupan berumahtangga.

Akhirnya, majlis pengkebumian menandakan pengakhiran status seseorang manusia itu di dalam masyarakat dan membantu masyarakat menghadapi perubahan yang akan datang kerana kematian individu ini. Ritual pengkebumian menolong orang yang hidup ini melalui proses menguruskan mayat yang telah berpindah ke alam yang lain , alam roh. Ritual juga membantu orang yang rapat dengan orang yang mati ini menghadapi proses sedih, berduka ini dengan menukarkannya kepada proses desakan. Sebagai contoh, babak menangis mungkin di beri mandat (kebenaran) daripada terjadi secara spontan. Di dalam kes ini, emosi berduka ini bertukar kepada perlakuan yang sekurang-kurangnya berada di dalam kawalan dan ada di dalam ritual itu. Perlakuan bersedih ini juga memberi jaminan akan sokongan emosi dan tempat di dalam masyarakat dengan kehadiran dan penglibatan sahabat handai.Secara amnya, rites of passage berfungsi untuk membantu individu menghadapi secara Psikologi tekanan tentang perubahan status dan memastikan mereka yang mereka akan dapat melalui perubahan status dan peraqnan baru mereka dengan berjaya. Ritual itu bukan sahaja memberi individu itu proses tradisi yang berstruktur di dalam menjalani perubahan peranan baru mereka daripada mereka terpaksa mencari jalan mereka sendiri untuk tugas baru mereka, tetapi ia juga memberi jaminan apa yang dilihat mereka dapat dipenuhi oleh orang terdahulu, apabila mereka melalui proses transisi yang sama ,mereka juga akan dapat melalui dengan jayanya.Secara sosial, rites of passage membantu komuniti supaya lebih menyedari perubahan yang dilalui oleh ahli masyarakat dan mengingati mereka untuk menghubungkan perubahan itu dengan mereka dengan cara baru yang sesuai dengan peranan yang akan dipikul oleh individu itu- jadi ia dapat menolong mereka untuk membuat perubahan di dalam hidup.RINGKASAN RITUALRitual merupakan intipati bagi perlakuan agama. Ia merangkumi maklumat penting mengenai ideologi dan perpaduan sosial sesebuah kumpulan di dalam ritual itu dan penglibatan di dalam ritual mengesahkan perpaduan kepada sesiapa yang telah berkongsi di dalamnya.Tujuan ritual adalah untuk mempengaruhi kuasa luar biasa. Ritual Teknologi (Technological rituals) dijalankan untuk mengawal pelbagai aspek semulajadi. Ritual Terapi dan Anti-terapi bergungsi untuk mempengaruhi badan manusia. Ritual kawalan sosial (social control ritual) pula bertujuan untuk mengekalkan kestabilan masyarakat. Manakala tujuan salvation ritual adalah untuk menyebabkan perubahan sementara ataupun kekal kepada personaliti peserta. Revitalization ritual dijalankan untuk menolong orang menghadapi tekanan.Ritual agama berbeza di dalam tahap keberkesanan penglibatannya. Ritual magik dilakukan mechanisticaly, dengan perhatian lebih dan tepat di dalam perlakuannya. Ia selalunya berkesan sekiranya dijalankan dengn sempurna. Petitionary ritual dilakukan dengan niat untuk mempengaruhi kuasa luar biasa. Walaupun perlakuan itu dipercayai dapat meningkatkan terjadinya permintaan yang diingini, difahami kuasa luar biasa yang mereka cuba untuk mempengaruhi itu mungkin tidak akan memperkenankan permintaan mereka.Ritual agama yang dipanggil rites of passage boleh membantu perubahan di dalam diri seseorang dan di dalam masa lain menekankan kestabilan kawalan sosial di mana individu itu mengambil bahagian. Ia dilakukan apabila individu itu melepasi satu status ke status baru yang lain, terutama apabila mereka melalui peringkat kehidupan yang biasa dilalui oleh masyarakat seperti kelahiran, akil baligh, perkahwinan dan kematian.